The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nurul Asfadzilah, 2024-05-16 20:32:02

PENGGUNAAN ALKOHOL DALAM MAKANAN DAN MINUMAN MENURUT SYARIAT ISLAM

group (3)

MPU23050 SAINS , TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM TEKNOLOGI MAKANAN ( Penggunaan Alkohol Dalam Makanan dan Minumam Menurut Syariat Islam ) USTAZAH FAREEHA NABILA NAMA & NO PENDAFTARAN ; 1) BALQIS NAZIRAH HUSSIN (07DKA23F1027) 2) NURSYAKILAH BINTI ABDUL BASAD (07DKA23F1036) 3) NURIZZATI AMIRAH BINTI ASIMUDIN (07DKA23F1069) 4) NURUL ASFADZILAH BINTI FADILY (07DKA23F1078)


PENDAHULUAN 01 Teknologi makanan merupakan cabang ilmu yang terus berkembang mengolah , memproses dan menghasilkan produk makanan. Dalam konteks syariat Islam, teknologi makanan memiliki relevansi yang penting terutama dalam hal penggunaan alkohol dalam makanan dan minuman. Penggunaan alkohol dalam makanan dan minuman menjadi isu yang sensitif dalam perspektif syariat Islam kerana larangan yang jelas terhadap penggunaan alkohol.


02 dan Ini berdasarkan hadith daripada Nabi SAW: ُهَو َحَراٌم َف َر َك ْس َأ ُّل َشَراٍب ُك Maksudnya: “Semua yang memabukkan adalah haram. ” Riwayat Bukhari (5263) dan Muslim (2001) Al-quran dan Hadis menegaskan larangan tersebut dengan tegas, mengigatkan umat islam untuk menjauhi minuman keras kerana kesannya merosakkan kesihatan dan kesadaran. Beberapa ayat dalam al-Quran yang berkaitan dengan arak termasuk Surah Al-Baqarah (2:219) dan Surah Al-Ma’idah (5:90-91)


02 Penggunaan alkohol dalam makanan dan minuman boleh dalam bentuk bahan perasa seperti dalam beberapa jenis sos atau minuman ringan. (http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/10281) Justeru umat Islam dinasihatkan membaca label dan memastikan produk makanan atau minuman yang diambil tidak mengandungi alkohol atau bahan yang boleh menyebabkan mabuk. Walaubagaimanapun, perlu diingat bahawa terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai kadar alkohol yang boleh diterima dalam makanan dan minuman . Sesetengah ulama membenarkan tahap alkohol yang sangat rendah dalam produk tertentu, manakala yang lain memegang pandangan yang lebih ketat. (https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/12400/1/AJ_A%20ANIS%20NAJIHA%20JI%20%2014.pdf) (Menurut Yusuf Qaradhawi (1984), seorang ulama terkemuka di dunia)


03 MENGGUNAKAN SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN YANG MEMBERIKAN NILAI TAMBAH KEPADA PENINGKATAN KUALITI Alkohol dalam pelbagai bentuk, digunakan dalam perubatan sebagai antiseptik, desinfektan dan penawar. Alkohol digunakan pada kulit untuk membasmi kuman pada kulit sebelum disuntik dan sebelum pembedahan. Ia boleh digunakan untuk membasmi kuman pada kulit seseorang individu dan tangan penyedia perkhidmatan kesihatan. Contoh antiseptik ialah pembersih tangan ataupun “hand sanitizer” dan ubat cecair DETTOL. Alkohol telah digunakan sebagai antiseptik sejak tahun 1363, dengan bukti untuk menyokong penggunaannya yang tersedia pada akhir tahun 1800-an. ini terdapat dalam Senarai Ubat-ubatan Penting Organisasi Kesihatan Sedunia.


04 Penapaian ialah proses menghasilkan tenaga dalam sel menggunakan keadaan yang dipanggil tanpa udara atau oksigen. Istilah ini sering dipanggil anaerobik. Penapaian ialah proses pengawetan makanan semulajadi, di mana mikroorganisma seperti yis dan bakteria menukar karbohidrat, seperti kanji dan gula, kepada alkohol atau asid. Alkohol atau asid berfungsi sebagai pengawet semula jadi dan biasanya memberikan rasa yang kuat dan kenyal kepada makanan yang ditapai.


Menghubungkan kegiatan manusia dengan alam metafisika dapat dilihat dari perspektif yang lebih luas seperti etika dan tanggungjawab. Dalam pengembangan teknologi makanan, menghormati larangan penggunaan alkohol adalah bahagian dari pengabdian kepada Allah dan penghormatan terhadap ajaran-Nya. Menghormati larangan tersebut juga mencerminkan ketaan dan kesedaran akan tanggungjawab sebagai manusia. Alam metafisika dan hikmah di balik larangan. Penggunaan alkohol dalam makanan dan minuman telah dilarang dalam syariat islam. Namun, sebahagian ulama berpendapat alkohol yang rendah dalam makanan dan minuman di bolehkan(https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/12400/1/AJ_A%20ANIS%20NAJIHA%20JI %20%2014.pdf). 05 MENGHUBUNGKAN SEMUA KEGIATAN DENGAN ALAM METAFIZIKA


Pengambilan alkohol yang rendah dalam makanan tidak akan memudaratkan kesihatan jika diambil dengan niat yang betul dan dalam kuantiti yang rendah. Sebagai contoh, proses pengawetan makanan. Secara keseluruhan, penggunaan teknologi makanan dan penghormatan terhadap larangan penggunaan alkohol dalam syariat Islam merupakan bahagian dari upaya manusia untuk membangun dunia yang seimbang serta memegang teguh nilai-nilai dalam tindakan dan pengembangan teknologi. 06


Berdasarkan kaedah Fiqh setiap perkara dinilai berdasarkan niat, menurut ajaran Islam meminum dan memakan sebarang minuman dan makanan yang beralkohol seperti arak adalah haram dan dilarang sama sekali. Perlu diketahui bahawa, tidak semua alkohol adalah arak. Dalam industri pemprosesan barang gunaan pada masa kini sama ada ia melibatkan makanan dan minuman ada juga alkohol yang dibenarkan untuk dicampurkan dalam makanan untuk tujuan yang tertentu dengan peratusan alkohol yang dibenarkan. 1. 07 PERKARA DINILAI BERDASARKAN NIAT (AL-UMUR BI MAQASIDIHA)


2. Penggunaan alkohol adalah dibenarkan dalam makanan dan minuman selagi penggunaan kadar alkohol itu menepati syarak dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam (JAKIM). Selain itu, dalam perubatan pula, penggunaan alkohol dalam ubat-ubatan adalah dibenarkan oleh syarak kerana dalam hal ini alkohol digunakan dengan niat untuk menyembuhkan penyakit dan membersihkan luka daripada sebarang jangkitan bakteria. Al-Sheikh Attiyah Saqar pula berpendapat bahawa, hukum menggunakan alkohol untuk mencuci luka (perubatan) adalah diharuskan kerana alkohol itu suci. Dr. Wahbah al-Zuhayli berpendapat bahawa alkohol (etanol) dari segi syarak adalah bukan sejenis najis. 08 PERKARA DINILAI BERDASARKAN NIAT (AL-UMUR BI MAQASIDIHA)


Dalam konteks penggunaan alkohol dalam minuman dan makanan, prinsip ini boleh diaplikasikan untuk situasi di mana terdapat kesulitan atau keperluan yang kuat yang memerlukan penggunaan alkohol dalam minuman dan makanan. Contohnya, jika seseorang memerlukan penggunaan produk yang menggunakan alkohol sebagai ubat yang diperlukan untuk kesihatan, maka dalam keadaan kecemasan, prinsip al-mashaqqah tajlibu at-taisir boleh digunakan untuk memberikan kelonggaran. Contohnya, ubat batuk yang mengandungi alkohol iaitu Rinathiol. Namun demikian, penggunaan prinsip ini harus dilakukan dengan berhatihati dan berdasarkan situasi yang benar-benar memerlukan serta dengan niat yang jelas. 09 KESUSAHAN MEMBAWA KEMUDAHAN (AL-MASHAQQAH TAJLIBU AT-TAISIR)


Menurut syariat Islam, penggunaan alkohol dalam makanan dan minuman diharamkan kerana dianggap membawa mudarat kepada individu dan masyarakat. Prinsip Fiqh ini bermaksud, dalam hukum Islam, segala sesuatu yang menimbulkan kerugian kepada individu dan masyarakat perlu dihindari dan dihapuskan. Oleh kerana itu, penggunaan alkohol dalam makanan dan minuman tidak dibolehkan dalam Islam kerana dianggap membawa kemudaratan dan boleh memabukkan. 10 KEMUDARATAN HENDAKLAH DIHAPUSKAN (AD-DARAR YUZAL)


Kesimpulannya, menurut syariat dalam islam, penggunaan alcohol dalam makanan dan minuman dilarang. Alkohol dianggap sebagai zat yang dapat memabukkan. Dalam islam , menjaga kesucian pikiran dan menjaga kesihatan tubuh badan sangat penting. Oleh itu, alcohol dihindari dalam segala bentuk penggunaannya. Akhir sekali arak adalah di haramkan dalam islam. Ulama islam juga bersepakat bahwa penambahan arak dalam produk makanan juga adalah haram dan tidak di benarkan serta etanol yang diekstrak daripada arak juga dikategorikan sebagai haram. 11 PENUTUP


PENUTUP selain itu, tidak semua alkohol adalah arak. Dalam industri pemprosesan barang gunaan pada masa kini sama ada ia melibatkan makanan dan minuman ada juga alkohol yang dibenarkan untuk dicampurkan dalam makanan untuk tujuan yang tertentu dengan peratusan alkohol yang dibenarkan. Dalam perubatan pula, penggunaan alkohol dalam ubat-ubatan adalah dibenarkan oleh syarak kerana dalam hal ini alkohol digunakan dengan niat untuk menyembuhkan penyakit dan membersihkan luka daripada sebarang jangkitan bakteria. 11


RUJUKAN https://foodpromalaysia.wixsite.com/ https://acadamia.edu/64556/MEMAHAMI-KEPENTINGANKEBERSIHAN-DAN-KESELAMATAN-MAKANAN https://www.scribd.com/doc/230955586/Alkohol-DalamMinuman-Dan-Makanan-Jabatan-Kesihatan-Kedah-110112- Final 12


NAMA/ TUGAS BALQIS SYAKILAH AMIRAH ASFA Pendahuluan Isi 1 Isi 2 Penutup 13 CARTA GANTT ✔️ ✔️ ✔️ ✔️


TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version