The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KESAN NEGATIF ICT DALAM PENERAPAN ETIKA DAN PERADABAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kumaresan01, 2021-12-16 12:18:52

KESAN NEGATIF ICT DALAM PENERAPAN ETIKA DAN PERADABAN

KESAN NEGATIF ICT DALAM PENERAPAN ETIKA DAN PERADABAN

TAJUK:
KESAN NEGATIF YANG WUJUD
DALAM PENERAPAN ETIKA DAN

PERADABAN AKIBAT
KETIDAKBIJAKSANAAN PENGUNAAN

ICT DALAM KEHIDUPAN HARIAN
MASYARAKAT

PENGENALAN

ERA GLOBALISASI DUNIA MENCETUSKAN BANYAK PERUBAHAN DALAM
MENGHAYATI KEHIDUPAN SELEPAS ARUS PASKAL PERMODENAN. PERUBAHAN
TERHADAP GAYA HIDUP BERORIENTASIKAN TEKNOLOGI DAN KEMAJUAN
MAKLUMAT MEMBERIKAN KESAN DAN MENJADI CABARAN TERHADAP NILAI,
BUDAYA, PEMIKIRAN DAN CORAK HIDUP YANG BERSENDIKAN ADAT,
TATASUSILA KETIMURAN DAN PENGHAYATAN AGAMA. PERUBAHAN DUNIA
MASA KINI AMAT PANTAS HASIL LEDAKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT. SETIAP
HARI PELBAGAI HASIL CIPTAAN BARU DARI INOVASI TEKNOLOGI. TEKNOLOGI
DAN MAKLUMAT TELAH BERJAYA MENGHAPUSKAN BATASAN SEMPADAN
SESEBUAH NEGARA. MALAHAN IA BERJAYA MERUBAH BENTUK PEMIKIRAN,
IDEOLOGI, BUDAYA DAN BERBAGAI ELEMEN LUAR MEMASUKI RUANG NEGARA
LAIN TANPA SEKATAN DAN KAWALAN. JOHN NAISBITT (1990) MERAMALKAN
BAHAWA SALAH SATU DARIPADA SEPULUH KECENDERUNGAN MANUSIA DI
AWAL ABAD KEDUA PULUH SATU IALAH MAKLUMAT. MAKLUMAT SANGAT
BERHARGA DALAM DUNIA GLOBALISASI HINGGA IA MENJADI PENENTU DAN
PENGGERAK KEPADA MASA DEPAN.



CABARAN DAN KESAN NEGATIF DUNIA
SIBER DALAM PENERAPAN ETIKA DAN
PERADABAN DALAM KEHIDUPAN HARIAN

MASYARAKAT

PRIVASI ATAU DATA PENGGUNA

HAK PENGGUNA ICT UNTUK TIDAK
BERKONGSI MAKLUMAT ATAU DATA
PERIBADI SECARA TERBUKA ADALAH TIDAK
TERJAMIN DALAM ERA TEKONOLOGI INI.
KEBANYAKKAN MASA DATA PERIBADI DAN
MAKLUMAT PENTING PENGGUNA
APLIKASI SEPERTI FACEBOOK, TWITTER,
WATSAPP, INSTAGRAM DAN SEBAGAINYA
AKAN DIGODAM OLEH PARA PENGODAM
DALAM ALAM MAYA ATAU SIBER UNTUK
PELBAGAI TUJUAN YANG TIDAK BAIK.

PENYEBARAN MAKLUMAT PALSU

Maklumat yang tepat dan benar kesahihannya adalah penting bagi
menjamin tidak berlaku penyelewengan dan kepalsuan fakta.
Terutama sekali dalam soal ilmu keagamaan yang perlu dipastikan
kebenarannya. Pihak yang tidak bertanggungjawab sentiasa mencari
jalan bagi menyeleweng dan melakukan dusta bagi tujuan
menyesatkan orang lain. Hal ini memberi cabaran terhadap proses
tradisonal dalam mendapatkan maklumat yang sahih. Oleh itu
seseorang perlu merujuk kepada simber asal bagi mengesahkan
maklumat dan mengelakkan kekeliruan. Kesan yang nyata dari amalan
ini ialah ramai pencari maklumat mudah mempercayai bahan yang
diperolehi dari internet. Rujukan maklumat semata-mata kepada
internet tanpa pengesahan akan menimbulkan masalah tentang
kebenaran fakta sesuatu maklumat.



PENYEBARAN FITNAH DAN GOSIP

Kemudahan melalui ICT sering disalahgunakan untuk kepentingan peribadi. Gejala
utama yang selalu dikaitkan dengan teknologi ICT ialah penyebaran fitnah dan
gossip oleh satu pihak bagi tujuan memburukkan, memalukan atau menjatuhkan
pihak lain. Fitnah disebar menggunakan laman web internet, sms, mms dan media
lain terutama di musim pilihanraya. Hal ini mencabar etika dan tatasusila hidup
bermasyarakat dan bernegara. Menurut ajaran Islam, penyebaran fitnah adalah
satu jenayah yang sangat besar. Fitnah memberi
kesan terhadap maruah dan kedudukan
Seseorang individu serta keluarganya.

Minat remaja terhadap ICT terutama

teknologi internet dan alat komunikasi

mendorong mereka menghabiskan masa di

cyber café ,internet café dan telefon tangan.

Program seperti chatting, permainan video,

sms, mms, 3G dan berbagai aktiviti melaluinya

membawa kesan dan cabaran tersendiri.

PERMASALAHAN Kegilaan anak remaja ini memberi cabaran
REMAJA kepada ibubapa mereka. Ramai pelajar yang
ponteng sekolah, menyalahgunakan wang

saku, meminjam wang teman bahkan ada yang

sanggup menipu dan mencuri.

AKTIVITI PERJUDIAN

Pihak berkuasa tempatan, polis dan agensi yang terlibat mendapati
berlakunya penyalahgunaan pusat internet sebagai pusat judi.
Permainan video yang berorientasikan judi mendapat perhatian di
kalangan orang dewasa dan anak-anak remaja. Keinginan untuk
menjadi kaya dalam masa yang singkat mendorong kebanyakkan
orang untuk melayari aplikasi-aplikasi yang berunsur perjudian
tersebut. Ketagihan aktiviti perjudian ini

akan menjadikan seseorang itu lupa

tanggungjawabnya terhadap keluarga

malahan dapat merosakkan rumahtangga

orang juga.

BUDAYA PLAGIARISM

Para pelajar dan juga para siswazah pada masa
sekarang lebih suka untuk mengamalkan tabiat
‘copy and paste’ dalam menyiapkan tugasan yang
diberikan kepada mereka. Walaupun teknologi
membantu dalam mendapatkan maklumat, namun
ia adalah melanggar etika untuk terus menggunakan
bahan yang diperolehi daripada internet tanpa
kebenaran pencipta atau pengkarya asalnya. Budaya
‘copy and paste’ ini telah menjadikan golongan pelajar dan
siswazah menjadi malas dan tidak beretika dalam proses
menimba ilmu mereka.

PENUTUP

Penggunaan dan pengaruh dalam kehidupan masyarakat
Malaysia kini sudah tidak dapat dipisahkan dengan ICT dalam
banyak aspek kehidupan. Bagi mengelak atau mengurangkan
kesan negatif dan menghancurkan nilai-nilai positif agama dan
budaya masyarakat kita serta menjamin survival nilai-nilai positif
masyarakat, semua pihak dan dari berbagai peringkat mestilah
memainkan peranan mengukuhkan nilai agama, moral dan etika
masyarakat kita, khususnya bagi generasi muda bagi mengelak
daripada kesan negatif yang akan semakin parah. Kesan negatif
sukar dihapuskan sepenuhnya, tetapi apa yang mungkin dapat
dilakukan adalah tingkatkan kesan positif dan kurang kan kesan
yang negatif. Dasar-dasar kerajaan berkaitan dengan
pendidikan dan budaya mestilah juga meletakkan isu salah guna
dan kesan negatif ICT ini sebagai suatu yang penting bagi
pemodenan dan pembangunan Negara bangsa Malaysia.


Click to View FlipBook Version