The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by miedacute80, 2021-06-15 23:27:31

BAHASA MELAYU STANDARD PDF

BAHASA MELAYU STANDARD PDF

MENUKAR PROSA
KLASIK KEPADA
BAHASA MELAYU
STANDARD

KERTAS 2
BAHAGIAN A: SOALAN 4

PENGENALAN

• Menukarkan bahan teks klasik kepada bahasa Melayu moden/
standard.

• Bahan diambil daripada teks KOMSAS Tingkatan 4 & 5.
• Panjang petikan: antara 50 hingga 60 patah perkataan.
• Calon tidak perlu mengubah bentuk dan maksud asal petikan

(contoh: cakap ajuk tidak perlu ditukar kepada cakap pindah).
• Bentuk skema permarkahan adalah secara holistik.
• Jumlah markah tidak tetap.

Bahasa Bahasa Bahasa
Melayu Kuno Melayu Klasik Melayu
Moden

Ciri-ciri Bahasa Melayu
Klasik

Tahukah anda?
Bahasa Melayu klasik menggunakan aksara Jawi dalam
tulisan.

1. Ayatnya panjang, berulang dan berbelit-belit.

• Maka yang sebahagi Laksamana ambil itu dibahagi tiga pula; yang
sebahagi itu didermakan pada segala fakir miskin dan sebahagi
lagi diberikan pada segala pegawai yang tiada penguasaan dan
sebahagi diberikan pada segala orangnya.

2. Banyak menggunakan ayat pasif.

• Maka sirih pada jorong emas dipersembahkan oranglah kepada
raja.

3. Banyak menggunakan ayat susunan songsang

• Maka ada raja dua bersaudara seorang Namanya Raja Ahmad
dan seorang namanya Raja Muhammad. Adapun yang tua Raja
Ahmad.

4. Banyak menggunakan kosa kata klasik.

• Kerap kali menggunakan perkataan yang tidak digunakan lagi
seperti sahaya (saya), centera (cerita), khial (khayal), masyhgul
(sedih) dan lain-lain.

5. Banyak menggunakan kata pangkal ayat.

• Alkisah bermaksud begini ceritanya.
• Arakian bermaksud selepas itu.
• Hatta bermaksud lalu atau maka.
• Kendatipun bermaksud walaupun.

6. Partikel –pun dan –lah banyak digunakan.

• Maka baginda pun menyuruh memanggil Seri Nara Diraja; maka
dia pun hadirlah.

7. Penggunaan bahasa Arab.

• Allah taala
• daulat
• wallahualam

8. Penggunaan bahasa istana.

• beradu
• bersiram
• gering
• santap

Persoalannya,

apakah teknik
menukarkan bahasa klasik
kepada bahasa standard?

Apakah teknik menukarkan bahasa klasik kepada
bahasa standard?

1. Baca keseluruhan petikan sehingga faham.
2. Pelajar perlu ingat bahawa jawapan yang ditulis mestilah dalam

bahasa Melayu moden.
3. Gariskan perkataan-perkataan bahasa klasik yang dapat ditukarkan.

Apakah teknik menukarkan bahasa klasik kepada
bahasa standard?

4. Istilah-istilah seperti; hatta, arakian, syahadan dan kalakian
digugurkan kerana tidak digunakan dalam bahasa Melayu moden.

5. Partikel –pun dan –lah juga perlu digugurkan.

Apakah teknik menukarkan bahasa klasik kepada
bahasa standard?

5. Walau bagaimanapun, kosa kata daripada bahasa istana seperti
mencemar duli, gering, mangkat, santap, bersiram dan sebagainya

hendaklah dikekalkan.
6. Begitu juga dengan KGND seperti baginda, bonda, anakanda,

permaisuri, kekanda dan lain-lain turut dikekalkan.

Apakah teknik menukarkan bahasa klasik kepada
bahasa standard?

7. Struktur ayat Bahasa klasik bertentangan dengan bahasa moden.
Contohnya:

BM klasik : Maka berangkatlah baginda ke istana.
BM moden : Lalu baginda berangkat ke istana.

Nota:
baginda – KGND (kekal)
maka - lalu (tukar)
partikel –lah (buang)

Apakah teknik menukarkan bahasa klasik kepada
bahasa standard?

Contoh 2:

BM klasik : Maka seketika itu pun berputeralah tuan puteri itu
seorang anak lelaki.

BM moden : Lalu, pada masa itu, tuan puteri itu melahirkan
seorang anak lelaki.

Nota:
tuan puteri - bahasa istana (kekal)
maka - lalu & berputeralah - melahirkan (tukar)
partikel –pun (buang)

Apakah teknik menukarkan bahasa klasik kepada
bahasa standard?

Contoh 3:

BM klasik : Maka oleh Hang Tuah dipalang kepala dua orang
yang mengamuk itu terbelah dua.

BM moden: Lalu Hang Tuah memarang kepala dua orang yang
mengamuk itu sehingga terbelah dua.

Nota:
Hang Tuah - kata nama khas (kekal)
Maka - Lalu (tukar)

ARAHAN SOALAN

Baca petikan Bahasa Melayu Klasik di bawah dengan
teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam
Bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk
dan maksud asalnya.

CONTOH 1

BAHASA MELAYU KLASIK BAHASA MELAYU MODEN

• Sebermula maka Kertala Sari pun • Maka, Kertala Sari masuk ke dalam.
masuk ke dalam.
• Kertala Sari melihat ramai orang
• Maka dilihatnya oleh Kertala Sari berkawal dengan pelbagai jenis
orang berkawal terlalu banyak alat senjata.
dengan alat senjatanya.
• Kemudian, Kertala Sari membaca
• Maka Kertala Sari pun membaca jampinya lalu berjalan di tengah-
pustakanya lalu berjalan di tengah tengah orang yang sedang
orang banyak itu. berkawal itu.

• Maka ia pun pergi ke rumah • Lalu, dia masuk ke rumah orang
seorang kaya. berada.

CONTOH 2

BAHASA MELAYU KLASIK BAHASA MELAYU MODEN

• Maka Kertala Sari pun pandang • Lalu, Kertala Sari memandang
pada Laksamana itu. Laksamana.

• Maka ia pun fikir di dalam hatinya, • Lalu, dia berfikir di dalam hati
“Dialah gerangan hulubalang Ratu “Benarlah hulubalang di
Melaka yang bernama Laksamana hadapanku ialah Laksamana.
itu.
• Melihat kepada penampilan
• Jikalau demikian lakunya, Laksamana, memang tidak
sungguhlah ia dapat membunuh mustahil ayahku tewas kepada
bapaku, kerana ia penjurit besar Laksamana kerana Laksamana
lagi kepetangan.” memang seorang pahlawan yang
sangat berilmu dan
berpengalaman.”

CONTOH 3

BAHASA MELAYU KLASIK BAHASA MELAYU MODEN

• Maka Laksamana pun menyuruh • Seterusnya, Laksamana
membawa segala senjata yang mengarahkan orang bawahannya
banyak-banyak itu, lembing dan membawa pelbagai jenis senjata
tombak, dan kayu. seperti lembing, tombak dan kayu.

• Maka diatur oleh Laksamana • Laksamana mengatur mereka
berkeliling istana itu. untuk berjaga di sekitar kawasan
istana.
• Maka dibubuhnya suatu hikmat,
radak-meradak dan tetak-menetak • Dia menggunakan sihir
sama sendirinya dan kayu itu palu- sehinggakan semua senjata
memalu, tembak-menembak, tetak-
menetak dan kayu palu-memalu
• terlalu gemuruh bunyinya. sesama sendiri.

• Bunyi yang dihasilkan begitu kuat.

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, tulis petikan tersebut semula dalam
bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Sebermula maka Laksamana pun memakai pakaian penjurit. Maka Laksamana pun

berjalanlah. Pada malam itu kelam-kabut dan hujan pun rintik-rintik. Maka Kertala Sari

pun masuklah ke dalam kota. Maka Laksamana pun tidur di tengah pasar itu. Maka

didengar oleh Laksamana kaki Kertala Sari itu terlalu gemuruh bahananya. Maka

Laksamana pun tahulah akan Kertala Sari datang itu.

Dipetik daripada
Kepimpinan Melalui Teladan
dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia

[6 markah]

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, tulis petikan tersebut semula dalam
bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

1

Sebermula maka Laksamana pun memakai pakaian penjurit. Maka Laksamana pun
berjalanlah.2Pada malam itu kelam-kabut dan hujan pun rintik-rin3tik. Maka Kertala Sari

45

pun masuklah ke dalam kota. Maka Laksamana pun tidur di tengah pasar itu. Maka
didengar oleh Laksamana kaki Kertala Sari itu terlalu gemuruh bahanan6ya. Maka

Laksamana pun tahulah akan Kertala Sari datang itu.7

Dipetik daripada
Kepimpinan Melalui Teladan
dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia

[6 markah]

CONTOH JAWAPAN PENUH

Laksamana memakai pakaian penjurit. 1 Lalu,
Laksamana berjalan.2 Pada malam itu, hujan rintik-rintik
dan keadaan kelam-kabut.3 Kertala Sari masuk ke
dalam kota. 4 Kemudian, Laksamana tidur di tengah
pasar itu.5Laksamana mendengar bunyi kaki Kertala Sari
itu terlalu kuat bunyinya. 6 Laksamana mengetahui
bahawa Kertala Sari yang datang. 7


Click to View FlipBook Version