LMCR 1322 ESTETIKA DALAM PUISI MELAYU KLASIK ADIWARNA Pensyarah : Dr. Puteh Noraihan A. Rahman -
Penghargaan Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat kami menyempurnakan tugasan bagi khursus LMCR1322 Estetika Puisi Melayu Klasik ini. Insya-Allah dengan pengalaman menyiapkan tugasan ini dapat memberikan banyak impak positif kepada kami dari segi pengetahuan dan pemahaman serta dapat digunakan di masa akan datang. Di kesempatan ini, kami dari Kumpulan Adiwarna (Kumpulan 3) ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Puteh Noraihan A. Rahman selaku pensyarah bagi kursus LMCR1322 Estetika Puisi Melayu Klasik kerana tidak putus memberikan bimbingan, dorongan dan panduan kepada kami sepanjang proses menyiapkan tugasan ini dengan mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Selain itu, Dr. Puteh Noraihan juga telah membantu memeriksa dan memberikan teguran yang membina kepada kami supaya dapat memperoleh hasil tugasan yang baik dan cemerlang. Tidak dilupakan juga ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada setiap ahli kumpulan kami iaitu Siti Alqaeda binti Sulaiman, Nur Jannah Syahirah binti Kamarizam, Mariam Hakimah binti Abdul Rahman dan Natasha Florella Lundik Anak Taim kerana sangat tekun dan bekerja keras dalam melaksanakan kerja-kerja yang diberikan serta mempunyai sikap bersatu hati yang teguh dalam memberikan kerjasama yang utuh, cadangan yang baik dan idea yang bernas. Akhirulkalam, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menyelesaikan tugasan ini. Semoga segala jasa semua pihak, diberikan ganjaran yang baik oleh Allah S.W.T.
Isi Kandungan MAKLUMAT PENULIS 1-4 HIKAYAT SERI RAMA VERSI RAKYAT 5-8 HIKAYAT RAJA MUDA 9-12 HIKAYAT BAYAN BUDIMAN 17-19 RUJUKAN 20 SULALATUS SALATIN 13-16
1 Mariam Hakimah Binti Abdul Rahman berasal dari negeri sebelah Timur, Kelantan. Beliau merupakan pelajar tahun 1 dalam bidang Pengajian Islam, jurusan Dakwah dan Kepimpinan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Maklumat Penulis Pertama
Nur Jannah Syahirah binti Kamarizam merupakan nama diberi kepada penulis kedua yang berasal dari Kemaman, Terengganu. Dilahirkan pada tahun 2000, kini beliau menyambung pengajian dalam bidang Pengajian Islam, jurusan Dakwah dan Kepimpinan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Maklumat Penulis Kedua 2
Siti Alqaeda Binti Sulaiman berasal dari Ampang, Selangor. Dilahirkan pada tahun 2002. Beliau merupakan pelajar tahun 1 dalam bidang Ekonomi dan Pengurusan, jurusan Ekonomi di Universiti Kebangsaan Malaysia. Maklumat Penulis Ketiga 3
Natasha Florella Lundik Anak Taim merupakan nama diberi yang berasal dari Bumi Kenyalang, Sarawak. Beliau dilahirkan pada 27 Disember 2003 dan sekarang menyambung pengajian dalam bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan di Universiti Kebangsaan Malaysia Maklumat Penulis Keempat 4
HIKAYAT SERI RAMA VERSI RAKYAT Seri Rama dan isterinya Tuan Puteri Sekuntum Bunga Setangkai tidak mempunyai anak. Meraka kemudian dinasihatkan oleh Laksamana supaya pergi berkelah di sebuah pulau tetapi diberi amaran supaya jangan mandi apabila berjumpa sebuah perigi yang amat jernih airnya. Seri Rama dan isterinya mengikut nasihat Laksaman tetapi melanggar pesananny. Mereka mandi di perigi tersebut dan kedua-duanya menjadi kera. Laksaman kemudiannya dimaklumkan tentang peristiwa tersebut. Laksamana datang dan memulihkan mereka menjadi manusia semula. Tidak lama kemudian Tuan Puteri Sekuntum Bungan Setangkai pun hamil, tiba saatnya dia pun melahirkan seorang anak. Tetapi anak tersebut ialah seekor kera. Anak tersebut diberi nama Kera Kecil Imam Tergangga. -Hikayat Seri Rama Versi RakyatNoriah Taslim 5
PANTUN HIKAYAT SERI RAMA Hutan belantara gelap gelita, Hujan gerimis disiang hari, Puteri Raja bak pelita, Semakin jauh semakin merindui. Pinang muda dibelah dua, Bunga mekar disiang hari, Perasaan sayang tak tercapai jua, Cincin dijari disarung sukar. Setelah menempuh lautan api, Lagikan genggam bara ditangan, Demi menyentuh hati si puteri, Jiwa dan raga berjaya ditawan. Sang puteri dan sang raja, Buluh perindu berdesir sayu, Sungguh indah lagi berseri, Kisah bahagia keluarga baru. Selasih tumbuh di tepi telaga, Buah kurma berlambak-lambak, Adat dunia cintakan harta, Adat ibubapa cintakan anak. 6
Limau kasturi berdaun muda, Madu manis dari si lebah, Anugarah zuriat dari Yang Esa, Namun diuji supaya tabah, Laksamana istana penunjuk arah, Setia dan patuh sering dipuj,i Sedih hati kembali cerah, Harapan terkubur lama dihati. Puyuh kini berlari-lari, Tanak pulut santan durian, Tiada yang percuma di dunia ini, Pantang dan larang adalah bayaran. Bulan Zulhijjah datang menerpa, Orang haji datang ke Mekah, Harapan terkabul cahaya mata, Manusia pelupa melanggar perintah. Perigi lama dekat lembah, Air larangan buah bicara, Salah ibu bapa menjadi sumpah, Anak di kandungan menjadi Kera. Mariam Hakimah binti Abdul Rahman 7
Dipetik dari https://images.app.goo.gl/froTVB4qpoRaD3Zq6 8
HIKAYAT RAJA MUDA “Ayuhai adinda cahaya mata buah hati kakanda, seperti sabda adinda itU, kakanda junjunglah di atas otak batu kepala kakanda. Dengan seboleh-bolehnya kakandalah pergi mengambilkan nyiur itu supaya boleh adinda santap melepaskan idaman adinda itu.” Maka setelah sudah berkata-kata itu, Raja Bujang Selamat pun pergilah ke istana adinda baginda Raja Muda. -Hikayat Raja MudaMir Hassan dan Pawang Ana 9
SYAIR HIKAYAT RAJA MUDA Ada sebuah hikayat raja, Nama diberi si Raja Muda, Putera raja sultan negara, Negara bernama Benua Tua. Kahwinlah Raja sangatlah suka, Titah Ayahanda hias Istana, Orang Istana sedia bekerja, Hari bahagia putera diraja. Telah selesai adat semua, Dengan yang baik jua sempurna, Raja dan puteri pakai busana, Seperti adat anak diraja. Maka ayahanda meminta kadi, Kahwinkan raja dengan puteri, Namanya Raja Bujang Selamat, Nyata membawa akan selamat. Maka sempurna akad nikahan, Tuan Puteri Lindungan Bulan, Kasih mereka tiada tandingan, Berkasih-sayang sesama insan. 10
Sampailah pula ketiga bulan, Hamilnya Puteri Lindungan Bulan, Idamnya pula buah nyior gading, Pohonnya pula tinggi terpaling. Kasihnya raja pada puteri, Sanggup bergadai nyawanya diri, Maka segera pergi mencari, Alatan bagi pohon yang tinggi. Lalu meminjam parangnya puting, Milik sang raja sedang berbaring, Kerna setia takkan berpaling, Teruskan langkah panjat nyiur gading. Lalu terjumpa ular yang besar, Matanya merah meliar-liar, Diamlah ular tak gerak lagi, Si parang puting menjadi saksi. Inilah kisah seorang suami, Ambilah ia nilai yang murni, Taat dan setia pada isteri, Sanggup berkorban nyawa dan diri. Nur Jannah Syahirah binti Kamarizam 11
Dipetik dari https://bukupopular.my/karya-agung-raja-ali-haji-21296.html Dipetik dari https://www.kafilahbuku.com/taman-pustaka/cerita-lipur-lara 12
SULALATUS SALATIN A. Samad Ahmad “Setelah datang ke pantai, maka baginda pun hairanlah melihat perihal todak itu, barang yang kena dilorupatinya sama sekali matilah. Maka terlalulah banyak orang yang mati ditikam todak itu. Maka baginda pun menitahkan orang berkotakan betis, maka dilorupati oleh todak itu, terus berkancing ke sebelah. Adapun todak itu seperti hujan, usahkan kurang, makin banyak orang mati.” -Sulalatus Salatin13
SULALATUS SALATIN A. Samad Ahmad Sejarah Melaka, Menjadi cerita bicara. Dari zaman berzaman, Kemashyuran kesultanannya. Sebermula akan puteri Onang Sari, Diperisteri oleh Sultan Mansur Syah. Beranak dua orang lelaki, seorang bernama Raja Muhammad dan seorang bernama Raja Ahmad. Sulalatus salatin, Menjadi saksi Melaka di Buka Iskandar. Tuah pembesarnya, Menjadi sejarah dan idola remaja masa ini. 14
Tuah pembesarnya, Menjadi sejarah dan idola remaja masa ini. Kepahlawanan memperjuangkan kasih, Membina kasih keutuhan kesetiaan pada semangat Melaka. Gunung Ledang menjadi kasih antara tali, Sultan Mahmud Shah kasih pada anakandanya. Terkorban rasa cinta pada si Ledang, Buang mempertahankan kasih pada anakanda yang kasih. Darahnya titik di Singapura, Badan terhantar di Lengkawi. Siti Alqaeda binti Sulaiman 15
Dipetik dari https://kawahbuku.com/titles/1966-sulalatus-salatin/ Dipetik dari http://www.sabrizain.org/malaya/library/sulatus.pdf 16
Isteri Khoja Maimun ingin membalas semua kebaikan yang dilakukan oleh Bayan kepadanya dengan melepaskan si burung tersebut akan tetapi Bayan berkeras tidak mahu meninggalkan mereka berdua kerana ingin menjaga tuannya selama-selamanya. Isteri Khoja Maimun pun hairan melihat burung tersebut kerana melalui percakapannya, burung tersebut berbicara seperti manusia tetapi tidak mempunyai keinginan untuk bercinta dan berkahwin seperti norma manusia yang lain. Bayan menjawab bahawa tidak mudah meniadi seorang suami kerana tanggungiawab suami adalah sangat berat untuk dijalankan kerana jika seseorang suami tersebut tidak member nafkah, perbuatan tersebut adalah salah satu dosa yang terbesar. -Hikayat Bayan BudimanHIKAYAT BAYAN BUDIMAN R. O. Winstedt 17
GURINDAM BAYAN BUDIMAN Dengarlah cerita dinda dan kanda, Nasihat ini untuk semua Jika suami tidak bertanggungjawab, Maka goyahlah sebuah ikatan Andai orang rumah hormat pada pasangannya, Tidak akan luntur akan kesetiannya Apabila nyawa sanggup digadai, Jangan persoalkan akan kesetiannya Apabila mulut manis berbicara, Maka datanglah orang ketiga Jika paras rupa menjadi taruhan, Hilanglah cinta yang tulus Bila mulut banyak berkata-kata, Maka bermulanya pertelingkahan Sesiapa sahaja yang mempersendakan kata-kata, Nyawa yang dikandung menjadi taruhan Janganlah asyik membuat dusta, Kelak dibalas di akhirat nanti Sekian sahaja daripada hamba, Mohon disimpan janganlah lupa Natasha Florella Lundik Anak Taim 18
Dipetik dari https://images.app.goo.gl/uLEZEgwx1RqwkA2b8 19
A. Samad Ahmad. (2008). Sulalatus Salatin. http://www.sabrizain.org/malaya/library/sulatus. pdf Ekawati. (2016). Hikayat Bayan Budiman. https://badanbahasa.kemdikbud.go.id/resource/d oc/files/SMA Hikayat_Bayan_Budiman.pdf Mir Hassan, Pawang Ana. (2007). Cerita Lipur Lara. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan. Rajantheran Muniandy. 1993. Beberapa Episod/ Motif Yang Tersendiri Pada Hikayat Seri Rama. https://ejournal.um.edu.my/index.php/JIS/article/ download/24991/11871/55187 Rujukan 20