The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mas sarah, 2023-06-23 07:34:02

BUKU MESYUARAT PIBG LENGKAP 2023

BUKU MESYUARAT PIBG 2023 LENGKAP

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE-33 TAHUN 2023 24 JUN 2023 SABTU 8:00 PAGI DEWAN SERI BUANA, SK ALL SAINTS’. DIRASMIKAN OLEH: TUAN HAJI MOHD WAZI BIN MOHAMAD AWAL ( ALUMNI SK ALL SAINTS’.)


ISI KANDUNGN Bil Kandungan Muka Surat 1 Ucapan Alu-aluan YDP PIBG 3 2 Ucapan Alu-aluan Guru Besar 4 3 Atur cara 5 4 Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG ke-33 6-7 5 Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/2023 8 6 Agenda Mesyuarat Agung 2022/2023 9 7 Minit Mesyuarat PIBG SKAS ke-32/2021 10-13 8 Laporan Kewangan PIBG 2022 14-17 9 Usul dan Cadangan Tahun 2023 18-20 10 Perlantikan Ahli Jawatankuasa 2023/2025 21 11 Laporan PBD 22-24 12 Pencapaian Kokurikulum 2022 25-26 13 Penghargaan 27 2


Nukilan Rasa… Bismillahirrahmanirrahim Saya amat bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah taufik-Nya dapat kita berkumpul pada majlis Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini. Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis yang penuh bermakna ini. Tuan-tuan dan puan-puan, Mesyuarat Agung PIBG pada hari ini merupakan pembentangan, perancangan dan pelaksanaan aktiviti sepanjang tahun 2023 dan di samping itu dapat mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah dan para waris. Selain dapat merapatkan hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa, perjumpaan ini juga membolehkan kedua-dua pihak berbincang serta memberi pandangan masing-masing untuk meningkatkan lagi prestasi sekolah mahupun dalam pembentukan sahsiah anak-anak serta pembangunan infrastruktur sekolah bagi mewujudkan zon selesa dalam kalangan anak-anak SK All Saints’. Dalam mesyuarat ini juga diharapkan dapat membuka peluang kepada kedua-dua pihak memberikan pemikiran dan tenaga bagi transformasi kemajuan pendidikan anak-anak kita. Adalah menjadi harapan saya selaku YDP PIBG sekolah ini agar ibu bapa dapat memberi sepenuh jiwa dan raga bagi membantu meningkatkan kemajuan sekolah dari semasa ke semasa bagi membantu sekolah dapat menempa nama sebagai salah sebuah sekolah yang terbaik di daerah ini. Pada kesempatan ini juga, saya ingin meminta kerjasama para waris agar sentiasa peka dengan maklumat serta informasi yang disampaikan oleh pihak sekolah. Mencapai kejayaan seperti kita impikan bukan sesuatu yang mudah. Pastinya memerlukan pengorbanan dan komitmen kedua-dua pihak. Ibu bapa dan pihak sekolah perlu sama-sama menyumbangkan tenaga, kewangan dan idea demi perkembangan dan kejayaan anak-anak kita. Kejayaan sekolah ini pasti dapat direalisasikan sekiranya kedua-dua pihak memainkan peranan masing-masing. Sebelum saya mengundur diri, saya memohon kemaafan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekiranya disepanjang ucapan saya ini terdapat kata-kata yang kurang menyenangkan. Izinkan saya akhiri ucapan dengan serangkap pantun. Buah salak di dalam kantung, Kulitnya keras isinya kelat, Bulat air kerana pembentung, Bulat manusia kerana muafakat. Umar bin Yusop YDP PIBG SK ALL SAINTS’ 3


Sekapur Sirih Seulas Pinang Bismillahhirahmanirohim Syukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurnia-Nya kita diberi nikmat masa untuk hadir pada hari ini. Saya merakamkan jutaan penghargaan yang tidak terhingga dan setinggi terima kasih kepada AJK PIBG sesi 2022/2023 yang telah banyak memberikan kerjasama dan komitmen tidak ternilai harganya dari segi kewangan, masa, tenaga dan sokongan dalam merealisasikan matlamat, visi dan misi sekolah ini agar terus cemerlang dari semasa ke semasa. Saya juga merakamkan setinggi-tinggi terima kasih sekalung budi kepada warga Sekolah Kebangsaan All Saints’ dan PIBG yang sentiasa memberi sokongan padu dan jitu serta sumbangan dalam semua aktiviti sekolah. Tanpa PIBG yang proaktif, program-program sekolah tidak dapat berjalan lancar. Maka, kerjasama yang baik dalam kalangan guru-guru dan PIBG akan mampu mencipta kecemerlangan kepada pendidik anak-anak didik di sekolah ini. Tahniah sekali lagi kepada semua AJK PIBG yang berjaya mengadakan Mesyuarat Agung PIBG SK All Saints’ Kali ke 33 bagi tahun 2023. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga budiman yang sudi hadir pada hari ini. Selamat bermesyuarat. Sekian, terima kasih. Mardiah binti Abdul Rahman Guru Besar SK ALL SAINTS’ 4


ATURCARA 8:00 Pagi Ketibaan ibu bapa, penjaga dan guru serta pendaftaran 8:15 Pagi Ketibaan perasmi Tuan Haji Mohd Wazi bin Mohamad Awal. YDP PIBG Encik Umar bin Yusof dan AJK PIBG Nyanyian Lagu Negaraku 8:30 Pagi Bacaan Doa ( Ustaz Azmi bin Mahmud ) Alunan Ayat Suci Al Quran ( Iman Nur Widad ) 9:00 Pagi Ucapan YDP PIBG – ( Encik Umar bin Yusof ) Ucapan Penasihat – (Guru Besar Puan Mardiah binti Abdul Rahman). Ucapan Perasmian ( Tuan Haji Mohd Wazi bin Mohamad Awal.) Penyampaian Cenderamata AJK PIBG Cabutan Bertuah Cenderahati Perasmi 9:30 pagi Tayangan Multimedia Persembahan Nasyid Murid (Kumpulan Al Waliy) Cabutan Bertuah Rehat/ Jamuan 10:00 pagi Mesyuarat Agung PIBG bermula 1. Ucapan Pengerusi 2. Membentang dan menerima minit mesyuarat agung PIBG Kali ke 32. 3. Perkara berbangkit 4. Membentang dan menerima penyata kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2022 5. Pembentangan usul – sekiranya ada 6. Hal hal lain 7. Pembubaran AJK PIBG 2021-2023 8. Perlantikan AJK PIBG 2023-2025 9. Ucapan Penangguhan Cabutan Bertuah 12:00 tengahari Majlis Bersurai 5


MESYUARAT AGUNG KALI KE 32 JAWATANKUASA PELAKSANA. Yang Dipertua : Encik Umar Bin Yusof Naib Yang Dipertua : Puan Zaidatul Akmar Binti Zambri Setiausaha : Puan Anita Binti Din Bendahari : Puan Akmatul Ira Binti Mohd Nor Jawatankuasa Sambutan/Protokol Puan Mardiah binti Abdul Rahman (Guru Besar) Puan Asmidah bt Saeedin (PK Pentadbiran) Encik Mohamad Faizal bin Yusof (PK HEM) Encik Muhd Mukhlis bin Mohd Nazri (PK KOKU) Encik Umar bin Yusof (YDP PIBG) AJK PIBG Jawatankuasa Surat Jemputan Puan Anita binti Din (K) Encik Megat Mohd Reduan bin Haji Sidin Pencatat Minit Mesyuarat Puan Norhayati binti Ayob (K) Puan Noriza binti Ghazali Cik Lim Elin Jawatankuasa persiapan dewan (kerusi meja) Encik Bahari bin Mohamad Noor (K) Encik Azmi bin Mahmod Encik Muhammad Muizzudin bin Ahmad Razlan Bacaan Doa Encik Azmi bin Mahmod Jawatankuasa Hiasan Pentas Cik Saidatul Adawiyah bt Draman (K) Cik Sargunawathi AP Pekirisamy Puan Shaleni AP Jayabalan Jawatankuasa Back Drop / Banner Encik Bahari bin Mohamad Noor (K) 6


Pengacara Majlis Puan Nor Shamilah binti Haji Zainal Abidin Jawatankuasa Fotografi/Video Cik Sargunawathi AP Pekirisamy (K) Jawatankuasa Persembahan Multimedia Puan Nor Ashikin binti Mohamed Amin Jawatankuasa Persembahan Puan Anita binti Din (K) Puan Nor Shamilah binti Haji Zainal Abidin Jawatankuasa Siaraya Puan Ruziana binti Othman (K) Puan Akmatul Ira binti Mohd Nor Encik Muhammad Muizzudin bin Ahmad Razlan Jawatankuasa Kebersihan dan Keceriaan Puan Noriza binti Ghazali (K) Pekerja swasta Jawatankuasa Jamuan Puan Rozita binti Yusoff (K) Puan Suhaida binti Isni Puan Zarehan binti Abu Hassan Azahari Jawatakuasa Cenderamata / Hadiah / Cabutan Bertuah Puan Khairun Nisa bt Said Mohamed(K) Puan Aslina bt Awang Puan Noorazilah binti Basiron Dokumentasi Puan Kavitha AP Subramaniam 7


JAWATANKUASA PIBG SESI 2021/2023 PENASIHAT PUAN MARDIAH BINTI ABDUL RAHMAN YANG DIPERTUA ENCIK UMAR BIN YUSOP NAIB YANG DIPERTUA PUAN ZAIDATUL AKMAR BINTI ZAMBRI SETIAUSAHA PUAN ANITA BINTI DIN AJK GURU EN. BAHARI BIN MOHAMAD NOOR EN. AZMI BIN MAHMUD PN. KAVITHA A/P SUBRAMANIAM CIK SAIDATUL ADAWIYAH BT DRAMAN BENDAHARI PUAN AKMATUL IRA MOHD NOOR AJK IBU BAPA EN. MUHAMMAD HAZIQ HAZWAN BIN ABDULLAH EN. MOHAMAD FIRUS BIN MOHD ZIN EN. RAIME BIN AB RASHAID ENCIK SHAARI BIN MANSOR PN. DAYANG SUHAIDAH BINTI ZAINAL PN. SAFARIJAN BINTI HARISUDIN PN. JULEIANA BINTI MOHD YUNOS PEMERIKSA KIRA-KIRA PN. SYALIZAWATI BINTI IBRAHIM 8


AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 33 1. Ucapan Pengerusi 2. Membentang dan menerima minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-32 3. Perkara berbangkit 4. Membentang dan menerima penyata kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2022 5. Pembentangan usul- sekiranya ada. 5. Hal – hal lain 6. Pembubaran AJK PIBG 2021-2023 7. Perlantikan AJK PIBG 2023-2025 8. Ucapan Penangguhan 9


MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-32 SK ALL SAINTS KAMUNTING TARIKH : 25 JUN 2022 TEMPAT : DEWAN SK ALL SAINTS MASA : 8.00 PAGI Agenda 1 Kata-Kata Aluan Yang Dipertua PIBG selaku pengerusi mesyuarat mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua ahli PIBG yang hadir pada mesyuarat Agung Kali Ke-32. Beliau mengaharapkan kehadiran ibu bapa pada mesyuarat kali ini untuk membincangkan isu-isu penting yang boleh menyumbangkan kepada pembangunan anak-anak. Seterusnya beliau membacakan peraturan- peraturan mesyuarat agar mesyuarat pada kali ini dapat berjalan dengan lancar. Agenda 2 Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-31 2.1 Minit mesyuarat kali ke-31 dibentangkan oleh Puan Ros Anita Kartini Binti Mohamed selaku Setiausaha Agung PIBG SK All Saints sesi 2022/2023. 2.2 Pencadang : Mohd Hanifah Bin Mohamad Penyokong : Nor Haslina Binti Hashim Agenda 3 Membentang dan Menerima Laporan Tahunan 3.1 Laporan tahunan dibentangkan oleh Puan Ros Anita Kartini Binti Mohamed, selaku Setiausaha Agung PIBG SK All Saints sesi 2022/2023. 3.2 Pencadang : Mohamad Hanifah Binti Mohamad Penyokong : Nor Ahmad Dina Bin Pandak Ahmad Agenda 4 Membentang dan Menerima Penyata Kewangan 4.1 Penyata Kewangan Berakhir Disember 2021 dibentangkan oleh Puan Akmatul Ira Binti Mohd Noor. 4.2 Pencadang : Norhaslina Binti Hashim Penyokong : Nazirah Binti Kassim 4.3 Pembetulan jumlah tabungan PIBG yang tertera pada halaman 16 oleh Puan Akmatul lra Binti Mohd Noor. Jumlah penerimaan ialah RM3227.01. 10


Agenda 5 Membahas dan Menerima Usul 5.1 Usul 1 : Mencadangkan bayaran kutipan PIBG sesi persekolahan 2022 adalah seperti dalam jadual di bawah diterima sebulat suara Bil Sumbangan Jumlah 1 Sumbangan Tabung PIBG ( satu keluarga) RM 10.00 2 Komputer RM 5.00 3 Program Peningkatan Akademik 4 HEM 5 Kokurikulum Sukan Sambutan Hari Kanak-kanak Hari Anugerah dan Kecemerlangan RM 5.00 RM 5.00 RM 4.00 Jumlah Besar RM60.00 Pencadang: Puan Nur Amirah Bt Sazali Penyokong: Mohamad Hanifah Binti Mohamad 5.2 Usul 2: Puan Nurhaslina Binti Hashim mencadangkan pihak sekolah menyediakan locker buku untuk meringankan bebanan beg sekolah berat dan pihak sekolah perlu menyediakan peralatan sukan yang berkualiti. Guru Besar menjelaskan bahawa Pekeliling KPM telah dikeluarkan mengkehendaki setiap mata pelajaran hanya dua buah buku sahaja buku latihan bagi mengelakkan beg berat dalam kalangan murid. Jadual waktu anjal diperkenalkan. Pekeliling ini dikuatkuasa serta merta maka tiada kewajaran pihak sekolah menyediakan locker. Menjawab persoalan ke dua, Guru Besar memaklumkan bahawa peralatan sukan yang berkualiti melibatkan kos yang tinggi. Jumlah kos yang tinggi tidak memadai dengan peruntukan PCG Panitia PJK. Peralatan sukan dibeli mengikut peruntukan yang diberi. 5.3 Usul 3: Encik Khairol Azahar Bin Ismail mencadangkan agar pihak sekolah dapat memberikan kerja sekolah untuk dibuat di rumah. Pencadang tidak hadir. Usul tidak dibincangkan. 5.4 Usul 4: Encik Abdul Kadir agar pihak sekolah dapat perbaiki dan perkemaskan tandas murid perempuan bersebelah tandas guru Pencadang tidak hadir. Usul tidak dibincangkan. 5.5 Usul 5: Puan Nor Alita Binti Ahmad mencadangkan supaya pihak sekolah harus memperbanyakkan aktiviti kepada murid seperti mengadakan kelas tambahan dan aktiviti sukan. Pencadang tidak hadir. Usul tidak dibincangkan. 11


5.6 Usul 6: Encik Mohanthas A/L Thanimalai memaklumkan tandas murid lelaki kotor. Pencadang tidak hadir. Usul tidak dibincangkan. 5 .7 Usul 7: Puan Hartini Binti Abdul Rani memohon pihak sekolah membuka pagar belakang untuk tahap 1. YDP PIBG menjelaskan bahawa pintu pagar di belakang berhampiran SK Long Jaafar tidak boleh dibuka untuk tujuan penghantaran dan pengambilan anak-anak SK All Saints. Alasan ini kerana berlaku pertembungan masa dengan murid-murid SK Long Jaafar pada waktu kemuncak iaitu pagi dan tengahari. Apatah lagi jalan raya di bahagian belakang sempit berbanding jalan raya di hadapan sekolah. Guru Besar memaklumkan tiada kesesakan serius memandangkan murid dilepaskan secara berperingkat. Encik Hisham menyatakan terdapat kelas yang lepaskan murid lambat. Ini menyebabkan kesesakan. Guru Besar memaklumkan akan mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat guru yang melepaskan murid lewat. 5.8 Usul 8: Puan Juliana Binti Mohd Amirudin memohon pihak sekolah memantau keselamatan anak-anak di pondok menunggu ibu bapa ketika guru mengundur kereta. YDP PIBG menyatakan guru-guru sentiasa berhati-hati dan memantau situasi anak murid ketika waktu balik. Keadaan ini tidak serius kerana waktu pulang guru lewat daripada murid. Agenda 6 Hal-Hal Lain 6.1 Guru Besar memaklumkan bahawa kerja rumah memang diberi oleh guru. Namun ibu bapa perlu memberikan kerjasama agar memastikan anak-anak menyiapkan kerja rumah yang diberi. 6.2 Encik Umar bin Yusop mengucapkan tahniah kepada Ustaz Azmi, Cikgu Muizzudin, Encik Bahari dan Encik Megat kerana melatih murid-murid untuk menyertai pertandingan bola sepak. 6.3 Encik Nor Ahmad Dina Bin Pandak Ahmad mempersoalkan adakah harga makanan di kantin akan mengalami peningkatan seiring dengan kenaikan harga barang mentah di pasaran. Guru Besar menjawab persoalan tersebut dengan menyatakan bahawa setiap menu ada senarai harga yang telah dipersetujui bersama pentadbir. Pengusaha kantin masih mampu menyediakan makanan dengan harga yang berpatutan memandangkan harga sewa kantin telah dikecualikan. 6.4 Encik Umar bin Yusop menasihatkan ibu bapa untuk menyelesaikan yuran PIBG seawalnya bagi memudahkan pihak sekolah menjalankan aktiviti yang dirancang dengan lancar. 12


Agenda 7 Ucapan Penangguhan 7.1 Encik Umar bin Yusop meminta maaf atas segala kesilapan dan berharap AJK PIBG dan ibu bapa penjaga dapat memainkan peranan untuk meningkatkan prestasi SK ALL Saints dalam segala lapangan dan bidang. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.00 pagi 13


USUL DAN CADANGAN PIBG TAHUN 2023 1.0 Kutipan Sumbangan PIBG dan Bayaran Aktiviti Sekolah Berdasarkan pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia, mesyuarat dalaman Ahli Jawatankuasa PIBG bertarikh 6.6.2023 memutuskan perkara berikut dicadangkan dalam mesyuarat Agung PIBG Kali ke-33. Berikut adalah cadangan kutipan bayaran tambahan dan sumbangan PIBG. Bil Sumbangan Jumlah 1. Sumbangan Tabung PIBG RM 10.00 2. Komputer RM 5.00 3. Program Peningkatan Akademik RM 25.00 4. HEM RM 6.00 5. Kokurikulum Sukan Sambutan Hari Kanak-kanak Hari Anugerah dan Kecemerlangan RM 5.00 RM 5.00 RM 4.00 Jumlah Besar RM 60.00 Pengesahan cadangan: Pencadang : Ustaz Azmi Bin Mahmod Penyokong : Cik Saidatul Adawiyah Binti Draman Semua ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara dengan cadangan kutipan berjumlah RM60 untuk anak pertama. Anak seterusnya hanya RM50. 2.0 Mengadakan majlis Hi-Tea. Majlis ini diadakan khas bagi mengumpulkan bekas murid SK All Saints’ dan juga mengumpulkan dana untuk PIBG SK All Saints’. Konsep Majlis Hi Tea ini ialah jamuan ringan minum petang. Bekas murid boleh menghadirinya dan mengambil bahagian dengan membeli satu meja jamuan ataupun membeli satu kerusi. Pengesahan cadangan: Pencadang : Encik Bahari bin Mohamad Noor Penyokong : Puan Akmatul Ira binti Mohd Nor 18


BIL NAMA IBU BAPA / PENJAGA NAMA MURID USUL 1 Fazlyna binti Zolkefli Nur Athirah Maisarah(1B) Minta pintu pagar belakang dibuka masa pelajar balik bagi mengurangkan kesesakan pintu depan. 2 Naimah bt Abdul Majid Hana Khalilah (2B) 1. Perbaiki keselamatan di kantin sekolah dan menaik taraf keadaan kantin sekolah. 2. Pelbagaikan aktiviti di luar kelas. 3 Sri Kalyani A/P Govindan Rayyan Mikhael (4B) 1. Adakan kelas tambahan untuk murid-murid yang lemah. 2. Adakan kelas komputer. 4. Arlene Yvonne A/P Nepolian Jeremiah Isaac (4B) Mencadangkan memasang bumbung sekitar kawasan pondok menunggu hingga ke pejabat dan juga kelas tahun 1. 5 Raime b. Ab Rashaid M. Aqil Haziq (4B) Waktu pulang sesi persekolahan tiada masalah. Jika ada murid yang lewat siap kerja sekolah di kelas, jangan la denda suruh keluar lewat. Masalah pada ibu bapa yang menunggu di luar, kerja keluar rehat sekejap sahaja. Jika upah orang ambik pun jadi satu masalah juga, merungut tunggu lama. 6 Syalizawati bt Ibrahim Khyra Khaleesyah bt Ibrahim (5A) Mengadakan aktiviti yang boleh mengeratkan lagi hubungan ibu bapa, guru dan murid. Contohnya gotong royong keceriaan kelas & hari kantin. 7. Fadlynda bt. Zulkefli Nur Fatin Najihah (3A) Minta pintu pagar belakang dibuka bagi mengurangkan kesesakkan pintu hadapan semasa balik sekolah 2.0 Usul Dan Cadangan PIBG Tahun 2023: 19


8. Mas Sarah bt Awang Long Muhammad Alif Hazmie bin Mazwan (6B) 1. Mencadangkan agar ibu bapa memberi keizinan untuk memotong rambut murid yang tidak mematuhi peraturan sekolah setelah diberi amaran sebanyak 3 kali. 2. Mencadangkan pihak PIBG mencari dana untuk membina gajah menyusur di pintu laluan masuk (pagar kecil) hingga ke laluan gajah menyusur di tepi bilik PK KOKO / PK HEM dan laluan ke tandas tahap 1. (murid hadapi masalah laluan jika hari hujan) 9. Nurhasslina bt.Hashim Aimy Bahera (6B) Tandas murid perempuan yang masih tidak dibaiki.Hanya 2 atau 3 sahaja boleh digunakan. Perlu diperbaiki segera seperti paip air rosak dan tidak boleh digunakan lagi 20


JAWATANKUASA PIBG SESI 2023/2025 PENASIHAT PUAN MARDIAH BINTI ABDUL RAHMAN YANG DIPERTUA NAIB YANG DIPERTUA SETIAUSAHA PUAN ANITA BINTI DIN AJK GURU 1) PUAN NOORAZILAH BINTI BASIRON 2) ENCIK BAHARI BIN MOHAMAD NOOR 3) CIK SARGUNA A/P PEKIRISAMY 4) ENCIK MUIZZUDDIN BIN AHMAD RAZLAN BENDAHARI NOR SYAMILAH BINTI HJ. ZAINAL ABIDIN AJK IBU BAPA 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) PEMERIKSA KIRA-KIRA 1) PUAN RUZIANA BINTI OTHMAN 2) 21


PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2022/2023 JUMLAH ENROLMEN MURID = 322 TAHAP PENGUASAAN MINIMA = TP3 TAHUN 1 = 55 KELAS BILANGAN YANG DITAKSIR JUMLAH TP1 – TP2 PERATUS % JUMLAH TP3 – TP6 PERATUS % 1 ARIF 30 0 0% 30 100% 1 BESTARI 25 7 28% 18 72% TAHUN 2 = 59 KELAS BILANGAN YANG DITAKSIR JUMLAH TP1 – TP2 PERATUS % JUMLAH TP3 – TP6 PERATUS % 2 ARIF 29 0 0% 29 100% 2 BESTARI 30 9 30% 21 70% TAHUN 3 = 51 KELAS BILANGAN YANG DITAKSIR JUMLAH TP1 – TP2 PERATUS % JUMLAH TP3 – TP6 PERATUS % 3 ARIF 23 2 8.70% 21 91.30% 3 BESTARI 28 8 28.60% 20 71.40% 22


TAHUN 4 = 51 KELAS BILANGAN YANG DITAKSIR JUMLAH TP1 – TP2 PERATUS % JUMLAH TP3 – TP6 PERATUS % 4 ARIF 28 4 14.30% 24 85.70% 4 BESTARI 23 21 91.30% 2 8.70% TAHUN 5 = 50 KELAS BILANGAN YANG DITAKSIR JUMLAH TP1 – TP2 PERATUS % JUMLAH TP3 – TP6 PERATUS % 5 ARIF 25 0 0% 25 100% 5 BESTARI 25 6 24% 21 84% TAHUN 6 = 56 KELAS BILANGAN YANG DITAKSIR JUMLAH TP1 – TP2 PERATUS % JUMLAH TP3 – TP6 PERATUS % 6 ARIF 26 0 0% 26 100% 6 BESTARI 30 3 10% 27 90% 23


UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA) BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2022/2023 JUMLAH ENROLMEN MURID = 157 TAHAP PENGUASAAN MINIMA = TP3 TAHUN 4 = 51 KELAS BILANGAN YANG DITAKSIR JUMLAH TP1 – TP2 PERATUS % JUMLAH TP3 – TP6 PERATUS % 4 ARIF 28 10 35.71% 18 64.29% 4 BESTARI 23 19 82.61% 4 17.39% TAHUN 5 = 50 KELAS BILANGAN YANG DITAKSIR JUMLAH TP1 – TP2 PERATUS % JUMLAH TP3 – TP6 PERATUS % 5 ARIF 25 10 40% 15 60% 5 BESTARI 25 13 52% 12 48% TAHUN 6 = 56 KELAS BILANGAN YANG DITAKSIR JUMLAH TP1 – TP2 PERATUS % JUMLAH TP3 – TP6 PERATUS % 6 ARIF 26 5 19.23% 21 80.77% 6 BESTARI 30 22 73.33% 8 26.67% 24


PENCAPAIAN KOKURIKULUM SK ALL SAINTS' SESI 2022/2023 BIL. PERTANDINGAN / KEJOHANAN PENCAPAIAN PERINGKAT ZON 1 KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA JOHAN LOMPAT TINGGI NAIB JOHAN LONTAR PELURU 2 KEJOHANAN BOLA SEPAK TEMPAT KE-4 3 KEJOHANAN CATUR TEMPAT KE-3 TEMPAT KE-7 4 KARNIVAL STEM TEMPAT KE-6 TEMPAT KE-7 5 KARNIVAL BAHASA INGGERIS TEMPAT KE-3 SPELL IT RIGHT CHALLENGE PERINGKAT DAERAH 6 KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA NAIB JOHAN LOMPAT TINGGI 7 KEJOHANAN BOLA SEPAK NAIB JOHAN 8 KEJOHANAN CATUR TEMPAT KE-3 9 KEJOHANAN MERENTAS DESA PENYERTAAN 10 PERTANDINGAN ADAB DAN NILAI NAIB JOHAN HAFAZAN NAIB JOHAN KALAM ARABIY (L) NAIB JOHAN KALAM ARABIY (P) KE-3 DENDANGAN SYAIR KE-5 TARANNUM 11 KEJOHANAN BOLING TENPIN TEMPAT KE-14 12 KEM KENAIKAN PANGKAT LANS KOPERAL/KOPERAL TKRS 2 LANS KOPERAL 11 KOPERAL 13 KARNIVAL BAHASA INGGERIS PENYERTAAN 14 KARNIVAL SEJARAH SYAIR - NAIB JOHAN CONGKAK - TEMPAT KE-3 PERINGKAT NEGERI 15 PERTANDINGAN KUIZ ACTIVE RAMADAN PENYERTAAN 16 PERTANDINGAN TKRS PERAK VIRTUAL FITNESS CHALLENGE PENYERTAAN 17 ECO-SCHOOLS VIRTUAL RUN VIRTUAL PERAK CHALLENGE PENYERTAAN 18 KEJOHANAN CATUR TEMPAT KE-23 19 KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA LOMPAT TINGGI TEMPAT KE-3 20 PERTANDINGAN BICARA BUKU BAHASA INGGERIS/BAHASA MELAYU PENYERTAAN 21 PERTANDINGAN SWAFOTO SEMPENA BULAN MEMBACA PENYERTAAN 22 PERTANDINGAN KUIZ DIGITAL SEMPENA BULAN MEMBACA PENYERTAAN 25


PERINGKAT KEBANGSAANI 23 KANGGAROO MATH 7 BRONZE 24 BEAVER PENYERTAAN 25 MALAYSIAN MATHEMATICS COMPETITION 1 BRONZE 26 MALAYSIAN SCIENCE COMPETITION 4 BRONZE 27 KANCIL SCIENCE COMPETITION 1 SILVER & 1 BRONZE PERINGKAT ANTARABANGSA 28 INTERNATIONAL TAEKWANDO CHAMPIONSHIP POOMSAE TEMPAT KE-3 26


PENGHARGAAN Terima kasih… Tuan Haji Mohd Wazi Bin Mohamad Awal ( Alumni SK All Saints’ Kamunting ) Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama Yang Dipertua PIBG SK All Saints’ Kamunting AJK Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK All Saints’ Kamunting Guru Besar Jaas Iron Work Ina Catering Farmasi Kamunting Guru-guru SK All Saints’ Pekerja Swasta SK All Saints’ Pengusaha Kantin SK All Saints ‘Kamunting dan para dermawan yang telah memberi sumbangan secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-33. 27


Click to View FlipBook Version