The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by miedacute80, 2021-06-18 13:15:26

CONTOH SOALAN KERTAS 2 SPM PDF

CONTOH SOALAN KERTAS 2 SPM PDF

1103/2 PT4 2021 SULIT
ARAHAN:
PENTAKSIRAN TINGKATAN 4
KERTAS 2 (2 JAM 30 MINIT)

UJIAN BERTULIS

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

JUN
BAHASA MELAYU 02
ARAHAN:
(1103/2) JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI

KJJJ SEHINGGA DIBERITAHU

1. Tulis nama anda pada kertas jawapan.
2. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian iaitu

Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.
3. Jawab SEMUA soalan.
4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.
5. Jawapan anda hendaklah ditulis di dalam kertas kajang

yang disediakan sendiri.

Untuk KegunaanPemeriksa

Kod Pemeriksa Markah Penuh Markah Diperoleh
Bahagian A
Soalan 1 6
Soalan 2 6
Soalan 3 13
Soalan 4 6
Soalan 5 4
35
Soalan 6 Bahagian B
Soalan 7 12
Soalan 8 13
10
Soalan 9 35
Markah Bahagian C
keseluruhan 30
100

NAMA :………………………………………………..

TINGKATAN: ………………………………………..

Kertas soalan ini mengandungi 11 halaman bercetak

1

1103/2 SULIT

BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA

[35 markah]
[Masa dicadangkan :45 minit]

Soalan 1 : MORFOLOGI

Baca sajak di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata ganda. Kemudian anda dikehendaki
membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan
bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata
nama khas.

Tanah, Pepohon dan Lurah [ 6 markah]

Beri aku
sebidang tanah
seluas tapak tangan
bersama pepohon yang menari-nari
bersama serangga buas dan ganas
subur atas segala kesuburan
indah atas segala keindahan!
Jejariku hendak berenang-renang
berputar dengan pepohon yang basah
di atas timbunan lagu-lagu kepujian
selembut sutera
betapa suburnya ia dari tanah-tanih
melambai-lambai ke kiri dan ke kanan
bersama merdu nian sepoi angin
di tepi lembah lurah
penuh dengan madu maha manis!
Di lembah lurah tanah merkah itu
angin lembut membisikkan cinta murni
mata melihat pantai kasih di bibir lurah
besi wajah asyik menari-nari di tengah
lurah sebebas-bebas hatinya
hingga tangan sopan
menariknya perlahan-lahan
tersandar di dadanya

Tanah bersama pepohon dan lurah
besi waja atas kapal membakar
dalam tenang laut kecintaan
bisa jua menjadi teman hidup manusia
dan hidup cuma untuk sendiri-sendiri

Sajak Tanah Airku

oleh Joseph Selvam,
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005

2

1103/2 SULIT

SOALAN 2 : SINTAKSIS
Baca petikan dibawah dengan teliti, cerakin ayat yang dihitamkan menjadi ayat tunggal.

Kesihatan aset penting dalam kehidupan manusia dan menjadi aspek utama dalam
kesejahteraan masyarakat. Tanpa disedari, corak pengambilan makanan harian
menunjukkan secara jelas tahap kesihatan seseorang pada masa depan. Kita tidak
boleh bergantung kepada sistem dan kemudahan kesihatan semata-mata jika konsep
gaya hidup yang betul tidak diamalkan. Gaya hidup masa kini yang serba pantas dan
mencabar telah mengakibatkan peningkatan masalah kesihatan yang ketara.
Kesihatan tidak hanya melibatkan soal makanan tetapi berkait rapat dengan proses
gaya hidup seperti penjagaan diri dan emosi.

(Dipetik dan diubahsuai daripada `Ubah Gaya Hidup Lebih Sihat`
Sinar Harian, 21 Febuari 2020
[6 markah]

SOALAN 3 : PENYUNTINGAN

Petikan di bawah mengandungi tiga belas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga belas kesalahan
yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.

Manusia merupakan mahluk hidup yang paling unik sekali berbanding semua hidupan
di muka bumi justeru sistem tubuh manusia bekerja tanpa henti. Bagi mempastikan sistem
ini bertahan, tidur merupakan keperluan untuk berehat. Ada orang berfikir bahawa tidur
suatu perbuatan yang merugikan, maka tidak perlu memperuntukan masa yang banyak
untuk tidur. Bagi seseorang yang tidur selama enam jam sehari, dua puluh lima peratus
dari masa hidupnya pada hari itu hilang. Jika masa tidur ini dikurangkan sudah pasti,
banyak perkara yang bermanfaat dapat dilakukan dalam waktu yang dijimatkan ini.

Ada pelbagai punca-punca yang dikaitkan dengan masalah tidak cukup tidur, antaranya
seperti ketakutan, ketegangan emosi, tekanan kerja, tekanan kewangan dan sekitaran yang
bising. Hal ini menyebabkan pelbagai komplekasi, seperti sukar menumpukan perhatian,
cepat marah dan mudah tertekan. Malah, dalam jangka masa panjang, hal ini dapat
mempercepatkan kematian. Pengabaian tidur merupakan fenomena biasa yang perlu
dibaiki. Mungkin disebabkan oleh kurangnya pengetahuan atau kesan kekurangan tidur
tidak dirasai dalam tempuh segera, masyarakat seakan-akan bena tak bena bila mata telah
kuyu yangmenandakan badan perlu segera tidur.

Dipetik dan diubah suai daripada Tidurlah Dengan Rela Oleh Mohd. Syukri
Anwar Dewan Kosmik, Bil 11/2014

[13 markah]

3

1103/2 SULIT
SOALAN 4: BAHASA MELAYU STANDARD

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan
tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Seketika lagi maka Laksamana pun datang membawa syahawat dan Keris Kertala Sari. Maka
sembah Bendahara, “Inilah, tuanku pertandaan yang sungguh. Pada bicara patik, jika lain daripada
Laksamana, tiada akan dapat membunuh penjurit itu. Janganlah membunuh dia, menentang
matanya pun tiada dapat.” Maka segala mereka pun masing-masing tunduk kemalu-maluan, lalu
kembali.

Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan
dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,

Kementerian Pendidikan Malaysia
[6 markah ]

SOALAN 5 : PERIBAHASA

Dialog di bawah mengandungi dua peribahasa. Senaraikan dua peribahasa tersebut, kemudian
berikan peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa
tersebut.

Dahlia : Tolonglah papa, mama. Lia kata tidak mahu, tidak mahulah ! Papa dan mama
janganlah paksa-paksa Lia.
Puan
Ros : Papa dan mama tidak memaksa pun. Kami cuma tidak mahu Lia membuat
Dahlia kerja separuh jalan kerana alang-alang berdakwat biar hitam.
Puan
Ros : Peperiksaan sudah dekat. Lia tidak mahu ketinggalan dalam pelajaran.

Dahlia : Mama hairan dengan perubahan sikap Lia. Semasa memujuk mama dulu
untuk menyertai sukan tenis, Lia juga yang kata ramai atlet wanita yang
Puan berjaya dalam sukan mahupun pelajaran. Lia juga kata di mana ada
Ros kemahuan, di situ ada jalan.

: Itu dahulu , sekarang Lia sudah berubah fikiran. Lia hendak memberi tumpuan
pada pelajaran.

: Kalau itu keputusan Lia, mama tidak akan memaksa .

Dipetik dan diubah suai daripada Buku Teks Tingkatan 4
Kementerian Pendidikan Malaysia
[ 4 markah ]

4

1103/2 SULIT

SOALAN 6 : PETIKAN UMUM
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Menerajui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA) yang besar dan penting,
menuntut tanggungjawab serta amanah cukup besar. Walaupun nama kementerian diubah, kita
tidak lari daripada perjuangan asal untuk menerajui transformasi pertanian supaya menjadi
sektor moden dan kompetitif sehingga memberi pulangan lumayan kepada pengusaha tanaman,
ternakan dan perikanan. Kerajaan melihat keperluan untuk menerajui industri makanan secara
keseluruhan. Maksudnya, bukan sahaja konteks pengeluaran atau pembekal makanan, tetapi
keseluruhan rantaian nilai makanan. Sudah tentu ini perlu dilakukan melalui pendekatan baharu
dan luar kebiasaan bagi memastikan kementerian dapat menghadapi cabaran sekuriti makanan
termasuk disebabkan wabak COVID-19. Banyak isu perlu dilihat termasuk kekurangan tanah
pertanian, pengurusan tanah pertanian, kualiti benih dan baja, serangan penyakit, kekurangan
sumber air, umur majoriti pesawah, isu dalam pelaksanaan subsidi dan insentif kerajaan,
masalah kekurangan data serta isu lain pada peringkat rantaian pengeluaran. Ia juga
menyebabkan kos pengeluaran padi tinggi di Malaysia.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Tingkat Usaha Transformasi Sektor Pertanian’

oleh Datuk Seri Dr Ronald Kiandee,
Berita Harian, Mei 2020

5

1103/2 SULIT

Bahan 2

Tarikh 6 Ogos setiap tahun diisytiharkan sebagai Hari Peladang, Penternak dan Nelayan. Hari
ini adalah hari pengiktirafan dan penghormatan kepada masyarakat peladang, penternak dan
nelayan di seluruh negara. Pada tahun 1975, perayaan sambutan itu dirasmikan Tun Haji Abdul
Razak di pekarangan Parlimen. 6 Ogos pada tahun ini ialah tahun yang ke-45 penganjurannya.
Pengiktirafan ini membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap usaha para peladang, penternak
dan nelayan memainkan peranan melonjakkan pelbagai aktiviti demi mengeluarkan bahan
makanan dan memajukan sektor pertanian negara kita. Cabaran bagi kita sekarang ialah
memastikan berlakunya satu perubahan dalam sektor pertanian dan industri makanan dengan
memanfaatkan teknologi pertanian dan inovasi moden demi memastikan peladang, penternak
dan nelayan meningkatkan pendapatan selain membantu menstabilkan harga barangan
seterusnya mengurangkan keperluan import negara.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Cabaran Kementerian Dalam Merubah Realiti’ oleh Wartawan Sinar Harian,

Sinar Harian, Ogos 2020

i. Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud menerajui transformasi.

[2 markah]

ii. Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan cabaran-cabaran
yang dihadapi dalam sektor pertanian.
[3 markah]

iii. Sektor pertanian sebenarnya memberikan banyak manfaat kepada seorang individu.
Pada pendapat anda, apakah manfaat tersebut?
[4 markah]

iv. Generasi muda sekarang kurang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang
pertanian.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh kerajaan bagi
mengatasi isu ini?
[4 markah]

6

1103/2 SULIT

SOALAN 7: PETIKAN SASTERA

Praktis 1

Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat sendiri.

Bahan 1

SAJAK PESAN IBU BERIBU-RIBU
Kita ada ibu
Ibu kita satu
Pesanannya beribu-ribu.

Setiap langkah kita diiringi pesanan ibu
“Buat begini jangan begitu
Bacalah buku selalu
Kukuhkan diri dengan ilmu
Pilihlah kawan yang mulia hati
Tolaklah kawan pementing diri
Pilihlah kawan yang punya petunjuk
Tolaklah kawan bertabiat buruk.”
Ibu yang satu menyekat kita di pintu
Bertanya ke mana arah tuju
“Jagalah diri selalu
Di luar sana mungkin bencana menunggu.”
Kita menjadi jemu
Mendengar pesanan beribu-ribu
Tapi ibu tetap ibu
Pesanan bertambah satu dan satu
“Jangan dibiar kepala berkutu
Carilah ubat jerawat batu.”

(Dipetik daripada sajak “Pesan Ibu Beribu-ribu” oleh Rahman
Shaari dalam antologi Bintang Hati,
Kementerian Pendidikan Malaysia)

7

1103/2 SULIT

Bahan 2

Bonda tersenyum melihat saya tidak sabar untuk meninggalkan bumi kelahiran saya
ini. “Mel, bonda merestui kamu untuk berhijrah ke ibu kota. Tetapi, ingatlah pesan bonda
supaya menjaga dua perkara. Perintah agama jangan sesekali kamu abaikan. Agama itu baju
peribadi bangsa kita. Akidah yang kukuh menjadi akar yang menunjang pohon kebenaran.
Islam merupakan panduan hidup. Peliharalah bahasa ibunda kita kerana itulah sahaja warisan
kita yang tinggal. Bahasa jiwa bangsa. Bangsa yang bijak tidak akan membuang bahasanya
walau apa-apa alasan sekalipun.”

Pesan itu menyuburi hati dan perasaan saya. Pesanan daripada lidah seorang bonda
untuk anakandanya yang akan merantau jauh. Saya yakin mempunyai kekuatan untuk
menghadapi dugaan dan cabaran di tengah ibu kota.

(Dipetik daripada cerpen “Munsyi” oleh Husna Nazri dalam antologi
Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,

Kementerian Pendidikan Malaysia)

i. Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud rangkai kata menunjang pohon kebenaran.
[2 markah]

ii. Berdasarkan semua bahan, nyatakan pesanan ibu yang disebutkan.
[3 markah]

iii. Pada pendapat anda, apakah kesan jika kita mengabaikan pesanan seorang ibu?
[3 markah]

iv. Bagai kacang lupakan kulit. Peribahasa ini sering kali dikaitkan dengan isu pengabaian ibu
bapa yang telah lanjut usia kerana anak-anak mereka terlalu sibuk dengan kerja mahupun
kerana ingin mengejar kemewahan hidup.

Pada pendapat anda, bagaimanakah cara seseorang individu yang sibuk bekerja menjaga ibu
bapa mereka yang telah lanjut usia?

[4 markah]

8

1103/2 SULIT

SOALAN 8 : NOVEL

(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti,kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

“Bukankah awak sedang koma? Bagaimana awak boleh bercakap dengan saya?” Farisha
menyuarakan kekeliruannya. Alia yang mendengar setiap biji butir percakapannya, tiba-tiba
terkejut.

“Maxi, bagaimana perempuan ini boleh berkomunikasi dengan Karl? Kau tidak beritahu
aku!” Suara Alia separuh mengherdik. Rasa cemburunya mula menyelinap. Dia merasakan ini
tidak adil. Mengapa perempuan ini dibenarkan berhubung dengan Karl, sedangkan dia tidak?

“Sabar Alia, Karl amat perlukan Farisha untuk melaksanakan sesuatu. Tolong berikan
kerjasama, rayu Dr. Maxi sambil mengharapkan Alia tidak akan hilang pertimbangan.

Dipetik daripada Novel Di Sebalik Dinara
Karya Dayang Noor

Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berdasarkan petikan, mengapakah Alia separuh mengherdik apabila Farisha dapat
berkomunikasi dengan Karl?
[4 markah]

9

1103/2 SULIT

(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latif Talib
b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor
c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin
e) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
f) Tirani, karya Beb Sabariah
g) Silir Daksina, karya Nizar Parman
h) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, bincangkan dua latar tempat yang berkait rapat
dengan peristiwa penting dalam hidup watak utama.

[6 markah]

10

1103/2 SULIT

BAHAGIAN C - RUMUSAN

[30 markah]

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah ini, kemudian buat satu rumusan
yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan
ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan atau bahan.

Bahan 1 – Petikan

Zaman remaja merupakan zaman yang paling mencabar yang perlu ditempuh oleh setiap insan,
sebelum bergelar insan dewasa. Perubahan demi perubahan ini menyebabkan sesetengah remaja
itu keliru dan tertekan, sehingga mengakibatkan mereka mengalami kecelaruan dalam segenap
aspek kehidupan. Hal ini mengakibatkan sesetengah remaja cenderung untuk melakukan perkara
di luar jangkaan, termasuklah memberontak, mengingkari arahan ibu bapa, dan menghadapi
masalah. Oleh itu, remaja haruslah sentiasa berpandangan jauh dan berfikiran positif dalam
melakar titik permulaan untuk menjadi seorang yang berkepemimpinan.

Zaman remaja merupakan zaman yang paling kritikal dan juga berharga. Hal ini dikatakan
demikian kerana zaman ini penuh dengan cabaran dan juga kegemilangan. Oleh hal yang
demikian, remaja seharusnya tidak mensia-siakan usia remaja mereka dengan perkara yang
negatif, bahkan perlu diisi sebaik-baiknya dengan perkara yang dapat membentuk pemikiran yang
kritis dan keperibadian yang mulia. Remaja wajar menguruskan masa dengan bijak supaya setiap
saat yang berlalu ada manfaatnya kepada diri. Sesungguhnya masa yang berlalu tidak akan
kembali, begitu juga dengan usia remaja yang hadir hanya sekali dalam seumur hidup. Dalam
hasrat untuk membentuk pemikiran dan keperibadian yang terpuji, remaja perlu berusaha
mempelajari ilmu agama dengan bersungguh-sungguh agar hasrat tersebut tercapai. Golongan
remaja yang berpendidikan agama sering mendekatkan diri kepada Tuhan dengan mentaati segala
arahan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Melalui pembelajaran ilmu agama yang lebih
mendalam, sudah tentunya remaja mendapat input yang berguna untuk dipraktikkan dalam
kehidupan.

Ajaran agama juga menuntut remaja mentaati kedua-dua ibu bapa selagi ketaatan tersebut
tidak menyalahi hukum-hakam agama bagi membentuk pemikiran dan perwatakan yang mulia.
Hargailah segala pengorbanan dan penat lelah ibu bapa yang berusaha untuk membesarkan anda
bagai menatang minyak yang penuh. Di samping itu, dalam usaha menuntut ilmu di sekolah, para
remaja hendaklah menghormati guru pada setiap masa. Penat lelah guru-guru dalam mendidik
tidak patut dilupakan. Malah ilmu yang diterima akan menjadi lebih berkat dengan memuliakan
mereka. Kebijaksaan dalam memilih rakan pergaulan juga penting dalam melahirkan remaja yang
baik. Tidak dapat dinafikan bahawa sikap dan perlakuan rakan dapat mempengaruhi rakannya
yang lain justeru pengaruh yang baik pasti mencetuskan emosi dan rohani yang seimbang dalam
diri remaja.

11

1103/2 SULIT

Secara tuntasnya, usaha pembentukan akal dan sahsiah yang terpuji dalam kalangan remaja
memerlukan komitmen yang tinggi oleh remaja itu sendiri. Remaja sewajarnya konsisten dalam
usaha mencapai cita-cita tanpa mengenal erti putus asa. Hal ini amat penting bagi melahirkan
remaja yang mampu berdepan dengan dunia hari ini yang penuh dengan pancaroba. Remaja
merupakan pewaris negara, dan negara memerlukan pewaris yang mempunyai pemikiran dan
perwatakan yang terpuji untuk mencorak pentadbiran negara pada masa hadapan.

(Dipetik dan diubah suai daripada ‘
Sahsiah Remaja Cerminan Masa Depan Negara’

oleh Muhammad Lutfi Zahid Dewan Siswa, Jun 2018)

12

1103/2 SULIT

Bahan 2: Grafik

Punca Kebejatan Sosial dalam Kalangan Remaja

( Sumber:Internet)

KERTAS SOALAN TAMAT
13

1103/2 SULIT

14


Click to View FlipBook Version