The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ikhwanuddin17, 2021-05-21 00:15:01

Hak Jiran yang Dilupakan Masyarakat

Hak Jiran yang Dilupakan Masyarakat

HAK JIRAN YANG
DILUPAKAN
OLEH
MASYARAKAT
MODEN

PENGENALAN

Islam mengajar kita supaya menjaga hubungan dengan jiran dan ia
amat penting bagi menjamin kesejahteraan hidup masyarakat. Secara
fitrahnya, manusia tidak boleh hidup bersendirian atau mengasingkan
diri dari orang lain. Oleh itu, Islam menekankan kepentingan
menjalinkan hubungan dengan masyarakat sekeliling atau jiran
tetangga. Hubungan yang baik dapat membentuk sifat saling
membantu, bekerjasama, saling menyayangi, menghormati dan
sebagainya. Islam amat menitikberatkan hubungan kejiranan. Hal ini
disebabkan, hidup berjiran merupakan salah satu gaya hidup Islam.
Dalam konteks kejiranan, umat Islam perlulah saling menghormati dan
sentiasa menjaga keselamatan diri serta harta benda. Hubungan baik
sesama jiran perlu dijaga seperti yang dituntut oleh agama Islam.

Pada era globalisasi ini, konsep
kejiranan dalam masyarakat
semakin pupus dari semasa ke
semasa. Hal ini disebabkan
semua orang pada masa ini
sibuk mengejar kejayaan dunia
sehingga terlupa atau
mengabaikan kepentingan
menjaga hubungan dengan
jiran. Oleh itu, dalam konteks
ini akan membincangkan
semangat kejiranan yang perlu
dijaga oleh masyarakat supaya
hidup lebih diberkati oleh Allah
SWT.

DEFINISI

Dari segi bahasa jiran berasal daripada
bahasa Arab yang membawa maksud
orang yang tinggal bersebelahan atau
tetangga. Dari segi istilah jiran adalah
orang yang tinggal bersebelahan dengan
rumah, kampung, daerah malahan lebih
besar daripada itu iaitu jiran yang
bersebelahan dengan negara. Jiran juga
bererti ahli-ahli 40 buah rumah setiap
penjuru yang mengelilingi rumah.

Hal ini sebagaimana hadis riwayat Abu Daud, Rasulullah SAW telah
bersabda yang bermaksud: “Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran
tetangga”

Berdasarkan daripada hadis
Rasulullah SAW menunjukkan
bahawa walaupun jarak daripada
rumah seseorang diselangi 40
buah rumah, ia juga dikira
sebagai jiran tetangga. Menurut
Ali ibn Talhah daripada Ibnu
Abbas, jiran membawa
pengertian hubungan
kekeluargaan atau pertalian
darah. Jiran juga boleh dikatakan
sebagai apabila penempatan itu
dihuni oleh manusia yang lain
yang juga tinggal berhampiran
dengan rumah yang dihuni oleh
kita.

PEMBAHAGIAN JIRAN

Islam membahagikan jiran kepada beberapa bahagian
iaitu jiran beragama Islam yang mempunyai pertalian
darah, jiran beragama Islam yang tidak mempunyai
pertalian darah dan jiran bukan Islam. Dalam erti kata
lain jiran jauh dan dekat.

Hal ini sebagaimana firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa’
ayat 36 iaitu:

Maksud-Nya: Sembahlah Allah
dan janganlah kamu
mempersekutukan-Nya dengan
sesuatupun. dan berbuat baiklah
kepada dua orang ibu-bapa,
karib-kerabat, anak-anak yatim,
orang-orang miskin, tetangga
yang dekat dan tetangga yang
jauh dan teman sejawat, ibnu
sabil dan hamba sahayamu.
Sesungguhnya Allah tidak
menyukai orang-orang yang
sombong dan membangga-
banggakan diri.

TAK SEMPURNA IMAN JIKA SAKITI
PERASAAN JIRAN

Jiran merupakan salah satu Berbuat baik kepada jiran dan
watak penting dalam lakaran menjadi jiran yang baik
kehidupan kita. Kedudukan jiran mempunyai kaitan dengan kualiti
juga perlu diberikan perhatian iman kita. Kesempurnaan iman
dari sudut pandangan Islam. Di seseorang bukan hanya
samping kita memikirkan bergantung kepada sejauh mana
tentang jiran kita, dalam masa hubungannya dengan Allah SWT,
yang sama kita juga ialah jiran bahkan ia juga dilihat bagaimana
kepada orang lain. Berbuat baik hubungannya dengan manusia
kepada jiran adalah tuntutan yang lain termasuk jiran terdekat.
agama. Bahkan, perintah itu Sebab itu Rasulullah SAW
disebut dengan diikat bersama berpesan: “Sesiapa yang beriman
perintah menyembah Allah dan dengan Allah dan hari akhirat,
tidak melakukan perkara syirik. maka hendaklah dia berbuat baik
Ia menggambarkan satu kepada jirannya.” (Riwayat Muslim)
perintah yang besar dan tidak
boleh dipandang remeh
sepertimana yang disebut
dalam Surah al-Nisa', ayat 36.

Jangan Abaikan Perasaan Jiran

Seseorang yang mengambil berat tentang hubungannya dengan Allah, sentiasa beribadah,
rajin solat berjemaah di masjid, selalu ikuti pengajian agama, melazimi berpuasa sunat,
berdamping dengan Al-Quran, mengamalkan zikir-zikir harian dan sebagainya sebenarnya
belum terjamin kesempurnaan imannya sekiranya hubungannya dengan jiran diabaikan.
Lebih malang, jika dia menjadi jiran yang tidak disenangi oleh jiran-jiran yang lain disebabkan
tindakan atau kata-katanya. Oleh itu, usah memandang remeh hubungan kita dengan jiran-
jiran lain. Ia amat diberi perhatian oleh Islam hinggakan Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Jibril sentiasa berpesan kepadaku agar berlaku baik kepada jiran sehingga aku menyangka
bahawa jiran akan boleh mewarisi hartaku.” (Riwayat al-Bukhari)

Hakikatnya, jiran bukanlah termasuk dalam senarai ahli keluarga yang
berhak mewarisi harta seseorang selepas dia meninggal dunia. Namun,
pesanan Jibril kepada baginda SAW itu menunjukkan kedudukan jiran yang
sangat penting dalam kehidupan kita. Untuk berbuat baik kepada jiran,
masing-masing ada kemampuan tersendiri. Tanggungjawab itu juga boleh
dilaksanakan melalui pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat secara
zahir seperti saling bertukar-tukar juadah makanan, menghulur bantuan
kewangan jika dalam kesusahan, ziarah-menziarahi, bertanya khabar, tolong-
menolong dan bergotong-royong jika ada sesuatu majlis keraian dan
sebagainya.

Selain itu, termasuk dalam berbuat Rasulullah SAW memberi amaran:
kepada jiran apabila kita menjaga “Tidak akan masuk syurga orang yang
perasaan mereka dan bersemuka membuat jirannya tidak merasa aman
dengan wajah tersenyum. Tidak daripada gangguannya.” (Riwayat
melakukan perkara yang menyusahkan Muslim) Lihatlah betapa beratnya
dan memberi mudarat kepada jiran atau amaran dan ancaman yang diberikan
menyakitkan hati mereka. Contohnya, oleh Rasulullah SAW terhadap
meletakkan kenderaan kita sesuka hati perbuatan menyakiti perasaan jiran.
hingga mengganggu lalu lintas jiran-jiran
lain membuang sampah ke dalam tong
sampah jiran, membiarkan haiwan
peliharaan kita membuang najis di
halaman jiran atau merosakkan tanaman,
melepak dan bersembang di luar rumah
kita dengan suara yang kuat hingga larut
malam dan sebagainya.Justeru, jika kita
tidak mampu berbuat baik kepada jiran
dengan memberi bantuan atau
sebagainya, maka jagalah kata-kata dan
tindak-tanduk kita jangan sampai
menyakiti hati jiran.

Diuji Jiran Menyakitkan Hati

Bagaimana pula jika kita diuji dengan mempunyai jiran
yang menyakitkan hati kita sama ada melalui percakapan
atau perbuatannya? Sebenarnya situasi itu pernah
berlaku pada zaman Rasulullah SAW. Abu Hurairah
menceritakan, ada seorang lelaki bertemu Nabi
Muhammad lalu mengadu perihal jirannya. Maka baginda
SAW berpesan: “Pergilah dan bersabarlah.” Selepas itu,
lelaki tersebut datang mengadu lagi perihal yang sama
sebanyak dua atau tiga kali. Lalu Nabi Muhammad
mengarahkan: “Pergilah dan campakkanlah barang-
barang di rumah kamu ke jalan.” Maka, lelaki tersebut
pun mencampakkan barang-barangnya ke jalan hingga
menyebabkan orang ramai yang lalu bertanya
kepadanya. Lelaki tersebut pun menceritakan situasi
yang dihadapinya (disakiti jiran).

Ceritanya tersebut membuatkan orang ramai melaknat jiran tersebut dengan berkata: “Allah
akan membalas perbuatannya (mendoakan keburukan), Allah akan balas dan Allah akan
balas.” Selepas itu, lelaki tersebut didatangi oleh jirannya dan dia berkata: “Pulanglah, kamu
tidak akan mendapat sesuatu yang kamu benci lagi daripadaku”. (Riwayat Abu Daud –
dinilai sanadnya baik oleh Syeikh Syu’aib al-Arnaut)

Berdasarkan hadis itu, tips Namun, jika sebelum itu kita mempunyai
utama yang Rasulullah pesan kemampuan dan ruang yang sesuai untuk bercakap
jika kita disakiti jiran ialah dan menyatakan ketidakpuasan hati kita secara
bersabar. Kemudian, tindakan harmoni kepada jiran tersebut secara langsung, ia
mencampakkan barang ke boleh dilakukan terlebih dahulu. Berdoalah agar jiran
jalan ialah gambaran kepada tersebut berubah sikapnya juga adalah langkah yang
protes dan tidak puas hati kita baik. Mendapat jiran yang baik adalah satu nikmat
terhadap jiran. Namun, dalam kehidupan. Di samping kita mengharapkan
tindakan sebegitu mungkin jiran yang baik, pastikan diri kita sendiri menjadi jiran
dianggap biasa dengan yang baik kepada orang lain. Ini kerana memuliakan,
masyarakat Arab ketika itu. berbuat baik dan tidak menyakiti perasaan jiran
Dalam konteks kita sekarang, adalah lambang kesempurnaan iman tidak kira sama
mungkin tidak sesuai, tetapi ada jiran tersebut seorang Muslim atau bukan.
kita tetap boleh mengambil
langkah seperti mengadu Ini kerana, dalil-dalil yang menyebut tentang jiran
kepada pihak yang berautoriti kebanyakannya bersifat umum, bukan hanya khusus
di kawasan kejiranan kita kepada jiran Muslim sahaja. Cuma, jika jiran kita
tanda kita tidak puas hati di seorang Muslim, selain hak jiran, ada juga hak-hak
atas tindakan jiran. Itulah seorang Muslim yang perlu kita pelihara.
manifestasi di sebalik
tindakan lelaki tersebut.

PERLU BERBAIK DENGAN JIRAN TANPA
KIRA AGAMA, BANGSA

Jiran merupakan golongan yang paling dekat dengan kita. Islam turut
menganjurkan umatnya supaya berbuat baik dengan jiran, tidak mengira
apa pegangan agama atau bangsa mereka.
"Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia
memuliakan, menghormati jirannya,'' demikian hadis Bukhari dan Muslim
yang dipetik Ustaz Abdul Manaf Rahmat.
Ustaz Abdul Manaf berpendapat walaupun dahulu masyarakat tinggal di
kampung dan kini di rumah flat, lantas proses pembandaran merubah
suasana di Singapura ini, kita masih boleh menerapkan nilai yang diajarkan
agama Islam.

Dalam Surah An-Nisa ayat 36, Allah SWT berfirman yang
bermaksud:
"Sembahlah Allah dan janganlah menyekutukan Allah
dengan sesuatu dan terhadap kedua ibu bapa hendaklah
kamu berlaku ihsan (yakni melakukan kebaikan terhadap
mereka) dan juga kaum kerabat (maknanya saudara-mara
yang terdekat), anak-anak yatim dan orang-orang miskin
dan jiran tetangga dan jiran yang jauh."

Hak Jiran Dan Iman Ustaz Abdul Manaf menjelaskan hak mereka
terhadap kita ialah:
Menurut Ustaz Abdul Manaf,
kalau kita tidak buat begitu,  Pertama, daripada panduan Baginda,
maknanya iman kita mungkin apabila jiran kita dalam musibah kita harus
berkurang. Maka kita kena menjenguk beliau. Kita ke rumahnya dan
kukuhkan dengan menjaga jiran memberikan beliau kegembiraan dan
kita dan memberikan hak jiran ketenangan.
seperti mana diajar Allah SWT
dan Rasulullah SAW.  Kedua, apabila mereka dalam keadaan
susah dan memerlukan bantuan, kita perlu
berikan sokongan atau bantuan.
Contohnya, dari segi material atau moral
walaupun bukan orang Islam.

Dalam hadis tadi, jiran yang dimaksudkan adalah secara umum. Jiran itu orang Islam atau
bukan Islam. Ustaz menceritakan bagaimana Rasulullah SAW bangun apabila ada jenazah
orang Yahudi sebagai penghormatan. Mereka juga manusia walaupun bukan Islam. Demi
menghidupkan sunnah Nabi kita pergi melawat orang yang meninggal dunia tidak kira
agama.

Contoh Baik Ustaz Abdul Manaf memetik sebuah
hadis (Riwayat Muslim): "Tidak akan
Dalam kita berjiran mungkin ada salah faham. masuk syurga mereka yang jirannya
Ustaz Abdul Manaf menasihati, kita sebagai tidak merasa aman daripada
orang Islam harus menunjukkan teladan yang kejahatannya."
baik serta contoh yang baik. "Tunjukkan sifat
tolak ansur, berikan kemaafan dan pertolongan Menerangkan maksudnya, beliau
dan sebagainya. Jangan kita biarkan mereka berkata: "Orang yang membawa
terbiar begitu saja tanpa kita mengeratkan sesuatu yang boleh menimbulkan
perhubungan yang ada," ujarnya. Beliau keresahan kepada jiran, kata nabi,
menambah contoh teladan kita dapat menarik beliau tidak mencium syurga.
orang yang bukan Islam dan menambah minat
mereka agar mengetahui lebih dalam tentang "Apatah lagi kejahatan itu termasuk
agama ini. Kita perlu juga bertimbang rasa apabila kita menyakit hati jiran kita,
seperti tidak membuka suara radio dengan tidak kira agama."
kuat.

Ustaz Abdul Manaf mengingatkan supaya menjadi jiran
yang baik dengan memenuhi hak jiran dan kita menjauhi
perkara yang boleh merosakkan perhubungan sesama
jiran.

Bagaimana kita boleh mengusahakan sesuatu melalui
inisiatif agar hubungan kita sesama Islam sama kukuh dan
dengan bukan Islam semakin teguh?

Menurut Ustaz Abdul Manaf Rahmat, Ustaz Abdul Manaf turut mengingatkan, kita
antara yang boleh dilakukan adalah: juga harus menjaga daripada melakukan
perkara yang boleh merosakkan
 Menjalankan program mudah perhubungan sesama jiran seperti:
yang tidak membebankan.
Seperti sesama orang Islam kita  Jangan sakitkan hati jiran kita.
memberi salam dan bertegur
sapa.  Jangan sampai perbuatan atau
perkataan kita menyinggung hati
 Jika biasanya kita menziarah mereka. Kita kena pastikan jiran berasa
waktu Hari Raya. Mungkin kita aman dengan keberadaan kita bersama
adakan acara pertemuan mereka.
bulanan atau dwibulanan atau
tiga bulan sekali. "Kita sebagai manusia tidak dapat hidup
bersendirian. Kita adalah makhluk
 Kalau ada kematian atau sakit, bermasyarakat. Marilah kita penuhi hak
kita ziarah. Kita lawatnya dan mereka. Kita jalankan kewajipan kita sebaik
ringankan bebanan beliau. Mesti mungkin. Mudah-mudahan iman kita
ada rasa peduli terhadap jiran semakin kuat. Dan hubungan kita dengan
kita jiran kita semakin baik dan kukuh," nasihat
Ustaz Abdul Manaf di akhir syarahan.
 Adakan program wisata atau
rombongan. Kalau kita sering
bertemu, kita akan kenal lebih
mendalam.

MEMULIAKAN DAN MENGHORMATI JIRAN

Muslimin yang dirahmati Allah, Imam Nawawi Rahmatullah Ta’ala ada
menyatakan bahawa orang yang
MARILAH kita sama-sama bertaqwa boleh dianggap sebagai jiran itu
kehadrat Allah SWT dan mengukuhkan adalah orang yang tinggal berdekatan
keimanan kepadaNya dengan mematuhi dengan rumah kita, orang yang tinggal
segala suruhanNya dan meninggalkan dalam lingkungan jarak empat puluh
segala laranganNya. Dengan berbekalkan buah rumah daripada rumah kita
iman dan taqwa itu, mudah-mudahan kita dalam semua arah atau penjuru sama
sentiasa selamat di dunia dan selamat di ada dari arah utara, timur, selatan dan
akhirat. Semoga Allah Subhanahu barat.
Wata'ala terus menetapkan dan
meningkatkan keimanan dan ketaqwaan Rasulullah SAW mengingatkan
kita hingga ke akhir hayat. bahawa memiliki jiran yang baik
merupakan salah satu antara tanda-
Muslimin yang dirahmati Allah, tanda kebaikan dan kebahagiaan.
Dalam sebuah hadis yang
Agama Islam adalah agama yang sangat diriwayatkan oleh Ibni Hibban,
mementingkan hubungan persaudaraan daripada Saad bin Abi Waqas,
dan sentiasa menganjurkan umatnya Rasulullah SAW:
untuk sentiasa hidup bersatu-padu bagi
mengelakkan perselisihan atau Empat perkara daripada tanda
perpecahan dalam kehidupan kebahagiaan ialah perempuan yang
berkeluarga, berjiran, bermasyarakat dan solehah, tempat tinggal yang lapang
bernegara. Ketahuilah, bahawa kita hidup dan jiran yang baik serta memiliki
di dunia ini saling memerlukan antara satu kenderaan yang selesa.
sama lain dan tiadk boleh hidup
bersendirian, kerana itulah agama kita
menganjurkan umatnya untuk sentiasa
menjaga hubungan yang baik sesama
manusia sama ada adik-beradik, sahabat
handai atau jiran tetangga.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Imam Al-Ghazali Rahmatullah Ta’ala berkata bahawa menghormati jiran adalah tugas dan
kewajipan bagi setiap muslim. Kita dituntut untuk memuliakan jiran kita kerana jiranlah orang
yang paling terdekat dengan kita. Sesungguhnya mengeratkan hubungan dengan jiran adalah
sangat penting kerana jiran umpama saudara yang dekat dan berada pada kedudukan yang
paling mudah untuk berhubung dan memohon bantuan, apatah lagi didokong dengan
keakraban dan kemesraan serta sikap pemedulian, ia dapat menjadikan kehidupan berjiran
itu lebih mesra, harmoni dan jauh daripada sifat hasad dengki, iri hati, persengketaan dan
permusuhan.

Namun dalam kehidupan dan kesibukan kita sekarang, adakah kehidupan berjiran itu masih
dapat dihayati dan diberi keutamaan? Adakah kita benar-benar mengenali jiran kita selama
ini? Dalam menjaga hubungan yang baik sesama jiran tetangga, kita hendaklah
mengutamakan dan mengamalkan akhlak yang mulia sebagaimana yang telah diajarkan oleh
agama Islam, dan diamalkan oleh baginda Rasulullah SAW. Antara akhlak mulia itu ialah
sikap bersopan santun dan berbudi bahasa seperti sering bertegur sapa dan bertanya khabar,
menjaga perasaan, saling hormat-menghormati, berbaik sangka, membantu jiran ketika
kesusahan, mengamalkan sikap saling tolong-menolong, bersefahaman dan sebagainya.

Dalam konteks menjaga hubungan silaturahim sesama jiran, janganlah
sekali-kali menyakiti hati jiran dan ahli keluarga mereka, sama ada dengan
perkataan, perbuatan mahupun tingkah laku yang boleh menyinggung
perasaan mereka. Ini termasuklah dalam perkara menjaga kebersihan di
kawasan tempat kita tinggal atau kawasan sempadan jiran, antaranya
seperti tidak membiarkan rumput atau pokok-pokok di halaman rumah
terbiar sehingga menganggu sempadan atau halaman rumah jiran,
membiarkan sampah-sarap berlonggok dan bersepah sehingga
mengeluarkan bau yang busuk dan tidak menyenangkan.

Bagi menjaga ketenteraman dan keharmonian hidup berjiran, kita
hendaklah peka dan mengamalkan sikap bertolak ansur dalam kehidupan
berjiran seperti memberi laluan jalan kepada mereka, tidak membiarkan
binatang ternakan dan peliharaan berkeliaran, apatah lagi sehingga
memasuki kawasan dan halaman rumah jiran serta berbuat kotor atau
merosakkan bunga, tanaman atau harta benda jiran. Begitu juga dalam
menwujudkan keharmonian hidup berjiran, elakkan berbuat kekacauan
atau bising dengan acara-acara hiburan yang keterlaluan sehingga larut
malam yang boleh menyebabkan jiran berasa terganggu dan sukar untuk
beristirehat.

Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam
Bukhari, daripada Abu Syurayah Al-Adawi Radiallahu Anhu bahawa baginda
Rasulullah SAW:
Demi Allah orang itu tidak beriman, demi Allah orang itu tidak beriman, demi
Allah orang itu tidak beriman. Lalu seorang lelaki pun bertanya siapakah orang
itu wahai Rasulullah? Baginda pun menjawab: Orang yang jirannya tidak berasa
aman daripada kejahatannya.

Muslimin yang dirahmati Allah,
Dalam hidup berjiran, ada beberapa hak dan tanggungjawab yang mesti kita
tunaikan.

Imam Al-Ghazali Rahimatullah Ta’ala di dalam kitab
Ihya Alumiddin ada menyebutkan beberapa hak dan
tanggungjawab yang perlu dilaksana, antaranya:

Pertama: Memulakan memberi salam kepada jiran.
Kedua: Menziarahi jiran ketika sakit dan
mengucapkan takziah ketika berlaku kematian.
Ketiga: Jangan terlalu bertanya tentang hal-hal
peribadi jiran.
Keempat: Memaafkan segala kesalahan dan
kesilapan jiran.
Kelima: Menutup keaiban yang berlaku pada jiran.
Keenam: Sentiasa bersikap lemah-lembut terhadap
anak-anak jiran.
Ketujuh: Sentiasa membantu jiran apabila ditimpa
musibah.
Kelapan: Tidak menyakiti dan menyusahkan jiran
sama ada dari segi perkataan, perbuatan mahupun
tingkah lalu.
Kesembilan: Janganlah terpengaruh dengan kata-
kata orang yang cuba memburuk-burukkan jiran.
Kesepuluh: Jangan menyempitkan perjalanan
menuju ke rumah jiran.

Sesungguhnya agama Islam menganjurkan
umatnya untuk melakukan kebaikan kepada jiran
tanpa mengira agama, keturunan, bangsa atau
darjat. Amalan hormat-menghormati, bantu-
membantu dan saling bertolak ansur sesama jiran
akan dapat menjadikan kehidupan berjiran lebih
harmoni, sejahtera dan akhirnya akan daripada
melahirkan sebuah masyarakat, bangsa dan negara
yang kuat dan bersatu-padu serta aman dan damai.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Sebagai seorang muslim kita dituntut antara menghulurkan bantuan
kepada orang yang memerlukan pertolongan, begitulah juga dalam
kehidupan berjiran. Bantuan yang dimaksudkan bukan sahaja terbatas
kepada bantuan yang berbentuk kewangan dan material sahaja bahkan
termasuklah juga bantuan tenaga, kerjasama dan buah fikiran,
contohnya meminjamkan kawasan rumah, membersihkan kawasan
sekitar dan sebagainya ketika jiran mengadakan majlis seperti kenduri
dan begitu juga kita hendaklah memberikan bantuan dan sokongan
kepada jiran jika mereka ditimpa maksiat seperti apabila berlakunya
kematian, kebakaran, bencana alam dan seumpamanya. Amalan
sebegini dapat memupuk sikap berkasih-sayang dan hormat-
menghormati sesama jiran tetangga. Rasulullah SAW bersabda:

Daripada Abu Hurairah Radiallahu Anhu, daripada Rasulullah SAW baginda bersabda:
Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia
memuliakan jirannya.

Ketahuilah, untuk membina dan mengekalkan hubungan yang baik dengan jiran
tetangga itu bukanlah satu perkara yang sukar kerana apa yang penting ialah kita
hendaklah sentiasa mengamalkan budi pekerti yang mulia dan sentiasa berbaik
sangka dalam semua hal atau keadaan, jika semua ini dapat mencapai nikmat
kehidupan yang harmoni, aman damai, bahagia dan bersatu-padu. Oleh itu, marilah
kita sama-sama berusaha membina kehidupan berjiran mengikut apa yang diajarkan
oleh agama Islam.

Surah An-Nisaa’ ayat 36:

“Dan sembahlah Allah dan janganlah
kamu mempersekutukanNya dengan
suatu apa pun. Dan berbuat baiklah
kepada ibubapa, kaum kerabat, anak-
anak yatim, orang-orang miskin, jiran
tetangga yang dekat, jiran tetangga
yang jauh, rakan sejawat, orang-orang
musafir yang terlantar dalam
perjalanannya (yang terputus
perbelanjaannya) dan juga hamba
yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah
tidak menyukai orang yang sombong
dan membangga-banggakan diri.”

BERBUAT BAIK DENGAN JIRAN KITA TUNTUTAN
ALLAH SWT

Agama Islam mengambil berat akan perkara berkaitan kejiranan. Sebagaimana firman
Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud:

“Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia
dengan sesuatu apa jua. Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa,
kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jiran
tetangga yang jauh, rakan sejawat, orang musafir yang terlantar dan hamba yang kamu
miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan
membangga-banggakan diri.”

(Surah an-Nisa, ayat 36)

Berbuat baik kepada jiran adalah Hal ini diingatkan oleh Nabi
tuntutan yang datang daripada Al- Muhammad SAW melalui hadis-hadis
Quran. Allah SWT mengikat ayat Baginda yang menyeru berbuat baik
tuntutan untuk berlaku baik kepada kepada jiran tanpa mengira agama,
jiran dengan ayat tuntutan agar bangsa dan warna kulit. Di antara
menyembah Allah tanpa hadis tersebut adalah:
melakukan syirik kepada-Nya. Ini
menunjukkan tuntutan berlaku baik Daripada Abi Syuraih r.a bahawa
kepada jiran merupakan satu Rasulullah SAW bersabda yang
tuntutan yang besar sepertimana bermaksud:
tuntutan agar menyembah Allah
SWT. Hukuman berat akan “Barangsiapa yang beriman kepada
diberikan kepada mereka yang Allah dan hari akhirat maka
suka menyakiti hati jiran. hendaklah dia berbuat baik kepada
jirannya.” (Hadis riwayat Muslim, 77)

Menurut Ibn Umar r.a, Rasulullah
SAW bersabda:

“Jibril sentiasa berwasiat kepadaku
agar berlaku baik kepada jiran
sehingga aku menyangka bahawa
jiran itu akan mewarisi hartaku.”
(Hadis riwayat al-Bukhari, 6015)

Amalkan Adab Berjiran Supaya Hidup
Lebih Harmoni

Beberapa adab berjiran perlu diamalkan supaya hidup kita menjadi
lebih harmoni, bahagia dan tenteram tanpa persengketaan dan
bermasam muka. Pentingnya hak jiran di sisi Tuhan sehingga
disebut Allah SWT dalam Al-Quran.

Kita hendaklah menuturkan kata-kata yang baik dan menghormati
jiran sebagai manusia. Tidak bersikap takbur dan sentiasa berbuat
baik dengan memberi sebarang bentuk bantuan dan pertolongan
yang diperlukan. Sayangi jiran sepertimana kita menyayangi diri
sendiri.
Kita berkongsi juadah enak, menziarahi mereka ketika sakit dan
bersangka baik dengan tidak melakukan umpatan atau fitnah.
Sentiasa bertoleransi terutama yang melibatkan urusan
keagamaan, adat resam, budaya, cara hidup dan sebagainya.

Hari ini semangat kejiranan semakin pudar kerana masing-masing tidak cukup masa
untuk melakukan aktiviti kejiranan secara bersama. Pergi kerja seawal subuh dan
kembali semula ke rumah ketika matahari sudah terbenam di ufuknya. Kita tidak
menyalahi mereka kerana itulah gaya hidup masyarakat hari ini.

Pada cuti hujung minggu atau cuti umum, adakalanya jiran kita juga bekerja sehingga
kita tidak begitu mengenali mereka secara dekat. Namun sekiranya kita berkesempatan
bertembung dengan jiran, tegurlah dahulu supaya silaturahim itu dapat dieratkan.
Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-Nya yang sentiasa
bersyukur dan melakukan kebaikan kepada jiran.

SEMANGAT KEJIRANAN

Jiran merupakan orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita. Semangat kejiranan
merupakan unsur penting dalam kehidupan bermasyarakat. Selain dapat memupuk
persefahaman sesama penduduk, semangat sebegini dapat menyatupadukan masyarakat
yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara kita. Pada zaman dahulu, hubungan sesama
jiran sangat rapat, bak kata pepatah, hidup sandar-menyandar “seperti aur dengan tebing.”
Pada zaman kini, hubungan sesama jiran renggang “bagai enau dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing”

Semangat kejiranan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan. Ianya perlu
diterapkan dalam diri dan seluruh masyarakat. Jiran perlulah mempunyai semangat dalam
menjadikan sesebuah masayrakat yang lebih baik. Kita perlu memelihara semangat
kejiranan kerana ianya dapat mengukuhkan dalam sesebuah masyarakat. Bermula
daripada semangat kejirana inilah terjalinnya perpaduan yang teguh. Perpaduan yang teguh
menjadi dasar pembangunan negara ke erah yang lebih baik serta mencapai status negara
maju. Jiran Sepakat Membawa Berkat, kata-kata ini menunjukkan bahawa kesepakatan
dalam masyarakat dapat menghasilkan sesuatu yang baik.

Semangat kejiranan dapat melahirkan Selain itu, semangat kejiranan yang
masyarakat yang harmoni dan sejahtera.
Masyarakat yang mengamalkan sifat teguh dapat menjadikan sesebuah
yang baik seperti tolong-menolong, saling masyarakat itu lebih cekap dalam
bertegur sapa dan menjaga keselamatan melaksanakan sesebuah program.
masyarakat dapat mewujudkan satu Hubungan mereka amat akrab dan
suasana yang tenang dan aman. boleh meningkatkan ramai kenalan
Masyarakat harus melakukan perkara dalam sesebuah masyarakat. Sesuatu
yang baik mengekalkan keamanan yang pekerjaan dapat dilaksanakan dengan
terpelihara. Tamsilan yang jelas dapat cepat dan lancar dengan bantuan
dilihat dalam aktiviti bergotong-royong, ramai pihak. Jika masyarakat
masyarakat sentiasa menghulurkan bertindak bagai enau dalam belukar
bantuan antara satu sama lain dalam melepaskan pucuk masing-masing,
membersihkan kawasan perumahan. sesuatu pekerjaan atau program tidak
Hubungan jiran bagai aur denagn tebing dapat dilaksanakan dengan cekap.
dapat meningkatkan lagi semangat Contohnya, jiran membantu jiran yang
kejiranan dalam sesebuah masyarakat. lain dalam mengadakan kenduri
Sejajar dengan hal ini, masyarakat dapat dengan bersama-sama menyediakan
menjalani kehidupan dalam suasana makanan untuk tetamu dan mendirikan
aman dan harmoni. khemah untuk para tetamu.

Lantaran itu, pekerjaan dapat diselesaikan dengan mudah. Bukan itu sahaja, hubungan
yang erat dapat diwujudkan ketika melakukan pekerjaan bersama-sama. Masyarakat
yang memupuk semangat kejiranan dapat melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan
lebih cekap dan menghasilkan sesuatu yang lebih baik.

Di samping itu, masyarakat juga boleh memupuk semangat perpaduan. Semangat
kejiranan yang mantap dapat mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan
perpaduan yang teguh. Perpaduan juga sama pentingnya seperti semangat kejiranan.
Kehidupan negara Malaysia memerlukan perpaduan yang teguh. Hal yang demikian,
Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan agama. Negara kita dikagumi seluruh dunia
kerana mempunyai perpaduan yang erat. Perkara ini dapat dibuktikan dengan
kehadiran bangsa Melayu, Cina, India dan bangsa lain dalam sesebuah masyarakat.
Setiap kaum perlu mengetahui adat dan tradisi kaum lain untuk mengelakkan daripada
menimbulkan isu sensitif. Semangat kejiranan yang mantap dapat mengelakkan situasi
ini daripada berlaku kerana hubungan yang erat antara kaum. Oleh itu, masyarakat
perlu mempunyai semangat kejiranan yang tinggi supaya dapat mewujudkan
perpaduan yang teguh.

Seterusnya, semangat kejiranan Secara kesimpulannya, terdapat
dapat menjadikan sesebuah banyak kepentingan yang diperoleh
kawasan itu selamat. Kawasan daripada semangat kejiranan.
perumahan perlu ditingkatkan Semangat kejiranan amat penting
keselamatannya supaya keamanan dalam melahirkan masyarakat
dalam sesebuah masyarakat harmoni, suasana yang aman dan
terjamin. Kejadian sepertimencuri, perpaduan yang teguh. Kepentingan
merompak dan menculik sering semangat kejiranan membawa
berlaku dalam kawasan perumahan. kebaikan kepada diri masyarakat dan
Masyarakat harus meningkatkan negara. Masyarakat yang maju dalam
keselamatan kawasan tersebut semua aspek seperti rohani, intelektual
untuk mengelakkan kejadian yang dan adab dapat menjadikan Malaysia
tidak diingini berlaku. Masyarakat sebagai sebuah negara yang maju.
boleh menubuhkan persatuan jiran Untuk mencapai Wawasan 2020,
tetangga dengan membuat rondaan kerjasama semua pihak amat
pada waktu malam. Dengan itu, digalakkan supaya dapat
keselamtan penduduk terjamin. Ibu merealisasikan perkara ini. Semangat
bapa akan berasa lebih senang kejiranan yang rapuh tidak menjamin
melepaskan anak-anak bermain di keamanan negara dan memerlukan
sekitar kawasan perumahan. kesepakatan rakyat Malaysia seperti
Kejadian seperti mencuri, merompak Jiran Sepakat Membawa Berkat. Oleh
dan menculik dapat dielakkan dan itu, semangat kejiranan amat penting
dikurangkan. Kesimpulannya, dalam kehidupan bermasyarakat.
kesepakatan masyarakat dalam
membuat sesuatu perkara dapat
meningkatkan tahap keselamatan
sesebuah masyarakat.

HIKMAH BERADAB DENGAN JIRAN

Terdapat banyak hikmah yang kita dapat perolehi sekiranya kita
mengamalkan nilai murni dalam kehidupan bermasyarakat dan
berjiran. Antara hikmah yang kita dapat kecapi apabila
mengamalkan nilai-nilai murni semasa berada di kejiranan ialah:

 Kehidupan akan dipenuhi dengan keharmonian dan
kedamaian. Kita tidak mungkin akan mempunyai sebarang
masalah antara satu sama lain.

 Pengamalan nilai murni dalam kalangan masyarakat dapat
menyatukan masyarakat ke arah kemajuan dan kehidupan
yang lebih berkualiti. Sebarang kata putus atau keputusan
juga dapat diputuskan dengan adil dan saksama.

 Sifat individualistik dalam diri juga dapat dibuang.

 Sebarang kemungkaran dapat dibasmi dengan mudah dan
cepat. Kes-kes seperti kecurian dan pecah rumah juga
dapat dibendung sekiranya masyarakat mengetahui segala
adab berjiran.

 Pengamalan adab yang sepatutnya di kawasan kejiranan
dapat meringankan segala kerja yang berat. Sebagai
contoh, kerja-kerja seperti jamuan atau kenduri dapat
dilaksanakan dengan mudah sekiranya semua jiran
menghulurkan bantuan.

KESIMPULAN

Hendaklah kita semua yang beriman kepada Allah dan Rasul serta Hari Kiamat
mentaati perintah agama dalam memuliakan jiran dan menunaikan hak-hak
kejiranan sebaik dan semampu yang dapat diusahakan sebagai memenuhi
kewajipan sebagai seorang yang beriman.

“Tidaklah Allah meletakkan tanggungjawab pada seseorang melainkan dengan
sekadar kemampuannya” (Al-Baqarah: 286).

Hak kejiranan dan panduan yang diberikan oleh Islam tidak lain ialah untuk
mencapai apa yang disebutkan sebagai salah satu daripada kebahagiaan dan
keamanan dalam hidup.

Sabda Rasulullah SWT: “Empat perkara yang mempunyai anak-anak,
daripada tanda kebahagiaan ialah jiran dapat menjadi teman dan
perempuan yang solehah, tempat tinggal contoh kepada perkembangan
yang lapang dan jiran yang baik serta anak-anak dan persekitaran
memiliki kenderaan yang selesa dan yang terbentuk memberikan
empat tanda daripada keburukkan kesan kepada masa depan
(kesusahan atau derita) ialah memiliki mereka.
jiran yang jahat, isteri yang tidak baik,
serta tempat tinggal yang sempit dan
kenderaan yang buruk”.

(Hadis sahih riwayat Ibn Hibban dalam
sahihnya no. 4032 dan Abu Nuaim dalam
Hilyatul Auliya no. 388 Jilid 8 dan isnad
hadith ini sahih dengan menepati syarat
Syaikhain diriwayatkan juga oleh Ahmad
m/s 1445 Jilid 1 dan Hakim no. 2640 dan
Bazzar serta Tibrani dengan lafaz yang
hampir sama).

DISEDIAKAN OLEH :

IKHWAN
NAQIB

SHARIFUL

RAHIMEE


Click to View FlipBook Version