SK CENEH BARU
24000 KEMAMAN, TERENGGANU
MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-32
2020
TARIKH : 7 Mac 2020
MASA : 8.00 pagi
TEMPAT : Dewan SK Ceneh Baru
Dirasmikan Oleh :
TUAN HAJI IDRIS BIN BIDIN
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KEMAMAN
KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1 Aturcara Majlis
2 Ucapan Guru Besar
3 Ucapan Yang Dipertua PIBG
4 Ahli Jawatankuasa PIBG 2018/ 2020
5 Jawatankuasa Mesyuarat Agung ke-32
6 Agenda Mesyuarat Agung Ke-32
7 Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-31
8 Laporan Aktiviti PIBG 2019
9 Laporan Kewangan PIBG 2019
10 Bayaran Tambahan Dan Pelbagai PIBG 2020
11 Penghargaan
ATURCARA MAJLIS
MESYUARAT AGUNG KALI KE-32
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN CENEH BARU
TARIKH : 7 Mac 2020
HARI : Sabtu
MASA : 8.00 pagi
TEMPAT : DEWAN SKCB
8.00 pagi - Pendaftaran Ibu, Bapa dan Penjaga
8.30 pagi -
- Ketibaan Tetamu Kehormat dan Dif Jemputan
-
Tarian Selamat Datang
-
PerasmianMesyuaratAgung PIBG
-
- Nyanyian Lagu Negaraku
Bacaan Doa
Ucapan Tuan Guru Besar
Ucapan Yang Dipertua PIBG
Ucapan Perasmian
Persembahan Murid
Cabutan Bertuah Sesi 1
Penyampaian Cenderahati
Jamuan VIP
Mesyuarat Agung Bermula
Cabutan Bertuah Sesi 2
Jamuan
Bersurai
SEMOGA MESYUARAT AGUNG PIBG 2020 KALI KE-32 INI,
BERJALAN LANCAR DAN MENDAPAT KEBERKATAN
DARIPADA ALLAH S.W.T.
TAHNIAH DAN RIBUAN TERIMA KASIH
KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT
TEKS UCAPAN TUAN GURU BESAR
Assalamualaikum, Salam sejahtera dan salam Kemaman Unggul. Saya merafakkan
rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah kerana Mesyuarat Agung PIBG dapat
dilaksanakan dengan jayanya. Kehadiran dan kerjasama semua pihak di dalam majlis ini
mencerminkan sokongan dan komitmen berterusan dalam memajukan pencapaian anak
-anak serta mengangkat martabat sekolah.
Saya juga merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga
kepada guru-guru dan staf sokongan yang sentiasa bersedia menggembeleng tenaga dan
idea bagi memperkasakan SK Ceneh Baru. Pada kesempatan ini juga, saya ingin
mengucapkan syabas dan tahniah kepada pimpinan PIBG sesi 2018/2020 atas segala
inisiatif dan sokongan padu kepada program-program sekolah sehingga melonjakkan
kecemerlangan SKCB di daerah Kemaman.
SKCB mendukung falsafah iaitu untuk mewujudkan iklim pengajaran dan
pembelajaran yang selesa dan harmonis untuk memupuk dan memperkembangkan
potensi setiap warga SKCB ke arah kecemerlangan yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek. Dari aspek akademik, SK Ceneh Baru telah melakarkan satu
sejarah dimana SK Ceneh Baru berada antara sekolah yang terbaik di daerah Kemaman.
Kejayaan kita pada tahun 2019 adalah seramai 5 orang murid kita telah mendapat 6A
dengan penguasaan Mencapai Tahap Minimum (MTM) sebanyak 69.3% dan Gred Purata
Sekolah (GPS) adalah 2.97.
Manakala target untuk tahun 2020, MTM adalah 75.86% dan GPS adalah 2.83.
Walaupun kita lihat ianya merupakan angka yang kecil tapi ia memberikan impak yang
amat besar kepada sekolah-sekolah di bandar kerana persaingan yang kuat yang
ditunjukkan oleh SK Ceneh Baru memandangkan kita berada di kawasan luar bandar.
Pada tahun 2020 ini, SK Ceneh Baru telah terpilih menjadi menjadi sekolah dalam
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25). Program ini merupakan sebahagian
daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian
murid dan sekolah berkualiti. TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan
unggul melalui:
Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
Disokong kepimpinan yang berkualiti / berwawasan
Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi.
Komitmen komuniti yang padu
Dari aspek kokurikulum, murid kita telah mewakili negeri Terengganu ke
peringkat kebangsaan dan ini merupakan kecemerlangan yang sering ditunjukkan oleh
murid-murid SK Ceneh Baru. Di mana pada tahun 2019, beberapa orang murid kita telah
berjaya mewakili negeri Terengganu ke Kejohanan tenis MSSM. Begitu juga dengan
permainan yang lain, walaupun tidak dapat mewakili negeri tapi murid-murid SK Ceneh
Baru tetap terpilih untuk mewakili PKG ke peringkat daerah. Selain itu, pasukan tarian
SK Ceneh Baru yang amat aktif dalam membuat persembangan di sekitar daerah
Kemaman dan menjadi naib johan di peringkat negeri. Di sebalik kejayaan-kejayaan
yang telah kita capai dalam bidang akademik, kokurikulum dan perubahan sikap
pelajar, masih banyak lagi ruang dan peluang penambahbaikan yang masih boleh
digarap dan diusahakan. Kita akan belajar dari kelemahan lalu untuk meraih
kejayaan yang lebih besar.
Selain itu, kerjasama daripada pelbagai pihak tidak kami lupakan dan saya
mewakili pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua agensi-
agensi luar yang menyumbang tenaga idea dan wang ringgit demi kecemerlangan SK
Ceneh Baru, seperti KETENGAH, Ladang Rakyat, Ladang Perwira, Ladang Tabung
Tentera, Kilang-kilang, MAIDAM, Bank Rakyat Cawangan Kemaman, AGRO Bank dan
lain-lain agensi serta tidak lupa kepada penyumbang persendirian. Saya mewakili
seluruh warga SK Ceneh Baru mengucapkan jutaan terima kasih.
Saya bagi pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua
pihak yang telah memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan pelbagai pro-
gram sekolah. Hanya dengan kerjasama semua pihak secara berterusan maka anak-
anak didik sekolah ini dapat terbina sebagai insan yang cemerlang dari segi sahsiah
dan akademik serta kokurikulum. Setinggi-tinggi penghargaan juga dirakamkan
kepada barisan PIBG yang diterajui oleh Encik Ahmad Syamaizar bin Shamsudin
yang banyak memberi sokongan baik dalam bentuk kewangan mahupun idea serta
moral. Tidak keterlaluan jika saya katakan barisan PIBG sekolah ini amat dedikasi
dan komited dalam membantu sekolah mencapai hala tuju dan kecemerlangan. Saya
percaya dengan komited yang tinggi, semangat permuafakatan yang kuat dan
sokongan daripada semua pihak, komuniti bijak pintar sekolah ini, saya sampaikan
dalam serangkap pantun:
Kalau roboh kota bertingkat,
Sekerat rotan dicantum diikat,
Kalau hendak prestasi meningkat,
Seia sekata kita muafakat.
Akhir kata, semoga Allah memberkati kerjasama dalam menjalankan
tanggungjawab masing-masing bagi membina insan yang berilmu dan cemerlang
seterusnya menjadi rakyat yang berjasa kepada agama, bangsa, dan Negara Malaysia
yang tercinta.
Sekian, terima kasih
Wassalam.
NOR AKMA BINTI JUSOH
GURU BESAR,
SK CENEH BARU
TEKS UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya amat berbesar
hati dan merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ahli PIBG SK Ceneh Baru
kerana telah memberi sokongan dan peluang kepada saya bagi menerajui Jawatan
YDP PIBG semasa mesyuarat Agung yang lalu. Terima kasih juga kepada Guru Besar
serta para pendidik yang telah berusaha keras bagi mencapai tahap pendidikan
cemerlang di sekolah ini.
Begitu juga kepada AJK PIBG yang telah sama-sama bekerja dan berusaha
membantu pihak sekolah dalam pelbagai program. Saya mewakili semua AJK PIBG
akan terus menyokong segala program yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi
memacu kecemerlangan pelajar. Saya berharap dalam pertemuan seperti ini kita
dapat bersama-sama menyumbang idea untuk memantapkan lagi aktiviti-aktiviti
PIBG sekolah ini.
Setinggi penghargaan dan tahniah, saya ucapkan di atas kejayaan dalam
peperiksaan UPSR pada tahun 2019 yang mana sekolah kita memperolehi 6A
seramai 5 orang. Tanpa sokongan daripada tuan puan sekalian saya yakin dan
percaya kejayaan ini tidak dapat kita capai.
Dari segi kokurikulum juga patut kita banggakan sebagai ibu bapa SK Ceneh
Baru kerana beberapa murid kita telah berjaya mewakili negeri Terengganu. Semoga
dengan kejayaan demi kejayaan ini, kita sebagai warga SK Ceneh Baru terus memberi
sokongan kepada perjalanan meneruskan legasi kecemerlangan sekolah kita. Tahniah
saya ucapkan kepada ibu bapa sekalian.
Selain itu, sokongan daripada pihak FELDA juga memberi impak yang sangat
besar dalam pencapaian keputusan UPSR tersebut telah disalurkan kepada sekolah
demi pembangunan UPSR dan juga keperluan lain di sekolah ini. Terima kasih FELDA.
Begitu juga sumbangan yang diberikan oleh agensi-agensi luar dalam merealisasikan
kecemerlangan SK Ceneh Baru, seperti KETENGAH, Ladang Rakyat, Ladang Perwira,
kilang-kilang, AGRO Bank dan lain-lain agensi serta tidak lupa kepada penyumbang
persendirian. Pihak PIBG SK Ceneh Baru mengucapkan jutaan terima kasih.
Menyentuh tentang sumbangan tidak kira dari segi kewangan dan kepakaran,
saya menyampaikan usul dan harapan sekolah supaya para ibu bapa dapat
memberikan sumbangan mengikut kepakaran masing-masing. Sebagai contoh, dalam
bidang pertukangan, saya dapat rasakan ramai dikalangan bapa yang amat mahir
maka kita boleh menggunakan kepakaran itu projek untuk membaikki astaka di
padang sekolah untuk kemudahan anak-anak kita dan juga pihak sekolah
menjalankan pelbagai aktiviti dan bersukan. Selain itu, ibu bapa boleh menggunakan
kemahiran megecat untuk mengecat pagar atau dinding-dinding sekolah supaya lebih
ceria dan cantik. Saya percaya usul ini akan membolehkan PIBG digerakkan untuk
mengumpul dana dan keperluan-keperluan lain seperti keperluan teknikal
umpamanya.
Sealiran kemajuan akademik, PIBG juga sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah
dalam memastikan pembangunan sahsiah pelajar agar anak-anak kita selamat
meneruskan kehidupan mereka dalam era kecanggihan teknologi yang penuh dengan
cabaran. Mudah-mudahan impian kita sebagai ibu bapa untuk melihat anak kita berjaya
menjadi insan cemerlang tercapai selaras dengan visi dan misi SK Ceneh Baru.
Akhir kata saya saya menyaran ibu bapa agar lebih prihatin terhadap pelajaran
sekolah dengan mengambil kira tahap akademik dan juga kokurikulum anak-anak dan
sentiasa berhubung rapat dengan pihak sekolah bagi memantau prestasi pelajar.
Sekian, terima kasih.
YDP PIBG, SK CENEH BARU
JAWATANKUASA
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SESI 2018 / 2020
SEKOLAH KEBANGSAAN CENEH BARU
BIL NAMA CATATAN
1 YDP AHMAD SYAMAIZAR BIN SHAMSUDDIN IBU BAPA
2 NYDP WAN ABDUL HAMID BIN HJ. MOHD RODI IBU BAPA
3 SETIAUSAHA HAZIMAN BIN NAWI
4 BENDAHARI BAHARUDDIN BIN MOHAMED DAUD GURU
5 AJK SARIDAH BINTI JAAFAR GURU
6 AJK MAIZATUL FA’AINA BINTI YAHAYA IBU BAPA
7 AJK AHMAD SYAHRIL BIN ABDUL RAZAK IBU BAPA
8 AJK YAMILAH BINTI SAMA’AE IBU BAPA
9 AJK AZERI BIN HAMZAH IBU BAPA
10 AJK JAAFAR BIN AWANG IBU BAPA
11 AJK MOHD ROSDEE BIN MOHD RASHID IBU BAPA
12 AJK MUNIRAH BINTI AHMAD IBU BAPA
13 AJK SYARIFAH BINTI HUSSAIN IBU BAPA
14 AJK MOHD HASRUDDIN BIN HASEBULLAH GURU
15 AJK NOORHIDAYAH BINTI HARON GURU
16 AJK RIDUAN BIN NAWAWI GURU
17 AJK ROZITA BINTI ABDUL RAZAK GURU
18 AJK RUZITA BINTI SAMAD GURU
19 AJK YUSWATI BINTI YUSOF GURU
20 AJK NUR AZMA BINTI AZIZ GURU
21 PEM. KIRA-KIRA WAN MOHD KHALID BIN WAN ABU BAKAR GURU
IBU BAPA
JAWATANKUASA
KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA
BIL BIDANG NAMA
.
1 AZLIN BINTI HAMINULLAH
1 PENDIDIKAN 2 ZAITUN BINTI MOHAMAD
3 FAIRUZ BIN ABDUL GHANI
1 ROSLAN BIN MUSA
2 KOKURIKULUM 2 MARLIZA BINTI ABDUL MALIK
3 KASLINA BINTI EMBONG
1 WAN SAIFUL ANUAR BIN WAN MOHD AMIN
3 BIMBINGAN KERJA-
YA 2 MARINA BINTI MOHD UDIN
3 RAZI BIN MAT YAMAN
3K, KECERIAAN, 1 SITI ARMIZA BINTI ISMAIL
4 KEBERSIHAN & 2 MOHD TURMIZI BIN KAMALUDIN
KESELAMATAN
3 SARINA BINTI MOHD HASSIM
1 KAIROL AZMI BIN MOHAMMED
5 PENYELENGGARAAN 2 MOHD ZAMRI BIN AWANG
3 NARU AMIRU
1 WAN MUSTAFA BIN WAN HAMAT
6 MOTIVASI 2 MAHADZIR BIN YASIN
3 ZAKIAH BINTI JAITON
JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG KALI KE-32
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN CENEH BARU
JAWATANKUASA INDUK
Penaung : Pn. Nor Akma binti Jusoh (Guru Besar)
Pengerusi Bersama : En. Ahmad Syamaizar bin Shamsuddin
(Yang Di Pertua Pibg )
En. Wan Abdul Hamid Bin Hj. Mohd Rodi
(Naib Yang Dipertua PIBG )
Naib Pengerusi Bersama : En. Arhafuddin bin Abdul Rahman
( Guru penolong Kanan Pentadbiran )
Pn. Roslina binti Sabiran
( Guru Penolong Kanan HEM )
:
Pn. Atillah binti Maliki
( Guru Penolong Kanan Kokurikulum)
Setiausaha : En. Haziman Bin Nawi
Naib Setiausaha Pn. Aliza bt Sulong
Bendahari
: En. Baharuddin Bin Mohamed Daud
Penyambut Tetamu - Guru Besar
- Yang Dipertua Pibg
Pn. Nor Akma binti Jusoh - Naib Yang Dipertua Pibg
En. Ahmad Syamaizar bin Shamsuddin - PK Pentadbiran
- PK Hal Ehwal Murid
En. Wan Abdul Hamid bin Hj. MohdRodi - PK Kokurikulum
En. Arhafuddin bin Abd Rahman - Ajk Pibg
Pn. Roslina binti Sabiran - Ajk Pibg
Pn. Atillah binti Maliki - Ajk Pibg
En. Ahmad Syahril bin Abdul Razak - Ajk Pibg
Pn. Yamilah binti Sama-ea
Pn. Saridah binti Jaafar
Pn. Azlin binti Haminullah
JAWATANKUASA KERJA
JK Persediaan Peralatan JK Pendaftaran Ibu Bapa
Abd Wahab bin Ismail (K) Ain Najwa binti Abd Razak
Wan Norazilah binti Wan Mahmud
Mahadi bin Md Ali Lailatulshahira binti Saffie
Abd Jalil Khusairi bin Mohamad
Ahmad Syahril bin Abdul Razak JK Pencatat Minit Mesyuarat
Rohana binti Abdul Rahman (K)
Kairol Azmi Bin Mohammed
Siti Salwana binti Md Nor
Persiapan Tempat (Dewan) Nurul Aisya binti Aladin
Muhammad Amri bin Azmi (K) Ain Najwa binti Abd Razak
Mohd. Hadi bin Ismail JK Jamuan VIP
Faizul Izham bin Mohd Faudzi Wan Hasimah bt Wan Ahmad(K)
Tengku Marini bt Tengku Mohamad
Mohd Yusof bin Mohamed Nuruk Amilin binti Kamaruddin
Pekerja Sekolah
Azlin bt Haminullah
JK Backdrop/Persiapan Pentas/Banner Yamilah bt Sama-ea
Syarifah bt Husain (K)
Mawarni bt Sulong JK Jamuan Ibu Bapa/Guru
Laila binti Abdul Aziz (K)
Nor Hidayah bt Mohamad Noh Rozita bt Abdul Razak
Siti Salwana binti Md Nor Che Hasnah bt Khalid
Zuraidah bt Mohamad Cik Junizan Binti Che Ali
Husilawati binti Husin
JK Buku Mesyuarat Agung
Haziman bin Nawi (K) JK Pamplet
Erdawaty Isma Hafiza bt Ismail (K)
Baharuddin bin Mohamed Daud
Nor Syazana binti Harun Nurul Amilin bt Kamaruddin
Lailatulshahira binti Saffie
JK Pesembahan
JK Cabutan Bertuah Nor Azma binti Aziz (K)
Zurina bt Che Mohd (K) Hastina Binti Abdullah
Rosmani binti A. Hamid Rugayah bt Wan Semail
Mohd Nazri bin Latiff Maizatul Fa’Aina binti Yahya
Mohd Zalmi bin Hassan
Siti Arniza bt Ismail
JK Pengacara Majlis
Mohd Arif Azam bin Mat Yunoh JK Dokumentasi
Siti Fakhrul Radziah binti Zakaria Mohamad Afiq bin Mohamad Azman (K)
JK Siaraya Mohd Rizal Afendi bin Saleh
Ahmad Baihakki b. Arifin (K) Krew TV PSS
Kairul Fazli bin Sulaiman JK Bacaan Doa
Wan Mohd Talqiff Iman Bin Wan Ahmad Rafidi Ustaz Mohd Hasruddin bin Hasebullah
Wan Saiful Anuar bin Wan Mohd Amin JK Gimik
Khairul Fazli Bin Sulaiman (K)
JK Jemputan Vip/Ibu Bapa Azharul Azmi bin Abdullah Zawawi
Haziman Bin Nawi (K)
Noor Hidayah bt Haron
JK Cenderahati
Nurulhisa bt Abdullah (K)
Sunida bt Ismail
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN CENEH BARU
24000 KEMAMAN, TERENGGANU DARUL IMAN
No. Pendaftaran : 0238 (SK)
Tel. Sekolah : 09-8730270 Tel. SU PIBG : 017-9165989
_____________________________________________________________________________________________________________________________________
Ruj Tuan :
Ruj Kami : PIBG.SKCB 500/1/01 ( )
Tarikh : 23 Februari 2020
Kepada,
Semua ibu bapa / penjaga
Tuan/Puan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-32
Adalah dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG SKCB Kali Ke-32 akan
diadakan pada :
Tarikh : 7 Mac 2020
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan SK Ceneh Baru
2. Bersama-sama ini disertakan slip jawapan dan usul dan cadangan untuk dibincangkan dalam
Mesyuarat Agung tersebut. Usul yang berbentuk membantu meningkatkan kecemerlangan para pelajar
amat digalakkan. Semua usul hendaklah dikembalikan semula kepada guru kelas selewat-lewatnya 1 Mac
2020 (Ahad).
3. “Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat”, marilah kita bersama-
sama berganding bahu untuk kecemerlangan SK Ceneh Baru.Kehadiran tuan/puan didahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.
“ Memperkasakan Transformasi Pendidikan”
“GURU,IBU BAPA MESRA, MURID CEMERLANG”
Saya yang menjalankan tugas,
………………………..........................................................
( AHMAD SYAMAIZAR BIN SHAMSUDDIN )
Yang Dipertua PIBG,
SK Ceneh Baru.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Usul / Cadangan :
Saya ............................................................................................................................................................. Ibubapa/penjaga
kepada ...................................................................................... Tahun :..................................... mengusulkan :
.................................................................................................................................................................................................................................................
.................................................................................................................................................................................................................................................
.................................................................................................................................................................................................................................................
.......................................................................
()
AGENDA MESYUARAT AGUNG KALI KE-32
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK CENEH BARU
SESI 2020
Ucapan Pengerusi Mesyuarat
Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-31
Perkara–Perkara Berbangkit
Pembentangan Laporan Aktiviti PIBG Sesi 2018 / 2020
Pembentangan Laporan Kewangan Berakhir Disember 2019
Membahas dan Menerima Usul / Cadangan
Pembubaran Ahli jawatankuasa PIBG 2018/2020
Perlantikan Pengerusi Sementara
Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG 2020/2022
Perlantikan Ahli Jawatankuasa Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB)
Bayaran Tambahan dan bayaran PIBG 2020
Hal-hal lain
Ucapan penangguhan
MINIT MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN IBU BAPA & GURU SK CENEH BARU
KALI KE-31
Tarikh : 30 Januari 2019
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan SK Ceneh Baru
___________________________________________________________________________________________________
AGENDA 1.0
Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas
kehadiran para ibu bapa ke Mesyuarat PIBG kali ke-31.
1.2 Beliau mengucapkan setinggi penghargaan dan tahniah, di atas kejayaan sekolah dalam
peperiksaan UPSR pada tahun 2018 di mana 3 orang mendapat 6A dan 5 orang mendapat
5A dan berterima kasih atas sokongan daripada ibu bapa sekalian. Selain itu, beliau
mengucapkan ribuan terima kasih atas segala sumbangan daripada ibu bapa dalam
menjayakan setiap program sekolah. Harapan beliau, pihak sekolah dapat memantapkan
lagi program-program sekolah untuk mencapai kecemerlang yang lebih baik lagi.
1.3 Pengerusi juga berharap agar setiap permasalahan yang timbul perlunya dirujuk kepada
pihak pengurusan sekolah. Pihak sekolah akan menyelesaikan segala kemusykilan dengan
cara yang terbaik untuk kepuasan semua pihak.
1.4 Akhir kata, pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas segala sumbangan daripada
ibu bapa dalam menjayakan setiap program sekolah 2018. Ucapan terima kasih juga
kepada semua agensi sepeti FELDA, KETENGAH, Ladang Rakyat, Ladang Periwa, FELCRA,
AGRO Bank dan lain-lain agensi serta sumbanagn individu yang banyak memberikan
sokongan dan sumbangan kepada PIBG SK Ceneh Baru.
AGENDA 2.0
PengesahanMinit Mesyuarat Agung Kali ke-30
2.1 En. Ahmad Syamaizar selaku Yang Dipertua PIBG membentangkan Minit Mesyuarat Agung
yang lepas.
Cadangan Pengesahan : En. Said bin Abdul Latif
Sokong Pengesahan : En. Razi bin Mat Yaman
AGENDA 3.0
Perkara-perkara Berbangkit
3.1 Tiada perkara berbangkit.
AGENDA 4.0
Pembentangan Laporan Aktiviti PIBG bagi tahun 2018
4.1 En. Haziman bin Nawi selaku setiausaha membentangkan Laporan Aktiviti PIBG
sepanjang tahun 2018.
AGENDA 5.0
Pembentangan Laporan Kewangan Berakhir 31 Disember 2018
5.1 En. Baharuddin bin Mohamed Daud selaku bendahari membentangkan Laporan Kewangan
yang berakhir 31 Disember 2018.
5.2 Pengerusi meminta Laporan Kewangan disahkan.
Cadangan Pengesahan : En. Wan Roslin bin Wan Abdullah
Sokong Pengesahan : En. Azree bin Hamzah
AGENDA 6.0
Membahas Dan Menerima Usul/Cadangan
6.1 Usul daripada Ibu Bapa.
6.1.1 Mengusulkan PIBG membina gerai dan menyewa kepada peniaga di luar kawasan
sekolah
Maklumbalas :
Yang Dipertua memaklumkan bahawa aktiviti jualan memang tidak dibenarkan di
sekitar kawasan sekolah dan akan berhubung dengan pihak berwajib seperti
KETENGAH dan MPKK untuk menyelesaikan hal ini.
6.1.2. Aktiviti jualan di luar kawasan sekolah meyebabkan kesesakan lalulintas di masa
puncak.
Maklumbalas :
Yang Dipertua menjelaskan bahawa aktiviti perniagaan tidak dibenarkan di sekitar
kawasan sekolah tetapi tindakan tidak dapat diambil kerana berlaku diluar kawasan
sekolah
6.1.3. Mengusulkan supaya pihak sekolah mewajibkan tandatangan guru semasa ibu bapa
mengambil anak pada waktu sekolah.
Maklumbalas : Guru besar menjelaskan bahawa perkara ini telah dilakukan bagi
mengelakkan kes perebutan anak dan kes culik.
6.1.4 Mengusulkan supaya hiasan bagi setiap kelas dimantapkan supaya lebih ceria
Maklumbalas : Yang DiPertua menjelaskan bahawa PIBG juga telah memberi
sumbangan untuk keceriaan kelas. Ibu bapa juga blh berkongsi duit untuk keceriaan
kelas anak mereka.
6.1.5. Menambah baik Taman Herba Sekolah.
Maklumbalas : Yang Dipertua menjelaskan bahawa PIBG dan sekolah telah membuat
penambahbiakan taman herba dan mengalu-alukan pihak ibu bapa untuk
menyumbang tanaman herba kepada pihak sekolah.
6.1.6 Koperasi tidak menjual barang mainan.
Maklumbalas : Guru besar menjelaskan bahawa koperasi bukan menjual
barang mainan tetapi alat tulis seperti pemadam dan alat pengasah pensel
yang bercorak kartun telah menarik minat murid.
AGENDA 7.0
Bayaran Tambahan dan Sumbangan PIBG 2019
7.1 Cadangan Bayaran Tambahan dan Sumbangan PIBG 2019 telah dibentangkan oleh YDP En.
Ahmad Syamaizar bin Shamsuddin. Beliau menyatakan sumbangan PIBG dikekalkan
sebanyak RM30 perkeluarga.
7.2 Tiada bangkangan tentang pembayaran tersebut, pengerusi meminta Bayaran Tambahan
dan Sumbangan PIBG 2019 disahkan (Lampiran 2)
Cadangan Pengesahan : Pn. Rabiatul Adawiyah
Sokong Pengesahan : Pn. Azira bt Bidin
AGENDA 8.0
Hal-Hal Lain
8.1 Encik Solihin mencadangkan agar Bantuan Awal Persekolahan RM100 dimasukkan terus
ke akaun murid untuk menjaga perasaan murid yang tidak dapat bantuan tersebut.
Maklum balas :
Guru besar akan meyarankan perkara ini kepada pihak Pejabat pendidikan daerah
AGENDA 9.0
Ucapan Penangguhan
9.1 YDP En Ahmad Syamaizar bin Shamsuddin mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian
semua ahli melapangkan masa untuk hadir ke mesyuarat kali ini serta telah memberikan
kerjasama yang amat baik sepanjang mesyuarat berlangsung.
9.2 Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa yang telah dipilih dan
dapat memberikan komitmen dan sokongan terhadap semua ativiti yang dianjurkan oleh
pihak sekolah.
9.3 Beliau juga berharap agar ibu bapa memberi kerjasama yang sangat tinggi dalam
merealisasikan segala program sekolah agar anak-anak mendapat manfaat daripada
kerjasama tersebut.
MESYUARAT BERAKHIR DENGAN BACAAN SURAH AL–ASR PADA JAM 5.50 PETANG.
Disediakan oleh : Disahkan oleh :
............................................... ……….........................................................
Haziman bin Nawi, Ahmad Syamaizar b. Shamsuddin
Setiausaha Kehormat, Yang Dipertua,
PIBG, SK Ceneh Baru PIBG, SK Ceneh Baru
LAPORAN AKTIVITI
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN CENEH BARU
SESI 2018/2020
Pendahuluan
Bersyukur kehadrat Allah S.W.T, tahun 2019, jawatankuasa PIBG dapat bergerak
dengan lancar mencari sumber kewangan yang merupakan aspek yang utama untuk
meneruskan segala program sekolah mahupun program PIBG sendiri.Segala jasa baik mereka
yang telah memberi sumbangan ucapkan ribuan terima kasih. Berikut beberapa aktiviti yang
melibatkan PIBG bersama pihak pentadbiran sekolah.
AKTIVITI PIBG 2019
Mesyuarat Ahli Jawatankuasa
Mesyuarat ahli jawatankuasa antaranya telah membincangkan tentang keperluan
peranan PIBG dalam membantu pihak sekolah merancang dan merealisasikan misi dan visi
sekolah. Masalah yang melibatkan sekolah adalah perkara pokok yang dibincangkan dalam
agenda mesyuarat.
Selain daripada isu biasa seperti sumbangan agensi-agensi terdekat terhadap
pembangunan sekolah baik dari segi fizikal mahupun kemajuan akademik, jawatankuasa juga
sentiasa mengambil berat tentang sikap ibu bapa sekolah ini.
Apa yang pasti, semua ahli jawatankuasa sentiasa berganding bahu dalam
menyelesaikan setiap permasalahan yang ditimbulkan di antara ibu bapa dan pihak sekolah,
maka ahli jawatankuasa adalah medium sekolah untuk menyampaikan serta membantu pihak
sekolah menyelesaikan setiap masalah tersebut.
Memohon Sumbangan Agensi dan Individu
Pelbagai agensi terus menyumbangkan sumbangan terutamanya dana kewangan bagi
menampung segala aktiviti PIBG dan sekolah pada tahun lepas. Sumbangan yang dimasukan ke
dalam akaun PIBG itu pastinya dapat membantu pergerakan pembangunan akademik sekolah
terutamanya dari segi pembangunan UPSR.
Selain itu, pastinya agensi-agensi perladangan yang tidak pernah jemu membantu pihak
sekolah dalam memastikan sekolah mempunyai dana kewangan untuk melaksanakan segala
aktiviti yang melibatkan murid. Agensi seperti Ladang Rakyat Terengganu Sdn. Bhd, Ladang
Ketengah Perwira, Agro Bank, sentiasa menjadi rakan baik SK Ceneh Baru dalam sama-sama
membantu perkembangan akedemik dan juga aktiviti lain. Selain itu juga, agensi yang sudi
meghulurkan sumbangan terutamanya premis-premis runcit di sekitar Bandar Ceneh Baru.
Semoga komitmen agensi-agensi luar dapat menyatukan komuniti guru dan ibu bapa demi
pendidikan anak-anak kita.
Program Kecemerlangan Kurikulum
PIBG pada tahun 2019, juga turut serta menyumbang dalam program-program kecemerlangan
kurikulum murid UPSR yang dirancang dan dijalankan oleh pihak sekolah seperti Program
Panitia, Kem Elit serta Motivasi Murid. Impak dari program dan aktiviti yang telah dilaksanakan
oleh pihak sekolah itu 5 orang murid kita telah mendapat 6A. Walaupun kita lihat ianya
merupakan angka yang kecil tapi keputusan tersebut meletakkan SK Ceneh Baru berada pada
antara sekolah terbaik di daerah Kemaman bagi Peratus 6A.
Program Kecemerlangan Kokurikulum
PIBG pada tahun 2019, juga turut menyumbang dalam aktiviti kokurikulum dijalankan
oleh pihak sekolah seperti Sukan Tahunan dan Merentas Desa dan Perkhemahan Unit Uniform
dan juga tarian. Ini kerana kecemelangan kokurikulum yang sering ditunjukkan oleh murid-
murid SK Ceneh Baru. Pada tahun 2019, terdapat beberapa murid daripada sekolah kita telah
berjaya mewakili negeri Terengganu peringkat kebangsaan dalam permainan tenis. Dalam
permainan yang lain, sekolah kita telah mencapai kejayaan yang hebat di mana berjaya dalam
pertandingan peringkat daerah seperti pasukan bola tampar, bola sepak, catur, bola jaring,
bola baling dan lain –lain. Selain itu, pasukan tarian SK Ceneh Baru yang amat aktif dalam
membuat persembangan di sekitar daerah Kemaman.
Ini menunjukkan kecemerlangan SK Ceneh Baru merupakan salah satu sekolah yang
terbaik di daerah Kemaman ini dalam bidang kokurikulum. Dengan itu, PIBG sentiasa
menyokong dan memberi sumbangan dalam mendorong murid-murid untuk lebih maju dan
mencapai kecemerlangan dalam bidang kokurikulum ini.
Program Gotong Royong Membersihkan Kawasan Sekolah
Program ini dijalankan dengan menjemput ibu bapa untuk menceriakan kawasan
sekolah. Ini membolehkan sekolah bersaing dalam Pertandingan 3K yang dianjurkan oleh
Jabatan Pendidikan Terengganu. Keadaan sekolah menjadi lebih ceria dan menarik. Selain ibu
bapa, gotong royong ini juga telah dibantu oleh pihak bomba.
Majlis Sembahyang Hajat dan Bacaan Yassin
Majlis sembahyang hajat yang sentiasa diadakan oleh PIBG adalah bertujuan untuk
memberi impak kerohanian kepada semua murid, guru dan pastinya para ibu bapa dalam
sama-sama berjuang untuk memastikan perjalanan dan pembangunan UPSR berjalan seperti
yang dirancangkan oleh pihak sekolah dan mendapat redha serta keberkatan ilmu daripada
Allah SWT. Lazimnya, seminggu sebelum peperiksaan bermula, pihak PIBG telah merancang
serta akan mengadakan majlis ini bersama pihak pengurusan UPSR sekolah dan pastinya
mendapat sokongan dan dorongan daipada pentadbiran sekolah.
Majlis tersebut bukan sahaja telah diadakan di dewan sekolah namun ianya akan
dipanjangkan kepada pihak masjid Bandar Ceneh Baru untuk realisasikannya selepas solat
Jumaat. Alhamdullilah majlis ini berjalan lancar sepanjang tahun dan Allah sentiasa
memberkati usaha guru-guru,ibu bapa serta murid-murid SK Ceneh Baru.
Majlis Anugerah Kecemerlang Ilmu 2019
Majlis Anugerah Ilmu ini sentiasa mendapat perhatian pihak PIBG dalam merencana
dan juga memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak sekolah. Sumbangan kepada pelajar
cemerlang UPSR turut diberikan untuk menjadikan peranan PIBG dalam memberi dorongan
dan suntikan semangat kepada murid-murid yang lain serta kepada ibu bapa.
Aktiviti-Aktiviti Lain.
Isu keselamatan pada waktu pagi dan waktu pulang dari sekolah, PIBG telah
memberikan imbuhan kepada pengawal keselamatan untuk menjaga lalu lintas diluar sekolah.
Dan berharap imbuhan ini dapat diteruskan bagi memastikan keselamatan murid-murid
terjaga sewaktu berada diluar kawasan sekolah.
PIBG turut terlibat dalam pelbagai program anjuran pihak sekolah. Di samping
itu PIBG juga melaksanakan tanggungjawab/komitmen untuk pembangunan dan keceriaan
sekolah.
Penutup
PIBG sekali lagi merakamkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua
pihak yang telah bersama-sama memberikan sokongan, komitmen, bantuan dan kerjasama
sepanjang tahun 2019. Selain itu, pihak persatuan juga menyusun jari sepuluh memohon maaf
di atas segala kesilapan dan kekurangan serta kelemahan yang ada sepanjang menerajui
persatuan ini. Diharapkan PIBG akan dapat memainkan peranannya dengan lebih berkesan
lagi dan dapat merealisasikan kecemerlangan murid sekolah ini di masa akan datang dan
mencipta satu legasi kecemerlangan sebagai mengekalkan visi dan misi SK Ceneh Baru.Semoga
dengan pembentangan aktiviti ini akan menjadikan struktur organisasi PIBG SK Ceneh Baru
sentiasa menjadi penyuntik semangat para ibu bapa agar bersama-sama meyumbang tenaga
dalam menjadikan PIBG SK Ceneh Baru.
Disediakan oleh :
..............................................
Haziman Bin Nawi,
Setiausaha Kehormat,
PIBG, SK CenehBaru.
CATATAN AKAUN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SK CENEH BARU
Tarikh : 1 JAN 2019 HINGGA 31 DIS 2019
TARIKH ALIRAN WANG MASUK JUMLAH (RM) TARIKH ALIRAN WANG KELUAR JUMLAH (RM)
RM 10.00
31.12.18 Baki B/B RM 11,611.46 07.01.19 Penyata Bank RM 107.00
15.01.19 Sumbg.Felda neram 2 RM 340.00 09.01.19 Jamuan Mesy. PIBG Kali 1/2019 RM 490.00
23.01.18 Derma GB SK Neram Us.Latif RM 300.00 24.01.19 Sumb.Murid Cemerlang UPSR RM 300.00
30.01.18 Derma I Fitness Balok/Ceneh RM 100.00 24.01.19 Buku Mesy. Agung-En Haziman RM 2,000.00
10.02.19 Lebihan Jamuan VIP-Pn Syarifah RM 70.00 24.01.19 Hadiah Cabutan-Us. Nazri RM 400.00
20.02.19 Lebihan saguhati-Us Azrina RM 50.00 24.01.19 Persembahan-Pn Hastina RM 500.00
05.03.19 Sumbgn. Ladang Perwira RM 400.00 24.01.19 Gimik-En Khairul Fazli RM 900.00
22.03.19 Sumbg Ladang Rakyat-Sukan RM 1,000.00 24.01.19 Makanan Ibubapa-Pn Siti Dahlia RM 500.00
01.04.19 Sumbgn. Tekwondo RM 325.00 24.01.19 Pentas /Badrop-Pn. Nurimah RM 1,200.00
15.04.19 Sumbgn. Felda RM 2,000.00 24.01.19 Makanan VIP-Tg. Marini RM 350.00
15.04.19 Sumb. Hamba Allah RM 200.00 24.01.19 Cenderahati-Ustzh Azrina RM 50.00
15.05.19 Sumbg. JKKR Felda neram 2 RM 200.00 24.01.19 Bacaan Al-Quran-Imam Saudi RM 200.00
23.06.19 Sbgn. L.Perwira (Prgrm. 3k) RM 500.00 24.01.19 Jamuan Mesy PIBG Kali 2/2019 RM 400.00
26.07.19 MAIDAM RM 2,000.00 11.02.19 Saguhati Plak Agensi-Pn Izan RM 500.00
28.08.19 Sbgn. L.Rakyat (Perkhemahan) RM 500.00 05.03.19 Rumah Sukan- Pn Azian RM 300.00
28.08.19 Derma Kwn.Pk KO (Tarian) RM 500.00 22.03.19 Sumbg Atlet Kebangsaan RM 300.00
05.09.19 Subgn. CKJ (kriket) RM 250.00 22.03.19 Buku Resit PIBG 2019 RM 410.00
25.09.19 Sumbgn. L.Perkaya (Tarian) RM 200.00 24.04.19 Hadiah hari guru/berpindah-Pn. Sunida RM 1,000.00
25.09.19 Hamba Allah (Kriket) RM 200.00 24.01.19 Perkhemahan -Us Nazri RM 150.00
27.09.19 Ketengah Holding(Kriket) RM 400.00 02.05.19 Kek hari guru -Pn.Zuraidah RM 200.00
09.10.19 Hamba Allah (Karnival) RM 100.00 02.05.19 Makanan hari guru-Zuraidah RM 50.00
30.10.19 Hamba Allah(Karnival) RM 220.00 16.06.19 Khemah hariraya- Pn.Siti Fakhrul RM 400.00
30.10.19 Tekwondo RM 250.00 16.06.19 Aiskrim Raya -Pembekal RM 650.00
15.09.19 Sumbgn. PIBG RM 7,030.00 16.06.19 Makanan Raya-Abe kantin RM 90.00
31.10.19 Sumbgn. PIBG RM 1,960.00 19.06.19 Kuih Raya -Pn.Emi RM 100.00
18.11.19 MAIDAM RM 2,000.00 23.06.19 Hadiah pertukaran Pk Ko Pn. Azian
18.11.19 Komisen Kedai Hari-Hari RM 121.86 30.06.19 Kem UPSR Dungun -Pn. Asnida RM 3,400.00
20.11.19 KETENGAH-Kelab Memanah RM 2,000.00 30.06.19
22.11.19 KETENGAH-Alatan Memanah RM 500.00 30.06.19 Solutape/brg 3k -En. Haziman RM 200.00
31.12.19 Jumlah Hibah 2019 RM 154.32 30.06.19
31.12.19 Sumbgn Tekwondo(ogos-nov) RM 155.00 22.07.19 Raya PPD -YDP PIBG RM 100.00
31.12.19 Derma Eastern utk LADAP RM 300.00 30.07.19
31.12.19 Hamba Allah RM 200.00 03.08.19 Program 3K-Us Zifrudin RM 500.00
31.12.19 Sumbangan PIBG RM 1,820.00 28.08.19
Makan Solat hajat 1 /s.hati Imam - Pn.Rozita RM 525.00
28.08.19
22.09.19 Kem Habis Reng -Pn Asnida RM 2,000.00
25.09.19
25.09.19 Kelab Memanah-Pn.Sarina RM 500.00
12.10.19
05.11.19 Makan solat hajat 2 -Kak ni Kantin RM 475.00
06.01.19
18.11.19 Alat tulis UPSR -Pn.Rozita RM 168.00
18.11.19
21.11.19 Kek Merdeka-Pn. Maimunah RM 100.00
21.11.19
31.12.19 Kriket Negeri- En.Khairul Fazli RM 300.00
16.01.20
Tarian /KOKO -Pn.Rogayah RM 1,450.00
Bubur As Syura -En.Mahadi RM 600.00
Makanan Mesyuarat-Kak Ni RM 90.00
Hadiah pertukaran(Us zif,ida,hisyam) RM 170.00
Kriket-Khairul Fazli RM 200.00
Makan Hari Anugerah RM 1,800.00
Hadiah Pertukaran(us wan,manan,izan,sadly) RM 200.00
Kelab Memanah-Us. Hadi RM 2,000.00
Sumbgn.Pengawal lalulintas -RM 125x 4 org RM 500.00
Penyata Bank RM 10.00
JUMLAH PERBELANJAAN RM 26,845.00
Baki pada 31.12.2019 RM 11,112.64
JUMLAH KESELURUHAN RM 37,957.64 JUMLAH KESELURUHAN RM 37,957.64
Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :
.................................. ................................. .........................................
(BAHARUDDIN BIN M. DAUD ) ( WAN MOHD KHALID B. ( AHMAD SYAMAIZAR BIN
Bendahari Kehormat WAN ABU BAKAR ) SHAMSUDDIN )
Persatuan Ibubapa & Guru
SK Ceneh Baru 2018/2020 Pemeriksa Kira-kira Yang Dipertua
Persatuan Ibubapa & Guru Persatuan Ibubapa & Guru
SK Ceneh Baru 2018/2020 SK Ceneh Baru 2018/2020
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN CENEH BARU
240000 KEMAMAN TERENGGANU
No. Pendaftaran : 0238 (SK)
BIL ITEM PPKI TAHUN TAHUN TAHUN TAHUN TAHUN TAHUN
1 2 3 4 5 6
1 Lembaran Kerja
20.00 20.00 20.00 20.00 20.00 20.00
2 Peperiksaan Dalaman
10.00 10.00 10.00 10.00 20.00 20.00
3 Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBD)
4 Sumbangan PIBG 30.00 30.00 30.00 30.00 30.00 30.00 30.00
( per keluarga )
5 Sumbangan PKG 3.00 3.00 3.00 3.00 3.00 3.00 3.00
6 Keperluan UPSR 150.00
7 Kad Prestasi 1.00 1.00 1.00 1.00 1.00 1.00 1.00
8 Fail Maklumat 5.00
9 Keceriaan
5.00 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00
11 Buku Peraturan Sekolah 1.00
12 Buku PAJSK 7.00
JUMLAH 39.00 75.00 69.00 69.00 76.00 89.00 229.00
* Buku PAJSK hanya perlu dibeli sekali sahaja. Jika telah dibeli pada tahun 4, maka tahun depan tidak perlu
dibeli.
Disediakan oleh : Disahkan oleh:
…………………………………………………………. ………………………………………………………………
EN.BAHARUDDIN BIN MOHAMED DAUD EN. AHMAD SYAMAIZAR B. SHAMSUDDIN
Bendahari Kehormat Yang Dipertua
PIBG SK Ceneh Baru PIBG SK Ceneh Baru
PERLANTIKKAN AHLI JAWATANKUASA
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SESI 2020 / 2022
SEKOLAH KEBANGSAAN CENEH BARU
BIL NAMA
1 YANG DIPERTUA
2 NAIB YANG DIPERTUA
3 SETIAUSAHA ( GURU )
4 BENDAHARI ( GURU )
5 AJK IBU BAPA 1
6 AJK IBU BAPA 2
7 AJK IBU BAPA 3
8 AJK IBU BAPA 4
9 AJK IBU BAPA 5
10 AJK IBU BAPA 6
11 AJK IBU BAPA 7
12 AJK IBU BAPA 8
13 AJK GURU
14 AJK GURU
15 AJK GURU
16 AJK GURU
17 AJK GURU
20 PEM. KIRA-KIRA
21 PEM. KIRA-KIRA
PERLANTIKKAN
KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA ( KSIB )
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN CENEH BARU
SESI 2020 / 2022
BIDANG BIL NAMA NO TEL
Pendidikan 1
2
Kokurikulum 3
1
Bimbingan 2
Kerjaya 3
1
3K, Keceriaan 2
Kebersihan 3
Keselamatan 1
Penyelengaraan 2
3
Sekolah 1
2
Motivasi 3
1
2
3
Penghargaan
PIBG SK CenehBaru
Ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih
Atas sumbangan yang telah dibuat bagi menjayakan
pergerakan PIBG SK Ceneh Baru
sepanjang 2019
KETENGAH
FELDA
Ladang Rakyat Terengganu Sdn. Bhd
Ladang Ketengah Perwira Sdn Bhd
Kilang Rakyat Ketengah Perwira Sdn. Bhd
Ladang Tabung Tentera Sdn. Bhd
Agro Bank Cawangan Bandar Ceneh
Bank Rakyat Kemaman
Semua Pengerusi MPKK
Poliklinik Zaki
Kedai Sekolah
Ahli jawatankuasa PIBG
Guru-Guru SK Ceneh Baru
Semua Ibu bapa dan Penjaga
Kepada semua penyumbang secara langsung atau tidak langsung
Semoga dengan kerjasama dan sumbangan kalian akan terus
mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan demi kejayaan
anak-anak SK CenehBaru.