The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

GELODAK JIWA PERASAAN TIKA MELIHAT DUNIA YANG PERLU DIUBAH SAAT ITU 2016

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ashibmoh, 2020-04-08 01:02:57

PENJEJAK CINTA

GELODAK JIWA PERASAAN TIKA MELIHAT DUNIA YANG PERLU DIUBAH SAAT ITU 2016

Keywords: PENJEJAK CINTA ASHIB MOH

©PENJEJAK CINTA SIRI 1 2016 -

©PENJEJAK CINTA SIRI 1 2016 -

KAYA DAN CINTA
Kita berkira tiada emas permata
Hakikatnya upah digenggam seketika
Mengagih melata hilang sekelip mata
Mata mata melihat kita kaya

Syukur..apa yang ada
Anak anak , kekawan cerita pencari cinta
Itulah kemanisan hidup dunia
Perjalanan masa mendewasa

Tak terbeli dengan harta..
Alhamdulillah doa bersangka kaya
Jadi realiti akhirnya
Sihat hingga hujung nyawa

Walau tidak diselimuti wang
DAN hidup diselubungi misteri

NUSANTARA......

1

©PENJEJAK CINTA SIRI 1 2016 -

DIMANAKAH CINTA?????

Bila harapan masa depan luntur
Kita kita mencari jiwa subur
BOS sehati sejiwa JDTdan cerita boboi yang luhur
Dari penguasa penguasa kian Tak jujur

2

©PENJEJAK CINTA SIRI 1 2016 -

WARKAH CINTA UNTUK AYAH…

Bapaku orang terbilang, pahlawan keluarga Ku YANG kudendang dalam doa Dan

ingatan..ada. Kalanya nampak ganjil..tapi SEBENARNYE sekarang ni orang kata kreatif..masa

Ku 6 tahun Ku selalu temani dia kat hutan besar masatu...dengan 'chain saw' bapaku

hayun..tumbang pokok..buka kebun getah sayup mata memandang..aku Suka ikut main buah

letup-letup, cari bawang putih(pokok hutan) tapi manis.

Sedap ..aku tengok bapa kerja sorang ditemani Anak perempuan..aku takut sembang

sangat..nampak garang..tapi sekarang aku sedar Dan menangis..bapaku bukan garang tapi

PENAT..anak-anak makan banyak..segantang beras sebari..sebakul penuh ikan..dua tiga

HARI..kalau sekarang mau kena darah tinggi...kadang tengah malam bapaku balik . dua dulang

daging rusa..itupun tahan dua tiga HARI..kalau sekarang boleh meroyan dibuatnye.....itulah

bapaku..sangat tak Suka kebun bersemak samun...dia nak bersih..menoreh sambil berlari..bersih

macam kebun cina..duriannya banyak..keliling rumah..pancutan air..dipangkal pokok auto bila

cuaca panas..Mak kutip buah pakai troli..semua tak larat makan...bapaku ada vision..dapat

anugerah rumah tehebat bukan sebab cantiknye saje..tapi saliran air kumbahan kemas...

Bapaku mindanya hebat..dia JAGA 6 Anak perempuan..bila Anak hendak keluar

kampung..dia bawa Mak tengok gaya orang muda dibandar Muar..Mak dapat idea nasihatkan

Anak..dia membesarkan Anak sihat semua TANPA bantuan, tidak mengemis..sebab dia selalu

kata jadi tauke..jangan jadi kuli..sekarang Mak aku ada pencen. Bukan kerajaan bagi tapi

tauke..bapaku orang yang hebat.

Jangan marah kalau bahasanya tajam sebab dia orang praktikal..jiwanya besar...orang

jiwa kecil akan rasa tercabar..KISAH INI HARUS BUAT TAULADAN ANAK

CUCUKU..SUSAH MACAMANEPUN JANGAN MEMINTA-MINTA..VISION KENA

BESAR DAN BERUSAHA JADI TAUKE..BENCHMARKNYE ORANG CINA..BUKAN

ORANG KITA..SEBAB ORANG KITA AKAN BANYAK MENCACI BUKAN

MEMOTIVASI..

.Itulah Datuk kalian YANG hebat..berjaya tak menagih belas ikhsan orang

lain...Alfatehah CATATAN IKHLAS ; https://www.facebook.com/hajaheftah?fref=nf

Dr. Eftah Moh

3

©PENJEJAK CINTA SIRI 1 2016 -

4

©PENJEJAK CINTA SIRI 1 2016 -

KARAMNYA SEBUAH CINTA…

Kapal yang kian Karam
Biarkannnnn......
Tak bisa dibangkitkan..
Sarat kegagalan..

Jangan.....
Mengganti nakhoda sama..

Gantikan kapalnya
Baldatun Thayyibah wa Rabbul Ghafur

5

©PENJEJAK CINTA SIRI 1 2016 -

DIMANA CINTA KITA???

Sabra shatilla
Palestina
Irak bumi anbiya
Afganistan
Turkeministan
Syria
Bosnia
Rohingya

Nyawa saudara kita..
Di nilai tiada harga..
Tolongilah.bantuilah,sayangilah..dengarilah..
Laungan tangisan keperitan kesedihan menyiksakan.

Kerna janji Nya tak rugi apa-apa menggapai tangannya..
Sedangkan kita berkira- kita untung rugi dunia
Ini semua milik Tuhannya
Bangun,bantu dengan segala daya..
Jika akui mereka sedara seagama..

Atau perut kita di isi tanpa noktahnya..
Tanpa memikirkan apa- apa untuk mereka..
Kerna dajjal sedang bermaharajalela

6

©PENJEJAK CINTA SIRI 1 2016 -

INILAH CINTA...

KATA MAGIS TOK GURU
KITA JADI PESIMIS HARU BIRU

INI PETUNJUK JALAN TUHAN
BUKAN MINTA CARI SOKONGAN

SIAPA KITA MEMPERTIKAI
BUKAN TAK PERNAH MENYEMAI
TAPI.HATI MEREKA TAK PERNAH TERUNGKAI
MENCERCA HUKUM TUHAN ISLAM PELBAGAI

PENGHINAAAN SEUMPAMA MEROBOHI KE LANTAI
BIJAKNYA LEBIH CENDIKIAWAN ISLAM

BUKAN PENCARI KETERBUKAAN
SELAMANYA HATI HITAM
TAK MAMPAN SEUMPAMA BATUAN AIR BERTITISAN
DAJALNYA SAMPAI DUNIA PENGAKHIRAN

ROHMATAN FIL ALAMIN
ROHMAH SEKIAN ALAM
KITA PERJUANGKAN
DARI SEKONGKOL KEDURJANAAN

AKHIR ZAMAN
PENERANG KEGELAPAN

7

©PENJEJAK CINTA SIRI 1 2016 -

PERPISAHAN CINTA
Akan tiba waktu dan ketika..
Kehilangan insan- insan ...

Ayahbonda sedara berkongsi duka lara
Anak- anak gelak tawa riang ria
Jiran taulan kekawan peniup kekuatan

Saatnya..

Dimensi berbeza..
Kerna aturan dunia...
Kerna bedha pangkat harta dan kuasa..
Kerna jemputan tak diminta..
Akan datang bila- bila..
Bila tiba waktu ketika..

Selamat tinggal segalanyaaa..

8

©PENJEJAK CINTA SIRI 1 2016 -

UMI, SEBUAH MERCUTANDA CINTA

https://www.facebook.com/ashibmoh/videos/vb.100000631140674/1049887
508375611/?type=2

9

©PENJEJAK CINTA SIRI 1 2016 -

JAUHNYA PENCARIAN CINTA……

https://www.facebook.com/ashibmoh/videos/vb.100000631140674/106562934013476
1/?type=2

10

©PENJEJAK CINTA SIRI 1 2016 -

RETORIK CINTA 11

Pau dan angpau
Pekikan sasau
Berbilion ditapau
15 minit meracau
Dihalal diam tak tau

Jentera dikacau
Jadi kisah kebabau
Hilang busuk lalat langau
Busuk bangkai mewangi bau

Rekalah cerita takut semau
Ini kisah pau dan tukun pulau
Diam dilemas di paya bakau
Menanti hancur dimamah ranjau

Juanglah ..jeritlah ..launglah..tempiklah..serulah..
Ini untuk apa...Ini untuk siapa..
Yang berkuasa..Pencari-cari Kuasa,Pengumpul harta...
Yang hilang kuasa,Yang bukti setia, Yang rajuk lara

Untuk kaya bangsanya dimana!?????
Genderang seloka berabad di wacana...
Kita sudah tak punya apa- apa...
Kita cuma ada lagu ditangisi "Anak kecil main api"

Kerna luhur jujur mereka telah lama luntur
Kita-kita pejamkan mata untuk lupa seketika
Biar mimpi indah pengganti angan yang musnah

Dan bangkit kembali menikmati
Paluan mereka untuk bangsa datang kembali
Kita masih tak berdaya di tanahair tercinta
Kerna jujur tidak disubur rakyat dicatur

Demi kuasa digenggam ....
Tunggulah biduk yang kian karammm..

©PENJEJAK CINTA SIRI 1 2016 -

SENJA CINTA

Hidup ini prinsipnya mudah
Hiraki tertinggi keluarga terindah
Pengorbanan diri biar Tak menyedari
Nikmat diingini rela diketepi
Hingga tiada apa disisi
Jauh sekali harta dimiliki
Merelai menyanjungi demi kebahagiaan ini

Sayang pengorbanan Tak disyukuri
Bila kesukaran dirasa tidak dikongsi
Diri dirasa jadi beban sentiasa
Walau belum dihujung USIA

Akhirnya inilah lumrah perjalanan masa
Menuju senja yang Tak Pasti akhirnya...

12

©PENJEJAK CINTA SIRI 1 2016 -

SAAT KEHILANGAN CINTA
Makan lah apa yang nakkk makan
Pakailah apa yang nakkk pakai
Berjalan lah ke mana nakkk jalan
Rehatlah jika peluang berehat
Kerjalah selagi mampu kerja
Masa ini terlalu singkat
Bila tiba nikmat nikmat itu tiada
Bila badan tak berdaya
Bila hati tiada meraikannya
Jangan peduli wang ringgit diungkit
Kerna nikmat itu padam bila sakit
Tika itu tiada nilai wang ringgit
Untuk membeli nikmat di halkum yang sedikit

13

©PENJEJAK CINTA SIRI 1 2016 -

CINTA JAMAN EDAN

Benarlah dikata
DOAlah jangan menemu dunia pengakhiran

Kerna kini terasa bahang
Pemimpin berkuasa bukan amanah ditatang
Pencari harta kekayaan dijulang
Penuh wayang wayang hutang piutang

Kerajaan rakyat yang hilang
Matlamat rakyat kian terbuang

Jaman jaman edan Dan gersang....
Kini berulang....

14

©PENJEJAK CINTA SIRI 1 2016 -

TRAGEDI SEBUAH CINTA

Letaklah sang pelindung dilangit ,udara Dan darat
Mereka INI cuma pencari untung lelakon hebat
Menutup jejak jejak tampak ketemu jalan sesat
Akhirnya Pasti ketemu jalan penamat tragedi berabad...

15

©PENJEJAK CINTA SIRI 1 2016 -

MUJAHID – MUJAHID CINTA

Tika indah selimut gebarnya
Melayan mimpi indah dunia
Tika menikmati juadah istimewa
Mac Di Pasta Kentucky Pizza
Tika Kagum Yayasan mengangkat Ayat-Ayat Tuhan
Menjulang kemagisan kenajisan kemunafikan

Ada manusia redha Dan pasrah
Bom Militar halilintar berangkai
Siapa mereka!???!Mereka bukan kita- kita..
Sayang dunia Dari sedara Dan agama
Mereka bukan kita- kita
Korbankan amanah harta ke Paris suka ria

Mereka bukan kita- kita
Tinggalkan sanak saudara sebatang kara
Cuma ada hati Dan jiwa
Menyerah diri syahid agama demi Tuhannya
Demi penindasan sedara seagama

Kita INI Tak memberi APA - APA
Kerna Tak daya menahan nafsu dunia
Doakanlah mereka atas juang sucinya

Sayang kita cuma penambah Perisa
Sang kuffar ketawa bermaharajalela
Kerna ramai pembelanya
Kita Tak pernah belajar APa+APA!????

16

©PENJEJAK CINTA SIRI 1 2016 -

JIHAD SANG PENCINTA…

Sebuah Doktrin Yahudi sekufunya
Perjanjian Mengangkat kesesatan keiblisan
Sampai hujung nyawa....
Selama- lamanya......

Biar pejuang INI di cela seribu bahasa
Biar pejuang INI di nista dikata juang sia- sia
Biar pejuang INI dihina mata manusia
Biar pejuang INI difitnah seribu cerita

Pujilah sang penyembelih seagama
Angkatlah gergasi dunia mensengsara muslimnya
Rajakanlah penghina- penghina agama berkurunnya
Gahkan lah pelupus Islam anbiaknya

Dikata nista Alquran menjelas bangsa pendusta
Dari dulu kala zaman nabi selamanya
Kau lebih percaya penjajahan Maya
Janji mereka memusuhi Muslim selamanya

Kau masih Tak percaya.....
Permainan Yahudi Dan Nasara..
Demi panji bijaksana dunia
Mujahid Dan syahid Tak perlu ITU semua

Perjuangan Dan keyakinan kesaksian di bawa
Menemui Tuhan Pencipta yang di rindunya

17

©PENJEJAK CINTA SIRI 1 2016 -

MONOLOG CINTA DAJJAL 18

9/11 jadi penghalal Dajjal
Berapa harga Islam menemu ajal
Kini Dajal datang lagi memperdajal
Kita jadi khayal Dan bebal
Pejuang dikata dajjal
Dajjal dikata pemilik syurga kekal
Darah Muslim dihalal
Kotornya bai'ah sidajal
Kita ditipu jadi anak- Anak dajjal

Jika hati kiter kecik
Redha lah juang mereka
Memperlekah yang cuma hanya menjelir lidah
Atas topeng bijaksana
Ditipu sang dajjal sini sana
Jadi penjelir yang setia
Walau seagama disembelih depan mata
Anda masih mendabik Dada
Sebab Tak fikir nak rasa
Kedahsyatan penderitaan mereka
Kita cukup selesa
Menghina syahid syahid mereka
Sombong ITU Tak kemana
Depan Robbuljalil kita ditanya
Saper sedara2 kita
Tak malu ke INI rupa sedara
Tak merella juang mereka
Bersekongkol dajjal sampai bila bila

©PENJEJAK CINTA SIRI 1 2016 -

MAT JENIN DAN CINTA

Betooolll ke Melayu Islam APTB!???

Apa yang kita nak!??
Tak banyak jika dijejak..
Kita ada semua....
Zakatnya,Pembangunan Ekonomi Islamnya,Baitul malnya,Tabung
hajinya Dan macamnya..

Tak banyak mintak..
Anak belajar mudah pinjamnya
Diberi kecukupan segala sanggup bayarnya..
Tanpa bunga seislamnya..
Jika miskin wajar percuma..

Orang tua yang uzur melata
Dibantu sedayanya

Anak Dan keluarga susah
Jangan diberi susah diberi mudah Bantu terindah

Sayanggg
Konon bina ekonomi dunia menggila
Akhirnya APA yang ada..
Dok gitule Songlap akhir cerita

Melangu kiter dengan angan jeninnya
Ekonomi entah kemana
Meminjam bukan percuma seperti mintak sedekah kita

Inilah Melayu,Islam Dan kita 19
Emmmmmmm

©PENJEJAK CINTA SIRI 1 2016 -

SESAT MENCARI CINTA

Aku ,Islam dan Melayu
Bangsa ku suka menghukum selalu
Bicara sesat adu dombanya
Bermodal Hujah di muka buku

Pengikut tanpa ilmu sepertiku
Bercakaran seperti pengarang kitab beribu
Bicara dirasa berjuta guru
Dirasa ilmu dah seluas laut biru

Ulamak dulu- dulu di fitnah semahu
Mereka juang masa dan waktu
Berkorban terkorban jiwa dan raga
Hingga Hilang kemewahan dunia

Diusir oleh pemerintahnya
Kehilangan rakan taulannya
Demi juang ketauhidannya
Terpenjata dan di penjara
Di siksa dan tersiksa
Hingga hujung nyawa

Aku dan kita
Yang hidup setitis pun tiada juangnya
Sekonyong konyong bongkak mendabik dada
Sekadar mengarang beberapa ciplakan cuplikan semata
Menghukum sesat sewenangnya
Seumpama kunci syurga kita pemegangnya
Gah meneraka ulamak dan pengikutnya
Tak rasa kah kita berdosa
Andai perbezaan khilaf semata

Kita pemegang saham fitnah dunia

Bersekongkol dengan kuffar

Jadi nanah yang mekar..

20

©PENJEJAK CINTA SIRI 1 2016 -

JDT DAN CINTA…
Ada bilang bola ITU penyatu
Mungkin benar negara INI bersatu
Sorakan pekikan gendang dipalu
Tiada batas politik kaum negara bangga selalu
Inilah ruang tiada jurang
Bangga INI bukan kerna Wang
Walau kesusahan negara Sarat hutang
Terkesan namun seketika dilupakan
Inilah pengajaran kita jadi ingatan
Cukuplah aliran politik perbezaan
Pastikan kekal dalam penyatuan persaudaraan
Payung Islam keberuntungan kesyukuran

21

©PENJEJAK CINTA SIRI 1 2016 -

CANDU-CANDU CINTA

Doktrin kesesatan dihalusi berjuta pertimbangan
Kumpulkan kitab Dan para ilmuan chendikiawan
Yang luhur jujur demi mencari kebenaran redha Tuhan
Berlapang Dada tidak dicandu hati kehitaman

Jauh sangkaan,penghinaan bisikan syaitan
Menjadi fitnah- fitnah dajjal akhir zaman
Menjadi saham tanggungan di hadapan Tuhan
Menjawab adu domba labelan kesesatan

Masa yang Panjang dibaziri
Mencari Muslim Muslim menerakai atau mensyurgai
Atas nama aliran dimiliki boleh menghukum di dunia INI
Sedang Ia Nya milik Tuhan yang azali

Terleka sibuk dok melabel meneraka semuslimnya
Hingga kita lupa Merukuni Asa's sebuah keluarga
Betapa ramai anak berstatus tiada bapa
Ia jadi norma biasa di mana- mana

Bola Dan label memberi seribu makna
Penyatuan Dan pemecahan semula
4 mazhab meraikan pandangan berbeza
Dalam penyatuan akidah Asa's yang sama

Kita kita INI melabel sesat untuk memanisinya
Label zikir INI dicanang tiada batas hentinya
Jadi puas dengan wacana diangkatnya
Hingga alpa mengubat moral masyarakat muslimnya

22

©PENJEJAK CINTA SIRI 1 2016 -

KEMBALIKAN PANJI CINTA…

Berikan aku definisi muslim...
Berikan aku makna seorang muslim..

Berikan aku definisi sesat
Berikan aku ciri sesat

Kerna aku ini makin jahil
Kerna aku ini makin keliru
Kerna terkadang aku ini pendosa

Aku aku ini bukan pengkaji hadis
Aku aku ini naif menafsir Kitabullah

Malang pengadu domba beselerakan
Sana sini dilabel kesesatan
Atas panji yang tidak sehaluan
Jauh sekali merai pandangan

Khilafiah jadi sandaran
Ticket bid'ah menghalal melabel kesesatan
Atas nama syiah bertopeng sunni
Berjaya untuk bercakaran sesama sendiri

Bangkitlah sipendokong pendokong tuli
Alim ulamak di nistai diganti insan tanpa disiplin ilmu diri
Kata- katanya bersumber akli
Pencari pencari ayat merestui amalan diwarisi
Bergembira dengan pemecahan muslim yang 4 di Mazhabi

Cukuplahh kesesatan syiah dan penyebaran
Cukuplah berbeza politik dan fahaman
Jangan dipecah lagi seislaman
Apakah ini bisa ada keuntungan
Atau ia satu perancangan
Dan petunjuk dunia akhir zaman

23

©PENJEJAK CINTA SIRI 1 2016 -

MAHALNYA KEBENARAN CINTA

Mahkota Benar ITU sukar
Benar bila diri juga benar
Akurlah bila dinasti diwarisi
Kita mungkin pernah jadi Tak benar
Kita mungkin juga pernah jadi penikam belakang

Kerna dimana gula disitu ribuan semut kongsinya
Kerna dimana madu disitu ribuan kumbangnya
Bila Bunga layu Tak ada yang mahu
Seumpama hilang kuasa pengampu entah kemana
Inilah sunatullah dunia hidup dinasti harta

Tapi jika benar Nadi hidupnya
Benar Pasti mengangkat dirinya
Bukan kerna manusia yang tiada daya
Tapi janji Tuhan penciptanya
Pembalasan untuk sipenganiaya

Benar ITU
Hidupnya seindah mahkota dunia
Bergembira di akhirat sana
Selama-lamanya tiada bandingnya
Kerna Tak ditipu oleh dunia

Benarlah
Benar ITU mahal harganya...

24

©PENJEJAK CINTA SIRI 1 2016 -

DIPASUNG CINTA POYOOOO…

Belanjawan penuh kengerian
Kita jadi takut dan kebimbangan
Mutakakhir ia seumpama tali gantung
Tanpa kira tanpa ehsannya terus memasung
Ia jadi sekejam pedang tajam sang penyembelih
Boleh berupa pukat harimau
Bermaharajalela sepantas semahu
Penuh janji syurga semanis gula
Seindah gemerlapan singgahsana Raja bertakhta
Butir madah terindah bagai lidah tanpa gigi
Boleh gugur tunduk sang petala langit bumi
Gunung ganang jadi rebah percaya janji- janji
Bulan bintang bisa tersonsang cakrawarnanya
Laut darat serta isi termanggu tertipu tanpa ragu
Hakikatnya ini semua
Kesengsaraan dalam kejayaaan..
Penghinaan dalam sanjungan
Penipuan tanpa batasan
Kerja belanjawan ini cuma retorik
Demi gengaman kuasa
Yang semakin poyoooo..

25

©PENJEJAK CINTA SIRI 1 2016 -

NOSTALGIA RARE CINTA SILAM 26

Mungkin betol kata orang tua
Bila umur menuju senja
Minda diterpa nostalgia lama
Kisah dikala tiada duka nestapa
Hari- hari mengembira imaginasi tak terbatasnya
Kini memikul amanah berat ditanggung
Di Dunia dan untuk ke sana tak ada penghujungnya
Menderu JM 1724 setiaku gah di tangki
Ayahanda seorang pengemudi waja hati budi
Suzuki merah jadi saksi kuntas telur setengah masak
Kiyai Sumrah bersama kopi dan roti
Sebelum kebun baruh direntasi di celah titi
Teman penghibur lagu lama tak dilupa
Kang ikin mengalun bisa terpegun
Pasangan ideal kak jam vespa berpisah tiada
Kala ke gunung sari
Singgah di warung Kang Rasid
Enak pagi indah menikmati
Pasti melalui Tiong baru dan rumah ladang ceti
Bau getah enak sekali
Menemu seorang ibu gagah sekali diteman kakak sejati
Wirawati ini mengayuh kudrat tak henti- henti
Basikal tua jadi saksi pengorbanan tak ternilai selamanya pasti
Kedai Mat Lasim dan mamak silih berganti
Penghilang penat dinihari
Mengisi malam dengan cerita bersiri combat six milion dollar man
High Chapral Stigray Cumi Ciki banyak lagi
Berbasikal bersama Kekanda tercinta
Cikgu Abu ,Karen dan Kang Din terataknya dijelajahi
Menonton Tinju rumahCikgu Mat Shah dan Wak aji Ghozali bersama
ayah yang meminati
Kadang tengok bola di Hailam Kundang pekena roti bakar dan kopi
Segar
Seronok bila wayang penerangan siang dah dikumandang
Malam ramai ramai jelajah malam bawak tikar mengkuang
Dibalai raya parit medan atau padang kundang
Cerita 6 jahanam terkesan sampai sekarang
Sagon itulah kenikmatan
Mengisi malam tak jemu didendang
Kakanda Latipah cereta penuh penghayatan
Dari Pak Pandir hingga Si Luncai
Inilah gajetku tiap malam hingga mimpi datang
Twinkle twinkle littles star cantiknya malam
Menanti kekawan pelan bola persahabatan
Menanti tak sabar di tangga hadapan
Ke padang SKBR dan pt pelampong jadi jelajahan
Ting ting ,getah kerit,sip sip combat redah longkang jejiran
Sengat tebuan dek leka lastik sarang
Permainan lori askar jadi idaman
Berimaginasi gerombolan kenderaan kenit askar lalu lalang
Inilah sedikit kenangan zaman silam tak dilupakan..

©PENJEJAK CINTA SIRI 1 2016 -

MENCARI REDHA CINTA…

Jerebu jerebu ini
Bakal jadik penanda
Kekuasaan Nya telah di atur
Asbab Dan musabab
Kesan Dan akibat
Sunatullah dunia inilah jalanannya

Jangan berkira kira dosa mereka
Sedangkan kita Tanpa sedar terleka
Terbuai bersangka amalnya segunung syurga
Lalai menimbang makna riak,ujub pencinta dunia

Sanjungan manusia itu cuma dunia penuh tipudaya
Atas nama APA pun alasan penghalal cara
Redha sanjungan Allah itulah segalanya
Biar mata manusia Tak jadi saksi luhurnya
Seumpama tangan kanan memberi tangan kiri Tak mengerti
Itulah sunah nabi solat sunatnya di teratak sendiri

27

©PENJEJAK CINTA SIRI 1 2016 -

KEAJAIBAN CINTA TUHAN 28

Hukum akli INI amat naif
Seumpama titi's jemari di laut sepi

Mana mungkin dengan hukum akli
Memikiri israk mikraj nabi di semalam hari
Kelangit tujuh petala langit Dan isi

Mana mungkin dengan hukum akli
Memikiri Nabi Isa kan turun kebumi
Lahirnya Imam Mahadi
Membawa panji penegak Islami kembali

Mana mungkin dengan hukum akli
Dajal pembawa neraka dan syurgawi
Menjarah isi bumi sepantas halilintar menodai

Mana mungkin dengan hukum akli
Ar radh yakjuj makjuj muncul Dari perut bumi

Hakikatnya
Akal INI Tuhan memiliki
Semuanya dalam kekuasaan yang hakiki
Ayat- ayat Tuhan jadi bukti
Tiada sanggah tiada persoalan lagi
Wajib menerima akli mematuhi
Tanpa syak Dan keraguan lagi

ITU lah juangnya hukum Tuhan
Yang termaktub dalam All Quran
Patuh Tanpa persoal
Redha Tuhan bukan habuan kemenangan insan
APA makna kuasa hukum Tuhan melukut tepi gantang
Manisnya Islam tertegak hukum Tuhan
Biarlah mereka berkira-kira hukum akal
Jangan lupa kekuasaan itu milik Tuhan
Tetap releven sepanjang zaman

©PENJEJAK CINTA SIRI 1 2016 -

MENGENGGAM EMPAYAR CINTA 29

Terlalu Amat jauh
Masa telah dilabuh
Kian hampir
Saatnya hadir
Petunjuk usaha
Datang jua

Menuai hasil
Atau
Tersungkur kerdil

Dunia Tak kejam
Belajarlah jadi pengenggam
Meratah persaingan
Membunuh jiwa jiwa kecilan
Buang teman khayalan
Ketepi jiwa jiwa picisan

Demi kuasa kejayaan
Dalam kehidupan

Ingatlah
Ia Jambatan kebahagiaan
Moga hidup tidak diperlekehkan
Di Hina zaman berzaman

Ingatlah
Amat malang
Di keji Dunia Tak berkekalan
Hina hidup di Akhirat berpanjangan

©PENJEJAK CINTA SIRI 1 2016 -

CINTA SANG PEPATUNG

Mereka seumpama patung- patung hidup
Mengangkat mengagung
Kegagalan
Menutup menghirup Darah
Pengkhianatan
Ramai terkesima
Lakonan kuasa- kuasa korup
Mampu menutup nanah membusut
Hanya jadi pentas opera
Keazaman kian bermenung durja
Kerna rakus tiada hujungnya
Mencintai penguasa lebih segalanya
Dari menyayangi rakyat Dan isinya
Merdeka Merdeka "Sehati Sejiwa"
Kerana Mu Malaysia

30

©PENJEJAK CINTA SIRI 1 2016 -

TRILOGI CINTA…..

https://www.facebook.com/ashibmoh/videos/vb.100000631140674/105019695167800
0/?type=2

31


Click to View FlipBook Version