©PENJEJAK CINTA SIRI 2 2020 -
2
8 APR.2020 PKPCOVID19
©PENJEJAK CINTA SIRI 2 2020 -
CHAPTER 1 (PAGOH JAYA2 SUATU PENCARIAN)
Akm wbt
2006 memori indah
Menapak di Pagoh Jaya..sempat merasai banjir besar 1 ..tiada air menadah
tempayan yang dibeli kedai Rm2..kerana keluarga besar termasuk mak dan bibik ..air tak
cukup, nekad bersama sahabat membongkar pili bomba namun gagal kerana
bermodalkan sepana tak sepadan saiz pili bomba yang ada.
Memanjatlah kaki ini ke Saj bersama kancil kesayangan dan di sana seumpama
berpestaan beramai-ramai penduduk Pagoh Jaya kerana bersiram diri dan mengangkut
air .. dalam kesibukan itu, berlaga pulak dengan Nepal yang berbasikal dibahu jalan
,,namun abaikanlah Kanchil JGG 4838 kemek sedikit kerana air amat diperlukan masa
tu..tengah malam pula meredah Masjid Abu Bakar menanti lori bekalan memenuhkan
kolah besar dan pukul 12 tengah malam Kanchil ini bergembira terhuyung hayang
kembali destinasi kembali dengan tong-tong air yang sarat terisi.
.. Rutin staff cuti orang rumah masih dibekukan, menunggulah beliau di Pekembar
menanti trak-trak tentera ke destinasi di Pagoh dengan tujuan dan keperluan tugasan
masing-masing...Tika hari silih berganti ..lama-kelamaan masing-masing isirumah terasa
penat pulak naik turun teratak istana anganan kami ..sayang akhirnya terpaksalah ke
balai polis jugak bila segala janji anganan istana ini dikaburi janji - janji manis oleh
kontraktor hingga perlu didesak berulang kali, bermasam muka hingga pekerja wiring
yang baru bertatih latihan praktikal masa itu jatuh kena bucu simen sebab didesak oleh
Kontraktor dan terpaksalah aku menghantar ke HPSF dan berjahitlah 5 ke 6 das jahitan.
1
©PENJEJAK CINTA SIRI 2 2020 -
Tanpa semena-mena.Tuhan gerakkan kami berdua ke Pemaju. Teroderlah kami
istana yang kami duduki hingga kini sebagai pembuka cerita hidup ini
Sebelum berpindah rasmi, bersamalah kami berdua membaca Yassin 4 penjuru bilik.
Ada waktunya dalam sunyi gelap malam, terpandang orang rumah berkelubung
putih,masa itu tertanya terdetik dihati betul ke dia atau penampakan sebenarnya ,
rupanya ia cuma sekadar ilusi terbawa cerita drama seram Melayu agaknya..
Doa selamat pun dijalankan dengan dihadiri jiran tempatku dulu Taman PJ1.
Mereka antara Insan lama di PJ yg aku hormati sampai bila bila antaranya
K. Fatimah Busah dan Utz Sabri Taib ..syukur dapat gak teratak bawah (sebenarnya
tak mampu beli 1 1/2 tingkat jauh sekali banglow)
Sebagai bukti tugu cinta kami di pj2, kami abadikan mangga istimewa di depan
teratakku ditanam dalam gerimis seumpama merahmati keluargaku ..itulah usia ku
di Pj2..
Adakala terdengar keluhan dan rintihan tiada elektrik dan air oleh penduduk-
penduduk awal yang bermukim di sini dan ingatan Al-Fatihah untuk penghuni paling
lama di sini iaitu Abang Leman, moga Allah mencucuri rahmat ke atas
rohnya..terbayang dengan uzurnya gagahkan diri bertongkat mengelilingi taman
eksesais di awal pagi..
Tika masing masing tiada kumpulan,tiada kawan,tiada teman..memandang 2
atau 3 orang yg bermukim amat bernilai dan berharga. 5 orang inilah dengan segala
daya dan ilmu terbatas menggagahkan diri membincang dan bersolusi lewat malam
demi penduduk.
2
©PENJEJAK CINTA SIRI 2 2020 -
Perasaan mewujudkan kesatuan ini timbul bila diri ini merasakan masing-
masing hidup bertebaran membawa diri masing-masing,nafsi-nafsi tanpa ada 1
tempat berpaut khusus bersama bermasyarakatdan sudah pasti tiada sedikit
langsung pun unsur politik ketika itu..
...Perjumpaan pertama mengumpulkan ahli penaja menumpang di Balai depan.
Sewajarnyanya saya amat berterima kasih kepada Tn Hj Mis'ad
Lani, En Mohammad Noh Hj Abdullah walau berbeza politik sentiasa support.
Dokongan juga oleh En Tok Gawa Ikbnpg (En Azman Mohd Yusuf), En Abdul Hamid
Bin Abu Bakar dan En Johari Awang .
Jangan cerita penat..jangan cerita wang..jangan cerita kepala pening hadap
laptop..jangan kata termuntah baring kepala pusing. Hanya Isteri ku SN Anitaishak
ashib meratib jadi saksi cerita ini cuma mampu ku kata semuanya untuk masyarakat
Tpj2..
Gelombang ujian roda kehidupan saya merelakan perjuangan tabah isteriku di
Kolej Muar hingga gugurnya 2 orang ahli keluargaku yang baru mencecah 3 bulan,
semoga menanti kami di Syurga Nya nanti, amin doakan. Isteri berulang ke kolej
Melaka 1 tahun,.ke Hospital Sungai Buloh dan Kolej Kejururawatan di Bangsar 1
tahun, berulang ke Segamat Praktikal 1 tahun. Inilah secebis jalan cerita
pengorbanannya..
Akhirnya cita-cita jadi realiti. Pada tanggal 2009, terpahat Krt Tpj2 dan SRS
TPJ2 setelah berpuluh perjumpaan. Teringat lagi operasi pertama di Surau Al-
Muhajirin tempat berkumpul operasi SRS TPJ2.Syukur dengan ehsan sumbangan
JKR kampung kenangan kami mengangkut balai sederhana kecil
3
©PENJEJAK CINTA SIRI 2 2020 -
Itulah tempat awal kami berkumpul menghadap warung Mak Lijah, khemah
sederhana yang bertongkatkan longkang sambil tiap malam mengira butir butir embun
dinihari walaupun mungkin belum ramai tmengetahui kewujudannya pada masa itu.
Dengan bilangan ahli kecil pada masa itu, pengakuan kasih sesamanya begitu
utuh dengan masing-masing menyumbang masa.harta dan kudrat akhirnya terbinalah
pondok yang sederhana indah tempat berteduh hingga kini..
Alhamdulillah, rezeki datang lagi bila kelengkapan khemah dan alatan rewang
dari kerajaan masa itu. Syukur tidak terhingga dan mengagahkan kudrat dan daya ini
mengkod dan wujudkan borang pinjaman untuk manfaat bersama hingga tak terasa
masa berlalu pantas berlalu hingga senja menjelang tiba.
Antara peristiwa yang tidak dapat dilupakan sehingga bergenang air mata masa
itu tatkala Pengerusi (Tn. Hj. Mis'ad Bin Lani) sendiri mengharungi satu konflik seorang
diri bila individu berkepentingan pada masa itu mempersoalkan barang keperluan
khemah dan rewang yang tiba pada masa itu. Aku cuma mampu melihat ketabahan
beliau atas apa yang berlaku
Alhamdulillah, ia tidak pernah salah alamat dan gelombang pertama seumpama
pangkal mengukuh akar dan pembakar semangat untuk kami bangkit dan lebih
bersemangat.
4
©PENJEJAK CINTA SIRI 2 2020 -
CHAPTER 2 AKU DAN KEHILANGAN.
Perasaan berbaur syukur dan bangga kerana akhirnya Krt Tpj2 dan 4 zon SRS
mampu diwujudkan hasil doa dan support kekawan yang setia menongkah segala
usaha penubuhannya tika susah dan senang namun tetap sentiasa bersama.
En Solehan (Pegawai Perpaduan Daerah Muar) semasa menyusuri jalanan
kami bersama menunjukkan kawasan jajahan Krt PJ2 yang sebahagiannya ku lihat
hanya tanah lapang yang sedang di rata ia seumpama setulus hati- hati warganya
tanpa secubit pun perasaan wasangka ketika itu.
Dalam meraba dan mencari-cari had had kuasa SRS ketika bertindak dengan
pihak awam, nasihat berguna dari OCS dan staff Polis Panchor serta salah seorang
warga kepolisan yang tinggal di PJ2 dan sahabat hebat kita ialah Tn Hj Ahammed
sentiasa tak jemu jemu menasihat dari berbagai sudut dan sisi undang-undang.
Masa pun berlalu dan tibalah masa untuk Perasmian Krt Tpj2. Ia atas kehendak
Jabatan Perpaduan Muar, maka saya bersama AJK KRT pada masa itu
menggerakkanlah semua jentera untuk majlis sebesar ini. Bila di ingat “kerja apakah
yang aku lakukan ini?”Teringat pesanan orang rumah yang sentiasa terngiang-
ngiang di telinga ini bila beliau melihat diriku sibuk dok kehulu ke hilir siapkan surat
itu ini,hubungi orang sana sini,memanjat Muar trade ,IPK Muar,Pejabat Kesihatan,
mesyuarat entah berapa kali..”Bang ingat bang “Quo business kiter aper??!!!! Kiter
dibayar gaji untuk kerja utama mengajar!!! Pesan beliau mengingatkan. Aku pun
menjawab ringkas”ini semua demi masyarakat”
5
©PENJEJAK CINTA SIRI 2 2020 -
Sedikit pun tidak terdetik untuk diri ini mencari untung atau
memperalatkan sesuatu atas kepentingan diri ini. Saya duduk dan tinggal serta
bermastautin di sini ,hidup dan mati insyaalah di sini,takkan sanggup untuk
membuat sesuatu perkara yang tak baik. Ada yang mungkin berfikir
pelaksanaan sesuatu program semudah mendirikan tiang-tiang khemah
bersama kerusi meja dan kelengkapannya. Hakikatnya ia sebenarnya
melibatkan proses persediaan yang menggunakan kudrat yang bukan sedikit
bagi yang memahaminya “kecualilah jika program dirancang semuanya sedia
bersama sekantong wang yang banyak untuk menguruskannya”
Seterusnya berlangsunglah mesyuarat di Balai depan berdekatan Surau
Al-Muhajirin TPJ, semua agensi alhmamdulillah hadir bersama barisan
jawatankuasanya, Masih lagi teringat kata - kata wakil Mpm, En. Khudoiri
mungkin beliau kurang bersetuju tatacara perlaksanaan bahagian program
gotong royong ketika saya membuat pembentangan tentatif program. “Jangan
buat gotong royong macam budak budak sekolah”.ujarnya.Alhamdulillah dalam
hati agaknya memang aku terikut ikut pengurusan cara sekolah kot...
....Akhirnya masa ditunggu hampir tiba..Dalam kegelapan malam dan gerimis
yang turun datang mengundang, namun segerombolan hati hati murni dan suci
Tpj2 menyusunatur letak ,mengangkat dan menyempurnakan beberapa balai
dengan masing - masing saling bekerjasama dan berkolaborasi tanpa
perbezaan pangkat,kedudukan ,bangsa,latar hidup dan politik demi Tpj2 yang
tiada 2 dan 3 nya.
6
©PENJEJAK CINTA SIRI 2 2020 -
Memori indah ini terlalu manis hingga tidak terungkai dengan bicara dan
kata-kata. ”inilah masyarakat yang aku dambakan selama ini” bisik hatiku.
Maka penuhlah setiap inci dataran yang menjadi tempat parking treler sekarang
dengan lautan tetamu dan jemputan serta kenderaan yang hadir. Begitu pun
dalam kebuntuan mendapat punca bekalan elektrik, alhamdulillah Abang Nizar
dengan rela hati menginfakkan elektrik di rumahnya..Ya Allah moga murah rezki
beliau. Amin.
Dalam kesibukan menggerakkan pelbagai jentera yang ada, syabas dan
tahniah diucapkan kepada En Azman Bin Mohd Yusuf selaku Naib Pengerusi
KRT TPJ2 masa itu dengan relahati tanpa menolak dan redha sanggup
mempengerusikan majlis sebesar ini.Walaupun begitu ketika majlis
berlangsung, aku kekurangan informer kehadiran VIP menyebabkan skrip nama
hadir bertukar 7 ke 8 kali. Dari raut wajah En. Azman nampak lelah, tetapi
menolak atau mengundur diri jauh sekali. Iinilah contoh bosku kini yang aku
belajar kehebatan serta kecekalannya.
Tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu ucapan Dato Hajah Noriah
Senator masa tu (kerajaan terdahulu). Nasih teringat inilah antara bait-bait ayat
utama beliau....”tuan-tuan dan puan-puan penduduk Taman Pagoh Jaya 2 yang
dihormati...syabas dan tahniah atas penubuhan Krt dan SRS Taman Pagoh jaya
2..kebiasaannya hubungan penyatuan masyarakat amat kukuh di awal
penubuhannya kerana masing-masing belum mempunyai pasangka dan kawan
serta kumpulan yang ramai..tapi ingatlah tuan-tuan puan - puan berdasarkan
7
©PENJEJAK CINTA SIRI 2 2020
contoh dari taman - taman lain kebiasaannya akan wujud perpecahan setelah
sesuatu taman itu agak lama kewujudannya kerana ramai mempunyai haluan
dan pandangan yang berbeza, saya amatlah mengharapkan ianya tidak akan
berlaku di Taman Pagoh Jaya 2 ini”. Ujarnya.
Syukur alhamdulillah tanggal 2011 kewujudan Krt dan SRS TPJ2 telah
dirasmikan dengan jayanya. Manis dan indah tak terkata walaupun makanan
tidak mencukupi maklumlah majlis sebesar ini tak dapat diagak tetamu yang
akan hadir. Namun begitu kekosongan ruang perut yang ada terutama ajk di
alas ganti dengan kegembiraan kepuasan setelah program berjalan lancar.
Hari pun terus berlabuh dan aku bersyukur mempunyai seorang sahabat
yang sentiasa setia En Din namanya dan bujang lagi masa itu tak taulah
sekarang. Didoakan moga hidupnya bahagia dan Allah merahmati seluruh
kehidupannya. Sesungguhnya memang terlalu simpati melihat beliau yang
elergik habuk menyebabkan terbantut usahanya bekerja di kilang kilang
berdekatan yang berasaskan kayu untuk penghasilan perabot.
Beliau kerap berulang kali datang rumahku untuk memaklumkan
perkembangan terkini bila sesuatu majlis kerja kahwin telah selesai dijalankan.
Beliaulah orangnya yang setia mengutip sewa sampai ke muka pintu tanpa
kompromi. Semoga manusia cekal hebat dan akur dengan segala tugasan yang
diamanahkan ini Allah bukakan rezekinya yang melimpah ruah..
Hidupnya mungkin tak berapa senang tetapi suci hatinya di mataku meranapkan
keegoan orang lain bahawa amanah dengan kerja.akur dan tindakan tanpa soal
8
©PENJEJAK CINTA SIRI 2 2020 -
adalah segala-galanya dalam meniti sebuah kehidupan berorganisasi.
Saat beliau balik semula ke kampungnya semula, terasa aku
kehilangannya. Seorang insan yang bukan dihatinya mendambakan sebuah
kekayaan yang melimpah ruah tapi cukuplah sekadar makan pakainya dan
membahagiakan sang pemberi kepercayaan padanya.
9
©PENJEJAK CINTA SIRI 2 2020 -
CHAPTER 3 SUKARNYA PENCARIAN ILMU
Semangat yang datang demi menggerakkan semua sayap Krt Tpj2 dan
SRS begitu membuak seumpama air deras laju meredah segalanya walau apa
pun halangan yang datang pasti akan diredah bersama..Tiada yang mustahil
tetapi semua cabaran akan pasti diharungi walaupun bilangan kami tidak ramai
masa itu tapi ianya seumpama melambai unggas - unggas yang berterbangan
turun ke danau, lembah dan dataran disambut dengan dakapan kemesraan
ukhwah dan rasa kesyukuran.
Menyedari pula anak - anak Pagoh Jaya yang ketandusan ilmu kerana
kurangnya kewujudan pusat-pusat tusyen di Pagoh Jaya maka aku pun
menggerakkan pusat tusyen antara yang terawal di Pagoh Jaya. Peringkat
permulaannya kami menumpang di Balai Pagoh Jaya dicelah tiang - tiang
khemah yang berceracak disekelilingnya almaklumlah tempat tersebut
sebenarnya ialah stor penyimpanan alatan khemah dan kelengkapan Pakatan
Taman Pagoh Jaya 1 dan Surau.
”Sib, jika engkau nak buat dan ada kemahuan ia pasti akan menjadi
kenyataan..”seumpama satu bisikan keramat memberi semangat di telingaku.
Aku pun memintal lah tali mengikat lampu kalimantang di celah whiteboard
terpakai, membentang kertas kerja cadangan penubuhan ‘Pusat Tusyen Pagoh
Jaya” di bilik mesyuarat dengan kehadiran antaranya pelopor awal Taman
Pagoh Jaya Abang Roslan Sabtu..Pengerusi masa tu Tn Hj Misad Bin Lani yang
tak jemu-jemu memberi moral support untuk penubuhan dan perlaksanaan
pusat tusyen tersebut. 10
©PENJEJAK CINTA SIRI 2 2020 -
Hebatnya mereka ini, tidak pernah sekali pun kata – katanya yang
melemahkan atau melunturkan semangatku bila saya mencadangkan sesuatu
pogram sebaliknya mempercayai ku seumpama seorang ayah memberi moral
support tanpa jemu pada anaknya “asal baik cgu ashib..teruskan” ucap Tn Hj
Mis'ad itulah antara ayat - ayat magis yang selalu terucap dari bait-bait bibirnya
yang dimamah usia.
Aku pun mempersiapkanlah jadual,peraturan dan guru guru yang rela
turut serta walaupun bukanlah mudah almaklumlah mengajar dan beramal
tanpa keuntungan material seperti tusyen 5 bintang yang lain. Kredit dan
setinggi penghargaan antara cikgu-cikgu hebat yang masih ku ingat Cikgu
Mibashar,Cikgu Kamil,Cikgu Nurizwanuddin dan rakannya. Tusyen ini
melibatkan darjah 2,3,4,5,6 terdiri anak-anak penduduk persekitaran Taman
Pagoh Jaya.
Sejak itu resit lah jadi penemanku..kadangkala dibahu bumbung kereta
tempat mencatat resit bayaran, mengira ,mengutip dan mengagih, kadangkala
terlompat - lompat mencari guru ganti, menghadap ibubapa jika tetiba guru tidak
dapat hadir disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan.
Ada waktunya deringan phone ibubapa silih berganti..”mengapa tak der
kelas malam ini..?”..”cikgu saya nak bayar nih..cikgu kat maner?”Maaf Encik dah
3 bulan lom bayar””Lom gaji le cikgu..”membalas dan membuat sms
penangguhan kepada ibubapa terlibat sementelah pada masa itu belum ada lagi
kemudahan aplikasi wassap atau telegram.
11
©PENJEJAK CINTA SIRI 2 2020 -
Inilah antara cabaran pusat tusyen yang tidak berorientasikan
keuntungan ..kerana anak - anak ini seumpama anak - anakku sendiri.
Mereka sebenarnya tiada tempat hendak dituju, pastinya
anak-anak ini amat dahagakan ilmu sekurangnya menandingi kejayaan anak -
anak di bandar . Mereka juga ingin mengecap manisnya kejayaan walau
tinggal di pinggir bandar..Alhamdulillah mereka secara tidak langsung
mendapat pakej tambahan solat berjemaah semasa selang masa pertukaran
subjek di pusat tusyen tersebut..Kebetulan pula Pusat Tusyen tersebut
berdekatan dengan surau..Terjadi juga keadaan hiruk - pikuk suara bebudak
yang cukup umur dan tak beraper cukup umur berjemaah....
Dipengakhirannya saya terpaksa juga menyerahkan sepenuhnya
Pusat Tusyen Pagoh Jaya kepada guru- guru terlibat untuk memudah dan
melancarkan lagi pengurusan. Secara tidak langsung memotivasikan guru-
guru terlibat dengan memperkenalkan konsep semakin banyak pelajar
semakin lebih sedikit dapatan keewangan guru-guru terlibat demi untuk
menampung kos photostat dan lain lain.
Masa pun silih berganti maka genaplah usia Pusat Tusyen Pagoh
Jaya lebih kurang 4 tahun. Seiring dengan itu tumbuh lah pusat- pusat tusyen
berdekatan. Menyedari pusat tusyen terlibat perlu disupport dan disokong
berdasarkan bilangan dan jumlah pelajarnya demi menampung kos-kos
sewaan dan berkaitan sementelah itu pula pusat tusyen tersebut milik
Bumiputera Islam.
12
©PENJEJAK CINTA SIRI 2 2020
Alhmdllh, akhirnya mereka ke pusat tusyen tersebut yang lebih
dilengkapi persekitaran dan tenaga kerja yang terbaik dan secara rasminya
pusat tusyen yang saya uruskan ditutup. Semoga mereka yang pernah datang
tusyen kami akan terus majujaya seterusnya berjaya dalam kehidupannya
Amin. -
13
©PENJEJAK CINTA SIRI 2 2020 -
CHAPTER 4 SRS DAN ERTI PERSAHABATAN
Andai Tuhan mengurniakanku 3 ke 4 tangan, barulah mampu rasanya
aku menangani kesibukan waktu itu. Antara tugas-tugas tidak rasmi masa itu
selaku Setiausaha KRT TPJ2 seperti menyediakan buku jadual rutin mingguan
SRS. Adakalanya sampai berbalam - balam mata dibuatnya meneliti senarai
nama mencecah anggaran ahli seramai 80 orang...
Perjumpaan pertama kami di Balai hadapan sebelah Surau Al- Muhajirin
..aduhhhhhh sungguh meriahnya ketika itu walaupun dalam ruang sempit dan
terhad, masing-masing masih mampu tersenyum diiringi senda gurau dan
ketawa seperti sebuah keluarga.
Proses pembahagian zon - zon dan taklimat keselamatan serta
perlindungan ahli kerap dijalankan dari semasa ke semasa. Dalam
menguruskan jumlah ahli yang agak ramai, tak dapat tidak adakalanya nama
ahli yang terkucil,tercicir, ada ahli yang tak jelas bidang tugas masing-masing,
Saya akui adakalanya terbawa-bawa pemikiran idealistik keterlaluan
(melakukan tugas dengan sempurna mengikut kaca mata diri ini tanpa ambil
kira kekangan ahli)
Faktor itulah agaknya pada peringkat awal perancangan pemecahan tugas
kepada 4 zon dan 4 kumpulan untuk mengawas 4 pintu. Akhirnya demi
keselesaan ahl, keputusan dibuat untuki menyatukannya dan rondaan berkala
bergilir setiap 1 jam pada setiap Sabtu malam setiap minggu pada masa itu..
14
©PENJEJAK CINTA SIRI 2 2020 -
Sebenarnya perkara paling best dalam menguruskan jadual tugasan rutin
ahli SRS ialah apabila kita kerap mengadap, menatap, menaip, membaca dan
menghazam nama ahli seramai 80 orang ahli, percaya atau tidak aku mampu
mengingati nama penuh dan lorong setiap ahli terlibat. Itu sebenarnya
keseronokan dan kepuasan yang dirasai diri ini terutama bila terjumpa atau
terserempak, dapat menyebut nama dan serba sedikit latar belakangnya. Bagi
yang menerima sapaan pastilah suka melalui riak wajah yang dipamirkan.
Walaupun sebenarnya umurku pada masa itu tidaklah berapa muda iaitu
menghampiri 40an pastinya menjadi kesukaran dalam mengingati kesemua
nama ahli.
Agaknya pada masa itu ahli ahli SRS Taman Pagoh Jaya 2 paling berhantu bila
nampak no phone 019 66xxxxx Cikgu Ashib. Sebab NYA no tak diundang inilah kerapkali
menerjah masuk ke phone ahli masing masing tanpa diundang ..”Akm Tn Makluman
malam ini bertugas SRS” muak agaknya. Tiap kali gotong royong angkat balai atau
program berkaitan “Akm mohon tuan hadir gotong royong angkat balai
di....pada,,,”Begitulah pula semasa Program Pertandingan Futsal”Akm mohon hadir untuk
undian pada..,.” rasanya beratus jugalah jumlah sms pada masa tu. Itu agaknya terbawa-
bawa menaip laju hanya menggunakan ibu jari je..dah semulajadi agaknya itu sebabnya
kurang menggunakan jari lain.
Alhamdulillah syukur sekarang ini dengan kemajuan teknologi dipermudahkan
dengan kewujudan aplikasi wassap, telegram, wechat semudah ABC untuk memanggil
semua ahli ..guna data jek ..dulu sms pun kena charge 20 sen/sms.
Kakitangan awam Negeri Johor pada masa tu cuti pada hari Ahad.. Bila balIk rumah
setelah selesai tugas SRS lebih kurang pukul 4 pg “ya beda bedoooooo” 15
“landing time”
©PENJEJAK CINTA SIRI 2 2020 -
Bermacam macam cerita malam itu almaklumlah setelah seminggu dapat
berkumpul semula bertugas SRS ditambah dengan informer ahli dari berbagai
penjuru mewakili lorong-lorong Taman Pagoh Jaya 2. Ada rezkinya buah
tembikai jadi santapan malam itu pemberian percuma abang-abang lori yang
baru pulang kerja dinihari. Adakalanya dijamu pula kuih- muih percuma oleh
peniaga makanan setelah mereka selesai berniaga. Pendek kata bermacam-
macam santapan pasti ada dan yang penting perut ini tidak pernah kosong
dibuatnya.
Penggiliran membancuh air dan membawa kelengkapan SRS seperti
baju SRS,tongkat,wisel,bakul cawan dan jag air mengikut kumpulan bertugas
yang telah ditetapkan secara mingguan. Terimbau semula sejarah sebelum
mendapat peruntukan lengkap alatan dan pakaian SRS dari Pejabat
Perpaduan Daerah Muar.
Kebiasaannya selepas.balik bertugas dari sekolah tempatku bertugas
aku pasti akan singgah satu- satunya kedai hardware di Pagoh Jaya
(sebahagian Seroja masa kini) Sedikit demi sedikit membeli tongkat rotan
untuk rondaan hingga mencecah10 ke 12 batang jumlah keseluruhannya
sesuai untuk rondaan berkumpulan ahli SRS yang bertugas.Alhamdulillah
dengan kelengkapan yang terhad ini bolehlah digunakan sementara sebelum
alatan dan kelengkapan lengkap dari Pejabat Perpaduan Daerah Muar sampai
dan dapat digunakan hingga kini.
16
©PENJEJAK CINTA SIRI 2 2020 -
Kekadang bila diingat semula, dalam hati boleh tergelak dan ketawa
sendiri bila mana satu peristiwa malam itu kami membuat upacara yang agak
rasmi iaitu agihan peruntukan kumpulan bertugas malam berjumlah Rm20
setiap kumpulan untuk membiayai kos bancuhan air 4 kali sebulan. Walaupun
nampak seperti tidak masuk akal masa itu ahli ahli masih mampu tersenyum
dan ketawa dengan redha dimana setiap ketua kumpulan masing-masing
menerima penyerahan itu mwakili ahli SRS.
Sepanjang bergelumang bersama SRS (2009) sejujurnya bohonglah jika
diri ini tidak pernah rasa frust, adakalanya patah semangat..kekadang terdetik
dihati “apelah yang aku buat nih” terutama diawal awal penubuhan SRS ini bila
mana ahli yang sanggup hadir ke pondok SRS hanya 2 ke 3 orang sahaja.
Ada kalanya suara sinis sebilangan penduduk ” halaaah muka kau lagi,kalau
kau ader aku tak nak jaga” sambil gelak dan ketawa.
Kini kata-kata dan sindiran itu datang lagi (2018) walau dengan medium
yang berbeza seperti aplikasi FB dan lain-lain yang mampu dilayari oleh
semua pengguna. Suatu pernyataan terkini yang menyentuh hati nurani ini
antara lain menganggap aku seolah- olah punca pemecah belah yang selama
ini hanya memperkudakan penduduk Taman Pagoh Jaya 2 untuk kepentingan
diri sendiri sebaliknya bila tiada kepentingan, dikatakan aku meninggalkan
mereka begitu sahaja.
17
©PENJEJAK CINTA SIRI 2 2020 -
Apa yang mampu aku ucapkan, terima kasih atas penghargaan ini. Perlu
dijelaskan, demi menggerakkan penduduk PJ2 masa itu saya korbankan
segalanya tak perlu aku memperincikannya dengan segala sumber
keewangan yang tiada, memintal masa dan tenaga untuk kerja hakiki,
keluarga dan masyarakat Pagoh Jaya 2. Sebenarnya tidak terlihat di mata
mereka tetapi insan yang bergelumang bersama terutama isteriku yang lebih
mengetahui segalanya selain Allah Yang Maha Esa.
Tiada apa yang ku minta, cukuplah sekadar melihat masyarakat PJ2
mempunyai satu organisasi demi manafaat penduduk keseluruhannya tetapi
amat malang sekali segala tuduhan berkait pegangan politik diri ini yang lebih
bersifat minoriti dibawah PH yang baru berkuasa dan memerintah (2018)
sehingga ketahap diri ini membawa kemaslahatan penduduk, memalukan
generasi muda kini di PJ2 adalah satu tuduhan, fitnah dan tanggapan yang
terlalu berat diterima.
Hati ini bertambah remuk redam dan kecewa bila selesai sahaja PRU14
(2018), bila kekuasaan digenggaman kebanyakannya merasa mampu
merentas , membelah dan mengubah dunia terutama di PJ2. Peristiwa yang
aku tidak dapat lupakan di suatu Majlis Perkahwinan Ahli Kariah pada masa
itu. Sebelum itu majlis gotong royong angkat balai dijalankan dan aku amat
merasa perbezaanya bila terasa tiada sapaan jikapun ada terasa begitu
hambar dan kelat mungkin terpaksa agaknya.
18
©PENJEJAK CINTA SIRI 2 2020 -
Syukur ditakdirkan aku menjadi penyambut tetamu tuan rumah bapa
pengantin dan semenjak itu kewujudan aku di PJ2 dirasakan hanya menjadi
beban kepada kejiranan PJ2 dan ada baiknya aku menghadkan hubungan ini
sekadar keperluan seadanya sahaja. Demi membawa hati yang luka berbaur
kecewa pelbagai rasa doakan saya dan ahli keluarga insyaalah
dipermudahkan berpindah ke teratak kami di PJ3 (2021) menghabiskan
penghujung usia kami di sana seadanya.Amin
Inilah antara CHAPTER yang saya garap demi tatapan anak cucu
betapa manis diawalnya dan begitu pahit dipenghujungnya. Lebih
menyedihkan lagi mereka yang dahulunya sama-sama bergerak bersama
sepatutnya lebih mengetahui betapa pahit maung dilalui bersama masih boleh
beranggapan seburuk itu tetapi akhirnya aku akur inilah makna dan erti
sebuah kehidupan dan persahabatan ini.
... Aku juga seberapa daya cuba melibatkan beberapa orang penghuni
India dalam gerak kerja SRS dan Alhamdulillah tidak mengecewakan
sekurang-kurangnya penglibatan dan tanggunjawab menjaga taman adalah
tanggungjawab bersama.
..Berbagai juga peristiwa berlaku sepanjang bergelumang dengan aktiviti
SRS ini antaranya kehilangan peneroka awal SRS dan Krt Tpj2 yang setia
sempat sama-sama bertugas sebelum Allah lebih menyayanginya. Semoga
Allah menempatkan beliau dikalangan syuhada dan solihin Al-Fatihah
Allahyarham En Azman 2/7.
©PENJEJAK CINTA SIRI 2 2020 -
Dalam 1 peristiwa lain, semasa bertugas malam SRS kami mendapat 1
laporan khalwat . Tanpa berlengah lagi saya terus menghubungi pasukan
pencegah maksiat Muar. Setibanya pasukan tersebut lebih kurang 2 pagi bila
pasukan tersebut hendak melakukan tindakan dipahamkan orang yang terlibat
didapati telah tiada. Pegawai pencegah maksiat lantas mengingatkan
saya”kena riki betul-betul cikgu lain kali” Aku hanya mampu terdiam dan
mengakui kekhilafan diri ini.
Satu peristiw lain pula dalam suatu ketika kami bertugas SRS tiba-tiba
terlihat kelibat sebuah kereta kancil terhoyong-hayang sedang melalui
hadapan sekolah Cina berdekatan pondok SRS kami.“”Dummm”kedengaran
Kanchil tersebut melanggar tembok menghala ke simpang masuk taman
Pagoh Jaya 2 tetapi pemandu tersebut masih meruskan pemanduan seperti
tiada apa yang berlaku. Kami yang sedang bertugas tercengang atas apa
yang berlaku di hadapan mata kami hingga terpacol kata-kata serentak dari
kami “mabok rasanya dia nih” . Hati kami rasa tak sedap lalu mengekori
kereta tersebut sambil mengenalpasti rumahnya Betul sangkaan kami, beliau
melalui hadapan rumahnya berulang-ulang kali. Akhirnya dapat juga beliau
menemui rumahnya namun dengan selamba beliau mengangkat tangan
kepada kami tanpa rasa bersalah.
Pernah berlaku juga orang yang sama pemilik kanchil tersebut
menghunus parang berkilat di taman lapang(sekarang ini gelanggang futsal)
sambil beliau duduk dibangku simen menghadap pondok SRS tempat kami
berkumpul dan bertugas malam itu sambil mengacu parang kepada kami.
19
©PENJEJAK CINTA SIRI 2 2020 -
Pihak kami terpanggil untuk mendatangi beliau tetapi terfikir pula risiko
yang bakal dihadapi. Kami akhirnya menunggu beliau balik ke rumah lalu
menghubungi anggota Balai Polis Panchor untuk bertindak. Bila anggota polis
sampai sambil ditemani pihak kami memasuki rumah orang yang terlibat
tetapi sayang tidak bersahut walaupun diberi salam beberapa kali.
Dalam 1 operasi khalwat pula setelah mendapat laporan jiran terlibat,
pihak kami menghubungi Balai Polis Panchor sebagai rakan kerjasama
strategik komuniti SRS kami, menunggulah kami dari pukul 1 hingga 5 pagi
akhirnya dapat membawa yang terlibat ke balai untuk tindakan lanjut. Tiba-tiba
keesokan paginya saya mendapat panggilan telefon dari pengadu dengan
nada marah bertanya saya”camaner nih cikgu ,baru malam tadi ditangkap
,awal pagi dah ada kat rumah semula” . Saya pun menjawab untuk
menghubungi anggota polis yang terlibat. Pihak polis memaklumkan pesalah
yang disyaki sebenarnya mempunyai hubungan saudara dan oleh sebab yang
tidak dapat dielakkan terpaksa menumpang tidur di rumah tersebut pada
malam itu.
.. Dalam satu peristiwa lain terasa diri ini begitu naif dan jahil bila kita tidak
dapat menguasai bahasa Inggeris sebaiknya..Malam itu anggaran 12
malamsemasa kami duduk di pondok SRS kelihatan bebe rapa orang Jerman
yang dipahamkan sedang menjalani latihan di kilang berdekatan mungkin
dalam bahagian pengurusan agaknya lalu di hadapan pondok kami menaiki
van putih sarat penumpangnya.
20
©PENJEJAK CINTA SIRI 2 2020
Sedang kami leka bersembang antaranya sahabat terawal SRS
En. Mustafa Moksin, tiba-tiba sebuah van putih melintasi pondok SRS lantas
berhenti dan mengundur semula betul-betul di hadapan pondok SRS.
Kekawan lantas mencuit bahuku untuk berjumpa orang asing tersebut, aku
jadi buntu lali fikiran mengingati sejenak zaman persekolahan dulu masa guru
mengajar sentiasa wujud block mental untuk penguasaan bahasa Inggeris,
inilah akibatnya bak kata orang Melayu “ketulah” namanya. Tak semena-
mena terpandang En. Mustafa Moksin ”Mus tolong Mus”..Syukur alhmadullah
Mus rupanya berhabuk Englishnya. Beliau menerangkan tujuan kawalan dan
perkara berkaitan. Saya hanya mampu ternganga seumpama lalat pun boleh
masuk mulut. Tabik spring sahabatku antara pendokong awal SRS dan kawan
mengaji di Albaghdadi . Terima kasih En. Mustafa Moksin mengajar aku
pentingnya English sebagai bahasa komunikasi penting dan sebagai contoh ist
anak anak.
Dalam 1 peristiwa yang lain, aku pernah juga menerima 1 surat berupa
amaran diletakkan dalam peti surat rumah. Antara lain isi kandungannya
berupa potongan suratkhabar ditampal pada kertas A4 dimana antara lain
petikan tersebut menyatakan SRS tiada hak menangkap kes-kes khalwat.
Aku pun terpinga pinga memikirkan siapa yang menghantar dan apa
tujuannya?!!! . Akhirnya demi untuk menyedapkan hati bermonolog diri ini “sib
,inilah asam garam bergelumang demi masyarakat”..,sebagai penghargaan
kepada semua petugas SRS terpikir pula untuk memberi baju t shirt percuma..
21
©PENJEJAK CINTA SIRI 2 2020 -
22
©PENJEJAK CINTA SIRI 2 2020 -
23
©PENJEJAK CINTA SIRI 2 2020
SEGALA CATATAN INI ADALAH PENGALAMAN SEBENAR PENULIS SEPANJANG BERKHIDMAT
SEBAGAI SETIAUSAHA KRT,SRS,PAKATAN ISLAM TAMAN PAGOH JAYA 2 DARI TAHUN 2009 (PENAJA)
SEHINGGA MAC 2018. PENULIS BERMASTAUTIN DI TAMAN PAGOH JAYA 2 SEMENJAK TAHUN 2007.
IA SEKADAR CATATAN DARI PERSEPSI DAN PENGALAMAN YANG DILALUI PENULIS SENDIRI.
SEANDAINYA BERLAKU PERBEZAAN TANGGAPAN DAN PANDANGAN DIPIHAK PEMBACA ATAU
MENYENTUH SENSITIVITI PIHAK PEMBACA SERIBU KEMAAFAN DIPOHON DAN DIPINTA.
SEGALA YANG BAIK SEMOGA MEMBERI MANFAAT KEPADA PARA PEMBACA TETAPI JIKA
SEBALIKNYA ANGGAPLAH IA CUMA BACAAN RINGAN PERKONGSIAN SEBUAH PENGALAMAN.
INSYAALAH AKAN ADA SIRI – SIRI PENJEJAK CINTA YANG BERIKUTNYA, PENULIS CUMA
MEMOHON PEMBACA MENDOAKAN SEMOGA MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROH AYAHANDA
TERCINTA TN HJ MOH BIN SALIM, IBU YANG TERCINTA PN HJH UMI BIN TASLIM YANG SEDANG DIUJI
DALAM KEUZURAN DAN DOAKAN AHLI KELUARGA KAMI DALAM RAHMAT DAN PERLINDUNGAN
ALLAH SENTIASA.
PN. ANITA ISHAK, AMNI AMIRAH,AIDA ARINAH, AHMAD ANIQ AZFAR DAN AUNI ALIEYA.
MOHON JUGA ALFATIHAH UNTUK ROH KEKANDA-KEKANDAKU SEMOGA SYURGA MENJADI
DESTINASI MEREKA ALLAHYARHAM KHALIDI BIN OTHMAN DAN ALLAHYARHAM ABD AZIZ BIN
SHUKUR.
AKHIRNYA MOHON MAAF ATAS SEGALANYA DAN SUDILAH KIRANYA PEMBACA
MENGINFAKKAN SEADANYA DEMI KELANGSUNGAN AKTIVITI DAN PEMBANGUNAN SURAU AL-
MUHAJIRIN TAMAN PAGOH JAYA, PAGOH, MUAR, JOHOR DARUL TAKZIM SEMOGA JARIAH INI
MENJADI SAKSI APABILA KITA BERTEMU PENCIPTA NYA NANTI.AMIN KITA PASTI MENANG 24
MELAWAN COVID19 10/4 PKP DILANJUTKAN KE 28/4/20 SEMOGA SEMUA SELAMAT.