The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERSIDANGAN TAHUNAN 2024 UMNO CAWANGAN PARIT HAJI OTHMAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farisanne05, 2024-05-29 03:24:53

BUKU PROGRAM MAJLIS PERSIDANGAN TAHUNAN UMNO CAWANGAN 2024

PERSIDANGAN TAHUNAN 2024 UMNO CAWANGAN PARIT HAJI OTHMAN

1 PERSIDANGAN TAHUNAN 2024 UMNO CAWANGAN PARIT HAJI OTHMAN BAHAGIAN LEDANG Dirasmikan Oleh WAKIL UMNO BAHAGIAN LEDANG TUAN HAJI ARIFUDIN BIN WAGIMAN DEWAN SERBAGUNA PARIT HAJI OTHMAN (SABTU) 9:00 MALAM 01 JUN 2024


2 ISI KANDUNGAN MUKA SURAT PERKARA Notis Mesyuarat Persidangan Tahunan UMNO - 3 - Cawangan Parit Haji Othman Tahun 2024 Aturcara Persidangan UMNO - 4 - Cawangan Parit Haji Othman Tahun 2024 Lirik Lagu Negaraku, UMNO Bersatu, - 5 - UMNO Johor dan UMNO Ledang Peringatan Persidangan UMNO Tahunan - 6 - Cawangan Parit Haji Othman Tahun 2023 Kertas Persidangan Bilangan 1/2024 Penyata Tahunan UMNO - 10 - Cawangan Parit Haji Othman Tahun 2023 Kertas Persidangan Bilangan 2/2024 Penyata Kewangan UMNO - 12 - Cawangan Parit Haji Othman Berakhir 31 Disember 2022 Kertas Persidangan Bilangan 3/2024


3 UMNO CAWANGAN PARIT HAJI OTHMAN BAHAGIAN LEDANG, JOHOR Tarikh : 26 Mei 2024 Kepada: SEMUA AHLI UMNO Cawangan Parit Haji Othman, Tanjung Agas, Ledang, Johor. YB Datuk/Ybhg Datuk/Tuan/Puan/Cik, NOTIS PERSIDANGAN UMNO TAHUNAN CAWANGAN BAGI TAHUN 2024 Dengan hormatnya saya diarahkan untuk memaklumkan bahawa mengikut CERAIAN 6.4 PERATURAN PERSIDANGAN bahawa PERSIDANGAN yang tersebut di atas akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut: Tarikh : 01 Jun 2024 (Sabtu) Masa : 9:00 malam Tempat : Dewan Serbaguna Parit Haji Othman, Tanjung Agas. 2. YB Datuk/Ybhg Datuk/Tuan/Puan/Cik sebagai ahli cawangan ini adalah dengan hormatnya dijemput hadir menurut FASAL 6.1.3 PERLEMBAGAAN UMNO dan PERATURAN 8.1 PERATURAN PERSIDANGAN. Sila bawa surat notis ini semasa hadir dalam persidangan. 3. Segala usul secara bertulis hendaklah sampai ke Urusetia Cawangan sebelum Persidangan. 4. Kehadiran YB Datuk/Ybhg Datuk/Tuan/Puan/Cik terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih. Sekian. “ BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT “ Yang menjalankan tugas, (Setiausaha UMNO Cawangan Parit Haji Othman) SK : 1) Ketua Cawangan : 2) Setiausaha UMNO Bahagian


4 ATURCARA PERSIDANGAN UMNO CAWANGAN 2024 1. Bacaan Doa 2. Nyanyian lagu Negaraku, UMNO Bersatu, UMNO Johor dan UMNO Ledang 3. Ucapan Ketua UMNO Cawangan 4. Ucapan Perasmian Wakil UMNO Bahagian 5. Perakuan Sumpah oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Tetap 6. Pengerusi Tetap memulakan Persidangan 6.1 Pengumuman Jumlah Ahli Persidangan Yang Hadir 6.2 Pesanan Pengerusi Persidangan Mengenai Tatacara Persidangan 7. Membentangkan Kertas-kertas Persidangan 7.1 Peringatan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan 2023 (Kertas Persidangan Bilangan 1/2024) 7.2 Penyata Tahunan UMNO Cawangan 2023 (Kertas Persidangan Bilangan 2/2024) 7.3 Penyata Kewangan UMNO Cawangan Berakhir 31.12.2023 (Kertas Persidangan Bilangan 3/2024) 8. Memilih wakil-wakil cawangan ke Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian menurut fasal 17.5.6 Perlembagaan UMNO 8.1 Ketua Cawangan (Automatik) 8.2 Ketua Wanita (Automatik) 8.3 Ketua Pemuda (Automatik) 8.4 Ketua Puteri (Automatik) 8.5 Wakil Cawangan Mengikut Jumlah Ahli (1/50) (Wakil-wakil tidak dipilih di dalam Persidangan Cawangan atau sebarang pertukaran selepas itu tidak sah) 9. Membahaskan Usul-usul (Jika Ada) – Segala Usul Bertulis hendaklah sampai kepada Setiausaha UMNO Bahagian Ledang terlebih dahulu 10. Penangguhan Persidangan 11. Ucapan Penangguhan 12. Persidangan Ditangguhkan


5


6 MINIT MESYUARAT UMNO CAWANGAN PARIT HAJI OTHMAN BAGI TAHUN 2023 Tarikh : 19 Februari 2023 (Ahad) Masa : 9:00 malam Tempat : Dewan Serbaguna Parit Haji Othman, Tanjung Agas Kehadiran : 35/130 ahli Dirasmikan : Yang Berhormat Tuan Sahrihan bin Jani (ADUN Bukit Gambir) Pembaca Doa : Tuan Haji Hassan bin Mahabib 1. Ucapan Aluan Pengerusi Majlis Tuan Haji Mohd Sharif bin Sawar selaku Pengerusi Tetap Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Parit Haji Othman bagi Tahun 2023 mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli UMNO Cawangan yang dapat hadir pada persidangan kali ini. Beliau memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerana dapat bersama-sama ahli menjalankan persidangan yang sangat penting ini demi kelangsungan dan kesinambungan perjuangan orang Melayu. Beliau sangat berharap agar perjalanan persidangan ini dapat berjalan dengan lancar dan teratur dalam memastikan segala idea dan cadangan dapat dikemukakan demi untuk perjuangan bangsa Melayu. 2. Bacaan Doa Tuan Haji Hassan bin Mahabib telah membaca doa di Majlis Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Parit Haji Othman Tahun 2023. 3. Perakuan Sumpah oleh Pengerusi Tetap Pengerusi Tetap, Tuan Haji Mohd Sharif bin Sawar telah mengangkat sumpah. 4. Pengerusi Tetap memulakan Persidangan Tuan Haji Mohd Sharif bin Sawar selaku Pengerusi Tetap mengalu-alukan kedatangan semua ahli UMNO cawangan dan wakil daripada UMNO Bahagian. 4.1 Pengumuman Pengerusi mengenai jumlah Ahli UMNO Cawangan dan bilangan ahli yang hadir. Ahli UMNO Cawangan : 130 orang Yang Hadir : 35 orang PERINGATAN PERSIDANGAN TAHUNAN UMNO CAWANGAN TAHUN 2023 (Kertas Persidangan Bilangan 1 /2024)


7 4.2 Pesanan Pengerusi Persidangan Mengenai Tatacara Persidangan Setelah mengalu-alukan kehadiran ahli UMNO cawangan, beliau mengingatkan kepada ahli UMNO mengenai Aturan Persidangan dan persidangan haruslah berjalan mengikut tatacara dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Peraturan Persidangan dan Perlembagaan UMNO yang berkuat kuasa pada 8 November 1991. Beliau hanya akan membenarkan seorang sahaja bangun untuk bercakap dalam satu-satu masa dan yang lain hendaklah senyap dan mendengar sahaja. Apabila terdapat dua orang atau lebih yang bangun ingin bercakap, orang pertama yang beliau pandang yang akan dijemput untuk bercakap. Tidak dibenarkan sebarang bahasan mengenai perkara-perkara pembentangan Peringatan Persidangan Tahunan, Penyata Tahunan dan Penyata Kewangan kecuali dalam perkara pembetulan mengenai ejaan ayat-ayat dan angka-angka yang tidak tepat. Jika sekiranya ada sebarang perkara yang hendak dibahaskan atau dikemukakan bolehlah dibuat semasa ucapan penangguhan. 5. Membentangkan Kertas-kertas Persidangan 5.1 Peringatan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan 2022 (Kertas Persidangan Bilangan 1/2023) Setiausaha UMNO Cawangan membentangkan laporan Peringatan Mesyuarat UMNO Cawangan tahun lalu pada muka surat 4 hingga 7. 5.2 Penyata Tahunan UMNO Cawangan 2022 (Kertas Persidangan Bilangan 2/2023) Setiausaha UMNO Cawangan membentangkan Penyata Tahunan pada muka surat 8 hingga 9. 5.3 Penyata Kewangan UMNO Cawangan berakhir pada 31 Disember 2022. (Kertas Persidangan Bilangan 3/2023) Bendahari UMNO membentangkan Penyata Kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2022 pada muka surat 10. 6. Memilih Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap menurut fasal 17.5.5 Perlembagaan UMNO 6.1 Pengerusi Tetap : Tuan Haji Mohd Sharif bin Sawar 6.2 Timbalan Pengerusi Tetap : Encik Muhammad Asrar bin Mohd Deris Diterima sebulat suara. 7. Memilih Ahli Jawatankuasa UMNO Cawangan bagi tempoh 2023 – 2026. Setelah pemilihan dibuat dan diputuskan adalah seperti berikut: 7.1 Ketua Cawangan : Encik Ismail bin Aspan Dicadang : Encik Mohd Faris bin Saip Disokong : Tuan Haji Rahmat bin Ani


8 7.2 Timbalan Ketua Cawangan : Encik Mohd Faris bin Saip Dicadang : Encik Mohd Affendi bin Md. Harrisan Disokong : YB Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri 7.3 Ketua Pemuda : Encik Ahmad Sukhri bin Samad 7.4 Ketua Wanita : Puan Zaimah binti Salleh 7.5 Setiausaha : Puan Hajah Azizah binti Zainal Abidin 7.6 Bendahari : Tuan Haji Rahmat bin Ani 7.7 Ketua Penerangan : Encik Johari bin Ab Hamid 7.8 AJK : 1. Tuan Haji Ismail bin Ghani 2. Encik Nurulazuan bin Johari 3. Encik Abd Rahman bin Ibrahim 4. Puan Mazlah binti Kamat 5. Puan Ahmadi binti Ramzan 6. Puan Siti Rodziah binti Manap 7. Puan Nor Hayati binti Mohd Hanipah 8. Encik Roslan bin Saat 9. Puan Mashamah binti Buang 10. Encik Zulhilman bin Zulkifli 11. Encik Mohd Azahar bin Mohd Hanipah 12. Encik Md Harrisan bin Thani Retnam 13. Encik Izuwan bin Zainal 14. Encik Muhammad Affendi bin Md Harrisan 15. Encik Md Saidi bin Sidik 8. Memilih Dua (2) Orang Pemeriksa Kira-kira menurut fasal 28.2 Perlembagaan UMNO 8.1 Pemeriksa Kira-kira : 1. Encik Muhammad Nizam bin Khanapi 2. Puan Mawar binti Aswa Ahmad Diterima sebulat suara. 9. Memilih wakil cawangan ke Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Ledang menurut fasal 17.5.6 Perlembagaan UMNO 9.1 Ketua Cawangan : Encik Ismail bin Aspan 9.2 Ketua Wanita : Puan Zaimah binti Salleh 9.3 Ketua Pemuda : Encik Ahmad Sukhri bin Samad 9.4 Wakil Cawangan : 1. Encik Mohd Faris bin Saip 2. Tuan Haji Rahmat bin Ani 10. Ucapan Ketua UMNO Cawangan Encik Ismail bin Aspan selaku Ketua UMNO Cawangan mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ahli UMNO cawangan untuk sama-sama kita melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ahli UMNO. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada YB Tuan Sahrihan bin Jani (ADUN Bukit Gambir) kerana sudi hadir merasmikan persidangan kali ini. Tidak lupa ucapan tahniah kepada ahli UMNO yang telah dilantik sebagai barisan AJK UMNO Cawangan Parit Haji Othman. Harapan beliau agar barisan AJK UMNO cawangan ini dapat menggalas tanggungjawab dan melaksanakan tugas masing-masing dengan sebaik mungkin demi menjaga nama baik UMNO cawangan di UMNO Bahagian Ledang. Perjumpaan seperti ini diadakan setahun sekali dan sangat penting untuk meneruskan perjuangan orang Melayu serta jadikan persidangan ini sebagai majlis ilmu. Beliau sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli


9 UMNO cawangan terutamanya AJK Cawangan yang dapat mempersiapkan Persidangan Tahunan UMNO ini supaya berjalan dengan lancar dan teratur. 11. Ucapan Perasmian Wakil UMNO Bahagian YB Tuan Sahrihan bin Jani selaku wakil daripada UMNO Bahagian Ledang mengucapkan syabas dan tahniah di atas kehadiran ahli UMNO yang datang untuk bersidang. Ucapan tahniah juga kepada ahli UMNO yang telah dilantik sebagai barisan AJK UMNO cawangan. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Ketua Cawangan kerana berjaya menjalankan persidangan kali ini. Tahniah juga kepada sayap parti kerana dapat menjalankan persidangan sebentar tadi. Beliau memohon jasa baik UMNO Cawangan agar menarik seberapa banyak anak muda untuk mendaftar sebagai pemilih yang sah. Akhir sekali, beliau mengucapkan terima kasih kepada Encik Ismail bin Aspan di atas kesudian menjemput beliau menjadi pemerhati bagi persidangan kali ini. 12. Membahaskan Usul-usul (jika ada) Tiada usul yang dibahaskan di persidangan kali ini. 13. Penangguhan Persidangan Dicadangkan oleh Puan Zaimah binti Salleh untuk menangguhkan persidangan dan disokong oleh Encik Izuwan bin Zainal. 14. Ucapan Penangguhan Encik Ismail bin Aspan selaku Ketua UMNO Cawangan Parit Haji Othman sekali lagi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran ahli pada hari ini dan berharap sokongan seperti ini akan diteruskan pada masa yang akan datang. Turut mengucapkan terima kasih kepada semua sayap cawangan seperti Wanita dan Pemuda yang dapat membantu melancarkan perjalanan majlis ini. 15. Persidangan Ditangguhkan Penangguhan persidangan oleh Pengerusi Tetap Persidangan mengucapkan terima kasih di atas kerjasama semua ahli UMNO Cawangan dan persidangan ini berjalan dengan lancar. Beliau dengan ini menangguhkan persidangan ini ke suatu tarikh yang akan ditentukan kemudian. Persidangan ditangguhkan pada jam 10:30 malam. Wassalam. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ……………………………………. ……………………………. (AZIZAH BINTI ZAINAL ABIDIN) (ISMAIL BIN ASPAN) Setiausaha UMNO Ketua UMNO Cawangan Parit Haji Othman Cawangan Parit Haji Othman


10 \\ Penyata Tahunan UMNO Cawangan Parit Haji Othman Laporan Aktiviti UMNO Cawangan Parit Haji Othman, Tanjung Agas, Ledang Dari Januari sehingga Disember 2023 Aktiviti yang dilaksanakan oleh UMNO Cawangan Parit Haji Othman sepanjang tahun 2023. 1. Mengadakan mesyuarat AJK sebanyak 4 kali setahun bagi tahun 2023. 2. Gotong- royong membersihkan kawasan Dewan Serbaguna Parit Haji Othman. 3. Menghadiri majlis-majlis anjuran UMNO Bahagian Ledang dan Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor. 4. Menganjurkan majlis sambutan Maulidul Rasul dengan ceramah. 5. Mengadakan bacaan Yasin dan tahlil pada setiap hari Khamis malam Jumaat setiap bulan. 6. Menganjurkan Majlis Tahlil Perdana peringkat kampung. 7. Mengadakan kunjungan rumah ke rumah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. 8. Melibatkan diri dengan aktiviti korban semasa Hari Raya Aidiladha. PENYATA TAHUNAN UMNO CAWANGAN TAHUN 2023 (Kertas Persidangan Bilangan 2 /2024)


11 Pengerusi Tetap : Tuan Haji Mohd Sharif bin Sawar Timbalan Pengerusi Tetap : Encik Muhammad Asrar bin Mohd Deris Ketua UMNO Cawangan : Encik Ismail bin Aspan Timbalan Ketua UMNO Cawangan : Encik Mohd Faris bin Saip Ketua Pergerakan Wanita : Puan Zaimah binti Salleh Ketua Pergerakan Pemuda : Encik Ahmad Sukhri bin Samad Setiausaha : Puan Hajah Azizah binti Zainal Abidin Bendahari : Tuan Haji Rahmat bin Ani Ketua Penerangan : Encik Johari bin Ab Hamid Ahli Jawatankuasa : 1. Tuan Haji Ismail bin Ghani 2. Encik Nurulazuan bin Johari 3. Encik Abd Rahman bin Ibrahim 4. Puan Mazlah binti Kamat 5. Puan Ahmadi binti Ramzan 6. Puan Siti Rodziah binti Manap 7. Puan Nor Hayati binti Mohd Hanipah 8. Encik Roslan bin Saat 9. Puan Mashamah binti Buang 10. Encik Zulhilman bin Zulkifli 11. Encik Mohd Azahar bin Mohd Hanipah 12. Encik Md Harrisan bin Thani Retnam 13. Encik Izuwan bin Zainal 14. Encik Muhammad Affendi bin Md Harrisan 15. Encik Md Saidi bin Sidik Pemeriksa Kira-kira 1 : Encik Muhammad Nizam bin Khanapi Pemeriksa Kira-kira 2 : Puan Mawar binti Aswa Ahmad PENYATA TAHUNAN AHLI JAWATANKUASA UMNO CAWANGAN PARIT HAJI OTHMAN (2023 – 2026) (Kertas Persidangan Bilangan 2 /2024)


12 Kertas Persidangan Bilangan 3/2024 CAWANGAN : PARIT HAJI OTHMAN BAHAGIAN : LEDANG PENYATA PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN SERTA KUNCI KIRA-KIRA KEWANGAN BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2023 PENDAPATAN / PENERIMAAN PERBELANJAAN / PEMBAYARAN Baki pada awal tahun 2022.………...RM 0.00 Yuran daripada ahli-ahli.…………….RM Sumbangan UMNO Ledang………...RM 300.00 Faedah lain-lain……………………….RM Penerimaan daripada punca-punca lain (nyatakan satu persatu)……………..RM JUMLAH RM 300.00 Sewa rumah, cukai dan lain-lain…RM Gaji…………………………………..RM Lain-lain belanja (nyatakan satu persatu)……………RM Mesyuarat Agung…………………...RM 300.00 Baki pada akhir tahun………………RM Wang tunai dalam tangan………….RM Wang tunai dalam bank…………….RM JUMLAH RM 300.00 Tandatangan : ……………………………. Tandatangan : ………………………… Jawatan : Ketua Cawangan Jawatan : Bendahari Nama : Ismail bin Aspan Nama : Rahmat bin Ani Tandatangan : ……………………………. Tandatangan : …………………………… Jawatan : Pemeriksa Kira-kira Jawatan : Pemeriksa Kira-kira Nama : Muhammad Nizam bin Khanapi Nama : Mawar binti Aswa Ahmad


Click to View FlipBook Version