The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohdhafizkarim, 2020-11-22 08:35:58

SOALAN RBT TH5 PAT 2019

SOALAN RBT TH5 PAT 2019

REKA BENTUK TEKNOLOGI (RBT), TAHUN 5
SK TERMUNONG, PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN, 2019

Jawab semua soalan. Pilih satu sahaja jawapan yang paling tepat.

Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan OMR yang disediakan.

1. Kit Model kereta boleh menggunakan sumber __________ daripada bateri
untuk bergerak.
A. elektrik
B. baja
C. petrol

Komponen elektrik + Komponen =X
dan mekanikal

elektronik

2. Apakah X?

A. Mekanik
B. Elektrikmekanik
C. Elektromekanikal

3. Alat kawalan jauh digunakan untuk:
A. Mengawal pergerakan Kit Model.
B. Menukar saluran TV
C. Meletupkan Kit Model

4. Motor digunakan untuk:
A. Menggerakkan gear
B. Menggerakkan stering
C. Menggerakkan roda

5. Bateri berfungsi membekalkan ______________.
A. Tenaga elektrik pada kit model.
B. Tenaga suria pada kit model.
C. Tenaga haba pada kit model.

1

REKA BENTUK TEKNOLOGI (RBT), TAHUN 5
SK TERMUNONG, PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN, 2019

6. Sel Solar seperti gambar di atas membekalkan tenaga elektrik menggunakan _____
A. Cahaya lampu
B. Cahaya matahari
C. Cahaya bateri

7. Namakan komponen di atas:
A. Belon
B. Roda
C. Gandar

8. Namakan komponen di atas:
A. Penimbang
B. Takal dan tali sawat
C. Tali sawat

2

REKA BENTUK TEKNOLOGI (RBT), TAHUN 5
SK TERMUNONG, PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN, 2019

9. Namakan komponen di atas:
A. Jam
B. Gear
C. Rantai

10. Namakan komponen di atas:
A. Gegincu dan rantai
B. Gegancu dan rantai
C. Gegolek dan rantai

11. Berikut merupakan objek yang boleh dihasilkan daripada kayu KECUALI:
A. Almari
B. Kerusi
C. Tin pepsi

12. Berikut merupakan contoh-contoh bahan logam KECUALI:
A. Aluminium
B. Zink
C. PVC (Paip polivinil Klorida)

13. Berikut merupakan contoh-contoh bahan bukan logam KECUALI:
A. Papan lapis
B. Kayu
C. Keluli

14. Berikut adalah kegunaan gergaji besi KECUALI:
A. Memotong logam
B. Memotong besi
C. Mengetuk logam

3

REKA BENTUK TEKNOLOGI (RBT), TAHUN 5
SK TERMUNONG, PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN, 2019

15. Berikut adalah kegunaan pengikis KECUALI:
A. Mengikis kotoran pada permukaan logam
B. Mengikis kotoran pada permukaan kayu
C. Meratakan adunan simen

16. Berikut adalah contoh bahan kemasan KECUALI:
A. Cuka
B. Cat licau
C. Syelek

17. Bahan kemasan berfungsi untuk:
A. Melindungi kecacatan dan mencantikkan projek
B. Mengemaskan penampilan pakaian
C. Mewarna projek

18. Berikut adalah jenis-jenis perintang KECUALI:
A. Perintang lampu
B. Perintang tetap
C. Perintang boleh laras

19. Buzer berfungsi untuk:
A. Mengeluarkan bunyi
B. Mengeluarkan cahaya
C. Mengeluarkan tenaga

Soalan 20 hingga 21 berdasarkan gambar di bawah.

X

20. Apakah nama komponen di atas?
A. LDE
B. Kapasitor berkutub
C. Diod pemancar cahaya

4

REKA BENTUK TEKNOLOGI (RBT), TAHUN 5
SK TERMUNONG, PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN, 2019

21. Apakah nama bahagian X?
A. Kaki anod
B. Kaki katod
C. Kaki Ketot

22. Apakah fungsi komponen tersebut?
A. Mengeluarkan haba
B. Mengeluarkan cahaya
C. Memancarkan warna pelangi

23. Apakah dua alatan tangan yang digunakan dalam kerja seperti gambar di atas?
A. Gergaji puting dan apit-G
B. Gergaji tangan dan ragum meja
C. Gergaji puting dan ragum meja

24. Apakah proses yang ditunjukkan seperti gambar di atas?
A. Menanda
B. Memotong
D. Membuat kemasan

25. Manakah antara berikut bahan pengikat dan pencantum yang boleh ditanggalkan
semula?
A. Paku panel
B. Skru Philip
C. Glu sentuh

5

REKA BENTUK TEKNOLOGI (RBT), TAHUN 5
SK TERMUNONG, PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN, 2019

26. Berikut adalah contoh alatan tangan untuk aktiviti berkebun KECUALI:
A. Penyiram
B. Kuali
C. Sudip tangan

27. Pilih fungsi sudip tangan yang betul:
A. Menggemburkan medium semaian
B. Menggali lubang semasa menanam biji benih
C. Mengangkat rumput kering

28. Pilih fungsi serampang tangan yang betul
A. Mengali lubang
B. Menggemburkan medium semaian
C. Menyiram tanaman

29. Apakah maksud sanitasi makanan?
A. Pengawalan kebersihan dan keselamatan dalam penyediaan dan
penyimpanan makanan.
B. Pengawasan kebersihan makanan secara berterusan
C. Penyediaan dan penyimpanan makanan

30. Sebelum menyediakan bahan masakan dan memasak, kita perlu:
A. Memakai apron yang bersih, kuku pendek dan tangan mesti bersih
B. Memakai baju bersih dan cantik, kuku pendek dan tangan bersih
C. Memakai baju, topi, kot, kuku pendek dan tangan bersih

31. Berikut adalah contoh alatan memasak KECUALI:
A. Serampang tangan
B. Senduk
C. Periuk

6

REKA BENTUK TEKNOLOGI (RBT), TAHUN 5
SK TERMUNONG, PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN, 2019

Soalan 32 berdasarkan pernyataan di bawah.

Terdapat tanda “ON” dan “OFF” pada komponen
ini. Komponen ini juga berfungsi untuk
memutuskan dan menyambungkan litar elektrik
pada kit model.

32. Pernyataan di atas merujuk kepada komponen ______________.
A. suis
B. bateri
C. papan litar

33. Manakah antara berikut merupakan sistem elektrik dan elektronik pada suatu
sistem elektromekanikal kit model kereta kawalan jauh?
A. Gear
B. Gandar
C. Papan litar

34. Manakah antara berikut digunakan dalam kerja-kerja berasaskan bahan logam
seperti kepingan zink dan kepingan aluminium?
A. Kikir parut
B. Gandin kayu
C. Penebuk pusat

Soalan 35 berdasarkan pernyataan di bawah.

• Paku panel
• Skru Philip
• Glu sentuh
• Bol dan nat

35. Pernyataan di atas merujuk kepada ______________.
A. Bahan membuat kemasan
B. Bahan pengikat dan pencantum
C. Bahan untuk kerja elektrik dan elektronik

7

REKA BENTUK TEKNOLOGI (RBT), TAHUN 5
SK TERMUNONG, PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN, 2019

36. Pilih menu paling sihat untuk sarapan pagi
A. Sandwic dan kopi sahaja
B. Bijirin koko krunch, pisang dan susu
C. Ayam goring KFC, air pepsi, durian

37. Faktor penting yang perlu diambil kira dalam merancang menu sarapan ialah:
A. Kelazatan menu
B. Hidangan mesti seimbang dan sihat
C. Berlemak, lazat dan mudah disediakan

38. Pilih proses merebus telur yang betul:
A. Jerang air sehingga mendidih dalam periuk, masukkan telur, cuci telur
yang kotor, biar 20 minit, angkat dan kupas
B. Jerang air sehingga mendidih dalam periuk, cuci telur yang kotor,
masukkan dalam air mendidih, biar 20 minit, angkat dan kupas
C. Jerang air sehingga mendidih dalam periuk, angkat dan kupas telur, cuci
telur yang kotor, masukkan dalam air mendidih, biarkan 20 minit.

39. Pilih proses membersihkan alatan memasak mengikut urutan yang betul.
A. Cuci alatan di singki, susun alatan kotor, keringkan alatan, bersihkan
singki, bersihkan dapur.
B. Susun alatan kotor, cuci alatan kotor di singki, keringkan alatan, bersihkan
singki, bersihkan dapur.
C. Bersihkan dapur, bersihkan singki, cuci alatan kotor di singki, keringkan alatan.

40. Berikut adalah jenis bahan hiasan makanan KECUALI:
A. Aising saduran coklat
B. Sekaki payung
C. Coklat urai

-kertas soalan tamat-

Disediakan oleh: Disemak dan disahkan oleh:
…………………………….
…………………………….
(MOHD HAFIZ B. ABDUL KARIM)
Guru RBT Tahun 5

8


Click to View FlipBook Version