~BERAKHLAK,MENDIDIK,BERBAKTI~
"Barangsiapa yang menunjuki kepada kebaikan, maka dia akan
mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya"
-HR Muslim :1893-
SIDANG REDAKSI
NUR FADILAH BINTI SAHIDIN
-KETUA PENGARANG-
MUHAMMAD AZHAN FIKRI BIN HAFIZ BIN NOOR HALIM
MOHD IZUDIN -EDITOR-
-EDITOR-
NUR IMAN BINTI KHAIRUL
ANUAR
-PEGAWAI PENYELARAS-
Lagu Misi,Visi,
MARS Moto
HALUAN : 1
HALUAN :3
Latar Belakang
HALUAN : 2 Strategi
Komitmen : 4
Objektif Peranan
HALUAN : 5 Organisasi : 7
Carta Sumbangan
Organisasi Organisasi : 8
HALUAN : 6
Aktiviti/ Chit-chat
Program Selebriti : 15
HALUAN: 9-
13
Kerjasama
NGO :14
ISI KANDUNGAN
NGO DAKWAH | HALUAN 1
LAGU MA
RS HALUAN
Haluan Peneraju Perubahan
Bina Masyarakat Berakhlak Mulia
Berteraskan Islam
Iman,Taqwa Dan Ihsan
Prihatin,Penyayang Sedia Berkorban
Haluan Akan Terus Berbakti
Haluan Tiada Henti Mengabdi
Haluan Sentiasa Berjuang
Haluan Jayalah Haluan
Haluan Cergas Tangkas Dan Kreatif
Jalin Kehidupan Yang Penuh Harmoni
Berakhlak Mendidik Dan Berbakti
Melahirkan Pemimpin Sejati
PAGES 1-4 | NUR FADILAH BINTI SAHIDIN | DSI202024804
NGO DAKWAH | HALUAN 2
LATAR BELAKANG
HALUAN adalah singkatan kepada Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi
Pendidikan Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada
tahun 1988. Ianya merupakan sebuah NGO yang berteraskan kepada prinsip dan nilai
Islam, mencurahkan bakti kepada setiap lapisan masyarakat yang memerlukan tanpa
batas kepercayaan agama, bangsa, politik, status sosial mahupun geografi.
Pada peringkat awal penubuhan, aktiviti HALUAN terbatas kepada usaha-usaha
kebajikan untuk manfaat ahli-ahli. Di peringkat ini, aktiviti-aktiviti HALUAN tertumpu
kepada program-program seperti seminar dan kaunseling pelajar dan remaja,
pendidikan keluarga, kursus-kursus berkaitan ekonomi dan keusahawanan, dan juga
kem-kem motivasi dan pengurusan. Walaupun aktiviti-aktiviti tersebut juga melibatkan
masyarakat umum bukan dari kalangan ahli, ianya agak terbatas.
Sejak tahun 2002, dengan peningkatan keahlian dan kemampuan mereka membantu
masyarakat setempat, HALUAN mula melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti
kemasyarakatan secara lebih meluas. Perkembangan terancang ini melibatkan aktivis-
aktivis HALUAN turun membantu mengubati masalah-masalah sosial, di samping
bantuan-bantuan kepada masyarakat miskin, golongan terbiar, anak-anak yatim, mereka
yang ditimpa bencana dan seumpamanya. Usaha ini juga dapat memberi ruang kepada
mereka yang mampu dan ikhlas dari kalangan masyarakat untuk menjadi sukarelawan
bersama HALUAN dengan usaha yang kemas dan tersusun.
Sebagai perkumpulan aktivis yang terlatih dan prihatin, HALUAN memberi tumpuan
kepada aktiviti-aktiviti bantuan pendidikan, bimbingan dan kemasyarakatan untuk
memenuhi tanggungjawab asas kemanusiaan, di samping menunaikan kewajipan
kepada Pencipta dalam membina masyarakat yang memahami dan menunaikan
tanggungjawab, hidup dalam harmoni, berwawasan dan hormat-menghormati antara
satu sama lain.
NGO DAKWAH | HALUAN 3
HALUAN
PERTUBUHAN HIMPUNAN LEPASAN
INSTITUSI PENDIDIKAN MALAYSIA
MISI
Tarbiah (Pendidikan luas dan
seimbang) Yang Memupuk
Pemimpin Dan Dakwah Yang
Mengubah Masyarakat.
VISI
HALUAN Perubah dan
Pemimpin Masyarakat
MOTO
Berakhlak, Mendidik dan
Berbakti
STRATEGI NGO DAKWAH | HALUAN 4
KOMITMEN
RAKAN KONGSI
Bekerjasama dengan semua pihak yang
mengamalkan minat dan nilai
bekerjasama.
PIHAK UTAMA
Pentadbiran dan pengurusan yang baik adalah asas
operasi kami, kerana kerja kami bergantung kepada
penerimaan dan kepercayaan yang diberikan oleh
ahli,komuniti dan penerima utama dalam
komitmen ini.
AHLI
Menyediakan mekanisme
pendidikan dan latihan yang
berterusan untuk ahli,
sukarelawan dan keluarga
mereka.
KOMUNITI
Mengusahakan untuk menangani isu dominan, terutamanya dalam
menyelesaikan masalah sosial, membasmi kemiskinan,
memperkayakan program pendidikan dan jangkauan, serta
bertindak balas terhadap krisis kemanusiaan, merentasi
kepercayaan agama,politik dan geografi.
NGO DAKWAH | HALUAN 5
OBJEKTIF
Membantu kerajaan dalam menangani
masalah sosio-ekonomi terutama dalam
aspek pembinaan keluarga bahagia,
penyelesaian konflik keluarga dan
remaja, saran keluarga tunggal, miskin
dan anak yatim.
Mengekalkan semangat dan sifat Menjadi bahan
prihatin dalam masyarakat perantara penderma
Malaysia untuk menyumbang dan penerima derma.
kepada keharmonian dan
kerukunan masyarakat.
PAGES 5-6 | NUR IMAN BINTI KHAIRUL ANUAR | DSI202025454
NGO DAKWAH | HALUAN 6
CARTA ORGANISASI
PRESIDEN NAIB PRESIDEN
DR. ABDULLAH SUDIN AB PROF. EMERITUS DATO’ DR.
RAHMAN ABU AZAM MD YASSIN
SETIAUSAHA KETUA PEGAWAI PENOLONG
OPERASI SETIAUSAHA I
SR. MOHD SABBRI MD
YUDIN WAN ABDULLAH SABARY SAADAN HJ. OMAR
HJ. WAN HARUN
PENOLONG BENDAHARI NAIB PRESIDEN I NAIB PRESIDEN II
SETIAUSAHA II EISA MUHAMED (PENDIDIKAN & MEDIA) (DAKWAH)
PROF. MADYA DR. SAMSUL PROF. MADYA DR. ENGR. USTAZ SALLEH SAAD
BAHARI MOHD NOOR SOLEHUDDIN SHUIB
NAIB PRESIDEN III NAIB PRESIDEN IV NAIB PRESIDEN V (BELIA, NAIB PRESIDEN VI
(PROFESIONAL & AGENSI) (KEBAJIKAN & SUKAN & REKREASI) (PEMBANGUNAN WANITA
HASRI AHMAD
DR. WAN MUHAIZAN KEMANUSIAAN) & KELUARGA)
WAN MUSTAFA
DR. ZURINA MUDA
DR. BAHARUDIN SURI
NGO DAKWAH | HALUAN 7
Peranan Haluan dalam pelbagai sudut
aktiviti yang melibatkan orang awam
adalah membantu meningkatkan daya
jati diri supaya dapat melahirkan
sesebuah generasi yang lebih berkualiti
pada masa akan datang. Antara contoh
aktiviti yang dibuat oleh organisasi
HALUAN ialah di KMK Pulau Pinang
yang sarat dengan aktiviti energetik.
Aktiviti ini terarah kepada pelajar-
pelajar di Daerah Kulim.
OPREGRAANNISAANSI
Selain itu, organisasi HALUAN juga berperanan Akhir sekali, organisasi HALUAN bekerjasama
dalam mengadakan aktiviti yang berbentuk dengan Yayasan Kemanusiaan Al-Sarra (Al-Sarra)
dakwah.Misalnya, seminar pendidikan ummah untuk menunaikan amanah rakyat Malaysia demi
yang dihadkan seramai 500 orang peserta secara membantu asnaf-asnaf yang terlibat di Gaza dan
terbuka. HALUAN berperanan mengadakan Syria. Program ini berperanan untuk memberi
seminar tersebut untuk membantu para peserta motivasi dan sifat keprihatinan terhadap penduduk
supaya lebih faham dengan lebih mendalam Gaza dan Syria selepas disekat oleh tentera Rejim
tentang falsafah pendidikan islam dan juga Zionis pada 11 tahun yang lalu.
membantu masyarakat untuk menyebarkan Islam
melalui proses tarbiyah yang tersusun dan
terancang di semua peringkat. Seminar ini
diketuai oleh Dr. Azizan Ahmad, naib presiden
HALUAN.
PAGES 7-8 | MUHAMMAD AZHAN FIKRI BIN MOHD IZUDIN | DSI202025053
NGO DAKWAH | HALUAN 8
SOURMGBAANNISGAASNI
Organisasi HALUAN juga telah memberi banyak
sumbangan terhadap orang yang memerlukan lebih-
lebih lagi dalam membantu masyarakat yang
ditimpa pelbagai masalah dalaman mahupun luaran
yang dipandang serius oleh organisasi ini. Antara
sumbangannya adalah program Asnaf dihatiku
dimana terdiri daripada kalangan fakir miskin dan
asnaf. Selain memberi pakaian baharu, barangan
masakan dan sedikit sumbangan berbentuk wang
tunai turut disumbangkan bagi perbelanjaan
mereka.
Selain itu, organisasi HALUAN memberi sumbangan
ramadan terhadap golongan asnaf di sekitar Kampung
Jalan Kebun. Sebanyak 20 buah rumah telah diziarahi
dan bantuan keperluan makanan asas telah disalurkan
kepada penghuni rumah terbabit. Sepanjang proses
penyerahan itu, wakil-wakil HALUAN telah beramah
mesra dan bertanya khabar kepada golongan asnaf yang
terlibat, perihal keadaan mereka dan memberikan
sokongan moral kehidupan. Ternyata, sentuhan sebegini
memberi kesan bukan sahaja kepada pihak yang
disantuni tetapi ahli HALUAN turut menyelami
perasaan mereka serta kesusahan masyarakat setempat
sekaligus dapat berkongsi rezeki bersama mereka di
bulan Ramadan yang mulia ini.Program sebegini dapat
mendidik budaya berkongsi rezeki terutamanya di Bulan
Ramadan yang mulia di samping dapat memperkenalkan
organisasi HALUAN kepada masyarakat
NGO DAKWAH | HALUAN 9
APKRTOIGVRITAIM& PENYAYANG
ASRAMA HALUAN
Isnin 14 September 2009 : Kementerian Kesihatan Malaysia
telah menjempuat Asrama HALUAN Penyayang untuk
menyertai Majlis Berbuka Puasa & Solat Hajat mengelak
penularan wabak H1N1 di bangunan Kementerian Kesihatan,
Putrajaya bersama-sama Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk
Rosnah Bin Abd Rashid Shirlin.Majlis dimulakan dengan
ucapan Timbalan Menteri Kesihatan serta penyampaian
sumbangan oleh beliau. Kemudian diadakan majlis solat hajat
dan jamuan makan malam serta solat tarawih berjemaah.
PAGES 9-13 | HAFIZ BIN NOOR HALIM | DSI202025476
NGO DAKWAH | HALUAN 10
HALUAN AGIH DAGING KORBAN KEPADA
780 KELUARGA DI GAZA,SYRIA DAN MESIR
HALUAN sekali lagi bekerjasama dengan Yayasan
Kemanusiaan Al-Sarraa (Al-Sarraa) untuk
menjalankan amanah rakyat Malaysia bagi
melaksanakan ibadah korban di Palestin dan Syria
buat tahun ketujuh berturut-turut. Penduduk Gaza
menyambut Hari Raya Aidiladha dalam penuh
keperitan akibat sekatan rejim Zionis sejak 11 tahun
lalu.
KAHERAH, 1 Sep 2017 - Seramai 60 ahli dan
Sukarelawan Kelab Siswa HALUAN (HALUAN
Siswa) telah menyambut Hari Raya Aidiladha dan
melaksanakan ibadah korban dengan penuh meriah
di pusat aktiviti HALUAN Siswa Mesir di Hayyu
Sabi'. Program sambutan kali ini, yang digelar
Adha4Egypt 5.0, turut disertai oleh mahasiswa
Malaysia lain di sekitar Kaherah.
KMK PULAU PINANG NGO DAKWAH | HALUAN 11
AKTIVITI ENERGETIK
KULIM, 2 Dis 2015 — Seramai 96
orang peserta remaja lelaki dan
perempuan dari sekitar Kulim dan
Pulau Pinang telah menjalani Kem
Minda Kreatif (KMK) Pulau Pinang
di Kem PLKN, Bukit Besar di sini
pada 27 hingga 29 November yang
lalu.
Program KMK merupakan program
tahunan anjuran Kelab Remaja
HALUAN (KeARAH) yang
bertemakan outdoor. Sarat dengan
aktiviti-aktiviti outdoor dan
pengisian kuliah serta LDK yang
membentuk jati diri peserta
menjadikan KMK salah satu
program cuti sekolah yang amat
dinantikan oleh pelajar-pelajar
sekolah bagi mengisi masa cuti
dengan sebaiknya.
NGO DAKWAH | HALUAN 12
Program seharian anjuran bersama
HALUAN dan Masjid At-Taqwa
ini diisikan dengan sesi motivasi
dan pengenalan asas fardhu ain
untuk penduduk kampung,
sukaneka kanak-kanak dan wanita,
persiapan kenduri tengahari serta
kesinambungan projek pertanian di
kampung berkenaan.
PROGRAM
SANTUNI
ORANG ASLI
Acara kemuncak pada hari berkenaan adalah sesi
pengislaman sebuah keluarga orang asli seramai
tujuh orang. Pengislaman ini disempurnakan oleh
Ustaz Rosli, yang juga merupakan Ketua Penolong
Pengarah Pendidikan, Jabatan Agama Islam Pulau
Pinang.
NGO DAKWAH | HALUAN 13
PROGRAM "ASNAF DIHATIKU"
Sepanjang bulan Ramadan 1439H, setiap cawangan HALUAN
di seluruh negara telah menyantuni golongan asnaf yang terdiri
daripada kalangan ibu tunggal, fakir miskin dan anak yatim.
Sekitar 150 keluarga daripada seluruh negara telah disantuni.
Objektif program ini adalah untuk mendekati golongan asnaf
dan memberikan bantuan kepada mereka agar mereka juga dapat
merasai kegembiraan Ramadan dan Aidilfitri. Selain itu para
peserta juga dapat merasai dan melihat sendiri kesusahan yang
dihadapi oleh golongan asnaf.
NGO DAKWAH | HALUAN 14
KERJASAMA NGO
HALUAN METERAI KERJASAMA PENDIDIKAN
DENGAN INSTITUT YUNUS EMRE
HALUAN memperhebatkan peranannya dalam sektor pendidikan melalui satu
perjanjian kerjasama dengan Institut Yunus Emre (IYE) dari Turki.
Majlis menandatangi perjanjian tersebut telah disempurnakan oleh Presiden
HALUAN, Dr Abdullah Sudin Ab Rahman, dan Pengarah IYE, Dr Omer Altun, di
ibu pejabat IYE.
IYE adalah sebuah pertubuhan bukan bermotifkan keuntungan yang ditubuhkan
oleh kerajaan Turki di Ankara pada tahun 2007. Ia mempunyai pusat-pusat aktiviti
di 37 buah negara.
Melalui kerjasama ini, HALUAN berperanan memperkenal bahasa dan warisan
budaya Turki di kalangan pelajar-pelajar di Malaysia. Berbagai aktiviti akan
dianjurkan bagi menjayakannya.
Kerjasama ini diharap akan dapat membantu rakyat Malaysia khususnya golongan
muda yang ingin melanjutkan pelajaran ke Turki, ataupun menimba pengajaran
daripada zaman kegemilangan Khilafah Uthmaniah secara lebih berkesan.
PAGES 14 | NUR IMAN BINTI KHAIRUL ANUAR | DSI202025454
CSHEILTE-BCRHIATTI NGO DAKWAH | HALUAN 15
Bersama di wilayah Celcim 8.00am 100%
< 101 Neelofa
Online
Assalamualaikum,Neelofa. Apa khabar? Sudah
lama kita tak bersapa.
Waalaikumussalam,ustaz. Alhamdulillah,khabar
baik. Ustaz sihat? Itulah,masing-masing banyak
kerja.
Ya,betul tu. Ustaz nak tanya, Neelofa pernah
dengar tak pasal HALUAN?
Ouh,pernah dengar. Bagi saya,HALUAN merupakan NGO yang
banyak memberikan manfaat dan membantu masyarakat dalam
pelbagai perkara. Mereka juga membimbing dan mendidik masyarakat
supaya antara mereka dapat menjadi pemimpin yang berakhlak mulia.
Haah,betul tu.Saya juga mahu menyertai mereka dalam
memberikan sumbangan kepada semua yang memerlukan tidak
kira bangsa dan agama. HALUAN juga membantu masyarakat
secara terbuka tanpa mengira kaum dan sebagainya.
Bagus juga tu. In Syaa Allah,saya bakal menyusul ustaz
untuk menyertai NGO ini. Nanti ada apa-apa saya bagitahu
balik. Assalamualaikum.
PAGE 15 | NUR FADILAH BINTI SAHIDIN | DSI202024804
HALUAN
PERTUBUHAN HIMPUNAN
LEPASAN INSTITUSI PENDIDIKAN
MALAYSIA (HALUAN)
[email protected]
+6010-300 5141
+603 8926 8892
@haluanmalaysia
Pejabat Korporat : A-03-G, Medan Pusat Bandar 5, Seksyen 9, 43650
Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan,Malaysia.