KAMPUS SATELIT CIAST-ADTEC TAIPING
PT15643 KAMUNTING RAYA, MUKIM ASSAM
KUMBANG, 34600 KAMUNTING, TAIPING,
PERAK
KERTAS PENERANGAN
KOD DAN NAMA C141-005-2:2021-C05 PEMBUATAN PAKAIAN
PROGRAM WANITA
TAHAP
2
KOD DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI C141-005-2:2021-C05 LADIES GARMENT CASUAL
NO. DAN PENYATAAN WEAR MAKING
AKTIVITI KERJA
1. PRODUCE CASUAL BLOUSE
2. PRODUCE CASUAL SKIRT
3. PRODUCE CASUAL PANTS
NO. KOD C141-005-2:2021-C05/KP (5/20) Muka surat: 1/8
TAJUK:
ASAS MENDRAF POLA BLAUS KASUAL
TUJUAN
Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan
kepada pelatih tentang bahan, peralatan mendraf pola dan kaedah dan kaedah
mendraf pola yang lebih terperinci.
PENERANGAN
Draf pola adalah satu aktiviti melukis pola dengan menggunakan bahan dan
peralatan yang betul serta ukuran yang tepat untuk memastikan bentuk pakaian
kelihatan cantik dan tiada masalah ketika menjahit. Untuk mendraf pola
hendakalah mengikut aturan yang betul dan dibuat berdasarkan model pakaian.
1. BAHAN DAN PERALATAN MENDRAF POLA
1.1 Bahan mendraf pola
a) Kertas perang
Kertas perang ialah bahan guna habis dalam proses mendraf pola pakaian.
Selain dari kertas perang anda juga boleh menggunakan kertas mahjung, dan
sebagainya. Pemilihan kertas untuk mendraf pola pakaian ialah kertas yang
bersaiz besar.
Rajah 1 : Brown paper
b) Borang ukuran badan
Borang ukuran badan digunakan untuk mencatat catat ukuran badan
pelanggan serta lakaran pakaian yang dikehendaki. Borang ini digunakan
untuk panduan mendraf pola.
Rajah 2 : Contoh borang tempahan
1.2 Alatan mendraf pola
a) Pita ukur
Rajah 3 : Pita ukur
Panjang pita ukur 150cm
Diperbuat daripada plastik lembut yang tidak memeri atau mengecut.
Mempunyai unit matrik sentimeter dan inci
b) Pembaris sesiku L
Rajah 4 : Pembaris sesiku L
Mempunyai unit matrik sentimeter dan inci
Diperbuat dari kayu atau plastik
Digunakan untuk mendapat sudut mendapatkan sudut yang tepat 90°pada
pola.
c) Pembaris lengkung
Rajah 5 : Pembaris lengkung
Panjangnya 60cm
Diperbuat daripada kayu atau plastik
Membantu membentuk pola seperti pinggang, rusuk dan kelim bawah baju
semasa mendraf pola.
d) Pembaris lurus
Rajah 6 : Pembaris lurus
Mempunyai unit matrik sentimeter dan inci
Diperbuat dari kayu atau plastik
Digunakan untuk membuat garis tegak yang panjang
e) Gunting kertas
Rajah 7 : Gunting kertas
Diperbuat dari keluli tahan karat
Digunakan untuk mengunting pola
f) Alat tulis
Rajah 8 : Alat tulis
Untuk membuat garisan dan melukis pola pada kertas perang.
Pensel yang sesuai ketika kerja mendraf adalah pensel jenis HB (sederhana
tebal)
2. KAEDAH MENDRAF POLA
Pola yang baik ialah pola yang telah disiapkan dengan basi jahitan dan tanda-tanda
pola. Ini adalah untuk memudahkan kerja-kerja mengunting fabrik. Kaedah yang
digunapakai untuk mendraf pola adalah seperti berikut:
a) Pastikan kertas pola dalam keadaan rata dan bersih.
b) Gunakan meja mendraf yang rata dan bersih.
c) Gunakan mata pensel yang sederhana tebal supaya mudah dipadam bila
melakukan kesilapan mendraf.
d) Guna ukuran yang telah dicatat.
e) Pastikan alatan mendraf berkeadaan baik dan bersih.
f) Gunakan peralatan dengan teknik yang betul.
SOALAN
1. Senaraikan 3 alatan untuk mendraf pola.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
2. Nyatakan 2 kaedah untuk mendraf pola.
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
RUJUKAN
1. A Guide to Fashion Sewing. New York: .Amaden, Crowford. 2015. Bloomsbury
Publishing Inc.. 978-1-62892.
2. Glosari Seni Reka Fesyen,Kuala Lumpur: .Kementerian Pelajaran Malaysia. 1993.
Dewan Bahasa dan Pustaka. –
3.Pola Pakaian Tingkatan 4 dan 5. Kuala Lumpur: .Lamah Abdul Ghani dan
Azmawati Abdul Aziz. 2015. Dewan Bahasa dan Pustaka.. 978-983-62-8666-6.
4.Variasi Busana Traditional. Shah Alam: . .Salikin Sidek. 2011. Grup Buku
Karangkraf Sdn. Bhd. 978-983-124-576-7
5. Membuat Pakaian Tingkatan 4 dan 5. Kuala Lumpur: .Zaitun Zakiah Mohd Noor,
Norzaini Abdul Ghani dan Nawawi Mohd. 2006. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN
983-62-8638-1