INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK
JALAN BAKAM
98000 MIRI
SARAWAK
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN [PPISMP]
AMBILAN JUN 2021
BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH [SK]
KERJA KURSUS
BMMB1104: KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
TAJUK
TUGASAN 1: PENGHASILAN PRODUK (INDIVIDU)
NAMA PELAJAR : STEPHANIE NANTAI ANAK SIBAT
ANGKA GILIRAN : 2021022310107
NO. KAD PENGENALAN : 031207130702
KUMPULAN/ UNIT : PPRBMM2-4
KOD DAN NAMA KURSUS : BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN
KEBUDAYAAN MELAYU
NAMA PENSYARAH
: PUAN SELINA BINTI AHMAD
TARIKH HANTAR
: 21 MAC 2022
PENGAKUAN PELAJAR
MENERIMA MAKLUM BALAS :
PENSYARAH
1
Isi Kandungan
Bil. Perkara Muka Surat
Soalan Tugasan 3
1.0 Pengenalan 4
2.0 Konsep Dan Fungsi Kesusasteraan Melayu Dalam 4
Kehidupan Masyarakat Melayu Tradisional
3.0 Manifestasi Akal Budi Pantun-pantun Melayu 5
4.0 Rumusan 7
5.0 Rujukan 8
2
SOALAN TUGASAN
TUGASAN 1: PENGHASILAN PRODUK (30%)
Masyarakat Melayu kaya dengan karya-karya tradisional yang penuh dengan
manifestasi pemikiran berkaitan dengan kehidupan. Setiap jenis karya yang dicipta
sarat dengan maklumat dan isian sama ada bersifat keintelektualan mahupun
kerohanian.
Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu
dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional dan seterusnya bincangkan
manifestasi akal budi pantun-pantun Melayu berikut:
Cedok air dengan baldi,
Cedok nasi dengan senduk,
Baik dibawa resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.
Tingkap papan kayu persegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.
Berburu ke padang jajar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.
3
1.0 Pengenalan
Menurut Muhd Norizam Jamian dan Shaiful Bahri Md Radzi (2015), menerusi
jalinan dan siratan bahasa, karya sastera yang indah dan bermanfaat telahpun berjaya
dibentuk. Kesusasteraan Melayu ialah medium di mana peradaban dijaga, terdapat
pengajaran untuk mendidik masyarakat ke arah manusia yang kaya dengan adab
yang sopan santun. Menurut Samsudin A. Rahim (2001), generasi yang akan datang
haruslah mengabadikan dan mewarisi isi kandungan karya-karya sastera Melayu yang
merangkumi cara kehidupan orang Melayu, nilai dan norma.
2.0 Konsep Dan Fungsi Kesusasteraan Melayu Dalam Kehidupan Masyarakat
Melayu Tradisional
Kesusasteraan bermaksud satu bentuk hasil seni yang dapat disampaikan atau
dihayati melalui tulisan, pembacaan, lisan atau pendengaran. Menurut Mohammad
Mokhtar Hassan (2005), imaginasi merupakan cara pengarang melahirkan teks dan
karya sastera yang dipenuhi dengan maklumat yang bersifat keintelektualan dan
kerohanian. Istilah kesusasteraan dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa
Sanskrit iaitu sastra. Suku kata sas dalam perkataan sastra ini membawa maksud
mengarahkan atau memberikan tunjuk ajar manakala suku kata tra pula bermaksud
sesuatu alat. Jadi keseluruhannya, perkataan sastra berarti alat yang mengajar.
Menurut Ali Ahmad (1994), kesusasteraan merupakan kehalusan dan estetika dalam
bahasa.
Fungsi kesusasteraan Melayu dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional
ialah sebagai hiburan. Matlamat untuk menghiburkan pembaca membantu pengarang
dalam membentuk sebuah karya yang seronok dan menarik. Dalam kesusasteraan
Melayu, pengaplikasian keindahan kata-kata yang diekspresikan, rentak dan irama
yang menarik dan unsur jenaka dapat menyenangkan dan menghiburkan pembaca.
Fungsi sebagai hiburan ini merupakan unsur yang penting kerana pada zaman dahulu,
karya sastera contohnya cerita penglipurlara menerima sambutan yang meriah dan
merupakan kesukaan masyarakat. Antara karya sastera yang popular ialah pantun.
Hal ini kerana terdapat pengaplikasian unsur estetika dan hiburan di dalam pantun
lama. Penyampaian pantun seperti nada suara, mimik muka dan bahasa badan juga
memberikan unsur hiburan dalam pantun kerana terdapat variasi dalam
penyampaiannya.
Fungsi yang kedua ialah sebagai pendidikan, pengajaran, nasihat atau pesanan
kepada masyarakat tradisional. Dengan adanya unsur seperti memberikan kesedaran
4
dan menerapkan nilai-nilai moral dalam karya sastera, masyarakat tradisional akan
lebih tertarik kerana dapat mengubah perspektif dan pemikiran mereka terhadap
sesuatu perkara yang berlaku. Dengan adanya medium pendidikan dalam
kesusasteraan Melayu yang mempunyai unsur pendidikan dan pengajaran,
masyarakat Melayu tradisional dibesarkan dengan didikan moral atau pengajaran
yang telah dipraktikkan dalam jiwa mereka secara tidak langsung. Jadi, pada zaman
dahulu, kesusasteraan Melayu menyumbang dalam membantu ibu bapa mendidik
anak-anak mereka dan melahirkan generasi yang bernilai moral dan berkualiti.
Fungsi yang ketiga ialah sebagai dakwah kepada masyarakat Melayu tradisional.
Dakwah merupakan proses masyarakat menerima dan menjiwai pesanan suci Tuhan
yang disampaikan kepada mereka. Menurut A. Hasymi, dakwah merupakan ajakan
kepada orang lain untuk menghayati syariat dalam Islam dan seterusnya juru dakwah
juga mengamalkannya. Kebiasaannya, dakwah disampaikan menerusi medium
bahasa seperti kesusasteraan Melayu. Dalam karya kesusasteraan Melayu, nilai-nilai
kesusasteraan atau pesanan diselitkan melalui pelbagai bentuk, simbol dan ragam
estetika. Jadi semasa masyarakat Melayu tradisional membaca atau menyampaikan
sesebuah karya sastera, mereka akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan sambil
terhibur dan secara tidak sedar, dakwah yang disampaikan juga sampai di dalam diri
dan jiwa mereka.
Fungsi yang terakhir ialah sebagai kritikan sosial. Dalam kehidupan ini, terdapat
pelbagai ragam atau aksi manusia yang menerima sudut pandangan yang berbeza.
Dalam kesusasteraan Melayu, kejadian atau realiti yang berlaku dalam dunia nyata
akan dijelaskan dan dipaparkan untuk memberikan pengetahuan kepada pembaca.
Semasa mendengar tentang karya sastera, orang akan menganggap bahawa karya
sastera cuma mengandungi unsur-unsur yang luar biasa, tetapi anggapan mereka
adalah salah kerana dalam karya sastera, perkara yang biasa juga akan dinyatakan
cuma cara penyataannya berbentuk estetik dan kreatif. Melalui kritikan sosial,
masyarakat Melayu tradisional akan terpengaruh dengan norma masyarakat dalam
tindakan dan tatasusila untuk mengkritik atau menyampaikan sesuatu.
3.0 Manifestasi
Cedok air dengan baldi,
Cedok nasi dengan senduk,
Baik dibawa resmi padi,
5
Semakin berisi semakin tunduk.
Bagi rangkap pertama dalam pantun ini, maksud rangkap ini ialah tidak kira
betapa berilmunya seseorang individu tersebut, janganlah meninggi diri. Sikap
merendah diri haruslah ditanam dalam jiwa diri sendiri supaya tidak terbawa-bawa
dengan ilmu yang ada. Sikap yang merendah diri akan menyenangkan dan
membuatkan orang sekeliling sentiasa selesa semasa bergaul dengan kita.
Masyarakat Melayu tradisional mementingkan sikap sebegitu kerana pada zaman
dahulu, masyarakat sangat bergantung antara satu sama lain. Contohnya, semasa
mereka masih mengamalkan sistem Barter, hubungan akan terjalin antara satu sama
lain. Oleh itu, untuk menjaga dan mengekalkan hubungan yang baik, sikap merendah
diri haruslah ditanam dalam jiwa masyarakat.
Tingkap papan kayu persegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.
Seterusnya, maksud rangkap yang kedua pula ialah individu yang berbudi akan
dipandang mulia dan darjat sesebuah bangsa akan dinilai dari segi bahasa dan tutur
katanya. Jadi, sekiranya kita sentiasa mengamalkan sikap yang berbudi bahasa, maka
masyarakat akan memandang tinggi terhadap kita. Budi bahasa janganlah dilupakan
semasa melayari rutin harian yang penuh dengan ujian atau cabaran. Selain itu,
bahasa yang dituturkan oleh kita merupakan cara orang dapat mengenali sikap
sebenar kita. Masyarakat Melayu tradisional berfikiran bahawa budi bahasa dalam
sikap dan tutur kata lebih penting daripada rupa seseorang individu atau pangkat yang
disandangnya. Sebagai contoh, sekiranya seseorang pemimpin sopan dan
menyampaikan kata-katanya, maka beliau akan disokong dan dihormati masyarakat
kerana budi bahasanya. Masyarakat juga akan menganggap bahawa pemimpin
tersebut boleh dipercayai dan diharapkan untuk membawa mereka ke arah yang lebih
baik dan berjaya.
Berburu ke padang jajar,
Dapat rusa berbelang kaki,
6
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.
Maksud bagi rangkap ketiga ini ialah semasa sedang menimba ilmu, janganlah
mengamalkan sikap seperti bermalas-malasan atau menangguh kerja kerana
pelajaran akan menjadi tidak bermakna sekiranya tidak bersungguh-sungguh
melakukannya. Masyarakat Melayu tradisional berfikiran bahawa sikap bermalasan
akan menjerumuskan diri dalam kancah yang negatif seperti ponteng sekolah,
merokok atau menghisap dadah. Jadi mereka mementingkan sikap berusaha
bersungguh-sungguh untuk melahirkan generasi yang akan menjadi pemangkin
negara pada masa akan datang adalah generasi yang berkualiti dan penuh dengan
sikap rajin dan berbudi dalam diri mereka. Pada pendapat mereka, sikap alang-alang
atau malas tidak memberikan kebaikan dalam kehidupan mereka, malah akan
membawakan keburukan seperti menganggur.
4.0 Rumusan
Kesimpulannya, kesusasteraan Melayu membawa impak yang besar dalam
pemikiran dan kehidupan masyarakat Melayu tradisional. Kesusasteraan Melayu juga
telah terbukti dapat membawa dan membimbing masyarakat untuk sentiasa menuju
ke arah memperbaiki sikap negatif dalam diri masyarakat dan memberikan hiburan ke
dalam hidup masyarakat. Masyarakat Melayu tradisional juga terpengaruh kerana
mereka sentiasa memikul sikap yang baik dan berkualiti dalam diri mereka untuk
membantu mereka dalam mengharungi kehidupan mereka dengan senang dan
gembira.
(970 Patah Perkataan)
7
5.0 Rujukan
A. Hasymi. (1974). Dustur Dakwah Menurut Al-Qurān. Jakarta: Penerbit Bulan Bintang.
Ali Ahmad. (1994). Pengantar Kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Mohammad Mokhtar Hassan. (2005). Teori Konseptual Kata Kunci. Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Muhd Norizam Jamian & Shaiful Bahri Md Radzi. (2015). Kesusasteraan Melayu
Tradisional Sebagai Wadah Komunikasi Massa: Suatu Analisis. Jurnal
Komunikasi; Malaysian Journal of Communication. 31(2), 183-194.
Samsudin A. Rahim. (2001). Media dan identiti budaya: membangunkan industri
kandungan tempatan yang berdaya tahan. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal
of Communication. (17), 67-80.
8