The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tugasan 2 Penghasilan Produk PSVK3453

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by asmankason, 2023-11-11 12:21:28

ASAS KRAF TRADISIONAL

Tugasan 2 Penghasilan Produk PSVK3453

ASMAN BIN KASON OPSYEN : BM THADIUS BIN GUGAU PENSYARAH PSVK3453


01 PENGENALAN 02 LATAR BELAKANG KRAF TRADISIONAL 03 BIDANG KRAF TRADISIONAL 04 KESIMPULAN


PENGENALAN Kepelbagaian kaum yang terdapat di Malaysia menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik. Rakyat Malaysia meruoakan rakyat yang tidak melupakan segala warisan nenek moyang khasnya dalam bidang kesenian. Kesenian masyarakat Malaysia merangkumi aspek seni bina, alat mempertahankan diri, alat muzik, senjata, permainaan, barang kemas kraftangan dan banyak lagi. Tidak dapat dinafikan lagi, walaupun kesenian tradisi masih wujud pada masa kini tetapi bidang kesenian ini telah banyak dimodenkan mengikut peredaran zaman.


PENGENALAN Apabila kita menybebut tentang kesenian tradisi, kaum Melayu merupakan salah satu kaum yang kaya dengan hasil seni terutamnya dalam bidang kraftangan. Bagi orang Melayu, Kraftangan merupakan pembayang kepada kehalusan, etika dan tingkah laku seseorang. Perkara ini menunjukkan bahawa orang Melayu memiliki sifat sabar, tekun, teliti dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara.


Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai satu usaha seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisis secara turun-temurun. Bidang kraf tradisional banyak memberi kesedaran tentang adaya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif yang digunakan, corak dan hiasan.


BIDANG KRAF TRADISIONAL ALAT DOMESTIK ALAT PERMAINAN ALAT PERTAHAN AN DIRI UKIRAN ANYAMAN TEKAT TEMBIKAR BATIK PERHIASAN DIRI TENUNAN


Alat domestik merupakan alat yang amat penting untuk digunakan di dalam kehidupan seharian. Pada masa kini alat domestik dikomersialkan bagi membangunkan ekonomi negara. Selain daripada mempunyai nilai estetika, barang domestik juga mempunyai kegunaan untuk dijadikan sebagai barangan kegunaan harina PENGENALAN DEFINISI ALAT DOMESTIK CONTOH-CONTOH BARANGAN DOMESTIK Alat domestik merupakan barangan keperluan harian seperti perkakas yang digunakan bagi memudahkan urusan seharian. Batu giling Batu kisar Tudung saji Tudung rotan Kukuran duduk Cerek tembaga


Sediakan bambu yang masih muda, berdiameter besar dan beruas panjang. 1. 2. Potong bambu sesuai rasanya 3. Bahagian luar dari daging bambu dibuang sehingga tinggal bahagian dalam yang tipis 4. Bahagian yang tipis dipanaskan sehingga bahagian dalam bambu yang lain menjadi paring.


5. Bambu dibelah agar menjadi lembaran yang tipis dan lembaran tersebut akan dijemur hingga melengkung 6. Paring disusun berlapis dan dijahit satu sama lain dengan menggunakan benang hingga terbentuk bulatan cekung 7. Pada hujung keliling lingkaran diberi bingkai dari rotan yang sudah dikupas kulitnya. 8. Agar tudung saji yang dibuat kelihatan lebih menarik, hiasan dan warna dapat diberikan pada tudung saji tersebut.


Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Permainanan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Terdapat beberapa permainan tradisional yang masih dimainkan sehingga sekarang dan ada juga yang hany diketauhi tetapi sudah tidak dimainkan. PENGENALAN CONTOH PERMAINAN TRADISIONAL Congkak Wau Batu Seremban Sepak raga Gasing


Permainan wau ini juga dikenali dengan nama layang-layang. Permainan wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke-15. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan sepeti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. LATAR BELAKANG WAU CARA PERMAINAN WAU Wau biasanya dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang akan memegang tali. Apabila angin bertiup, maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan emnarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara.


Memilih buluh Meraut buluh Menampal corak Membuat corak Menampal rangka Membuat rangka Memasang teraju


Alat pertahanan diri merupakan senjata yang digunakan untuk mempertahankan diri sendiri daripada serangan musuh, binatang liar dan sebagainya. Alat ini juga ada yang dijadikan sebagai adat dalam majlis-majlis bagi melambangkan keberanian pahlawan melayu. Keris Lembing Perisai Golok CONTOH -CONTOH ALAT PERTAHANAN DIRI :


Keris umunya digunakan untuk mempertahankan diri misalnya sewaktu bersilat dan mulanya digunakan sebagai alat kebesaran diraja. Keris yang paling mahsyur pada masyarakat Melayu ialah keris Taming Sari yang merupakan senjata Hang Tuah yang merupakan senjata seorang pahlawan Melayu.


Mencampurkan besi Menempa Menyepuh Mengikir Membentuk belalai gajah Membuat lok keris Menimbulkan Pamor


Keris Bugis Keris Taming Sari Keris Jawa


ALAT PERHIASAN DIRI Alat perhiasan diri merupakan alat yang menjadi pelengkap kepada pemakaian kita. Masyarakat Melayu lama mempunyai beberapa alat perhiasan diri yang sinonim dan menjadi lambang keunikan masyarakat Melayu hingga kini. Lazimnya alat perhiasan diri menjadi pelengkap pakaian di majlis-majlis istiadat, majlis perkahwinan dan sebagainya. Pada hari ini, alat perhisasan diri telah diubahsuai dan dimodenkan selaras dengan kemajuan teknologi pada masa kini.


DOKOH : merupakan perhiasan yang dipakai di leher yang diperbuat daripada tembaga, timah atau logam ALAT PERHIASAN DIRI PENDING : merupakan perhiasan yang dipakai di bahagian pinggang. Lazimnya diperbuat daripada logam (emas dan tembaga). CUCUK SANGGUL : cucuk sanggul merupakan hiasan yang dipakai untuk menghiasi sanggul


CUCUK SANGGUL Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke-15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal daripada Indonesia yang berasal dari perkataan jawa iaitu ‘tik’ yang bermaksud meinitik atau menulis titik-titik. Di Malaysia terdapat banyak kilang perusahaan batik yang terletak di Kelantan dan Terengganu.


BATIK Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke-15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal daripada Indonesia yang berasal dari perkataan jawa iaitu ‘tik’ yang bermaksud meinitik atau menulis titik-titik. Di Malaysia terdapat banyak kilang perusahaan batik yang terletak di Kelantan dan Terengganu.


Batik Lukis Batik Pelangi Batik Skrin Batik Blok


Di Malaysia batik pelangi merupakan warisan seni tekstil yang sudah lama mewarnai kemahiran masyarakat ini. Batik pelangi (ikat celup) merupakan inovasi dari batik pelangi merupakan kain yang mempunyai pelbagai warna seperti pelangi dan digunakan sebagai kain selendang atau kain ikat pinggang bagi lelaki.


Celup kain beberapa kali bagi mendapatkan kesan yang baik Ikat kain, jahit atau simpul kain mengikut rekaan Kain dikeringkan Rendam kain dengan sodium sillikat Buka ikatan jahitan Basuh kain dan keringkan Bancuh warna dengan sedikit garam


TEKAT Seni tekat juga dikenali sebagai bersuji. Aktiviti menekat merupakan kerja menyulam benang emas ke atas kain dasar jenis baldu. Kerja-kerja menekat memerlukan pemidang untuk meregangkan kain baldu, mempulur sebagai acuan motif dan benang emas untuk membentuk bunga tekat. Seni tekat dahulunya merupakan kegunaan pakaian dan kelengkapan keluarga raja-raja. Kewujudan seni tekat dikesan pada awal kurun ke-15.


Hajah Azizah berasal dari Kg Penang Changkat, Bukit Candan, Kuala Kangsar Perak. Kemahiran menekat adalah diwarisi dari ibu dan warisan keluarga sejak turun temurun. Sekarang beliau menumpukan sepenuh masa dalam perusahaan menekat. Sebelum ini beliau adalah seorang jurulatih di Perbadanan kraftangan cawangan Perak. Beliau pernah mewakili negara ke Jepun, Arab dan Brunei untuk membuat demonstrasi menekat.


Motif Bunga Kekwa 1. 2. Motif Bunga Lawang 3. Motif Bunga Raya 4. Motif Bunga Anggerik


TENUNAN SEJARAH SONGKET : Songket merupakan lambang kehalusan seni tenunan Melayu yang diwarisi sejak zaman berzaman. Kreatviti dapat dilihat melalui olahan corak dan hasil tenunan yang indah dan menarik. Tenunan songket mula berkembang di beberapa negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu. Songket ditenun dengan menggunakan benang sutera halus dan benang emas seperti dipakai oleh kerabat diraja Melayu dan golongan bangsawan.


Beliau dilahirkan pada 22 Disember 1942 di Kampung Gelung Gajah iaitu sebuah perkampungan kecil yang terletak kira-kira 7Km dari Kuala Terengganu. Kemahiran menenun kain kini diusahakan secara serius oleh kaum wanita di kampung tersebut termasuk keluarga Hajah Zainab. Selama penglibatan beliau dalam bidang tenunan, pencapaian baling membanggakan beliau adalah apabila hasil tenunan songket beliau telah mendapat perhatian dari kalangan istana.


Tenunan bunga penuh 1. 2. Susunan Bunga Tabur 3. Susunan bercorak


MENGANING MENGGULUNG MENGARAK MENGHUBUNG MENYAMPUK MENYOLEK MELERAI MENENUN


Ukiran kayu atau seni ukir merupakan seni pertukangan tangan yang menjadi satu tradisi dalam masyarakat Melayu sejak turun temurun. Seni ini dapat dilihat dalam kehidupan masyarakat Melayu. Perkara ini dapat dilihat melalui rumah-rumah tradisional yang banyak menggunakan hiasan ukiran kayu. U K I R A N K A Y U


Catatan sejarah perjumpaan ukiran kayu telah dijumpai sejak zaman Neolitik di Asia Tennggara menunjukkan terdapatnya pengukir-pengukir handal yang telah lama wujud di zaman dahulu. Perkara ini terbukti kerana dengan adanya ukiran kayu pada belanga, gelang dan pinggan mangkuk. Sejarah awal mengenai ukiran kayu di negara ini dapat kita ketahui dengan membaca buku Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin. Buku ini dikarang oleh Tun Sri Lanang.


UKIRAN TEBUK TEMBUS UKIRAN ARCA


Latiff bin Long dilahirkan di Besut Terengganu. Beliau adalah seorang pengukir ukiran kayu yang mahir. Beliau mewarisi bakat ayahnya dan beliau berasal daripada golongan pengukir kayu handal. Ukiran beliau masih tersimpan di istana Raja Besut yang terdapat di muzium negeri Terengganu. Pada tahun 1971 beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan Ukiran Kayu Jenis silat dalam Pameran Ukiran Kayu berlangsung di Balai Seni Lukis Negara.


Seni anyaman ialah milik masyarakat Melayu yang masih dikagumi dan digemari sehingga hari ini. Kegiatan seni anyaman telah bermula sejak zaman dahulu lagi. Perkara ini boleh dilihat pada rumah-rumah zaman dahulu , dinding mereka rumah mereka dianyam dengan buluh dan kehalusan seni anyaman tersebut masih kekal sehingga kini


Seni anyaman mula berkembang tanpa menerima pengaruh luar. Penggunaan tali, akar dan rotan merupakan asas pertama dalam penciptaan kraftangan anyaman yang telah menjadi usaha tradisi sejak berabad-abad lalu. Bahanbahan asas tumbuhan ini tumbuh meliar di hutan-hutan, paya-paya, kampungkampung dan kawasan di sekitar pasir pantai. Rupa bentuk anyaman tradisi yang masih kekal penciptaan dan fungsinya hingga kini ialah tikar. Selain tikar yang datar dan sifat dua dimensi, terdapat juga rupa bentuk anyaman tiga dimensi. Bentuk-bentuk anyaman begini biasanya digunakan oleh masyarakat pada masa dahulu untuk mengisi atau menyimpan bahan-bahan keperluan.


Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahanbahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang , jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah diekringkan dan lembut.


Rotan : Antara teknik pengeringan rotan adalah dengan menyandarkana batang rotan pada palang jemur. Rotan merupakan bahan yang paling digemari kerana rotan tahan lama dan mudah dibentuk. Rotan sering dijadikan sebagai bakul, lekar dan alat menangkap ikan.


Pohon Mengkuang : Pohon mengkuang subur di kawasan lopak-lopak belukar atau kawasan bakau dan kawasan sawah padi yang lembab. Pohon mengkuang lebih tinggi daripada pohon pandan, tetapi mengkuang mempunyai dahan bercabang yang sedikit jika dibandingkan dengan pohon pandan. Daun mengkuang lebih kasar dan hasil anyamannya kelihatan lebih kasar dan keras.


Antara buluh yang sering digunakan ialah buluh akan, buluh bentung, buluh minyak dan buluh gading. Buluh yang cukup tua dipotong mengikut ukuran yang dikehendaki. Mengikutcara tradisional, buluh akan direndam di dalam air tanah yang bercampur dengan asam selamseminggu. Tetapi kaedah sekarang, buluh akan direndam bersama soda bagi mengeluarkan kandungan gulanya.


Anyaman pandan merupakan anyaman yang mempunyai keunikan berbanding anyaman yanglain, dahulu anyaman pandan sering digunakan untuk menganyam tikar dan sejadah, kini anyaman pandan digunakan untuk menghasilkan barang perhiasan.


Puan Aminah dilahirkan pada tahun 1944. Beliau berasal dari Rusila Terengganu iaitu tempat penghasilan kraftangan anyaman yang terkenal. Puan Aminah merupakan tokoh kraftangan Malaysia. Pada tahun 1982 beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan pertukangan tangan zaman Sezaman Anjuran Muzium Negara. Hingga kini, beliau masih aktif sebagai seorang ahli kraftangan Malaysia.


Tembikar merupakan salah satu hasil kraftangan tradisional yang diperbuat daripada tanah liat. Tembikar telah digunakan sejak zaman dahulu lagi yang bertujuan untuk keperluan harian, ucapan kematian dan keagamaan seperti yang diamalkan oleh masyarakat peribumi Sarawak. Zaman Neolitik merupakan zaman bermulanya penggunaan dan perkembangan tembikar. Bukti penemuan bahan-bahan artifak ini telah dijumpai di Kedah, Perak, Pahang, Sabah dan Sarawak


FUNGSI TEMBIKAR - ALAT MEMASAKManusia zaman batu pertengahan iaituMesolitik atau dikenali sebagai zamanHoabinh wujud pada sekitar 11 000 tahundahulu. Masyarakat zaman ini mulamencipta alat tembikar daripada tanahliat. Masyarakat zaman Mesolitik initinggal di gua Batu Kapur seperti GuaNiah di Sarawak, Gua Kepah di Kepah danGua Kecil di Pahang. Mereka pada zamanini menggunakan tembikar sebagai alatanmemaasak.


Click to View FlipBook Version