NAMA :____________________________________________ TINGKATAN:___________________________________________
SINTAKSIS
Peristiwa yang dapat dijadikan teladan/Iktibar/Pedoman/Pengajaran /Contoh Peristiwa Azraai memasang retinal scanner pada pintu apartment adik angkatnya, Farisha. Buktinya, Azraai berbuat demikian untuk melindungi keselamatan Farisha setelah berlaku satu kes pembunuhan tidak jauh dati tempat tinggal Farisha. Huraian : Peristiwa ini dapat diteladani kerana sikap bertanggungjawab yang ditunjukkan dalam melindungi keselamatan orang yang disayangi. Peristiwa Haiqal memujuk dan menasihati Ratna yang gagal setelah memperoleh keputusan yang baik dalam peperiksaan SPM. Buktinya, Haiqal menasihati Ratna agar terus berusaha kerana gagal dalam peperiksaan bukanlah bermakna dia gagal dalam hidupnya. Huraian : Peristiwa ini dapat diteladani kerana kita perlu menunjukkan sikap prihatin terhadap kesedihan orang lain. Peristiwa Farisha berasa sedih apabila mendapat tahu abangnya Azraai menghidap penyakit jantung. Buktinya, Farisha menangis kerana tidak mahu kehilangan abangnya. Huraian : Peristiwa ini dapat diteladani kerana mendidik pembaca agar sentiasa menyayangi keluarga walaupun bukan keluarga kandung. Peristiwa Abdullah bin Kayan menulis manuskrip untuk anaknya Haiqal sebagai bukti kerinduan dan kasih sayang kepada anaknya. Buktinya, Abdullah bin Kayan telah terpisah dengan anaknya sejak kecil setelah dia bercerai dengan isterinya, Rafiqah. Huraian : Peristiwa ini dapat diteladani agar sentiasa mengingati dan menyayangi ahli keluarga. DI SEBALIK DINARA SILIR DAKSINA
Peristiwa yang menimbulkan keinsafan Peristiwa Farisha dengan Karl ketika Karl sedang nazak di rumah agamnya di Puchong. Buktinya, Farisha menyatakan bahawa dia akan sentiasa mengingati ayahnya itu dan mengucapkan selamat inggal kepada Karl. Huraian : Peristiwa ini menimbulkan keinsafan kerana kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain walau apa pun kesalahannya. Peristiwa Farisha sabar dan reda menerima kenyataan bahawa dia sebenarnya anak angkat dalam keluarga Azraai. Buktinya, Farisha tidak berdendam dengan ayah kandungnya walaupun Karl sanggup menggunakan tubuhnya sebagai bahan uji kaji. Huraian : Peristiwa ini menimbulkan keinsafan kerana kita hendaklah reda dan sabar dalam menghadapi dugaan hidup serta tidak menyalahkan takdir. Peristiwa umi, walid dan adik tirinya, Nurul Asiah hadir menyaksikan Haiqal membuat persembahan di balai raya Kampung Seri Purnama. Buktinya, umi akhirnya mengalah dan merestui minat Haiqal dalam bidang budaya dan sastera. Huraian : Peristiwa ini menimbulkan keinsafan kerana kita hendaklah memulihkan hubungan yang renggang antara ibu dengan anak. SILIR DAKSINA DI SEBALIK DINARA Peristiwa Haiqal menunaikan solat subuh terlebih dahulu di hentian bas dan teksi Batu Pahat. Buktinya, Haiqal berhenti sebentar sebelum meneruskan perjalannya ke Kampung Seri Purnama. Huraian : Peristiwa ini menimbulkan keinsafan kerana kita hendaklah patuh terhadap suruhan agama walau berada di mana-mana Sahaja.
Peristiwa yang menimbulkan perasaan Simpati/sedih/menyayat hati Peristiwa Farisha dengan Karl ketika Karl sedang nazak di rumah agamnya di Puchong. Buktinya, Farisha menyatakan bahawa dia akan sentiasa mengingati ayahnya itu dan mengucapkan selamat inggal kepada Karl. Huraian : Peristiwa ini menimbulkan perasaan sedih kerana pertemuan Farisha dengan bapa kandungnya merupakan pertemua pertama dan terakhir. Peristiwa Farisha yang ditanam dengan implan dan dimasukkan pelbagai ubat tanpa ubat bius oleh ayah kandungnya Karl. Buktinya, Karl berbuat demikian semata-mata ingin menjadikan Farisha genius. Huraian : Peristiwa ini menimbulkan perasaan sedih kerana ibu bapa sepatutnya melindungi anak-anak dan bukannya menganiayai anak kandung sendiri. Peristiwa Haiqal tidak dibenarkan uminya untuk melihat jenazah arwah ayahnya di Kampung Seri Purnama buat kali terakhir. Buktinya, uminya memberikan alasan pada masa itu Haiqal sedang menduduki peperiksaan UPSR. Huraian : Peristiwa ini menimbulkan perasaan sedih kerana sejak kecil Haiqal tidak pernah berjumpa dengan bapa kandungnya sehinggalah bapanya meninggal dunia. Peristiwa Abdullah bin Kayan menulis manuskrip untuk anaknya Haiqal sebagai bukti kerinduan dan kasih sayang kepada anaknya. Buktinya, Abdullah bin Kayan telah terpisah dengan anaknya sejak kecil setelah dia bercerai dengan isterinya, Rafiqah. Huraian : Peristiwa ini menimbulkan perasaan sedih kerana seorang ayah tidak dapat berjumpa dengan anaknya sehingga meninggal dunia. DI SEBALIK DINARA SILIR DAKSINA
PERISTIWA YANG MENIMBULKAN PERASAAN KAGUM/BANGGA/GEMBIRA Peristiwa Azraai memasang retinal scanner pada pintu apartment adik angkatnya, Farisha. Buktinya, Azraai berbuat demikian untuk melindungi keselamatan Farisha setelah berlaku satu kes pembunuhan tidak jauh dati tempat tinggal Farisha. Huraian : Peristiwa ini menimbulkan perasaan kagum kerana jelas menggambarkan sikap Azraai yang sangat menyayangi adiknya dan prihatin terhadap keselamatan Farisha. Peristiwa umi, walid dan adik tirinya, Nurul Asiah hadir menyaksikan Haiqal membuat persembahan di balai raya Kampung Seri Purnama. Buktinya, umi akhirnya mengalah dan merestui minat Haiqal dalam bidang budaya dan sastera. Huraian : Peristiwa ini menimbulkan perasaan kagum kerana hubungan yang renggang antara ibu dengan anak dapat dipulihkan. Peristiwa Farisha memaafkan kesalahan Karl dan tetap melawat Karl yang sedang nazak. Buktinya, Farisha memaafkan Karl dan Medina yang menjadikannya mangsa untuk mencapai keinginan mereka sehingga Farisha menjadi anak angkat selama 26 tahun. Huraian : Peristiwa ini menimbulkan perasaan kagum kerana memaparkan sikap pemaaf terutama kepada ahli keluarga dan bapa dan ibu agar kehidupan menjadi lebih tenang. Peristiwa Haiqal menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke sebuah universiti di bumi Kenyalang setelah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM. Buktinya, Haiqal berjaya meneruskan pengajian dalam bidang sastera seperti yang diidamkannya. Huraian : Peristiwa ini menimbulkan perasaan kagum kerana Haiqal tidak berputus asa dengan cita-citanya selama ini. SILIR DAKSINA DI SEBALIK DINARA
PERISTIWA YANG TIDAK WAJAR DICONTOHI/KRITIKAN MASYARAKAT/TEGURAN Peristiwa Farisha yang ditanam dengan implan dan dimasukkan pelbagai ubat tanpa ubat bius oleh ayah kandungnya Karl. Buktinya, Karl berbuat demikian sematamata ingin menjadikan Farisha genius. Huraian : Peristiwa ini tidak wajar dicontohi kerana tindakan ini tidak berperikemanusiaan dan bertentangan dengan agama. Peristiwa seorang wanita yang sedang asyik berbual di telefon dengan suara yang kuat dan mengganggu orang lain. Buktinya, wanita itu tidak mempedulikan orang yang ada di sekelilingnya. Huraian : Peristiwa ini tidak wajar dicontohi kerana mementingkan diri sendiri dan boleh mengundang pergaduhan. Peristiwa Haiqal tidak dibenarkan uminya untuk melihat jenazah arwah ayahnya di Kampung Seri Purnama buat kali terakhir. Buktinya, uminya memberikan alasan pada masa itu Haiqal sedang menduduki peperiksaan UPSR. Huraian : Peristiwa ini tidak wajar dicontohi kerana tindakan ini memutuskan hubungan antara bapa dengan anak. Peristiwa Haiqal bertengkar dengan uminya apabila uminya tidak membenarkan dia pergi ke kampung arwah ayahnya. Buktinya, umi tidak memberikan sebarang perbelanjaan kepada Haiqal. Huraian : Peristiwa ini tidak wajar dicontohi kerana tindakan ini menunjukkan sikap derhaka kepada ibu bapa. DI SEBALIK DINARA SILIR DAKSINA
SEBAB-SEBAB NOVEL WAJAR DIBACA Novel memaparkan peristiwa yang mampu memupuk perasaan kasih sayang antara ahli keluarga. Buktinya, Azraai sangat menyayangi adik angkatnya Farisha sehingga sanggup memasang retinal scanner pada pintu apartment Farisha untuk menjaga keselamatannya. Huraian : Novel ini wajar dibaca kerana mampu memupuk perasaan kasih sayang walaupun bukan keluarga kandung. Novel memaparkan watak yang dapat dijadikan contoh dalam kehidupan seharian. Buktinya, , Farisha memaafkan Karl dan Medina yang menjadikannya mangsa untuk mencapai keinginan mereka sehingga Farisha menjadi anak angkat selama 26 tahun. Huraian : Novel ini wajar dibaca kerana watak utama bersikap reda dan sabar dalam menghadapi dugaan dan cabaran. Novel memaparkan peristiwa yang mampu memupuk perasaan kasih sayang antara ahli keluarga. Buktinya,. Abdullah bin Kayan menulis manuskrip untuk anaknya Haiqal sebagai bukti kerinduan dan kasih sayang kepada anaknya Huraian : Novel ini wajar dibaca kerana mampu memupuk perasaan kasih sayang walaupun telah lama terpisah. Novel memaparkan peristiwa yang dapat memupuk kesedaran dalam kehidupan. Buktinya,. Haiqal memujuk dan menasihati Ratna yang gagal setelah memperoleh keputusan yang baik dalam peperiksaan SPM. Huraian : Novel ini wajar dibaca kerana mampu memupuk kesedaran agar tidak berputus asa dalam kehidupan. SILIR DAKSINA DI SEBALIK DINARA
MESEJ YANG INGIN DISAMPAIKAN Penulis ingin mendidik pembaca agar sentiasa menyayangi antara satu sama lain. Buktinya, Azraai sangat menyayangi adik angkatnya Farisha sehingga sanggup memasang retinal scanner pada pintu apartment Farisha untuk menjaga keselamatannya. Huraian : Mesej yang ingin disampaikan ialah nilai kasih sayang walaupun bukan keluarga kandung. Penulis ingin mendidik pembaca agar menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. Buktinya, Azraai bertanggungjawab menjaga Farisha dengan baik dan menyimpan identity Farisha yang sebenarnya. Huraian : Mesej yang ingin disampaikan ialah sikap bertanggungjawab memegang amanah yang diberikan dengan baik. Penulis ingin mendidik pembaca agar gigih menjalani kehidupan. Buktinya, Tauke Ong gigih mencari rezeki bagi menampung kehidupan keluarganya dengan menorah getah dan memungut hasil kampung. Huraian : Mesej yang ingin disampaikan ialah kegigihan dan tidak mudah berputus asa. Penulis ingin mendidik pembaca agar berani mengambil sesuatu tindakan. Buktinya, Haiqal berani untuk pergi ke Kampung Seri Purnama seorang diri bagi menjejaki kisah hidup ayahnya. Huraian : Mesej yang ingin disampaikan ialah keberanian yang dimiliki seorang anak muda walaupun menghadapi cabaran dan risiko. DI SEBALIK DINARA SILIR DAKSINA
PERISTIWA MENARIK PERMULAAN NOVEL Peristiwa Aqram yang diarahkan oleh Karl untuk mencari Farisha. Buktinya, Aqram mengambil cawan kecil yang digunakan oleh Farisha untuk menguji kesan air liur yang melekat pada cawan. Huraian : Peristiwa ini menarik kerana menunjukkan kebijaksanaan Aqram menjalankan tugas dan kecanggihan sains dalam mengesan DNA seseorang. Peristiwa Farisha mencatat alamat dengan menggunakan sebatang pen yang diberikan Aqram . Buktinya, Pen yang digunakan itu dilengkapi dengan penetrator untuk menerobos ruang minda Farisha. Huraian : Peristiwa ini menarik kerana pengarang menunjukkan sebatang pen yang kecil mampu menembusi minda manusia. Peristiwa Haiqal menerima manuskrip lama setebal 58 muka surat dan berkulit biru muda. Buktinya, Alamat pengirim manuskrip sama dengan alamat tempat lahirnya namun dia tidak mengenali gadis cina yang mengirim manuskrip itu. Huraian : Peristiwa ini menarik kerana Haiqal berasa teruja untuk membaca manuskrip kerana mempunyai kaitan dengan kehidupannya. Peristiwa Tauke Lim yang menetap di Kampung Seri Purnama selama 18 tahun bermula daripada tiada apa-apa pekerjaan sehinggalah dia mampu mendirikan rumahnya sendiri. Buktinya, Pelbagai pekerjaan dilakukan untuk menyara hidup dan keluarga Huraian : Peristiwa ini menarik kerana kegigihan tanpa kenal erti penat akhirnya mendatangkan hasil. DI SEBALIK DINARA SILIR DAKSINA
PERISTIWA YANG MEMBERIKAN INSPIRASI Peristiwa Azraai memasang retinal scanner pada pintu apartment adik angkatnya, Farisha. Buktinya, Azraai berbuat demikian untuk melindungi keselamatan Farisha setelah berlaku satu kes pembunuhan tidak jauh dati tempat tinggal Farisha. Huraian : Peristiwa ini memberikan inspirasi kepada saya untuk sentiasa melindungi orang yang saya sayangi. Peristiwa Farisha memaafkan kesalahan Karl dan tetap melawat Karl yang sedang nazak. Buktinya, Farisha memaafkan Karl dan Medina yang menjadikannya mangsa untuk mencapai keinginan mereka sehingga Farisha menjadi anak angkat selama 26 tahun. Huraian : Peristiwa ini menimbulkan inspirasi kerana memaparkan sikap pemaaf terutama kepada ahli keluarga dan bapa dan ibu agar kehidupan menjadi lebih tenang. Peristiwa Abdullah bin Kayan menulis manuskrip untuk anaknya Haiqal sebagai bukti kerinduan dan kasih sayang kepada anaknya. Buktinya, Abdullah bin Kayan telah terpisah dengan anaknya sejak kecil setelah dia bercerai dengan isterinya, Rafiqah. Huraian : Peristiwa ini memberikan inspirasi kepada saya untuk membuat kebaikan kepada orang yang saya sayangi. Peristiwa Tauke Ong gigih mencari rezeki bagi menampung kehidupan keluarganya. Buktinya, Tauke Ong menorah getah pada waktu pagi dan memungut hasil kampung pada waktu petang. Huraian: Peristiwa ini menimbulkan inspirasi kepada saya untuk melakukan sesuatu perkara dengan bersungguhsungguh. DI SEBALIK DINARA SILIR DAKSINA