MPU23050 SAINS , TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM TEKNOLOGI MAKANAN ( Penggunaan Alkohol Dalam Makanan dan Minumam Menurut Syariat Islam ) USTAZAH FAREEHA NABILA NAMA & NO PENDAFTARAN ; 1) BALQIS NAZIRAH HUSSIN (07DKA23F1027) 2) NURSYAKILAH BINTI ABDUL BASAD (07DKA23F1036) 3) NURIZZATI AMIRAH BINTI ASIMUDIN (07DKA23F1069) 4) NURUL ASFADZILAH BINTI FADILY (07DKA23F1078)
PENDAHULUAN 01 Teknologi makanan merupakan cabang ilmu yang terus berkembang mengolah , memproses dan menghasilkan produk makanan. Dalam konteks syariat Islam, teknologi makanan memiliki relevansi yang penting terutama dalam hal penggunaan alkohol dalam makanan dan minuman. Penggunaan alkohol dalam makanan dan minuman menjadi isu yang sensitif dalam perspektif syariat Islam kerana larangan yang jelas terhadap penggunaan alkohol. Al-quran dan Hadis menegaskan larangan tersebut dengan tegas, mengigatkan umat islam untuk menjauhi minuman keras kerana kesannya merosakkan kesihatan dan kesadaran. Beberapa ayat dalam al-Quran yang berkaitan dengan arak termasuk Surah Al-Baqarah (2:219) dan Surah Al-Ma’idah (5:90-91)
02 Penggunaan alkohol dalam makanan dan minuman boleh dalam bentuk bahan perasa seperti dalam beberapa jenis sos atau minuman ringan. Justeru umat Islam dinasihatkan membaca label dan memastikan produk makanan atau minuman yang diambil tidak mengandungi alkohol atau bahan yang boleh menyebabkan mabuk. Walaubagaimanapun, perlu diingat bahawa terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai kadar alkohol yang boleh diterima dalam makanan dan minumam . Sesetengah ulama membenarkan tahap alkohol yang sangat rendah dalam produk tertentu, manakala yang lain memegang pandangan yang lebih ketat.
03 MENGGUNAKAN SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN YANG MEMBERIKAN NILAI TAMBAH KEPADA PENINGKATAN KUALITI Terdapat dua perkara antara penggunaan sains, teknologi, dan kejuruteraan dalam penggunaan alkohol dalam makanan dan minuman dapat memberikan peningkatan kualiti ialah pengawasan dan analisis yang ketat. Contohnya, Sains dan teknologi dapat digunakan untuk pengawasan dan analisis ketat terhadap kandungan alkohol dalam makanan dan minuman. Alat analisis canggih dapat memastikan bahwa produk makanan memenuhi kehalalan.
04 Yang kedua ialah pengembangan bahan ramah syariat. Kejuruteraan makanan dapat membantu dalam menciptakan bahan-bahan atau proses produk yang sesuai dengan prinsip-prinsip syariat termasuk larangan alkohol. Melalui pendekatan ini, sains, teknologi dan kejuruteraan dapat memberkan nilai tambah dalam meningkatkan kualiti makanan dan minuman tanpa melanggar prinsip-prinsip syariat islam terkait penggunaan alkohol. Hal ini akan membantu memenuhi keperluan yang memperhatikan aspek halal dalam pemilihan produk makanan dan minuman.
Menghubungkan kegiatan manusia dengan alam metafisika dapat dilihat dari perspektif yang lebih luas seperti etika dan tanggungjawab. Dalam pengembangan teknologi makanan, menghormati larangan penggunaan alkohol adalah bahagian dari pengabdian kepada Allah dan penghormatan terhadap ajaran-Nya. Menghormati larangan tersebut juga mencerminkan ketaan dan kesedaran akan tanggungjawab sebagai manusia. Alam metafisika dan hikmah di balik larangan. Penggunaan alkohol dalam makanan dan minuman telah dilarang dalam syariat islam kerana kesan negatifnya terhadap kesihatan fizikal. Dalam dimensi metafizikal, larangan ini juga boleh dilihat sebagai upaya untuk menjaga kesucian dan keseimbangan fitrah manusia yang diciptakan oleh Allah. 05 MENGHUBUNGKAN SEMUA KEGIATAN DENGAN ALAM METAFIZIKA
Secara keseluruhan, penggunaan teknologi makanan dan penghormatan terhadap larangan penggunaan alkohol dalam syariat Islam merupakan bahagian dari upaya manusia untuk membangun dunia yang seimbang serta memegang teguh nilai-nilai dalam tindakan dan pengembangan teknologi. 06
Berdasarkan kaedah Fiqh setiap perkara dinilai berdasarkan niat, menurut ajaran Islam meminum dan memakan sebarang minuman dan makanan yang beralkohol seperti arak adalah haram dan dilarang sama sekali. Perlu diketahui bahawa, tidak semua alkohol adalah arak. Dalam industri pemprosesan barang gunaan pada masa kini sama ada ia melibatkan makanan dan minuman ada juga alkohol yang dibenarkan untuk dicampurkan dalam makanan untuk tujuan yang tertentu dengan peratusan alkohol yang dibenarkan. 1. 07 PERKARA DINILAI BERDASARKAN NIAT (AL-UMUR BI MAQASIDIHA)
2. Penggunaan alkohol adalah dibenarkan dalam makanan dan minuman selagi penggunaan kadar alkohol itu menepati syarak dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam (JAKIM). Selain itu, dalam perubatan pula, penggunaan alkohol dalam ubat-ubatan adalah dibenarkan oleh syarak kerana dalam hal ini alkohol digunakan dengan niat untuk menyembuhkan penyakit dan membersihkan luka daripada sebarang jangkitan bakteria. Al-Sheikh Attiyah Saqar pula berpendapat bahawa, hukum menggunakan alkohol untuk mencuci luka (perubatan) adalah diharuskan kerana alkohol itu suci. Dr. Wahbah al-Zuhayli berpendapat bahawa alkohol (etanol) dari segi syarak adalah bukan sejenis najis. 08 PERKARA DINILAI BERDASARKAN NIAT (AL-UMUR BI MAQASIDIHA)
Dalam konteks penggunaan alkohol dalam minuman dan makanan, prinsip ini boleh diaplikasikan untuk situasi di mana terdapat kesulitan atau keperluan yang kuat yang memerlukan penggunaan alkohol dalam minuman dan makanan. Contohnya, jika seseorang memerlukan penggunaan produk yang menggunakan alkohol sebagai ubat yang diperlukan untuk kesihatan, maka dalam keadaan kecemasan, prinsip almashaqqah tajlibu at-taisir boleh digunakan untuk memberikan kelonggaran. Namun demikian, penggunaan prinsip ini harus dilakukan dengan berhatihati dan berdasarkan situasi yang benar-benar memerlukan serta dengan niat yang jelas. 09 KESUSAHAN MEMBAWA KEMUDAHAN (AL-MASHAQQAH TAJLIBU AT-TAISIR)
Menurut syariat Islam, penggunaan alkohol dalam makanan dan minuman diharamkan kerana dianggap membawa mudarat kepada individu dan masyarakat. Prinsip Fiqh ini bermaksud, dalam hukum Islam, segala sesuatu yang menimbulkan kerugian kepada individu dan masyrakat perlu dihindari dan dihapuskan. Oleh kerana itu, penggunaan alkohol dalam makanan dan minuman tidak dibolehkan dalam Islam kerana dianggap membawa kemudaratan. 10 KEMUDARATAN HENDAKLAH DIHAPUSKAN (AD-DARAR YUZAL)
Kesimpulannya, menurut syariat dalam islam, penggunaan alcohol dalam makanan dan minuman dilarang. Alkohol dianggap sebagai zat yang dapat memabukkan. Dalam islam , menjaga kesucian pikiran dan menjaga kesihatan tubuh badan sangat penting. Oleh itu, alcohol dihindari dalam segala bentuk konsumsinya. Akhir sekali arak adalah di haramkan dalam islam. Ulama islam juga bersepakat bahwa penambahan arak dalam produk makanan juga adalah haram dan tidak di benarkan serta etanol yang diekstrak daripada arak juga dikategorikan sebagai haram. 11 PENUTUP
RUJUKAN https://foodpromalaysia.wixsite.com/ https://acadamia.edu/64556/MEMAHAMI-KEPENTINGANKEBERSIHAN-DAN-KESELAMATAN-MAKANAN https://www.scribd.com/doc/230955586/Alkohol-DalamMinuman-Dan-Makanan-Jabatan-Kesihatan-Kedah-110112- Final 12
TARIKH/ TUGAS 4/5 5/5 6/5 7/5 8/5 9/5 Pendahuluan BALQIS BALQIS Isi 1 SYAKILAH SYAKILAH Isi 2 AMIRAH AMIRAH AMIRAH Penutup ASFA ASFA 13 CARTA GANTT
TERIMA KASIH