The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muhammad Hazim, 2024-03-12 11:47:20

MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD SOLAHUDDIN_T1

BUKU LOG KRS_TUGASAN 1

BUKU LOG KRS KADET REMAJA SEKOLAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA BUKU LOG ILMU IMAN DAN AMAL Disediakan oleh: Muhammad Hazim bin Mohd Solahuddin (PISMP TESL K 21-26)


BUKU LOG KRS MAKLUMAT PERIBADI NAMA: MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD SOLAHUDDIN TARIKH LAHIR: 15 JULAI 2003 TEMPAT LAHIR: HOSPITAL BESAR ALOR SETAR, KEDAH NO. ANGKA GILIRAN: 2021212350363 NO. TELEFON: 010-304 7461 ALAMAT RUMAH: NO 558, KAMPUNG JALAN BARU, BAITUL SAADAH, GUAR CHEMPEDAK, 08800, GURUN, KEDAH ALAMAT INSTITUT PENGAJIAN: INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA, LEMBAH PANTAI, 59200 KUALA LUMPUR EMAIL: [email protected]


BUKU LOG KRS ISI KANDUNGAN 1.0 Pengenalan, Konsep, Sejarah dan Objektif Pertubuhan 1.1 Perlembagaan Pertubuhan 1.1.1 Prinsip-prinsip asas pertubuhan 1.1.2 Logo dan moto pertubuhan 1.1.3 Bendera dan lagu pertubuhan 1.1.4 Keahlian TKRS dan KRS 1.1.5 Pakaian rasmi TKRS dan KRS 1.1.6 Kurikulum TKRS dan KRS 1.2 Sejarah Unit Beruniform 1.2.1 Sejarah pengasas 1.2.2 Sejarah penubuhan 1.2.3 Tujuan penubuhan TKRS dan KRS 1.2.4 Objektif penubuhan TKRS dan TKRS 2.0 Struktur dan Organisasi Pertubuhan 2.1 Struktur Organisasi 2.1.1 Jawatankuasa KRS 4 peringkat ○ Kebangsaan ○ Negeri ○ Daerah ○ Sekolah 2.1.2 Struktur organisasi KRS IPGM KPM 2.1.3 Majlis tadbir unit beruniform KRS IPGM KPM 2.2 Pengurusan dan Pentadbiran 2.2.1 Pengurusan dan pentadbiran TKRS ○ Kompeni ○ Platun ○ Seksyen 2.2.2 Pengurusan dan pentadbiran KRS ○ Kompeni ○ Platun ○ Seksyen 2.2.3 Sistem pangkat TKRS dan KRS IPGM 3.0 Perancangan Orientasi Unit Beruniform 3.1 Perancangan Orientasi Unit Beruniform TKRS ● Rancangan tahunan ● Rancangan mingguan ● Pelaksanaan program ● Laporan


BUKU LOG KRS 1.0 Pengenalan, Konsep, Sejarah dan Objektif Pertubuhan 1.1 Perlembagaan Pertubuhan 1.1.1 Prinsip-prinsip asas pertubuhan 1) Disiplin yang kental KRS ditubuhkan melahirkan generasi pelajar yang cintakan negara, mempunyai disiplin diri yang kental, berpegang teguh kepada ajaran agama. la juga membantu dalam menangani masalah salah laku di dalam kalangan pelajar remaja seperti salah guna dadah, budaya lepak dan juvana. Melalui pendidikan ini, pelajar dapat membentuk disiplin yang tinggi dengan pemakaian baju unit beruniform seragam serta belajar untuk mematuhi masa. 2) Pegang teguh kepada agama KRS ditubuhkan berasaskan agama dan mengambil nilai-nilai sentiment beragama seperti menghormati orang lain, memurnikan jiwa dan menghindari dari melakukan perkara yang ditegah agama. Disiplin yang diterapkan dalam beragama menjadi asas yang berguna kepada pelajar untuk membentuk peribadi yang mulia. Ia juga melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan akhlak beragama serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan mesra tetangga. 3) Cinta akan negara Semangat cinta akan negara merupakan antara agenda utama dalam menubuhkan KRS. Dalam kurikulum KRS, ia mendidik tentang semangat patriotik dan mengenali sisir budaya masyarakat Malaysia dengan lebih dekat. la juga memupuk pelajar untuk menghargai para pejuang kemerdekaan negara pada zama dahulu dan bersedia menggalas tugas dalam mempertahankan negara. Rukunegara dan bendera Malaysia menjadi tunjang kepada pendidikan Unit Berunuform KRS. 4) Sanggup berkhidmat KRS melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara. la juga ditubuhkan untuk membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.


BUKU LOG KRS 1.1.2 Logo dan moto pertubuhan Pengertian logo 1) Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat. 2) Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia. 3) Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan. 4) Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. 5) Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat. 6) Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta. 7) Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia. 8) Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.


BUKU LOG KRS Moto / cogan kata Kadet Remaja Sekolah ‘ ILMU IMAN AMAL' a. ILMU: Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS/TKRS. b. IMAN: Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri. c. AMAL: Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri. 1.1.3 Bendera dan lagu pertubuhan Bendera KRS Warna Hijau melambangkan: a. Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk. b. Laluan hidup yang jelas untuk masa depan. c. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS/TKRS.


BUKU LOG KRS Lirik Lagu Kadet Remaja Sekolah (KRS) Kadet Remaja Sekolah, Menuju satu ikatan bersaudara, Bersatu menjulang keamanan negara, Menjayakan Ilmu, Iman dan Amal. Marilah kita membina peribadi, Membentuk insan yang kreatif, Ke arah cemerlangan diri, Sepanjang masa yang berterusan. Remaja, sambutlah cabaran, Menjadi bangsa Malaysia Maju dan cemerlang, Remaja berwawasan, Jangan kita lupa kepada pencipta. Remaja, hayati budaya Ilmu, Iman dan Amal, Kekalkan di hati dan jiwamu, Wawasan Kadet Remaja Sekolah.


BUKU LOG KRS 1.1.4 Keahlian TKRS dan KRS ● Keahlian KRS/TKRS terbuka kepada semua pelajar di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan ● Ahli bersekutu KRS/TKRS terbuka kepada semua pelajar yang menuntut di institusi pendidikan selain daripada yang dinyatakan dalam perkara 5. 1. ● KRS/TKRS yang dianggotai oleh ahli bersekutu diurus dan dibiayai oleh institusi di mana KRS/TKRS itu ditubuhkan. ● Keahlian KRS/TKRS lucut serta merta apabila pelajar tersebut berhenti atau diberhentikan daripada menjadi pelajar berdaftar di sekolah/institusi. ● Keahlian TKRS terbuka kepada semua pelajar tahap II (tahun 4, 5 & 6) di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. ● Ahli KRS / TKRS yang bertukar ke sekolah / negeri lain,keahlian asal masih diterima pakai.


BUKU LOG KRS 1.1.5 Pakaian rasmi TKRS dan KRS Pakaian rasmi TKRS Lelaki ● Beret berwarna Sherwood Dark Green. ● Baju kemeja lengan panjang Sherwood Dark Green. ● Seluar panjang warna Sherwood Dark Green. (Ukuran kaki 40 cm - 46 cm) ● Tali wisel merah. ● Tali pinggang kanvas warna hijau berkepala emas dengan logo KRS. ● Spike boot.


BUKU LOG KRS Perempuan ● Beret berwarna Sherwood Dark Green. ● Baju kemeja labuh paras bawah punggung, berlengan panjang dan warna Sherwood Dark Green. ● Seluar panjang warna Sherwood Dark Green. ● Spike boot. ● Tali wisel merah. *Pemakaian Telekung mini berwarna Sherwood Dark Green.


BUKU LOG KRS Pakaian rasmi KRS Lelaki ● Beret berwarna Sherwood Dark Green. ● Baju kemeja lengan pendek warna hijau muda (L109) ● Seluar sekolah. (Ukuran kaki 20 cm - 30 cm) ● Tali wisel merah. ● Tali pinggang kanvas warna hijau berkepala emas dengan logo KRS. ● Kasut Kulit/PVC Hitam Bertali dan Berstokin Hitam


BUKU LOG KRS Perempuan ● Beret berwarna Sherwood Dark Green. ● Baju kemeja labuh paras bawah punggung, berlengan panjang dan warna hijau muda (L 109) ● Seluar /Kain Sekolah. ● Tali wisel merah. ● Kasut Kulit/PVC Hitam Bertali dan Berstokin Hitam *Pemakaian Telekung mini berwarna Sherwood Dark Green.


BUKU LOG KRS 1.1.6 Kurikulum TKRS dan KRS


BUKU LOG KRS Kurikulum KRS Disiplin dan Kerohanian ● Matlamat ○ Melahirkan generasi pelajar yang cintakan negara, mempunyai disiplin diri yang kental, berpegang teguh kepada ajaran agama serta berbakti kepada masyarakat. ● Objektif ○ Melahirkan pelajar yang bersemangat patriotisme. ○ Menyediakan generasi pelajar berdisiplin dalam menghadapi cabaran yang mendatang. ○ Membina generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati, mengamalkan akhlak mulia serta menyumbang ke Arah hidup berkeluarga yang bahagia, bermasyarakat harmonis dan bernegara.


BUKU LOG KRS


BUKU LOG KRS


BUKU LOG KRS Ketahanan Diri dan Kebudayaan ● Matlamat ○ Melahirkan generasi pelajar yang sihat fizikal, mental, berdaya tahan, berpotensi dan berketrampilan serta mampu menghindarkan diri daripada gejala sosial yang buruk dengan menjadikan budaya ilmu sebagai tatacara hidup. ● Objektif ○ Melahirkan insan yang sihat fizikal dan mental. ○ Memupuk bakat serta potensi yang sedia ada serta mampu memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. ○ Mengurangkan ketegangan fikiran dan mampu menyelesaikannya secara bijaksana.


BUKU LOG KRS


BUKU LOG KRS


BUKU LOG KRS


BUKU LOG KRS


BUKU LOG KRS


BUKU LOG KRS Khidmat Masyarakat - KHIDMAS ● Matlamat ○ Melahirkan generasi pelajar yang sanggup berbakti,tolong menolong dan berlumba-lumba melakukan amal kebajikan dalam kehidupan seharian tanpa mengira agama kaum dan etnik. ● Objektif ○ Melahirkan insan yang mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat ○ Mengukuhkan ikatan persaudaraan, kekeluargaan dan mengeratkan hubungan kemasyarakatan ○ Melahirkan insan yang prihatin terhadap tugas dan tangggungjawab sebagai anggota masyarakat serta mengamalkan budaya simpati dan empati dalam kehidupan harian


BUKU LOG KRS Alam Sekitar ● Matlamat ○ Membina dan melahirkan generasi pelajar yang mencintai dan menghargai alam sekitar. ● Objektif ○ Melahirkan insan yang sentiasa bersyukur dengan menghayati alam sekitar ○ Memupuk sikap prihatin insan terhadap sumbangan dan kepentingan alam sekitar kepada kehidupan. ○ Memahami rantaian hidup antara alam sekitar dengan manusia sejagat. ○ Bertanggungjawab dalam pemuliharaan alam sekitar.


BUKU LOG KRS


BUKU LOG KRS Keusahawanan ● Matlamat ○ Melahirkan generasi pelajar yang berpotensi menyesuaikan diri dalam pelbagai bidang keusahawanan ● Objektif ○ Memupuk bakat serta potensi yang sedia ada di kalangan pelajar serta mampu memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. ○ Melahirkan insan yang kreatif dan inovatif.


BUKU LOG KRS


BUKU LOG KRS


BUKU LOG KRS Kurikulum TKRS Teras Pendidikan Kerohanian/Moral ● memahami dan mengenal Tuhan ● amalan mulia yang perlu –menghormati ibubapa/guru/pemimpin ● tanggungjawab sebagai pelajar/warganegara/anggota masyarakat. ● mengenal/mengamalkan nilai-nilai murni/amalan -amalan mulia termasuk konsep kebersihan/kesihatan dalam kehidupan seharian. ● mengenal adat istiadat bangsa/kaum di Malaysia. Pendidikan Ketatanegaraan/Patriotisma ● Mengenal bendera negara Malaysia termasuk makna yang terdapat pada bendera tersebut. ● menyanyi lagu ‘Negaraku ’ dengan penuh semangat, serta lagu -lagu patriotik yang lain. ● Memahami dan Menghayati Rukun Negara. ● Konsep kekeluargaan ● Kebudayaan Melayu serta kebudayaan lain -lain kaum. ● Mengenal tokoh -tokoh pejuang Kemerdekaan Negara dan tokoh -tokoh negara. Latihan Fizikal ● Senaman ● Latihan kecergasan ● Latihan asas kawad kaki ● Latihan merentas halangan


BUKU LOG KRS Umum / (Elektif) Aktiviti di darat ● penggunaan kompas ● aktiviti pandu arah ● ikhtiar hidup Aktiviti Mental ● Latihan kumpulan dinamik. ● Latihan mencipta logo dan slogan. ● Latihan sumbangsaran. ● Latihan membuat perancangan dan keputusan mengamalkan sikap terbuka berfikiran positif dalam aktiviti percambahan fikiran dan berjaya mengatasi masalah. ● Latihan membuat persembahan ( kebudayaan/lain -lain) secara berkumpulan. Aktiviti Ketahanan Diri ● latihan kawat kaki untuk pertandingan/persembahan/upacara- upacara rasmi. ● latihan asas Bantu Mula. ● latihan kecemasan semasa kebakaran. ( latihan kebombaan ) ● latihan membuat ikatan dan simpulan yang mudah. ● tatatertib Pasukan Pakaian Seragam. ● Membaca dan menafsir peta. Aktiviti Pendidikan Luar ● perkhemahan. ● orienteering. ● Rekreasi tali : ○ i. Abseiling ○ ii. flying-fox. ● menggunakan tali ( ikat dan simpulan) ● kembara Aktiviti Pendidikan Alam Sekitar ● mengenal tumbuh -tumbuhan. ● mengenal binatang ● menyedari kepentingan flora dan fauna. ( penjagaan pokok -pokok) ● cara mengatasi masalah kepupusan tumbuhan dan haiwan ● menjaga kebersihan alam sekitar.


BUKU LOG KRS ● Aktiviti Kemahiran Hidup ( Keusahawanan ) ● merekacipta daripada bahan -bahan terbuang. ● mengitar semula. ● membaikpulih perabot. ● membuat kraftangan/gejet. ● latihan memasak. ● latihan asas jahitan. Aktiviti di Air ● Keyakinan di air ( “water confidence”) ● Latihan keselamatan semasa berada di air ● Latihan asas berenang Aktiviti khidmat kepada sekolah. ● khidmat guna tenaga. ● persembahan kebudayaan . ● gotong-royong. ● memakmurkan kemudahan sekolah. ● Keceriaan / Keselamatan / Kebersihan Sekolah


BUKU LOG KRS Disiplin dan Kerohanian ● Matlamat ○ Melahirkan generasi pelajar yang cintakan negara, mempunyai disiplin diri yang kental, berpegang teguh kepada ajaran agama serta berbakti kepada masyarakat. ● Objektif ○ Melahirkan pelajar yang bersemangat patriotisme. ○ Menyediakan generasi pelajar berdisiplin dalam menghadapi cabaran yang mendatang. ○ Membina generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati, mengamalkan akhlak mulia serta menyumbang ke Arah hidup berkeluarga yang bahagia, bermasyarakat harmonis dan bernegara.


BUKU LOG KRS Ketahanan Diri dan Kebudayaan ● Matlamat ○ Melahirkan generasi pelajar yang sihat fizikal, mental, berdaya tahan, berpotensi dan berketrampilan serta mampu menghindarkan diri daripada gejala sosial yang buruk dengan menjadikan budaya ilmu sebagai tatacara hidup. ● Objektif ○ Melahirkan insan yang sihat fizikal dan mental. ○ Memupuk bakat serta potensi yang sedia ada serta mampu memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. ○ Mengurangkan ketegangan fikiran dan mampu menyelesaikannya secara bijaksana.


BUKU LOG KRS


BUKU LOG KRS


BUKU LOG KRS Khidmat Masyarakat - KHIDMAS ● Matlamat ○ Melahirkan generasi pelajar yang sanggup berbakti,tolong menolong dan berlumba-lumba melakukan amal kebajikan dalam kehidupan seharian tanpa mengira agama kaum dan etnik. ● Objektif ○ Melahirkan insan yang mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat ○ Mengukuhkan ikatan persaudaraan, kekeluargaan dan mengeratkan hubungan kemasyarakatan ○ Melahirkan insan yang prihatin terhadap tugas dan tangggungjawab sebagai anggota masyarakat serta mengamalkan budaya simpati dan empati dalam kehidupan harian


BUKU LOG KRS Alam Sekitar ● Matlamat ○ Membina dan melahirkan generasi pelajar yang mencintai dan menghargai alam sekitar. ● Objektif ○ Melahirkan insan yang sentiasa bersyukur dengan menghayati alam sekitar ○ Memupuk sikap prihatin insan terhadap sumbangan dan kepentingan alam sekitar kepada kehidupan. ○ Memahami rantaian hidup antara alam sekitar dengan manusia sejagat. ○ Bertanggungjawab dalam pemuliharaan alam sekitar.


BUKU LOG KRS Keusahawanan ● Matlamat ○ Melahirkan generasi pelajar yang berpotensi menyesuaikan diri dalam pelbagai bidang keusahawanan ● Objektif ○ Memupuk bakat serta potensi yang sedia ada di kalangan pelajar serta mampu memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. ○ Melahirkan insan yang kreatif dan inovatif.


BUKU LOG KRS 1.2 Sejarah Unit Beruniform 1.2.1 Sejarah pengasas Allahyarham Muhammad Thani Bin Shaaban berlahir di Teluk Kumbar Pulau Pinang pada 9 Disember 1963. Merupakan anak bongsu daripada dua orang adik beradik. Bapanya Shaaban bin Daud adalah bekas Guru Besar di SK Teluk Kumbar Pulau Pinang. Bondanya Norma Binti Abdul Rahman adalah suri rumah sepenuh masa. Mendapat pendidikan awal di SK Teluk Kumbar dan menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Raja Tun Uda, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Merupakan seorang pelajar yang aktif dalam bidang kokurikulum. Minatnya dalam bidang pendidikan terserlah apabila beliau telah berjaya menamatkan Kursus Perguruan Asas di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim Johor Bharu pada 28 Februari 1985 Seterusnya beliau melanjutkan pengajiannya di peringkat ijazah di Universiti Malaya dalam bidang Pendidikan Islam dan Sejarah. Beliau memulakan perkhidmatan awalnya sebagai guru di SMK Raja Abdullah dan meneruskan sebagai guru siswazah di SM Sains Selangor dan SM Sains Hulu Selangor, Ulu Yam. Beliau merupakan tokoh yang berjasa dalam bidang pendidikan apabila mencetuskan idea penubuhan Kadet Remaja Sekolah Malaysia. Kadet Remaja Sekolah telah ditubuhkan di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam. Matlamat utama penubuhannya adalah melahirkan pelajar cemerlang yang beriman, berilmu, berakhlak mulia dan bersemangat patriotik serta berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah menjayakan Wawasan 2020. Penubuhan Kadet Remaja Sekolah secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pelajaran telah diusahakan oleh beliau pada 10 Ogos 1993. Tanggal 13 September 1993, satu pertemuan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Nordin.


BUKU LOG KRS 1.2.2 Sejarah penubuhan Sejarah penubuhan Kadet Remaja Sekolah (KRS) Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987 Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL berakhlak mulia, bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020. Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD DEEN). Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM. Di antaranya ialah Sek. Men. Tmn Tun Dr Ismail di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani, Sek. Men Seri Titiwangsa di bawah pimpinan En. Anuar Bin Abd Aziz dan Sek. Men. Agama Ma'ahad Hamidiah, Kajang, Selangor di bawah pimpinan En. Abu Hassan Bin Morad. Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di dalam pertemuan ini tesis mengenai KPIM telah dibentangkan. Hasilnya, sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet. Jawatankuasa ini mencadangkan agar pasukan ini diberi nama KADET PUTERA PUTERI ISLAM (KPIM) Walau bagaimanapun nama pasukan ini kemudiannya ditukar kepada KADET REMAJA ISLAM (KRIS)


BUKU LOG KRS Sejarah penubuhan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) telah mula diasaskan pada 15 Mac 1999. Sekolah yang menjadi sekolah pertama (perintis) menubuhkan TKRS ialah Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Kuala Lumpur yang sekarang ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Setapak Indah. Tunas Kadet Remaja Sekolah ditubuhkan oleh En. Wan Mohd. Ariffin bin Wan Hussin khas untuk murid-murid sekolah rendah seperti mana Kadet Remaja Sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah menengah sahaja. Antara tujuan TKRS ditubuhkan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar mengenai KRS. Ini kerana TKRS merupakan KRS di peringkat awal (sekolah rendah). Kurikulum, matlamat dan objektif serta perjuangan TKRS adalah berdasarkan Kadet Remaja Sekolah (KRS). Pada awal penubuhan, pasukan ini dinamakan Tunas Kadet Remaja Islam Sekolah (TKRIS). Dewasa ini TKRIS dikenali dengan nama Tunas Kadet hd Remaja Sekolah. Penubuhan Tunas Kadet Remaja Sekolah secara rasminya telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran YB Dato' Noh b. Omar di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah Darul Aman pada 26 Mac 2006.


BUKU LOG KRS 1.2.3 Tujuan penubuhan TKRS dan KRS Melahirkan pelajar cemerlang yang beriman, berakhlak mulia, berilmu dan berketrampilan selaras dengan hasrat Wawasan Pendidikan dan Falsafah Pendidikan Negara ke arah menjayakan Wawasan 2020. 1.2.4 Objektif penubuhan TKRS dan TKRS ● Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan negara. ● Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, bersemangat juang , kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup. ● Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan di kalangan pelajar mengenai isu-isu semasa serta berkeupayaan mewujudkan integrasi nasional. ● Melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan akhlak Islam serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bermesra. ● Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.


BUKU LOG KRS 2.0 Struktur dan Organisasi Pertubuhan 2.1 Struktur Organisasi 2.1.1 Jawatankuasa KRS 4 Peringkat Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan Penaung Menteri Pelajaran Malaysia Penasihat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Pengerusi Pengarah Bahagian Sekolah TImbalan Pengerusi Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah Setiausaha Ketua Penolong Pengarah (HEM ) Bahagian Sekolah Penolong Setiausaha Dilantik (Dua orang) Bendahari Dilantik Ahli-ahli ● Pengarah-Pengarah JPN ● Pengarah Bahagian Pendidikan Guru ● Pengarah Bhg. Dakwah & Kepimpinan ● Pengarah Bahagian Teknik & ● Vokasional ● Pengarah Institut Aminuddin Baki ● Tiga ahli dilantik ● Dua Wakil Jurulatih KRS ● Dua Wakil Jurulatih TKRS ● Juruaudit Dilantik


BUKU LOG KRS Jawatankuasa Peringkat Negeri Penaung Menteri Pelajaran Malaysia Penasihat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Pengerusi Pengarah Pelajaran Negeri TImbalan Pengerusi Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Setiausaha Ketua Unit Kokurikulum Penolong Setiausaha 1 Penyelia Pasukan Pakaian Seragam Penolong Setiausaha 2 Pegawai Tadbir KRS Bendahari Dilantik Ahli-ahli ● Dilantik Termasuk ● Pegawai Pelajaran Daerah ● 2 Wakil Jurulatih KRS dan ● 2 Wakil Jurulatih TKRS ● Wakil PKPSM dan MGB ● Juruaudit Dilantik


BUKU LOG KRS Jawatankuasa Peringkat Daerah Penaung Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Penasihat Pengarah Pelajaran Negeri Pengerusi Pegawai Pelajaran Daerah TImbalan Pengerusi Penolong Pegawai Pelajaran Daerah ( SPPK ) Setiausaha Penyelia Penolong Setiausaha Dilantik Bendahari Dilantik Ahli-ahli ● Dilantik Termasuk 2 Wakil ● Jurulatih KRS dan 2 Wakil TKRS, ● Wakil PKPSM dan MGB ● Ex-Officio Pegawai Tadbir KRS Negeri Juruaudit Dilantik (2 orang)


BUKU LOG KRS Jawatankuasa Peringkat Sekolah Penaung Pengarah Pelajaran Negeri Penasihat PPD Pengerusi Pengetua / Guru Besar TImbalan Pengerusi Pen.Kanan Kokurikulum Setiausaha Dilantik Penolong Setiausaha Dilantik Bendahari Dilantik Ahli-ahli ( 7 orang Dilantik + Ketua Platun KRS/TKRS ) Juruaudit Dilantik di kalangan guru


BUKU LOG KRS 2.1.2 Struktur organisasi KRS IPGM KPM Struktur organisasi KRS IPGM KPM Penaung Menteri Pelajaran Malaysia (Fadhlina binti Sidek) Penasihat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Encik Azman bin Adnan) Pengerusi Rektor IPGM KPM (Dr. Mohd Azam bin Ahmad) TImbalan Pengerusi Timbalan Rektor IPGM KPM Setiausaha Ketua Jabatan Penolong Setiausaha Pengerusi Majlis Tadbir KRS Bendahari Ahli Mahlis Tadbir KRS Ahli-ahli ● Para pengarah IPG ● 4 ahli majlis tadbir ● Co-Officio 2 Pegawai Latih BPG Juruaudit ● 1 IPG 1 Majlis tadbir ●


BUKU LOG KRS 2.1.3 Majlis tadbir unit beruniform KRS IPGM KPM Matlamat Majlis Tadbir ● Memperkasa dan memartabatkan profesionalisme ahli dalam KRS ● Menjadi contoh atau rujukan kepada semua pihak ● Menjadi institusi yang menggerak, mengeratkan dan mengukuhkan hubungan muhibah, kebajikan, kerjasama, persefahaman dan kesejahteraan bekerja ● Menjadi saluran rasmi kepada semua ahli ● Menjalin hubungan dan kerjasama dengan badan dan pertubuhan lain Fungsi-Fungsi Pentadbir ● Tugas Pengerusi ○ Mengurus dan mentadbir pertubuhan ○ Melaksanakan keputusan mesyuarat Agung ○ Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa ○ Merancang, melaksana dan menyelia aktiviti ○ Meneliti catatan minit mesyuarat ○ Berhak mempunyai undi pemutu ○ Menandatangani cek-cek ● Tugas Naib Pengerusi ○ Menjadi pengerusi mesyuarat dan menjalankan tugas apabila pengerusi tiada ○ Membantu pengerusi dalam pengurusan dan pentadbiran ○ Menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pengerusi ● Tugas Setiausaha ○ Menjalankan kerja pentadbiran mengikut undang-undang ○ Menjalankan perintah Mesyuarat Agung dan Majlis Tertinggi ○ Mengendalikan urusan surat-menyurat ○ Menyimpan buku daftar ahli ○ Menghasilkan dan menyimpan minit mesyuarat ○ Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat / laporan ○ Tugas Penolong Setiausaha ○ Membantu setiausaha mentadbir dan mengurus pertubuhan ○ Menjalankan tugas semasa ketiadaan setiausaha


BUKU LOG KRS ● Tugas Bendahari ○ Menyimpan rekod dan stok harta pertubuhan ○ Memungut dan menyimpan penyata pembayaran ahli ○ Memungut dan menyimpan penyata keluar masuk wang ○ Mengurus dan mentadbir pembelian dan urusan kewangan ○ Menyimpan dan menyiapkan penyata kira-kira ○ Menandatangani cek-cek yang diterima ○ Mengeluarkan resit ○ Melaporkan penyata kewangan dalam mesyuarat ● Tugas Penolong Bendahari ○ Menjalankan tugas semasa ketiadaan bendahari ○ Membantu bendahari menyiapkan urusan kewangan Tugas Ketua Patrol ○ Mengetuai satu kumpulan kecil ○ Membantu pengerusi dan setiausaha melaksanakan tugas yang ditetapkan ● Tugas AJK Biasa ○ Menghadiri mesyuarat atau perjumpaan KRS ○ Membantu, memberi idea dalam aktiviti pertubuhan KRS ○ Mempengerusikan biro-biro kecil sekiranya dilantik Tugas Ketua Pentadbir ○ Merancang, menyediakan anggaran, melaksana dan memantau program KRS di peringkat negeri ○ Dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan berpangkat MEJAR KRS ○ Mencalonkan pegawai-pegawai dan ahli kadet untuk berkursus di peringkat kebangsaan ○ Bertanggungjawab terhadap program KRS di peringkat negeri ○ Penasihat berkaitan dengan logistik KRS negeri ○ Pengesahan tatacara pemakaian uniform KRS dan TKRS ○ Membantu Ketua Unit dan Penyelia KOKO ○ Tanggunjawab terhadap Pengarah Pelajaran Negeri dalam semua perancangan program di peringkat kebangsaan


BUKU LOG KRS ● Tugas Ketua Jurulatih ○ Merancang, menyediakan anggaran, melaksana dan memantau program berkaitan kejurulatihan KRS ○ Dilantik oleh KPM dan berpangkat MEJAR KRS ○ Bertanggungjawab kepada Pegawai Tadbir KRS ○ Mengeluarkan dan mengaturkan jadual tugas jurulatih dalam sesuatu program ○ Merancang dan melaksanakan program di peringkat negeri ○ Membantu Pegawai Tadbir mencalonkan pegawai ○ Menyediakan modul kursus kejurulatihan di peringkat negeri ○ Mengenal pasti prestasi, peningkatan dan kebajikan jurulatih/pegawai ○ Tatacara perkhemahan ● Tugas Pegawai Teknikal (Pegawai Kanan Negeri) ○ Membantu Pegawai Tadbir dan Ketua Jurulatih ○ Dilantik oleh KPM dan MEJAR KRS ○ Membantu Pegawai Tadbir dari aspek Teknikal ○ Melaksana prosedur-prosedur teknikal terhadap semua aktiviti ○ Menyelia ahli jawatankuasa teknikal ○ Bertanggungjawab dari aspek teknikal ○ Menjalankan tugas yang dimaklumkan oleh JPN / Kementerian ○ Tanggungjawab terhadap perjalanan pertandingan kawad kaki di peringkat negeri ● Tugas Pegawai Istiadat ○ Pegawai kanan KRS Negeri ○ Tanggungjawab khas atas penglibatan pegawai & ahli kadet wanita ○ Dilantik oleh KPM & MEJAR KRS ○ Membantu Pegawai Tadbir, Ketua Jurulatih, Pegawai Teknikal & Pegawai Istiadat Negeri ○ Membantu mengenal pasti prestasi, peningkatan & kebajikan jurulatih wanita & ahli kadet wanita


Click to View FlipBook Version