The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by miedacute80, 2021-08-18 08:05:40

CADANGAN KARANGAN E-MEL

CADANGAN KARANGAN E-MEL

CONTOH CADANGAN KARANGAN LENGKAP E-MEL 1

Daripada [email protected]
Kepada [email protected]
Perkara Makanan yang baik untuk minda dan kepentingannya

Assalamuallaikum, saudara Fauzan.
Apa khabar? Semoga awak berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga.
Saya di sini sihat walafiat. Terima kasih kerana bertanya.
Saya berterima kasih atas kiriman e-mel awak kepada saya. Saya sedar bahawa kesihatan
minda amat penting dan diperoleh daripada makanan yang baik.
Oleh itu, saya akan cuba menjelaskan makanan yang baik untuk minda dan kepentingannya.

(56 patah perkataan)

Bahan makanan yang baik untuk minda ialah vitamin D. Hal ini dikatakan demikian
kerana vitamin D dapat membantu pembentukan sel otak anak. Sebagai analoginya, makanan
yang mengandungi vitamin D ialah susu, yogurt dan keju. Impaknya, pengambilan vitamin D
dapat menggantikan tisu-tisu yang rosak dan menggalakkan penghantaran oksigen ke otak.
Izharnya, pengambilan vitamin D dapat mengembangkan proses berfikir dan menaakul agar
anak tidak ketinggalan pelajaran.

(59 patah perkataan)

Selain itu, vitamin B3 mampu menguatkan daya ingatan mental. Hal ini dikatakan
demikian kerana vitamin B3 berupaya untuk menguatkan daya ingatan mental terhadap
maklumat yang diperoleh. Tamsilnya, makanan yang mengandungi vitamin B3 ialah ikan,
daging dan telur. Kesannya, anak-anak tidak akan mudah lupa dan dapat menyimpan memori
jangka panjang dan pendek. Sudah terang lagi bersuluh, vitamin B3 penting untuk menguatkan
daya ingatan agar mengelakkan penyakit Amnesia.

(59 patah perkataan)

Di samping itu, makanan minda yang lain ialah vitamin B12. Hal ini dikatakan

demikian kerana vitamin B12 mampu menghasilkan ketenangan diri dan minda. Sebagai

contohnya, makanan yang mengandungi vitamin B12 ialah buah-buahan seperti nanas dan

pisang. Implikasinya, pengambilan makanan B12 mampu mengurangkan stres agar lebih
rileks dan tidak gemuruh. Izharnya, pengambilan vitamin B12 dapat menjaga kestabilan

fikiran agar anak boleh fikir secara rasional. (59 patah perkataan)

Sementelahan pula, makanan minda yang lain ialah vitamin B1. Hal ini dikatakan

demikian kerana sumberi vitamin ini memberikan tenaga kepada otak. Misalnya, makanan

seperti gandum dan oat mengandungi vitamin B1 yang tinggi. Impaknya, vitamin B1
membantu untuk mengubah karbohidrat dan lemak menjadi tenaga atau glukosa. Oleh itu,

pengambilan vitamin B1 dapat memberikan tenaga kepada otak agar anak dapat mengekalkan

tumpuan kepada pembelajaran. (58 patah perkataan)

Tuntasnya, pemakanan yang berkhasiat menjamin kesihatan minda. Oleh itu, ibu bapa

perlulah mendidik anak-anak mengambil makanan berkhasiat sejak kecil kerana melentur

buluh biarlah dari rebungnya. Kesihatan minda perlulah dijaga agar tidak menjejaskan rutin

harian. Pemakanan yang sihat mampu melahirkan generasi minda kelas pertama yang

cemerlang sekali gus membanggakan negara di seantero dunia. (47 patah perkataan)

(338 patah perkataan)

CONTOH CADANGAN KARANGAN LENGKAP E-MEL 2

Daripada [email protected]
Kepada [email protected]
Perkara Makanan yang baik untuk minda dan kepentingannya

Assalamuallaikum, saudara Fauzan.
Apa khabar? Semoga awak berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Saya di sini sihat walafiat.
Saya telah membaca e-mel awak. Saya sedar bahawa kesihatan minda amat penting pada hari
ini.
Oleh itu, saya akan cuba menjelaskan makanan yang baik untuk minda dan kepentingannya.

(43 patah perkataan)

Bahan makanan yang baik untuk minda ialah vitamin D dan B1. Vitamin D dan B1
dapat membantu pembentukan sel otak dan memberikan tenaga kepada otak anak. Sebagai
analoginya, makanan yang mengandungi vitamin D ialah susu dan keju manakala vitamin B1
ialah gandum dan oat. Impaknya, pengambilan vitamin ini dapat menggantikan tisu-tisu yang
rosak dan mengekalkan tumpuan anak dalam pembelajaran. Izharnya, pengambilan vitamin
dapat mengembangkan proses berfikir dan menaakul agar anak tidak ketinggalan pelajaran.

(69 patah perkataan)

Selain itu, vitamin B3 dan B12 mampu menguatkan daya ingatan mental sekali gus

ketenangan diri. Vitamin B3 dan B12 berupaya untuk menguatkan daya ingatan mental

terhadap maklumat yang diperoleh. Tamsilnya, makanan yang mengandungi vitamin B3 ialah

ikan dan daging, vitamin B12 pula ialah buah-buahan seperti nanas dan pisang. Kesannya,

anak-anak tidak akan mudah lupa dan dapat menyimpan memori jangka panjang dan pendek.

Sudah terang lagi bersuluh, vitamin penting untuk mengembangkan proses berfikir agar

pembelajaran lebih efisien. (69 patah perkataan)

Tuntasnya, pemakanan yang berkhasiat menjamin kesihatan minda. Oleh itu, ibu bapa

perlulah mendidik anak-anak mengambil makanan berkhasiat sejak kecil kerana melentur

buluh biarlah dari rebungnya. Pemakanan yang sihat mampu melahirkan generasi minda kelas

pertama yang membanggakan negara di seantero dunia. (36 patah perkataan)

(217 patah perkataan)

CONTOH CADANGAN KARANGAN LENGKAP E-MEL 3

Daripada [email protected]
Kepada [email protected]
Perkara Makanan yang baik untuk minda dan kepentingannya

Assalamuallaikum, saudara Fauzan.
Apa khabar? Semoga awak berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Saya di sini sihat walafiat. Saya telah membaca e-mel awak.
Oleh itu, saya akan cuba menjelaskan makanan yang baik untuk minda dan kepentingannya.

(33 patah perkataan)

Bahan makanan yang baik untuk minda ialah vitamin D. Hal ini dikatakan demikian

kerana vitamin D dapat membantu pembentukan sel otak anak. Sebagai analoginya, makanan

yang mengandungi vitamin D ialah susu, yogurt dan keju perlu diamalkan agar dapat

mengembangkan proses berfikir. (38 patah perkataan)

Selain itu, vitamin B3 mampu menguatkan daya ingatan mental. Vitamin B3 berupaya

untuk menguatkan daya ingatan mental terhadap maklumat yang diperoleh. Tamsilnya,

makanan yang mengandungi vitamin B3 ialah ikan, daging dan telur yang mampu

mengelakkan anak-anak mudah lupa. (36 patah perkataan)

Di samping itu, makanan minda yang lain ialah vitamin B12. Hal ini dikatakan

demikian kerana vitamin B12 mampu menghasilkan ketenangan diri dan minda. Sebagai

contohnya, makanan yang mengandungi vitamin B12 ialah buah-buahan seperti nanas dan

pisang agar anak mampu mengurangkan stres semasa belajar. (38 patah perkataan)

Sementelahan pula, makanan minda yang lain ialah vitamin B1. Hal ini dikatakan

demikian kerana sumber vitamin ini memberikan tenaga kepada otak. Misalnya, makanan

seperti gandum dan oat mengandungi vitamin B1 yang tinggi supaya anak dapat mengekalkan

tumpuan kepada pembelajaran. (37 patah perkataan)

Tuntasnya, pemakanan yang berkhasiat menjamin kesihatan minda. Oleh itu, ibu bapa
perlulah mendidik anak-anak mengambil makanan berkhasiat sejak kecil kerana melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Pemakanan yang sihat mampu melahirkan generasi minda kelas
pertama yang cemerlang sekali gus membanggakan negara di seantero dunia.

(38 patah perkataan)

(220 patah perkataan)

CONTOH CADANGAN KARANGAN LENGKAP E-MEL 4

Daripada [email protected]
Kepada [email protected]
Perkara Makanan yang baik untuk minda dan kepentingannya

Assalamuallaikum, saudara Fauzan.
Apa khabar? Semoga awak berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Saya di sini sihat walafiat. Saya telah membaca e-mel awak.
Oleh itu, saya akan cuba menjelaskan makanan yang baik untuk minda dan kepentingannya.

(33 patah perkataan)

Bahan makanan yang baik untuk minda ialah vitamin D. Hal ini dikatakan demikian

kerana vitamin D dapat membantu pembentukan sel otak anak. Sebagai analoginya, makanan

yang mengandungi vitamin D ialah susu, yogurt dan keju. Impaknya, pengambilan vitamin D

dapat menggantikan tisu-tisu yang rosak dan menggalakkan penghantaran oksigen ke otak.

Izharnya, pengambilan vitamin D dapat mengembangkan proses berfikir dan menaakul agar

anak tidak ketinggalan pelajaran. (59 patah perkataan)

Selain itu, vitamin B3 mampu menguatkan daya ingatan mental. Hal ini dikatakan

demikian kerana vitamin B3 berupaya untuk menguatkan daya ingatan mental terhadap

maklumat yang diperoleh. Tamsilnya, makanan yang mengandungi vitamin B3 ialah ikan,

daging dan telur. Kesannya, anak-anak tidak akan mudah lupa dan dapat menyimpan memori

jangka panjang dan pendek. Sudah terang lagi bersuluh, vitamin B3 penting untuk menguatkan

daya ingatan agar mengelakkan penyakit Amnesia. (61 patah perkataan)

Tuntasnya, pemakanan yang berkhasiat menjamin kesihatan minda. Oleh itu, ibu bapa

perlulah mendidik anak-anak mengambil makanan berkhasiat sejak kecil kerana melentur

buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak juga boleh mengambil vitamin B1 dan B12 yang

membawa 1001 maslahat dengan memberikan tenaga dan ketenangan kepada anak.

Pemakanan yang sihat ini mampu melahirkan generasi minda kelas pertama yang cemerlang

sekali gus membanggakan negara di seantero dunia. (56 patah perkataan)

(207 patah perkataan)


Click to View FlipBook Version