The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by erikasyasyalol, 2022-06-09 11:53:03

E-folio Dialog Peradaban

E-folio Dialog Peradaban

Keywords: Dialog Peradaban,MPU23012,E-folio

NAMA AHLI KUMPULAN :

1) ERIKA SYASYA BINTI RAMSYAH
(20DPM21F1019)

2) NURUL NAZATUL NADIA BINTI MASDAR
(20DPM21F1052)

3) NUR ALYA MAISARAH BINTI HASNON
(20DPM21F1017)

SUBTOPIK

1 Objektif 1

2 Pendahuluan 2-3

3 Etika yang perlu dimiliki untuk menyertai 4-5
dialog peradaban

4 Kesan positif dialog peradaban 6

5 Kesan negatif dialog peradaban 7-8

6 Isu dan cabaran dialog menurut islam 9-11

7 Kepentingan dialog peradaban 12-13

8 Kesimpulan 14

9 Rujukan 15

OBJEKTIF

1.Bagi mewujudkan sifat saling hormat-menghormati
antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang seperti
kaum, adat, agama dan bangsa.

Maksudnya: “Dan janganlah kamu mencerca sembahan yang

mereka sembah selain Allah
, kerana mereka nanti akan mencerca

Allah secara melampaui batas tanpa dasar pengetahuan.
Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pada
perbuatan mereka. Kemudian kepada Tuhan tempat mereka
Kembali, lalu Dia akan memberitahu kepada mereka apa yang
telah mereka lakukan.”
2.Bagi memupuk nilai keadilan serta persamaan dalam diri dan ia
juga merupakan asas wujudnya perbincangan antara dua atau lebih
pihak bagi mengumpul kata sepakat Bersama. Hal ini bagi
mengelakkan tiada mana-mana pihak terasa terasing dan diabaikan
secara tidak adil.
3.Bagi menolak sikap fanatik dalam perkauman. Jika kita mampu
untuk membendung dan bersikap terbuka serta mengamalkan sikap
bersederhana dalam semua perkara semuanya akan jadi mudah.
Tegasnya, ia mampu menolak keras sikap fanatic dan perkauman




1

PENDAHULUAN

2

3

ETIKA YANG PERLU DIMILIKI UNTUK
MENYERTAI DIALOG PERADABAN







➢ Menghormati perbezaan fikiran dan keyakinan orang lain
• Menerima pluraliti agama
• Menghormati perbezaan pendapat sebagai lumrah dalam kalangan
manusia yang berbeza latar belakang.

➢ Bersikap toleransi antara penganut agama untuk mengelakkan
berlakunya konflik
• Kepelbagaian masyarat bukan sahaja boleh dipecah mengikut
kelompok etnik yang
berbeza, tetapi juga membabitkan pembahagian kelompok agama
yang pelbagai.
• Dalam konteks ini, mata pelajaran umum seperti kursus tamadun
Islam dan tamadun Asia boleh menjadi kursus wajib kepada pelajar
universiti
awam dan swasta di Malaysia.




4

➢ Mengakui tentang elemen universal yang wujud di antara
dunia tanpa melibatkan persoalan aqidah
Ia merangkumi penekanan kepada:
• Penekanan kepada sistem moral yang baik
• Sikap alami terhadap alam semesta
• Penekanan kepada hukuman terhadap sesuatu perbuatan yang
buruk
• Penekanan kepada budaya ilmu
• Penekanan kepada soal penyucian diri untuk tujuan kebaikan
• Penekanan kepada budaya ilmu
➢ Mematuhi prinsip kebebasan agama
• Setiap anggota masyarakat antarabangsa perlu mengiktiraf
kebebasan mengamalkan
agama masing-masing dengan aman tanpa prejudis.




5

KESAN POSITIF
DIALOG PERADABAN

➢ Membina satu barisan bersama untuk menentang dominasi
Barat
• Menerusi dialog, masyarakat dapat mengenalpasti anasir-anasir
yang negatif, budaya asing yang boleh meruntuhkan budaya dan
mencari jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah supaya
dapat menjaga kelangsungan jati diri dan nilai hidup masyarakat.
➢ Mewujudkan kesedaran, kesatuan dan kejujuran masyarat
• Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang
mengamalkan pelbagai
budaya dan adat yang berbeza dan pelbagai. Walaupun wujud
hubungan yang baik antara kaum, kadangkala masih wujud
perasaan negatif yang berpunca daripada perbezaan budaya.
Dengan wujudnya dialog peradaban, kesedaran dan kesatuan
antara rakyat Malaysia dapat diwujudkan dan dikuatkan.

6

KESAN NEGATIF DIALOG PERADABAN




1.Interaksi antara peradaban yang terhad.
Dialog membolehkan kita untuk mengurang ketegangan yang wujud
antara dua pihak yang mempunyai latar belakang etnik yang berbeza
natara satu sama lain. Contohnya seperti berkenaan dengan
pemahaman budaya kaum lain supaya dapat menghalang salah
faham tercetus.
Antaranya ialah kaum Melayu, Cina, India dan banyak lagi di tanah
air kita. Biarpun kita semua mempunyai perbezaan kepercayaan
namun, iteraksi yang baik masih perlu dititikberatkan.
Hal ini kerana interaksi merupakan sebuah medium terpenting bagi
mengelakkan salah faham dan salah tanggapan daripada berlaku.
Bagi mewujudkan keamanan, semua penujuru pihak hendaklah
bersedia untuk saling memahami setiap persamaan dan perbezaan
yang ada antara setiap manusia.




7

2. .Persepsi atau tanggapan yang salah untuk sesuatu peradaban.
Perkara ini terjadi kerana akibat kejahilan kedua-dua pihak dalam
memahami budaya sesebuah tamadun. Contohnya, mereka tidak
tahu dalam membezakan antara tindakan yang bersifat individu
atau ajaran ataupun nilai teras ajaran sesebuah tamadun.
Dalam erti kata lain juga, islam tidak mengetengahkan perilaku
keganasan individu muslim ke atas mana-mana masyarakat awam
yang bukan islam.


Sekiranya perbalahan berlaku, sebaliknya, semua pihak hendaklah
bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu pertelingkahan itu. Hal
yang demikian kerana islam amat mementingkan hubungan
sesama manusia sebagaimana kita ingin hubungan Bersama-Nya
sentiasa terjaga.




8

ISU DAN CABARAN DIALOG
MENURUT ISLAM

1)Prasangka atau persengketaan yang berlaku akibat peradaban
atau budaya atau agama yang berbeza.
i) Pada zaman globalisasi ini, persengketaan giat terjadi walhal
kadang-kadang penyebabnya hanyalah sesuatu yang boleh
dibincang.
ii) Hasilnya, pergaduhan tercetus dan boleh merosakkan hubungan
antara sesuatu manusia sama ada dari segi fizikal, mental,
keluarga, negara serta agama masing-masing.




9

2) Kaedah peperangan atau menggunakan kekuatan militant bagi
menangani persengketaan atau keganasan oleh pihak kuasa-kuasa
luar yang besar seperti Amerika, puak u, kumpulan ekstremis atau
kegiatan kumpulan pemisah dan sebagainya yang giat tercetus
sehingga ke abad-21 ini.

i) Dalam hal ini, kita hendaklah berfikir dengan akal yang
diberikan Allah SWT dengan sebaiknya terutamanya dalam
menyelesaikan sesuatu masalah.

ii) Setiap masalah insyaAllah mempunyai jalan penyelesaiannya,
asalkan kita telah berusaha, berdoa dan bertwakal kepada yang
maha Esa. Jika kita menggunakan kaedah yang kasar dalam
melenyapkan masalah, maka setiap orang akan mengalami cedera
dan kehilangan orang yang tersayang.

iii) Contohnya, seperti peperangan antara Rusia dan Ukrain baru-
baru ini.




10

3) Menangani konflik yang berlaku dalam kalangan pihak-pihak
yang bertelagah menerusi langkah rundingan atau dialog.

i) Berdasarkan topik utama kita, kita hendaklah menangani konflik
dengan cara yang lebih bijak dan bernas yang tidak merugikan
mana-mana pihak.

ii) Contohnya ialah dengan melakukan kaedah perbincangan
kerana perbimcangan merupakan kunci kepada komunikasi.
iii) Sekiranya komunikasi yang dijalankan mempunyai tolak ansur
yang baik, maka dengan izin-Nya, sesuatu konflik dapat diakhiri
dengan sewajarnya.

iv)Selain itu, pertumpahan darah jugak dapat dielakkan.




11

KEPENTINGAN DIALOG
PERADABAN






Mewujudkan suasana yang saling memahami antara satu
sama lain. Sekiranya ada kefahaman antara diri masing-
masing, maka kita dapat menjauhi salah faham.

Menghapuskan prasangka negatif yang boleh mencetuskan
perbalahan. Hal ini kerana islam menggalakkan manusia
untuk sentiasa berprasangka baik terhadapa orang lain dan
sekiranya sebaliknya, maka siasatlah dahulu sesuatu
perkara tersebut.

Mewujudkan semangat perpaduan antara pelbagai kaum
dan agama. Apabila semua kita bersatu padu, maka kita
dapat melahirkan masyarakat yang saling mementingkan
nilai persaudaraan.

12

Mewujudkan kehidupan yang harmoni, sejagat dan
sejahtera bersama. Hal yang demikian kerana tiadanya
persengketaan yang boleh menyakiti orang lain secara lisan
dan verbal.

Boleh menyelesaikan masalah di peringkat global.
Contohnya berkomunikasi dengan mengadakan
perbincangan untuk memuktamadkan persengketaan.

Dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan masing-
masing. Maka dengan kekuatan dan kelemahan itu, kita
dapat melatih diri untuk menghormati serta melengkapi satu
sama yang lain.




13

KESIMPULAN

Umat Islam masih lagi berhadapan dengan cabaran yang amat hebat
melalui pelbagai aspek dalaman serta luaran. Kejahilan umat islam
dalam dalam agama Islam itu sendiri merupakan salah satu kepada
penyumbang terbesar kepada kemunduran umat Islam di seluruh
dunia. Kekurangan ini akan menyebabkan peluang terbuka luas bagi
umat islam untuk terus menyerang dan memecah-belahkan umat
islam. Sekularisme, Liberalisme dan Pluralisme juga menjadikan
akal fikiran umat islam semakin jauh dari Al-Quran dan agenda
globalisasi di seluruh dunia menjadikan penaklukan serta
pencerobohan kepada pemikiran masyarakat semakin rancak. Akan
tetapi, islam sudah semestinya meletakkan cara tertentu dalam
menghadapi cabaran-cabaran tersebut.

14

SUMBER RUJUKAN

Bab dalam buku.

Dr. Mahnesa binti A. Kadir. Dr. Nor Hayati Fatmi binti Talib. Hasani
binti Ghazali. Jamali Zamani bin Jamaluddin. Mastura binti Mamat.
Nor. Wahida binti Dzalihu'zzabir. Rosmawati binti Razak,Yusri bin
Yusoff.(2021). Bab 4.7 Dialog Peradaban.Mastura binti Mamat &
Hasani Binti Ghazali (Eds.). Pengajian Islam. Politeknik Nilai Negeri
Sembilan Kompleks Pendidikan Bandar Enstek, 71760 Bandar Enstek
Negeri Sembilan:Politeknik Nilai Negeri Sembilan.

Format Penulisan Rujukan Artikel dari Internet.

Jejaka Indah. (2014). Bab 18-dialog-peradaban (1). Februari 17, 2014,
from https://www.slideshare.net/jejakalaut7/bab-18dialogperadaban-1

Sofea Adriana. (2020). Dialog Peradaban. Mac 15, 2020, from
https://fliphtml5.com/qhtyx/sgcy/basic

Dokument. (2022). EBOOK DIALOG PERADABAN FLIPBOOK
PDF. 2022, from https://dokument.pub/ebook-dialog-peradaban-
flipbook-pdf.html

E-FOLIO
PENGAJIAN ISLAM

MPU 23012



DIALOG PERADABAN





SIR MOHD FAEEZWAN BIN BUANG


Click to View FlipBook Version