1103/1 SULIT
PT5 2021
PENTAKSIRAN TINGKATAN 5
KERTAS 1 (2 JAM)
UJIAN BERTULIS
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
JUN
BAHASA MELAYU 01
(1103/1)JJJARAHAN:
K JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI
SEHINGGA DIBERITAHU
1. Tulis nama anda pada kertas jawapan.
2. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian iaitu
Bahagian A dan Bahagian B.
3. Jawab soalan Bahagian A dan pilih satu soalan
daripada Bahagian B.
4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.
5. Jawapan anda hendaklah ditulis di dalam kertas kajang
yang disediakan sendiri.
Untuk KegunaanPemeriksa
Kod Pemeriksa Markah Penuh Markah Diperoleh
30
Bahagian A 70
Bahagian B 100
JUMLAH
NAMA : ……………………………………….
TINGKATAN : ……………………………………….
Kertas soalan ini mengandungi 4 halaman bercetak
1
1103/1 SULIT
BAHAGIAN A
[30 markah]
[Masa dicadangkan : 30 minit]
TEMA SIAPA
Maklumat di bawah berkaitan dengan jiran.
Huraikan pendapat anda tentang semangat kejiranan dalam kalangan (penduduk setempat).
Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
BAHAN 1
GOTONG
-ROYONG
(LANGKAH)
BAHAN 3 Si dara bersimpuh menyulam tekat Antara usaha yang dapat BAHAN 2
buat teruna jadi bekalan dilakukan untuk memupuk semangat
1. JIRAN jiran baik membawa berkat kejiranan yang kian pudar adalah dengan 1.
BAIK hidup bermuafakat jadikan amalan. menggalakkan aktiviti kemasyarakatan. AKTIVITI
BAWA Selain itu, budaya kunjung-mengunjungi KEMASYA
KEBERKAT Petang hari duduk di bendang juga perlulah dihidupkan semula agar RAKATAN
AN melihat murai terbang berkawan amalan itu berterusan.
tidak sempurna iman seseorang 2.
2. jika jiran dijadikan lawan. (Dipetik dan diubah suai BUDAYA
MENYEMP daripada ‘Langkah memupuk semula KUNJUNG-
URNAKAN Qalam Bertinta, amalan kejiranan dalam kalangan MENGUNJ
IMAN Klang. masyarakat di bandar, Dewan UNGI
Masyarakat)
(KEPENTIN (USAHA)
GAN)
2
1103/1 SULIT
Analisis bahan:
Tema Semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat
Bahan 1 Keratan akhbar - Aktiviti gotong-royong/Langkah/Usaha
Bahan 2 Artikel – Langkah/cara memupuk semangat kejiranan
1. Aktiviti kemasyarakatan
Bahan 3 2. Budaya kunjung-mengunjungi
Pantun – Kebaikan/Faedah semangat kejiranan
Siapa 1. Jiran baik akan membawa keberkatan
Kehendak soalan 2. Jiran yang baik akan menyempurnakan iman – jiran dijadikan
Format kawan dan bukannya lawan.
Penduduk setempat
Kebaikan semangat kejiranan dan langkah memupuk semangat
kejiranan
Tiada
3
1103/1 SULIT
CONTOH KARANGAN (KAEDAH 1 = 2 ISI SAHAJA)
FORMULA PENDAHULUAN
Bil. Ayat Formula
1 Ayat TEMA PW+ TEMA ( POSITIF)
2 Pendapat 1 Cerita mengenai TEMA
3 Pendapat 2
4 Kelompok/sasaran/WOWW PW+ ( Rujuk KS)
5 Ayat KEHENDAK SOALAN PW+KS ( ambil serupa daripada soalan)
Bil. Ayat Formula
1 Ayat TEMA
2 Pendapat 1 Semangat kejiranan sangat penting/signifikan dalam kalangan
3 Pendapat 2 masyarakat Malaysia pelbagai kaum.
4 Ayat KEHENDAK SOALAN
Malaysia terkenal dengan rakyatnya yang penuh
diversiti/kepelbagaian bangsa dan agama.
Oleh itu, penduduk setempat perlu hidup secara bergantungan tanpa
mengira kaum dan agama.
Persoalannya, apakah kepentingan/maslahat semangat kejiranan dan
langkah/prakarsa memupuknya?
Semangat kejiranan sangat signifikan dalam kalangan masyarakat Malaysia pelbagai kaum. Hal
ini dikatakan demikian kerana Malaysia terkenal dengan rakyatnya yang penuh diversiti bangsa dan
agama. Oleh itu, penduduk setempat perlu hidup secara bergantungan tanpa mengira kaum dan agama
kerana jiran sepakat membawa berkat. Persoalannya, apakah maslahat semangat kejiranan dan prakarsa
memupuknya? [48 patah perkataan]
4
1103/1 SULIT
FORMULA ISI
Bil. Ayat Formula
1 Ayat Isi PW+ KS+ ialah+ISI (Subjek)
2 Ayat Mengapa PW+ Mengapa
3 Ayat Contoh PW+ Contoh ( korelasi denga isi)
4 Ayat Kesan PW+ Kesan (dari contoh)
5 Ayat Kesimpulan Kecil /Penegasan PW+KS+ialah+ISI+ Harapan
isi
Bil. Ayat Formula
1 Ayat Isi Kepentingan perdana semangat kejiranan dalam kalangan
penduduk setempat ialah jiran yang baik akan membawa
keberkatan. (BAHAN 3)
2 Ayat Mengapa Hal ini dikatakan demikian kerana hubungan baik antara jiran
amat penting bagi mewujudkan sebuah kehidupan yang harmoni
dan aman antara jiran.
3 Ayat Contoh Tamsilnya, jiran yang baik akan menghulurkan bantuan
sekiranya diperlukan dan berkongsi kegembiraan pada bila-bila
masa.
4 Ayat Kesan Implikasinya, sikap ini akan menyempurnakan iman seseorang
kerana menganggap jiran sebagai kawan dan bukannya lawan.
(BAHAN 3)
5 Ayat Kesimpulan Kecil /Penegasan Jelaslah bahawa, semangat kejiranan akan membawa
isi keberkatan agar dapat memupuk persefahaman.
Kepentingan perdana semangat kejiranan ialah jiran yang baik akan membawa keberkatan.
Hubungan baik antara jiran penting bagi mewujudkan sebuah kehidupan yang harmoni dan aman.
Tamsilnya, jiran yang baik akan menghulurkan bantuan sekiranya diperlukan dan berkongsi
kegembiraan pada bila-bila masa. Implikasinya, sikap ini akan menyempurnakan iman seseorang
kerana menganggap jiran sebagai kawan dan bukannya lawan. Jelaslah bahawa, semangat kejiranan
akan membawa keberkatan agar dapat memupuk persefahaman.
[64 patah perkataan]
5
1103/1 SULIT
FORMULA ISI
Bil. Ayat Formula
1 Ayat Isi PW+ KS+ ialah+ISI (Subjek)
2 Ayat Mengapa PW+ Mengapa
3 Ayat Contoh PW+ Contoh ( korelasi denga isi)
4 Ayat Kesan PW+ Kesan (dari contoh)
5 Ayat Kesimpulan Kecil /Penegasan PW+KS+ialah+ISI+ Harapan
isi
Bil. Ayat Formula
1 Ayat Isi Langkah vital memupuk semangat kejiranan ialah dengan
menggalakkan aktiviti kemasyarakatan.( BAHAN 2)
2 Ayat Mengapa Hal ini dikatakan demikian kerana aktiviti kemasyarakatan
membentuk ikatan silaturahim/ukhuwah dalam kalangan
penduduk setempat kerana tak kenal maka tak cinta.
3 Ayat Contoh Sebagai analoginya, penduduk setempat boleh mengadakan
aktiviti bergotong-royong dan amalan kunjung-mengunjungi
semasa musim perayaan. (BAHAN 1 DAN BAHAN 2)
4 Ayat Kesan Impaknya, jiran dapat bertanyakan khabar dan bercerita tentang
pengalaman masing-masing dengan lebih dekat.
5 Ayat Kesimpulan Kecil /Penegasan Izharnya, aktiviti kemasyarakatan dapat memupuk semangat
isi kejiranan agar dapat mengenali adat dan budaya kaum lain.
Menyedari kepentingan semangat kejiranan ini, langkah pragmatik perlu diambil iaitu dengan
menggalakkan aktiviti kemasyarakatan. Aktiviti kemasyarakatan dapat membentuk ikatan ukhuwah
dalam kalangan penduduk kerana tak kenal maka tak cinta. Sebagai analoginya, penduduk
mengadakan aktiviti bergotong-royong dan amalan kunjung-mengunjungi semasa musim perayaan.
Impaknya, jiran dapat bertanyakan khabar dan bercerita tentang pengalaman masing-masing. Izharnya,
aktiviti kemasyarakatan penting agar dapat mengenali adat dan budaya kaum lain.
[59 patah perkataan]
6
1103/1 SULIT
FORMULA MENULIS PENUTUP
Bil. Ayat Formula
1 Ayat RUMUSAN PW+ sokong@tidak menyokong KEHENDAK SOALAN
2 Ayat Pendapat PW+Cadangan
3 Ayat Cadangan PW+ Harapan dalaman
4 Ayat Harapan PW+ Harapan sentuh NEGARA
Bil. Ayat Formula
1 Ayat RUMUSAN
2 Ayat Pendapat Semangat kejiranan pelu dipraktikkan kerana bulat air
kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
3 Ayat Cadangan
4 Ayat Harapan Dalam hal ini, semua pihak perlu bersinergi dan mengikis sikap
enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing dalam
diri
Pelbagai usaha ini mampu memastikan Malaysia sentiasa aman
dan harmoni.
Oleh yang demikian, dengan meningkatkan semangat kejiranan,
perpaduan negara akan bertambah utuh dan teguh.
Konklusinya, semangat kejiranan pelu dipraktikkan kerana bulat air kerana pembentung, bulat
manusia kerana muafakat. Dalam hal ini, semua pihak perlu bersinergi dan mengikis sikap enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing dalam diri. Pelbagai usaha ini mampu memastikan Malaysia sentiasa aman
dan harmoni. Oleh yang demikian, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan negara akan bertambah
utuh dan teguh. [44 patah perkataan]
7
1103/1 SULIT
CONTOH KARANGAN LENGKAP ( KAEDAH 1)
Semangat kejiranan sangat signifikan dalam kalangan masyarakat Malaysia pelbagai kaum. Hal
ini dikatakan demikian kerana Malaysia terkenal dengan rakyatnya yang penuh diversiti bangsa dan
agama. Oleh itu, penduduk setempat perlu hidup secara bergantungan tanpa mengira kaum dan agama
kerana jiran sepakat membawa berkat. Persoalannya, apakah maslahat semangat kejiranan dan prakarsa
memupuknya?
Kepentingan perdana semangat kejiranan ialah jiran yang baik akan membawa keberkatan.
Hubungan baik antara jiran penting bagi mewujudkan sebuah kehidupan yang harmoni dan aman.
Tamsilnya, jiran yang baik akan menghulurkan bantuan sekiranya diperlukan dan berkongsi
kegembiraan pada bila-bila masa. Implikasinya, sikap ini akan menyempurnakan iman seseorang
kerana menganggap jiran sebagai kawan dan bukannya lawan. Jelaslah bahawa, semangat kejiranan
akan membawa keberkatan agar dapat memupuk persefahaman.
Menyedari kepentingan semangat kejiranan ini, langkah pragmatik perlu diambil iaitu dengan
menggalakkan aktiviti kemasyarakatan. Aktiviti kemasyarakatan dapat membentuk ikatan ukhuwah
dalam kalangan penduduk kerana tak kenal maka tak cinta. Sebagai analoginya, penduduk
mengadakan aktiviti bergotong-royong dan amalan kunjung-mengunjungi semasa musim perayaan.
Impaknya, jiran dapat bertanyakan khabar dan bercerita tentang pengalaman masing-masing. Izharnya,
aktiviti kemasyarakatan penting agar dapat mengenali adat dan budaya kaum lain.
Konklusinya, semangat kejiranan pelu dipraktikkan kerana bulat air kerana pembentung, bulat
manusia kerana muafakat. Dalam hal ini, semua pihak perlu bersinergi dan mengikis sikap enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing dalam diri. Pelbagai usaha ini mampu memastikan Malaysia sentiasa aman
dan harmoni. Oleh yang demikian, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan negara akan bertambah
utuh dan teguh.
[215 patah perkataan]
8
1103/1 SULIT
CONTOH KARANGAN (KAEDAH 2 = 3 BAHAN = 3 ISI)
FORMULA PENDAHULUAN Formula
Bil. Ayat PW+ TEMA ( POSITIF)
1 Ayat TEMA Cerita mengenai TEMA
2 Pendapat PW+KS ( ambil serupa daripada soalan)
3 Ayat KEHENDAK SOALAN
Bil. Ayat Formula
1 Ayat TEMA
Semangat kejiranan sangat penting/signifikan dalam kalangan
2 Pendapat masyarakat Malaysia pelbagai kaum yang memiliki diversiti kaum dan
3 Ayat KEHENDAK SOALAN agama.
Oleh itu, penduduk setempat perlu hidup secara bergantungan antara
satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama.
Persoalannya, apakah kepentingan/maslahat semangat kejiranan dan
langkah/prakarsa memupuknya?
Semangat kejiranan sangat signifikan dalam kalangan masyarakat Malaysia pelbagai kaum
yang memiliki diversiti kaum dan agama. Oleh itu, penduduk setempat perlu hidup secara
bergantungan tanpa mengira kaum dan agama kerana jiran sepakat membawa berkat. Persoalannya,
apakah maslahat semangat kejiranan dan prakarsa memupuknya?
[39 patah perkataan]
9
1103/1 SULIT
FORMULA ISI Formula
Bil. Ayat PW+ KS+ ialah+ISI (Subjek)
1 Ayat Isi PW+ Mengapa
2 Ayat Mengapa PW+ Contoh ( korelasi dengan isi)
3 Ayat Contoh + kesan
Bil. Ayat Formula (BAHAN 1)
1 Ayat Isi
Langkah vital memupuk semangat kejiranan ialah dengan
2 Ayat Mengapa menganjurkan aktiviti bergotong-royong
3 Ayat Contoh + kesan Melalui aktiviti gotong-royong, penduduk dapat
berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang
aktiviti yang akan dilakukan.
Sebagai analoginya, penduduk setempat boleh
mengadakan aktiviti bergotong-royong membersihkan
kawasan setempat kerana mencegah lebih baik daripada
mengubati.
Langkah vital memupuk semangat kejiranan ialah dengan menganjurkan aktiviti bergotong-
royong. Melalui aktiviti gotong-royong, penduduk dapat berkumpul dan bekerjasama sambil
berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Sebagai analoginya, penduduk setempat boleh
mengadakan aktiviti bergotong-royong membersihkan kawasan setempat kerana mencegah lebih baik
daripada mengubati.
[38 patah perkataan]
10
1103/1 SULIT
FORMULA ISI Formula
Bil. Ayat PW+ KS+ ialah+ISI (Subjek)
1 Ayat Isi PW+ Mengapa
2 Ayat Mengapa PW+ Contoh ( korelasi denga isi)
3 Ayat Contoh + kesan
Bil. Ayat Formula ( BAHAN 2)
1 Ayat Isi
Langkah seterusnya memupuk semangat kejiranan ialah dengan
2 Ayat Mengapa menggalakkan aktiviti kemasyarakatan
3 Ayat Contoh + kesan Hal ini dikatakan demikian kerana aktiviti kemasyarakatan
membentuk ikatan silaturahim/ukhuwah dalam kalangan
penduduk setempat kerana tak kenal maka tak cinta.
Sebagai analoginya, penduduk setempat boleh mengamalkan
amalan kunjung-mengunjungi semasa musim perayaan seperti
Hari Raya Aidilfitri agar memupuk nilai saling menghormati.
Selain itu, langkah seterusnya ialah dengan menggalakkan aktiviti kemasyarakatan. Aktiviti
kemasyarakatan dapat membentuk ikatan ukhuwah dalam kalangan penduduk kerana tak kenal maka
tak cinta. Sebagai analoginya, penduduk mengamalkan amalan kunjung-mengunjungi semasa musim
perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri agar memupuk nilai saling menghormati.
[35 patah perkataan]
11
1103/1 SULIT
FORMULA ISI Formula
Bil. Ayat PW+ KS+ ialah+ISI (Subjek)
1 Ayat Isi PW+ Mengapa
2 Ayat Mengapa PW+ Contoh ( korelasi denga isi)
3 Ayat Contoh + kesan
Bil. Ayat Formula (BAHAN 3)
1 Ayat Isi
Kepentingan perdana semangat kejiranan dalam kalangan
2 Ayat Mengapa penduduk setempat ialah jiran yang baik akan membawa
keberkatan.
3 Ayat Contoh + Kesan
Hal ini dikatakan demikian kerana hubungan baik antara jiran
amat penting bagi mewujudkan sebuah kehidupan yang harmoni
dan aman antara jiran.
Tamsilnya, jiran yang baik akan menghulurkan bantuan
sekiranya diperlukan dan berkongsi kegembiraan kerana
menganggap jiran sebagai kawan.
Kepentingan perdana semangat kejiranan ialah jiran yang baik akan membawa keberkatan.
Hubungan baik antara jiran penting bagi mewujudkan sebuah kehidupan yang harmoni dan aman.
Tamsilnya, jiran yang baik akan menghulurkan bantuan sekiranya diperlukan dan berkongsi
kegembiraan pada bila-bila masa kerana mengganggap jiran sebagai kawan.
[44 patah perkataan]
12
1103/1 SULIT
FORMULA MENULIS PENUTUP
Bil. Ayat Formula
1 Ayat RUMUSAN PW+ sokong@tidak menyokong KEHENDAK SOALAN
2 Ayat Pendapat PW+Cadangan
3 Ayat Cadangan PW+ Harapan dalaman
Bil. Ayat Formula
1 Ayat RUMUSAN
2 Ayat Pendapat Semangat kejiranan pelu dipraktikkan kerana bulat air
kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat
3 Ayat Harapan
Dalam hal ini, semua pihak perlu bersinergi dan mengikis sikap
enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing dalam
diri.
Pelbagai usaha ini mampu memastikan Malaysia sentiasa aman
dan harmoni.
Konklusinya, semangat kejiranan pelu dipraktikkan kerana bulat air kerana pembentung, bulat
manusia kerana muafakat. Dalam hal ini, semua pihak perlu bersinergi dan mengikis sikap enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing dalam diri. Pelbagai usaha ini mampu memastikan Malaysia sentiasa aman
dan harmoni. [30 patah perkataan]
13
1103/1 SULIT
CONTOH KARANGAN LENGKAP KAEDAH 2 (berdasarkan bahan rangsangan)
Semangat kejiranan sangat signifikan dalam kalangan masyarakat Malaysia pelbagai kaum
yang memiliki diversiti kaum dan agama. Oleh itu, penduduk setempat perlu hidup secara
bergantungan tanpa mengira kaum dan agama kerana jiran sepakat membawa berkat. Persoalannya,
apakah maslahat semangat kejiranan dan prakarsa memupuknya?
Langkah vital memupuk semangat kejiranan ialah dengan menganjurkan aktiviti bergotong-
royong. Melalui aktiviti gotong-royong, penduduk dapat berkumpul dan bekerjasama sambil
berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Sebagai analoginya, penduduk setempat boleh
mengadakan aktiviti bergotong-royong membersihkan kawasan setempat kerana mencegah lebih baik
daripada mengubati.
Selain itu, langkah seterusnya ialah dengan menggalakkan aktiviti kemasyarakatan. Aktiviti
kemasyarakatan dapat membentuk ikatan ukhuwah dalam kalangan penduduk kerana tak kenal maka
tak cinta. Sebagai analoginya, penduduk mengamalkan amalan kunjung-mengunjungi semasa musim
perayaan Hari Raya Aidilfitri agar memupuk nilai saling menghormati antara pelbagai kaum.
Langkah-langkah tersebut perlu diambil kerana menyedari akan kepentingan semangat
kejiranan. Kepentingan perdana semangat kejiranan ialah jiran yang baik akan membawa keberkatan.
Hubungan baik antara jiran penting bagi mewujudkan sebuah kehidupan yang harmoni dan aman.
Tamsilnya, jiran yang baik akan menghulurkan bantuan sekiranya diperlukan dan berkongsi
kegembiraan pada bila-bila masa kerana mengganggap jiran sebagai kawan.
Konklusinya, semangat kejiranan pelu dipraktikkan kerana bulat air kerana pembentung, bulat
manusia kerana muafakat. Dalam hal ini, semua pihak perlu bersinergi dan mengikis sikap enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing dalam diri. Pelbagai usaha ini mampu memastikan Malaysia sentiasa aman
dan harmoni.
[196 patah perkataan]
14
1103/1 SULIT
PERINGATAN PENTING SEMASA MENJAWAB KERTAS 1 BAHAGIAN A
▪ SEMUA BAHAN/ SOALAN HENDAKLAH DIGUNAKAN DAN DIMASUKKAN
DALAM KARANGAN sama ada dalam bahagian pendahuluan, isi atau penutup.
▪ TEKNIK HURAIAN ISI – Perlulah berdasarkan kepada teknik yang telah diajarkan
oleh guru bukannya memandai-mandai sendiri.
Kalaupun lah meniru, mesti juga isi atau huraian berdasarkan bahan bukannya
kamu fikir sendiri. CUBA FIKIR LOGIK AKAL – apa guna bahan rangsangan
diberikan tapi ditengok-tengok sahaja kan. ITULAH MAKANYA SEBELUM
PEPERIKSAAN, CGU INGATKAN KALAU MENIRU BAWA OTAK, JANGAN
DITINGGALKAN OTAK ITU. RUGI BAH.
Memang tidak dinafikan, kita akan merujuk bahan Internet semasa membuat
karangan kerana ingin mencari idea. Namun PERLU BIJAK bah……
BIJAK….PINTAR……
Dari situlah sebenarnya – cgu dapat mengesan karangan murid-murid yang
meniru @ menyalin. Mereka menyalin bulat-bulat daripada bahan karangan
tanpa berfikir terlebih dahulu.
Terdapat karangan yang kehendak soalannya betul tapi huraian isi diambil
daripada karangan yang ditiru – contoh keselamatan, pelancongan.
Tiada penanda wacana/PW yang jelas menunjukkan sesuatu huraian isi.
▪ PASTIKAN BILANGAN AYAT SETIAP PERENGGAN ITU SAMA RATA – SEPERTI
YANG DIAJARKAN GURU. KALAU 5 AYAT- MAKA 5 AYATLAH KEJADIANNYA
▪ PASTIKAN ISI DAN CONTOH BERKAITAN ANTARA SATU SAMA YANG LAIN.
ISI – BERGOTONG-ROYONG CONTOH- XADA SEBUT ATAU NYATAKAN
BERKAITAN GOTONG ROYONG. SEBALIKNYA NYATAKAN AYAT LAIN.
MAKSUDNYA AYAT INI TIADA KESINABUNGAN/KOHEREN.
▪ PASTIKAN SETIAP AYAT MEMPUNYAI SUBJEK YANG JELAS
SUBJEK AYAT – tidak semestinya manusia. Perkara atau benda juga boleh
menjadi subjek. ASALKAN SESUATU AYAT TIDAK BERMULA DENGAN
KATA KERJA – mengadakan…….diberikan…..melakukan…… (SIAPA BUAT?
15
1103/1 SULIT
HANTU? KAMU KAH? Kalau kamu, tulis nama mu di situ jadi cgu tau
bahawasanya kamu yang buat.
▪ KARANGAN BHG A – PERLU AKUR DENGAN JUMLAH PATAH PERKATAAN
YANG DITETAPKAN.
Jangan lah bah terlalu melebih-lebih kan. Ini ndak, gara-gara meniru, maka
publas menulis bah. Ndak kisah sampai 350 patah perkataan pun ditulis.
ASALKAN KERTAS PENUH. Nah ini juga tanda-tanda meniru @menyalin bah.
▪ Setelah menguasai Teknik menulis karangan, barulah kita tambah baik karangan dengan
memasukkan KOSA KATA LUAS/PERIBAHASA YANG BERSESUAIAN – seperti
dalam cadangan markah pemarkahan SPM. KARANGAN ITU AKAN MENJADI
SANGAT-SANGAT SEMPURNA DAN MENEPATI KEHENDAK SOALAN.
▪ KARANGAN DITULIS DALAM 1 PERENGGAN SAHAJA. MURID NI BETUL-
BETUL MASIH DI AWANG-AWANGAN BAH. KALI NDAK SEDAR DIRI SUDAH
BERADA DI TING 5 YANG XLAMA LAGI MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM.
Heran bin ajaib cgu jadinya.
▪ MURID TIDAK MENJAWAB BAHAGIAN A – mungkin markahnya sangat sedikit jadi
malas mau buat kan? Sedangkan semua isi ada dalam bahan. TIDAK PERLU FIKIR
LAMA. Cuma analisis sekejap.
Kalau kamu rasa analisis susah, itu makanya kalau buat latihan atau diarahkan
menyalin karangan, SILA FOKUS. Jangan asal main salin jak.
Cgu tahu ada yang bermasalah data, namun ada bahan pdpr diberikan setiap
selesai kelas.
Sekiranya bermasalah data setiap kali kelas, sepatutnya kamu fikir kaedah untuk
mendapatkan data atau tempat yang bersesuaian. Cth Taman semarak
bermasalah data. Memang 24 jam kah masalah data tu? Atau masa main
permainan video, xada masalah. Masa mau kelas pdpr, baru ada masalah.
KALAU BEGITU, TUKAR MASA MU MAIN GAME. Yang penting KAMU
BELAJAR dan bukannya berpeluk tubuh sahaja.
▪ SOALAN INI SANGAT MEMBANTU KAMU UNTUK MEMPEROLEH MARKAH
16
1103/1 SULIT
YANG BAIK DALAM KERTAS 1. SANGAT RUGI SEKIRANYA DISIA-SIAKAN
BEGITU SAHAJA.
U/P : MAAF KALAU CGU KASAR, NAMUN KAMU SEHARUSNYA SEDAR, XLAMA
LAGI PEPERIKSAAN SPM. KITA PERLU BERSEDIA SEUTUHNYA WALAUPUN
BELAJAR MELALUI PDPR.
INGAT. INI BARU TEGURAN KERTAS 1 BAHAGIAN A – 30 MARKAH.
17