The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Zaman Prasejarah yang terdapat di
negara kita bermula daripada
Paleolitik, Neolitik dan Zaman
Logam sehingga bermulanya
tamadun awal dunia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ITA AHRIS, 2023-03-15 11:45:33

Scrapbook

Zaman Prasejarah yang terdapat di
negara kita bermula daripada
Paleolitik, Neolitik dan Zaman
Logam sehingga bermulanya
tamadun awal dunia

Keywords: Paleolitik, Neolitik dan Zaman Logam

TUGASAN ALTERNATIF DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN SESI AKADEMIK 2022/2023 PQI6072: Kurikulum Pedagogi Dan Pentaksiran Zaman Prasejarah Dan Tamadun Awal Dunia PENSYARAH: DR.ABD RAZAK BIN ZAKARIA NO.MATRIK PELAJAR: S2170284


Soalan 2. Zaman Prasejarah ditandai dengan jumpaan-jumpaan yang membezakan antara zamanzaman tersebut. Banding bezakan antara Zaman Prasejarah yang terdapat di negara kita bermula daripada Paleolitik, Neolitik dan Zaman Logam sehingga bermulanya tamadun awal dunia


ISI KANDUNGAN PENGENALAN PERBEZAAN ZAMAN PALEOLITIK ZAMAN NEOLITIK ZAMAN LOGAM


Berdasarkan hasil kajian dan penyelidikan yang dikemukakan oleh para sarjana terdahulu, dinyatakan bahawa Zaman Prasejarah di dunia secara umumnya dapat dibahagikan kepada empat iaitu Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam. Zaman Logam terbahagi kepada dua iaitu zaman Gangsa dan Zaman Besi. Perkembangan dan perubahan tempoh masa bagi setiap zaman prasejarah adalah tidak sama atau berbeza antara satu tempat dengan satu tempat yang lain. Zaman prasejarah menurut pendapat ahli sejarawan ialah satu zaman di mana belum bermulanya sistem tulisan. Walaupun sistem tulisan dikatakan belum wujud pada zaman prasejarah, aktiviti masyarakat pada zaman tersebut masih dapat dilihat oleh genarasi masa kini kerana terdapatnya sumber primer seperti bentuk lukisan-lukisan yang terdapat di dinding gua sama ada dilukis dengan menggunakan hematit atau arang dapat diterjemahkan melalui usaha penyelidikan berterusan dalam bidang ini. Contohnya lukisan yang terdapat di Gua Tambun Perak. PENGENALAN


Berdasarkan sumber-sumber sahih melalui penyelidikan para sarjana terdahulu, kronologi zaman prasejarah di negara Malaysia dibahagikan kepada tiga tahap iaitu zaman Paleolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam. Perbezaan zaman bergantung kepada kemajuan tempat tersebut. Negara kita menurut para sejarawan tidak mengalami zaman Mesiolitik dan dinyatakan bercirikan alat batu Hoabinh telah wujud di Bukit Jawa, Lenggong, Perak kira-kira 200 000 hingga 300 000 tahun dahulu iaitu pada awal Zaman Paleolitik. Contoh batu-batu berusia ribuan tahun yang ditemui penyelidik USM di Lembah Lenggong, Gerik, Perak. Sumber:https://www.kosmo.com.my/2020/12/01/kajiansaintifik-lembah-lenggong-diperkasa/


Alatan mengalami perubahan dan berbeza mengikut setiap zaman prasejarah Peralatan Masa setiap zaman prasejarah adalah berbeza mengikut kawasan Masa Melihat pebezaan kegiatan atau aktiviti harian manusia awal pada zaman prasejarah Kegiatan Ciri-ciri penempatan dilihat mengikut setiap zaman prasejarah Ciri-ciri Penempatan Perkembangan kepercayaan dan amalan pada zaman prasejarah Kepercayaan Lokasi petempatan dan penemuan setiap zaman prasejarah di Malaysia Lokasi PERBEZAAN Perbezaan antara setiap tempoh zaman prasejarah yang terdapat di negara kita mengikut setiap zaman lebih mudah dilihat dan difahami apabila dibahagikan mengikut pembahagian seperti yang berikut:


Masa Garis masa Zaman Palelotik di negara kita dikatakan berlansung sekitar 200 000 hingga 300 000n tahun dahulu Manusia awal pada zaman Paleolitik tidak tinggal tetap di sesebuah kawasan iaitu hidup berpindah randah atau dipanggil juga sebagai nomad. Mereka tinggal di kawasan-kawasan yang memudahkan aktiviti seharian dilaksanakan seperti sekitar gua dan tasik. Ciri-ciri Penempatan ZAMAN PALEOLITIK


Kegiatan Masyarakat pada Zaman Paleolitik menjalankan kegiatan atau aktiviti harian dengan memburu binatang liar sebagai bekalan sumber makanan utama. Selain itu, kegiatan memungut hasil hutan turut dilakukan seperti buah-buahan dan pucuk-pucuk daun. Berdasarkan kegiatan harian manusia pada zaman Paleolitik, dapat dilihat dengan jelas mereka mengamalkan kegiatan cara hidup sara diri. ZAMAN PALEOLITIK


Peralatan Zaman Paleolitik dicirikan keadaan manusia awal yang menjadi kreatif dalam menghasilkan alatan daripada sumber primer iaitu batu. Penghasilan dan penggunaan alatan daripada batu yang bersifat kasar digunakan dalam kehidupan seharian ZAMAN PALEOLITIK Sumber daripada buku Mokhtar Saidin berkaitan alatan batu pada zaman paleolitik yang menggambarkan perkembangan kemajuan teknologi pembuatan alatan batu seiring dengan keperluan harian manusia pada pada zaman prasejarah tersebut.


Kepercayaan Menurut pendapat para ahli sarjana terdahulu, manusia awal pada zaman prasejarah secara umumnya berpegang kepada kepercayaan animisme. Kepercayaan animisme adalah mempercayai bahawa benda-benda seperti batu dan pokok mempunyai semangat (jiwa dan roh) orang mati. Sekiranya berlaku kematian semasa zaman Paleolitik, upacara pengebumian akan dilaksanakan dengan cara melipat kaki dan mengamalkan kepercayaan bahawa seseorang yang meninggal dunia perlu dikebumikan bersama barang-barang yang dimiliknya. Manusia Perak contohnya dikebumikan dengan cara kaki berlipat bersama-sama barang-barang peribadinya. ZAMAN PALEOLITIK


Lokasi Lokasi petempatan zaman Paleolitik di Malaysia 1. Di Perak - Bukit Jawa, Kota Tampan dan Bukit Bunuh di Lenggong Perak 2. Di Sarawak - Gua Niah 3. Di Sabah - Tingkayu . ZAMAN PALEOLITIK


Antara penemuan awal zaman Paleolitik di Malaysia adalah di Kota Tampan yang telah disahkan melalui pentarikhan saintifik dan menandakan Malaysia antara negara terawal mengalami Zaman Prasejarah Dunia. Gua Niah, Sarawak juga ditemui bukti bermula 40,000 tahun dahulu (Zuraina, 1982). Penemuan di Gua Niah, Gunung Subis yang terletak di antara Bintulu dan Miri membuktikan telah ada petempatan iaitu didiami oleh manusia Zaman Prasejarah. Zaman Paleolitik di Lembah Tingkayu dikatakan bermula sekitar 28,000 tahun dahulu. Walau bagaimanapun, kajian terkini menunjukkan bahawa kemungkinan Zaman Paleolitik di Sabah bermula jauh lebih awal lagi (Abdullah et. Al. 2017). Terdapat juga gambar-gambar yang dilukis di sekitar dinding-dinding gua yang menjadi sumber untuk kajian zaman Paleolitik di Malaysia khususnya. ZAMAN PALEOLITIK Lokasi Penemuan zaman Paleolitik di Malaysia


MASA Garis masa Zaman Neolitik di negara kita dianggarkan bermula kira-kira sekitar 7 000 tahun dahulu Manusia pada zaman Neolitik mula tinggal menetap di kawasan sekitar gua, sungai dan tasik iaitu petempatan yang dapat memudahkan urusan hidupan seharian. Menurut pandangan para sejarawan, pada zaman Neolitik dikatakan bermulanya kewujudan hidup sistem bermasyarakat. Sehubungan dengan itu, perkara ini mewujudkan sebuah sistem seperti mempunyai ketua dan adanya pembahagian kerja. Ciri-ciri Penempatan ZAMAN NEOLITIK


Kegiatan Disebabkan telah mula tinggal menetap, masyarakat pada Zaman Paleolitik juga telah menjalankan kegiatan bercucuk tanam dan menternak binatang. Permulaan kepada aktiviti pertanian dan penternakan yang memerlukan penghasilan bekas-bekas dengan bentuk-bentuk tertentu. Selain itu, kegiatan memburu binatang dan memungut hasil hutan masih terus dilakukan Wujud kegiatan berdagang secara tukar barang atau sistem barter pada zaman Neolitik ZAMAN NEOLITIK


Masih meneruskan penggunaan alat batu tetapi lebih kemas buatannya. Alatan batu telah diasah dan digilap untuk kegunaan yang lebih efektif. Manusia pada zaman Neolitik mula mengolah, menguli dan membentuk tanah liat kepada pelbagai bentuk untuk kegunaan dalam kehidupan seharian. Menggunakan api untuk pembakaran dan pengeringan tembikar yang kemudiannya menghasilkan tembikar tanah dan alat perhiasan serta pembuatan alat batu yang lebih halus dan licin contohnya seperti kapak batu atau beliung batu yang keseluruhan permukaannya dilicinkan. Terhasilnya ciptaan tembikar yang menjadi asas kepada kewujudan pinggan mangkuk dan periuk belanga yang memudahkan kehidupan seharian pada masa kini Peralatan ZAMAN NEOLITIK


Peralatan ZAMAN NEOLITIK Gambar yang dipaparkan merupakan antara alat-alat Haobinh dan Neolitik dari Gua Madu dan Gua Musang Sumber gambar (Tweedie, 1940; diubahsuai daripada Kamaruzaman, 1990).


Kepercayaan Di Semenanjung Malaysia, kebanyakan daripada tapak Neolitik yang ditemui selalunya terletak di dalam gua di mana ditemui juga tapak perkuburan masyarakat tersebut. Budaya kebendaan (material culture) yang dapat dikaitkan dengan tapak sedemikian selalunya berbentuk pengebumian masyarakat Neolitik iaitu pengebumian primer dengan posisi mayat secara menegak atau melunjur dan diiringi dengan peralatan kubur (fully extended burials with grave goods). Kepelbagaian jenis alat-alat iringan yang ditanam bersama mayat ini menunjukkan terdapatnya perbezaan status dan susun lapis masyarakat (Zuliskandar Ramsli, 2015). ZAMAN NEOLITIK


Lokasi Lokasi petempatan Zaman Neolitik di Malaysia Antara lokasi yang petempatan yang terkenal adalah seperti Gua Cha di Kelantan Bukit Tengkorak di Sabah ZAMAN NEOLITIK


Penemuan tapak lokasi Zaman Neolitik di Gua Cha, Kelantan telah ditemui pengebumian manusia. Fungsi utama Gua Cha ini adalah sebagai tempat perkuburan masyarakat Hoabinhian dan juga Neolitik sejak 12,000 hingga 13,000 tahun yang lalu. Manakala ditemui artifak tembikar di Gua Harimau, Perak. Hasil dari peyelidikan arkeologi telah menunjukkan Bukit Tengkorak adalah salah satu tapak pembuatan tembikar tanah yang terbesar sekali di Asia Tenggara pada zaman Neolitik. Berpuluh ribu serpihan tembikar tanah yang berusia 3000 tahun dahulu dan dihiasi dengan pelbagai corak telah ditemui di Bukit Tengkorak. ZAMAN NEOLITIK Lokasi Penemuan Zaman Neolitik di Malaysia


MASA Garis masa Zaman Logam di Malaysia dianggarkan bermula kira-kira sekitar 4 000 tahun dahulu Masyarakat pada zaman Logam hidup menetap dengan membina penempatan di sesebuah kawasan. Terdapat juga masyarakatnya yang tinggal menetap di dalam gua dan kawasan berhampiran dengan sungai dan tasik bagi memudahkan mereka mendapatkan sumber bekalan air. Menurut pandangan para sarjana, pada zaman Logam dikatakan masyarakatnya telah mempunyai adat resam. Ciri-ciri Penempatan ZAMAN LOGAM


Kegiatan Disebabkan telah mula tinggal menetap, masyarakat pada Zaman Logam juga telah meneruskan kegiatan bercucuk tanam dan menternak binatang. Selain itu, kegiatan memburu binatang, menangkap ikan dan memungut hasil hutan masih terus dilakukan Kegiatan perdagangn secara tukar barang atau sistem barter yang telah bermula sejak zaman Neolitik tealh diteruskan. Kehadiran artifak gangsa di Nusantara mempunyai kaitan dengan aktiviti perdagangan yang berbentuk intra-regional exchange. Intra-regional exchange ini adalah hubungan dagangan yang terbatas kepada kawasan-kawasan di Asia Tenggara (kepulauan Asia Tenggara, termasuk Semenanjung dan juga tanah besar Asia Tenggara). Penyebaran barangan gangsa merupakan bukti wujudnya hubungan dagangan di antara rantau Nusantara dengan tanah besar Asia Tenggara ZAMAN LOGAM


Kemajuan pengetahuan penggunaan api untuk penciptaan alatan daripada logam. Zaman logam selalunya dikaitkan dengan penggunaan peralatan logam seperti alat besi bersoket atau tulang mawas serta menemui objek gangsa yang berasal daripada budaya Dongson yang berasal dari selatan Vietnam. Antara objek gangsa yang ditemui antaranya ialah gendang gangsa, loceng gangsa, mangkuk gangsa dan alat perhiasan daripada gangsa (Zuliskandar Ramsli, 2015). Antara contoh peralatan yang diggunakan pada zaman logam adalah seperti yan terdapat dalam gambar di bawah. Peralatan ZAMAN LOGAM


Kepercayaan Masyarakat pada zaman prasejarah amat dekat dengan alam persekitarannya dan amalan animisme juga berkait dengan pemujaan kepada alam. Berdasarkan kajian para ahli sarjana terdahulu, masyarakat pada zaman Logam secara umumnya telah mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup yang tertentu Menjalankan pengebumian menggunakan kepingan batu seperti Kubur kepingan batu di Lembah Bernam, Selangor ZAMAN LOGAM Sumber: Muzium Negara.


Lokasi Lokasi petempatan Zaman Logam di Malaysia Petempatan-petempatan awal zaman logam dibuktikan dengan data-data arkeologi yang merujuk kepada jumpaan-jumpaan artifak kebanyakannya daripada gangsa dan besi. Antara lokasi yang tersohor adalah seperti Sungai Tembeling di Pahang, dan Gua Harimau dan Changkat Menteri di Perak. Lokasi Penemuan Zaman Logam di Malaysia Antara tapak-tapak yang ditemui objek seperti kapak, mata lembing, sabit dan lain-lain yang digunakan pada zaman Logam dahulu adalah seperti di daerah Klang, Kampung Sungai Lang dan Sungai Sedu di Selangor, Kampung Batu Pasir Garam di Sungai Tembeling, Pahang, Kampung Batu Buruk dan Kampung Gaung di Terengganu, Kampung Pencu di Muar Johor dan Pulau Banggi, Timbang Dayang, Sabah. ZAMAN LOGAM


KESIMPULAN • Secara umumnya, manusia Zaman Prasejarah banyak mewariskan penemuan dan aktiviti mereka kepada tamadun manusia. • Masyarakat pada Zaman Prasejarah telah mencipta dan melakukan pelbagai kegiatan yang masih dapat ditemui dalam kehidupan manusia hari ini. • Kegiatan pertanian, memburu dan menternak binatang, pembuatan peralatan dan tembikar, nilai kesenian merupakan antara aktiviti yang telah dilakukan oleh masyarakat sejak Zaman Prasejarah dan masih lagi diteruskan daripada generasi awal merupakan suatu warisan yan sangat berharga. • Zaman prasejarah di Malaysia menggambarkan generasi awal yang berpengetahuan menghasilkan pelbagai bentuk nilai yang menjadi keunikan seterusnya membentuk ciri dan identiti sesebuah zaman, bangsa bahkan negara pada masa kini.


Buku Mokhtar Saidin. (2011). Dari Zaman Batu ke tamadun awal di Malaysia: pemerkasaan jati diri bangsa. Penerbit Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang Artikel/Jurnal Zuliskandar Ramsli. (2015). Zaman Prasejarah di Malaysia Dalam Konteks. Tinggalan Masyarakat Pesisir Pantai. Jurnal Arkeologi Malaysia. Bil 28. Selangor: Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia Mohd Jeffrey Abdullah, Mokhtar Saidin, Peter Molijol. (2017). Kajian Kebudayaan Paleolitik Di Sabah. Vol 30, No 2. Jurnal Arkeologi Malaysia Mohd. Kamaruzaman A. Rahman. (1990). Penyelidikan Arkeologi Prasejarah Negeri Kelantan. JEBAT 18 15-34 Laman Web KOSMO! 1 Disember 2020. Kajian saintifik Lembah Lenggong diperkasa. https://www.kosmo.com.my/2020/12/01/kajiansaintifik-lembah-lenggong-diperkasa/ RUJUKAN


Click to View FlipBook Version