The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sumairah565, 2021-05-26 03:39:15

projek komunikasi (1) is done

projek komunikasi (1) is done

JABATAN PENGAJIAN AM

DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (PETROKIMIA)

DUA 6022 KOMUNIKASI & PENYIARAN DALAM ISLAM

E-BOOK
ADAB MENGGUNAKAN MEDIA SOSIAL

DIS 2020

PENSYARAH
MOHD FIRDAUS BIN MAMAT

DISEDIAKAN OLEH

NUR AIN NADHIRAH BINTI MOHAMAD ARIFIN
33DPC18F2006

SITI KHADIJAH YASMIN ABD RAZAK
33DPC18F2004

NURUL NABILAH BINTI FAUZI
33DPC18F1031

PENGARANG

KETUA EDITOR
NUR AIN NADHIRAH BINTI MOHAMAD
ARIFIN
33DPC18F2006

PENOLONG EDITOR
NURUL NABILAH BINTI FAUZI

33DPC18F1031

EDITOR KANAN
SITI KHADIJAH YASMIN ABD RAZAK
33DPC18F2006

ISI KANDUNGAN

BIL. TAJUK M/SURAT
1-2
1. PENGENALAN PENGARANG 4
5-6
2. APAKAH ITU MEDIA SOSIAL? 7
8
3. CONTOH-CONTOH MEDIA SOSIAL 9
10
4. ADAB MENGGUNAKAN MEDIA SOSIAL

5. KEBAIKAN MEDIA SOSIAL

6. KEBURUKAN MEDIA SOSIAL

7. LANGKAH BAGI MENGELAKKAN
BERLAKUNYA SEBARANG
PENYALAHGUNAAN MEDIA SOSIAL

8. PENGHARGAAN 11
9. KESIMPULAN 12

10. RUJUKAN 13

APAKAH ITU MEDIA SOSIAL?

Media sosial (Bahasa Inggeris: social media) adalah sejenis media yang
digunakan terus secara bertalian dengan membolehkan para pengguna dengan mudah
untuk menyertai, berkongsi, dan mencipta isi kandungan tersendiri. Dalam kata
lainnya, media sosial juga ialah laman web dan alat Internet yang membolehkan
perkongsian kandungan, gambar, video, pautan, dan pendapat antara pengguna.
Laman media sosial pada mulanya dibuat sebagai cara untuk berhubung dengan rakan
yang telah lama hilang, atau hanya mengikuti apa yang dilakukan oleh rakan dalam
talian anda dalam kehidupan seharian mereka.

Sejak awal itu media sosial telah berkembang menjadi teknologi berasaskan
komputer yang tidak hanya membantu membina komuniti, tetapi juga memudahkan
perkongsian idea dan pendapat.

Media sosial ini telah menjadi cara yang popular untuk menjual produk anda
secara dalam talian. Iklan media sosial dapat sepenuhnya percuma atau anda boleh
memilih iklan berbayar, menjadikannya strategi pemasaran yang sangat baik untuk
perniagaan terkecil sekalipun. Kekuatan media sosial adalah memberikan perniagaan
kemampuan untuk berhubung dengan hampir semua orang di planet ini, asalkan
mereka mempunyai akaun media sosial.

Bukan hanya memberikan akses perniagaan kepada pangkalan pelanggan global,
tetapi juga memungkinkan untuk berkomunikasi dengan pelanggan yang ada dan yang
sudah ada. Ini juga menunjukkan cara terbaik untuk mengumpulkan dan menganalisis
data untuk membantu mengembangkan dan memfokuskan aktiviti pemasaran. Media
sosial bukan hanya untuk menjual, tetapi juga dapat digunakan untuk promosi khusus,
menawarkan kupon dan potongan harga kepada pelanggan.

CONTOH-CONTOH MEDIA SOSIAL

WHATSAPP
WhatsApp banyak dipilih untuk menjadi aplikasi chatting yang banyak
digunakan oleh orang kerana aplikasi ini memiliki beberapa kelebihan
antaranya ialah, mudah digunakan, percuma dan juga tidak terdapat
iklan di dalamnya.

Aplikasi WhatsApp didirikan dan dibuat oleh dua orang sahabat
iaitu Brian acton dan juga jan koum, keduanya merupakan karyawan dan juga rakan
kerja. Keduanya kini menjadi jutawan baru setelah aplikasi WhatsApp dibeli oleh
Facebook pada Februari 2014 dengan harga mencapai 19 juta dolar Amerika

FACEBOOK
Facebook ialah sebuah tapak web rangkaian sosial yang dikendali
dan dimiliki secara persendirian oleh Facebook, Inc. Sejak 2006,
sesiapa yang berumur 13 tahun ke atas dan memiliki alamat e-
mel yang sah boleh menjadi pengguna Facebook. Facebook lebih
menyasarkan golongan belia berbanding dewasa. Pengguna boleh menambah rakan dan
saling menghantar mesej, serta mengemaskini profil peribadi mereka sebagai
makluman kepada rakan-rakan. Selain itu, pengguna juga boleh menyertai rangkaian
yang dianjurkan oleh tempat kerja, sekolah, atau kolej.

Facebook diasaskan oleh Mark Zuckerberg bersama teman-teman sebiliknya dan
rakan-rakan sekursus sains komputer Andrew McCollum, Eduardo Saverin, Dustin
Moskovitz dan Chris Hughes. Pada mulanya, keahlian tapak web ini terhad kepada
penuntut Harvard, tetapi kemudian beransur-ansur diperluaskan kepada kolej-kolej lain
di kawasan Boston, Liga Ivy, dan Universiti Stanford. Selepas itu, Facebook
berkembang lagi untuk merangkumi mana-mana pelajar universiti, kemudian pelajar
sekolah tinggi, dan akhirnya, sesiapa sahaja yang berumur 13 ke atas. Kini, tapak web
ini dianggotai oleh lebih 400 juta pengguna aktif seluruh dunia.

TWITTER

Twitter adalah perkhidmatan microblogging dan
rangkaian sosial Amerika di mana pengguna menyiarkan
dan berinteraksi dengan mesej yang dikenali sebagai
"tweet". Pengguna yang berdaftar boleh menghantar,
menyukai, dan tweet tweet, tetapi pengguna yang tidak
berdaftar hanya dapat membacanya.

Twitter dibuat oleh Jack Dorsey, Noah Glass, Biz Stone, dan Evan Williams pada
bulan Mac 2006 dan dilancarkan pada bulan Julai tahun itu. Menjelang tahun 2012,
lebih daripada 100 juta pengguna menyiarkan 340 juta tweet sehari, dan perkhidmatan
ini mengendalikan purata 1.6 bilion pertanyaan carian setiap hari. Pada tahun 2013, ini
adalah salah satu daripada sepuluh laman web yang paling banyak dikunjungi dan telah
digambarkan sebagai "SMS Internet". Sehingga 2019, Twitter mempunyai lebih
daripada 330 juta pengguna aktif bulanan.

INSTAGRAM

Instagram (kebiasaannya dipanggil IG) merupakan sebuah
perkhidmatan rangkaian sosial perkongsian gambar dan video
secara dalam talian yang dimiliki oleh Facebook, Inc. Aplikasi
ini dicipta oleh Kevin Systrom dan Mike Krieger, dan
dilancarkan pada bulan Oktober 2010 di iOS. Versi untuk peranti Android dilancarkan
pada bulan April 2012, diikuti oleh aplikasi sesawang pada bulan November 2012,
aplikasi Fire OS pada 15 Jun 2014 dan aplikasi untuk tablet dan komputer Windows 10
pada bulan Oktober 2016.

Instagram membolehkan pengguna memuat naik gambar yang boleh diubah
menggunakan penapis gambar dan menyebarkannya ke dalam pelbagai bentuk
perkhidmatan rangkaian sosial termasuklah laman yang mendahuluinya seperti
Facebook atau Twitter. Pengguna dapat melihat kandungan pengguna lain dengan hasil
daripada tag dan maklumat lokasi, serta melihat kandungan yang menjadi gaya terkini.
Pengguna juga boleh menyukai gambar dan mengikuti pengguna lain untuk menambah
senarai ke dalam kandungannya.

ADAB MENGGUNAKAN MEDIA SOSIAL

Menyampaikan perkara yang baik
Sebagai seorang Muslim yang baik, kita sering diseru untuk
saling berpesan-pesan kepada kebaikan dan kebenaran kerana ia
adalah sebahagian daripada dakwah. Secara tidak langsung, ia
turut membawa ganjaran pahala kepada kita.

Pastikan sahih sebelum disebarkan
Pastikan ia benar-benar sahih sebelum menyebarkannya. Jika
anda sendiri tidak pasti, janganlah menyebarkan maklumat
tersebut dan biarkan sahaja ia berlalu di newsfeed anda.

Menjaga aib
Tabiat suka mengaibkan orang lain dengan menjaja cerita buruk
mengenai orang lain di media sosial atau memuatnaik gambar orang
lain yang pada ketika itu berada dalam keadaan yang kurang sopan
adalah sangat ditentang didalam Islam

Sentiasa bersikap positif:
Jadilah seorang pengguna media sosial yang sering bersikap
positif dengan berkongsi maklumat-maklumat positif, ilmu-ilmu
yang berguna, nasihat agama, kata-kata motivasi atau
meninggalkan komen yang positif kepada rakan-rakan lain.

KEBAIKKAN MEDIA SOSIAL

1. Medium perhubungan sesama manusia.

Pada pasca arus pemodenan di masa kini, dengan lambakkan pengunaan gajet dan
alatan canggih , perisian serta aplikasi media sosial boleh dijadikan sebagai wadah
penghubung antara manusia.

Penggunaan boleh mencari dan menambah kenalan baru menerusi aplikasi
contohnya seperti Facebook kerana aplikasi media sosial ini menyediakan kemudahan
carian kenalan, paparan data peribadi, foto dan sebagainya.

Disamping itu, ia juga boleh digunakan bagi menghubungkan kita dengan insan
yang sudah lama terpisah. Sebagai contoh, Facebook digunakan oleh golongan umur
pertengahan untuk menjejak rakan-rakan zaman persekolahan atau rakan sekuliah.

2. Cabang pemasaran perniagaan.

Kini, segala promosi perniagaan hanya melalui hujung jari tanpa perlu berdepan
dengan pelanggan pemasaran perniagaan. Dengan kadar pengunaan media sosial yang
tinggi dikalangan masyarakat, ia menjadi wahana yang cukup berkesan untuk mana-
mana usahawan mempromosikan produk mahupun perkhidmatan mereka secara dalam
talian.

Segala promosi dan setiap pertanyaan boleh dijawab dengan mudah hanya melalui
hujung jari seraya dengan itu , proses jual beli secara dalam talian ini juga ternyata
memudahkan pelanggan dan juga peniaga.

3. Berkongsi ilmu.

Media sosial juga boleh dijadikan sebagai medan untuk perkongsian ilmu atau
maklumat yang bermanfaat bersama rakan-rakan media sosial yang lain. Ini
merupakan suatu kelebihan kepada pengguna-pengguna media sosial untuk bertukar-
tukar pendapat selain menimba dan berkongsi ilmu baharu di laman maya seperti ilmu
memasak, ilmu perhutanan, ilmu perniagaan dan lain lain.

4. Medium penyampai berita.

Media sosial juga dilihat sebagai alat untuk menyampaikan berita secara cepat,
tepat dan pantas. Ini dapat dilihat apabila kebanyakan surat khabar utama negara seperti
Berita Harian, Utusan, Harian Metro, The New Straits Times dan sebagainya masing-
masing mempunyai akaun Facebook, Twitter dan lain-lain yang digunakan untuk
menyampaikan berita kepada para pembaca secara dalam talian. Melalui kaedah ini,
media sosial menjadi suatu alat yang penting dan berkuasa dalam penyampaian berita-
berita terkini pada ketika ini.

KEBURUKAN MEDIA SOSIAL

1. Penyebaran berita palsu dan fitnah

Dengan penggunaan media sosial yang sukar dikawal, ada sesetengah pihak
menggunakannya untuk menyebarkan berita palsu, fitnah dan gosip. Pengguna perlu
berhati-hati dengan setiap maklumat dan berita yang diperoleh daripada media sosial.
Banyak fitnah dan maklumat salah disebarkan hingga menjatuhkan maruah seseorang,
apatah lagi jika ada ahli kumpulan itu membuat salinan untuk pengguna lain atau
menyalin paparan sehingga ia menjadi tular.

Ada juga kumpulan masyarakat yang suka melemparkan cacian, saling jatuh-
menjatuhkan antara satu sama lain serta mendedahkan keaiban dan kelemahan orang.
Jika keadaan itu dibiarkan, struktur masyarakat pasti akan hancur akibat fitnah yang
berleluasa di media sosial.

2. Ketagihan melampau

Penggunaan media sosial di Malaysia antara pengguna tegar atau ketagihan
media sosial terutama kebergantungan kepada telefon pintar. Lebih ketara lagi apabila
berada di restoran yang seolah-olah tidak boleh lekang dengan telefon pintar dan tidak
peduli dengan orang sekeliling.

Tambahan lagi di dalam tempat ibadah sekali pun diingatkan agar mematikan telefon
bimbit untuk fokus beribadah. Namun masih lagi sentiasa ‘bersama’ telefon
pintar.Ketagihan media sosial itu menunjukkan rakyat Malaysia kurang produktif dan
pasif dan kurang melakukan aktiviti bersukan atau bersenam.

3. ‘Cyberbullying’

Masalah cyberbullying atau pembulian siber di negara ini tidak begitu serius
berbanding dengan negara-negara maju yang lain, namun ia menunjukkan trend
peningkatan dari tahun ke tahun. Menurut artikel berita yang dikeluarkan dalam surat
khabar The Star Online yang bertajuk “On the alert for cyberbullying” bertarikh 11
April 2017, pihak CyberSecurity Malaysia menyatakan bahawa kes pembulian siber
di kalangan pelajar sekolah adalah tinggi dan lebih serius. Jumlah kes pembulian siber
yang melibatkan pelajar sekolah adalah sebanyak 1,524 kes semenjak lima tahun yang
lepas. Ini adalah suatu angka yang sangat mengejutkan dan amat membimbangkan.
Kesan pembulian siber terhadap mangsa adalah lebih kepada psikologi mangsa seperti
kurang keyakinan diri, menjadi anti sosial dan dalam kes yang lebih ekstrem, mangsa
mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri.

LANGKAH BAGI MENGELAKKAN BERLAKUNYA SEBARANG
PENYALAHGUNAAN MEDIA SOSIAL

1. Hadkan pengunaan

Mengehadkan akses kepada media sosial dapat mengelakkan diri daripada terlalu
lama menggunakan media sosial walaupun pada hakikatnya telefon pintar
sentiasa 24 jam berdekatan dengan seseorang individu. Individu itu sendiri boleh
meletakkan had penggunaan media sosial untuk sehari berapa jam yang
diperlukan. Kesedaran individu amat diperlukan bagi membendung masalah ini.

1. Pelajar berperanan untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah sebagai
satu langkah untuk mengelakkan penyalahgunaan media sosial berlaku. Terdapat
pelbagai aktiviti dan program yang dianjurkan oleh universiti yang boleh disertai
oleh pelajar selain daripada bermain media sosial sepanjang masa. Antara aktiviti
yang boleh disertai ialah program sukan, aktiviti kemasyarakatan, program
menjaga alam sekitar dan program sains dan teknologi. Semua aktiviti tersebut
mempunyai banyak manfaatnya. Justeru, pelajar haruslah menggunakan peluang
yang ada di universiti untuk menyertai semua aktiviti tersebut bagi menjauhkan
diri daripada menyalahgunakan media sosial.

2. Mengadakan kempen yang berkaitan dengan kesan penyalahgunaan Internet,spt
kempen “Penggunaan Internet Secara Positif’’.

3. Menerapkan pendedahan kepada masyarakat tentang hukuman penyalahgunaan
teknologi seperti akta jenayah komputer 1997 dan akta multimedia 1998.

4. Menguatkuasakan undang-undang penggunaan internet.

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga kami
menyempurnakan tugasan bagi subjek Komunikasi & Penyiaran Dalam Islam ini.
Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, kami telah memperoleh pelbagai
pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang amat berharga dan bermakna
dalam hidup kami sebagai seorang pelajar. Pengalaman yang kami perolehi
sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan datang sekali sahaja
dalam hidup kami.
Justeru itu, kami juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan
dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini iaitu “Impak negatif dan positif
dalam mengendalikan media sosial”. Di kesempatan ini, kami ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang
menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah kami iaitu, Encik Mohd
Firdaus Bin Mamat kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada
kami sepanjang menjalankan ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu kami dalam
usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini.
Oleh itu, kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga
kami yang telah banyak memberi sokongan moral bagi menyelesaikan tugasan
ini. Selain itu, kami turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kami
kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan
usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.
Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam
menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala
bantuan yang telah anda hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan
sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Sekian, terima kasih.

KESIMPULAN

Media sosial merupakan media yang banyak akan manfaatnya yang dirasakan oleh
masyarakat setempat. Tetapi dalam penggunaannya masih banyak masyarakat yang
belum mengerti akan bagaimana penggunaan media sosial yang baik, sehingga banyak
penyalahgunaan media sosial. Media sosial terdapat banyak kelebihannya dan
keburukannya seperti menjauhkan yang dekat, mendekatkan yang jauh. Sebaiknya
masyarakat harus lebih memahami dan mengerti bagaimana menggunakan media sosial
sehingga media sosial dapat lebih bermanfaat.

RUJUKAN

1. https://malaysia.search.yahoo.com/search?fr=mcafee-
malaysia&type=E211MY714G0&p=media+sosial+di+malaysia

2. https://cmnacademy.com/kebaikan-dan-keburukan-media-sosial/
3. https://id.wikihow.com/Mengatasi-Kecanduan-Media-Sosial
4. https://malaysia.search.yahoo.com/search?fr=mcafee-

malaysia&type=E211MY714G0&p=langkah+mencegah+penyalahgunaan
+media+sosial


Click to View FlipBook Version