MENTERI BESAR JOHOR
(1986 - 1995)
Oleh:
SR Agama Bersepadu Batu Pahat, Johor
Nama peserta:
NUR DANIA AFIQAH BINTI MD. NORAFANDI
(090202011122)
Kelas:
6 AL-FARABI
Alamat email:
[email protected]
Nama dan alamat sekolah:
SEKOLAH RENDAH AGAMA BERSEPADU BATU
PAHAT
JALAN KELABU ASAP, TAMAN BUKIT PASIR, 83000,
BATU PAHAT, JOHOR
1
BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1. Pendahuluan 3
2. Biodata Tokoh 4
3. Pendidikan Tokoh 5
4. Kerjaya Tokoh
5. Sumbangan Tokoh 6-7
6. Nilai Kempimpinan 8-9
7. Galeri 10
8. Penutup 11
9. Sumber Rujukan 12
13
2
Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin
Haji Muhammad Yassin
Buku skrap ini menceritakan tentang tokoh pemimpin negeri Johor, iaitu Tan Sri Dato’ Haji
Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin. Beliau adalah anak jati Johor dan berasal dari Muar.
Beliau juga merupakan bekas Menteri Besar Johor, Menteri Belia dan Sukan, Menteri
Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Kini, beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia
yang ke-8. Buku ini juga akan mengupas dengan lebih lanjut tentang latar belakang,
pendidikan, kerjaya, sumbangan dan nilai kepimpinan yang boleh dicontohi oleh generasi pada
masa kini.
3
Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin
Haji Muhammad Yassin
• Tan Sri Dato' Haji Muhyidin bin Haji Mohammad Yassin dilahirkan pada 15 Mei 1947.
• Tan Sri Dato' Muhyiddin telah mendirikan rumahtangga pada 1972.
• Hasil daripada perkongsian hidup beliau bersama Datin Sri Hajjah Norainee Abd. Rahman,
mereka dikurniakan cahaya mata iaitu Fakhri Yassin, Nabilah, Najwa (Najwa Mahiaddin)
dan Farhan Yassin.
• Ayah beliau yang bernama Muhammad Yassin bin Muhammad adalah seorang ulamak
terkenal di Bandar Maharani (Muar), Johor manakala ibunya ialah Khadijah Kassim
4
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Maharani dan Sekolah
Kebangsaan Ismail serta Sekolah Tinggi Muar di Muar.
Sekolah Kebangsaan Sekolah Kebangsaan Sekolah Tinggi Muar
Maharani Ismail
Kemudiannya beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan berjaya
memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pengajian Melayu (1971).
5
CONTOH GAMBAR PENDIKKAN
TOKOH
Penolong Setiausaha Kerajaan Johor Darul Ta’zim (Bahagian
1970
Latihan dan Biasiswa)
1971 Bendahari UMNO Muar-Pagoh
1974 Ketua Pemuda UMNO Pagoh/ Setiausaha pemuda UMNO
1978 Johor
Ahli Parlimen Pagoh
1986 Menteri Besar Johor ke-13.
1993 Naib Presiden UMNO
Menteri Belia dan Sukan
Mei
1995
6
Dis Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
1999
Mac Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
2004
2009 Menteri Pelajaran
April Timbalan Perdana Menteri
2009
Sep Pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan
2016 dilantik sebagai Presiden.
Julai Timbalan Presiden dalam struktur baharu Majlis Presiden
2017 Pakatan Harapan.
Ogos Pengerusi Pakatan Harapan Johor
2017
2018 Menteri Dalam Negeri
Feb Perdana Menteri Malaysia yang kelapan
7 2020
Datuk Seri Muhyiddin Yassin banyak terlibat dalam
aktiviti kemasyarakatan. Beliau pernah dilantik menjadi
Yang DiPertua Royal Johor Country Club dan Persatuan
Bola Sepak Negeri Johor (1986-1995)
Beliau turut dilantik sebagai Presiden Persatuan Kanak-
Kanak Spastik Negeri Johor selama 10 tahun (1986-1996).
Beliau juga merupakan pengasas TSM Charity Golf
(2002) yang bermatlamat untuk membentuk
masyarakat penyayang melalui sumbangan kebajikan
dan derma dari sukan golf.
Beliau juga merupakan pengerusi Yayasan Nurul Yaqeen.
Yayasan ini berperanan untuk mengendalikan
persidangan, seminar serta bengkel bagi meningkatkan
perkembangan minda generasi Malaysia yang cemerlang
serta mengeratkan silaturrahim dan menggalakkan
integrasi di semua peringkat.
8
Sebagai mantan Menteri Pendidikan, beliau berjaya
mengilhamkan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025 yang menjadi sebuah pelan tindakan
menyeluruh bagi mentransformasi pembangunan
pendidikan negara dan melahirkan modal insan yang
berkualiti.
Pengerusi Lembaga Pengarah Khazanah Nasional
Berhad, sebuah dana kekayaan berdaulat Malaysia yang
ditubuhkan untuk menjana kekayaan jangka panjang
negara dengan membangunkan aset kewangan dan
mempelbagaikan sumber pendapatan negara.
Beliau mempengerusikan Yayasan Pelaburan
Bumiputera yang telah mewujudkan anak syarikat
pengurusan dana Permodalan Nasional Berhad (PNB).
9
TIDAK MUDAH BERPUTUS ASA
Semangat juang yang kental, tidak bermudah berputus asa dan berpengalaman
yang luas menjadi kelebihan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk
menggalas serta melaksanakan tanggungjawab sebagai Menteri Besar Johor.
KESEDERHANAAN
Kesederhanaan adalah satu nilai yang tak kurang penting dalam kepimpinan.
Kesederhanaan adalah nilai yang boleh diterapkan bukan sahaja dalam bentuk
melaksanakan tugas seharian tetapi dalam percakapan, arahan, pergaulan
mahupun pakaian
BERJIWA RAKYAT
Beliau seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan disenangi oleh semua
lapisan masyarakat. Hal ini terbukti apabila beliau sentiasa mendapat
sokongan semua pihak semasa beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Besar
Johor dan juga Perdana Menteri Malaysia
BERTANGGUNGJAWAB
Sepanjang beliau menjawat jawatan sama ada diperingkat negeri Johor dan
persekutuan, beliau sentiasa memberikan komitmen yang tinggi terhadap
tugasan beliau sehinggakn beliau mendapat pelbagai pengiktirafan di dalam
dan juga di luar negara.
10
Kesimpulannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah seorang pemimpin kelahiran Johor
mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang amat disanjung oleh semua pihak. Beliau
merupakan seorang pemimpin yang berkaliber, berwawasan, berpandangan jauh
dan berjiwa rakyat. Ciri-ciri kepimpinan ini telah membawa negeri Johor kearah
kecemerlangan dari pelbagai aspek semasa beliau menjadi Menteri Besar Johor pada
tahun 1986 sehingga 1995. Perwatakan beliau yang lemah lembut, mesra dan
merendah diri membuatkan warga Johor sentiasa merindui kepimpinan beliau.
Sumbangan dan jasa beliau terhadap rakyat telah mendapat pengiktirafan semua
pihak sehinggakan beliau telah dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-8
untuk memacu Malaysia ke arah kecemerlangan di mata Dunia.
11
12
1) https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/660650/biodata-tan-sri-muhyiddin-
Yassin
2) https://www.pmo.gov.my/ms/biografi-2/
3) https://www.spasticjohor.com/introduction-to-the-spastic-children%E2%80%99s-
association-of-johor/
4) https://www.utusanborneo.com.my/2020/06/09/100-hari-kepimpinan-unggul-muhyiddin-
bantu-ekonomi-malaysia-harungi-badai
5) https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1838137
6) https://www.pmo.gov.my/2020/03/profile-of-prime-minister-tan-sri-muhyiddin-yassin/
7) https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/06/698520/muhyiddin-perdana-menteri-
pragmatic
8) https://www.astroawani.com/berita-politik/perjalanan-politik-muhyiddin-yassin-232156
13