The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wanfaris0405, 2022-05-31 09:37:41

e-majalah KESIHATAN DAN PERPADUAN

FARIS
PREM
BRYAN
AKMAL

SUBJEK : PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

KOD SUBJEK : MPU21032

NAMA PENSYARAH : ENCIK YUSNIZAM BIN YAHAYA

KELAS : DPR1C

JABATAN : JABATAN PERDAGANGAN

SESI : 2 2021/2022

NAMA NO MATRIK
06DPR21F2058
WAN MOHAMAD FARIS BIN CHE WAN
GHAZALI 06DPR21F2037

PREMASELVAM SUBRAMANIAM

BRYAN WEE CHANG JI 06DPR21F2046
MUHAMAD AKMAL BIN SHAARI 06DPR21F1088

NAMA : WAN MOHAMAD FARIS BIN CHE
WAN GHAZALI
NO MATRIK : 06DPR21F2058
JAWATAN : KETUA EDITOR
MUKA SURAT : 6,11,14,15

NAMA : PREMASELVAM SUBRAMANIAM
NO MATRIK : 06DPR21F2037
JAWATAN : PENOLONG EDITOR
MUKA SURAT : 10,12

NAMA : MUHAMAD AKMAL BIN SHAARI
NO MATRIK : 06DPR21F1088
JAWTAN : KETUA GRAFIK
MUKA SURAT : 12,13

NAMA : BRYAN WEE CHANG JI
NO MATRIK : 06DPR21F2046
JAWATAN : KETUA INFORMASI
MUKA SURAT : 7,8,9

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

KATA ALUAN 6
7
PENGENALAN
8
OBJEKTIF 9
10
PERANAN PIHAK KERAJAAN 11

KESIHATAN DALAM SEKTOR 12
EKONOMI 13
14
FAKTOR KESIHATAN 15
MEMPENGARUHI SEMANGAT

PERPADUAN KAUM
USAHA UNTUK MENCAPAI
AKSES SEJAGAT DI MALAYSIA
PERANAN BARISAN HADAPAN

KESIMPULAN

SUMBER RUJUKAN



“KITA SEMUA ORANG
MALAYSIA. INILAH IKATAN
YANG MENYATUKAN KITA .
MARILAH KITA INGAT BAHAWA

PERPADUAN ADALAH
KEKUATAN ASAS KITA
SEBAGAI RAKYAT DAN
SEBAGAI SEBUAH NEGARA”

TUNKU ABDUL RAHMAN

KATA ALUAN

ASSALAMUALAIKUM W.B.T
SEGALA PUJI BAGI ALLAH , TUHAN YANG
MENTADBIR ALAM ,TUHAN YANG MAHA PEMURAH
LAGI MAHA PENYAYANG .TUNJUKKANLAH KAMI KE
JALAN YANG LURUS ,IAITU JALAN-JALAN ORANG
YANG ENGKAU BERI NIKMAT KEPADA MEREKA
,BUKAN JALAN ORANG-ORANG YANG ENGKAU
MURKAI DAN BUKAN PULA JALAN MEREKA YANG

SESAT .

Kesihatan dan perpaduan rakyat penting
dalam membangunkan sebuah negara yang

harmoni dan menuju ke arah negara yang
maju.Kesihatan rakyat Malaysia amat

diutamakan dalam menjamin kesejahteraan
rakyat.Apabila kesihatan rakyat
terjamin,maka pelbagai aktiviti

kemasyarakatan dapat dilaksanakan dan
secara tidak langsung dapat memupuk
perpaduan . Pembangunan negara yang
dirancang juga berjalan dengan baik .
Malaysia akan menjadi sebuah negara yang
Bersatu dan teguh apabila kesihatan dan
perpaduan dalam kalangan rakyat yang
Bersatu padu sera berupaya menjamin
kesejahteraan semua lapisan masyarakat .
Kesejahteraan yang lebih baik juga akan

meningkatkan kemajuan rakyat

❖ Memupuk kesedaran mengenai amalan hidup
sihatdalam kalangan rakyat Malaysia.

❖ Menggalakkan persekitaran yang sihat
sertamengurangkan penularan penyakit.

❖ Meningkatkan kualiti hidup dalam kalangan
rakyatMalaysia.

❖ Mencapai akses sejagat kepada penjagaan
kesihatanberkualiti.

❖ Memupuk sikap positif dalam kalangan rakyat
Malaysiaterhadap kesihatan.

Peranan pihak kerajaan dalam memupuk
kesihatan dalam perpaduan antaranya adalah
mengadakan aktiviti atau program yang berkaitan
dengan kesihatan . Pihak kerajaan haruslah
menganjurkan aktiviti atau program yang berkaitan
dengan kesihatan . Hal ini dikatakan demikian kerana
apabila pihak kerajaan mengadakan aktiviti tersebut ,
masyarakat ,masyarakat Malaysia akan dapat
mengetahui lebih mendalam tentang kesihatan diri .
Pihak kerajaan haruslah mengadakan aktiviti atau
program yang menarik minat Malaysia . Sebagai contoh,
program mengamalkan pemakanan yang sihat . Program
ini amat sesuai untuk semua peringkat umur . Hal ini
dikatakan demikian kerana segelintir rakyat Malaysia
tidak mengamalkan pemakanan yang tidak sihat . Ini
boleh menyebabkan masyarakat menghadapi pelbagai
penyakit kronik seperti kencing manis, diabetes dan juga
darah tinggi . Apabila pihak kerajaan mengadakan
program seperti ini juga dapat mengeratkan hubungan
silaturahim serta dapat memupuk perpaduan antara
masyarakat yang hadir di program tersebut . Selain itu,
mereka juga dapat menambah kenalan apabila
menyertai program tersebut . Dengan itu bernarlah
bahawa dengan menyertai program dan aktiviti yang
dianjurkan oleh pihak kerajaan dapat menambahkan
ilmu serta perpaduan dapat dikukuhkan.

Dalam sektor ekonomi,Ahli perniagaan diMalaysia tidak kira
bangsa sama ada melayu cinadan india yang dermawan juga
memberikansumbangan dalam penjagaan kesihatan.Mereka
berganding bahu bersama masyarakat dalam menjayakan
sesebuah program sumbangan kebajikan kepada mereka.yang
memerlukan.Contohnya,memberikan perkhidmatan
perubatan,keperluan asas hariandan sedikit bantuan kewangan
kepada mereka yang memerlukan.

Di samping itu, ahli perniagaan ini juga mengadakan ceramah
mengenai kesihatan bagi memupuk kesedaran kepada
masyarakat sebagai pendedahan tentang betapa pentingnya
kesihatan di kalangan masyarakat berbilang kaum.Hal ini
sekaligus dapat mengukuhkan perpaduan antara masyarakat
disamping dapat mengelakkan penyakit berjangkit atau
penyakit kronik serta dapat meningkatkan kesejahteraan
rakyat.Aspek perpaduan dan kesihatan masa kini kekal sebagai
teras utama membentuk masyarakat yang harmoni dan
membangun sebuah negara yang maju.
Justeru,penambahbaikan sistem penyampaian kesihatan untuk
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dan mempergiat
kerjasama dengan sector swasta dan NGO.

Kajian menunjukkan bahawa majoriti remaja B40 yang tinggal di
kawasan perumahan rakyat mengakui bahawa mereka merasa
gembira berkawan dengan rakan yang berlainan bangsa iaitu
mereka mengakui bahawa mereka dan jiran-jiran di sekelilig mereka
saling hormat-menghormati antara satu sama lain dan boleh
bertolak ansur.Hasil kajian mendapati 4 faktor yang mempengaruhi
semangat perpaduan dalam kalangan mereka iaitu kesihatan diri,
tingkah laku prososial, hubungan kejiranan dan semangat cinta
akan negara.

Justeru, keputusan kajian ini menyatakan bahawa faktorkesihatan
diri merupakan petunjuk utama yang mempengaruhi semangat
perpaduan dalam kalangan remaja B40 yang tinggal di kawasan
perumahan rakyat.Oleh itu, semangat perpaduan merupakan aspek
penting kerana dapat menyemai dan menggambarkan penyatuan
nilai-nilai murni yang perlu dihayati bersama dalam kalangan
masyarakat yang berbillang kaum dan etnik di Malaysia.

Usaha Untuk Mencapai Akses Sejagat di Malaysia Kesihatan
amat penting untuk meningkatkan kualiti hidup. Oleh
itu,Kerajaan terus berusaha untuk mencapai akses sejagat
kepada penjagaan kesihatan berkualiti dalam tempoh
Rancangan denganmeneruskan usaha untuk menambah
baik asas sistem kesihatan.Setiap rakyat Malaysia akan
mempunyai akses yang sama kepada perkhidmatan
penjagaan kesihatan berkualiti pada kos yang berpatutan
yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan awam atau
swasta. Aspirasi ini akan direalisasikan melalui
meningkatkan sokongan yang bersasar, khusunya bagi
masyarakat yang kurang mendapat akses kepada
perkhimatan.

Akses kepada penjagaan kesihatan yang berkualiti,
terutamanya dikawasan dan masyarakat yang kurang
mendapat liputan di bandar dan luar bandar akan
diperluas. Ini termasuk peluasan perkhidmatan kepada isi
rumah miskin dan berpendapatan rendah seperti OrangAsli
di Semenanjung Malaysia, dan kawasan luar bandar dan
pedalaman di Sabah dan Sarawak.Langkah ini termasuk
menempatkan lebih ramai pakar dalam bidang perubatan
dan kesihatan serta personel berkemahiran, mewujudkan
lebih banyak kemudahan penjagaan kesihatan di kawasan
yang amat memerlukan, dan mengembangkan program
jangkauan kesihatan.Sebagai contoh, pasukan penjagaan
kesihatan bergerak,perkhidmatan doktor udara, dan
sukarelawan kesihatan kampung akan diperluas di kawasan
pedalaman.

Pegawai yang bertugas sama ada doktor, jururawat,
pembantuhospital dan semua kakitangan hospital akan
memastikan pesakityang datang akan diberikan rawatan.
Suasana ini berlaku disemua klinik dan hospital di Malaysia
dan ianya sesuatu yang menjadi detik perpaduan
dikalangan rakyat yang mesti diteruskan malah
dibanggakan. Tidak kira apa bangsa, klinik dan hospital akan
menjadi tempat rujukan setiap rakyat dalam mendapatkan
rawatan terhadap sebarang masalah kesihatan yang
dihadapi.sebagai doktor ataupun jururawat, mereka tetap
akan merawat pesakit yang datang walaupun berlainan
bangsa dan agama kerana itulah tugas mulia yang harus
semua rakyat berbangga khususnya ketika sesuatu wabak
penyakit berjangkit melanda negara.

Masyarakat tidak perlu takut untuk berinteraksi dengan
bangsa yang berbeza kerana kerajaan sentiasa memupuk
sifat bertolak ansur dan saling menghormati antara satu
sama lain.Dalam kes ini, kita dapat bekerjasama dalam
mengurangkan penularan penyakit berbahaya. Seperti
COVID-19 yang melanda dunia hari ini,iaitu Pandemik
COVID-19,juga dikenali sebagai wabak koronavirus ialah
pandemik penyakit koronavirus 2019 yang sedangberlaku
secara global berpunca daripada koronavirussindrom
pernafasan akut teruk. Wabak ini pada mulanya dikesan
pada pertengahan Disember 2019 di bandaraya Wuhan,
Hubei, China dan telah diiktiraf sebagai pandemik oleh
Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Kesimpulannya, kita haruslah menjaga kesihatan diri
dan bertanggungjawab menjaga kebersihan sekeliling
kita dan dapat memupuk perpaduan antara kaum
dengan menjaga kebersihan bersama-sama dengan
penduduk sekitar yang berbilang kaum. Hal ini kerana
kerjasama antara kaum menjaga kesihatan sejagat
mengeratkan lagi perpaduan kaum di Malaysia.Selain
itu, kita mestilah berganding bahu dengan masyarakat
sekeliling kita supaya masalah yang bertimbun mampu
diselesaikan dengan selamat dan berjaya. Disamping
itu, kita sewajarnya menanam semangat perpaduan
yang amat mendalam bagi seorang siswa/siswi untuk
bekerjasama dalam bidang kesihatan.

BIL RUJUKAN
1 -https://www.perpaduan.gov.my/index.php/bm/

2 ·https://www.epu.gov.my/sites/default/files/2020
-02/Kertas%20Strategi%2005.pdf

3 -google image


Click to View FlipBook Version