The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ummuatiyyah17, 2022-07-31 02:00:29

MODUL AKTIVITI FIZIKAL

KAF3023

MMOODDUULL
AAKKTTIIVVIITTII
FFIIZZIIKKAALL

PSIKOMOTOR & PERGERAKAN KANAK-KANAK
KAF3023

ISI KANDUNGAN PENGENALAN 1

 Pengenalan aktiviti fizikal 2
(4 - 5 tahun) 4

FOKUS MODUL 5

Pergerakan Lokomotor 6
Aktiviti Pergerakan Lokomotor
7
KURIKULUM 8

Kurikulum Standard Prasekolah

Kebangsaan (KSPK)


APLIKASI TEORI
9
Teori Kecerdasan Pelbagai


PANDUAN AKTIVITI 11

Simon Says & Race games
Skipping & Teng Teng

PENILAIAN

Penilaian aktiviti fizikal

KEKUATAN MODUL

PENGENALAN AKTIVITI FIZIKAL
KANAK-KANAK 4 - 5 TAHUN

Aktiviti fizikal merujuk kepada pelbagai pergerakan anggota
badan yang dihasilkan daripada pengucupan otot dan

meningkatkan penggunaan tenaga seperti berjalan, berlari,
melompat dan sebagainya.

Aktiviti fizikal kanak-kanak berumur 4
hingga 5 tahuan dapat

meningkatkan daya kecergasan
mereka. Jika kanak-kanak aktif

bermain dan bergerak dapat
membantu pertumbuhan dan
pembesaran yang sihat. Aktiviti fizikal
adalah penting untuk memupuk
kesejahteraan hidup dan kesedaran
tentang gaya hidup yang sihat.

Kanak-kanak perlulah diberi
peluang untuk menyertai dalam

berbagai-bagai aktiviti
pergerakan yang kreatif, aktif
dan mencabar kerana, secara
tidak langsung sifat keyakinan
diri dapat dipupuk. Oleh itu,
mendidik kanak-kanak dengan
aktiviti fizikal yang bermanfaat
dapat menggalakkan mereka
menguasai berbagai-bagai

kemahiran pergerakan.

1

TOPIK

PERGERAKAN LOKOMOTOR

Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang aktif yang akan
menyebabkan kedudukan seseorang itu berubah dari satu
tempat ke tempat yang lain. Pergerakan lokomotor melibatkan
otot besar yang berada di seluruh tubuh badan manusia.

Terdapat pelbagai gerakan lokomotor yang boleh dilakukan
oleh kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 4 hingga 5
tahun mengikut KSPK.

Antara pergerakan lokomotor yang boleh dilakukan adalah
seperti berikut:-

berjalan berlari melompat berskip

melompat mencongklang menggelongsor
sebelah kaki (galloping) (sliding)

2

Pergerakan lokomotor juga boleh dilakukan dalam pelbagai:-
i. Arah – melibatkan bentuk arah pergerakan iaitu ke hadapan,
ke kiri, ke kanan atau ke belakang.

ke hadapan

kiri kanan

ke belakang

ii. Haluan – melibatkan corak gerakan seperti dalam bentuk
lurus, beralun, zig-zag dan sebagainya.

haluan yang lurus

haluan beralun haluan zig-zag

iii. Aras – pergerakan yang dilakukan pada aras rendah,
sederhana atau tinggi.

iv. Kelajuan – boleh dilakukan dalam keadaan cepat atau
perlahan serta dengan cara tiba-tiba atau terkawal.

3

AKTIVITI
LOKOMOTOR

SIMON SAYS Races Game

Skipping Teng Teng

4

KURIKULUM STANDARD
PRASEKOLAH KEBANGSAAN

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dibina
berdasarkan enam tunjang iaitu komunikasi, kerohanian,

sikap dan nilai, kemanusiaan, keterampilan diri,
perkembangan fizikal dan estetika serta sains dan teknologi.
Enam tunjang ini menjadi perkara utama dalam pendidikan
awal kanak-kanak bagi memperkembangkan potensi murid
berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan
bersepadu bagi membina pemikiran kritis, inovatif dan kreatif

melalui aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan dan
bermakna.




Bagi tunjang perkembangan fizikal adalah meliputi
pembelajaran yang berfokuskan kemahiran motor halus,

kemahiran motor kasar, kemahiran manipulatif serta
pergerakan berirama. Oleh itu, pergerakan lokomotor adalah

di dalam kategori kemahiran motor kasar.



FK 2.0 Perkembangan Motor Kasar

5

APLIKASI TEORI:

TEORI
KECERDASAN PELBAGAI

Pelopor Teori Kecerdasan Pelbagai adalah seorang ahli
psikologi perkembangan yang bernama Howard Gardner.

Teori ini diperkenalkan pada tahun 1983 dalam sebuah
buku yang bertajuk The Frames of Mind.



Teori Kecerdasan Pelbagai ini menggunakan dua prinsip
asas iaitu manusia mempunyai kecerdasan yang pelbagai

dan semua orang dapat mengembangkan kecerdasan
masing-masing ke satu tahap yang lebih optimum. Oleh

itu, terdapat lapan jenis kecerdasan pelbagai yang
diperkenalkan oleh Howard Gardner dan salah satunya

adalah kecerdasan kinestetik.



Kecerdasan kinestetik adalah kecerdasan yang berkaitan
dengan pergerakan dan kemahiran fizikal yang boleh

dipelajari dan dipertingkatkan ke tahap yang lebih mahir
melalui pendidikan dan latihan. Kanak-kanak yang
mempunyai kecerdasan kinestetik yang tinggi akan

menyebabkan mereka lebih cekap melakukan pergerakan
tubuh badan terutamanya pergerakan yang melibatkkan

pergerakan otot besar. Mereka juga, cenderung untuk
melakukan aktiviti fizikal seperti berlari, melompat dan
sebagainya. Oleh itu, kecerdasan kinestetik pada peringkat
kanak-kanak adalah untuk mengasah kebolehan dan
potensi kanak-kanak menggunakan badan agar dapat
menyatakan idea, perasaan dan menyelesaikan masalah.




6

PANDUAN AKTIVITI

SIMON SAYS
Kanak-kanak akan diminta untuk berkumpul sambil
berdiri atau duduk.
Apabila kanak-kanak mendengar guru menyatakan
perkataan "Simon Say" dan arahannya selepas itu.
Maka, kanak-kanak perlu mengikut arahan tersebut
dengan membuat perkara yang diminta.
Sebagai contoh, guru mengatakan "Simon Says,
melompat sebelah kaki!". Maka, kanak-kanak perlu
melompat sebelah kaki.
Kanak-kanak yang tidak dapat melakukan arahan
yang diberi, mereka tidak dapat bermain bersama-
sama.
Kanak-kanak yang bertahan, digalakkan memberi
ganjaran seperti pujian atau hadiah.

Races Games
Permainan ini menggunakan kaedah main peranan.
Kanak-kanak diminta untuk membayangkan diri
mereka sebagai sebuah kereta.
Kemudian, mereka dikehendaki untuk berjalan
mengikut garisan yang telah ditampal di atas lantai
menggunakan tape.
Garisan tersebut adalah garisan lurus, beralun dan
zig-zag akan menjadi sebagai jalan track kanak-
kanak untuk bermain "Races Games".

7

SKIPPING
Bermain skipping ini memerlukan 2 orang kanak-kanak
memegang tali skipping.
Kemudian, mereka akan menggerakkan tali skipping
itu dalam keadaan bulat atau secara menghayun dari
kanan ke kiri.
Setelah tali itu telah dihayunkan, kanak-kanak lain
perlu melompat dua belah kaki tanpa terkena tali
tersebut sambil menyanyikan lagu
Kanak-kanak perlu melompat sehingga habis
menyanyi.

TENG TENG
Untuk memulakan permainan, undian perlu dijalankan
bagi menentukan permain pertama dan seterusnya.
Bagi memulakan, pemain harus membaling guni kecil
ke kotak pertama.
Kemudian, pemain dikehendaki melompat ke dalam
kotak dengan menggunakan sebelah kaki.
Jika ada petak yang bersebelahan dengan petak lain,
pemain harus melompat ke dalam petak tersebut
dengan menggunakan kedua kaki mereka.
Kemudian, pemain harus melompat kembali ke garisan
permulaan dan memberi giliran orang lain untuk
bermain.
Permainan akan diteruskan dengan cara yang sama,
jika dapat membaling guni kecil ke petak seterusnya.

8

PENILAIAN
AKTIVITI FIZIKAL

Pentaksiran di prasekolah adalah satu proses yang sistematik
untuk mendapatkan maklumat tentang perkembangan dan
pembelajaran murid bagi. Tujuan pentaksiran adalah seperti
berikut:

Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid
Mengenal pasti kecerdasan dan potensi murid
Membantu guru merancang tindakan susulan yang
berkesan




Pelaksanaan pentaksiran melibatkan beberapa proses iaitu:
Merancang
Membina Instrumen
Melaksanakan Pentaksiran
Merekod
Menganalisis Data
Melapor

Standard prestasi pulak, dinyatakan dalam bentuk kriteria dan
tahap penguasaan/skor. Seperti rajah di bawah:

Tahap Penguasaan Kriteria/Tafsiran

1 Tahu tetapi tidak boleh buat dengan

sendiri





Tahu dan boleh buat dengan
2 bantuan/bimbingan







Tahu dan boleh buat dengan sendiri
3 tanpa bantuan/bimbingan

9

Melaksanakan pentaksiran atau penilaian Prasekolah
adalah melalui pemerhatian semasa melakukan aktiviti.

Pemerhatian itu akan direkod melalui beberapa cara
seperti senarai semak, rekod anekdot, skala kadar dan dan
rekod berterusan.

Penilaian Aktiviti: Skala Kadar

Tunjang: Perkembangan Fizikal
Tajuk: Pergerakan Lokomotor
Kandungan: -Menguasai pergerakan lokomotor seperti
berjalan, berlari dan melompat

ITEM/KEMAHIRAN/AKTIVITI

Bil. Nama SIMON RACE SKIPPING TENG
Murid
SAYS GAMES
TENG



20/7


18/7 19/7 21/7




1. Amir














2. Ayla








3. Umar










4. Ulfa

Keterangan Setiap Skala:

Boleh melakukan aktiviti melalui keupayaan sendiri
dengan betul tanpa memerlukan bantuan.
Kerap memerlukan bantuan.
Sukar melakukan aktiviti dengan sendiri dan
memerlukan bantuan.

10

KEKUATAN
MODUL

1 Topik yang dibincangkan disusun
secara sistematik.

2 Bahasa yang digunakan mudah
difahami dan penerangan yang
jelas.

3 Dilengkapi dengan aktiviti-aktiviti
yang menarik dan menyeronokkan.

4 Teori yang digunakan sesuai
dengan topik yang dibincangkan.

5 Modul yang disediakan adalah
sangat menarik dan kreatif.

11


Click to View FlipBook Version