The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN MENULIS ESEI, DEKLAMASI SAJAK DAN DENDANG SYAIR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by piahsaid, 2021-07-16 10:54:07

TEMASYA BAHASA MELAYU 2021

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN MENULIS ESEI, DEKLAMASI SAJAK DAN DENDANG SYAIR

TEMASYA BAHASA MELAYU 2021

MENDEKLAMASI SAJAK
DENDANGAN SYAIR
MENGARANG ESEI

KEPADA YANG BERMINAT DAN BERBAKAT

TEMASYA BAHASA 2021
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK BAHASA MELAYU

TARIKH TUTUP: 20 SEPTEMBER 2021

1. Terbuka kepada:
i. Murid sekolah rendah Tahun 4 hingga 6
ii. Murid sekolah menengah Tingkatan 1 hingga 6

1. Kategori
● Sekolah Rendah (Tahun 4-6)
● Menengah Rendah (Tingkatan1-3)
● Menengah Atas (Tingkatan 4-5)
● Tingkatan Enam (Rendah & Atas)

1. Deskripsi: Murid merakam persembahan mendeklamasikan sajak Bahasa Melayu)
2. Durasi video: maksimum 15 minit
3. Pakaian : Pakaian Seragam Sekolah /Pakaian Sukan Sekolah/ Pakaian sesuai dengan tema sajak yang disampaikan.

1. Kriteria Sajak:
● Tema bagi 2021 : “Terima Kasih Adiwira Negara”
● Sajak yang dicipta tidak lebih dari 30 baris sahaja.
● Karya murid sendiri, belum pernah disiarkan oleh mana-mana penerbitan dan tidak diplagiat atau terjemahan dari sumber-sumber lain.
● Tidak mengandungi unsur-unsur negatif serta menyentuh sensitiviti bangsa, agama dan kaum.
● Persembahan hendaklah menepati perincian pertandingan sebagaimana yang disarankan di dalam kertas konsep.

1. Kriteria Video:
● Rakaman Video (format MP4 / 3GP / AVI / MOV / WMV) dan secara melintang (landscape)
● Saiz video: tidak melebihi 100MB
● Video hendaklah merakam 80% - 100% dari tubuh badan.
● Tidak dibenarkan muzik atau unsur bunyi latar.
● Tidak dibenarkan mengguna Editing Apps seperti mod tapisan kecantikan (beutifying filter) dan penambahan sebarang ikon/gif/

TEMASYA BAHASA 2021
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR BAHASA MELAYU

TARIKH TUTUP: 20 SEPTEMBER 2021

1. Terbuka kepada:
i. Murid sekolah rendah Tahun 4 hingga 6
ii. Murid sekolah menengah Tingkatan 1 hingga 6

1. Kategori
● Sekolah Rendah (Tahun 4-6)
● Menengah Rendah (Tingkatan1-3)
● Menengah Atas (Tingkatan 4-5)
● Tingkatan Enam (Rendah & Atas)

1. Deskripsi: Murid merakam persembahan dendangan syair Bahasa Melayu.
2. Durasi video: maksimum 15 minit (5 rangkap sahaja)
3. Pakaian : Pakaian yang sesuai dengan acara

1. Kriteria Syair:
● Tema bagi 2021 : “Cinta AnugerahMu”
● Syair yang dicipta tidak lebih dari 5 rangkap.
● Karya murid sendiri, belum pernah disiarkan oleh mana-mana penerbitan dan tidak diplagiat atau terjemahan dari sumber-sumber lain.
● Tidak mengandungi unsur-unsur negatif serta menyentuh sensitiviti bangsa, agama dan kaum.
● Persembahan hendaklah menepati perincian pertandingan sebagaimana yang disarankan di dalam kertas konsep.

1. Kriteria Video:
● Rakaman Video (format MP4 / 3GP / AVI / MOV / WMV) dan secara melintang (landscape)
● Saiz video: tidak melebihi 100MB
● Video hendaklah merakam 80% - 100% dari tubuh badan.
● Tidak dibenarkan muzik atau unsur bunyi latar.
● Tidak dibenarkan mengguna Editing Apps seperti mod tapisan kecantikan (beutifying filter) dan penambahan ikon / gif.

TEMASYA BAHASA 2021
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN MENULIS ESEI BAHASA MELAYU

TARIKH TUTUP: 30 JULAI 2021

1. Terbuka kepada:
i. Murid sekolah rendah Tahun 4 hingga 6
ii. Murid sekolah menengah Tingkatan 1 hingga 6

1. Deskripsi: Murid menghasilkan satu esei Bahasa Melayu berdasarkan tema.

1. Tema Esei Bahasa Melayu Peringkat Negeri Melaka:
● Sekolah Rendah

“Jati Diri Anak-Anak Bermula Di Rumah”
● Menengah Rendah

“Rumah Terbuka Masyarakat Sejahtera”
● Menengah Atas

“Seikat Bagai Sirih, Serumpun Bagai Serai”
● Kolej/Tingkatan 6

“Pembelajaran Secara Dalam Talian Cabaran dan Harapan”

“Peserta yang Berjaya mewakili negeri akan menghasilkan satu lagi karya berdasarkan tema peringkat kebangsaan kelak.”

1. Kriteria Esei:

● Dilengkapi dengan tajuk.

● Karya murid sendiri, belum pernah disiarkan oleh mana-mana penerbitan dan tidak diplagiat atau terjemahan dari sumber-sumber lain.

● Tidak mengandungi unsur-unsur negatif serta menyentuh sensitiviti bangsa, agama dan kaum.

● Ditaip menggunakan fon Times New Roman, saiz 12 dan jarak langkau (spacing) 1.5.

● Mengikut had perkataan setiap kategori:

i. Sekolah Rendah : 250 hingga 350 patah perkataan

ii. Sekolah Menengah Rendah : 400 hingga 500 patah perkataan

iii. Sekolah Menengah Atas : 750 hingga 1000 patah perkataan

iv. Kolej / Kelas Tingkatan 6 :1000 hingga 1300 patah perkataan

SEKIAN
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version