The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT GURU BIL 02 2020 SMKA SHOAW

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ROZITA ANAK LATIP Moe, 2020-11-27 01:55:18

MINIT MESYUARAT GURU BIL 02 2020 SMKA SHOAW

MINIT MESYUARAT GURU BIL 02 2020 SMKA SHOAW

MINIT MESYUARAT GURU BIL. 02/ 2020
SMKA SHEIKH HAJI OTHMAN ABDUL WAHAB, KUCHING

Tarikh : 21 Mei 2020

Hari : Khamis

Masa : 0900 Pagi

Tempat : Kediaman masing-masing

Medium : Google Meet

Agenda : 1. Kata Aluan Pengerusi

2. Taklimat Pengetua

3. Taklimat Ringkas

3.1 Penolong Kanan Pentadbiran & Akademik

3.2 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

3.3 Penolong Kanan Kokurikulum

3.4 Penolong Kanan Tingkatan 6

4. Hal-Hal Lain

Kehadiran :

1. Haji Kanil Bin Haji Ali Hassan (Pengetua)

2. Rohani Binti Tuah (PK1)

3. Habibah Binti Mohamad Suhai (PKHEM)

4. An-Nur Bin Kiprawi (Pk Kokurikulum)

5. Hazizy Bin Hanis (PKT6)

6. Mohd. Hafizuddin Bin Yasin

7. Rozita Anak Latip

8. Dayang Zeti Binti Abang Supian

9. Faridah Husna Binti Abdullah

10. Aidayusmi Binti Yusop

11. Ajibah Binti Dolhan

12. Ayu Diana Bt Mohd Ibrahim

13. Baharin Bin Amit

14. Che Sabariah Binti Alwi

15. Dayang Juita Binti Awang Junaidi

16. Enam Binti Bujet

17. Hairilannuar Bin Mazellas

18. Hashimah Noor Bt Amat

19. Jejidid Bin Chee

20. Kathy Amalina Binti Salleh Dicky

21. Liza Binti Narawi

1

22. Marzatul Zanina Binti Zabidi
23. Meriyusnita Binti Rajab
24. Mohamad Noor Bin Bujang
25. Muhammad Zulkhairin B. Abdullah
26. Nasruddin Bin Muhamad Tajuddin
27. Nik Muhammad Syamil Bin Nik Mohd Anuar
28. Noor ‘Adilah Binti Mat Junoh
29. Noorul Syauqina Nazmi Bt.
30. Nor Amira Binti Mohd Noor
31. Nor Nasuha Binti Mohd Shukeri
32. Nuraadila Binti Mat Amin
33. Nurain Binti Hamid
34. Nurhayatul Azwa Binti Misli
35. Nurul Hafis Bin Mohamed
36. Nurul Husna Binti Abd Manaf
37. Nurul’ain Binti Zaini
38. Nurulaini Binti Musa
39. Rashidah Binti Alias
40. Razali Bin Abu Bakar
41. Razali Bin Sani
42. Saiful Busfari Bin Saiee
43. Sharifah Fadzilah Wan Ibrahim
44. Siti Nor Mahiram Binti Adnan
45. Syarifah Zarina Binti Wan Bujang Jenalabidin
46. Zaiton Binti Bakar
47. Zuliani Binti Abdullah
48. Zeti Ezwina Binti Che Man
49. Norhadijah binti Rasid
50. Iskandar B. Sabang
51. Nurlyana Binti Abdul Latiff

Ketidakhadiran: (Bersebab)
52. Mariana Bt. Jalani (Cuti Bersalin)

1. Kata Aluan Pengerusi
1.1 Ucapan terima kasih atas kehadiran guru dalam Mesyuarat Guru pada kali ini yang menggunakan
medium Google Meet. Mesyuarat kali ini hanya melibatkan Guru Arus Perdana sahaja untuk
mengelakkan kesesakan talian yang boleh menyebabkan ketidaklancaran mesyuarat.
1.2 Sepanjang tempoh PKPB, mohon semua guru menjaga kesihatan masing-masing daripada dijangkiti
virus Covid-19. Sekolah dalam keadaan yang baik sepanjang PKPB.

2

1.3 Sepanjang tempoh PKPB, semua guru masih bertugas dengan mengajar pelajar masing-masing
dengan menggunakan pelbagai medium seperti WhatsApps, Telegram, Google Classroom dan
sebagainya berdasarkan kepada Jadual PdPc semasa PKP yang diedarkan dalam Telegram Rasmi
Sekolah tempoh hari oleh PK Pentadbiran & Akademik, Pn. Rohani. Malah, para guru boleh dipanggil
bertugas ke sekolah sepanjang tempoh PKPB sekiranya diperlukan.

1.4 Tahniah kepada guru yang telah mendapat cahaya mata iaitu Pn. Mariana, Pn. Khairunnisa dan Pn.
Nazhatulisma. Memaklumkan bahawa Pn. Farah Hanis kini berada di Hospital Kuala Lumpur untuk
menemani anaknya yang menjalani rawatan mata. Semoga segala urusan beliau dipermudahkan.

2. Taklimat Pengetua
2.1 Setinggi-tinggi terima kasih kepada En. Akram b. Abdul Rashid atas persaraan beliau pada 10 Mei 2020
tempoh hari. Segala sumbangan dan jasa baik beliau sepanjang berkhidmat di SMKA Sheikh Hj
Othman Abdul Wahab adalah amat dihargai.
2.2 Ucapan Selamat Hari Guru 2020 kepada semua guru. Tema Hari Guru 2020 pada kali ialah “Berguru
Demi llmu, Bina Generasi Baharu”. Pihak sekolah akan mengadakan pertandingan video ucapan
sempena Hari Guru dalam kalangan pelajar yang akan diselaraskan oleh Ketua Bidang Bahasa, Pn.
Faridah Husna.
2.3 Ucapan terima kasih kepada semua guru yang telah memberi sumbangan Ramadhan. Wang
sumbangan tersebut akan diserahkan kepada pekerja pembersihan sebelum Hari Raya Aidilfitri.
2.4 Memaklumkan agar guru mendapatkan maklumat yang sahih terlebih dahulu sebelum
menyebarkannya. Segala maklumat terkini yang berkaitan akan disampaikan oleh JPN Sarawak dan
PPD masing-masing. Beliau akan menyebarkan makluman terkini melalui Telegram rasmi sekolah.
2.5 Para guru dimohon supaya mudah untuk dihubungi sepanjang tempoh PKP untuk memudahkan
dapatan maklumat yang dokehendaki oleh JPN Sarawak atau PPD.
2.6 Sepanjang tempoh PKP, semua guru dimohon untuk mencapai sasaran sekurang-kurangnya 5 hari
berkursus melalui kaedah latihan dalam talian seperti e-Pembelajaran, Webinar, EPSA dan sebagainya.
Semua guru juga perlu menyelesaikan Kursus HBHB AKPK sebelum atau pada 31 Mei 2020. Kursus
ini adalah dikira sebagai 1 hari berkursus (6 jam latihan) dan termasuk dalam keperluan 5 hari
berkursus.
2.7 Memakluman Pengarah Pendidikan Sarawak yang baharu ialah Tuan Haji Abang Mat Ali B. Abang
Masagus. Mantan Pengarah Pendidikan Sarawak iaitu Dr. Hj Azhar B. Hj. Ahmad telah dilantik sebagai
Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia.
2.8 Pihak KPM telah mengumumkan bahawa eg-Tukar sesi Jun 2020 ditangguh dan disekalikan dengan
sesi Januari 2021. Mana-mana guru yang telah memohon pertukaran pada tahun ini akan ditangguhkan
sehingga tahun depan.
2.9 Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua guru yang telah menyampaikan pdpc dalam talian
sepanjang tempoh PKP. Pelbagai platform seperti WhatsApp, Telegram, Google Classroom dan
sebagainya telah digunapakai oleh para guru untuk menyampaikan pdpc kepada pelajar. Beliau
mengharapkan agar pdpc dalam talian ini diteruskan terutamanya untuk kelas bukan peperiksaan yang
memerlukan penilaian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

3

2.10 Pembukaan sekolah akan hanya akan melibatkan kelas-kelas peperiksaan seperti Tingkatan 5 (SPM)
dan Tingkatan 6 (STPM). Laporan persediaan sekolah selepas tamat tempoh PKP perlu dilaksanakan
agar mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang akan dikeluarkan oleh KPM kelak.
Kemungkinan, beberapa orang guru akan dipanggil bagi membantu persediaan pembukaan sekolah
selepas tamat tempoh PKP. Pihak Pengurusan Sekolah telah disediakan Jadual Bertugas sepanjang
PKPB.

2.11 Penilaian PBPPP telah dilaksanakan seperti biasa. Mohon agar semua PYD menyerahkan Borang
Keberhasilan kepada PP1 dan PP2 masing-masing untuk dinilai. Markah penilaian pertama bukanlah
markah muktamad dan boleh berubah dalam penilaian kedua.

2.12 Pengagihan wang sumbangan One-Off kepada pelajar Tingkatan 6 akan diagihkan kepada para pelajar
Tingkatan 6 sebelum cuti Hari Raya Aidilfitri. Wang akan dibank-in dalam akaun bank pelajar masing-
masing.

2.13 Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua guru TMUA atas kejayaan 14 orang pelajar yang
berjaya khatam al-Quran. Majlis Khatam al-Quran dalam talian akan diadakan dan diselaraskan oleh
KB Pendidikan Islam.

2.14 Mohon agar semua guru mengikuti kajian atau survei atas talian yang dilaksanakan oleh KPM, JPN
atau PPD. Kajian tersebut amat penting bagi pihak terbabit mendapatkan data terkini sepanjang tempoh
PKP.

3. Taklimat Ringkas
3.1 Pn. Rohani Bt. Tuah (PK Pentadbiran & Akademik)
3.1.1 Masih kedapatan para guru yang masih belum mencapai 5 hari berkursus. Mohon agar
semua guru menyelesaikan kursus HBHB AKPK dalam SPL KPM sebelum 31 Mei 2020.
Guru juga digalakkan untuk membaca buku ilmiah untuk mencapai jumlah hari berkursus
yang ditetapkan kepada warga KPM.
3.1.2 Pelaksanaan Pdpc dalam talian masih diteruskan. Selepas tamatnya tempoh PKP hanya
kelas peperiksaan seperti Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 akan turun ke sekolah. Mohon agar
kelas-kelas bukan peperiksaan melengkapkan PBD masing-masing.
3.1.3 Para guru digalakkan memberi ujian sumatif atas talian kepada pelajar. Sekiranya hanya
50% pelajar yang menduduki ujian tersebut, sila maklumkan kepada ibu bapa/penjaga
melaui Guru Tingkatan.
3.1.4 Pemantauan Program Transformasi Sekolah TS25 akan dilaksanakan di sekolah selepas
bengkel. Antara pemantauan yang akan dilaksanakan ialah program intervensi bidang
Sains & Matematik dan bidang Bahasa.
3.1.5 Laporan Persediaan Kelas apabila pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 masuk sekolah perlu
dihantar kepada JPN Sarawak. Jadual kelas baharu yang melibatkan Tingkatan 5 dan
Tingkatan 6 akan disediakan selepas Mesyuarat Kurikulum.
3.1.6 Keputusan Peperiksaan Diagnostik Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 masih belum lengkap
sepenuhnya apabila kertas peperiksaan pelajar tertinggal di Sarawak apabila guru balik
Semenanjung Malaysia. Antara mata pelajaran yang masih belum lengkap ialah mata
pelajaran Bahasa Arab. Mohon agar Ketua Panitia berbincang dengan ahli panitia untuk

4

merangka pelbagai program intervensi bagi meningkatkan prestasi mata pelajaran masing-
masing.

3.2 Pn. Habibah Bt Mohd Suhai (Pemangku PK Hal Ehwal Murid)
3.2.1 Seramai 40 orang pelajar belum respon terhadap sumbangan wang One-Off Tingkatan 6.
Mohon agar Guru Tingkatan agar berhubung dengan pelajar berkenaan untuk memudahkan
urusan bank-in wang tersebut.
3.2.2 Setakat ini sumbangan wang Ramadhan yang disumbangkan ialah RM5530.00 dan baki
semasa ialah RM2680.00. Ibu bapa/penjaga juga boleh memohon sumbangan tersebut
sekiranya pendapatan mereka terjejas sepanjang tempoh PKP.
3.2.3 Semua Guru Tingkatan dimohon untuk mengemaskini APDM kelas masing-masing dan
memastikan agar bilangan anak-anak dalam keluarga dalam jumlah yang betul.

3.3 En. An-Nur Kiprawi (PK Korikulum)

3.3.1 Status pengisian data Kokurikulum dan SEGAK belum mencapai 100%. Setakat 21 Mei

2020 pengisan data PAJSK adalah seperti berikut:

Bil. Tingkatan % Pengisian
1. Tingkatan 1 60
2. Tingkatan 2 60
3. Tingkatan 3 40
4. Tingkatan 4 0
5. Tingkatan 5 50
6. Tingkatan 6 100

3.3.2 Status pengisan data SEGAK:

Bil. Tingkatan % Pengisian

1. Tingkatan 1 40
2. Tingkatan 2 60

3. Tingkatan 3 60

4. Tingkatan 4 40

5. Tingkatan 5 60

3.3.3 Setinggi-tinggi terima kasih kepada semua guru yang telah mengisi data PAJSK dan
SEGAK. Mohon agar mana-mana guru yang masih belum mengisi data tersebut sila
berbuat demikian secepat mungkin.

3.3.4 Pn. Zuliani menyatakan Kelab RBT tiada dalam senarai kelab dalam PAJSK. En. An-Nur
memaklumkan kelab tersebut akan ditukar nama kepada Kelab KHB.

3.4 En.Hazizy B.Hanis (PK Tingkatan 6)
3.4.1 Kerja kursus Tingkatan 6 akan diteruskan seperti biasa. Soalan kerja kursus telah
dikeluarkan oleh MPM pada 28 Mei 2020. Taklimat ringkas bersama pelajar Tingkatan 6
menggunakan Google Meet.

5

4. Hal-Hal Lain
4.1 En. Mohd Hafizuddin memaklumkan Majlis Khatam al-Quran akan diadakan dalam talian secara live di
Facebook pada 22 Mei 2020 (Jumaat) pada pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Para guru
TMUA sedang setting pelajar-pelajar yang telah khatam al-Quran.
4.2 En. Saiful Busfari memaklumkan bahawa pdpc kelas beliau menggunakan Google Classroom dan
Google Meet. Beliau telah menggabungkan kelas Tingkatan 5 yang diajar. Beliau mencadangkan agar
pelajar diberikan komputer riba sekolah untuk memudahkan mereka belajar di rumah masing-masing.
Penggunaan telefon bimbit agak terhad bagi menyampaikan pembelajaran. Penyelaras Skim Pinjaman
Komputer Riba, Pn. Nurhayatul Azwa akan cuba untuk menyerahkan komputer riba kepada pelajar yang
memerlukan dan dibantu oleh En. Amar (Juruteknik Sekolah).
4.3 Pn. Meriyusnita memaklumkan sesi pdpc sepanjang tempoh PKP berlansung dengan lancar. Tingkatan
1 Hambali menunjukkan minat yang mendalam dalam pdpc melalui Google Classroom iaitu 80%.
Penglibatan ibu bapa pelajar 1 Hambali juga amat memberansangkan. Tasmiq tilawah bagi pelajar
Tingkatan 5 tidak begitu memberansangkan kerana ramai yang tidak terlibat dalam Google Classroom.
Pn. Meriyusnita mencadangkan agar Guru Tingkatan memaklumkan kepada ibu bapa/penjaga agar
semua pelajar menghadiri kelas berdasarkan jadual pdpc sepanjang tempoh PKP.
4.4 Pengerusi memaklumkan bahawa guru masih perlu menyediakan catatan ringkas RPH sepanjang
tempoh PKP berdasarkan Jadual PdPc Semasa PKP.

Mesyuarat Guru ditangguhkan pada pukul 11.00 pagi.dan diakhiri dengan bacaan Surah al-Asr dan tasbih kaffarah.

Minit dicatat oleh: Disemak:
Pencatat:
………………………………………..
………………………… (HAJI KANIL B. HAJI ALI HASSAN)
(ROZITA ANAK LATIP) Pengetua
Setiausaha Mesyuarat Guru SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab
SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab

6

7


Click to View FlipBook Version