The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

EBook Laksamana Hang Tuah dan Hang Jebat

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by frederickjustin10, 2021-12-02 01:14:11

EBook Laksamana Hang Tuah dan Hang Jebat

EBook Laksamana Hang Tuah dan Hang Jebat

Buku Cerita Kanak-Kanak

Laksamana Hang Tuah
Dan Hang Jebat

1

Hikayat Hang Tuah berasal dari keturunan anak
raja Bajung iaitu dari sebuah kampung dalam
jajahan raja di Goa, Mengkasar. Nama sebenar
beliau ialah Daeng Mempawah. Raja di Goa telah
menganugerahkan Mempawah kepada Sultan
Mansur Syah. Baginda sangat kasih dan sayang
terhadap Daeng Mempawah lalu diberi nama
Hang Tuah. Di usia 12 tahun, Hang Tuah pernah
membunuh dan mengalahkan dua orang yang
mengamuk di negeri. Setelah pergi dan menetap di
Melaka bersama Sultan, Hang Tuah sentiasa rajin
belajar ilmu hulubalang.

2

Hang Jebat ialah seorang pahlawan Melayu peringkat
tinggi pada masa pemerintahan Sultan Mansur Syah
di Melaka. Setelah kedatangan Laksaman Hang Tuah
ke Melaka beliau menjadi pendamping terdekat dan
rapat dengan Laksamana Hang Tuah. Hang Jebat
juga seorang yang sangat mahir menggunakan
senjata seperti keris sama seperti Laksamana Hang
Tuah.

3

Keris Taming Sari merupakan kepunyaan
Laksamana Hang Tuah yang dianugerahkan Sultan
Melaka kepada Hang Tuah atas jasa beliau
mengalahkan Taming Sari. Suatu hari, Laksamana
Hang Tuah telah difitnah oleh Patik Kerma Wijaya
iaitu menuduh Laksamana Hang Tuah mempunyai
hubungan sulit dengan dayang istana. Perkara ini
menyebabkan Sultan Melaka berasa kecewa dan
membuang Laksamana Hang Tuah dari negeri
Melaka. Perkara itu menyebabkan Sultan Melaka
menyerahkan Keris Taming Sari kepada Hang
Jebat yang telah dilantik baginda menjadi Laksama
untuk menggantikan Hang Tuah.

4

Pada suatu hari, Laksamana Hang Jebat telah
berzina dengan salah seorang dayang istana dan
mengamuk di istana Melaka dan beliau ingin
merampas istana raja Melaka. Beliau bertindak
ganas dengan membunuh ramai rakyat jelata di
istana kemungkinan pengaruh oleh keris taming
sari tersebut. Perkara ini menyebabkan Sultan
Mansur Syah memanggil semula dan
mengarahkan Hang Tuah untuk membunuh Hang
Jebat. Dalam pertarungan tersebut, Hang Tuah dan
Hang Jebat saling bertikam dan Hang Tuah dapat
mengelak tikaman tersebut sekali gus berjaya
merampas keris taming sari dari Hang Jebat.

5

Akhirnya setelah lama bertarung, Hang Tuah telah
berjaya menikam Hang Jebat. Selepas menikam
Hang Jebat, Hang Jebat tidak terus mati tetapi beliau
telah membalut lukanya dengan kain cindai. Hang
Tuah telah memberitahu kepada Sultan bahawa
beliau sudah membnuh Hang Jebat tetapi sebaliknya
beliau tidak sanggup membunuh rakannya sendiri.
Hang Jebat telah pergi keluar dari istana dan
membunuh ramai orang yang melintas di
hadapannya sebelum beliau pergi ke rumah Hang
Tuah dan menghembuskan nafas terakhirnya di
pangkuan Hang Tuah.

6

Moral Dan Pengajaran
Dari Cerita Tersebut.

Dari cerita Laksamana Hang Tuah dan Hang
Jebat ini, kita dapat melihat dan mencontohi
watak Laksamana Hang Tuah iaitu beliau
mempunyai sikap setia kawan yang tinggi dan
hati yang mulia kerana beliau tidak sanggup
membunuh kawannya sendiri iaitu Laksamana
Hang Jebat dalam pertarungan mereka berdua
tersebut. Walaupun Hang Tuah dibuang negeri
oleh Sultan serta kerisnya diserahkan kepada
Hang Jebat tetapi beliau tidak sanggup
membunuh kawannya Hang Jebat itu kerana
beliau tahu Hang Jebat dipengaruhi oleh keris
taming sari tersebut dan menyebabkan Hang
Jebat bertindak sedemikian. Sikap setia kawan
dan berhati mulia dapat menjadikan seseorang
insan tersebut menyelesaikan sesuatu masalah
dengan pihak lain dengan tenang dan tidak
memerlukan sebarang pembunuhan.

7


Click to View FlipBook Version