Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat
tanya yang diberikan.
Di manakah murid-murid perlu
berkumpul apabila loceng kecemasan
dibunyikan?
A Apabila loceng kecemasan berbunyi
semua murid hendaklah keluar dari kelas.
B Semua murid hendaklah berkumpul di
padang apabila loceng kecemasan
dibunyikan.
C Ya, murid perlu berkumpul di padang
apabila loceng kecemasa dibunyikan.
D Semua murid perlu berkumpul apabila
loceng kecemasan dibunyikan.
Multiple Choice Submissions
Details can be found in the Notes section below
Pilih ayat yang betul.
A Para peserta perkhemahan diminta
memperkenalkan diri dalam majlis
suai kenal itu.
B Kedua anak Pak Asri menetap di
Kuala Lumpur.
C Tiap pejawat awam diingatkan
supaya mengamalkan sikap
berbudi bahasa.
D Berbagai aktiviti diadakan
sepanjang Minggu Bahasa Melayu
di sekolah saya.
Multiple Choice Submissions
Details can be found in the Notes section below
Pilih ayat yang betul.
I Malam tadi kami makan di Sri
Semarak Restoran.
II Di dalam beg itu terdapat
sekotak pensel warna.
III Cantik sungguh rumah
contoh di kawasan itu.
IV Ibu mengeluarkan tembikar
pasu dari almari itu.
A III dan IV C I dan II
B I dan IV D II dan III
Multiple Choice Submissions
Details can be found in the Notes section below
Pilih ayat yang sama maksud dengan
ayat yang diberikan.
“Jalan itu ditutup kepada semua lalu
lintas kerana sedang dibaiki. Gunakan
jalan lain,” nasihat Ali kepada Syafiq.
A Oleh sebab jalan itu ditutup kepada semua lalu lintas,
Ali menasihati Syafiq supaya menggunakan jalan lain
yang belum dibaiki.
B Ali menasihati Syafiq supaya menggunakan jalan lain
kerana jalan itu sedang dibaiki dan ditutup kepada
semua lalu lintas.
C Ali meminta Syafiq agar tidak menggunakan jalan
yang sedang dibaiki itu walaupun jalan lain telah
ditutup kepada semua lalu lintas.
D Oleh sebab jalan itu sedang dibaiki, Ali menasihati
Syafiq supaya menggunakan jalan lain yang telah
dibuka kepada semua lalu lintas.
Multiple Choice Submissions
Details can be found in the Notes section below
Pilih ayat yang sama maksud dengan
ayat yang diberikan.
“Pepatah ada menyatakan bahawa masa
itu emas. Oleh itu, hargailah setiap masa
yang ada dengan melakukan aktiviti yang
berfaedah,” kata Cikgu Fatin kepada
murid kelasnya.
A Cikgu Fatin bersama-sama murid kelasnya melakukan
aktiviti yang berfaedah pada setiap masa kerana
masa itu emas.
B Murid kelas Cikgu Fatin menggunakan masa yang ada
dengan melakukan aktiviti yang berfaedah kerana
pepatah ada menyatakan bahawa masa itu emas.
C Cikgu Fatin menasihati murid kelasnya agar melakukan
aktviti yang berfaedah pada setiap masa kerana
pepatah ada menyatakan bahawa masa itu emas.
D Setiap masa itu berharga dan masa itu emas
merupakan pepatah yang Cikgu Fatin sampaikan
kepada murid kelasnya agar mereka melakukan
aktiviti yang berfaedah.
Multiple Choice Submissions
Details can be found in the Notes section below
Pilih simpulan bahasa yang
sesuai bagi mengisi tempat
kosong.
Pemidato itu telah __________
para juri dan telah dinobatkan
sebagai juara pertandingan
pidato Piala Diraja.
A bulat hati
B menambat hati
C makan hati
D ambil hati
Multiple Choice Submissions
Details can be found in the Notes section below
Siapkan tugasan yang
diberi melalui pautan
Wordwall berikut :-
https://wordwall.net/play
/21092/769/582
Nyatakan apa
yang telah kamu
pelajari hari ini
dalam 5 perkataan
sahaja.
Word Cloud details can be found in the Notes section below
Ya, saya faham pembelajaran
hari ini.
Tidak, saya tidak faham
pembelajaran hari ini.
Tidak pasti, ada bahagian yang
saya tidak faham.
Quick Poll Submissions
Details can be found in the Notes section below