SK KUALA KURAU TAHUN 2023 ANJURAN : JAWATAN KUASA 3K (KEBERSIHAN, KECERIAAN & KESELAMATAN) SK KUALA KURAU TARIKH :09/09/2023 08.00 AM – 12.30 PM
1.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM Merujuk surat siaran PPD.KRN.800-5/1/3(4) bertarikh 18 Julai 2023, setiap sekolah di negeri Perakdisarankan untuk mengadakan Gotong-royong Madani dari Julai hingga September 2023. Program gotong-royong ini bertujuan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan warga pendidikan dan mengaktifkan peranan ibu bapa, masyarakat, komuniti, agensi kerajaan dan Non Governmental Organization (NGO). Sehubungan itu pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk mengadakan gotong-royong ini bukan sahaja menjayakan hasrat kerajaan malah program ini akan meningkatkan lagi keceriaan dan kebersihan sekolah. Program ini juga akan menjadi satu titik pertemuan antara sekolah dan komuniti sekitar. Program ini diharapkan dapat membina semangat kerjasama daripada semua warga sekolah dan komuniti untuk memupuk rasa cinta akan sekolah. Selain itu, melalui program ini diharap dapat memastikan persekitaran sekolah akan lebih selamat kondusif dan ceria untuk kegunaan semua warga SJKT Simpang Lima.
2.0 OBJEKTIF PROGRAM : • Memberi peluang kepada murid-murid dan ibu bapa bekerjasama dengan guru-guru secara optimum • Memulihara, menceriakan dan membersihkan kawasan sekolah agar mewujudkan suasana sekolah yang bersih dan ceria serta kondusif untuk semua murid dalam proses pembelajaran dan pengajaran. • Menjalin hubungan erat antara sekolah dan komuniti setempat 3.0 KUMPULAN SASAR Semua warga sekolah, PIBG dan PIBKS yang terlibat 4.0 BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM 5.1 Tarikh program pada : 09/09/2023 5.2 Jadual Program Masa Program Catatan 7:30 am - 8:00 am Pendaftaran 8.00 am - 8:30 am Sarapan Pagi 8:30-8.45 Taklimat program dan agihan kumpulan 9:00 am -12.30 pm Gotong-Royong Madani 2023 ( GRM 2023) - Mengecat batu laluan masuk sekolah - Membersih & mengecat taman herba, kawasan kolam & kawasan reakreasi sekolah - Menceriakan kelas dan bilik-bilik khas - Mengecat, membaikpulih dan menceriakan persekitaran sekolah - Memperkemas taman bunga di luar pagar sekolah - Mengemaskini dan membaikpulih papan kenyataan dan papan maklumat panitia
5.0 Jawatankuasa Program Pengerusi : En. Zaini b. Idris (GB SK Kuala Kurau) Timb. Pengerusi : En. M. Fauzi b. M Yazid (PK HEM SK Kuala Kurau) Naib Pengerusi 1 : Pn. Norasikin bt. Haron ( PKP SK Kuala Kurau) Naib Pengerusi 2 : Pn. Mazura bt. Mustar ( PK Ko-Ko SK Kuala Kurau) Naib Pengerusi 3 : En. Fahruddin b. Mohd Fazain ( PK PPKI SK Kuala Kurau) Setiausaha : En. Zulfazli b. Mohamad Amin Bendahari : Pn. Hamiza bt. Hamzah (Kerani Kewangan SK Kuala Kurau) JK Keceriaan kelas : Semua Guru Kelas, murid terpilih Tahap 2 & Ibubapa JK Keceriaan Bilik Khas : Semua Guru Bilik Khas dan murid terpilih Tahap 2 JK Mengecat Batu : En. Mokhzani b. Ah. Jeni & Pekerja kontraktor Pembersihan JK Keceriaan Sekolah : En. Abd. Rashid b. Sarif & Pekerja kontraktor Pembersihan JK Papan Kenyataan : Pengerusi Panitia, Kelab & Persatuan JK Taman & Persekitaran Sekolah : Pengerusi PIBG & AJK PIBG JK Taman Luar Sekolah : APMM Kuala Kurau Juru Gambar : En. Zulfazli b. Mohamad Amin & Semua Ketua setiap unit JK Makanan : Pn. Mazirah bt. Abd Manan JK Persediaan Peralatan : En. Zulfazli b. Mohamad Amin JK Pendaftaran : Cik Nor Haniza bt. Mohamad & Pn. Nurul Asyikin bt. Zamaluddin JK Siaraya : En. Alias B. Pi`ei & En. Vincent Raj JK Persiapan Tempat : En. Mohd Sabri b. Md. Isa, En. Nordin b. Mohamed Jaya & Pekerja kontraktor Pembersihan
6.0 IMPLIKASI KEWANGAN 6.1 Sumber kewangan – Dana Gotong royong Madani & SumbanganPIBG 6.2 Anggaran Perbelanjaan Keseluruhan Terperinci Perkara Kuantiti Jumlah Catatan Sarapan pagi 200 org X RM 3.00 RM 600.00 RM 436.00 ( 20% dana GRM `23) RM 164.00 ( sumbangan PIBG) Peralatan danbahan keceriaan Cat, Peralatan mengecat Banner Peralatan Gotong Royong Bahan untuk baikpulih kecil RM 1,744.00 JUMLAH KESELURUHAN RM 2,344.00 JUMLAH DANA GRM 2023 RM 2,180.00 DANA GRM 2023
7.0 HARAPAN Adalah diharapkan agar program yang dirancang ini dapat dijalankan dengan lancar dan teratur. Ianya bukanlah yang tetapi merupakan permulaan ke arah menyediakn sekolah yang bersih, ceria, selamt dan kondusif untuk semua warga sekolah SKKK khususnya, dan para ibubapa amnya. Pelibatan komuniti khususnya pihak PIBG dan APPM Kuala Kurau yang aktif turut serta dalam setiap gotong-royong dan aktiviti sekolah merupakan satu jalinan akrab yang sangat baik demi menampilkan sebuah sekolah yang indah dan ceria serta selamat dan kondusif. Semoga program perdana sebegini akan menjadi program tahunan khususnya dari segi bantuan peruntukan yang menjadi antara kekangan terbesar pihak sekolah untuk mengadakan aktiviti sebegini. Walau bagaimanapun, pihak sekolah akan terus mengadakan gotong-royong dalam skala kecil bagi memastikan aspek yang telah diperbaiki dan dicantikkan dapat terus kekal lama dan terus memberi manfaat kepada keseluruhan warga SKKK khasnya, dan para ibubapa amnya. Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh .................................... .......................................... ..................................... (ZULFAZLI B. M. AMIN) (M. FAUZI B. M. YAZID (EN. ZAINI B. IDRIS) S/Usaha 3K SK Kuala Kurau PK HEM SK Kuala Kurau Guru Besar SK Kuala Kurau
Lampiran 1 Senarai peralatan dan bahan gotong-royong yang diperlukan BIL PERKARA UNIT HGA / UNIT JUM. HARGA CATATAN