REFLEKSI RPH (MINGGU 1)
TARIKH: 26 APRIL 2021 HARI: ISNIN KELAS: 3 HORMAT
Pengajaran dan pembelajaran pada hari ini berjalan dengan lancar.
Set induksi dilihat bersesuaian kerana murid dapat mengaitkan
dengan topik yang akan dipelajari. Semasa aktiviti PdP dijalankan,
saya dapati murid -murid kelihatan tidak seronok kerana ketiadaan
BBM yang menarik dan bersesuaian. Hanya sebahagian murid yang
mengikuti PdP, manakala bakinya tidak bersungguh-sungguh dalam
PdP. Berikutan itu, sebahagian aktiviti PdP perlu diulang semula
kerana murid-murid tidak menguasai objektif pembelajaran.
REFLEKSI RPH (MINGGU KE 2)
TARIKH: 4 MEI 2021 HARI: RABU KELAS: 3 IKHLAS
PnP hari ini menggariskan 2 objektif pembelajaran.
Sepanjang melakukan aktiviti PnP, saya dapati seorang murid perlu
menjalani latihan pemulihan berkaitan perkara-perkara yang boleh
membatalkan solat. Selain itu, saya juga berusaha untuk
mempelbagaikan kaedah menyoal dan memberi jawapan terhadap
persoalan yang ditimbulkan. Di akhir pengajaran, saya meminta
murid untuk melengkapkan peta buih dengan menyatakan isi-isi
penting berkaitan topik yang dipelajari. Saya berasa sangat gembira
dengan maklum balas murid pada hari ini kerana mereka
menunjukkan semangat bersaing antara satu sama lain untuk
meberi isi-isi penting berkaitan topik yang dipelajari. PnP akan
datang, saya akan lebihkan soalan yang mencabar supaya mereka
lebih banyak berfikir dan memberi buah fikiran.
REFLEKSI RPH PDPR (MINGGU 4) KELAS: 3 HORMAT
TARIKH: 19 MEI 2021 HARI: RABU
Seramai 18/40 orang murid telah menghadiri kelas secara segerak
menggunakan medium google meet manakala baki 22 orang murid
lagi mengikuti kelas secara offline. Secara keseluruhannya ,
terdapat 3 objektif yang digariskan dalam PdP kali ini. PdPr kali ini
menggunakan bahan slaid tayangan sebagai nota rujukan murid
dalam melancarkan lagi bacaan surah Al Fatihah di samping
memahami terjemahan setiap ayat yang dibaca.
Kekuatan PdPr adalah dengan menjalankan bimbingan individu
melalui medium telegram terhadap murid yang lemah iaitu tidak
dapat menguasai bacaan dan sebutan yang lancar.
Kelemahan dan cadangan penambahbaikan PdP kali ini ialah
kurangnya persediaan mengajar rentetan keputusan mengejut
pelaksanaan PdP secara maya akibat penularan kes covid 19 di
sekolah.
REFLEKSI RPH PDPR (MINGGU KE 5)
TARIKH: 27 MEI 2021 HARI: KHAMIS KELAS: 3 IKHLAS
Seramai 20/37 orang murid telah menjalani PdP secara segerak
melalui platform Google Meet manakala 17 orang murid lagi mengikuti
kelas secara tidak segerak melalui Telegram dan Google Classroom.
Secara keseluruhan, PdP kali ini menggariskan 3 objektif pembelajaran
untuk dikuasai oleh murid-murid. PdP kali ini menggunakan medium slaid
power point dan tayangan video dari Youtube untuk set induksi.
Ternyata, set induksi dan aktiviti pengajaran kali ini lebih menarik minat
murid di mana mereka dilihat sangat teruja dan bersemangat untuk
menjawab soalan yang di tanya.
Berdasarkan rekod pentaksiran pula, seorang murid perlu
menjalani aktiviti pemulihan kerana tidak dapat menguasai objektif yang
ketiga iaitu meneladani kisah perjuangan Nabi.
Kekuatan PdP adalah dengan menjalankan bimbingan individu
menerusi telegram kepada murid pemulihan menggunakan video
pengajaran dari Youtube. Hal ini memudahkan murid yang sukar
membaca jawi untuk mendengar penerangan guru secara lisan. Panduan
ini memudahkan murid menguasai objektif yang dikehendaki.
Kelemahan dan cadangan penambahbaikan PdP kali ini ialah
pelaksanaan PdP norma baharu secara maya telah menghadkan
pelaksanaan aktiviti dan pemantauan secara menyeluruh kepada semua
murid kerana ada murid yang menghadapi masalah capaian internet.
REFLEKSI RPH (MINGGU KE 6)
TARIKH: 14 JUN 2021 HARI: ISNIN KELAS: 3 HORMAT
Seramai 23/40 orang murid telah menjalani PdP secara segerak
melalui platform Google Meet manakala 17 orang murid lagi
mengikuti kelas secara tidak segerak melalui Telegram dan Google
Classroom. Secara keseluruhan, PdP kali ini menggariskan 3 objektif
pembelajaran untuk dikuasai oleh murid-murid. PdP kali ini
menggunakan medium slaid power point dan tayangan video dari
Youtube untuk set induksi. Saya berasa sangat berpuas hati dengan
tindak balas murid yang bersemangat semasa melakukan aktiviti
pengukuhan dengan menggunakan platform Quizziz.
Berdasarkan rekod pentaksiran, terdapat 2 orang murid perlu
menjalani aktiviti pemulihan kerana tidak menguasai objektif yang
ke2. Manakala selebihnya memperkukuhkan kefahaman mereka
dengan aktiviti pengayaan iaitu melengkapkan buku aktiviti
Pendidikan Islam.
Kekuatan PdP adalah dengan menjalankan bimbingan individu
menerusi Telegram kepada 2 orang murid pemulihan menggunakan
video pengajaran dari Youtube. Panduan ini memudahkan murid
mencapai objektif PdP yang dikehendaki. Pdp berjalan lancar dan
tiada sebarang kekangan.
REFLEKSI RPH (MINGGU KE 7) KELAS: 3 IKHLAS
TARIKH: 23 JUN 2021 HARI: RABU
Seramai 23/37 orang murid telah menjalani PdP secara segerak
melalui platform Google Meet manakala 10 orang murid lagi mengikuti
kelas secara tidak segerak melalui Telegram dan Google Classroom.
Secara keseluruhan, PdP kali ini menggariskan 2 objektif pembelajaran
untuk dikuasai oleh murid-murid. PdP kali ini menggunakan bahan
bantu mengajar slaid power point dan tayangan video dari Youtube. Set
induksi yang digunakan dilihat bersesuaian kerana murid dapat
mengaitkannya dengan topik pelajaran.
Saya berasa gembira dan berpuas hati kerana murid sangat aktif
memberi respon setiap kali guru melontarkan soalan dan pertanyaan.
Mereka juga sangat teruja dan seronok belajar menggunakan aplikasi
woldwall. Penggunaan teknologi maklumat dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran wajar diterokai golongan pendidik kerana dapat
menarik minat murid dan membantu murid memahami dengan lebih
mudah.
Berdasarkan rekod pentaksiran, tiada murid yang perlu membuat
aktiviti pemulihan. Murid diberi tugasan untuk membuat lakonan
pendek tentang cara-cara menghormati orang tua dan mengasihi orang
muda.
REFLEKSI RPH (MINGGU KE 8)
TARIKH: 2 JULAI 2021 HARI: JUMAAT KELAS: 3 IKHLAS
Seramai 23 orang murid menyertai PdP secara atas talian
di Google Meet dan 14 orang murid menjalani PdP tidak segerak
di Google Classroom dan Telegram. Secara keseluruhan, 2
objektif yang digariskan dalam pembelajaran ini. Berdasarkan
aktiviti yang dijalankan, terdapat 5 orang yang perlu menjalani
aktiviti pemulihan memandangkan mereka tidak dapat
mengenalpasti Hukum Nun Sakinah dan Tanwin dengan betul.
Murid yang lemah ini didapati mereka turut menghadapi
kesukaran dalam menyebut sebutan huruf hijaiyyah dengan
betul.oleh itu, Video pengajaran dan nota pelajaran dalam
bentuk nyanyian diberikan kepada mereka supaya mereka lebih
memahami dan objektif yang digariskan dapat dicapai.
Kekuatan PdP kali ini ialah pelaksanaan berjalan lancar
dengan memfokuskan kepada aturan dalam tayangan slaid
power point.
Kelemahan PdP kali ini adalah audio murid yang tidak
dapat dikawal menyebabkan bunyi bising semasa PdP
berlangsung. Meskipun diarahkan untuk menutup audio,
namun mereka masih tidak mendengar arahan guru.
REFLEKSI RPH (MINGGU KE 9)
TARIKH: 7 JULAI 2021 HARI: RABU KELAS: 3 IKHLAS
Seramai 25 orang murid menghadiri kelas secara atas talian
menggunakan platform Google Meet manakala 12 orang murid lagi
menjalani PdP secara tidak segerak di Google Classroom dan
kumpulan Telegram. Jumlah pengkibatan murid dalam PdP kali ini
37/37.
Secara keseluruhannya, terdapat 3 objektif yang digariskan di
awal PdP. Set induksi yang ditayangkan dilihat bersesuaian dengan
topik di mana murid berasa seronok menyaksikan video pendek
berkaitan perjuangan menuntut ilmu. Mereka juga dapat mengaitkan
video tersebut dengan topik pembelajaran. Selain itu, respond murid
yang sangat memberangsangkan dapat dilihat dalam aktiviti
pengukuhan iaitu permainan Live Quizziz. Pendek kata, objektif
pembelajaran berjaya di capai.
REFLEKSI RPH (MINGGU 10)
TARIKH: 16 JULAI 2021 HARI: JUMAAT KELAS: 3 IKHLAS
Seramai 23 orang murid menjalani PdP secara atas talian di
Google Meet dan 14 orang murid menjalani PdP secara tidak
segerak di Google Classroom dan kumpulan Telegram. Secara
keseluruhannya, terdapat 2 objektif yang digariskan di awal PdP.
Berdasarkan aktiviti yang dijalankan, tiada murid pemulihan.
Maka, semua murid memperkukuhkan kefahaman mereka dengan
aktiviti pengayaan. Pelaksanaan secara tidak segerak juga
dimaklumkan di kumpulan Telegram dan Google Classroom dengan
memuat naik video pembelajaran dan kuiz untuk memastikan
semua murid tidak keciciran dan mengikuti PdP dengan lancar.