The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by miedacute80, 2021-08-24 22:36:29

KARANGAN BHG A - SURAT KIRIMAN

KARANGAN BHG A - SURAT KIRIMAN

PENAGIHAN DADAH DALAM KALANGAN REMAJA

Standard Pembelajaran
3.4.3 Menulis perenggan isi dengan bahasa yang gramatis secara kritis dan kreatif.

Gambar dan maklumat di bawah menunjukkan masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja.
Sebagai seorang remaja yang prihatin, tulis sepucuk surat kepada ketua penduduk untuk mengadukan masalah yang dihadapi
oleh penduduk kampung di kawasan tempat tinggal anda tentang kewujudan remaja yang menagih dadah dan cadangkan tindakan
yang perlu diambil.
Panjangnya surat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

JENIS DADAH PENAGIHAN DADAH DALAM KALANGAN REMAJA KESAN

Analisis Soalan L
A
1. Isu : N
G
2. Tugasan : K
A
3. Dimensi : H

4. Format : _
_
_
_

1

Fokus Bahan : _
1. Bahan 1 : _
2. Bahan 2 : _
3. Bahan 3

Penulisan Surat Kiriman Rasmi

(a) Alamat pengirim (b) Garisan panjang
_ _
(c) Alamat penerima
(d) Tarikh
_
25 JULAI 2021

Tuan, (e) Kata penghadapan

(f) Tajuk surat
__

1. Merujuk perkara di atas, saya, ingin membuat aduan tentang

. Umum mengetahui bahawa semakin hari bilangan remaja yang menagih dadah di kawasan

tempat tinggal kita bertambah ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Hal ini berpunca daripada __

. Antara jenis dadah yang diambil oleh remaja ini ialah .

2. Penagihan dan penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja di tempat tinggal kita telah menyebabkan masalah

. Hal ini dikatakan demikian kerana __ _.

Contohnya, _ . Kesannya, _.

3. Bagi membendung gejala tidak sihat ini, saya mencadangkan bahawa _.
_.
Seperti yang kita ketahui, . Misalnya, ________________________

Impaknya, .

4. Selain itu, . Hal ini disebabkan oleh _ .
Misalnya, . Implikasinya, .

5. Saya amat berharap pihak tuan mengambil tindakan secepat mungkin bagi mengatasi masalah
ini. Saya juga berharap cadangan-cadangan yang saya berikan dapatkan dipertimbangkan. Kita

tidak mahu sudah kudis menjadi tokak kerana mungkin pada masa itu nasi sudah menjadi bubur.

Sekian, terima kasih. (g) Ucapan terima kasih
Yang benar, (h) Pengakuan pengirim – tandatangan, nama penuh dan jawatan jika ada
(NAMA PENUH PENGIRIM)

INGAT!
Untuk memperoleh markah yang baik, karangan anda perlulah menggunakan semua bahan. Gunakan
penanda wacana yang sesuai dan tepat untuk memantapkan susunan idea. Bahasa perlulah lancar
dengan kesalahan yang minimum. Gunakan ungkapan menarik untuk memperindah bahasa.

2

CONTOH CADANGAN SURAT KIRIMAN RASMI

No. B610 Lorong 3,
91008, Kg. Titingan,
Tawau, Sabah.
_________________________________________________________________________________________

En. Amri Bin Agus, 24 September 2021
Ketua kampung Titingan,
91008, Tawau,
Sabah.

Tuan,
Aduan Berkaitan Masalah Penyalahgunaan Dadah dalam kalangan Remaja.

1. Merujuk perkara di atas, saya Hamidah Binti Lajuma ingin membuat aduan tentang masalah penagihan dadah

yang berlaku. Umum mengetahui bahawa semakin hari bilangan remaja yang menagih dadah di kawasan tempat

tinggal kita bertambah ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Hal ini berpunca daripada pergaulan bebas antara

remaja. Antara jenis dadah yang diambil oleh remaja ini ialah Ketum, Ganja, Opiat dan Stimulan.

Bahan 1 (49 patah perkataan)

2. Penagihan dan penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja di tempat tinggal kita telah menyebabkan masalah

kebejatan sosial dalam kalangan remaja. Remaja sanggup mencuri untuk mendapatkan wang bagi membeli dadah.

Tamsilnya, remaja terlibat dengan jenayah seperti mencuri, merompak dan meragut. Kesannya, remaja ini akan

menconteng arang ke muka ibu bapa dengan terlibat dengan jenayah.

Bahan 2 (49 patah perkataan)

3. Bagi membendung gejala tidak sihat ini, saya mencadangkan agar ibu bapa memantau pergerakan anak-anak.

Seperti yang kita ketahui, anak remaja lebih rapat dengan kawan sebaya. Misalnya, ibu bapa boleh mengenali rakan

sebaya anak dan mengambil tahu aktiviti anak di luar rumah. Impaknya, anak remaja akan berasa sentiasa diperhatikan

dan berhati-hati dalam tindakan. Bahan 3 (50 patah perkataan)

4. Selain itu, anggota masyarakat perlulah melaporkan sebarang kejadian penyalahgunaan dadah. Masyarakat perlu
menghidupkan semula aforisme menjaga tepi kain orang untuk tujuan yang baik. Sebagai analoginya, masyarakat
melaporkan dengan segera kejadian penyalahgunaan dadah kepada pihak Polis yang terdekat sebelum nasi
menjadi bubur. Implikasinya, masa depan anak remaja dapat diselamatkan.
(41 patah perkataan)

5. Saya amat berharap pihak tuan mengambil tindakan secepat mungkin bagi mengatasi masalah penagihan dadah
ini. Saya juga berharap cadangan-cadangan yang saya berikan dapatkan dipertimbangkan. (23 patah perkataan)

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Tandatangan
(HAMIDAH BT. LAJUMA)

(212 patah perkataan)

3

FORMAT SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI
4

UNTUK PERHATIAN
 Walaupun format kiriman surat tidak rasmi, namun teknik huraian isi masih sama untuk

kertas 1 Bahagian A iaitu memasukkan semua bahan dalam huraian karangan
 Panjang karangan juga masih sama ya

 HANYA FORMAT SAHAJA YANG BERBEZA

5

6


Click to View FlipBook Version