The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azhana2202, 2024-03-25 20:28:14

karangan

karangan

1 TEKNIK PENULISAN KARANGAN BINAAN KARANGAN PENGOLAHAN PENDAHULUAN Ayat 1 (A1) Pernyataan soalan / tajuk Ayat 2 (A2) Isu Ayat 3 (A3) Keseriusan isu Ayat 4 (A4) Persoalan Ayat 5 (A5) Kehendak soalan PENGOLAHAN ISI Ayat 1 (A1) Isi utama/ topik APA Ayat 2 (A2) Huraian tentang isi tersebut MENGAPA Ayat 3 (A3) Contoh/bukti CONTOH Ayat 4 (A4) Kesan BAGAIMANA Ayat 5 (A5) Kesimpulan/ Penegasan tentang isi tersebut KESIMPULAN ISI/ PENEGASAN PENGOLAHAN KESIMPULAN Ayat 1 (A1) Kesimpulan tentang tajuk Ayat 3 (A2) Saranan/ Cadangan Ayat 4 (A3) Harapan


2 PENGOLAHAN PENDAHULUAN KARANGAN: Teknik Penulisan Pendahuluan Contoh: Tajuk: Kemalangan di jalan raya Skop: Punca kemalangan di jalan raya Ayat 1 (A1) Pernyataan soalan/ tajuk Kemalangan jalan raya sering dilaporkan dalam media massa. Ayat 2 (A2) Isu Kadar kemalangan di jalan raya semakin serius dan bertambah terutamanya pada musim perayaan. Ayat 3 (A3) Keseriusan isu Banyak pengguna jalan raya telah terkorban dalam kemalangan di jalan raya dan hal ini membimbangkan penggunapengguna jalan raya kerana malang tidak berbau. Ayat 4 (A4) Persoalan Persoalannya, mengapakah kadar kemalangan di jalan raya bertambah pada setiap tahun walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk menanganinya? Ayat 5 (A5) Kehendak soalan Terdapat berbagai-bagai punca berlakunya, peningkatan kadar kemalangan di jalan raya. Kemalangan di jalan raya sering dilaporkan dalam media massa (Ayat 1/ Pernyataan Soalan/ tajuk). Kadar kemalangan di jalan raya semakin serius dan bertambah terutamanya pada musim perayaan (Ayat 2/ Isu). Banyak pengguna jalan raya telah terkorban dalam kemalangan di jalan raya dan hal ini membimbangkan pengguna-pengguna jalan raya kerana malang tidak berbau. (Ayat 3/ Keseriusan Isu). Persoalannya, mengapakah kadar kemalangan di jalan raya bertambah pada setiap tahun walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk menanganinya? (Ayat 4/ Persoalan). Terdapat berbagai-bagai punca berlakunya, peningkatan kadar kemalangan di jalan raya (Ayat 5/ Kehendak soalan).


3 PENGOLAHAN ISI KARANGAN: Teknik Penulisan Isi Contoh: Tajuk: Kemalangan di jalan raya Skop: Punca kemalangan di jalan raya Isi : kecuaian pemandu Ayat 1 (A1) Isi utama/ pernyataan isi Salah satu faktor yang menyebabkan kemalangan di jalan raya semakin meningkat saban tahun kerana kecuaianpemandu. Ayat 2 (A2) Huraian tentang isi tersebut Kebanyakan pemandu tidak mengambilberat akan peraturan dan keselamatan mereka ketika memandu. Ayat 3 (A3) Contoh/ bukti Buktinya, pihak Polis Diraja Malaysia melaporkan bahawa punca utama berlakunya kemalangan sepanjang OpsSikap pada musim perayaan yang lalu adalah disebabkan kecuaian pemandu. Ayat 4 (A4) Kesan Kecuaian mereka sering kali mengakibatkan kemalangan dan membawapadah kepada diri sendiri, keluarga dan pengguna jalan raya yang lain. Ayat 5 (A5) Kesimpulan/ Penegasan tentang isi tersebut Kesimpulannya, punca utama peningkatankadar kemalangan di jalan raya adalah disebabkan oleh kecuaian pemandu itu sendiri. Tajuk: Kemalangan di jalan raya Skop: Punca kemalangan di jalan raya Isi : Kelemahan penguatkuasaan undang-undang Ayat 1 (A1) Isi utama/ pernyataan isi Dalam pada itu, kelemahan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan juga merupakan punca kemalangan di jalan raya Ayat 2 (A2) Huraian tentang isi tersebut ketidaktegasan dalam pelaksanaan undangundang sudah pasti membuka ruang kepada sesetengah pihak untuk terus melakukan kesalahan di jalan raya. Ayat 3 (A3) Contoh/ bukti Sebagai contoh, akibat daripada ketidakjujuran segelintir pihak berkuasa yang sanggup menerima rasuah, pemandu bas yang mempunyai banyak saman dan waran tangkap masih terlepas daripada tindakan undang-undang Ayat 4 (A4) Kesan Kes kemalangan jalan raya sentiasa meningkat dari semasa ke semasa Ayat 5 (A5) Kesimpulan/ Penegasan tentang isi tersebut Tuntasnya, kelemahan penguatkuasaan undangundang turut menjadi dalang dalam masalah kemalangan jalan raya..


4 Tajuk: Kemalangan di jalan raya Skop: Punca kemalangan di jalan raya Isi : Keadaan jalan raya yang tidak baik Ayat 1 (A1) Isi utama/ pernyataan isi Selain itu kemalangan juga disebabkan oleh keadaan jalan raya yang tidak baik Ayat 2 (A2) Huraian tentang isi tersebut Dengan struktur jalan raya yang berlekak-lekuk serta mempunyai permukaan yang tidak rata telah menyukarkan pemandu untuk memberi tumpuan lalu mudah berlakunya peristiwa ngeri ini. Ayat 3 (A3) Contoh/ bukti Keadaan jalan raya yang teruk akan membahayakan pengguna jalan raya khususnya bagi mereka yang memandu pada waktu malam Ayat 4 (A4) Kesan membataskan penglihatan para pemandu terhadap objekdi hadapan mereka. Ayat 5 (A5) Kesimpulan/ Penegasan tentang isi tersebut Maka, keadaan jalan raya harus diubah supaya menjadi lebih selamat buat pengguna jalan raya. PENGOLAHAN KESIMPULAN KARANGAN: Teknik Penulisan Kesimpulan Contoh: Tajuk: Kemalangan di jalan raya Skop: Punca kemalangan di jalan raya Ayat 1 (A1) Kesimpulan tentang tajuk Kesimpulannya, kemalangan di jalan rayaberpunca daripada berbagai-bagai faktor. Ayat 2 (A2) Penegasan tentang isu Faktor tersebut menjadikan jalan rayasebagai “kubur” kepada pengguna- pengguna jalan raya. Ayat 3 (A3) Saranan/ Cadangan Oleh itu, semua pihak hendaklah sederap tenaga dan berganding bahu bagai aur dengan tebing bekerjasama dan berusahauntuk menangani masalah ini. Ayat 4 (A4) Harapan Melalui usaha pelbagai pihak, diharapkan negara ini akan melahirkan pemandu yangberhemah dan berjaya mencapai “sifar kemalangan di jalan raya”. Kesimpulannya, kemalangan di jalan raya berpunca daripada berbagai-bagai faktor (Ayat 1/ Kesimpulan tentang tajuk). Faktor tersebut menjadikan jalan raya sebagai “kubur” kepada pengguna-pengguna jalan raya (Ayat 2/ Penegasan tentang isu). Oleh itu, semua pihak hendaklah sederap tenaga dan berganding bahu bagai aur dengan tebing, bekerjasama dan berusaha untuk menangani masalah ini (Ayat 3/ Saranan atau Cadangan). Melalui usaha pelbagai pihak, diharapkan negara ini akan melahirkan pemandu yang berhemah dan berjaya mencapai “sifar kemalangan di jalan raya” (Ayat 4/ Harapan).


5 PENANDA WACANA UNTUK KARANGAN A. PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN· ✓ Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu … ✓ Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah … ✓ Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. ✓ Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat. ✓ Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun di sebalik itu, kita acap kali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri. ✓ Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini … ✓ Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan … B. PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN· ✓ Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama-sama. ✓ Sebagai memperkukuh penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama-sama. ✓ Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini. ✓ Setelah meneliti dan mengkaji sehingga akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan ... ✓ Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga akar umbi.


6 C. PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN· ✓ Kita dapat menyaksikan betapa…· ✓ Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana…· ✓ Lazimnya, dalam keadaan …· ✓ Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah …· ✓ Pada hemat saya …/ Pada pandangan saya …· ✓ Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa …· ✓ Sebagaimana yang kita ketahui/ Sebagaimana yang kita maklumi ✓ Sejak awal lagi / Kebelakangan ini... ✓ Selain itu, pada masa ini juga... D. PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN· ✓ Bagi sesetengah orang … ✓ Begitu juga dengan …/ Begitu juga halnya dengan …· ✓ Bertitik tolak daripada itu …· ✓ Bukan itu sahaja …· ✓ Dalam hal ini …/ Dalam konteks ini ..· ✓ Pada zaman yang serba canggih ini …· ✓ Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa …· ✓ Dengan adanya … / Dengan berbuat demikian …/ Dengan perkataan lain ..· ✓ Disebabkan hal itu/ Disebabkan keistimewaan inilah kita ..· ✓ Hal ini berlaku disebabkan/ Hal ini penting dalam/ Hal ini serupa dengan/ Hal yang serupa berlaku apabila... ✓ Jadi kita perlu/ Jadi kita hendaklah ✓ Keadaan ini tentunya ✓ Lantaran itu sehingga kini ✓ Kesemua ini menyumbang kepada ✓ Kita mengakui hakikat bahawa· ✓ Kita sering menonton di kaca televisyen/ Kita sering membaca di dada-dada akhbar ✓ Memandangkan keadaan yang sedemikian ✓ Namun sejak belakangan ini ✓ Oleh itu, bolehlah dikatakan ✓ Secara logiknya masa yang ✓ Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita ✓ Yang paling nyata ialah / Yang perlu kita pastikan ialah E. PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK· ✓ Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak ✓ Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan bahawa ✓ Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian ….. pada tahun …… menunjukkan bahawa sebanyak … F. PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH· ✓ Sebagai contoh, ✓ Biar kita lihat / Biar kita ambil contoh ✓ Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah ✓ Sebagai analoginya, ✓ Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah


7 G. PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN· ✓ Intihanya, ✓ Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas ✓ Konklusinya, ✓ Dengan ini diharapkan ✓ Mudah-mudahan perkara ini ✓ Dengan keizinan Tuhan Yang Maha Esa, kita yakin dan percaya bahawa ✓ Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insya-Allah perkara ini akan … ✓ Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama ✓ Akhirulkalam, Akhir kalam ✓ Sebagai penutupan bicara / wacana ✓ Sebagai penutupan tirai perbincangan


8


Click to View FlipBook Version