©PENJEJAK CINTA SIRI 3 2020 -
8 APR.2020 PKPCOVID19
©PENJEJAK CINTA SIRI 3 2020 -
Chapter 5 PAGOH JAYA2 DAN SIBAJU HIJAU
Demi mewujud dan mengangkat jiwa kesatuan dan kekitaan dalam masyaratat
Taman PJ2, hasil perbincangan demi perbincangan bersama Tn Hj Misad
(Pengerusi), En Azman(Naib Pengerusi) dan ajk maka tercetuslah idea untuk
mewujudkan satu identiti keseragaman dan kesatuan melalui penampilan t-shirt
taman bersama logo Krt Tpj2.
Serentak itu penubuhan Pakatan Islam Taman Pagoh Jaya 2 juga diwujudkan
bertujuan antara lain untuk memberi tumpuan hal- hal yang berkaitan pinjaman
alatan kelengkapan khusus kepada penduduk Muslim di Taman Pagoh Jaya 2.
Ianya juga timbul bila wujud kerisauan dikalangan kami seandainya penggunaan
kelengkapan dibuka kepada pengguna bukan Islam untuk majlis-majlis mereka, ia
akan mengundang lebih banyak masalah berkaitan halal haram juadah yang
dihidangkan semasa menggunakan alatan dan kelengkapan itu .
Dalam waktu yang sama bermacam idea datang dalam fikiran. Alangkah baiknya
diwujudkan kad khas Pakatan Islam Taman Pagoh Jaya dengan kadar yuran
keahlian yang minimum sebanyak RM10 layak mendapat manfaat dan kemudahan
sebagai ahli. Secara tidak langsung kad itu menjadi identiti pemastautin Taman PJ2
dan ahli akan ada perasaan kebertanggungjawaban kepada kelengkapan dan
organisasi ini.
Menyusurilah internet, mengubah dan menyesuai logo selari dengan konsep
serta matlamat penubuhan dan kewujudannya. Entah apa yang meruntun hati ini
hingga cukup tertarik imej burung dan unggas yang terbang seumpama pulang ke
sarang.
1
©PENJEJAK CINTA SIRI 3 2020
Ia seumpama gambaran kesaksamaan dalam pembinaan modal insan Taman
Pagoh Jaya 2 walau datang dari latar, tempat dan budaya yang berbeza.
Sekarang ini apabila menyelak fail-fail lama rupanya kad tersebut masih ada lagi
dalam simpanan lengkap dilaminated bertarikh 1/1/2011 untuk kenanganku. Dah kira
barang rare kot sekarang.Syarat keahlian Pakatan Islam Taman Pagoh Jaya 2
antaranya hendaklah pemastautin Tpj2, menjelaskan yuran keahlian RM10 secara
otomatik seseorang itu layak mendapat kemudahan sewaan khemah dan
kelengkapan dengan kadar harga minimum ahli.
Sememangnya diakui kelengkapan khemah dan alatan pada awalnya mungkin
kurang lengkap tetapi diharapkan dengan yuran dan sewaan ahli akhirnya dapat
diperlengkapkan dari semasa ke semasa disamping memperbaiki segala kerosakan
jika ada pada masa akan datang.
Tanpa tidak disangka-sangka kami mendapat perkhabaran gembira. Permohonan
stor yang telah kami ajukan kepada pihak Majlis Perbandaran dan peruntukan dari
kerajaan sebanyak RM20,000 telah berjaya. Sesungguhnya rezeki Tuhan tidak
pernah salah alamat berkat iltizam dan doa semua ahli. Syukur atas kurniaan Mu Ya
Allah.
Terimbau semula saat surat itu dihantar kepada MPM dan kerajaan pada masa
itu untuk permohonan stor Taman PJ2. Dalam permohonan itu disertakan layout
pelan cadangan hasil rujukan dan perbincangan dengan pemaju bersama En Roslan
Sabtu (Penggerak awal Taman Pagoh Jaya 1). Tanah rezab tersebut telah
disediakan oleh pihak pemaju khusus kepada penduduk Islam di Taman PJ2 iaitu di
2/18. Alhamdulillah stor tersebut kekal beroperasi hingga kini. 2
©PENJEJAK CINTA SIRI 3 2020
Tuan Haji Misad (Pengerusi KRT, SRS dan Pakatan Islam TPJ2) pada masa itu
membuat satu panggilan kejutan kepada saya ketika saya sedang mengajar awal
pagi yang cukup bermakna itu “ Cikgu Ashib, petang ini datang ya ke 2/18, nak riki
tempat”. Sesampainya saya ke tempat tersebut barulah dijelaskan bahawa kita
mendapat peruntukan membina stor mengikut saiz yang telah dicadangkan. Suatu
kegembiraan yang tidak dapat dibayangkan akhirnya impian selama ini akan menjadi
kenyataan walaupun saiz stor tersebut tidaklah besar tapi cukuplah untuk meletakkan
alatan sedia ada dengan agak sempurna.
Berhubung cadangan rekabentuk dan tempahan baju ahli, Pengerusi pantas
mencadangkan En Azman dan saya untuk menguruskan baju tersebut. Berdasarkan
bancian awal terdapat 80 orang ahli rasmi berdasarkan data- data utama keahlian
SRS termasuk kaum lain. Edaran saiz baju kepada ahli-ahli terlibat pun dilakukan
seterusnya kami berdua dengan Gen2 kelabu En Azman meluncur membelah
kawasan Jorak dan Muar menuju DK sport (salah satu perniagaan milik Melayu).
Berdetik hati “bila lagi orang Melayu nak tolong peniaga Melayu” kebetulan pula
En Azman rupanya pelanggan tetap dan setia syarikat tersebut terutama apabila
tempahan melibatkan tempat bertugasnya iaitu IKTBN Pagoh.Secara tidak langsung
dengan faktor-faktor itu,kot-kotlah dapat harga murah bak kata orang dapat harga
adik kakok. Berbagai warna dan material ditunjukkan oleh Pengurus DK Sport.
Membelek- beleklah kami satu persatu dan akhirnya warna hijau juga yang menjadi
pilihan kerana warna tersebut lebih terang dan menyerlah pada kaca mata kami.
Lantas kami bertanya kepada pengurus tersebut “tak sensitif kewarna ni Bos”.
“Warna hijau pisang ada logo Krt Tpj2 lagi, tak lah “jawabnya penuh yakin
3
©PENJEJAK CINTA SIRI 3 2020
Akhirnya harga yang ditawarkan tidak mampu kami tolak disamping material
yang kami rasa amat selesa. Jangan sesekali cerita untung, malahan tuntutan kos
minyak Gen2 pun jauh sekali. Inilah kerja untuk masyarakat tidak pernah terdetik di
hati untuk mengambil untung, jauh sekali memperalatkan sesama sahabat. Apa
yang kami dapat dan usahakan itulah yang sedayanya untuk kami pulangkan semula
kepada masyarakat TPJ2. Ia seumpama lampu gasolin yang memyinarkani cahaya
sehingga minyak tersebut habis atau mentol terbakar. Sesiapa yang ingin bercerita
tentang untung ini bukanlah medannya. Ia sebuah pengorbanan tanpa balasan.
Kini tibalah masa yang ditunggu- tunggu, dengan perasaan excited dan
semangat yang luar biasa pada malam tu, saya berbekalkan senarai nama dan
“permenant maker” membuat kerja-kerja “packing” sebanyak 80 helai seorang diri.
Berlaku keadaan dimana jumlah tempahan tidak sama jumlah baju yang ditempah di
kedai sukan tersebut mungkin faktor tempahan saat-saat akhir menyebabkan jumlah
tempahan berubah beberapa kali. Langkah mengatasi dengan menyesuaikan
mengikut keadaan yang berlaku dan biasalah kurang lebih tak puashati pasti akan
berlaku.
Semaraklah baju- baju hijau Krt Tpj2 ini meredah dan menyelinap ke setiap
penjuru dan lorong-lorong semasa majlis- majlis rewang dan kerja kahwin ahli kariah
Taman PJ2. Tidak terkira banyaknya titis- titis peluh tercurah diganti senyuman
kegembiraan dan kepuasan sesungguhnya begitu hebat dan eratnya hubungan yang
terjalin tidak dapat digambarkan dengan kata-kata pada masa itu Yang
memotong,mengangkat,mengangkut,melawak,mengusik,melatah saling silih berganti
tanpa menghiraukan basah hujan dan panas terik matahari......
4
©PENJEJAK CINTA SIRI 3 2020
Kadangkala bukan tidak ada kedengaran suara-suara yang tidak enak didengar.
“Tengok tu yang rewang-rewang, lebih utamakan makan jek”, “rewang belum habis
dan pengantin pun belum habis makan beradap, yang rewang dah dok sibuk ambik
lauk”. Sedih juga aku mendengarnya tapi anggaplah ia satu cabaran biasa dalam
kerja masyarakat yang wajib diharungi.
Berbekalkan t-shirt hijau inilah ramai para jemputan mengakui dan mengkagumi
betapa hebat ukhuwah dan kesatuan di Taman PJ2.
Sesungguhnya bukanlah wang ringgit menjadi ukuran tetapi yang lebih utama sifat
saling mempercayai tanpa ada perasaan prasangka adalah resepi bermakna untuk
kejayaan kita bersama.
Akurlah sesungguhnya masalah sebesar mana pun insyaallah akan dipermudahkan
jalannya. Allahlah tempat berserah dan tempat memohon pertolongan.
5
©PENJEJAK CINTA SIRI 3 2020
Chapter 6 WANITA DAN PJ2 BERPISAH TIADA
Baju t - shirt hijau dan pergerakan sayap wanita Taman Pagoh Jaya 2 tidak
pernah sesekali berpisah ia seumpama tulang belakang menyokong antara satu
sama lain. Begitulah eratnya hubungan kedua-dua organisasi ini saling memerlukan
antara satu sama lain. Pengerusi terawal Perkumpulan Wanita Taman PJ2 ialah Kak
Azah isteri abang Din Lori 2/10 (inilah tag line sebutan nama di Pagoh Jaya 2)
almaklumlah nama Azah ramai dan cara mudah untuk masingt-masing mengenali.
Setiap minggu dan bulan dipenuhi dengan program serta aktiviti yang sarat
melibatkan semua lapisan wanita seperti berzanji, yassin, tahlil dan kenduri
kesyukuran,kunjungan ziarah dan marhaban raya. Pastinya paling utama penyambut
dan penanggah rewang kerja kahwin di kejiranan Taman Pagoh Jaya 2.
Seiring pula pada masa itu kak Nita (nama gelaran orang rumah) pun terjebak
sama sebagai Bendahari melaksanakan sistem kutipan yang akan dicatat dalam
sebuah buku khas sumbangan berkadar 2 ke 3 ringgit daripada setiap ahli yang hadir
bertujuan menampung kos dan perbelanjaan tuan rumah untuk mejlis tersebut.
Secara tidak langsung orang rumah pun turut sama sibuknya menghadap
laptop untuk mencatat nama kehadiran ahli dalam sesuatu majlis, mengira
mencampur, menolak dan membahagi almaklumlah ini antara tugas-tugas rutin yang
perlu dipikul oleh beliau sebagai Bendahari Perkumpulan Wanita Taman PJ2 pada
masa itu.
6
©PENJEJAK CINTA SIRI 3 2020
©PENJEJAK CINTA SIRI 3 2020
Sebenarnya kelebihan dan keistimewaan utama Perkumpulan Wanita Taman
PJ2 kerana kekerapan kitaran majlis kenduri sesama ahli wanita. Ini ditambah
dokongan yang padu dari akar umbi ahli. Bila sesuatu majlis dijalankan, tampak
berbondong- bondong mak- cik mak- cik,kakak- kakak kekadang sambil
mengendong anak kecil sanggup berjalan kaki merentasi beberapa lorong dengan
perit dan terik matahari jam 2 ke 3 petang, mahu cair bedak dibuatnya .Disebelah
malam pula perjalanan mereka hanya berbekalkan lampu limpah jalan sebagai
panduan ke sesuatu majlis.
Segala lelah dan penat sebagai suri rumah, bekerja di pejabat atau kilang,
mengurus anak pergi dan kembali dari sekolah, ,kesibukan melayan suami,
kesemuanya sanggup diketepikan demi memenuhi program- program Perkumpulan
Wanita. Wajar untuk kita rasa kagum,salute dan respek kepada mereka almaklumlah
kebanyakan daripada mereka berumur 20,30 dan 40an, sudah pastilah.anak- anak
mereka kebanyakannya masih kecil dan aktif lagi.
Wanita dan bahan baju sebenarnya tidak dapat dipisahkan kerana sifat
perempuan amat mementingkan penampilan diri, oleh sebab itu bahan baju
perkumpulan wanita antara yang menjadi keutamaan mereka. Justeru itu banyaklah
pilihan paten- paten bahan batik contoh yang diedarkan untuk dipilih oleh ahli.
Akhirnya mereka memutuskan bahan batik yang menjadi pilihan kebanyakan ahli dan
cara pembelian melalui kemudahan subsidi yang dinikmati hanya oleh ahli dan
selebihnya ditanggung sendiri..
7
©PENJEJAK CINTA SIRI 3 2020
Sebenarnya hasil kutipan sebanyak RM2 atau RM3 melalui program majlis
mingguan contohnya majlis yassin dan tahlil wanita, sebahagian kutipan tersebut
diserahkan kepada tuan rumah majlis kenduri bertujuan meringankan beban yang
ditanggung membiayai majlis tersebut. Selebihnya sebagai tabungan Perkumpulan
Wanita Taman PJ2 untuk kepentingan ahli yang mengalami musibah dan sumber
subsidi pembelian bahan baju untuk ahli.
Pernah juga saya bersama Tn Hj Misad dijemput menghadiri mesyuarat ajk di
rumah Pn. Azah (Pengerusi Perkumpulan Wanita Taman Pagoh Jaya2 pada masa
itu). Berbagai- bagai program dirancang antaranya Perkumpulan Wanita meminta
jasa baik saya untuk menghubungi pihak pengurusan Sekolah Cina yang berdekatan.
Ia berkaitan permohonan untuk penyewaan dewan khusus untuk kumpulan
wanita bermain badminton sesama mereka. Saya pun mengagahkan diri berjumpa
dengan Guru Besar Sekolah Cina tersebut. Sayangnya maklumbalas yang diterima
agak mendukacitakan kerana berbagai- bagai peraturan ketat menjadi syarat utama
penyewaan dewan tersebut. Berikut antara kata-katanya, “ apakah jaminan segala
alatan yang ada selamat?” . “Biasanya penglibatan wanita bersama anak- anak
dibimbangi kehadiran anak-anak tersebut boleh menyebabkan kegagalan kawalan
keselamatan seterusnya berisiko kerosakan alatan yang berkaitan dalam dewan
tersebut”. Saya sendiri hasil perbincangan dengan Guru Besar tersebut
sememangnya mengakui kadar sewaan per/jam masa itu pun agak tinggi.
Hasil dapatan tersebut saya maklumkan kepada Pengerusi Perkumpulan
Wanita dan mereka maklum situasi tersebut. Alhamdulillah dewan itu kini lebih
terbuka untuk penggunaan penduduk taman dan sewaan majlis-majlis kahwin.
8
©PENJEJAK CINTA SIRI 3 2020
Kekadang terdengar bunyi riuh rendah suara di belakang rumah saya . Di balik
cermin tingkap dapur saya mengintai siapakah gerangannya. Rupanya kak Azah,
Kak Rostipah dan beberapa wanita yang lain sedang eksesais ala poco-poco (amat
popular masa itu) dengan versi sendiri. Begitu gigih mereka diiringi muzik CD mudah
alih dibawa sendiri. Adakalanya mereka melakukan aktiviti bola jaring di ruang yang
sedia terhad dan sempit itu. Inilah antara cabaran bila tiada tempat khas yang selesa
dan sesuai namun saya amat kagum dan amat menghargai usaha mereka demi
aktiviti dan kesihatan, mereka rela menggunakan segala kreativiti dengan sebaiknya..
Dalam nampak tenang sebenarnya Pn Azah pernah juga menempuh badai dan
gelora sepanjang menguruskan Perkumpulan Wanita ini. Pn Azah yang saya faham
bila beliau ada masalah berkaitan Perkumpulan Wanita ini dia akan terus sms saya.
Kebiasaan apabila saya menerima aduan atau masalah daripada siapa sahaja
Penduduk PJ2 sedaya upaya cuba untuk saya selesaikan sebaik mungkin mengikut
daya dan kemampuan saya.
Pn. Azah pernah menerima sms antara isi kandungannya mempertikaikan
beliau sebagai Pengerusi pada masa itu ,dan pengirim sms tersebut memaklumkan
tidak akan mengiktiraf jawatan yang sedang disandang oleh beliau. Untuk
membuktikan ceritanya Pn Azah menghantar screen shoot sms tersebut kepada
saya. Saya mengambil pendekatan memujuk beliau antara lain menasihatkannya
supaya jangan terlalu mengambil hati atas segala yang berlaku dan anggaplah ianya
asam garam mendepani masyarakat khususnya wanita.
9
.
©PENJEJAK CINTA SIRI 3 2020
Seboleh- bolehnya saya cuba menangani permasalahan yang berlaku dan
mengelak dari ia menjadi beban kepada Pengerusi yang sedia maklum memikul
tanggungjawab berat dibahunya.
Teringat saya pesan, ingatan dan kata - kata daripada Ketua Sektor Pendidikan
Negeri Johor semasa beliau berucap di sebuah Hotel di Batu Pahat semasa saya
menghadiri kursus subjek Sains Pertanian yang dirasakan ada kebenarannya. Antara
kata - katanya “ Tuan - tuan dan puan – puan, mengapa seseorang Pengetua, Guru
Besar atau Pengurus Sekolah dalam sesuatu jabatan dibayar tinggi gajinya. ini bukan
kerana banyak kerahan tulang 4 keratnya tetapi kerana besar dan berat
tangungjawab yang dipikulnya”. itulah gambaran implementasi di dunia masyarakat
yang sebenar cuma bezanya penggerak masyarakat ini tidak bergaji tetapi atas
kesukarelaannya bersama masyarakat walaupun memikul tanggungjawab yang agak
berat seumpama seorang pengurus sesuatu jabatan atau sekolah..
Tidak sama sekali keuntungan menjadi matlamat menguruskan sesuatu
organisasi kerana Tn Hj Mis'ad sendiri bertugas hakiki sebagai Guru Besar masa itu
tetapi sekarang alhamdulillah beliau menyandang pangkat YB (Yang Bersara) dan
saya sendiri guru yang cukuplah sekadarnya untuk hidup sekeluarga.tetapi apabila
mutaakhir ini ada kata-kata yang menganggap saya mempergunakan dan pemecah-
belah masyarakat Taman PJ2, janganlah membawa tuduhan yang tidak adil
menjerumuskan kepada unsur fitnah untuk dijaja dalam masyarakat sekeliling
kecualilah jika saya atau Pengerusi menjalankan segala program bermotifkan untuk
mengaut keuntungan material dan politik untuk kepentingan diri sendiri.
10
PENJEJAK CINTA SIRI 3 2020
Sesungguhnya sesuatu program yang telah dirancang untuk masyarakat
pastinya memerlukan tenaga kerja masyarakat sekelilingnya. Adalah sesuatu yang
mustahil untuk saya seorang merancang serta melaksanakan sesuatu program
seorang diri dan istilah “memperguna “ dan “keuntungan” kekadang masih menjadi
tanda tanya dan masih belum menemui jawapan pasti hingga kini.
11
PENJEJAK CINTA SIRI 3 2020
CHAPTER 7 TRAGEDI CINTA LUKA
Hari-hari berlalu silih berganti minggu, bulan dan tahun. Rupa- rupanya langit
tidak selalu cerah, laut kadangkala ada pasang dan surutnya. Hari itu aku bertugas
seperti biasa dengan rutin tugas harian di sekolah, tiba-tiba di pagi yang tenang itu,
phone ku berdering dan terpapar di skrin panggilan dari Tn Hj Mis'ad. Beliau yang
aku kenal sebenarnya amat jarang sekali menghubungi aku dalam waktu kerja
kecuali ada sesuatu perkara yang amat penting untuk disampaikan. Dipahamkan
pula beliau sedang berkursus di IAB pada masa itu.
Sebelum itu hatiku sememangnya terasa tidak keruan dan gelisah seperti ada
sesuatu perkara yang kurang baik akan berlaku. Saya menyambut panggilan beliau.
Terdengar.nada suaranya yang agak perlahan menyusun dan mengatur bait tutur
kata seperti ada 1 isu besar yang ingin disampaikan tetapi sepertinya beliau tidak
mahu saya terkejut dengan apa yang ingin disampaikan. “Cikgu Ashib ,saya dapat
call dari individu berkenaan dan individu berkenaan dapat makluman dari pihak
tertentu bahawa Cikgu Ashib bawa haluan yang tak sepatutnya di Tpj2 dan meminta
supaya melepaskan jawatan SU”.
Berbaur semua perasaan ketika itu antara terkejut, marah, kecewa, longlai dan
putus asa dalam menerima tohmahan yang berat itu. Episod bersambung lagi
sesampainya di rumah setelah selesai bertugas, seseorang yang berkenaan
menghubungi aku untuk membuat perjumpaan 4 mata di Kedai Pak Mail Tomyam.
Beliau memperjelaskan lagi tentang kehendak pihak berkenaan supaya aku meletak
jawatan sebagai SU dengan kadar segera.
12
PENJEJAK CINTA SIRI 3 2020
Lantaran peristiwa itu, saya, Cikgu Azman (Naib Pengerusi), En Fatah
(Bendahari) bersama Tn Hj Misad (Pengerusi) membuat pertemuan 8 mata
bertempat di rumah Tn Hj Misad dan intipati pertemuan itu antara lain membuat
ketetapan untuk saya meletak jawatan tanpa prejudis demi mengekalkan keutuhan
organisasi Tpj2 yang dipadu kukuh tanpa ada tolok bandingnya pada masa itu.
Sesungguhnya saya cuma insan kecil yang tidak terdetik sedikit pun untuk
mengambil kesempatan atas tanggungjawab yang digalas. Perbincangan tersebut
juga membuat ketetapan suatu tarikh perjumpaan akan dijalankan melibatkan semua
penduduk Taman Pagoh Jaya 2 disamping calon pengganti saya.
Justeru itu hebahan pun dilakukan dan sememangnya Tn Hj Mis'ad amat
faham karektor saya acap kali sesuatu program yang memerlukan hebahan pastinya
tiap peti surat akan saya jelajahi dan selusuri satu persatu untuk menghantar
flyer,potostat jemputan, atau apa sahaja yang berkaitan sesuatu hebahan. Ini kerana
sudah menjadi kebiasaan dan rutin saya diwaktu yang sama memegang jawatan SU
Surau Al Muhajirin akan menguruskan perkara yang berkaitan aktiviti surau seperti
penjadualan giliran mureh malam Jumaat atau hebahan permohonan infak
pembinaan pembangunan tambahan beberapa bahagian surau pada masa itu.
Musim sibuk bertandang lagi lantas bertik tok lah saya dengan laptop Acerku
yang amat berjasa hingga kini usianya mencecah15 tahun. Sarat penuh memorinya
dengan kerja- kerja terdahulu menyebabkan capaiannya perlahan terutama untuk
kerja- kerja yang memerlukan aplikasi yang besar dan berat. Kerja pengkomputeran
banyak melibatkan pengubahsuaian dokumen menggunakan aplikasi words
publisher atau menyunting gambar menggunakan aplikasi words paint,
13
PENJEJAK CINTA SIRI 3 2020
tiba tiba tanpa tanda amaran terus laptop tersebut shut down. Akal ku cuba mencari
jalan supaya laptop dapat berfungsi semula. Waktu perjumpaan yang kian hampir
menuntut segala daya dan kudrat demi menyiapkan segala tugasan yang masih
belum selesai. Langkah alternatifnya menggunakan kipas untuk menyejukkannya.
Alhamdulillah ianya berjaya dan siaplah buku program Pakatan Islam
Taman Pagoh Jaya 2
Antara isi kandungannya berkaitan misi,visi, halatuju serta kejayaan-kejayaan
yang telah dicapai serta program serta perancangan yang sedang dan akan
dilaksanakan pada masa kini dan akan datang. Tidak lupa buku pendaftaran
kehadiran untuk vip dan jemputan yang hadir.
Sebelum majlis berlangsung, kejiranan Pagoh Jaya datang bergotong royong
memasang khemah beserta kelengkapan kerusi dan meja. Kebetulan kedudukan
tempat berlangsungnya majlis di lorong 2/18, disitu terdapat kemudahan stor Pakatan
Islam Taman Pagoh Jaya menjadikan kerja gotong royong lebih mudah dan lancar. Ia
ditambah kemudahan speaker sumbangan En Ibrahim Subir .Hidangan malam itu nasi
lemak yang ditempah khas. Diharapkan tetamu dan penduduk dapat turut sama dalam
majlis tersebut tanpa penat dan lelah rewang untuk menyediakannya.
Elektrik dan lampu pula bersumberkan infak sahabat – sahabat di lorong
tersebut. Majlis ini secara tidak langsung menghargai ahli-ahli lorong tersebut yang
sentiasa menyokong segala usaha yang dilaksanakan. Mereka seumpama sendi
kekuatan Pakatan Islam Taman Pagoh Jaya 2. Terbukti setiap kali perbualan saya
bersama Tn Hj Misad sememangnya beliau mengakui sokongan dan dokongan utama
pakatan ini datang dari lingkungan lorong- lorong tersebut.
14
©PENJEJAK CINTA SIRI 3 2020
Kebetulan pula pengganti En Din ( telah pulang kekampungnya) iaitu Abang Rashid
datang dari lorong tersebut . Walaupun Abang Rashid dikategorikan otai dikalangan
rakan-rakan namun beliau sentiasa amat bertenaga dalam apa jua program serta
memberi kerjasama yang maksimum hingga kini. Salute Abang Rashid jasamu dalam
ingatan selalu.
Suatu petang dalam kesibukan rewang sambil menjilat ais krim kun jualan Indon
bermotor yang kebetulan lalu. Segala intipati program malam tersebut aku
menyimpannya dengan rapi supaya majlis sebesar ini berjalan dalam keadaan yang
tersusun dan terkawal namun seperti ada petanda menunjukkan sebilangan rakan -
rakan telah mengetahui pengisian majlis tersebut melalui pertanyaan dan soalan
mereka yang bertalu-talu kepada saya semasa perbualan ringan petang itu.
15
PENJEJAK CINTA SIRI 3 2020
CHAPTER 8 DIPENGHUJUNG CINTA
Cuaca amat tenang malam itu. Sepertinya Tuhan amat merahmati perjumpaan
sebesar ini. Kehadiran penduduk Taman PJ2 kusambut dengan penuh takjub betapa
mereka rela dan sanggup melapangkan masa malam itu. Yang tua, yang muda,
wanita,dari segenap pelusuk penjuru lorong lorong Taman Pagoh Jaya 2 walaupun
berbeza kepartian, berbeza pekerjaan dan latar hidup namun mereka tetap
melangkah kaki dengan iltizam yang satu iaitu mendapat maklumat serba sedikit
Taman Pagoh jaya 2 serta halatujunya.
Sosok tubuh insan hebat di mataku, beliaulah bos ku, sifu ku, sahabat rakan
dan teman itulah Tn Hj Mis'ad Lani. Apabila beliau melangkah sampai ke majlis
tersebut, dalam pemerhatianku sosok tubuh ini sememangnya adalah insan yang
hebat.
Seorang pemimpin yang berpenampilan, raut wajahnya yang mudah tersenyum,
mudah didekati dan disenangi semua penduduk, bercerita lah apa sahaja pasti beliau
akan menjadi pendengar yang paling baik, sentiasa mencari jalan atau solusi yang
bersederhana dalam membuat sesuatu keputusan yang pasti akan memuaskan hati
semua pihak terlibat, seumpama menarik rambut dalam tepung.
Selama aku mengenalinya tidak pernah beliau mempamirkan sikap marah,
meredakan sesuatu keadaan ketika suasana tegang. Begitulah serba sedikit
personaliti beliau mungkin hasil pengalamannya sebagai pentadbir memegang
jawatan Guru Besar ketika itu.
16
PENJEJAK CINTA SIRI 3 2020
Pasti tidak lekang dalam setiap ucapannya, pujian dan motivasi yang
menjadikan aku kerap bangkit kembali dikala semangat dan keazaman terkadang
sudah mula luntur. Antara bait –bait ucapannya pada malam itu yang menyebabkan
tersentuh hatiku “....saya hanya mendokong usaha Cikgu Ashib, segala perkara
berkaitan Taman Pagoh Jaya2 banyak dilakukannya dan semoga usaha beliau terus
mendapat dokongan dan sokongan padu oleh semua pihak khususnya semua
penduduk Taman Pagoh Jaya 2”, saya hanya mampu tersengeh bukan bangga tapi
kekadang beristighfar moga aku dijauhkan dari sikap sombong atas usaha sekecil ini.
Sesungguhnya usaha yang dilakukan tiada motif dan agenda tertentu
sebaliknya ia terbit dengan tekad dari hati serta naluri diri ini”untuk menyumbangkan
segala apa yang terdaya untuk komuniti pemastautin Pagoh jaya2 yang amat aku
sayangi. Seumpamanya ingin berkaraoke tetapi pasti suara sumbang, ingin bercakap
seumpama pemidato atau DJ terbilang yang mampu menambat hati pendengarnya
sayang sekali kekurangan bakat membelenggu diri ini, ingin menggunakan kudrat
serta tenaga untuk kerja kerja berat pasti kemampuan membatasi diri, ingin berlawak
dan bercerita yang mampu menambat pendengarnya aku tidak mampu sehebat itu.
”Buatlah apa yang awak rasa mampu buat untuk manfaat masyarakat Sib ,dok
belakang tabir sahaja pun ok asal ianya memberi manafaat kepada orang sekeliling”
terdengar seperti suatu bisikan ianya acap kali datang bertandang untuk
mengingatkanku. Kak Nita (isteriku) sememangnya amat memahami perangaiku.
Jika saya berkehendak sesuatu pasti ianya akan diusahakan hingga berjaya walau
apa pun yang berlaku
17
PENJEJAK CINTA SIRI 3 2020
Naluri hati ini datang secara semulajadi sebab latar hidup saya adalah anak
bongsu dalam keluarga, ”Tiada tidak dalam kamus hidupku”.Ada suatu hari saya
tidak tidur demi menyiapkan segala kertas kerja pemfailan untuk “Pertandingan
Surau peringkat Daerah dan Negeri Johor”
Saya pula sebagai SU surau pada masa itu bak kata Kak Nita selalu berkata “
Tn Hj Misad memang percaya betol dengan awak”. Kebetulan Tn Hj Misad juga
memegang jawatan Naib Pengerusi Surau Al-Muhajirin, Taman Pagoh Jaya.Saya
pula apabila seseorang telah memberi kepercayaan dan tanggungjawab akan saya
galas amanah tersebut demi membalas segala kepercayaannya. Kerana mahal dan
tingginya sebuah kehidupan yang mahal nilainya ialah kepercayaan dan amanah
yang dipertanggunjawabkan oleh seseorang kepada kita. Itulah prinsip yang saya
pegang hingga kini dan insyaalah sampai bila bila dan sesungguhnya tiada agenda
atau motif selain daripada itu.
Rutin kebiasaan hidupku sebenarnya amat meminati aktiviti menambah baik
atau upgraded yang berunsur hiburan di rumah walaupun kadang-kadang kos yang
dibelanjakan tidak memberi impak keuntungan atau manafaat yang tinggi dalam
bentuk wang ringgit. Contohnya TV di ruang tamu boleh link siaran TV di dapur
dengan pemasangan wayar HDMI bertujuan konon kononnya demi menjimatkan kos
langganan Astro di rumah.
Pernah juga membeli online “mirror screen” yang boleh link phone dengan TV
di rumah untuk menonton YouTube. Membeli decoder siaran luar negara untuk
megubah angin menikmati “mood” siaran yang berlainan. Langganan WiFi internet
kerap bertukar line sebab menganggap mutu perkhidmatan syarikat tersebut amat
18
perlahan capaian internetnya.
PENJEJAK CINTA SIRI 3 2020
Disebabkan aktiviti saya itu menyebabkan adakalanya Kak Nita nampak
lelah melayan karenah saya sementelah pula beliau tidak berminat dengan semua
itu. Alhamdulillah, disebabkan beliau tidak berminat dengan teknologi-teknologi
hiburan dan gajet- gajet baru ada satu peristiwa Kak Nita masuk peraduan susu
Appeton. Beliau layak menyertai peraduan tersebut disebabkan perbelanjaan kami
membeli kelengkapan seperti susu dan pampers bonda saya anggaran RM1200
setiap bulan di Kedai Ubat Sensei berhadapan DIY Bukit Gambir. Sumber
keewangan hasil sumbangan wang daripada adik beradik setiap bulan untuk bonda
kami yang tinggal di rumah saya berkeadaan terbaring uzur dan kami sebagai
pemegang amanah menguruskan penjagaan dan perbelanjaan beliau.
Tanpa disangka-sangka dalam peraduan tersebut anjuran jenama susu
Appeton terpapar dalam sms mendapat hadiah 1ST Prize.Seperti tidak percaya
menerima perkhabaran itu. Hadiahnya berupa IPhone 8 anggaran harga pada masa
itu RM3800. Tampak dari raut wajah Kak Nita begitu gembira tetapi beliau
memutuskan untuk menyerahkan kepada saya sebab dia beranggapan saya pakar
dan rajin menghadap gajet-gajet terutamanya phone yang ada dan pada anggapan
beliau menyusahkan diri sendiri untuk setting phone baru.
Alhamdulillah rezki tak pernah salah alamat (pinjam kata kata orang
bisnes ) he he..Sayalah pemilik IPhone itu kini, kalau harap nak membeli sendiri jauh
panggang dari api. Mendapat rezeki dari Tuhan takkan sesekali saya persiakan dan
akan menggunakannya sampai mati kot.
19
PENJEJAK CINTA SIRI 3 2020
Berbalik semula pada peristiwa majlis malam itu ia berjalan seperti apa yang
telah dirancang..dan saya juga bertindak sebagai Pengerusi Majlis pada malam itu.
Apabila mic ditangan maka mengimbaulah segala perjalanan dan kejayaan Pakatan
Islam Taman PJ2 yang usianya begitu muda pada masa itu ia seumpama muda
setahun jagung tetapi banyak kejayaan yang telah dicapai demi mewujudkan
semangat kesatuan dan kekitaan sesama masyarakat taman ini.
Akhirnya tibalah saat dan ketikanya mengumumkan intipati majlis malam itu,
.”dengan rasa rendah hati saya mengumumkan perletakan jawatan bagi semua
jawatan saya yang berkaitan dengan penduduk Taman Pagoh Jaya 2 berkuatkuasa
serta merta”.
20
PENJEJAK CINTA SIRI 3 2020
21
PENJEJAK CINTA SIRI 3 2020
SEGALA CATATAN INI ADALAH PENGALAMAN SEBENAR PENULIS SEPANJANG BERKHIDMAT
SEBAGAI SETIAUSAHA KRT,SRS,PAKATAN ISLAM TAMAN PAGOH JAYA 2 DARI TAHUN 2009
(PENAJA) SEHINGGA MAC 2018. PENULIS BERMASTAUTIN DI TAMAN PAGOH JAYA 2 SEMENJAK
TAHUN 2007.IA SEKADAR CATATAN DARI PERSEPSI DAN PENGALAMAN YANG DILALUI PENULIS
SENDIRI. SEANDAINYA BERLAKU PERBEZAAN TANGGAPAN DAN PANDANGAN DIPIHAK PEMBACA
ATAU MENYENTUH SENSITIVITI PIHAK PEMBACA SERIBU KEMAAFAN DIPOHON DAN DIPINTA.
SEGALA YANG BAIK SEMOGA MEMBERI MANFAAT KEPADA PARA PEMBACA TETAPI JIKA
SEBALIKNYA ANGGAPLAH IA CUMA BACAAN RINGAN PERKONGSIAN SEBUAH PENGALAMAN.
INSYAALAH AKAN ADA SIRI – SIRI PENJEJAK CINTA YANG BERIKUTNYA, PENULIS CUMA
MEMOHON PEMBACA MENDOAKAN SEMOGA MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROH AYAHANDA
TERCINTA TN HJ MOH BIN SALIM, IBU YANG TERCINTA PN HJH UMI BIN TASLIM YANG SEDANG
DIUJI LAM KEUZURAN DAN DOAKAN AHLI KELUARGA KAMI DALAM RAHMAT DAN
PERLINDUNGAN ALLAH SENTIASA.
PN. ANITA ISHAK, AMNI AMIRAH,AIDA ARINAH, AHMAD ANIQ AZFAR DAN AUNI ALIEYA.
MOHON JUGA ALFATIHAH UNTUK ROH KEKANDA-KEKANDAKU SEMOGA SYURGA MENJADI
DESTINASI MEREKA ALLAHYARHAM KHALIDI BIN OTHMAN DAN ALLAHYARHAM ABD AZIZ BIN
SHUKUR.
AKHIRNYA MOHON MAAF ATAS SEGALANYA DAN SUDILAH KIRANYA PEMBACA
MENGINFAKKAN SEADANYA DEMI KELANGSUNGAN AKTIVITI DAN PEMBANGUNAN SURAU AL-
MUHAJIRIN TAMAN PAGOH JAYA, PAGOH, MUAR, JOHOR DARUL TAKZIM SEMOGA JARIAH INI
MENJADI SAKSI APABILA KITA BERTEMU PENCIPTA NYA NANTI.AMIN KITA PASTI MENANG
MELAWAN COVID19 13/4 PKP DILANJUTKAN KE 28/4/20 SEMOGA SEMUA SELAMAT 25
22