The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERSEDIAAN-PERSEDIAAN UNTUK MENEMPUAH ALAM PEKERJAAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by miedacute80, 2021-06-15 08:40:16

PERSEDIAAN-PERSEDIAAN UNTUK MENEMPUAH ALAM PEKERJAAN

PERSEDIAAN-PERSEDIAAN UNTUK MENEMPUAH ALAM PEKERJAAN

FORMAT DAN TEKNIK BINAAN PERENGGAN
KARANGAN BAHAGIAN B
1 JAM 30 MINIT

1. BACA ARAHAN SOALAN DENGAN TELITI MENGIKUT DOMAIN

2. ADA 4 DOMAIN
 DOMAIN AWAM
 DOMAIN PERIBADI
 DOMAIN PENDIDIKAN
 DOMAIN KERJAYA

3. BUAT PILIHAN SOALAN (DOMAIN) YANG MUDAH UNTUK DIJAWAB

4. BACA PETIKAN SOALAN DENGAN TELITI DAN BERHATI-HATI BAGI
MEMUDAHKAN MENGESAN TEMA, KEHENDAK SOALAN (KS) DAN
KELOMPOK (SIAPA) - PENDAHULUAN

5. JUMLAH PERENGGAN SEBANYAK 6 PERENGGAN

 PERENGGAN 1 - PENDAHULUAN

 PERENGGAN 2 - ISI PERTAMA

 PERENGGAN 3 - ISI KEDUA ADA 4 ISI (KS)

 PERENGGAN 4 - ISI KETIGA

 PERENGGAN 5 - ISI KEEMPAT

 PERENGGAN 6 - PENUTUP

6. SETIAP PERENGGAN SEKURANG-KURANGNYA MEMPUNYAI 6 ATAU 7
AYAT UNTUK MENCAPAI 350 PATAH PERKATAAN HINGGA 500 PATAH
PERKATAAN

7. SENARAIKAN 4 ISI SAHAJA SEBAGAI RANGKA JAWAPAN

8. KEMUDIAN BINA KARANGAN DENGAN LENGKAP

ANDA MAHU KARANGAN TAHAP
CEMERLANG???

1. TEKNIK HURAIAN perlu menepati KEHENDAK SOALAN.
2. WOW boleh disisip masuk dalam perenggan PENDAHULUAN, ISI DAN PENUTUP

dan pastikan berkait dengan ayat sebelumnya .
3. Aplikasi penggunaan KOSA KATA LUAS.
4. Sisip masuk 3 PERIBAHASA secara BERSAHAJA.

BAHAGIAN B
[70 MARKAH]
(1 JAM 30 MINIT)

SOALAN : DOMAIN KERJAYA

Penangguhan tarikh peperiksaan SPM pada tahun 2020 ke tahun 2021, tidak menjadi asbab
untuk calon SPM tersebut patah semangat. Mereka tetap gigih berusaha dan sentiasa
mengulang kaji pelajaran. Mereka tetap berhasrat untuk meraih keputusan yang cemerlang
agar mereka layak mendapat tempat belajar di peringkat yang lebih tinggi. Bagi mereka,
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi mampu merealisasikan impian
kerjaya mereka.

(Sumber : Internet)

Sebagai seorang pelajar yang berwawasan tentunya anda mempunyai kerjaya impian anda
sendiri. Tulis pendapat anda tentang langkah-langkah yang akan anda lakukan untuk
mencapai kerjaya impian anda.

BORANG ANALISIS SOALAN

TEMA 3 KERJAYA MENITI JAYA

KEHENDAK Langkah-langkah yang akan anda lakukan untuk mencapai
SOALAN kerjaya impian anda.

FORMAT Tiada

SIAPA Anda - saya (sebagai seorang pelajar SPM)

ISI PENTING i. Kelulusan yang sesuai dengan kerjaya impian
ii. Menguasai lebih daripada dua bahasa - kemahiran berbahasa
iii. Mempunyai pelbagai kemahiran
iv. Meningkatkan ilmu dan pengetahuan dalam bidang tersebut

PERIBAHASA/UM i. yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang
WOW melayang.

ii. membaca itu jambatan ilmu.
iii. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
iv. Bagai aur dengan tebing
v.

i. Nur Amalina Che Bakri pelajar cemerlang dalam peperiksaan
Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2004 dengan memperoleh
17A1 berjaya mecapai impiannya menjadi seorang doktor
pakar bedah yang kini berkhidmat di London.

ii.

FORMULA MENULIS PENDAHULUAN

Bil. Ayat Formula Pendahuluan
1 Ayat TEMA TEMA ( POSITIF)

2 Pendapat 1- ISU Setiap individu mempunyai kerjaya impian dan cita-
cita yang tersendiri

Cerita mengenai TEMA

Demi mencapai kejayaan hidup, seseorang itu perlu
berusaha untuk merealisasikannya.

3 Pendapat 2 Kerjaya impian saya ialah menjadi seorang doktor

psikologi. Kerjaya yang amat mencabar dan berisiko

ini merupakan cita-cita saya sejak di bangku sekolah

lagi.

4 Ayat PW+ Contoh ( korelasi denga isi)

Mengapa/kesan/bagaimana

Bagaimana - Untuk mencapai hasrat ini, saya perlu

berusaha menyiapkan diri dengan persediaan-

persediaan yang lengkap kerana yang bulat tidak

datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.

5 Ayat KEHENDAK PW+KS (ambil serupa daripada soalan)

SOALAN

Namun persoalannya, apakah langkah-langkah yang

akan saya lakukan untuk mencapai kerjaya impian?

FORMULA MENULIS PERENGGAN ISI.

Bil. Ayat Formula Perenggan Isi
1 Ayat Isi PW+ KS+ ialah+ISI (Subjek)

Langkah-langkah yang dapat dilakukan untuk
mencapai kerjaya impian ialah saya perlu
mempunyai kelulusan yang sesuai dengan kerjaya
impian.

2 Ayat Mengapa 1 PW+ Mengapa

Hal ini demikian kerana saya perlu mempunyai
matlamat yang jelas berkenaan laluan masa hadapan
yang dipilih.

3 Ayat Bagaimana

Bagaimana/Mengapa 2

Rentetan daripada itu, saya wajib banyak membaca

bahan bacaan yang bertemakan bidang psikologi

kerana saya percaya membaca itu jambatan ilmu.

4 Ayat Contoh PW+ Contoh ( korelasi denga isi)

Misalnya, saya perlu medapat keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan SPM agar dapat
melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan
mengambil kursus perubatan seperti yang saya
impikan.

5 Ayat Kesan PW+ Kesan (dari contoh)

Kesannya, kecemerlangan akademik memudahkan
haluan untuk merealisasikan cita-cita saya seperti
Nur Amalina Che Bakri pelajar cemerlang dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun
2004 dengan memperoleh 17A1 berjaya mecapai
impiannya menjadi seorang doktor pakar bedah
yang kini berkhidmat di London.

6 Ayat Penegasan Isi / PW+KS+ialah+ISI+ Harapan
Kesimpulan Kecil
Sesungguhnya, kelulusan yang sesuai dengan kerjaya
impian memudahkan saya bersaing untuk
mendapatkan pekerjaan yang diimpikan.

*Wow boleh dimasukkan dimana-mana ayat yang BERSESUAIAN

Bil. Ayat Formula Perenggan Isi
1 Ayat Isi 2 PW+ KS+ ialah+ISI (Subjek)

Di samping, langkah-langkah yang dapat dilakukan
untuk mencapai kerjaya impian ialah saya perlu
mempunyai pelbagai kemahiran.

2 Ayat Mengapa 1 PW+ Mengapa

Hal ini terjadi kerana kemahiran sangat penting
untuk melahirkan modal insan yang kamil dan yakin
untuk berhadapan dengan sebarang cabaran yang
mendatang.

3 Ayat Bagaimana

Bagaimana/Mengapa 2

Lazimnya, saya perlu mengasah diri untuk menguasai

kemahiran insaniah yang meliputi beberapa aspek,

iaitu kemahiran berkomunikasi, mempunyai

pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan

masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran

sepanjang hayat dan pengurusan maklumat,

kemahiran keusahawanan, etika dan moral

profesional serta kemahiran kepimpinan.

4 Ayat Contoh PW+ Contoh ( korelasi denga isi)

Sebagai contoh, semasa berada di alam persekolahan,
saya perlulah menggunakan peluang yang ada untuk
bergerak aktif dalam aktiviti kokurikulum seperti
kemasyarakatan, sukan atau kebudayaan.

5 Ayat Kesan PW+ Kesan (dari contoh)

Implikasinya, kemahiran insaniah dapat
mempersiapkan diri saya dengan kemahiran yang
boleh diaplikasikan pada masa hadapan terutamanya
semasa berada dalam alam pekerjaan.

6 Ayat Penegasan Isi / PW+KS+ialah+ISI+ Harapan
Kesimpulan Kecil
Sudah terang lagi bersuluh,usaha untuk memiliki
pelbagai kemahiran amat penting agar saya dapat
berkecimpung dalam bidang yang saya minati itu.

Bil. Ayat Formula Perenggan Isi
1 Ayat Isi 3 PW+ KS+ ialah+ISI (Subjek)

Di samping itu,

2 Ayat Mengapa 1 PW+ Mengapa

Hal ini terjadi kerana

3 Ayat Bagaimana

Bagaimana/Mengapa 2

Oleh itu,

4 Ayat Contoh PW+ Contoh ( korelasi denga isi)

Contohnya,

5 Ayat Kesan PW+ Kesan (dari contoh)

Natijahnya,

6 Ayat Penegasan Isi / PW+KS+ialah+ISI+ Harapan
Kesimpulan Kecil
Hakikatnya,

Bil. Ayat Formula Perenggan Isi
1 Ayat Isi 4 PW+ KS+ ialah+ISI (Subjek)

Seterusnya,

2 Ayat Mengapa 1 PW+ Mengapa

Hal ini terjadi kerana

3 Ayat Bagaimana

Bagaimana/Mengapa 2

Oleh itu,

4 Ayat Contoh PW+ Contoh ( korelasi denga isi)

Contohnya,

5 Ayat Kesan PW+ Kesan (dari contoh)

Natijahnya,

6 Ayat Penegasan Isi / PW+KS+ialah+ISI+ Harapan
Kesimpulan Kecil
Hakikatnya,

FORMULA MENULIS PENUTUP

Bil. Ayat Formula Penutup
1 Ayat RUMUSAN
PW+ sokong@tidak menyokong KEHENDAK
SOALAN

Konklusinya, persediaan-persediaan ini wajar saya
lakukan sebagai prasyarat untuk mencapai kejayaan
impian saya nanti.

2 Ayat Cadangan 1 PW+Cadangan

Oleh itu, saya perlulah menitikberatkan kemajuan diri
saya dalam semua aspek sama ada dalam aspek
jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial.

3 Ayat Cadangan 2 Semua pihak seharusnya berganding bahu bagai aur
dengan tebing dalam usaha bagi melahirkan generasi
yang professional dan syumul dalam pelbagai sektor
pekerjaan.

4 Ayat Harapan 1 PW+ Harapan dalaman

Dengan cara ini, saya pasti dapat menangkis segala
dugaan yang mendatang kerana saya percaya bahawa
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

5 Ayat Harapan 2 PW+ Harapan sentuh NEGARA

Semoga pelbagai bidang pekerjaan dapat menjana
taraf hidup dan pertumbuhan ekonomi negara.


Click to View FlipBook Version