The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ummuatiyyah17, 2023-07-21 03:30:14

MODUL AKTIVITI DIDIK HIBUR TASKA: MARI MENGENAL HURUF

PENTAKSIRAN AKHIR KAQ3073

MODUL AKTIVITI DIDIK HIBUR KANAK-KANAK UNTUK IBU BAPA DISEDIAKAN OLEH: UMMU ATIYYAH BINTI ARIFFIN D20202096662 KAQ3073 HUBUNGAN KELUARGA, KOMUNITI & BUDAYADALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK MARIMENGENALHURUF MARIMENGENALHURUF Berdasarkan Kurikulum PERMATA Negara


KONSEP Modul Aktiviti Didik Hibur ini adalah merujuk kepada modul pengajaran kanak-kanak untuk ibu bapa di rumah. Modul ini dihasilkan dengan merujuk Permata negara dan memfokuskan kepada perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal. Fokus modul ini adalah untuk memberi pendedahan awal bagi mengenal huruf A - Z. Aktiviti yang disediakan sesuai untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun. Pengenalan huruf adalah perkara asas yang akan diajar dan dipelajari oleh anak-anak, sebelum mereka dapat belajar sesuatu perkataan. Semasa belajar mengenali huruf, anak-anak akan belajar dengan lebih baik apabila melakukan aktiviti yang menggunakan tangan mereka. Oleh kerana huruf-huruf agak abstrak, Ibu bapa harus melakukan sesuatu untuk membuatkannya menjadi lebih "real" , sesuatu yang mereka boleh sentuh, rasa, dan bermain dengannya.


penerangan kandungan Modul ini membekalkan 4 aktiviti pengajaranyang menyeronokkkankepada kanak-kanakuntuk belajar di rumah bersama ibu bapa. Di dalam modul ini memfokuskan kemahiran menyebut, melukis dan mengecam huruf A - Z. Para ibu bapa boleh menggunakan modul ini bagi memudahkan melaksanakanpengajaran danpembelajran secara tersusun. Ibu bapa boleh melakukan aktiviti inipada bila-bila masa mengikut masa lapanganda.


OBJEKTIF Membantu memberi idea kepada ibu bapa untuk melakukan aktiviti mengenal huruf A - Z bersama kanakkanak di rumah dengan efektif. Pembinaan Modul Aktiviti Didik Hibur: Mari Mengenal Huruf diharapkan dapat: Membolehkan kanak-kanak mengenal huruf dengan cara menyebut, mengecam dan menulis dengan cara yang menyeronokkan. Membolehkan kanak-kanak untuk mengenal huruf dengan lebih efektif melalui aktiviti yang seronok dan bermakna.


PANDUAN AKTIVITI KANAK-KANAK KEPADA IBU BAPA


AKTIVITI MENGENALHURUF FINGER PAINT ALPHABETS MATCH SING THE SONG PUZZLE HURUF 1 2 4 3


Aktiviti " Sing The Song " dapat menarik minat anak-anak untuk belajar di rumah dengan seronok. AKTIVITI 1: SING THE SONG Kad Imbasan (Huruf yang telah diprint pada kertas) Lagu Abu Ada Ayam Bahan yang diperlukan : https://youtu.be/8DO3zq3ttoI link lagu


Panduan Belajar Sambil Bernyanyi Kepada Ibu Bapa Ibu bapa boleh menyediakan kad imbasan huruf yang telah diprint pada kertas. Mainkan lagu 'Abu Ada Ayam '. Nyanyi bersama-sama anak sambil menunjukkan kad imbasan huruf tersebut kepada mereka. LANGKAH - LANGKAH: 1. 2. 3. KELEBIHAN Dapat menarik perhatian kanak-kanak untuk mengenal huruf dengan lebih berkesan. Dapat membantu kanak-kanak menambah perbendaharaan kata melalui lirik yang mempunyai perkataan baru.


AKTIVITI 2: FINGER PAINT Aktiviti " Finger Paint " adalah belajar mengenal huruf dengan cara mekukis huruf dengan jari. Dulang / talam atau kotak kadboard yang pendek Pasir / beras atau tepung gandum Kad imbasan huruf A - Z Alatan dan bahan yang diperlukan:


Panduan Belajar Sambil Bermain Kepada Ibu Bapa Sediakan dulang yang berwarna selain warna putih. Tuangkan pasir/ beras atau tepung ke dalam dulang. Perkenalkan huruf pada kad imbasan terlebih dahulu kepada kanak-kanak. Tunjukkann cara menulis huruf dengan cara yang betul kepada kanak-kanak. Meminta kanak-kanak untuk melukis huruf tersebut dengan sendiri dan sebut huruf yang ditulis. Ulangkan langkah yang sama sehingga selesai. LANGKAH - LANGKAH: 1. 2. 3. 4. 5. 6.


KELEBIHAN Tekstur pasir beri anak rangsangan sensori tactile, proprioseptif yang akan buat anak lebih sedar dengan corak pergerakan jarinya. Guna jari telunjuk buat anak yang ada masalah genggaman terlalu kuat atau lemah untuk punya isolasi jari yang lebih baik dan membantu anak lebih mudah koordinasikan jarinya semasa menulis. Melukis huruf di atas pasir merangsang memori visual anak yang sangat membantu anak untuk menulis lebih cekap dan pantas.


Aktiviti " Alphabet Match " mendedahkan kepada kanak-kanak untuk memadankan huruf A - Z menggunakan teknik pengecaman. AKTIVITI 3: ALPHABET MATCH Penutup botol Kertas Maker pen Alatan dan bahan yang diperlukan:


Panduan Belajar Sambil Bermain Kepada Ibu Bapa Sediakan 1 kertas A4. Tulis huruf A - Z pada kertas dan pada penutup botol. Arahkan kepada kanak-kanak untuk memadankan huruf yang sama pada kertas A4 dengan menggunakan penutup botol . Padankan huruf A - Z sehingga selesai. LANGKAH - LANGKAH: 1. 2. 3. 4. KELEBIHAN Dapat menguatkan daya pemikiran kanak-kanak bagi mengingati bentuk huruf A - Z. Dapat membantu perkembangan psikomotor halus kanak-kanak semasa memegang penutup botol bagi memadankan huruf yang sama.


Aktiviti " Puzzle Huruf " ialah aktiviti mengenalpasti huruf yang terdapat pada perkataan. AKTIVITI 4: PUZZLE HURUF Pengepit baju Kad Maker pen Alatan dan bahan yang diperlukan:


Panduan Belajar Sambil Bermain Kepada Ibu Bapa Tulis huruf pada pengepit baju. Tulis 1 perkataan mudah pada kad dan boleh dimulakan dengan menulis nama kanak-kanak. Kemudian, tunjukkan kad tersebut kepada kanak-kanak. Biarkan kanak-kanak memilih dan mengepit huruf yang betul pada kad tersebut, untuk mengeja namanya sendiri. Bila kanak-kanak sudah boleh menguasai namanya sendiri, ibu bapa boleh memberikan kad dengan perkataan yang lain pula, dan mengulangi aktiviti yang sama. Mungkin boleh mulakan dengan nama binatang, nombor atau nama puan. LANGKAH - LANGKAH: 1. 2. 3. 4. 5.


KELEBIHAN Dapat membantu kanak-kanak mengeja nama mereka sendiri. Dapat meningkatkan pengenalan huruf kepada kanak-kanak semasa mereka memilih huruf yang sama dengan perkataan yang ditulis. Dapat mengasah ‘fine motor skills’ kanak-kanak dengan lebih efektif semasa mengepit pengepit baju pada kad. Dapat membantu kanak-kanak menambah perbendaharaan kata melalui perkataan yang ditulis pada kad.


Pentaksiran adalah satu proses untuk mendapatkan maklumat aktiviti seperti memerhati, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterprestasi maklumat daripada kemahiran, pengetahuan dan tugasan yang dilakukan oleh kanak-kanak. Pentaksiran mestilah dilakukan secara berterusan untuk mengetahui perkembangan kanak-kanak. Oleh itu, pentaksiran yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dirumah ialah menggunakan kaedah pemerhatian menggunakan senarai semak di mana ia melibatkan perkembangan bahasa kanak-kanak melalui aktiviti yang dilakukan.


Scan QR Code untuk download borang senarai semak


RUJUKAN Kurikulum Permata Negara (2008) https://www.academia.edu/25939052/Kurikulum_PERMATA_ Negara Ramlah Bt. Jantan, Nor Afni Bt.Resad & Siti Fathimah AzZahra Bt. Mohd. Fauzi. (2016). AKTIVITI DIDIK HIBUR DALAM KALANGAN GURUPRASEKOLAH DI DAERAH GOMBAK . Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak, 5 ,19 -28. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/view/8 54/588 Zaniah binti Mohamed Isa. (2014). KEMAHIRAN LITERASI AWAL BAGI KANAK- KANAK TASKA. Seminar Kebangsaan Pendidikan Awal Kanak-kanak. https://www.researchgate.net/publication/305722427_Kemah iran_Literasi _Awal_bagi_Kanak-kanak_Taska https://www.kelabmama.com/senarai-aktiviti-mengenalhuruf-buat-anak/


TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version