The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by asmankason, 2021-12-08 03:06:55

E-PORTFOLIO BMMB1074 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

KK BMMB1074 E PORTFOLIO-converted

e-Portfolio

ASMAN BIN KASON
202101231006

PPISMP BAHASA MELAYU
AMBILAN JUN 2021
SEMESTER I
BMMB1074
SEJARAH
PERKEMBANGAN

BAHASA MELAYU

SEMESTER SEPT 2021 – JAN 2022

1

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 Biodata 3
2 Bahagian 1 4
3 Pengenalan 5
4 Sistem tulisan Palava 6
5 Sistem tulisan Kawi 6-7
6 Sistem tulisan Jawi 7-8
7 Sistem Ejaan Za’ba 8-9
8 Sistem Ejaan Rumi Kongres 9
9 Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu 9-12
10
SEJARAH PERKEMBANGAN 13
11 14
BAHASA MELAYU 14-15
12
13 Pengenalan Bahasa Melayu
14
Pramerdeka dan Pascamerdeka.
15
Pejabat Karang Mengarang
16
17 Peranan ASAS 50 15-16
18
19 Bahasa melayu dalam sistem 16-17
20 pendidikan 17-18
21
Laporan Barnes
22
23 Laporan Fenn-Wu 18-19

Laporan Razak 19-20

Pengenalan Bahasa Melayu Moden 21

Dewan Bahasa dan Pustaka 21-24

Kerjasama serantau dan antarabangsa 24-25

BAHAGIAN III CABARAN DAN MASA 26-32
DEPAN BAHASA MELAYU; 33-36

- Pendidikan
- Ekonomi
- Pentadbiran kerajaan
- Kerancauan bahasa di media

sosial
- Percampuran kod
- Slanga
- Penerapan hak elemen asasi

Kesimpulan menyeluruh

Bibliografi 37-38

2

NAMA ASMAN BIN KASON
JANTINA LELAKI
BANGSA BUGIS
NO KAD PENGENALAN 020930-12-0139
AGAMA ISLAM
TARIKH LAHIR 30.09.2002
TEMPAT LAHIR TANJUNG BATU LAUT, KAMPUNG PUKAT
ALAMAT TANJUNG BATU LAUT TANAH MERAH
E-MEL [email protected]
[email protected]

3

4

Pengenalan

Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan. Namun begitu
istilah melayu dapat dilihat dari segi etimologi, iaitu kajian yang berkaitan tentang asal usul dan
sejarah sesuatu perkataan. Pada peringkat awal, istilah melayu dapat dikaitkan dengan konsep
kerajaan atau kawasan. Hal ini berdasarkan bukti-bukti sejarah yang merujuk kepada sesebuah
kerajaan atau kawasan. Antara bukti-bukti sejarah tersebut ialah, M. Ptolemy menggunakan
istilah maleu-kolon dalam karyanya yang berjudul Geographike Sintaxis yang terhasil sekitar
tahun 100-150 Masihi. Seterusnya mengikut kitab hindu purba yang Bernama Purana yang ditulis
pada zaman Gautama Buddha yang mengandungi perkataan Malay-dvipa yang bermaksud
tanah yang dikelilingi air.

Bahasa Melayu termasuk dalam cabang nusantara dan Bahasa Melayu merupakan
bahasa lingua franca sejak zaman dahulu lagi terutamanya di sekitar Asia Tenggara. Penduduk
yang menuturkan Bahasa Melayu kebanyakannya dari negara Indonesia, Malaysia, Singapura
dan Brunei. Bahasa Melayu telah banyak menerima pengaruh dari bahasa asing sejak dari
zaman Bahasa Melayu Kuno lagi sehinggalah ke hari ini. Terutamanya dari Bahasa Sanskrit,
Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Hal ini telah menyebabkan banyak perkembangan berlaku
dari aspek kosa kata lebih-lebih lagi dalam aspek sistem tulisan dan ejaan. Persoalannya berapa
banyak dan bagaimana bentuk tulisan yang pernah digunakan oleh rakyat zaman dahulu ?.

Bahasa Melayu Bahasa Melayu Bahasa Melayu
Kuno Klasik Moden

Rajah 1.0

Sistem Tulisan : Tulisan Palava

Antara sistem tulisan yang terawal yang terdapat di tanah melayu ialah Tulisan Palava.
Tulisan ini dibawa oleh orang India ke tanah melayu. Tulisan ini juga merupakan tulisan orang
Tamil yang datang dari bahagian selatan India. Pada abad ke 3 hingga abad ke 5, tulisan ini
mengamalkan sistem pembahagian tulisan mereka kepada dua iaitu konsonan dan vocal dan
terdapat beberapa simbol tambahan yang digunakan untuk mewujudkan bunyi bunyi yang
berbeza.

Kebanyakan tulisan ini ditemui di batu batu bersurat. Contohnya batu besurat Kedukan
Bukit yang ditemui pada tahun 683 Masihi. Batu bersurat Talang Tuwo (684M), batu bersurat
Kota Kapur (686M) dan akhir sekali batu bersurat Krang Brahi (692M) .

Rajah 2.0
Contoh tulisan Palava.

5

Batu Bersurat Kedukan Lokasi Tarikh Isi kandungan
Batu Bersurat Kedukan 683 Masihi
Bukit Bukit, kaki Bertarikh 604 Syaka/78 Masihi- Raja (
bukit berpangkat “dapunta hiyang” menaiki
Siguntang, kapal untuk mencari kekayaan/sihir
Palembang “sidhayatra”. Empat hari kemudian,
dengan 20 000 tentera berangkat dari
Batu Bersurat Talang Talang Tuwo, 684 Masihi Minang Tamvan dengan kapal/ jalan
darat menjadikan Sidhayatra menjadi
Tuwo Palembang milik Sriwijaya

Batu Bersurat Kota Kapur Kota Kapur, 686 Masihi Raja Jayanash membina taman bunga
Pulau Bangka dan berjanji untuk membahagikan
semua makhluk . Doa agar rakyat
Batu Bersurat Karang Karang Brahi 692 Masihi beroleh hasil daripada tanaman dan
ternakan.
Brahi Merangin,
Menyeru dewa dan makhluk tinggi lain
Jambi melidungi Sriwijaya memberikan
kebahagiaan kepada semua makhluk,
dan mengutuk mereka yang tidak setia.

Menyeru dewa dan makhluk tinggi lain
melindungi Sriwijaya , memberikan
kebahagiaan kepada semua dan
mereka yang tidak setia piagam /
persumpahan daripada raja Sriwijaya
terhadap kerajaan di Pulau Jawa ,
sebelum Sriwijaya dating menyerang
mereka.

Rajah 3.0

Batu-batu bersurat beserta isi kandungan atau mesej yang terdapat dalam batu bersurat tersebut.

Sistem tulisan : Tulisan Kawi

Seterusnya ialah tulisan Kawi.Tulisan Kawi mula digunakan sejak abad ke-8. Penggunaan
tulisan ini serentak dengan permulaan era tulisan jawi di kalangan orang melayu. Hal in disokong
dengan penemuan sebuah batu nisan orang Melayu yang dikenali dengan nama Ahmad Majnun
di Pengkalan Kempas, Sungai Ujang, Negeri Sembilan. Terdapat tulisan tahun 1643 pada batu
nisan ini dan batu nisan ini juga mengandungi dua-dua bentuk tulisan orang Melayu. Tulisan ini
diasaskan oleh orang Jawa, ini bermaksud tulisan ini turut dikenali dengan nama tulisan lama
Jawa. Terdapat dua artifak lama yang ditemui mengandungi tulisan Kawi iaitu batu bersurat
Joreng 1179M dan batu bersurat Padang Lawas 1213M.

Rajah 4.0 CONTOH TULISAN KAWI
6

Intihannya, itulah dua sistem tulisan Melayu lama yang digunakan oleh nenek moyang
kita pada zaman dahulu. Sistem tulisan ini dapat berubah-ubah mengikut peredaran waktu dan
berlaku sehinggalah tulisan jawi dan rumi ditemui.

Sistem tulisan : Tulisan Jawi

Seterusnya saya akan mengupas dengan lebih dalam tentang tulisan Jawi. Pada abad

ke-13 agama Islam mula bertapak di kepulauan Melayu, hal ini menyebabkan pengaruh bahasa

Sanskrit kian terhakis. Sebelum orang melayu ingin menguasai al-Quran mereka sebaiknya untuk

mengenali sistem tulisan Jawi.Tulisan Jawi juga merupakan tulisan terawal yang pernah ditemui.

Tulisan ini telah berkembang sejak zaman kerajaan Islam Pasi kemudian ke kerajaan Melaka,

kerajaan Johor dan kerajaan Aceh pada abad ke-17. Tulisan jawi ini muncul apabila tanah Melayu

menerima pengaruh dari bahasa Arab melalui pedagang yang dating berhijrah ke tanah Melayu.

Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah melalui batu bersurat Terengganuyang yang

bertarikh 702H bersamaan 1303 Masihi. Tulisan jawi ini lebih awal dating ke tanah melayu

berbanding tulisan rumi. Terdapat beberapa peranan tulisan Jawi pada zaman dahulu. Antara

peranan yang terpentingnya adalah seperti yang berikut;

Pentadbiran

Peranan Tulisan Bahasa perantara Adat istiadat
Jawi dalam semua
urusan

Perdagangan

Rajah 5.0

Peranan tulisan Jawi

Selain itu, tulisan ini jugalah yang membangunkan tamadun Melayu dan pernah
mendukung bangsa Melayu ke ambang tamadun Melayu. Manuskrip Melayu merupakan bukti
sejarah kewujudan tulisan Jawi dalam tamadun Melayu dahulu. Hal ini dapat dilihat melalui

7

bahan-bahan bertulis seperti berikut;

batu
bersurat

kertas lama manuskrip
lama
bukti
kewujudan
tulisan jawi

batu nisan majalah

Rajah 6.0

Bahan bukti kewujudan tulisan Jawi

Menurut pandangan Amat Julhari Moain (1996). Tulisan jawi digunakan sangat meluas
pada suatu ketika dahulu, sehingga tulisan ini dijadikan sebagai seni. Sebagai contoh pada seni
Khat yang digunakan untuk menghiasi mihrab, pada dinding di dalam, masjid, tulisan pada batu
nisan dan banyak lagi. Terdapat beberapa ciri-ciri utama yang terdapat pada Skrip Jawi iaitu

a) Bertindan secara menegak
b) Ligatur
c) Aksara-aksara berbaris atau mempunyai titik
d) Aksara bersambung

Aksara jawi mempunyai 36 aksara dimana 30 aksara merupakan akasara yang dipinjam
dari aksara Arab dan Enam abjad tambahan.

Penemuan batu nisan yang pertama yang ditemui dalam bahasa Arab ditemui di
Sumatera yang bertarikh 55 Hijrah bersamaan 674 Masihi. Tulisan jawi memang berasal berasal
dari orang Arab namun tulisan ini diubahsuai dengan menambahkan beberapa tambahan huruf
bagi menyesuaikannya dengan bahasa orang Melayu. Orang melayu juga banyak
menyumbangkan kepada kewujudan tulisan jawi. Namun pencipta sebenar yang mula
menciptakan tulisan jawi masih menjadi misteri sehingga ke hari ini.

Sistem ejaan : Za’ba

Za’ba telah banyak melakukan perubahan kepada sistem ejaan sekolah atau lebih
dikenali sebagai sistem ejaan rumi Za’ba. Sistem ejaan ini merupakan sistem ejaan baru yang
telah dimulakan di Maktab Perguruan Sultan Idris yang kini dipanggil Universiti Pendidikan Sultan
Idris (UPSI). Za’ba banyak menghasilkan buku-buku yang ditulis oleh dirinya sendiri. Antaranya
ialah;

8

Ilmu Bahasa Melayu Penggal (1926)

Pelita Bahasa Melayu Penggal (1941)

Ejaan Melayu Jawi-Rumi (1949)

Rajah 7.0
Buku-buku Za’ba
Kemudian, buku sistem ejaan sekolah ini digunakan dan diaplikasikan oleh Za’ba dalam
bukunya iaitu “ Pedoman Bahasa Melayu Penggal i, ii, dan iii. Namun buku pedoman ini juga
mengandungi beberapa kelemahan. Antaranya ialah sistem ini masih ada pengejaan yang masih
mengikuti Sistem ejaan Wilkinson. Kelemahan seterusnya ialah, sistem ini menggunakan aneka
ragam lambing huruf. Hal ini telah menyebabkan ketidakseragaman pengejaan kata sesebuah
penulisan yang menggunakan tulisan Rumi.

Sistem ejaan : Rumi Kongres

Singapura pada tahun 1952

Seremban pada tahun 1954

Singapura dan Johor Baharu pada 16 hingga 21 September 1956

Rajah 8.0
Kronologi Kongres Bahasa yang telah diadakan.
Rajah 8.0 merupakan kronologi Kongres Bahasa yang telah diadakan. Ia pertama sekali diadakan
di Singapura pada tahun 1952, kemudian diadakan di Seremban pada tahun 1954 dan akhir sekali
diadakan di Singapura dan Johor Baharu pada 16 hingga 21 September 1956. Pada kongres yang terakhir
ini masalah ejaan rumi sangat dititikberatkan. Peserta kongres sangat banyak membagi kerjasama dalam
kongres ini, mereka banyak memberi cadangan penambahbaikan antaranya untuk memperbaik sistem
ejaan Za’ba. Sistem ejaan baru ini dikenali sebagai ‘Sistem Ejaan Kongres’ yang juga mendapat persetujuan
oleh Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang ketiga pada tahun 1956.
Pedoman ejaan Rumi Bahasa Melayu.
Sistem ejaan rumi yang kita gunakan sekarang merupakan Sistem Ejaan Rumi Baharu Malaysia
yang telah dirasmikan penggunaannya pada tanggal16 Ogos 1972. Sistem ini terhasil daripada perjanjiann
penyatuan ejaan Rumi bagi Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia. Sistem ini pada dasarnya telah
dipersetujui pada tahun 1972. Di Malaysia, pihak yang ditugaskan untuk Menyusun ejaan pedoman rumi

9

ialah Jawatankuasa ini diletakkan di bawah pengurusan Dewan Bahasa dan Pustaka. Isi kandungan yang
terdapat dalam Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu ini adalah berdasarkan dokumen-dokumen
pedoman ejaan rumi yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Terutamanya daripada
bahan-bahan terbitan tersebut;

i) Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1975 (edisi kedua 1987)
ii) Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1975
(edisi semakan 1991) dan;
iii) Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981 (edisi kedua 1988)
1. Seterusnya Abjad dan huruf.

Abjad Rumi bahasa Melayu mengandungi 26 huruf yang tersusun seperti berikut:

Huruf besar Huruf kecil Nama
A a e
B b bi
C c si
D d di
E e i
F f ef
G g ji
H h ec
I i ai
J j je
K k ke
L l el
M m em
N n en
O o o
P p pi
Q q kiu
R r ar
S s es
T t ti
U u yu
V v vi
W w dabliu
X x eks
Y y wai
Z z zet

Rajah 9.0

10

2.0 Huruf Vokal

Dalam sistem ejaan rumi terdapat lima huruf voakl yang digunakan bagi melambangkan
enam jenis fonem atau bunyi sebutan. Huruf-huruf tersebut ialah a,e,I,o,u. Huruf vocal e digunakan bagi
melambangkan dua fonem iaitu e pepet dan e taling. Huruf e pepet dikenali sebagai e yang bertanda atas
dalam ejaan Rumi Za’ba. Tanda diakritik di atas e pepet tidak digunakan lagi dalam ejaan rumi sekarang
sebagai contoh:

Rajah 10.0

3.0 Huruf Diftong.

Huruf diftong merupakan dua huruf vokal yang duduk bersebalahan dan disebut dalam sau suku
kata yang sama. Diftong dieja dengan gabungan dua huruf vokal yang dilafazkan sebagai bunyi luncuran
iaitu bunyi vokal yang pertama menggeluncur ke bunyi vokal yang kedua. Terdapat tiga huruf diftong
dalam sistem ejaan rumi, huruf-huruf ini akan melambangkan bunyi diftong yang terdapat dalam bahasa
Melayu seperti yang berikut.

Huruf Fonem Contoh Contoh Contoh
penggunaan penggunaan penggunaan
Ai /ai/ Di depan Di tengah Di belakang
Au /au/ Aising Ghairah Pandai
Oi /oi/ Aurat Saudara Harimau
Oidioum Boikot Amboi

Rajah 11.0

11

4.0 Huruf konsonan
Huruf konsnan merupakakn huruf selain huruf vokal. Sistem ejaan rumi juga mengandungi 26
huruf konsonan yang digunakan bagi melambangkan 27 fonem atau bunyi konsonan dan juga termasuk
beberapa bunyi konsonan sekunder iaitu:

Rajah 12.0

12

BAHAGIAN II
SEJARAH

PERKEMBANGAN
BAHASA MELAYU
PRAMERDEKA DAN
PASCAMERDEKA

13

Pengenalan

Bahasa Melayu mula berada di tanah melayu sejak berabad-abad lagi. Hal ini disokong dengan
pelbagai bukti-bukti kewujudannya. Bahasa Melayu bermula dengan bahasa Melayu purba hingga ke
bahasa Melayu moden. Penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat kian berkembang seiring
dengan peredaran zaman dan salah satu zaman tersebut ialah zaman pramerdeka. Zaman ini merupakan
zaman kemuncak dalam mempertahankan keluhuran dan kedaulatan bahasa Melayu. Zaman pramerdeka
merupakan zaman sebelum merdeka iaitu sebelum 31 Ogos 1957.

Seterusnya ialah zaman pascamerdeka. Zaman ini juga dikenali sebagai zaman selepas merdeka.
Zaman ini bermula selepas Tarikh 31 Ogos 1957 sehingga tahun 1967. Pada ketika itu, bahasa Melayu
telah dijadikan sebagai bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu melalui peruntukkan undang-
undang yang terkandung dalam perkara 152 Perlembagaan Malaysia yang menyatakan dengan jelas
bahawa bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantara.

Pejabat karang mengarang.

Pejabat karang mengarang dahulunya adalah sebuah badan terjemahan yang ditubuhkan pada
tahun 1923 di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) atau sekarang dikenali sebagai Universiti Pendidikan
Sultan Idris. Pejabat ini dapat ditubuhkan hasil daripada cadangan salah satu tokoh bahasa Melayu
ternama iaitu Zainal Abidin bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Zaaba. Pejabat karang-mengarang
terletak dibawah pentadbiran MPSI. Pejabat Karang Mengarang ini mempunyai peranan yang lebih kurang
sama dengan Balai Pustaka di Indonesia namun Pejabat karang Mengarang jauh lebih besar berbanding
dengan Balai Polis Indonesia. Namun Pejabat Karang Mengarang telah menarik minat penulis dari
kalangan guru serta pelatih di MPSI.

Antara tokoh penulis serta penterjemah yang bertanggungjawab dalam Pejabat Karang
xMengarang ialah Andul Kudus Muhammad, Abdul Rahman Yusuf dan banyak lagi. Pejabat Karang
Mengarang kemudiannya dipindahkan di bawah jabatan Pelajaran namun, pada akhirnya diletakkan di
bawah Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1956.

Antara tujuan dan peranan utama penubuhan Pejabat Karang Mengarang dapat dibahagikan
kepada dua iaitu peranan rancang jangka pendek dan peranan rancang jangka panjang.

Tujuan dan rancangan jangka Tujuan dan rancangan jangka
pendek panjang

1. menerbitkan sebanyak mungkin buku-buku Sekolah 1. menerbitkan jurnal-jurnal bergambar
Melayu

2. menerbitkan sebanyak mungkin bahan bacaan 2. mengadakan perpustakaan bergerak yang mampu
umum. membawa buku-buku ke kampung-kampung untul dijual atau

yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran juga diterbitkan

Rajah 13.0 Tujuan dan rancangan jangka panjang dan pendek
14

Pakatan Belajar MengajarPejabat Karang Mengarang juga melaksanakan tujuang jangka pendek dan jangka panjang melalui
Bahasa Melayumenuilis, menterjemah dan menyemak buku-buku kesusasteraan serta menyelenggarakan
penerbitannya. Pejabat ini juga sudah banyak melatih penterjemah. Pejabat Karang Mengarang juga
berperanan untuk menerbitkan buku-buku yang diramal oleh Malay School Series.

Kesimpulannya, dapat dikatakan kesan serta pengaruh Pajabat Karang Mengarang tidaklah luas.
Pengaruh Pejabat Karang Mengarang hanya terbatas pada pelajar-pelajar dan guru-guru sekolah Melayu.
Penulis-penulis sebelum perang. Pada tahun 1957, Pejabat Karang Mengarang dibubarkan dan diganti
oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pakatan Belajar Mengajar

Pada tahun 1888. Sebuah organisasi yang dikenali sebagai Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan
Bahasa Melayu yang berpusat di Johor Bahru. Pakatan ini telah diasaskan oleh Dato Seri Diraja Abdul
Rahman Andak Bersama rakan seperjuangannya iaitu Dato’ Muhammad Ibrahim Munsyi. Pakatan Bahasa
Melayu dan Persuratan Buku-buku Diraja pada tanggal 7 April 1934. Penubuhan ini ditubuhkan adalah
untuk memperbaharui serta melengkapkan Bahasa Melayu. organisasi ini juga sering mengadakan
program seperti ceramah dan perbincangan mengenai masalah yang sering dilakukan oleh masyarakat
dalam Bahasa Melayu seperti ejaan. Organisasi ini juga juga pernah menbuhkan perpustakaan yang dapat
dijadikan sebagai alat dalam membudayakan amalan membaca. Selain itu, penghasilan bahan bacaan
ilmiah iaitu majalah peredar dan buku-buku. Contohnya Jalan Basa Melayu
(1937). Buku Katan (1936-1937) dan organisasi ini juga mencipta istilah hasil daripada penterjemahan
bahasa asing seperti pejabat dan setiausaha.

pakatan ini berpusat di Johor Bahru

pakatan ini diasaskan oleh Dato Seri
Diraja Abdul Rahman Andak

juga pernah menubuhkan
perpustakaan yang dapat dijadikan
sebagai alat membudayakan amalan

membaca

Rajah 14.0
Peranan Asas 50.

Pada tahun 1950, terbentuknya sebuah pertubuhan yang memperjuangkan bahasa Melayu
sehingga tahun 1957 iaitu Anggotan Sasterawan 50 atau lebih dikenali sebagai ASAS 50. Pertubuhan yang
ditubuhkan di Singapura ini telah diasaskan oleh beberapa tokoh iaitu Muhammada Arif Ahmad,
Kamaludin Muhammad, Hamzah Hussein, Rosmera dan Jimmh Asmara. Matlamat yang mereka ingin capai

15

ialah mereka ingin mempertingkatkan isu bahasa dan kualiti dan ilmu kesusasteraan Melayu. selain itu
organisasi ini juga memelihara kepentingan, hak serta kebajikan penulis dan pengarang.

Dalam usaha menerapkan matlamat mereka iaitu mempertingkatkan isu bahasa dan kualiti ilmu
kesusateraan Melayu. ASAS 50 ini telah menjadikan matlamat tersebut sebagai hala tuju kepada
pencapaian kemerdekaan dan peningkatan daya intelektual dalam kalangan masyarakat. Sebagai bukti
bahawa mereka sangat mengambil serius hal ini mereka telah berusaha sehabis baik dengan membentuk
satu karangan penulisan berbentuk cerpen dan sajak yang bertemakan sifat kritikan kepada masyarakat
khususnya golongan atasan demi membela nasib golongan bawahan seperti buruh, petani dan nelayan
oleh golongan yang tamak dan tidak bertanggungjawab. Walaupun karya tersebut mendapat beberapa
tentangan serta kekurang karya itu sendiri, namun usaaha gigih mereka membuatkan mereka berjaya
memartabatkan nilai kesusasteraan Melayu menerusi akhbar dan majalah. Setelah tamatnya perang
dunia kedua. ASAS 50 berjaya memodenkan kesusasteraan Melayu dan hal ini telah menyebabkan
penubuhan ASAS 50 2002. Selain itu ASAS 50 juga telah meneruskan usaha mereka dalam bidang politik.
Kesusasteraan bahasa Melayu telah diluaskan lagi peranannya menjadi bahasa kebangsaan tanah air.

Segala usaha yang ditunjukkan oleh ASAS 50 telah mempengaruhi guru-guru Melayu untuk
menubuhkan sebuah badan yang dikenali sebagai Lembaga Bahasa Melayu (LBM) pada tahun 1951.
Mereka telah merancang akan mengadakan perjumpaan guru-guru bahasa Melayu yang dijalankan di
Kelab Kota Raja, Singapura pada tanggal 1 Oktober 1950. Majlis perjumpaan ini telah diatur oleh Cikgu
Mahmud Ahmad Bersama-sama dengan Kesatuan Guru-guru Melayu Singapura (KGMS). Perjumpaan ini
diadakan bertujuan untuk menubuhkan satu kumpulan yang mampu membanting tulang memajukan
Bahasa Melayu. Pihak kerajaan pada masa itu telah bersetuju untuk mengesahkan dan mendaftar
pertubuhan ini pada 26 April 1951. Penubuhan ini sedikit sebanyak dilihat menjadi penyumbang kepada
konsep yang dipegang oleh ASAS 50 iaitu perjuangan dalam memperkukuhkan lagi kedudukan dan taraf
bahasa Melayu.
Bahasa dalam sistem pendidikan.

Bahasa merupakan satu sistem bunyi yang digunakan sebagai alat perhubungan dan alat
komunikasi manusia. Bahasa sangat penting bagi menyampaikan sesuatu maklumat dari satu individu ke
individu yang lain. Kebiasannya bahasa menggunakan peraturan dan gaya yang direka khusus oleh

16

manusia untuk kegunaan tertentu. Terdapat beberapa sifat bahasa antarnya ialah;

mempunyai sistem tersendiri

mempunyai lambang

terdiri daripada beberapa bunyi

mempunyai makna

bersifat konvensional

dinamik

bervariasi

universal

Rajah 15.0 Sifat-sifat bahasa
Bahasa Melayu juga digunakan sebagai bahasa rasmi dalam pelbagai bentuk urusan dan
komunikasi di Malaysia, tidak kira agama dan kaum, semua lapisan masyarakat menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa sehari-hari mereka. Terdapat pelbagai teori dan pendapat mengenai asal usul
Bahasa Melayu. Antara yang paling popular ialah teori yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu berasal
dari Yunan dan Nusantara.
Laporan Barnes 1951.
Jawatankuasa Laporan Barnes 1951 ini ditubuhkan pada tahun 1950. Pengerusi bagi jawatankuasa
ini ialah L.J. Barnes. Beliau merupakan Pengarah Latihan Sosial dari Universiti Oxford. Jawatankuasa ini
banyak memberi cadang. Laporan Barnes 1951 ditubuhkan untuk meningkatkan pencapaian pelajar
Melayu di sekolah vernacular dan pertubuhan ini juga ditubuhkan bagi meningkatkan taraf pencapaian
pelajar Melayu dalam Bahasa Inggeris. Pertubuhan ini juga ditubuhkan bagi meningkatkan kualiti guru,
untuk membaiki pentadbiran, sama ada dengan menubuhkan Penguasa Pendidikan Tempatan atau badan
tempatan dengan fungsi yang sama. Laporan ini mencadangkan penubuhan sekolah kebangsaan yang
menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Apabila salah satu daripada
bahasa tersebut digunakan sebagai bahasa pengantar, maka bahasa yang satu lagi akan jadi bahasa kedua.

17

Jawatankuasa Barnes yang telah menggariskan tujuan sekolah Melayu.

Tujuan Laporan Barnes 1951

Memupuk perkembangan Menggalak, merangsang dan Membantu pembinaan
individu ke arah kecemerlangan membolehkan komuniti Melayu kewarganegaraan atau negara
dalam mencapai kedudukannya
danlam perhubungannya dengan yang bersatu padu dan
merangkumi semua kaum.
kaum-kaum lain dalam
masyarakat majmuk.

Rajah 16.0 Tujuan penubuhan Laporan Barnes 1951

Namun begitu Laporan Barnes tidak mendapat sambutan yang baik daripada orang Cina yang
telah menentang pembubaran pendidikan Vernakular di Cina. Hal ini telah membawa kepada
pembentukan jawatankuasa yang menghasilkan Laporan Fenn-Wu.

Laporan Fenn-Wu 1951

Laporan ini disediakan bagi menyuarakan tentang pendidikan Cina di Tanah Melayu berikutan
rasa tidak puas hati mereka terhadap Laporan Barnes 1951. Laporan ini dibuat bagi mencadangkan agar
usaha merapatkan jurang perbezaan antara kaum yang telah dilakukan. Laporan ini juga telah
mencadangkan untuk membubarkan sekolah-sekolah yang berasaskan kaum dan meminta untuk
mewujudkan sekolah jenis lain yang tidak mempunyai unsur perkauman. Dalam laporan ini juga ada
menyatakan bahawa Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa pengantar, manakala
bahasa lain adalah sebagai pilihan. Laporan Fenn-Wu ini dikatakan telah memperkecil keupayaan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar. Bahasa Melayu dianggap sebagai sebuah bahasa yang mudah untuk
dikuasai dan dipelajari. Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan pelajar Cina mempunyai sedikit-
sebanyak kemahiran berbahasa Melayu. Mereka menguasai bahasa tersebut melalui pergaulan seharian
mereka dengan orang-orang Melayu. Laporan ini bersama-sama Laporan Barnes dipertimbangkan oleh
sebuah jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk menyelesaikan segala konflik yang ada.

Ordinan Pelajaran 1952

Ordinan Pelajaran tercipta hasil daripada respons bagi Laporan Barnes 1951 dan Laporan Fenn-
Wu 1951. Kedua-dua pertubuhan ini telah memberikan pendapat bagi memperbaiki dan
mempertingkatkan kuantiti maktab perguruan berasrama. Mereka juga mencadangkan untuk
meningkatkan latihan bagi perguruan. Kesannya, telah wujud sebanyak 232 buah sekolah baharu. Sekolah
ini diwujudkan bagi menampung 47 000 orang murid dan perkara ini telah diluluskan oleh Ordinan
Pelajaran 1952. Kelulusan ini telah memberi impak kepada segala keperluan yang diperlukan oleh guru
pelatih. Hal ini menyebabkan wujudnya segala keperluan bagi maktab perguruan yang baharu agar dapat

18

memberikan sedikit penambahan kuantiti guru. Hal ini bertujuan bagi memastikan jumlah sekolah
mempunyai bilangan guru yang mencukupi. Perkara di atas dapat kita lihat melalui laporan Education
Policy for The Federation of Malaya. Berdasarkan laporan tersebut, telah dinyatakan isu yang berkaitan
penambahan bagi sekolah, terdapat pembinaan sekolah baharu dan lebih banyak jumlah pelajar adalah
sama dengan penubuhan maktab yang baharu. Namun pembangunan ini tidak berjalan dengan lancar
apabila berlaku kekangan kewangan. Hal ini menyebabkan pembangunan maktab perguruan yang
bertempat di tanah Melayu tertunda. Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan telah mengambil keputusan
untuk memberikan calon guru peluang bagi meneruskan atau melanjutkan pembelajaran mereka ke luar
negara.

Selain itu, penubuhan pertubuhan ini juga adalah bertujuan untuk mengubah struktur sistem
pelajaran di Malaysia. Penyata ini ditubuhkan dengan matlamat yang begitu jelas. Penubuhan pertubuhan
ini juga bertujuan untuk menyemai semangat perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat. Hal ini
dikatakan demikian kerana mereka ingin menyatukan masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai
kaum dan mereka digalakkan agar dapat menyesuaikan diri antara satu sama lain. Namun segala
matlamat ini tidak akan dapat dicapai tanpa tekad dan usaha yang berterusan. Oleh hal yang demikian,
Ordinan Pelajaran 1952 telah melancarkan satu dasar untuk memperbaharui sistem pelajaran. Antara isi
kandungan yang terdapat dalam penyata ini ialah. Sekolah kebangsaan akan ditubuhkan dalam dua jenis
bentuk iaitu sekolah yang beraliran bahasa Inggeris tetapi Bahasa Melayu dijadikan subjek wajib dan
sekolah yang berteraskan Bahasa Melayu tapi mewajibkan subjek Bahasa Inggeris.

Laporan Razak 1956

Laporan Razak 1956 ini ditubuhkan selepas 3 tahun penguasaan Ordinan Pelajaran iaitu pada
tahun 1955, jawatankuasa British telah menubuhkan satu jawatankuasa yang diketuai oleh Allahyarham
Tun Haji Abdul Razak b. Hussein, merupakan Menteri Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu

Bidang Tugas
Jawatankuasa Laporan

Razak

memeriksa dasar mengesyorkan
pelajaran sedia ada perubahan dan
termasuk perkara yang penyesuaian terhadap
terkandung dalam
Ordinan Pelajaran 1952 pendidikan

Rajah 17.0 Bidang tugas Jawatankuasa Laporan Razak

19

Ciri-ciri sistem pendidikan yang ingin dibentuk oleh jawatankuasa Laporan Razak.

Ciri-ciri sistem
pendidikan yang ingin
dibentuk oleh Laporan

Razak.

Bahasa Melayu sebagai Kurikulum yang
bahasa kebangsaan dan berorientasikan alam
sekeliling tanah air
bahasa pengantar
utama

Sukatan pelajaran yang
mempunyai isi

kandungan yang sama
bagi semua sekolah.

Rajah 18.0 Ciri-ciri sistem laporan yang ingin dibentuk oleh laporan Razak

Laporan Razak mempunyai 17 cadangan dengan mengambilkira matlamat pelajaran. Hal ini pada
akhirnya membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan. Diantara perkara yang dimaksudkan
ialah;

1. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris wajib bagi semua
2. Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil menjadi bahasa pengantar bagi sekolah

kebangsaan;
3. 2 Jenis sekolah yang terbuka kepada semua etnik: sekolah-sekolah rendah yang menerima

bantuan atau persendirian, dari sekolah-sekolah menengah yang menerima bantuan atau
persendirian
4. Sistem pendidikan sekolah menengah terdiri daripada Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah
Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti
5. Sistem peperiksaan yang berpusat dan sama bagi semua
6. Guru-guru ssekolah rendah dan menengah yang berkelayakan
7. Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan professional
8. Penubuhan Jemaah Nazir Persekutuan.

20

Pengenalan Bahasa Melayu Moden.

Bahasa Melayu moden merupakan bahasa Melayu setelah menerima banyak pengaruh dari luar
dan telah menerima banyak perubahan berbanding Bahasa Melayu sebelumnya. Bahasa Melayu moden
juga merupakan bahasa Melayu yang telah berkembang pada abad ke-19. Hal ini dipercayai dicetuskan
oleh Abdul Kadir Munsyi. Bahasa Melayu moden merupakan pewaris kepada Bahasa Melayu klasik tetapi
fungsi pada bahasa Melayu moden adalah lebih luas. Menurut Nik Safiah Karim et al.(2008), bahasa
melayu moden kini berpotensi lebih tinggi untuk mengalami perubahan dan menjadi alat perhubungan
dan alat menyampaikan buah fikiran dan perasaan. Hal ini boleh berlaku disebabkan oleh ciri bahasa
Melayu itu sendiri iaitu bersifat dinamik. Bersifat dinamik di sini mebawa maksud mudah menerima
pengaruh dari bahasa luar, khususnya bahasa Eropah. Hal ini berlaku bagi memperlengkap lagi Bahasa
Melayu moden agar dapat digunakan untuk pelbagai bidang ilmu. Selain itu dengan ciri ini juga bahasa
Melayu moden mempunyai pelbagai variasi dan laras. Hal ini menyebabkan Bahasa Melayu moden
dijadikan sebagai bahasa kebangsaan Malaysia ( Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan )
semenjak tahun 1957 dan Bahasa rasmi dalam urusan pentadbiran (Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67).

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pada tanggal 12 dan 13 April 1952, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu telah dijalankan di
Hotel Sea View, Singapura. Matlamat kongres bahasa ini dijalankan adalah untuk menjadikan Bahasa
Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Bukan itu sahaja, persuratan Melayu perlu diterapkan dengan tulisan
Rumi dan Jawi sehingga wujudnya keputusan kaun yang diusulkan nanti. Pada tanggal 1 dan 2 Januari
1954, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang kedua telah diadakan di King George, Seremban.
Kongres kedua ini diadakan untuk mewujudkan hubungan dua hala antara ahki persuratan Melayu dengan
Indonesia. Kongres ini juga menginginkan sebuah majlis rasmi seperti Majlis Mesyuarat Undangan
Persekutuan Tanah Melayu, Majlis Mesyuarat Bandaran yang mengimplementasikan bahasa melayu
dengan seimbang. Hal ini seterusnya menjadikan Bahasa Melayu sebagai keutamaan bagi setiap ketua
jabatan dan mengadakan satu penghargaan bagi mereka yang menghasilkan penulisan karangan yang
mantap dan cemerlang pada setiap tahun.

Seterusnya, tulisan rumi diterapkan ke dalam sebuah kamus yang lengkap dan pecapaian yang
sangat tinggi dalam bahasa Melayu. Hal ini telah dijadikan sebagai sebuah kriteria yang perlu ada pada
setiap juruhebah dan wakil daripada kongres Persuratan Melayu telah dilantik bagi menjadi Jawatankuasa
Penapis Filem yang berpotensi dan berkebolehan bagi memartabatkan bahasa ibunda menerusi filem-
filem dan sebagainya. Pada 16 hingga 21 september 1956, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu telah
dijalankan di Johor Bahru dan Singapura. Perjumpaan ini dihadiri oleh 500 orang perwakilan dan barisan
pemerhati yang terdiri dari 59 buah badan bahasa dan persuratan Melayu seluruh negara. Menerusi hasil
perjumpaan ini, maka terbentuknya sebuah badan yang dikenali sebagai Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
yang memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha memelihara hal ehwal persuratan Melayu
yang diharapkan agar dapat mengekalkan dan mempertahankan identiti bahasa Melayu dan sekali gus
dapat mengekalkan dan memperluaskan tradisi dan budaya Melayu.

21

Peranan Dewan Bahasa dan Membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk bidang
Pustaka sains dan teknologi.

Memajukan bakat kesusasteraan terutamanya dalam bahasa kebangsaan

Mencetak / menerbitkan membantu usaha percetakan atau penerbitan buku-buku,
risalah-risalah dan lain-lain bentuk persuratan dalam bahasa kebangsaan

membakukan ejaan dan sebutan serta membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam
bahasa kebangsaan.

Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul

Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara
meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa

Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi yanag cekap dan berkesan
dalam semua bidang.

Rajah 19.0 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka
PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
1. Membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk bidang sains dan

teknologi.
Seperti yang kita tahu istilah dalam bidang sains banyak menggunakan bahasa Inggeris. Istilah yang
dimaksudkan disini termasuklah penemuan atau penciptaan yang baru khususnya dalam bidang
perubatan. Oleh itu Dewan Bahasa dan Pustaka telah berusaha dan memainkan peranan yang sangat
penting bagi memperkaya bahasa Melayu supaya lebih banyak perkataan daripada bahasa Melayu
dihasilkan di dalam bidang-bidang yang pesat berkembang seperti bidang sains dan teknologi di
Malaysia ini.

2. Memajukan bakat kesusateraan terutamanya dalam bahasa kebangsaan.
Menurut Berita Harian, Dewan Bahasa dan Pustaka menggiatkan program mereka dari semasa ke
semasa. Sebagai contoh Minggu Penulis Remaja dengan motif melahirkan dan memupuk semangat
dalam kalangan penulis yang masih remaja. Program ini diadakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
bertujuan untuk melahirkan pewaris ilmu kesusasteraan. Dewan Bahasa dan Pustaka juga
menggunakan inisiatif penganugerahan bagi menggalakkan golongan remaja yang menyukai ilmu
sastera untuk menceburi bidang ini. Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka sangat penting sehingga
mereka diiktiraf oleh jabatan kerajaan sebagai Badan Berkanun melalui Akta Parlimen pada tahun

22

1959 dalam memantapkan lagi pengembangan bahasa Melayu dan Dewan Bahasa dan Pustaka juga
ingin memantapkan lagi perancangan mereka untuk memupuk sastera dengan baik.

3. Mencetak atau menerbitkan atau membantu usaha percetakan atau penerbitan buku-buku,
risalah-risalah dan lain-lain bentuk persuratan dalam bahasa kebangsaan.
Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka memainkan peranan yang sangat penting dalam hal-hal pencetakan
dan penerbitan bahan ilmiah. Tidak kira buku mahupun kamus-kamus serta risalah-risalah. Dewan
Bahasa dan Pustaka telah banyak mencetak buku-buku teks dan buku rujukan bagi sekolah-sekolah
menengah. Hal ini kerana Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan sebuah organisasi pencetakan
terbesar di Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka juga bergiat aktif dalam menerbitkan buku-buku
kesusasteraan Bahasa Melayu mahupun jika buku itu dalam bentuk bahasa Inggeris. Hal ini
menunjukkan Dewan Bahasa dan Pustaka memainkan peranan yang sangat penting dalam
pemartabatan dan pemantapan bahasa Melayu dan sekali gus hal ini memberi impak yang baik dalam
bidang kesusasteraan.

4. Membakukan ejaan dan sebutan dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa
kebangsaan.
Pelaksanaan dasar bahasa yang menjadikan bahasa Melayu bahasa pengantar di sekolah rendah,
menengah dan institute pengajian tinggi. Dewan bahasa dan Pustaka bertugas untuk menyeragamkan
peristilahan yang didukung oleh Dewan Bahasa dan Pustaka itu sendiri. Dewan Bahasa dan Pustaka
juga berkerjasama dengan institute pengajian tinggi awam untuk mengumpul istilah bagi sains yang
perlu digunakan dan diserap ke dalam bahasa Melayu. Perubahan yang berlaku ini menjadi bukti
bahawa bahasa Melayu telah berkembang dengan pesatnya.

5. Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul
Dewan Bahasa dan Pustaka memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan masyarakat
di Malaysia menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Hal ini dikatakan demikian kerana
kebanyakkan masyarakat di Malaysia menggunakan bahasa slanga dan bahasa dialek mereka. Hal ini
telah menyebabkan keindahan bahasa Melayu telah tercemar dengan adanya Dewan Bahasa dan
Pustaka semua masalah ini dapat dibendung dan diatasi agar semua lapisan masyarakat Malaysia
dapat menggunakan bahasa Melayu dengan betul.

6. Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi
segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa.
Dalam usaha memartabatkan dan memantapkan bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka telah
melaksanakan pelbagai program melalui fungsi pengukuhan dasar kebangsaan. Pemantauan,
pemupukan, penataran, perkhidmatan dan penyebaran dilaksanakan bagi memastikan kedudukan
bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan yang mantap. Dalam hal ini, Dewan Bahasa dan Pustaka
memainkan peranan yang sangat penting kea rah kemasyarakatan secara meluas melalui penggunaan
bahasa Melayu dengan menggunkan pendekatan yang berkesan dan kaedah yang menarik dan selaras
dengan perkembangan teknologi berbanding kaedah biasa yang sering digunakan oleh Dewan Bahasa
dan Pustaka, Dewan Bahasa dan Pustaka perlu menggunakan pendekatan yang baru yang lebih
canggih dan moden seperti media sosial agar pendekatan yang diberikan lebih berkesan.

23

7. Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi yang cekap dan berkesan dalam semua
bidang.
Antara bidang yang terlibat termasuklah bidang pendidikan, pentadbiran negara, bidang pengajian
tinggi. Namun terdapat beberapa masalah yang timbul, antaranya ialah terdapat golongan yang masih
beranggapan bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa yang maju dan moden. Pemikirana
sedemikian harus kita buang. Hal ini kerana pada suatu ketika dahulu, bahasa Melayu juga pernah
dijadikan sebagai bahasa Lingua Franca. Pada zaman itu semua urusan dijalankan menggunakan
bahasa Melayu. Urusan-urusan yang dimaksudkan termasuklah urusan perdagangan, urusan
keagamaan dan banyak lagi.
Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan dapat ditubuhkan dengan jayanya sekiranya tiada

matlamat yang ingin dicapai. Dewan Bahasa dan Pustaka telah menyusun perancangan dalam
memartabatkan bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka berazam untuk menjadikan Bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan malah bahasa melayu ini juga ingin mereka majukan dan ingin mereka
perkayakan seiring dengan perederan zaman. Selanjutnya masyarakat juga perlu menzahirkan bakat
mereka dan kemahiran mereka dalam bidang kesusasteraan Melayu. Matlamat mereka yang selanjutnya
ialah ingin menyeragamkan sistem ejaan dan bunyi sebutan. Dewan Bahasa dan Pustaka juga ingin
menggubal istilah-istilah tertentu yang terdapat pada Bahasa Melayu. Selain Dewan Bahasa dan Pustaka
ingin dijadikan sumber-sumber utama dalam penerbitan dan pencetakan hasil-hasil penulisan seperti
buku, risalah, majalah dan banyak lagi tidak kira dalam bahasa Melayu atau bahasa lain.

Dewan Bahasa dan Pustaka mula berpindah pada 31 Januari 2001 dan sekarang terletak di Jalan
Wisma Putra. Pada kali ini Dewan Bahasa dan Pustaka memainkan peranan yang sangat penting dalam
menjadikan komuniti Malaysia berilmu pengetahuan khususnya dalam bahasa Melayu. Sebelum tahun
1956, dunia pendidikan tidak begitu mengutamakan kedudukan dan penggunaan Bahasa Melayu.
Kerjasama Serantau dan Antarabangsa

Kedudukan dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa dunia atau bahasa antarabangsa
memang telah ada dalam sejarah perkembangan dan kebangkitan tamadun Melayu. Sejak zaman
Sriwijaya pada abad ke-7 Masihi dan memuncak dalam zaman kesultanan Melayu dalam tempoh
beberapa ratus tahun, perkembangan bahasa Melayu yang merentasi benua secara langsung sangat
berkait rapat dengan bidang pendidikan bahasa khususnya strategi pengajaran bahasa Melayu kepada
penutur asing. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa benar-benar menyerlah dalam
zaman bahasa Melayu Klasik pada sekitar abad ke-15 dan beberapa abad berikutnya walaupun tidak
dominan seperti bahasa Inggeris yang menjadi bahasa pertama atau bahasa ibunda.

24

Usaha mengantarabangsakan Bahasa Melayu di Beberapa Benua Negara.

1

Peringkat serantau dan antarabangsa yang dikongsi wawasan pelaksanaannya oleh Dewan Bahasa
dan Pustaka Malaysia semasa pimpinan Dato 'Haji A.Aziz Deraman, DBP Brunei di bawah

pimpinan Dato 'Paduka Haji bin Haji Othman dan Pusat Bahasa Indonesia yang dikeutai oleh Dr
Hassan Alwi

2

Pusat Pengajian Melayu yang pertama telah ditubuhkan di Leiden, Belanda pada tahun 1876, dan
sehingga kini pusat itu telah diiktiraf sebagai pusat utama bagi kajian budaya Melayu di peringkat

antarabangsa

3

Malaysia telah memulakan penubuhan Kursi Pengajian Melayu di Eropah dengan menempatkan
seorang professor di Universiti Leiden, Penubuhan Kursi bukan sahaja untuk mempertingkatkan
kajian sastera di Eropah, malah juga untuk mengembangkan bahasa dan budaya Melayu di rantau

dunia.

Rajah 20.0 Usaha mengantarabangsakan Bahasa Melayu di Benua Negara

25

26

Cabaran dan masa depan Bahasa Melayu

Pendidkan Ekonomi Pentadbiran Cabaran dan Percampuran Slanga Penerapan
Kerajaan masa depan Kod elemen hak asasi
Bahasa Melayu

Kerancauan
bahasa di media

sosial

Rajah 21.0 Cabaran bahasa Melayu dari pelbagai aspek

Pendidkan

1Bahasa Inggeris dijadikan 3 Menurut Kamisah Ariffin &
sebagai bahasa utama yang Misyana Susanti Husin (2011) ada
digunakan terutamanya menyatakan bahawa percampuran
dalam subjek sains dan kod antara bahasa Melayu dan
2 4matematik bahasa Inggeris kerap berlaku.
Mereka melihat potensi remaja
sekarang yang bukan sahaja Penguasaan Bahasa Inggeris
mahir dalam subjek Sains dan yang semakin memuncak
Matematik. Bahkan mampu
menguasai bahasa Inggeris telah menyebabkan bahasa ini
dengan lebih sempurna dan
lancar

5 Penguasaan Bahasa Inggeris diterapkan ke dalam proses
yang semakin memuncak pengajaran dan pembelajaran

telah menyebabkan bahasa ini di seluruh institusi
diterapkan ke dalam proses

pengajaran dan pembelajaran

di seluruh institusi

27

Cabaran bahasa melayu dalam bidang ekonomi.
Pada masa kini, sistem ekonomi negara dunia lebih menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa

utama dalam menjalankan sebarang urusan anatara negara. Bahasa Melayu kurang diamalkan oleh
pelbagai jenis syarikat perniagaan ataupun indsutri yang menyebabkan bahasa kita tidak terkenal dalam
dunia perniagaan. Hal ini berlaku disebabkan oleh bahasa Melayu tidak mempunyai banyak istilah yang
tepat dan sesuai yang boleh digunakan untuk menjelaskan beberapa maksud proses-proses yang berlaku
dalam bidang ekonomi.
Pentadbiran Kerajaan

Pentadbiran kerajaan sering menyama tarafkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Hal ini telah
menyebabkan bahasa Melayu susah untuk dikembangkan dan diperluaskan lagi. Hal ini dikatakan
demikian kerana, kehadiran bahasa Inggeris di tanah Melayu telah menyebabkan bahasa Melayu
sukar untuk dijadikan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di negara kita, kerana
keudukannya jelas tergugar dengan kehadiran bahasa Inggeris yang jelas lebih kompleks dan
lengkap dari aspek kosa kata.

Bahasa Inggeris jelas memberikan saingan yang hebat terhadap bahasa Melayu. Hal ini
dikatakan demikian kerana kedudukan bahasa Inggeris yang sangat jauh diatas berbanding bahasa

Melayu.

Selain itu, masyarakat di Malaysia juga agak tidaka yakin dengan kebolehan Bahasa Melayu
untuk mengalas peranan dan kebolehan yang terdapat pada Bahasa Inggeris.

Menurut Syed Hussein Al-attas(1991), seorang hakim di Malaysia yang tidak mahir dalam
bahasa kebangsaan sudah pasti mereka tidak yakin dengan kemampuan bahasa Kebangsaan unutk

digunakan dalam proses persidangan mahkamah

Hal sedemikian berlaku disebabkan oleh pengaruh daripada penjajah kita yang terdahulu,
iaitu British yang telah menetapkan bahawa penggunaan bahasa Inggeris membolehkan masyarakat

melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu juga penggunaan bahasa
Inggeris dalam kalangan masyarakat jelas akan mendapat penghormatan dan disanjung oleh semua

lapisan masyarakat.

Hal ini sekali gus menyebabkan pandangan masyarakat terhadap bahasa Inggeris sebagai
bahasa yang perlu mereka kuasai, bahasa yang wajib mereka pelajari dan mereka juga beranggapan

bahawa bahasa Melayu agakdikbeatwinaghgablearnbzaanmdia2nn8gdbaanhakseaduIndgugkearnis.bahasa Melayu terletak jauh

Kerancauan Bahasa di media sosial.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat.(2007). Menjelakan bahawa kata ‘rancau’ membawa maksud tidak
teratur, campur aduk dan kacau. Selain itu Kamus Dewan juga mentakrifkan bahawa perkataan
kerancauan itu sendiri membawa maksud keadaan yang rancau atau tidak teratur. Kerancauan bahasa
membawa maksud kekacauan yang berlaku dalam penggunaan bahasa iaitu penggunaan bahasa yang
tidak betul.

Menurut Teo.(2006). Menyatakan bahawa keranacauan telah lama berlaku dalam Bahasa Melayu.

Tidak mengikut Kerancauan Penggunaan
nahu bahasa yang sering bahasa Melayu
Melayu seperti berlaku dalam dalam beberapa
tiga aspek
ejaan dan unsur acara rasmi
tatabahasa yang Berlaku digantikan dengan
percampuran
lain. bahasa Inggeris
bahasa sma ada
khususnya
bahasa Inggeris. sebahagian atau
sepneuhnya

Terdpapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya kerancauan bahasa dalam bahasa Melayu.

PENGARUH BAHASA IBUNDA
• Kerancauan Bahasa Melayu berlaku adalah disebabkan

oleh pengaruh daripada bahasa Ibunda yang digunakan
oleh murid. Salah satu kesalahan yang sering digunakan
oleh murid ialah penggunaan antara e pepet dan e taling
yang salah. Selalunya berlaku dalam penulisan di media

sosial murid-murid zaman sekarang.

29

PENGARUH BAHASA DIALEK/ DAERAH
• Bagi murid zaman sekarang, penggunaan bahasa daerah ini

sudah menjadi kebiasaan dan sebati dalam diri mereka. Hal
ini menyebabkan mereka menggunakan bahasa daerah
dalam kehidupan seharian mereka.

PENGARUH BAHASA ASING
• Pengaruh bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris

juga merupakan kerancauan bahasa yang sering berlaku
dalam media sosial. Mereka sering mencampur adukkan

bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam penulisan
mereka dan pertuturan merek di media sosial.

• Kerancunan ini dinamakan sebagai penggunaan bahasa
“Manglish”

PENGARUH MAJALAH DAN NOVEL
• Kesalahan-kesalahan bahasa yang dilakukan oleh penulis

atau pengarang novel dan cerpen semata-mata untuk
menarik minat pembaca sehingga mengetepikan
penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat.

• Hal ini menyebabkan semua lapisan masyarakat terikut-
ikut dengan keindahan ayat yang terdapat dalam novel
dan cerpen sehingga turut mengendahkan kepentingan
penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat.

30

Percampuran Kod
Percampuran merupakan satu fenomena biasa dalam kalangan mereka yang bisa berbahasa lebih
daripada satu bahasa. Menurut Muthusamy.(2005). Fenomena ahli kod ini biasa terjadi dalam masyarakat
yang penuturnya mempunyai lebih dari satu bahasa seperti di Malaysia. Percampuran kod berlaku apabila
seseorang itu bertutur dengan mencampuradukkan bahasa dengan bahasa asing dan dialek dengan dialek
yang lain. Fenomena ini sering berlaku di Malaysia kerana di Malaysia terdapat pelbagai jenis bahasa dan
dialek seperti bahasa Melayu, bahasa Cina, Tamil, bahasa suku kaum dan bahasa dari dialek daerah
masing-masing.

Antara percampuran kod yang sering berlaku adalah seperti berikut;

1) Penggantian konsonan [m],[n] menjadi [ng]
• Penggantian konsonan sering
berlaku bagi mereka yang berasal
dari Terengganu
• Bahasa Melayu baku digantikan ke
dialek Terengganu
• Dalam menjadi dalang
• Makan menjadi making
• Ikan menjadi ikang

2) Penghilangan konsonan
• Bahasa Melayu baku : Dialek Terengganu
• Sampai menjadi sapa
• Bantai menjadi bata dan banyak lagi

2) Penghilangan diftong
• Bahasa Melayu baku : Dialek Terengganu
• Kedai menjadi koda

31

Bahasa Slanga

Bahasa slanga merupakan percampuran bahasa Melayu dengan bahasa asing seperti bahasa Inggeris,
Bahasa India, Bahasa Cina. Menurut Syed Mazhair.(2018). Perkara yang semakin merisaukan ialah
generasi muda yang dikenali sebagai generasi Y didapati semakin cenderung mennggunakan bahasa rojak
dalam kehidupan seharian. Hal ini dikatakan demikian kerana, generasi Y sering mencampuradukkan
bahasa Melayu dengan bahasa asing.

Mereka beranggapan bahawa penggunaan bahasa slangan memudahkan urusan. Menurut Siti
Hajar.(2009). Penggunaan bahasa slang aini boleh merebak dari kumpulan asalnya sehingga mewujudkan
bahasa yang mudah untuk difahami.

Berikut merupakan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya pengaruh bahasa slanga.

Keinginan seseorang itu untuk digunakan untuk digunakan juga bagi juga dipengaruhi oleh
meningkatkan perkataan dan bergurau, slogan, menilmbulkan faktor persekitaran
rangkai kata yang digunakan dalam menyatakan perasaan keakraban dan keluarga dan
dan banyak lagi. masyarakat.,
komunikasi seharian. kemesraan dalam
kumpulan masyarakat

Selanjutnya kata slanga juga boleh dibahagikan kepada dua kelompok.

Kata slanga untuk memudahkan Merupakan slanga yang terhasil
ekspresi. daripada gabungan atau ringkasan
dua perkataan menjadi satu
perkataan

• Contohnya tidak apa
menjadi takpe

Kata slanga yang terhasil daripada Merupakan bahasa slanga yang
bahasa asing. diambil daripada bahasa asing
tetapi dieja menggunakan kaedah

ejaan bahasa Melayu.

• Sebagai contoh handsome
menjadi hensem

32

KESIMPULAN

BAHAGIAN I

Kesimpulannya, sejarah perkembangan bahasa Melayu boleh dilihat menerusi struktur
penggunaannya yang berubah mengikut peredaran zaman. Bahasa Melayu yang terawal yang wujud di
muka bumi ini ialah bahasa Melayu kuno. Pelbagai teori telah diberikan oleh tokoh-tokoh yang
menjalankan kajian tentang asal usul bahasa Melayu ini. Walaupun masih belum ada bukti yang sahih
berkenaan tentang asal usul bahasa Melayu, namun banyak tokoh yang menyatakan bahasa bahasa
Melayu kuno berasal dari cabang nusantara dan merupakan bahasa lingua franca sejak zaman dahulu
lagi. Bahasa Melayu banyak menerima pengaruh sejak dari zaman dahulu lagi. Pada zaman bahasa Melayu
kuno, bahasa Melayu banyak menerima pengaruh bahasa Sanskrit. Pengaruh ini menyebabkan bahasa
Melayu banyak menerima pembaharuan. Lebih-lebih lagi bagi aspek tulisan. Antara tulisan yang
digunakan oleh rakyat pada zaman bahasa Melayu kuno ialah tulisan Kawi, Pallava dan Nagiri. Sistem
tulisan ini banyak terdapat di batu-batu bersurat. Sebagai contoh batu bersurat Kedukan Bukit, Talang
Tuwo, Kota Kapur dan Krang Brahi. Selain itu, batu-batu bersurat ini juga memiliki makna yang berlainan
antara satu sama lain.

Selepas kedatangan Islam di tanah Melayu, bahasa Melayu mula menerima pengaruh baharu iaitu
pengaruh bahasa Arab. Kedatangan pengaruh Islam ke tanah Melayu ini adalah disebabkan oleh faktor
perdagangan. Selain daripada berdagang kedatangan Islam juga menyebabkan berlakunya perubahan
dalam aspek penulisan. Ketibaan pengaruh Arab ke tanah Melayu menyebabkan munculnya sistem tulisan
Jawi. Sistem tulisan wujud pada abad ke-13. Hal ini sekali gus menyebabkan pengaruh bahasa Sanskrit
mula terhakis. Sebelum orang dahulu ingin menguasai Al-Quran mereka dikehendaki untuk menguasai
bahasa tulisan Jawi terlebih dahulu. Bukti kewujudan sistem tulisan Jawi di tanah Melayu adalah melalui
batu bersurat Terengganuyang yang bertarikh 702 Hijrah bersamaan 1303 Masihi. Tulisan Jawi ini muncul
apabila tanah Melayu berbanding tulisan rumi. Tulisan Jawi berperanan untuk sebagai bahasa perantara
dalam aspek pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. Tulisan ini juga yang membangunkna tamadun
Melayu dan pernah mendukung bangsa Melayu ke ambang tamadun Melayu. Manuskrip melayu
merupakan bukti sejarah kewujudan tulisan jawi pada zaman dahulu. Tulisan jawi memang berasal dari
Arab namun tulisan ini diubahsuai dengan menambahkan beberapa tambahan huruf bagi
menyesuaikannya dengan bahasa Melayu.

Selanjutnya ialah sistem Za’ba telah banyak melakukan perubahan kepada sistem ejaan sekolah
atau lebih dikenali sebagai sistem ejaan rumi Za’ba. Sistem ejaan ini merupakan sistem ejaan baru yang
telah dimulakan di Maktab Perguruan Sultan Idris yang kini dipanggil Uniersiti Pendidkan Sultan Idris.
Za’ba banyak menghasilkan buku-buku yang ditulis oleh dirinya sendiri. Kemudiannya beliau menjadikan
sistem ejaan ini digunakan dan diaplikasikan dalam bukunya sendiri.

Kongres bahasa pertama sekali diadakan di Singapura dan Johor Bahru iaitu pada 16 hingga 21
September. Pada sistem ejaan baru ini dikenali sebagai sistem ejaan Kongres Bahasa dan Persuratan
Melayu yang ketiga pada tahun 1956. Sistem ejaan yang kita gunakan sekarang merupakan Sistem Ejaan
Rumi Bahasa Malaysia yang telah dirasmikan penggunaannya pada tangal 16 Ogos 1972. Sistem ini terhasil
daripada perjanjian penyatuan ejaan Rumi bagi Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia. Sistem ini pada
dasarnya telah dipersetujui penggunaannya pada tahun 1972. Dewan Bahasa dan Pustaka ditugaskan
untuk Menyusun ejaan pedoman rumi ini.

33

Selanjutnya ialah huruf vokal. Huruf vokal terdiri daripada 5 huruf iaitu a,e,I,o dan u namun huruf
vokal ini melambangkan enam bunyi. Hal ini dikatakan demikian kerana huruf e mewakil dua bunyi iaitu
bunyi e pepet dan e taling dan pada sistem ejaan Za’ba, tanda diakriti yang terletak pada atas e pepet
tidak lagi digunakan lagi dalam ejaan rumi sekarang. Huruf diftong pula merupakan gabungan dua huruf
vokal yang menghasilkan satu bunyi geluncuran. Terdapat tiga huruf diftong yang digunakan dalam bahasa
Melayu iaitu ai, au dan oi. Di samping itu ialah huruf konsonan. Huruf konsonan merupakan huruf selain
huruf vokal. Terdapat 26 huruf konsonan yang digunakan bagi melambangkna 27 fonem atau bunyi
konsonan yang digunakan dan juga termasuk beberapa bunyi konsonan sekunder.

BAHAGIANN II

Bahasa Melayu mula berada di tanah Melayu sejak berabad-abad lagi. Bahasa Melayu bermula
dengan bahasa Melayu kuno sehinggalah ke bahasa Melayu moden. Perkembangan bahasa Melayu
adalah seiring dengan peredaran zaman. Zaman yang dimaksudkan ialah zaman pramerdeka dan zaman
pascamerdeka. Zaman pramerdeka adalah zaman sebelum 31 Ogos 1957. Manakala zaman pra merdeka
pula adalah zaman selepas 31 Ogso 1957. Pada ketika itu bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa
kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu melalui peruntukkan undang-undang yang terkandung dalam
perkara 152 perlembagaan Malaysia yang menyatakan dengan jelas bahawa Melayu digunakan sebagai
bahasa pengantar.

Pejabat karang mengarang pada dahulunya merupakan sebuah badan terjemahan yang
ditubuhkan pada tahun 1923 di Maktab Perguruan Sultan Idris. Jabatan ini ditubuhkan hasil daripada
cadangan tokoh bahasa. Tugas Pejabat Karang Mengarang adalah hampir sama dengan Balai Pustaka di
Indonesia namun Pejabat Karang Mengarang jauh lebih besar berbanding dengan Balai Pustaka di
Indonesia. Pejabat Karang Mengarang memiliki tujuan jangka panjang dan jangka pendek mereka.

Selanjutnya ialah Pakatan Belajar Mengajar. Pakatan ini ditubuhkan pada tahun 1888. Pakatan ini
diasaskan oleh Dato Seri Diraja Abdul Rahman Andak bersama rakan seperjuangannya. Pertubuhan ini
dtiubuhkan untuk memperbarharui serta melengkapkan Bahasa Melayu dan Persuratan Buku-buku diraja.

Seterusnya ialah Peranan Asas 50. Pertubuhan ini ditubuhkan pada tahun 1950. Peranan Asas 50
ini merupakan sebuah pertubuhan yang memperjuangkan bahasa Melayu sehingga tahun 1957. Hala tuju
pertubuhan ini adalah untuk mempertingkatkan isu bahasa dan kualiti ilmu kesusasteraan Melayu.

Laporan Barnes pula merupakan satu jawatankuasa yang ditubuhkan pada 1951. Pengerusi bagi
jawatankuasa ini ialah L.J Barnes. Jawatankuasa ini ditubuhkan bagi meningkatkan pencapaian pelajar
Melayu di sekolah Vernakular. Selain itu pertubuhan ini juga ditubuhkan untuk meningkatkan kualiti guru.

Di samping itu, laporan Fenn-Wu 1951. Laporan Fenn-Wu ditubuhkan bertujuan untuk
menyatakan Hasrat ketidakpuasan hati pendidikan Cina di Tanah Melayu. Laporan ini dibuat untuk
mencadangkan agar sekolah-sekolah berasaskan kaum dibubarkan. Hal ini bertujuan untuk merapatkan
lagi hubungan antara kaum.

Ordinan Pelajaran 1952 pula wujud hasil daripada respons bagi Laporan Barnes 1951. Kedua-dua
pertubuhan ini telah memberikan pendapat mereka terhadap penambahbaikan dan meningkatkan kualiti
maktab perguruan berasrama. Kesannya wujud sebanyak 232 buah sekolah yang dapat menampung
murid seramai 47 000 orang. Kelulusan ini telah memberi impak kepada segala keperluan yang diperlukan
oleh guru pelatih.

34

Akhir sekali ialah Laporan Razak 1956. Laporan Razak diwujudkan 3 tahun selepas penguasaan
Ordinan Pelajaran iaitu pada tahun 1955. Laporan Razak mengandungi 17 cadangan dengan mengambil
kira matlamat pelajaran.

Bahasa Melayu Moden merupakan bahasa Melayu setelah menerima banyak pengaruh dari luar
dan telah menerima perubahan berbanding Bahasa Melayu yang sebelumnya. Bahasa Melayu Moden
kini berpotensi lebih tinggi untuk mengalami perubahan dan menjadi alat perhubungan dan alat
menyampaikan buah fikiran dan perasaan. Hal ini berlaku disebabkan oleh sifat Bahasa Melayu itu
sendiri iaitu bersifat dinamik. Hal ini penting bagi memastikan bahasa Melayu dapat menerima pengaruh
daripada luar. Selain itu hal ini juga penting untuk memperlengkap lagi Bahasa Melayu moden agar
dapat digunakan untuk pelbagai bidang. Hal ini telah menyebabkan bahasa Melayu dijadikan sebagai
bahasa kebangsaan.

Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan banyak membantu dalam memartabatkan dan
meningkatkan lagi status bahasa Melayu. Hal ini dikatakan demikian kerana peranan yang dimainkan
oleh Dewan Bahasa dan Pustaka itu sendiri. Antara perana Dewan Bahasa dan Pustaka ialah ;

1. Membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk bidang sains dan
teknologi.

2. Memajukan bakat kesusasteraan terutamanya dalam bahas kebangsaan.
3. Mencetak atau menerbitkan atau membantu usaha percetakan atau penerbitan buku-buku,

risalah-risalah dan lain-lain bentuk persuratan dalam bahasa kebangsaan
4. Membakukan ejaan dan sebutan serta membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa

kebangsaan,
5. Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi

segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa
6. Menggalakkan penggunaan bahasa yang betul.
7. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahas komunikasi yang cekap dan berkesan dalam semua

bidang.

Selanjutnya ialah Kerjasama Serantau dan Antarabangsa. Kedudukan dan peranan bahasa Melayu
sebagai bahasa dunia atau antarabangsa. Pada zaman pemerintahan kerajaan Sriwijaya kedudukan
bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa jelas menyerlah dalam zaman bahasa Melayu Klasik
pada sekitar abad ke-15 dan beberapa abad berikutnya.

BAHAGIAN III

Namun begitu bahasa Melayu juga mempunyai cabarannya yang tersendiri. Cabaran yang
dihadapi oleh bahasa Melayu terbahagi kepada 7 bahagian. Antaranya;

1. Pendidikan
2. Ekonomi
3. Pentadbiran kerajaan
4. Kerancauan bahasa di media sosial
5. Percampuran kod
6. Bahasa Slangan
7. Penerapan elemen hak asasi.

35

Kesimpulannya, semua lapisan masyarakat perlulah memartabatkan bahasa Melayu dengan
sebaik mungkin. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat sebelumnya jelas telah berhempas pulas
dalam memartabatkan bahasa Melayu yang kita gunakan sekarang ini. Saya berharap semua lapisan
masyarakat terutamanya golongan remaja haruslah lebih mementingkan penggunaan bahasa Melayu
berbanding bahasa yang lain. Sebagai anak jati Malaysia kita harus bangga menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa utama kita, hal ini sebagai bukti penghargaan kepada nenek moyang kita yang telah
berusaha sebaik mungkin demi meningkatkan taraf dan memartabatkan bahasa Melayu. kalau bukan kita
siapa lagi yang akan memartabatkan bahasa kebangsaan kita ini. Oleh itu sebagai rakyat Malaysia kita
harus bangga dan sanggup berkorban demi bahasa kebangsaan kita ini.

36

Rujukan
Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Siri Pendidikan Guru. Bahasa Melayu ii. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Herald v

Printers Sdn. Bhd, Selangor Darul Ehsan.
Aiman Alif. (2020). Ini 3 Jenis Sistem Tulisan Orang Melayu Lama.

https://tehtarikgelasbesar.com/ini-3-jenis-sistem-tulisan-orang-melayu-lama/
Shahbudin Abdullah. (2020). Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi , 20.

https://www.academia.edu/4903272/Sejarah_Perkembangan_Tulisan_Jawi
Sylvester J Wan. (2011). Panduan Ejaan Rumi Bahasa Melayu, 1-36.

https://www.scribd.com/doc/46596572/Panduan-Umum-Ejaan-Rumi-Bahasa-Melayu
Eddy Terinsip.(2018).Bahasa Melayu Pramerdeka. [PowerPoint slides]. Slideshare.

https://www.slideshare.net/EddyTerinisip1/
Mazri Muhammad.(2014). Laporan Barnes 1951, 1-5.

https://www.scribd.com/doc/229627077/Laporan-Barnes-1951
Muhammad Ariff Ahmad. (1992). Bicara Bahasa dan Sastera 3: Pertumbuhan dan perkembangan bahasa

Melayu.
https://www.languagecouncils.sg/mbms/en/-
Mior Khairul Azrin bin Mior Jamaluddin. (2011). Sistem pendidikan di Malaysia: Dasar, cabaran dan
pelaksanaan kearah perpaduan nasional. SOSIOHUMANIKA, Vol 4, No 1 (2011).
https://journals.mindamas.com/index.php/sosiohumanika/article/view/436
Nazreen Munir. (2014). Wacana akademik bahasa Melayu: Pengantarabangsaan bahasa Melayu.
https://www.academia.edu/9579200/Pengantarabangsaan_Bahasa_Melayu
Nor Shela Saleh., Norizan Rameli., Muhaymin Hakim Abdullah & Riki Rahman. (2019). Integrasi etnik
dalam ideology pendidikan. JOURNAL OF TECHNO SOCIALVOL.11NO.2(2019)47-54
https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/JTS/article/view/4370/3337
Chia, H. & Ming, J. (2015, November 30). Kerjasama serantau dan pengantarabangsaan Bahasa Melayu.
Mexico Documents.
https://vdocuments.mx/kerjasama-serantau-dan-pengantarabangsaan-bahasa-melayu.html
Cho, T. Y. (2018). Tulisan Arab: pembina Tamadun Islam di nusantara. Siddhayatra, 23(2), 116-117.
https://core.ac.uk/download/pdf/227157184.pdf#page=47

37

Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid, & Faizuri Abdul Latif. (2014). Sejarah perkembangan tulisan Jawi:
analisis mengenai teori Kang Kyoung Seok. Jurnal al-Tamaddun, 9(2), 1-4.
http://commonrepo.um.edu.my/12610/1/Page%201-15.pdf

Ho, K. C. (2015). Peranan Dong Jiao Zong dan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam pengendalian dan
perkembangan pendidikan bahasa ibunda. Journal of Chinese Literature and Culture, 102-103.
https://www.academia.edu/31455842/Peranan_Dong_Jiao_Zong_dan_Dewan_Bahasa_dan_Pu
staka_dalam_Pengendalian_dan_Perkembangan_Pendidikan_Bahasa_Ibunda

38


Click to View FlipBook Version