The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1127-27-afifah, 2022-12-03 15:54:20

PMIK2063R TUGASAN 1 - PENULISAN

PMIK2063R TUGASAN 1 - PENULISAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS KENINGAU
89000 KENINGAU,
KENINGAU, SABAH

PIMK2063R
PENGAJIAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SR

Nama : NUR AFIFAH ADIBAH BINTI MOHD TAMIZI

No. K/P : 940128115414

No. Matrik : D22010100

Program : PDPP PI K2

Ambilan : OKTOBER 2022

Nama Tugasan : TUGASAN 1 – PENULISAN

Nama Pensyarah : USTAZ HAIRON ZAINAL ABIDIN

Tarikh Hantar : 3 DISEMBER 2022

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya
sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________

PEMERIKSA MODERATOR

Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________

SENARAI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN
PENGHARGAAN 1
1.0 PENDAHULUAN 2
2.0 ISI KANDUNGAN BIDANG AKIDAH 2
3.0 ANALISIS KANDUNGAN KURIKULUM PENDIDIKAN
3
ISLAM SEKOLAH RENDAH BIDANG AKIDAH 7
3.1 OBJEKTIF PEMBELAJARAN DALAM BIDANG AKIDAH 8
3.2 KAEDAH PENGAJARAN 9
3.3 PENERAPAN ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK) 10
4.0 PENUTUP 11
RUJUKAN

PENGHARGAAN

Segala puja dan puji hanya bagi Allah SWT, Tuhan semesta alam yang telah menganugerahkan
kepada hamba-Nya yang faqir ini ilmu pengetahuan. Dengan segala rasa rendah diri, saya
mengakui bahawa tugasan ini tidak akan dapat dilakukan tanpa taufiq dan ‘inayah dari Allah SWT.
Tiada lafaz yang setanding untuk mengungkap rasa kesyukuran yang tidak terhingga ini. Hanya
bagi Allah segala puji-pujian yang layak dengan sifat keagungan-Nya.

Dalam kesempatan ini, saya merakamkan sekalung budi dan setinggi-tinggi penghargaan
serta ucapan terima kasih kepada Ustaz Hairon Zainal Abidin yang telah membimbing saya dalam
menyiapkan tugasan ini hingga ke peringkat akhir. Bimbingan, dorongan intelektual serta
keprihatinan yang ditunjukkan beliau sebagai pembimbing benar-benar terasa.

Penghargaan tertinggi saya ucapkan untuk seluruh keluarga saya yang sentiasa memberi
motivasi dan semangat. Jasa ibu dan ayah akan tetap tersemat kukuh di dalam hati dan sanubari
ini. Pengorbanan dan jasa yang dilimpahkan tidak mungkin dapat saya balas dengan kata-kata
atau material. Doa ibu dan ayah yang sentiasa merestui perjuangan ini membantu saya
menjalankan tugasan ini dengan lebih bersemangat.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Hassan bin
Ahmat selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tanjong Batu, Tawau dan rakan-rakan guru
kerana banyak membantu saya dalam memberi bimbingan berkenaan pelaksanaan tugasan ini.

Begitu juga buat teman-teman khususnya buat Nor Hanisah binti Ahmad, Siti Shahirah
binti Saharim, Ummi Husna binti Abdullah Zawawi dan Norfazilah binti Tokeman yang tidak putus-
putus mengambil berat dan mencurahkan idea dalam menyiapkan kajian ini. Sokongan moral
mereka, menambahkan keazaman untuk mengharungi perjalanan panjang dalam kajian ini bagi
mencapai cita-cita. Untuk mereka semua, saya mendoakan agar Allah memberikan kebaikan
yang berterusan di dunia hingga ke akhirat.

1

1.0 PENDAHULUAN

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Islam dibina bagi memenuhi keperluan
Pendidikan Islam secara holistik, berkembang serta bersifat autentik selaras dengan keperluan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (KPM, 2017). Kurikulum yang telah diwujudkan dalam KSSR
menerusi peggubalan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Islam
Sekolah Rendah disusun mengikut aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai serta mempunyai
tujuh bidang utama iaitu al-Quran, Hadis, Akidah, Ibadah, Sirah, Adab dan Jawi. Guru sebgai
agen pelaksana perlu mempunyai kejelasan dan kefahaman yang mendalam tentang kurikulum
dan menjadikan DSKP sebagai rujukan dan panduan untuk melaksanakan pengajaran dan
pentaksiran. Perbincangan dalam penulisan ini akan berfokus kepada bidang akidah.

2.0 ISI KANDUNGAN BIDANG AKIDAH

Jadual 1 : Isi kandungan bidang akidah Tahun Satu hingga Tahun Enam.

Bidang Tahun Standard Kandungan
Akidah 1 3.1 Merumus dan meyakini rukun iman serta menjadikannya sebagai
pegangan dan asas tindakan dalam kehidupan.
2 3.2 Merumus, meyakinii dan mengamalkan rukun islam dalam kehidupan
3 harian.
3.3 Merumus dan meyakini konsep asas nama Allah ar-Rahman dan ar-
Rahim serta menjadikannya sebagai pegangan dan asas tindakan dalam
kehidupan seharian.
2.1 Mengimani sifat-sifat Allah dan mengaplikasikan dalam kehidupan
harian.
2.2 Mengimani konsep nama Allah al-Ahad dan as-Somad serta
mengaplikasi dalam kehidupan harian.
2.3 Mengimani konsep malaikat dan mengaplikasi dalam kehidupan
harian.
3.1 Merumus konsep nama Allah al-Alim dan al-Hakim serta mengaplikasi
dalam kehidupan harian secara beradab dan istiqamah.
3.2 Merumus konsep beriman dengan kitab dan mengaplikasi dalam

2

kehidupan harian secara beradab dan istiqamah.
4 3.1 Meyakini konsep nama Allah al-Azim dan al-Hamid serta

mengaplikasikannya dalam kehidupan secara beradab dan istiqamah.
3.2 Meyakini konsep beriman kepada Rasul dan mengaplikasikannya
dalam kehidupan secara beradab dan istiqamah.
3.3 Merumus kepentingan mempertahanka akidah daripada kufur dalam
kehidupan secara beradab dan istiqamah.
3.4 Merumus kepentingan mempertahankan akidah daripada nifaq secara
beradab dan istiqamah.
5 3.1 Meyakini konsep nama Allah al-Malik dan al-Hasib serta
mengaplikasikannya dalam kehidupan secara beradab dan istiqamah.
3.2 Meyakini konsep beriman kepada hari akhirat dan mengaplikasikanna
dalam kehidupan secara beradab dan istiqamah.
3.3 Merumus kepentingan mempertahankan akidah daripada perbuatan
yang boleh membawa kepada syirik.
3.4 Merumus kepentingan mempertahankan akidah daripada perbuatan
sihir.
6 3.2 Memahami dan meakini sifat-sifat Allah.
3.2.2 Basar
3.2.3 Kalam
3.3 Memahami dan meyakini perkara-perkara Sam’iyyaat.

3.0 ANALISIS KANDUNGAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH
BIDANG AKIDAH

Standard kandungan ialah spesifikasi tentang perkara yang murid perlu tahu dan mampu
mengaplikasikannya dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran
dan nilai serta saling berkait (KPM, 2017). Sebagai contoh, dalam bidang akidah tahun satu
sehingga tahun enam mempunyai kandungan yang sama tentang tauhid dan perkara berkaitan
dengannya. Standard pembelajaran adalah satu penetapan kriteria atau indikator kualiti
pembelajaran yang boleh diukur bagi setiap kandungan (KPM, 2017). Kepentingan standard
pembelajaran untuk menentukan kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid. Seterusnya,

3

membantu guru merancang objektif mengikut tahap murid, merancang aktiviti, kaedah dan
strategi pengajaran yang berkesan.

Jadual 2 : Bilangan standard kandungan dan standard pembelajaran bidang akidah Tahun Satu
hingga Tahun Enam.

Bidang Tahun Bilangan standard kandungan Bilangan standard pembelajaran

Akidah 1 3 12
Jumlah 2 3 12
3 2 9
4 4 24
5 4 20
6 3 15
19 92

Pendidikan merupakan satu wadah yang amat penting dalam uasaha mernartabatkan
ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) seperti yang dijelaskan oleh Adam (2016), mazhab
yang dianuti oleh umat Islam di Malaysia umumnya ialah mazhab Asya’irah yang dinisbahkan
kepada Imam Abu Hasan al-Asy’ari (324 H). Peruntukan Islam sebagai agama persekutuan
dalam perlembagaan membawa maksud Islam sebagai agama yang dianuti dan diamalkan oleh
majoriti rakyat dan jugapemerintah di negara ini.

Oleh itu, berusaha memberi kefahaman terhadap kandungan ajaran ASWJ mesti
dipergiatkan terutamanya melalui pendidikan sama ada melalui pendidikan secara formal atau
sebaliknya. Seharusnya kandungan pelajaran yang dimasukkan dalam silibus mampu memberi
kefahaman yang jelas kepada murid mengenai kedudukan ajaran ASWJ. Pendekatan teknik
pengajaran turut memberi kesan yang penting terutamanya dalam memberi faham perkara
sam’iyyat. Kegagalan di peringkat pendidikan awal memungkin seseorang itu mudah terdedah
kepada ancaman ajaran yang menyeleweng atau lebih cenderung menggunakan logik aka1
semata-mata (Shakila, et. al, 2013).

4

Berdasarkan pernyataan di atas, perkara ini dapat dihubungkan dalam kurikulum
Pendidikan Islam Sekolah Rendah (Kebangsaan) bagi Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) dan Tahap 2
(Tahun 4, 5 dan 6) untuk dilihat pemilihan unsur akidah melalui sukatan pelajaran ataupun DSKP
Pendidikan Islam yang merangkumi bidang Akidah seperti Rukun Iman, Rukun Islam, Asmaul
Husna, Sifat 20 dan Penyelewengan Akidah yang terdapat dalam buku teks Pendidikan Islam
yang digunakan di sekolah-sekolah kebangsaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan
diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) seperti maklumat di bawah :

Bil Tahun Unsur Akidah
1 Satu 1. Iman Peganganku
2 Dua 2. Islam Cara Hidupku
3 Tiga 3. Tuhanku ar-Rahman ar-Rahim
4 Empat 1. Kenali Sifat Allah
2. Tuhanku al-Ahad dan al-Samad
5 Lima 3. Malaikat yang Setia
1. Nama-nama Allah

 Allah ‘Alimu dan al-Hakim
 Beriman kepada Kitab
1. Agung dan Mulianya Tuhanku
2. Utusan Yang Mulia
3. Kufur
4. Nifaq

1. Al-Malik
2. Al-Hasib
3. Beriman Dengan Hari Akhirat
4. Syirik Merosakkan Akidah
5. Bahaya Sihir

5

6 Enam 1. Sifat-sifat Allah

 Sama’

 Basar

 Kalam

2. Asmaul Husna
 Al-Hasib
 Dzuljalali Wal Ikram

3. Jauhi Syirik
4. Beriman dengan Sam’iyyat

Berhubung dengan kandungan pelajaran akidah yang diperoleh daripada DSKP dan
sumber buku teks Pendidikan Islam Tahun 1 hingga Tahun 6, persoalan tentang keimanan,
sifat- sifat Allah, nama-nama Allah (Asmaul Husna), melakukan kebaikan, meninggalkan
kejahatan, dan penghayatan dan keyakinan melalui Rukun Islam dan Rukun Iman dilihat
mempunyai persamaan antara pegangan ASWJ dengan kerangka akidah dalam pendidikan
peringkat sekolah kebangsaan di Malaysia. Persamaan ini dilihat ketara dengan mendahulukan
keimanan hanya kepada Allah yang merupakan Pencipta manusia dan seluruh alam ini. Diteliti,
sepanjang enam tahun murid-murid di sekolah rendah mempelajari ilmu akidah melalui
Pendidikan Islam, konsep keimanan dan kepercayaan merupakan perkara asas untuk dipelajari
dan dihayati oleh murid-murid.

Jelasnya, penerapan unsur akidah melalui silibus pendidikan Islam sekolah rendah dilihat
berupaya memperkukuhkan jiwa anak-anak generasi muda dengan menjadikan modal insan
tersebut benar-benar mempunyai satu asas yang kukuh seperti komuniti awal Islam yang begitu
mntap apabila Rasulullah menerapkan unsur akidah sebagai tunjang kepada kekuatan serta
kecemerlangan komuniti tersebut. Akidah yang kuat akan memberi kemaslahatan kepada
umat Islam harini kerana segala perlakuan dan perbuatan yang dilakukan merupakan satu ibadat
dan menjadisatu motivasi untuk terus mengejar amalan yang baik di dunia ini.

6

3.1 OBJEKTIF PEMBELAJARAN DALAM BIDANG AKIDAH
Dapatan menunjukkan bahawa bidang akidah bertujuan untuk memahami dan meyakini asas
akidah sebagai pegangan dan benteng dalam kehidupan beragama. Fokus dalam bidang ini
adalah murid dibekalkan dengan konsep asas akidah sehingga mereka dapat merumus dan
mengamalkannya secara istiqamah dalam kehidupan harian (KPM, 2017).

Melalui Akta Pelajaran 1961 telah dijelaskan bahawa pendidikan Islam merupakan
kewajipan kerajaan yang memerintah negara. Sehubungan itu, seorang murid yang beragama
Islam selama ia masih bersekolah rendah dan menengah haruslah diberi pendidikan agama
Islam yang sewajarnya. Berkait dengan hal ini, kurikulum pendidikan agama Islam telah
diwujudkan untuk murid-murid di sekolah (Abdul Hamid, 1993).

Seterusnya, menurut Muhammad Salih (1983), menegaskan bahawa pendidikan agama
Islam di sekolah rendah ialah pendidikan untuk menanam akidah kepercayaan sebagai mengisi
keperluan mereka terhadap agama kerana pada umur yang masih mentah, golongan ini boleh
menerima pelajaran tanpa banyak persoalan. Oleh itu, pada peringkat ini, pendedahan terhadap
pendidikan al-Quran dan al-Sunnah perlulah diajar kepada mereka mengikut kesesuaian akal
dan tahap pemikiran. Penerapan ini akan menjadi pegangan beragama mereka sehingga
pengajian di peringkat tinggi lagi.

Antara elemen-elemen akidah yang dapat dilihat melalui DSKP Pendidikan Islam Sekolah
Rendah iaitu; Murid menyatakan konsep Asas Akidah; Murid menjelaskan konsep akidah; Murid
menjelaskan konsep akidah dan mengkelasifikasikan kefahaman dalam kehidupan harian;
Murid menghuraikan kefahaman konsep akidah dengan menjadikan sebagai pegangan dalam
kehidupan harian; Murid menganalisis kefahaman konsep akidah dan menjadikan sebagai asas
dalam tindakan dalam kehidupan harian serta; Murid merumuskan kefahaman konsep akidah
serta menjadikan sebagai asas tindakan dalam kehidupan harian dan boleh dicontohi atau
membimbing orang lain. Berdasarkan DSKP Pendidikan Islam sekolah rendah ini, konsep
akidah asas yang bersesuaian dengan tahap pemikiran dan usia murid-murid ini.

7

3.2 KAEDAH PENGAJARAN
Kepelbagaian kaedah, teknik dan strategi pengajaran yang dipraktikkan oleh guru dapat
meningkatkan motivasi dan proses pembelajaran murid (Noriati et al, 2017). Sidek (2017)
menyatakan bahawa akidah tauhid menjadi perkara pokok dalam Islam. Hal ini menjadi
tunjangan dalam ibadah, syariah dan akhlak. Tunjangan ini mempunyai sifat merentasi kerana
akidah tauhid tidak sekadar suatu ikatan (aqaid) kepercayaan dan keyakinan terhadap pencipta
tetapi keyakinan ini terserlah dalam ibadah, terlihat dalam syariah dan tercerna dalam akhlak. Ia
tidak sesuatu yang terpisah. Implikasi tauhid yang tercetus dalam lafaz, tiada Tuhan melainkan
Allah, Nabi Muhammad pesuruh-Nya memberi kesan yang sangat besar dan mendalam kepada
keyakinan, amalan atau penghayatan setiap manusia yang hidup di dunia ini.

Oleh itu, strategi berpusatkan guru amat penting dalam bidang akidah kerana bidang
akidah merupakan asas dan tonggak dalam Islam. Bimbingan dari guru amat diperlukan bagi
menjelaskan konsep asas untuk sesuatu topik yang dipelajari. Pun begitu, hal ini tidak
bermaksud proses pengajaran dan pembelajaran hanya berpusatkan guru semata-mata tanpa
penglibatan murid. Guru boleh menerapkan aktiviti-aktiviti kemahiran pembelajaran abad ke-21
(PAK 21) dalam pengajaran. Sebagai contoh, guru menggunakan aktiviti ‘Fan-N-Pick’ dalam
tajuk akidah Tahun 3; Beriman Kepada Kitab.

Seterusnya, menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan projek. Murid boleh
membina projek mudah seperti buku skrap. Sebagai contoh, murid Tahun 4 membuat buku skrap
berkenaan tajuk Kufur.

Selain itu, teknik soal jawab amat bersesuaian untuk bidang akidah kerana kandungan
bidang akidah tersebut melibatkan kemahiran berfikir secara kognitif. Sebagai contoh, guru
mengemukakan soalan kepada murid Tahun 5 dalam topik Syirik Merosakkan Akidah. Kaedah
soal jawab juga biasanya berdasarkan kepada dialog dan perbincangan untuk mendapatkan
jawapan serta fakta yang tidak dapat diragui kebenarannya atau dikritik lagi. Proses pangajaran
dan pembelajaran dengan kaedah soal jawab disepadukan dengan kaedah perbincangan kerana
ia dapat menambahkan lagi keberkesanan pembelajaran di samping membantu meningkatkan
kecerdasan otak, mencungkil bakat dan dapat menghidupkan suasana pembelajaran. Oleh itu
guru digalakkan mempraktikkan kaedah ini semasa proses P&P kerana ia merupakan kaedah
interaksi dua hala yang melibatkan pelajar dan guru, di samping itu ia turut menyumbang kepada
kesan yang positif dan memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada kepada pelajar.

8

Penggunaan alat bantu mengajar hasil dari pemanfaatan sumber digital seperti media
audio visual juga dapat digunakan agar proses P&P berjalan dengan seronok dan murid dapat
memahami topik yang diajar dengan lebih berkesan. Sebagai misalan, guru boleh memainkan
lagu Tugas-tugas Malaikat kepada murid Tahun 2 dalam topik Malaikat Yang Setia.

3.3 PENERAPAN ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK)
Penerapan elemen ini untuk mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang
dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta membantu dalam menghadapi
cabaran semasa dan masa hadapan (Roslaini, 2016). Elemen yang diterapkan dalam DSKP
Pendidikan Islam ialah bahasa, kelestarian alam sekitar, nilai murni, sains dan teknologi,
patriotisme, kreativiti dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat komunikasi, kelestarian
global dan pendidikan kewangan.

Contohnya, elemen nilai murni dapat diterapkan dalam tajuk Agung dan Mulianya
Tuhanku, silibus murid Tahun Empat. Melalui tajuk ini, murid diperkenalkan dengan dua nama
Allah iaitu al-Azim (Maha Agung) dan al-Hamid (Maha Terpuji). Hasil dari pembelajaran tajuk ini,
nilai murni seperti menjadi seorang Muslim yang taat, bertawakkal kepada Allah dan mensyukuri
nikmat Allah dapat diterapkan. Seterusnya, integrasi elemen sains dan teknologi dalam bidang
akidah tajuk Asmaul Husna Tahun Satu sehingga Tahun Enam yang melibatkan ilmu ketuhanan
juga boleh dilihat melalui pembuktian sains terhadap Nama-nama Allah. Agama dan sains
adalah dua faktor besar yang mempengaruhi jalan pemikiran manusia dahulu dan sekarang.
Mahmood Zuhdi (2000) berpandangan dalam sejarah tamadun manusia, agama lahir sebagai
hasil daripada keyakinan tentang adanya kuasa tertinggi yang perlu dipatuhi. Sains pula bermula
serentak dengan kegiatan berfikir manusia dlam menghadapi cabaran hidup. Oleh itu, tidak
dapat tidak sebagai seorang guru perlu kreatif dan tidak membataskan aspek pembelajaran
akidah sebagai suatu pembelajaran yang jumud dan bersifat kaku. Justeru, elemen sains dn
teknologi wajar dihubungkait sewaktu pembelajaran Asmaul Husna.

Selain itu, elemen teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) juga boleh diaplikasi dalam
semua tajuk bidang akidah Tahun Satu sehingga Tahun Enam. Mohammad Kamal (1988)
menyebut bahawa Pendidikan Islam pada hakikatnya bukanlah suatu mata pelajaran yang cuba
menyampaikan satu maklumat yang sempit da kaku, malah merupkan stu sistem dan gagasan

9

pembentuk prisnsip dan cara hidup berasas sumber wahyu yag diurunkan sebagai panduan
kehidupan manusia sepenuhnya. Oleh itu, guru perlulah memantapkan diri terlebih dahuu
dengan kemudahan teknologi yang terkini dalam usaha memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan lebih berkesan dan menyeronokkan.

4.0 PENUTUP
Keseluruhannya dapat diteliti, unsur akidah telah terpancar melalui wadah pendidikan di
peringkat rendah lagi di Malaysia. Kesemua perkara yang dibincangkan ini, membawa kepada
satu penemuan bahawa terdapatnya hubungan paling asas dalam unsur akidah: iaitu berkaitan
dengan perihal keimanan dan keyakinan kepada kewujudan Allah dan ciptaanNya. Perkara ini
terbukti dengan merujuk DSKP dan buku teks Pendidikan Islam yang menjurus kepada topik
keimanan kepada Allah termasuk nama-nama dan sifat-sifat Allah, Rukun Iman, Rukun Islam
dan amalan murni yang disarankan. Walaupun dilihat dalam buku teks Pendidikan Islam unsusr
akidah tidk disentuh secara mendalam, namun pada hakikatnya pengenalan terhadap kewujudan
Allah telah diterapkan dalam jiwa dan sanubari murid-murid di peringkat awal lagi.

10

RUJUKAN

Abdul Hamid Othman. 1993. Falsafah Pendidikan Islam: Pelaksanaannya di Institusi-institusi
Pendidikan Malaysia, dlm. Pendidikan Islam Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Adam Badrulhisham. 2016. Ahli Sunnah Wal Jamaah Dan Pemakaiannya Di Malaysia: Isu Dan
Cabaran. Jurnal ‘Ulwan. Jilid 1: 128-149.

Buku Teks Pendidikan Islam (Tahun Satu-Enam), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
Pendidikan Islam Tahun 1. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
Pendidikan Islam Tahun 2. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
Pendidikan Islam Tahun 3. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
Pendidikan Islam Tahun 4. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
Pendidikan Islam Tahun 5. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
Pendidikan Islam Tahun 6. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21). Putrajaya:
Terbitan Kementerian Pendidikan Malaysia.

11

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Panduan pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah.
Putrajaya: Terbitan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mahmood Zuhdi Ab. Majid. (2000). Tokoh-tokoh Kesarjanaan Sains Islam. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Salih Mamak. 1983: Ilmu Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Noriati A. Rasyid, Boon Pong Ying dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2017). Murid dan
pembelajaran. Selangor. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Roslaini Binti Abd. Razak. (2016). Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Kolaboratif dalam
bidang al-Quran di Sekolah Kebangsaan Kampung Cheras Baru. Universiti Sains Islam
Malaysia: Negeri Sembilan.

Shakila Ahmad, Mikdar Rushdi, Rafiuddin Afkari Abdul Fatah. 2013. Usaha Memartabatkan
Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai Pemangkin Kelangsungan Masyarakat Islam
Madani di Malaysia. Kertas Kerja dibentangkan di Seminar Kebangsaan Isu Ketamadunan
dan Cabaran Semasa (SIKCAS 2013), Universiti Sains Malaysia, Penang, 27 November.

Sidek Baba. 2017. Akidah Islam Sifatnya Merentasi. Fikrah, Utusan Malaysia.

12

13


Click to View FlipBook Version