Kawalan Kesihatan Kendiri Di Tempat Kerja
Garis Panduan
Pelaksanaan Sudut Saringan Kesihatan Kendiri
Disediakan oleh:
Group Health, Safety & Environment Division
Rev. 0
Kandungan
1. Pengenalan
2. Justifikasi Program
3. Objektif Program
4. Sasaran Program
5. Manfaat program
6. Keperluan Perundangan
7. Komponen-Komponen Saringan Kesihatan Kendiri
8. Carta Alir Pelaksanaan Sudut Saringan Kesihatan Kendiri
9. Carta Alir Program Saringan Kesihatan Kendiri
10. Peranan Dan Tanggungjawab
11. Senarai Semak Pelaksanaan Sudut Saringan Kesihatan Kendiri di Tempat Kerja
12. Pemantauan dan Penilaian : Profil Kesihatan Tempat Kerja
13. Peralatan Saringan Kesihatan
14. Langkah-langkah Pencegahan Penyakit Semasa Aktiviti Saringan
15. Lain-lain Keperluan
16. Rujukan
17. Lampiran
Pengenalan
Sudut Saringan Kesihatan Kendiri merupakan program intervensi kesihatan di
tempat kerja bertujuan untuk mengurangkan beban penyakit tidak berjangkit (Non-
communicable Disease, NCD) serta faktor risiko yang berkaitan dalam kalangan warga
FGV dengan memperkasakan petugas ke arah membudayakan amalan pemeriksaan
kesihatan kendiri.
Justifikasi Program
1. Peningkatan prevalen obesiti, diabetes dan penyakit jantung merupakan isu
kesihatan yang sedang dialami oleh majoriti rakyat Malaysia pada masa kini.
2. Prevalen kebangsaan bagi penyakit tidak berjangkit (NCD) telah menunjukkan
peningkatan sejak 5 tahun lalu dan telah dianggap beban pada kesihatan awam
yang paling besar dari segi penurunan produktiviti sekaligus menyebabkan
peningkatan kos tidak langsung kepada masyarakat, kerajaan dan juga majikan
khususnya.
3. Secara umumnya, setiap petugas meluangkan lebih kurang 50 peratus masa aktif
mereka setiap hari di tempat kerja. Ia membuktikan tempat kerja memberi kesan
langsung dalam mempengaruhi fizikal, mental, ekonomi dan sosial pekerja, dan
mempengaruhi tahap kesihatan mereka, keluarga, serta masyarakat sekeliling.
Maka tempat kerja adalah tempat yang sesuai untuk mendorong dan memupuk
tingkah laku yang sihat dalam kalangan warga kerja bagi mencegah penyakit NCD.
Sumber: Garis Panduan KOSPEN WOW 2022
Objektif Program
1. Memperkasakan petugas dalam kawalan kesihatan kendiri;
2. Melahirkan warga kerja yang peka dan celik kesihatan;
3. Mengesan penyakit tidak berjangkit pada peringkat awal;
4. Mengenalpasti status kesihatan petugas - menjana profil kesihatan tempat kerja;
5. Mengurangkan kos perubatan secara langsung dan tidak langsung.
Sasaran Program
Sasaran Indikator
Setiap Syarikat Kumpulan FGV perlu Bilangan/peratus pelaksaan sudut
menyediakan Sudut Saringan Kesihatan saringan kesihatan kendiri di
Kendiri dilengkapi peralatan saringan Kumpulan FGV
kesihatan.
Penglibatan petugas - 30% petugas di Bilangan/peratus penglibatan petugas
setiap Syarikat Kumpulan FGV menjalani di setiap Syarikat Kumpulan FGV
saringan kesihatan kendiri. menjalani saringan kesihatan kendiri
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Bilangan Health Agents di dalam
atau First Aider bertindak sebagai Health Kumpulan FGV
Agents di setiap syarikat.
Manfaat Program Pekerja
Syarikat • Meningkatkan kesihatan
• Meningkatkan semangat
• Meningkatkan semangat
petugas bekerja dan keyakinan diri
• Meningkatkan
• Meningkatkan produktiviti
• Mengurangkan kesejahteraan diri dan
keluarga
ketidakhadiran petugas
• Mengurangkan kos
perubatan/insurans
• Memberi imej positif
kepada syarikat
Keperluan Perundangan
Di bawah Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
(Occupational Safety and Health Act 1994, OSHA 1994) menyatakan setiap majikan
perlu memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja berada di tahap
optima. Begitu juga sebaliknya di bawah Akta yang sama pekerja juga mempunyai
tanggungjawab untuk mengikut arahan majikan dalam semua aspek keselamatan dan
kesihatan (Seksyen 24).
Komponen-Komponen Saringan Kesihatan Kendiri
KOMPONEN SASARAN KEKERAPAN METODOLOGI
Indeks Jisim Tubuh *Semua petugas • Pada bila-bila masa • Petugas mengukur BMI secara kendiri.
(BMI) (Walk-in) • Petugas merekodkan keputusan di dalam Google
Tekanan Darah *Semua petugas • Setiap 6 Bulan Form atau slip pemeriksaan kesihatan.
• Pada bila-bila masa • Petugas mengukur tekanan darah secara kendiri.
(Walk-in) • Petugas merekodkan keputusan di dalam Google
• Setiap 6 Bulan Form atau slip pemeriksaan kesihatan.
Glukosa Dalam *Semua petugas Setiap 6 Bulan • Petugas mengukur glukosa dalam darah secara
Darah ATAU
Petugas yang berisiko kendiri.
iaitu mempunyai • Sekiranya prosedur ini perlu dibantu oleh Health
berat badan
berlebihan dan Agents, Health Agents perlu memakai sekurang-
bacaan tekanan
darah tinggi kurangnya pelitup muka dan sarung tangan bagi
mengelakkan risiko jangkitan dan kontaminasi silang.
• Petugas merekodkan keputusan di dalam Google
Form atau slip pemeriksaan kesihatan.
*Tidak termasuk pekerja asing
Carta Alir Pelaksanaan Sudut Saringan Kesihatan Kendiri
Membentuk Melantik Menyediakan Memberi
Jawatankuasa Jawatankuasa peralatan saringan, latihan kepada
sumber dan bahan Jawatankuasa
Penyelaras Penyelaras promosi program
(Health Agents) (Health Agents) Penyelaras
(Health Agents)
Menjalankan
Saringan Kesihatan Mengumpul dan Menganalisa data Merangka dan
merekodkan data saringan melaksanaan aktiviti-
setiap 6 bulan
(2x setahun) saringan aktiviti intervensi
Menjalankan Menjana profil kesihatan Pengurus
saringan ulangan syarikat dan melaporkan Jawatankuasa Penyelaras (Health Agent)
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan
kepada Bahagian HSE SHO
Kumpulan FGV –
setiap 6 bulan (2x setahun)
Carta Alir Program Saringan Kesihatan Kendiri
Mula
Petugas mengimbas kod QR – Google Form
atau Slip Pemeriksaan Kesihatan
Petugas mencuci tangan menggunakan 1.Indeks jisim tubuh (BMI)
hand sanitizer 2.Tekanan darah
3.Paras glukosa dalam darah (Setiap 6 bulan)
Petugas melakukan pemeriksaan
kesihatan kendiri Nota:
1. Health Agents perlu memastikan peralatan
Petugas merekodkan keputusan di dalam
Google Form atau Slip Pemeriksaan saringan kesihatan didisinfeksi sekurang-
Kesihatan kurangnya 2 kali sehari.
2. Paras glukosa dalam darah - Sekiranya
Petugas menyimpan semula peralatan prosedur ini perlu dibantu oleh Health
saringan kesihatan ke tempat yang Agents, Health Agents perlu memakai
sekurang-kurangnya pelitup muka dan
disediakan dengan sempurna selepas sarung tangan bagi mengelakkan risiko
menjalani saringan. jangkitan dan kontaminasi silang.
Tamat
Peranan Dan Tanggungjawab
Pengurus :
1. Membentuk Jawatankuasa Penyelaras (Health Agents) yang terdiri daripada Jawatankuasa
Keselamatan dan Kesihatan sedia ada atau First Aider bagi menyelaras aktiviti saringan
kesihatan. Bilangan Health Agent bergantung kepada saiz syarikat masing-masing;
2. Menyediakan peruntukan bajet tahunan bagi menyediakan peralatan saringan/ prasarana/
persekitaran;
3. Status dan kemajuan program saringan kesihatan menjadi agenda tetap di dalam mesyuarat
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan dan dibincangkan; dan
4. Memastikan kesinambungan dan kelangsungan program agar mencapai objektif dan sasaran
program.
Peranan Dan Tanggungjawab
Jawatankuasa Penyelaras (Health Agents) :
1. Menyelaras aktiviti saringan faktor risiko NCD kepada petugas merangkumi pengukuran
tinggi, berat, pengiraan BMI, tekanan darah, dan ujian paras gula darah;
2. Menyimpan dan menyelenggara rekod saringan kesihatan – Google form atau slip
pemeriksaan kesihatan. (Rekod kesihatan adalah sulit. Kerahsiaan maklumat mestilah
sentiasa dipatuhi.);
3. Membincangkan status dan kemajuan program saringan kesihatan di dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan setiap 3 bulan dan bersama-sama merangka aktiviti
intervensi yang bersesuaian di peringkat projek/syarikat;
4. Bersedia berkongsi maklumat dan data pencapaian program bersama Pegawai Keselamatan
dan Kesihatan (SHO) dan Kumpulan HSE. Data hanya digunakan untuk penilaian dan
kerahsiaan data akan dikekalkan. Analisa atau laporan hendaklah secara umum dan bukan
secara individu); dan
5. Melaksanakan aktiviti promosi, advokasi dan publisiti program kesihatan kepada rakan
sekerja secara berterusan menerusi kaedah dan medium yang bersesuaian. (Contohnya
hebahan semasa perhimpunan pagi, mesyuarat atau acara rasmi syarikat).
Peranan Dan Tanggungjawab
Petugas :
1. Mengambil bahagian di dalam program saringan kesihatan secara aktif;
2. Mencuci tangan sebelum memulakan prosedur;
3. Membaca arahan penggunaan peralatan saringan kesihatan dengan teliti;
4. Menggunakan peralatan saringan kesihatan dengan cermat mengikut tatacara yang
dipamerkan; dan
5. Memastikan peralatan saringan kesihatan disimpan semula ke tempat asal dengan sempurna
selepas menjalani saringan.
Peranan dan Tanggungjawab
Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (SHO) :
1. Menyelia dan memantau pelaksanaan program serta mengambil langkah penambahbaikan
apabila perlu;
2. Menjana dan melaporkan profil kesihatan tempat kerja kepada Kumpulan HSE di Ibu
Pejabat. Data hanya digunakan untuk penilaian dan kerahsiaan data akan dikekalkan. Analisa
atau laporan hendaklah secara umum dan bukan secara individu);
3. Membincangkan segala pemerhatian dan memberi cadangan penambahbaikan semasa
mesyurat Kumpulan HSE;
4. Melaksanakan aktiviti promosi, advokasi dan publisiti program kesihatan kepada rakan
sekerja secara berterusan menerusi kaedah dan medium yang bersesuaian. (Contohnya
hebahan semasa perhimpunan pagi, mesyuarat atau acara rasmi syarikat).
Peranan dan Tanggungjawab
Kumpulan HSE :
1. Memantau perkembangan dan keberkesanan pelaksanaan program di peringkat Kumpulan
FGV;
2. Menjana dan menganalisa profil kesihatan tempat kerja Kumpulan FGV. Analisa atau laporan
hendaklah secara umum dan bukan secara individu;
3. Membincangkan segala pemerhatian dan memberi cadangan penambahbaikan semasa
mesyurat Kumpulan HSE dan juga di peringkat pihak pengurusan sekiranya perlu;
4. Merangka, merancang dan melaksanakan program promosi kesihatan & intervensi yang
bersesuaian.
Senarai Semak Pelaksanaan Sudut Saringan Kesihatan Kendiri di Tempat Kerja
No Keperluan Tanggung- Ada / Catatan
jawab Tiada
Membentuk dan melantik Jawatankuasa Penyelaras (Health Agents)
1 melalui Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan sedia ada bagi P Rujuk templat surat
menyelaras aktiviti saringan kesihatan. Bilangan Health Agent bergantung lantikan HA
kepada saiz syarikat masing-masing
2 Jawatankuasa Penyelaras (Health Agents) diberi latihan pengendalian P e-learning/ video
peralatan saringan kesihatan. tutorial
3 Menyediakan peruntukan bajet tahunan bagi memastikan aktiviti saringan P
kesihatan dapat dilaksanakan secara berterusan.
4 Menyediakan satu ruang atau sudut kesihatan kendiri di lokasi yang JP
strategik dan boleh diakses oleh semua petugas (tiada saiz tertentu).
5 Menyediakan peralatan / kelengkapan saringan kesihatan seperti: JP
JP
6 • Alat penimbang berat dan tinggi JP
7 • Alat pengukur tekanan darah digital JP
8 • Glukometer, strip ujian, jarum lanset, kapas beralkohol, bekas bio-
hazard, sharp bin, sarung tangan getah (pakai buang)
P : Pengurus; JP : Jawatankuasa Penyelaras (Health Agents) ; SHO : Pegawai Keselamatan dan Kesihatan
Senarai Semak Pelaksanaan Sudut Saringan Kesihatan Kendiri di Tempat Kerja
No Keperluan Tanggung- Ada / Catatan
jawab Tiada
9 Memastikan peralatan saringan kesihatan ditentukur dan berfungsi dengan JP
baik.
10 Memastikan hand sanitizer tersedia, mencukupi dan berdekatan peralatan JP
saringan kesihatan.
11 Memastikan peralatan saringan kesihatan didisinfeksi sekurang-kurangnya JP
2 kali sehari.
12 Menyediakan slip pemeriksaan kesihatan (Lampiran 2) untuk merekod JP
bacaan atau menggunakan Google Form (Lampiran 3).
13 Menjana dan memaparkan kod QR (Google Form). JP
14 Mempamirkan tatacara saringan kesihatan seperti mengambil indeks jisim JP
berat, mengambil tekanan darah dan mengukur kadar glukosa darah.
Mempamirkan bahan pendidikan kesihatan seperti amalan pemakanan JP
15 sihat, amalan tidak merokok, hidup yang aktif, pengurusan berat badan dan
minda sihat.
P : Pengurus; JP : Jawatankuasa Penyelaras (Health Agents) ; SHO : Pegawai Keselamatan dan Kesihatan
Senarai Semak Pelaksanaan Sudut Saringan Kesihatan Kendiri di Tempat Kerja
No Keperluan Tanggung- Ada / Catatan
jawab Tiada
Melaksanakan promosi dan publisiti program kesihatan di tempat kerja
16 secara berterusan menerusi kaedah dan medium yang bersesuaian. P/JP/
(Contohnya hebahan semasa perhimpunan pagi, mesyuarat atau acara SHO
rasmi syarikat).
Menyimpan dan menyelenggara rekod saringan kesihatan kendiri (Rekod JP
17 kesihatan adalah sulit. Kerahsiaan maklumat mestilah sentiasa dipatuhi.
Analisa atau laporan hendaklah secara umum dan bukan secara individu).
Membincangkan status dan kemajuan program saringan kesihatan di JP
18 dalam Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan supaya
program intervensi yang bersesuaian dapat dirancang dan dilaksanakan.
19 Menjana dan melaporkan profil kesihatan tempat kerja kepada Kumpulan SHO Rujuk templat profil
HSE di Ibu Pejabat. kesihatan tempat kerja
P : Pengurus; JP : Jawatankuasa Penyelaras (Health Agents) ; SHO : Pegawai Keselamatan dan Kesihatan
Pemantauan dan Penilaian : Profil Kesihatan Tempat Kerja
Kandungan Profil Kesihatan yang dicadangkan adalah seperti di bawah:
1. Bilangan/peratus petugas yang telah menjalani saringan kesihatan;
2. Bilangan/peratus petugas yang mempunyai BMI : kurang berat badan (< 18.5);
3. Bilangan/peratus petugas yang mempunyai BMI : berat badan ideal (18.5 – 24.9);
4. Bilangan/peratus petugas yang mempunyai BMI : berat badan berlebihan (25.0 -29.9);
5. Bilangan/peratus petugas yang mempunyai BMI : obesiti (≥ 30.0);
6. Bilangan/peratus petugas yang mempunyai paras tekanan darah normal (Optimum);
7. Bilangan/peratus petugas yang mempunyai paras tekanan darah berisiko (Pra-hipertensi);
8. gan/peratus petugas yang mempunyai paras tekanan darah berisiko (Hipertensi Tahap 1);
9. gan/peratus petugas yang mempunyai paras tekanan darah berisiko (Hipertensi Tahap 2);
10. gan/peratus petugas yang mempunyai paras tekanan darah berisiko (Hipertensi Tahap 3);
11. Bilangan/peratus petugas yang mempunyai paras glukosa normal (Pilihan);
12. Bilangan/peratus petugas yang mempunyai paras glukosa berisiko (Tidak Normal) (Pilihan)
Syarikat : 1 Jan – 30 Jun 1 Julai - 31 Disember PROFIL KESIHATAN TEMPAT KERJA
Tahun :
Disediakan oleh :
Disemak oleh :
Bilangan petugas mempunyai BMI: Bilangan petugas mempunyai tekanan darah : Bilangan petugas mempunyai
paras glukosa dalam darah :
Umur Jumlah Kurang Normal Berat badan Obesiti Optimum Pra- Hipertensi Hipertensi Hipertensi Normal Tidak Normal
Petugas berat badan (Ideal) berlebihan ≥ 30.0 Hipertensi Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3
20-29 Disaring
30-39 < 18.5 18.5 – 24.9 25.0 – 29.9
40-49 < 5.6 mmol/L ≥ 5.6 mmol/L
50-59
> 60
Jumlah
Indikator Keputusan Tekanan Darah Sistolik Diastolik
Bilangan/peratus petugas yang telah menjalani saringan kesihatan (Sasaran = 30%) Optimum < 120 < 80
Bilangan/peratus petugas yang mempunyai BMI : kurang berat badan (< 18.5) Pra-Hipertensi 120 - 139 dan
Bilangan/peratus petugas yang mempunyai BMI : berat badan ideal (18.5 – 24.9) Hipertensi Tahap 1 140 - 159 dan/atau 80 - 90
Bilangan/peratus petugas yang mempunyai BMI : berat badan berlebihan (25.0 – 29.9) Hipertensi Tahap 2 160 - 179 dan/atau 90 - 99
Bilangan/peratus petugas yang mempunyai BMI : obesiti (≥ 30.0) Hipertensi Tahap 3 ≥ 180 dan/atau 100 - 109
Bilangan/peratus petugas yang mempunyai paras tekanan darah normal (Optimum) dan/atau ≥ 110
Bilangan/peratus petugas yang mempunyai paras tekanan darah berisiko (Pra-hipertensi)
Bilangan/peratus petugas yang mempunyai paras tekanan darah berisiko (Hipertensi Tahap 1)
Bilangan/peratus petugas yang mempunyai paras tekanan darah berisiko (Hipertensi Tahap 2)
Bilangan/peratus petugas yang mempunyai paras tekanan darah berisiko (Hipertensi Tahap 3)
Bilangan/peratus petugas yang mempunyai paras glukosa normal (Pilihan)
Bilangan/peratus petugas yang mempunyai paras glukosa berisiko (Tidak Normal) (Pilihan)
Komponen Indeks Jisim Badan (BMI)
Saringan Kesihatan
Peralatan Alat penimbang berat dan tinggi (weighing machine), carta julat dan keputusan BMI Dewasa
Tatacara pelaksanaan 1. Alat penimbang berat dan tinggi mestilah diletak di tempat yang rata dan keras.
saringan kesihatan 2. Tanggalkan kasut. Pastikan anda menimbang tanpa bebanan lain.
3. Berdiri tegak dengan tumit, belakang bahu, dan kepala menyentuh alat pengukur.
4. Bacaan berat diambil dalam unit kilogram (kg).
5. Bacaan tinggi diambil dalam unit sentimeter (cm).
6. Rekodkan bacaan berat badan dan tinggi di dalam Google Form yang disediakan.
7. Rujuk carta julat dan kenalpasti BMI anda.
Parameter/ Bacaan
Sumber: Obesity: Preventing and ManagingThe Global Epidemic, WHO 2000
Komponen Pengukuran Tekanan Darah
Saringan Kesihatan
Peralatan Alat pengukur tekanan darah digital (Digital Blood Pressure set), Bateri AA, Carta julat dan keputusan
tekanan darah
Tatacara pelaksanaan 1. Pastikan petugas rehat 5-10 minit sebelum melakukan pemeriksaan tekanan darah.
saringan kesihatan 2. Duduk di kerusi dan bersandar, kedudukan kaki bebas dan tidak bersilang.
3. Letakkan tangan di atas meja dengan tapak tangan menghadap ke atas.
4. Sarungkan cuff mesin tekanan darah digital di lengan.
5. Pastikan anak panah terletak pada tengah-tengah pelipat siku.
6. Pastikan lengan tangan berada pada paras jantung.
7. Jangan bersembang. Jangan bergerak.
8. Tekan butang START dan tunggu sehingga bacaan tekanan darah muncul.
9. Rekod bacaan di dalam Google Form yang disediakan.
10. Tekan butang OFF dan keluarkan cuff dari lengan anda.
Parameter/ Bacaan
https://www.youtube.com/watch?v=9bNTksLCiK0&list=PLqXF8R4mwSl2wYrsq4Pu5kVq0Nh91M1sP&index=6
Komponen Mengukur Kadar Glukosa Darah
Saringan Kesihatan
Peralatan Glukometer, strip ujian, kapas beralkohol, jarum lanset, bekas bio-hazard, sharp bin
Tatacara pelaksanaan 1. Cuci tangan dan bersihkan hujung jari. Sekiranya menggunakan kapas beralkohol, biarkan hujung
saringan kesihatan jari kering terlebih dahulu.
2. Cucuk hujung jari menggunakan jarum lanset yang baru pada bahagian sisi hujung jari bagi
mengurangkan rasa sakit.
3. Hidupkan glukometer (setengah model akan hidup secara automatik sebaik sahaja strip
dimasukkan).
4. Letakkan setitik darah ke atas strip ujian. Pastikan strip belum tamat tarikh luputnya.
5. Masukkan strip ujian ke bahagian yang dikhaskan untuk strip pada mesin glukometer.
6. Glukometer akan membaca paras gula (glukosa) darah dalam beberapa saat.
7. Rekodkan keputusan bacaan gula (glukosa) darah di dalam Google Form yang disediakan.
8. Buang strip dalam Clinical Waste dan jarum ke dalam sharp bin.
9. Sekiranya prosedur ini perlu dibantu oleh orang lain, pembantu perlu memakai sekurang-kurangnya
pelitup muka dan sarung tangan bagi mengelakkan risiko jangkitan dan kontaminasi silang.
Parameter/ Bacaan 1. Jarum lanset dan strip hanya digunakan sekali sahaja dan hendaklah
terus dibuang (pakai buang). Tidak boleh dikongsi.
2. Jarum lancet dan strip ujian adalah buangan terjadual (Sisa Klinikal)
SW 404 dan perlu diuruskan dan dilupuskan sebagai SW 404.
https://www.youtube.com/watch?v=88ZPL4cr4b0
Langkah-langkah Pencegahan Penyakit Semasa Aktiviti Saringan
1. Disinfeksi peralatan sekurang-kurangnya 2 kali sehari;
2. Pembersihan tangan yang efektif melalui tujuh (7) langkah pencucian tangan
(Rujuk Lampiran 6 : Bahan pendidikan kesihatan (5));
3. Pemakaian sarung tangan yang betul;
4. Pengurusan peralatan tajam dan sisa klinikal yang betul bagi komponen saringan
kesihatan mengukur glukosa darah.
I. Pengurusan peralatan tajam seperti jarum dan sisa klinikal seperti darah dan
swab merupakan buangan terjadual yang berpotensi menyebabkan jangkitan
penyakit (SW 404) dan memerlukan sistem pengurusan yang Selamat (Diurus
sebagai Buangan Terjadual).
II. Syarikat perlu menggunakan Sharp Bin bagi pembuangan peralatan tajam dan
biohazard plastic bagi sisa klinikal. Sharp Bin perlu dilupuskan apabila
kandungan telah mencapai paras 3/4 penuh.
Lain-lain Keperluan
1. Bunting – Sudut Kesihatan Kendiri
2. Ketahui status kesihatan anda (Slip pemeriksaan kesihatan/ google form)
3. Bahan pendidikan kesihatan.
• Pamphlet cara hidup sihat
• Pamphlet berat badan unggul
• Pamphlet tekanan darah tinggi
• Pamphlet berhenti merokok
4. Pelbagai bahan pendidikan kesihatan seperti bunting, poster, video dan audio X-
Break boleh dimuat turun di www.infosihat.gov.my atau di
[email protected]/kospenplus.
Rujukan
1. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
2. Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS)Teras 3 : Kawalan Kesihatan Kendiri
3. KOSPEN WOW https://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/3690?mid=786
4. Garis Panduan Promosi Kesihatan Di Tempat Kerja; Pertubuhan Keselamatan Sosial
(PERKESO)
Lampiran
• Ketahui status kesihatan anda
• Peralatan Saringan Kesihatan (Contoh)
• Bunting design
• Bahan pendidikan kesihatan
28
Lampiran 1 :
Ketahui Status Kesihatan Anda - Parameter Bacaan
Lampiran 2 :
Ketahui Status Kesihatan Anda - Contoh Slip Pemeriksaan Kesihatan
Lampiran 3 :
Ketahui Status Kesihatan Anda - Contoh Slip Pemeriksaan Kesihatan (Google Form)
Imbas kod QR
https://forms.gle/gtBqZuN53ZWwgp698
Lampiran 4 :
Peralatan Saringan Kesihatan (Contoh)
Alat pengukur tekanan Alat penimbang berat dan Bunting Glukometer strip ujian
darah digital tinggi
Jarum Lanset Sarung tangan kapas beralkohol Sharp bin Bio-hazard bag
Lampiran 5 :
Bunting Design
Lampiran 6 :
Bahan pendidikan kesihatan (1)
Imbas kod QR
Sumber : https://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2470?mid=878
Lampiran 6 :
Bahan pendidikan kesihatan (2)
Imbas kod QR
Sumber : https://www.infosihat.gov.my/projek-khas/kospen.html
Lampiran 6 :
Bahan pendidikan kesihatan (3)
Imbas kod QR
Sumber : https://www.youtube.com/watch?v=z26Qhr8AgHQ&t=2s
Lampiran 6 :
Bahan pendidikan kesihatan (4)
https://www.youtube.com/watch?v=ab7Cy2-4ZYM https://www.youtube.com/watch?v=3_-
OoKv0Zkk&list=PLQ4LHFNmGOvFsN8Mp9CSzHbHn1poSv3T5
&index=99
https://www.youtube.com/watch?v=WBwj5Ui67Bw&list=PL https://www.youtube.com/watch?v=OGcpL8Lz4eE&list=PLQ4
Q4LHFNmGOvFsN8Mp9CSzHbHn1poSv3T5&index=36 LHFNmGOvFsN8Mp9CSzHbHn1poSv3T5&index=157
https://www.youtube.com/watch?v=WJw6EygUk_0&list=PLQ https://www.youtube.com/watch?v=K-
4LHFNmGOvFsN8Mp9CSzHbHn1poSv3T5&index=91 HmTacz0e4&list=PLQ4LHFNmGOvFsN8
Mp9CSzHbHn1poSv3T5&index=26
https://www.youtube.com/watch?v=6AtT_UwpKDU&list=PLQ
4LHFNmGOvFsN8Mp9CSzHbHn1poSv3T5&index=173
Lampiran 6 :
Bahan pendidikan kesihatan (5)
Imbas kod QR
“Kerjasama dan komitmen saudara/i dalam menjalankan tanggungjawab
ini amat kami hargai. Diharapkan agar penghasilan garis panduan ini akan
menjadi instrumen yang sangat berguna untuk membantu health Agents
dalam menjalankan aktiviti promosi kesihatan serta memberi bimbingan
kepada petugas dalam mengamalkan gaya hidup sihat di tempat kerja
agar budaya kerja yang sihat dapat dibentuk.”
Together let's beat NCDs!
Shaharizan B.Yunus
Ketua Bahagian Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar Kumpulan FGV
Group Health and Safety Division 39
FGV Holdings Berhad
Level 13, Wisma FGV, Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur
E : [email protected]