The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sumairah565, 2021-05-26 03:27:55

kebebasan media komunikasi menurut presprektif islam

E-book done

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
(DUA6022)

SESI DISEMBER 2021
TAJUK: KEBEBSAN MEDIA KOMUNIKASI MENURUT PRESPEKTIF ISLAM

NAMA AHLI KUMPULAN: 1. SITI UMAIRAH BINTI
SAIFULLIZAM
KELAS: (33DTM18F2027)
NAMA PENSYARAH:
2. NURULNAJIHA BINTI
MOHD ROSDI
(33DTM18F2010)

3. SITI NURSARAH BINTI
ABDUL HAMMED
(33DTM18F2021)

DTM5A

PUAN FARHA BINTI
MUHAMMAD

ISI KANDUNGAN

1. PENGENALAN............................................................................................................................. 2
2. KONSEP MEDIA DAN KOMUNIKASI……………………………………………………………………………………..2
3. PERANAN DAN KESAN MEDIA KOMUNIKASI……………………………………………………………………….3
4. MESEJ DAN KOMUNIKASI……………………………………………………………………………………………………6
5. AKHLAK MEDIA DAN KOMUNIKASI……………………………………………………………………………………11
6. KESIMPULAN…………………………………………………………………………………………………………………….15
7. RUJUKAN………………………………………………………………………………………………………………………….16
8. LAMPIRAN………………………………………………………………………………………………………………………..17

1

PENGENALAN
Pada zaman moden kini memperlihatkan banyak maklumat yang disebarkan melalui media
komunikasi berlaku dengan agak bebas dan terbuka. Kebebasan berkomunikasi adalah hak
bagi seseorang untuk memberi pesanan kepada orang lain. Dengan adanya keterbukaan,
kebebasan dan kemerdekaan dalam memberikan maklumat kepada orang ramai, maka
masyarakat akan semakin banyak mendapat informasi (Rusli). Tetapi dengan adanya
kebebasan dan keterbukaan tersebut kadangkala boleh menjejaskan kredibiliti dan maruah
sesuatu golongan atau individu tertentu yang sepatutnya dipelihara. Atau mungkin pada satu
masa akan mengakibatkan berlakunya pendedahan mengenai kelemahan keselamatan negara
ini yang amat perlu dipelihara dan dijaga. Media komunikasi mempunyai pelbagai impak
terhadap individu, masyarakat dan negara. Lantaran itu mereka perlulah menyedari peranan,
etika dan kebebasan yang diberikan terutamanya dalam usaha membantu pihak kerajaan
mendidik masyarakat agar menjadi knowledge society yang dihasrat kerajaan selaras dengan
prinsip Islam Hadhari. Oleh itu, media dan Komunikasi perlu meletakkan kebebasan dan
tindakan mereka berteraskan prinsip Islam Hadari. Artikel ini akan membincangkan topik ini
Menurut pandangan Islam.

KONSEP MEDIA KOMUNIKASI DAN KEBEBASAN

Istilah "media" adalah bentuk jamak dari kata "medium", yang dapat ditafsirkan sebagai alat,
sarana komunikasi, perantara atau pengantar. Dengan kata lain, media adalah perantara sumber
mesej (a source) dan penerima mesej (a receiver) ketika menyampaikan mesej, dengan tujuan
menyebarkan maklumat atau mesej itu sendiri (Ayu Ostasihu).

Pada dasarnya, media dan komunikasi adalah perkara yang sama, kerana kedua-duanya
membawa maklumat yang akan disampaikan daripada pihak sumber ke pihak penerima (Musa
Abu Hasan 1996). Menurut McLuhan, media adalah lanjutan daripada deria manusia seperti
mata dan telinga. Sementara itu menurut penjelasan Heinich, Molenda dan Russell (Musa Abu
Hasan 1996), media komunikasi ialah apa-apa sahaja yang membawa maklumat antara sumber
dan penerima iaitu tujuan media adalah untuk memudahkan komunikasi. Penjelasan di atas
menunjukkan bahawa mesej atau maklumat adalah perkara asasi yang disalurkan melalui
media komunikasi kepada penerima dengan tujuan untuk mencapai sesuatu perubahan tertentu
sama ada yang berkaitan dengan sikap, ilmu pengetahuan mahupun amalan. Dengan kata lain,

2

media komunikasi membekalkan mesej atau maklumat sama ada yang berfaedah atau
sebaliknya kepada seseorang dengan tujuan mempengaruhi sesuatu perkara.

Dalam konteks penyebaran mesej, kebiasaannya media komunikasi memerlukan kebebasan,
supaya sesuatu maklumat atau mesej itu dapat disampaikan kepada umum secara berkesan.
Namun realitinya di seluruh dunia kebebasan media dan komunikasi terlalu ideal dan tidak ada
sebuah negara pun di dunia yang memperolehi kebebasan tersebut (Merill 1997). Sebaliknya,
jelas bahawa terdapat pelbagai undang-undang dan akta yang mengawal aktiviti media
komunikasi daripada pihak berwajib. Ini disebabkan oleh kesedaran bahawa kebebasan berada
di luar kawalan Mampu mencabar kestabilan dan status quo (Merill 1997). Dalam konteks Di
Malaysia, media diberi kebebasan untuk berfungsi secara bebas dalam lingkungan undang-
undang dan akta yang telah ditetapkan. Ini bertujuan untuk elakkan sebarang penyebaran
maklumat yang boleh memudaratkan keselamatan atau kestabilan negara (Othman Muhammad
1998). Secara fitrahnya, tindakan masing-masing perlu dibimbing dan dikawal agar setiap
tindakan atau perlakuan tersebut dapat mendatangkan manfaat dan faedah kepada diri manusia
itu sendiri. Sebaliknya, jika manusia diberi kebebasan untuk melakukan apa sahaja dengan
sewenang-wenangnya, hal ini akan mendatangkan keburukan seperti kezaliman, penipuan
bahkan pembunuhan.

PERANAN DAN KESAN MEDIA KOMUNIKASI.

Di zaman arus perdana kini, ia merupakan mustahil untuk memisahkan media dan komunikasi
di dalam kehidupan seharian kerana ia merupakan alat perantaraan yang paling efektif dalam
apa apa aspek kehidupan sekalipun. Media dan komunikasi ini dilabel sebagai agen sosialisasi
masyarakat (Ahmad, Haron, & Musa, 2009) dimana ia telah meninggalkan kesan keatas cara
adaptasi kehidupan pada masa kini untuk segenap bangsa. Sungguhpun begitu,media dan
komunikasi mempunyai kekurangan sebagai agen pemaklumat dimana penyampaian mesej
yang mampu bermain dengan sentimen jiwa dan emosi serta sedikit sebanyak melakar cara
pemikiran dan sikap yang baru,ia secara tidak langsung telah menjurus kepada pandangan
negatif dalam kelompok manusia atau individu itu sendiri.Kehidupan masyarakat dari timur
diambil sebagai contoh kerana mereka mempunyai keluhuran budi dan kehidupan
bermasyarakat yang harmoni dan toleransi yang tinggi sesama insan.Positiviti yang boleh

3

diambil dari masyarakat dibahagian timur dapat mencorakkan negara yang makmur dengan
kehidupan bermasyarakat berbilang bangsa serta agama.

Walaubagaimanapun, pada hari ini dapat dilihatkan kelunturan nilai nilai ketimuran dalam
masyarakat kira akibat dari pengaruh media dan komunikasi itu sendiri dimana ia telah berjaya
menyerang dan mencengkam akar umbi para belia.Azizan Bahari melalui kajiannya telah
menyatakan bahawa jiwa belia dan anak muda kini lebih mudah dan cenderung untuk
menerima dan mempercayai segala yang dipaparkan media. Panduan dan bimbingan perlu
diberikan kepada golongan ini sebagai langkah berhati hati agar mereka tidak terjebak dan
terpedaya dan seterusnya membiarkan minda mereka dibutakan oleh media. Tidak dinafikan
bahawa terdapat juga media yang menyiarkan dan menyalurkan perkara perkara kebenaran dan
menentang kebatilan namun jika difikirkan kerapuhan jiwa anak bangsa zaman kini dengan
ujian yang berlipat kali ganda berbanding dahulu, langkah ‘mencegah lebih baik dari
mengubati’adalah yang terbaik untuk diamalkan.

Media komunikasi dapat memberi titik tolak perubahan kepada kehidupan belia yang
merangkumi 3 sektor iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Menurut Benjamin.S Bloom,
Kognitif merupakan penglibatan mental dimana ia memberi ruang untuk menghuraikan hujah
yang bersifat akademik manakala,afektif pula mengutamakan aspek sosial dan emosi dimana
komponen ini memberi ruang untuk mendalami keadaan diri sendiri dan akhir
sekali,psikomotor ialah penggunaan fizikal dan juga koordinasi otak,saraf dan anggota badan
seperti belajar menulis,bermain bola sepak,menunggang basikal dan sebagainya.

Mellvin De Fleur dalam Norma Budaya menyatakan bahawa media massa merupakan
sumber utama untuk menyalurkan maklumat tentang perkara yang sedang berlaku di seluruh
dunia. Pada hari ini, liputan media yang luas telah menyajikan segala rencam informasi tanpa
sempadan seterusnya membentuk pemikiran manusia sejagat terhadap sesuatu isu atau kejadian
yang menunjukkan bahawa ia dapat meninggalkan pengaruh dalam kehidupan seseorang.
Didapati juga bahawa ia akan menyebabkan kesukaran untuk memisahkan pengaruh yang
ditinggalkan oleh media berbanding dengan pengaruh atau anasir anasir lain dalam kalangan
masyarakat kerana pengaruh media yang di zaman serba canggih serta capaiannya yang luas
adalah lebih kuat dan afektif dalam kehidupan manusia. Paul F Lazarfeld dan Robert K.Merton
telah menyatakan majoriti dalam kalangan masyarakat yang merasakan bahawa media massa
dan komunikasi adalah sebuah alat yang cukup yang luas cakupannya yang berjaya untuk

4

meninggalkan pengaruh sama ada dalam konteks positif atau negative. Dua komponen ini perlu
dikawal selia sebaiknya kerana jika sisi negatif lebih mendominasi, maka ia merupakan titik
tolak dalam kejatuhan kelompok masyarakat bahkan dalam tamadun manusia.

Jika dipasangkan penggunaan media sosial selaras dengan prinsip al-amru bi al-ma‘ruf wa
al-nahy ‘an al-munkar yang membawa maksud menyeru kepada kebaikan dan mencegah
kemungkaran, kemungkinan untuk kerisauan yang disebutkan pada perenggan diatas adalah
lebih rendah peratusannya untuk terjadi. Hal ini kerana, setiap perkara yang membawa kepada
jalan kebaikan itu akan memberi manfaat dan hikmah yang tersendiri manakala perkara yang
terselit dengan kemungkaran memandu kearah kejahatan dan kegelapan seperrti gelapnya sisi
zaman jahiliyah. Prinsip diatas ini telah dirangka atas dasar menjaga garis panduan maqasid
syariah.Maqasid syariah yang dipetik dari jamak perkataan maqsad yang bererti pegangan,
punca, sasaran, kelurusan, keadilan dan kesederhanaan manakala syariah pula membawa
maksud sumber air yang tidak pernah. Secara umum, seperti yang diusul oleh jumhur
ulama’maqasid syariah merupakan makna dan tujuan dalam menetapkan sesuatu hukum
dengan meletakkan kemaslahatan umat manusia sebagai objektifnya. Maqasid syariah
terbahagi kepada 5 komponen utama iaitu untuk menjaga agama, akal, harta, nyawa dan
keturunan.

Maqasid syariah dapat diaplikasikasikan dalam media komunikasi melalui dua cara
pendekatan iaitu dalam konteks tanggungjawab sosial dan pembangunan. Tanggungjawab
sosial yang berpandukan maqasid syariah membawa peranan-peranan seperti menjalankan
tanggungjawab sewajibnya keatas masyarakat yang berpaksikan profesionalisme. Hal ini
bertujuan untuk memastikan kebajikan masyarakat terbela dengan adanya nilai nilai seperti
kebenaran, ketepatan dan kesesuaian utamanya dalam penyampaian maklumat. Seterusnya,
pengguna media komunikasi bergerak selari dengan undang undang yang digariskan agar
mereka tidak terbawa kepada arus negatif seperti contoh pembulian di alam siber. Selain itu,
masyarakat seharusnya menjauhkan diri daripada mesej mesej yang membawa kepada
kemudaratan contonya seperti penghebahan berita-berita palsu. Seharusnya setiap berita yang
dibaca perlu diberi penelitian sebelum diterima dan disebarkan kepada yang lain. Dalam masa
yang sama, keterbukaan seharusnya diberi kepada masyarakat untuk menyuarakan pendapat
yang bermanfaat serta mengadukan masalah masalah setempat dimana melalui cara ini, ia dapat
meningkatkan persefahaman dan menjalinkan hubungan yang baik antara rakyat marhaen dan
juga warga atasan. Setiap warga yang mempunyai medium media dan komunikasi seharusnya

5

sedar akan tanggungjawab yang digalaskan agar tidak sewenangnya dalam menggunakan
media komunikasi ini.

Peranan media komunikasi dalam lensa pembangunan pula adalah seperti memberi dokongan
dan sokongan dalam pembangunan yang telah dirangka oleh kerajaan dengan dasar dan polisi
yang telah ditetapkan. Selain itu, mempraktikan penyaluran maklumat yang terdapat nilai nilai
murni untuk membina masyarakat yang harmoni. Selanjutnya, golongan yang telah diberi
kebebasan dalam penggunaan media dan komunikasi seharusnya peka dengan undang undang
yang telah ditetapkan dan juga bertanngungjawab sepenuhnya dengan penyampaian berita dan
informasi. Akhir sekali, organisasi yang mengamalkan media dan komunikasi mempunyai
ruang yang membolehkan kerajaan campur tangan untuk memastikan kelangsungan
pembangunan masyarakat berjalan dengan harmoni.

MESEJ MEDIA DAN KOMUNIKASI

Media dan komunikasi boleh memberikan kesan baik dan kesan buruk terhadap diri individu
berdasarkan kepada masej yang disampaikannya. Dalam erti kata lain, ia mampu membina dan
mencorakkan peribadi seseorang mengikut acuan yang dibawa. Hal ini adalah kerana, mesej
secara langsung ditujukan kepada manusia. Memandangkan fungsi mesej media komunikasi
ini kuat, maka nilai sesuatu mesej itu perlu diberi perhatian serius dengan mengaitkannya
dengan pembinaan insan. Oleh itu, maklumat yang dibawa oleh media dan komunikasi adalah
perlu diambil kira dua perkara utama, iaitu pertama; sifat sesuatu mesej dan kedua; kesan
penyampaian mesej.

Sekiranya dikaitkan peranan media dan komunikasi sebagai alat pembinaan insan yang soleh,
tentu saja mesej yang ingin disampaikannya adalah nilai yang baik yang tercakup di dalamnya
unsur-unsur al-bir (kebajikan) dan altaqwa, kerana media dan komunikasi sama-sama
memainkan peranan sebagai agen membantu membentuk masyarakat. Oleh itu, prinsip ini
mestilah dipatuhi kerana ia berdasarkan prinsip umum syariat sepertimana yang ditegaskan
oleh "Allah s.w.t" dalam surah al-Ma`idah, ayat 2 yang bermaksud: “Dan tolong-menolonglah
kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong-menolong dalam
perkara yang membawa dosa dan permusuhan.”

6

Daripada ayat di atas, Ibn Kathir menjelaskan bahawa Allah s.w.t menuntut hambanya yang
beriman agar saling bantu-membantu dalam melakukan perkara-perkara kebaikan dan
memerintahkan mereka untuk meninggalkan perkara-perkara yang haram dan berdosa. Perkara
haram termasuk segala rupa bentuk perkara yang batil meliputi perkara yang zalim, melampaui
batas dan juga permusuhan.

Ini bermakna mesej media komunikasi mestilah berasaskan falsafah pembinaan insan yang
soleh dengan berobjektifkan knowledge society atau k-society yang mampu mendorong
kemajuan negara tanpa mengabaikan aspek pembinaan akhlak. Dalam hal ini, mesej media
dan komunikasi haruslah bergerak seiring dengan falsafah, dasar, prinsip dan objektif Islam
yang telah dibentuk oleh pihak kerajaan sebagai landasan asas pentadbiran kerajaan. Dengan
mendominasikan mesej yang melahirkan prinsip al-ithm (dosa) dan al-‘udwan (permusuhan)
dari media dan komunikasi ia akan menjadi punca terhadap pemusnah atau perosak kepada
cita-cita kerajaan.

Lidah adalah salah satu deria untuk menyampaikan mesej yang turut dituntut oleh Islam
agar bertutur dengan kata-kata yang baik sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang
bermaksud: “Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia
berkata yang baik atau diam” (al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, kitab al-Adab, bab 31: Sesiapa
yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat maka janganlah dia menyakiti jirannya).

Islam telah meletakkan kedudukan mesej yang baik itu sebagai satu sedekah sebagaimana
sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Perkataan yang baik itu adalah sedekah” (al-
Bukhari, Sahih al-Bukhari, kitab al-Adab, bab 34: Perkataan yang baik). Justeru itu, dengan
menyampaikan mesej yang buruk serta tidak berfaedah mempunyai nilai dosa yang besar di
sisi Allah s.w.t. Lantaran itulah maka Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Memaki
seorang Muslim itu adalah fasiq” (al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, kitab al-Adab, bab 44:
Tegahan dari mencela dan melaknat). Baginda juga bersabda yang bermaksud: “Tidak masuk
syurga orang yang sentiasa menjaja kata-kata yang keji” (al-Bukhari, Sahih al-Bukhari,
kitab al-Adab, bab 49: Mengumpat adalah dari dosa besar).

Kesan daripada mesej positif akan dapat mewujudkan masyarakat yang sejahtera.
Sebaliknya, kesan daripada mesej negatif boleh mengakibatkan pelbagai keburukan dan
kejahatan. Ini kerana setiap mesej yang disampaikan memberi kesan yang signifikan terhadap

7

perkembangan sikap dan pemikiran seseorang. Dalam hal ini, al-Qur’an dan al-Sunnah
adalah merupakan sumber bagi ajaran Islam dan berperanan dalam menyampaikan mesej-
mesej yang jelas mempunyai kesan tertentu dalam kehidupan yang boleh dilihat. Misalnya,
mesej larangan minum arak, berjudi, berzina dan sebagainya, semua perkara tersebut
mengundang pelbagai keburukan dan kemudaratan dalam kehidupan manusia. Begitu juga
dengan mesej yang menganjurkan supaya orang yang beriman kepada Allah, untuk
mendirikan solat, menunaikan zakat dan lain-lain, amalan-amalan tersebut akan
mendatangkan kebaikan dan maslahah kepada manusia.

Antara bentuk mesej yang dilarang dari diketengahkan kerena akan memberikan kesan yang
buruk termasuklah:

1. Mendedahkan keburukan serta keaiban seseorang tanpa sesuatu maslahah atau
kepentingan yang jelas. Dalam hubungan ini Rasulullah s.a.w bersabda:

Bermaksud: “Tahukah kamu apa itu ghibah (mengumpat)? Para sahabat
menjawab:” Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui. Sabda Rasulullah s.a.w:”
engkau menyebut sesuatu tentang saudaramu yang dibencinya. Dikatakan: Apa
pandanganmu jika apa yang aku sebut itu memang ada pada saudaraku? Sabda
Rasulullah s.a.w: Jika apa yang engkau sebut itu ada pada saudaramu maka engkau
telah mengumpatnya dan jika perkara itu tidak ada pada saudaramu maka engkau
telah mendustainya (Muslim, Sahih Muslim, kitab al-Bir wa al-Sillah, bab:
Pengharaman mengumpat).

Menyebut keburukan atau keaiban seseorang itu dalam hal ini adalah termasuk dalam
kategori mengumpat, manakala mengumpat itu adalah termasuk dari jenis dosa-dosa
besar.

2. Menyiarkan berita fitnah dalam berbagai-bagai bentuk. Firman Allah dalam surah al-
Nur, ayat 19:

8

Bermaksud: “sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang
amat keji itu tersiar dikalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang
pedih di dunia dan di akhirat.”

3. Menyebarkan perkara-perkara yang lucah atau berunsurkan lucah.

Di setiap sektor, tujuan dan nilai Islam bertentangan dengan sistem kapitalis, yang hanya
menganggap keuntungan dan faedah sebagai keutamaan yang perlu difikirkan. Untuk
mencapai keuntungan tersebut maka falsafah ‘matlamat menghalalkan cara’ diaplikasikan
walau dalam keadaan mana sekalipun. Situasi yang sedemikian tentunya bertentangan
dengan Islam yang meletakkan matlamat asasnya adalah keredaan Allah s.w.t.

Sehubungan itu, Islam mempunyai mesej yang jelas berkaitan dengan apa jua perkara-
perkara yang lucah atau berunsur lucah. Sehubungan dengan ini Allah s.w.t berfirman dalam
surah al-Isra’ ayat 32:

Bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu
perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Dalam ayat di atas, Allah s.w.t bukan sahaja melarang perzinaan itu sendiri, tetapi juga
semua aspek yang akan menyebakab perzinaan berlaku, salah satu unsurnya adalah
penyiarannya. Ini berdasarkan prinsip sad al-zari'ah, iaitu menutup semua jalan yang dapat
mengundang gejala yang berbahaya, seperti yang disebutkan dalam ayat. Barangkali ini
adalah bertepatan dengan prinsip Islam al-wasa'il ta'khuz hukma al-maqasid, yang
menyatakan setiap perkara yang haram dilakukan maka jalan untuk membolehkan perkara
haram tersebut berlaku juga adalah haram.

Berdasarkan dengan mesej mesej yang sedemikian rupa, Abdul Djali (2000) menyebut,
berdasarkan ayat 12 surah al-Hujurat, Yusuf al-Qaradawi telah membuat kesimpulan bahawa
dalam pengertian media komunikasi, terdapat tiga jenis mesej yang disebarkan secara
meluas: pertama, zann, kedua, tajassus, dan ketiga, ghibah. Berkaitan dengan zann, dilarang
orang yang jujur dituduh melakukan sesuatu yang tidak baik tanpa bukti yang kukuh dan
jelas. Manakala tajassus pula, iaitu dilarang mencari-cari kesalahan atau keburukan
seseorang. Bagi perbuatan ghibah pula, iaitu yang menjelaskan perbuatan buruk seseorang,
juga dilarang, sebab itulah Al-Qur'an mengumpamakan perbuatan ghibah itu seperti

9

memakan bangkai. Oleh kerana ghibah boleh mendatangkan kesan negatif, maka hal itu tidak
dibenarkan dalam bentuk apa pun kecuali ada kepentingan Islam atau maslahah dari sudut
syarak (al-Nawawiy 1994), iaitu:

1. Seseorang yang dizalimi, maka dibolehkan menyebut kejahatan orang yang
menzaliminya.

2. Mengadu kepada pihak yang bertanggungjawab dengan tujuan memohon bantuan
untuk mencegah perbuatan mungkar yang dilakukan oleh seseorang.

3. Meminta fatwa daripada seseorang mufti bagi memohon penjelasan terhadap sesuatu
hukum yang bersangkutan dengan perbuatan jahat orang lain.

4. Untuk memberi amaran kepada ummah berhubung dengan kejahatan individu
tertentu.

5. Jika seseorang itu menzahirkan kejahatan atau keburukannya secara terang-terangan,
maka hendaklah disebutkan kejahatan yang dilakukannya sahaja tanpa sebarang
penambahan.

6. Sesuatu gelaran yang telah dikenali seperti al-A‘masyh, iaitu seorang yang kabur
penglihatannya atau al-A‘raj, iaitu seorang yang tempang, bukan dengan maksud
merendah-rendahkan mereka.

Dengan kata lain, kesan mesej dari media dan komunikasi tidak boleh membahayakan lima
keutamaan penting dalam Islam, iaitu agama, akal, keturunan, nyawa dan harta, bahkan
sebaliknya mesej tersebut perlu bertindak sebagai pemangkin terhadapnya.

AKHLAK MEDIA DAN KOMUNIKASI

Dalam media komunikasi, akhlak adalah amat penting. Hal ini kerana tanpa penghayatan
akhlak, media komunikasi pastinya bersifat meruntuhkan nilai-nilai yang baik dalam
masyarakat. Justeru menyedari kepentingan akhlak ini, Islam mensyariatkannya serta
memperluaskannya dalam semua sudut aktiviti kehidupan manusia, sekaligus akhlak
melibatkan kesan, ganjaran dan balasan di dunia dan akhirat (al-Qaradawi 1996). Dalam
konteks media komunikasi persoalan etika dan akhlak seringkali dibincangkan. Antara etika
yang mesti dipatuhi sepertimana yang pernah disebut oleh Sasterawan Negara, A.Samad Ismail
(1966) dalam konteks bidang kewartawanan adalah:

10

1. Tidak harus membesar-besarkan sesuatu perkara yang tidak penting.

2. Seseorang yang terlibat dengan tugasan mestilah memastikan kebenaran sesuatu berita yang
diperolehi.

3. Mengkaji semula setiap berita sama ada benar atau salah, jika perlu.

4. Tidak menyebarkan maklumat yang tidak jelas atau samar.

Pada 20 Mei 1989, A. Samad Ismail telah mengisytiharkan Kod Etika Wartawan Malaysia
yang telah digubal oleh Jawatankuasa Penggubal Tatasusila yang diketuai oleh Pengerusi
Institut Akhbar Malaysia, Mazlan Nordin (H.M Tuah Iskandar 1990):

1. Tugas utama wartawan adalah melaporkan kebenaran dan menghormati hak orang ramai
untuk mendapatkan maklumat yang benar.

2. Dalam melaksanakan tugas ini dia menghayati kebebasan memungut dan menyiarkan berita
secara jujur serta berhak membuat ulasan dan kritikan yang saksama.

3. Wartawan hendaklah menggunakan cara yang wajar untuk mendapatkan berita, gambar,
filem dan dokumen.

4. Sebarang maklumat yang tersiar yang didapati tidak benar hendaklah diperbetulkan.

5. Wartawan hendaklah menghormati kerahsiaan sumber berita.

6. Wartawan hendaklah berbudi pekerti ketika menjalankan tugas dan menggelakkan diri
daripada plagiarisme, fitnah dan hasutan tuduhan idak berasas serta rasuah dalam apa jua
bentuk sekalipun.

7. Wartawan hendaklah menghindarkan siaran berita atau rencana yang bersifat perkauman dan
bertentangan dengan tatasusila masyarakat majmuk Malaysia.

8. Wartawan hendaklah memahami undang-undang dan peraturan negara yang berkaitan secara
langsung dengan profesion mereka.

11

Manakala dalam etika komunikasi islam ada 6 prinsip gaya bicara atau pembicaraan (qaulan)
iaitu:

1. Qaulan Saididan (perkataan benar, lurus, jujur).

Sebagaimana firman Allah dalam QS. Al-Ahzab: Ayat:70

Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan
ucapkanlah perkataan yang benar.
Oleh itu, Allah SWT memerintahkan manusia untuk sentiasa bertakwa yang menyampaikan
sesuatu dengan perkataan yang benar. Nanti Allah akan membalas amal-amal kamu,
mengampuni dosa kamu, sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya nescaya ia akan
mencapai keberuntungan yang besar. Jadi, perkataan yang benar merupakan prinsip
komunikasi yang terkandung dalam Al- Qur'an dan mengandung beberapa makna dari
pengertian benar.

2. Qaulan Balighan (perkataan yang membekas pada jiwa, tepat sasaran, komunikatif,
mudah difahami).

Ungkapan ini terdapat dalam QS An-Nisa ayat 63 yang berbunyi:

Yang bermaksud: “Mereka itu adalah orang-orang yang Allah mengetahui apa yang di dalam
hati mereka. karena itu berpalinglah kamu dari mereka, dan berilah mereka pelajaran, dan
katakanlah kepada mereka Qaulan Baligha –perkataan yang berbekas pada jiwa mereka”.(QS
An-Nisa:63).

12

Kata “baligh” dalam bahasa arab artinya sampai, mengenai sasaran atau mencapai tujuan.
Apabila dikaitkan dengan qaul (ucapan atau komunikasi), “baligh” berarti fasih, jelas
maknanya, terang, tepat menggunakan apa yang dikehendaki. Oleh karena itu prinsip qoulan
balighan dapat diterjemahkan sebagai prinsip komunikasi yang efektif.

3. Qaulan Maisura (perkataan yang ringan).

Dalam Al-Qur’an ditemukan istilah qaulan maisura yang merupakan salah satu
tuntunan untuk melakukan komunikasi dengan mempergunakan bahasa yang mudah
difahamkan melegakan perasaan (Syaiful Djamarah, 2004:110). Firman Allah
dijelaskan:

Yang bermaksud: “Dan jika kamu berpaling dari mereka untuk memperoleh rahmat dari
Tuhanmu yang kamu harapkan, maka katakanlah kepada mereka ucapan yang pantas”. (QS.
Al-Israa’: 28).

4. Qaulan Laiyyina (perkataan yang lemah lembut)

Perintah menggunakan perkataan yang lemah lembut ini terdapat dalam AlQur’an:

Yang bermaksud: ”Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah
lembut, Mudah-mudahan ia ingat atau takut". (Q.S Thaahaa:44).
Ayat di atas adalah perintah Allah SWT kepada Nabi Musa dan Harun agar berbicara lemah-
lembut, tidak kasar, kepada Fir’aun. Dengan Qaulan Layina, hati komunikan (orang yang
diajak berkomunikasi) akan merasa tersentuh dan jiwanya tergerak untuk menerima pesan
komunikasi kita. Dari ayat tersebut dapat disimpulkan bahawa Qaulan Layina berarti

13

pembicaraan yang lemah-lembut, dengan suara yang enak didengar, dan penuh keramahan,
sehingga dapat menyentuh hati maksudnya tidak mengeraskan suara, seperti membentak,
meninggikan suara. Siapapun tidak suka apabila berbicara dengan orang-orang yang kasar.

5. Qaulun Karima (perkataan yang mulia)
Islam mengajarkan agar mempergunakan perkataan yang mulia dalam berkomunikasi
kepada siapapun. Perkataan yang mulia ini seperti terdapat dalam ayat Al-Qur’an (QS.
Al-Isra ayat 23) iaitu:

Yang bermaksud: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain
Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang diantara keduanya atau
kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah
engkau mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan jangan engkau membentak keduanya
dan ucapkanlah kepada keduanya perktaan yang baik”.(Q.S Al-Isra’:23)

6. Qaulan Ma'rufa (perkataan yang baik)
Kata Qaulan Ma`rufa disebutkan Allah dalam ayat Al-Qur'an (QS. Al-Ahzab ayat 32) ialah:

Yang bermaksud: “Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika
kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah
orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah Qaulan Ma’rufa –perkataan yang baik.”
(QS. Al-Ahzab:32)

14

Qaulan Ma’rufa juga bermakna pembicaraan yang bermanfaat dan menimbulkan kebaikan.
Sebagai muslim yang beriman, perkataan kita harus terjaga dari perkataan yang sia-sia, apapun
yang kita ucapkan harus selalu mengandungi nasihat, menyejukkan hati orang yang
mendengarnya. Jangan sampai kita hanya mencari-cari keburukan orang lain, yang hanya
mengkritik atau mencari kesalahan orang lain, memfitnah dan menghasut.

KESIMPULAN

Kewujudan media komunikasi yang semakin pesat ibarat cendawan tumbuh selepas hujan
tidak boleh disangkal lagi manfaat serta kemudaratan yang dibawanya utama sekali dalam era
dimana semuanya serba dihujung jari. Media komunikasi kini tidak lagi tertumpu kepada
pengamal rasmi dan juga sebilangan organisasi malahan masyarakat setempat juga telah
terlibat secara tidak langsung dalam menggunakan aplikasi ini. Setiap pengguna telah
disedarkan terhadap tanggungjawab dan garis panduan yang sebenar dalam menggunakan
media komunikasi ini dimana kehadirannya adalah bertujuan untuk menambah kemaslahatan
masyarakat setempat dengan cara memberi kritikan yang membina bukan yang meruntuhkan.
Mesej yang disalurkan seharusnya afektif dalam membentuk sikap dan cara fikir masyarakat
kearah yang lebih baik terhadap sesuatu dan bukan sekadar untuk tatapan dan bacaan sepintas
lalu. Penggunaan media komunikasi di laluan yang sebenar akan membawa pelonjakan
maslahat negara terutamanya dalam masyarakat dimana hal ini juga secara tidak langsung akan
membawa keuntungan kepada pembangunan negara. Pada sisi yang lain, sekiranya media
komunikasi ini digunakan hanya untuk mengaut keuntungan, melampiaskan nafsu dan
membazirkan waktu yang terluang makanya akan tercetuslah retakan retakan dalam institusi
masyarakat yang menuju kepada musnahnya kedaultan negara. Sejurus dengan ini, pengguna
media komunikasi diseru untuk memainkan peranan dalam memanfaatkan media komunikasi
ini sebaiknya dengan menggerak dan menerapkan nila nilai murni semasa menyampaikan
mesej dan maklumat. Penelitian perlu dibuat sebelum menghantar atau menyampaikan
sesebuah mesejseperti contoh jika mesej yang ingin disampaikan lebih mendatangkan
kemudaratan berbanding kemaslahatan sebaiknya adalah untuk berfikir dua kali sebelum
melakukan yang sedemikian. Masyarakat yang berilmu adalah mereka yang membudayakan
penyaluran informasi beserta mempunyai akhlaq yang Hassan.

15

RUJUKAN

RUJUKAN

1. AMINUDIN BASIR @ AHMAD, M. S. (n.d.). KEBEBASAN MEDIA KOMUNIKASI MENURUT
PERSPEKTIF ISLAM. Jurnal Hadhari Bil. 2 (2009) 65-82, 82.

2. Muslimah. (December 2016). ETIKA KOMUNIKASI DALAM PERSFEKTIF ISLAM . Sosial Budaya
(e-ISSN 2407-1684 | p-ISSN 1979-2603), 125.

3. Rusli. (n.d.). KEBEBASAN BERKOMUNIKASI DALAM PERSPEKTIF ISLAM. 19.

16

LAMPIRAN
17

18


Click to View FlipBook Version