The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Mengenai kisah perjuangan Tun Dr Ismail semasa hayatnya memperjuangkan kemerdekaan Malaysia sehingga menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang pertama

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-10467255, 2021-04-06 09:38:57

BUKU SKRAP DIGITAL TOKOH PEMIMPIN JOHOR : Tun Dr Ismail bin Abdul Rahman

Mengenai kisah perjuangan Tun Dr Ismail semasa hayatnya memperjuangkan kemerdekaan Malaysia sehingga menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang pertama

Keywords: SK Pintas Raya,Bimbingan dan Kaunseling,SBL,Sekolah Rendah,Tokoh Malaysia,Sejarah

NAMA

KASEH NUR DAMIEA BINTI SHUAIMIZAM

KELAS

6 CERDAS

ALAMAT EMEL
[email protected]

SEKOLAH

SK PINTAS RAYA
KM17, JALAN KLUANG

86400 PARIT RAJA
BATU PAHAT, JOHOR

i

Bil Tajuk Muka surat

1 Pendahuluan 3
2 Biodata Tokoh 4-5
3 Taraf Pendidikan 6-7
4 Kerjaya Politik 8-11
5 Sumbangan 12
6 Penghargaan & Jasa 13
7 Nilai Kepimpinan 14
8 Keratan Akhbar 15
9 Kesimpulan 16
10 Sumber Rujukan 17

ii

Yang Amat Berbahagia Tun Dr.
Ismail Abdul Rahman
SSM PMN SPMJ
‫إسماعيل عبدالرحمن‬

Tun Dr. Ismail bin Abdul Rahman (4 November 1915 - 2 Ogos 1973) adalah seorang

ahli politik Malaysia dari United Malays National Organisation (UMNO). Dia

memegang beberapa jawatan menteri Malaysia dan dilantik sebagai Timbalan

Perdana Menteri kedua pada tahun 1970 oleh Perdana menteri ketika itu, Tun

Abdul Razak. Tiga tahun kemudian, Tun Dr. Ismail meninggal dunia di pejabat

kerana serangan jantung. Dia telah digelar "lelaki yang menyelamatkan Malaysia"

atas tindakannya sebagai Menteri Dalam Negeri setelah Insiden rusuhan kaum

pada 13 Mei tahun 1969.

Ungkapan beliau, 'Jangan sapu ke bawah permaidani' yang sangat terkenal diingati
sehingga ke hari ini. Ungkapan ini timbul berikutan permasalahan ekonomi orang

Melayu yang sangat daif tetapi cuba ditutup begitu sahaja, sehingga akhirnya
tercetus Peristiwa 13 Mei 1969.

3

Tun Dr. Ismail dilahirkan pada 4 November 1915 di Johor Bahru. Beliau adalah anak
kepada pasangan Dato' Abdul Rahman bin Yassin dan Zaharah binti Abu Bakar. Dato'
Abdul Rahman bin Yassin berketurunan Keluarga Orang Kaya Ahat yang berasal
daripada Padang, Muar. Dato‘ Abdul Rahman Yassin juga mempunyai darah
keturunan Bugis yang berasal dari kerabat Raja Chempa Bugis yang pernah membina
kerajaan di Bukit Mor, Muar.

Tun Dr. Ismail mempunyai sembilan orang adik beradik, empat lelaki dan lima
perempuan. Mereka ialah Suleiman, Ismail, Abdullah, Yassin, Khatijah, Esah, Rafeah,
Zubaidah dan Fatimah.

4

Tun Dr. Ismail telah berkahwin dengan Toh Puan Norashikin binti Dato' Mohd. Seth.
Toh Puan Norashikin merupakan anak kepada bekas Pegawai Kanan Kerajaan Negeri
Johor. Pasangan ini dikurniakan seramai enam orang anak, empat lelaki dan dua
perempuan iaitu Tawfik, Zailah, Badariah, Tarmizi, Zamakshari dan Ariff . Anak
sulung Tun Dr. Ismail iaitu Tawfik, yang juga pernah menjadi Wakil Rakyat kawasan
Benut, Johor dari tahun 1986 hingga 1990.

5

Lahir dalam lingkungan keluarga yang mementingkan pendidikan merupakan kelebihan
kepada tokoh ini. Kesungguhan bapanya Dato' Ahdul Rahman Yassin memherikan pendidikan
kepada anak-anaknya dapat dilihat walaupun ketika zaman itu kebanyakan keluarga
terutamanya dalam kalangan masyarakat Melayu tidak melihat pendidikan sebagai sesuatu
yang penting. Malahan, pada tahun 1939, W.E Pepys, Penasihat British pernah mengatakan
bahawa satu-satunya orang Melayu di Johor yang mempunyai ijazah dari universiti ialah
Suleiman hin Ahdul Rahman. Keluarga Tun Dr. Ismail sangat mementingkan pendidikan,
terutamanya ayah beliau. Hal ini turut diakui oleh Tun Dr. Ismail sendiri:

Our family was unique among the Malay families in the sense that mv father was prepared to
make financial sacrifices to give his children the best education.
PENDIDIKAN AWAL DAN MENENGAH

Menerima pendidikan awal di Sekolah Bukit Zaharah, Johor

6

Meneruskan ke English College, Johor Bahru pada tahun 1922. Ketika di English College
inilah Tun Dr. Ismail dapat bergaul dengan pelajar-pelajar daripada pelhagai kaum. Walaupun
sekolah ini adalah sekolah kerajaan, namun medium pengantara yang digunakan di sekolah ini
adalah bahasa Inggeris.

PENDIDIKAN TINGGI

• Meneruskan pengajian ke Kolej Perubatan King Edward VII di Singapura (di King Edward
dari tahun 1935 sehingga 1937).Beliau juga tidak menamatkan pengajian di Singapura
disebabkan kelemahan latar belakang pendidikan dalam bidang sains,

• Pada Mei 1940, Tun Dr. Ismail telah berangkat ke Australia untuk melanjutkan pelajaran
dalam bidang perubatan di Queen's College Universiti Melbourne. Tun Dr. Ismail telah
berusaha gigih untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Usaha beliau ini tidak sia-sia
apabila berjaya memperolehi ijazah dalam hidang peruhatan pada tahun 1945. Tun Dr.
Ismail merupakan anak Melayu pertama yang memperolehi ijazah dalam bidang perubatan
daripada Universiti Melbourne.

7

PENGLIBATAN AWAL DALAM BIDANG POLITIK
Selepas tamatnya perang dunia kedua, Tun Dr. Ismail pulang ke Tanah Melayu
selepas berjaya memperolehi ijazah dalam bidang perubatan daripada Universiti
Melbourne. Selepas pulang ke Tanah Melayu pada tahun 4 J ulai 1945, Tun Dr. Ismail
telah memulakan tugasnya sebagai Pegawai Perubatan di Jabatan Perubatan Johor
Bahru. Namun. Pada tahun 1947, Tun Dr. Ismail telah membuka kliniknya sendiri
yang dinamakan Klinik Tawakkal.Bbeliau ingin meneruskan kerjaya sebagai seorang
doktor perubatan. Namun begitu, beliau terpaksa akur untuk meIibatkan diri dalam
dunia politik yang mungkin teIah ditakdirkan untuk beliau.

Beliau sebenarnya adalah seorang doktor yang bercita-cita menjadi seorang jutawan.
Sebelum menyertai UMNO pada tahun 1951, Tun Dr. Ismail telah mula terbabit
dalam politik negeri Johor. Di bawah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu,
beliau telah dilantik menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Johor dan Majlis Kerja
Kerajaan Negeri Johor pada tahun 1948. Beliau telah pun diberi kepercayaan untuk
menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat. Kemudian pada tahun 1953, Tun Dr. Ismail
telah dilantik sebagai Naib Yang Dipertua UMNO. Jawatan Naib Yang Dipertua
UMNO ini disandang beliau selama 15 tahun iaitu sehingga tahun 1968.

8

BERGIAT AKTIF DALAM UMNO
Ketika menyertai UMNO pada tahun 1951, Tun Dr. Ismail telah dilantik sebagai Ahli
jawatankuasa Kerja Agong UMNO dan lantikan beliau itu adalah di pilih oleh Yang
Dipertua UMNO. Selain itu, Tun Dr. Ismail juga pernah menjadi Pengerusi bagi
Jawatankuasa UMNO pada tahun 1953. Jawatankuasa Loteri UMNO ini adalah juga
digelar Loteri Kebajikan UMNO kerana setiap penjualan tiket loteri yang dijalankan
akan disalurkan untuk tujuan derma seperti derma mendirikan Rumah UMNO. Tun
Dr. Ismail juga telah dilantik sebagai Naib Yang Dipertua UMNO menggantikan YB
C.M Yusoff pada Majlis Mesyuarat Agong UMNO ke-7 untuk menjadi Ahli
Jawatankuasa Kerja Agung UMNO hagi tahun 1952/53.

Ketika menjadi ahli UMNO, Tun Dr. Ismail begitu lantang memperjuangkan soal-soal
perundingan kemerdekaan Tanah Melayu daripada pihak British bersama-sama Tunku
Abdul Rahman. Dalam hierarki pentadbiran UMNO, Tun Dr. Ismail merupakan orang
nombor tiga selepas Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak yang menjadi tunjang
kekuatan parti.

9

DILANTIK MENJADI DUTA DAN PERWAKILAN TETAP KE PBB
Pada usia negara yang masih baru mencapai kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman
merasakan adalah amat perlu bagi Tanah Melayu menjalin hubungan yang erat dengan
sebuah negara yang digelar sebagai superpower dunia.

Oleh itu, Tun Dr. Ismail telah diminta untuk menjalin hubungan dan merupakan Wakil
Tetap Tanah Melayu yang pertama ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Tun Dr.
Ismail merupakan orang pertama yang membawa masuk senjata di dalam Perhimpunan
Agong Bangsa-bangsa Bersatu. Hal ini merupakan kenangan yang tidak dapat dilupakan
oleh Tun Dr. Ismail ketika pertama kali ke Perhimpunan Bangsa-bangsa Bersatu. Bagi
beliau, detik itu merupakan sesuatu yang amat membanggakan baginya:

Kemasukan rasmi kami ke Bangsa-Bangsa Bersatu hegitu gemilang. Kami semua
berpakaian kebangsaan . Selain itu, saya memakai keris di pinggang dan itulah kali
pertama senjata telah dihawa masuk ke dalam Perhimpunan Agong Bangsa Bangsa

Bersatu.

10

Tahun Jawatan
1951 Timbalan Presiden UMNO
Menganggotai Barisan Kabinet Gerald
1953
Templer
1955 Pengerusi Jawatankuasa UMNO
1957
1957-1959 Naib Yang Dipertua UMNO
Menteri Hasil Bumi.
1 Sept 1960 – 21 Mei 1967
14 Mei 1969 Menteri Berkuasa Penuh Tanpa Jabatan

Mei 1969-Feb 1971 Wakil Tetap Tanah Melayu yang pertama ke
Sehingga 1 Ogos 1973 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

1970-1973 Menteri Haln Ehwal Dalam Negeri
Menteri Hal nEhwal Luar Negeri
Timbalan Pengarah MAGERAN
Menteri Hal nEhwal Luar Negeri
Timbalan Perdana Menteri Malaysia

11

Sumbangan dan jasa Tun Dr Ismail terhadap tanah air amatlah besar. Sumbangan
terbesar beliau adalah dalam menuntut hak kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
dan membantu negara dalam menyatukan semula hubungan antara kaum selepas
peristiwa 13 Mei 1969. Beliau berupaya memulihkan keamanan dalam negeri dan
menawarkan khidmat bakti agar perkembangan peribadi nusa dan bangsa terselamat
daripada kemusnahan penjajahan dan api perkauman. Beliau sanggup
memperjuangkan hidup dan nilai keperibadiannya yang tinggi demi melihat
pembangunan masyarakat dan negara terlaksana dengan sepenuhnya. Kini, Negara
kehilangan seorang lagi tokoh negarawan yang benar-benar berdedikasi dan unggul.

12

Bagi mengenang dan menghargai jasa-jasa beliau sebagai seorang tokoh politik yang
ulung, beliau telah dianugerahkan pingat Panglima Mangku Negara (PMN) oleh
Yang Di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1959, Ijazah Kehormat Doktor Perundangan
oleh Universiti Malaya pada Jun 1964, Anugerah Kehormat dari pemerintah
Vietnam (‘Vietnam National Order Grand Officer’) oleh kerajaan Republik Vietnam,
Bintang Kebesaran Seri Paduka Mahkota Johot (SPMJ), kedua-duanya dlam bulan
oktober 1965 dan Bintang Kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM) oleh Yang DiPertuan
Agongpada April 1966, yang membawa gelaran Tun kepada beliau. Beliau juga
mendapat Anugerah Bintang Republik Indonesia dari Presiden Sukarno pada Mac
1970 dan Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang dari Universiti Sains Malaysia
pada Jun 1973.

13

Karakter Dr. Ismail tepat di luar – tepat di dalam, mudah dibaca – senang difahami.
Lidahnya bertutur dalam bahasa yang sama meski berhadapan kumpulan yang
berbeza. Apa yang dikata, tetap dikota.

Dr. Ismail dihormati, disegani, malah digeruni. Namanya, arahannya baik secara
lisan mahupun tulisan, garau suaranya diganggang telefon, apatah lagi
kehadirannya, memberikan satu gegaran. Kalimah-kalimah yang diungkapkan,
baik dalam perbincangan tertutup mahupun dalam forum terbuka memperlihatkan
prinsip yang tegas, minda terbuka, berhati cekal memancarkan keikhlasan dari roh
yang tulus. Dr. Ismail lebih dari sekadar seorang pemimpin individu, malah
merupakan satu institusi yang memperlihatkan teladan kepimpinan yang amat
dihormati, disegani dan digeruni, walaupun frasa ‘kepimpinan melalui
teladan’ masih belum dicipta; Dr. Ismail mengamalkan sifat-sifat bersih, cekap dan
amanah mendahului era slogan tersebut diperkenalkan; Dr. Ismail memperlihatkan
integriti tinggi meskipun negara belum memiliki Institut Integriti Nasional.

14

3 kuasa besar : Tun Dr Ismail Abdul
Rahman, Tun Abdul Razak Hussein
and Tun Tan Siew Sin

Tun Dr. Ismail Abdul Rahman
at the UN

The Deputy Prime Minister who brought Bersama Tun Abdul Razak
the first keris to a UN meeting

Hari kemangkatan beliau

15

Tun Dr. Ismail adalah merupakan seorang tokoh politik Malaysia yang amat berjasa kepada

negara. Ketokohan serta sikap tegas beliau dalam melaksanakan urusan negara amatlah

disegani. Berdiri sebagai orang kuat di bawah pimpinan dua orang Perdana Menteri

menunjukkan bahawa bakat serta ketokohan Tun Dr. Ismail dalam pentadbiran negara

amatlah diperlukan. Tun Dr. Ismail adalah seorang pemimpin yang jujur, berprinsip dan

tegas dalam menyatakan pendiriannya mengenai sesuatu perkara, terutamanya berkaitan

dengan pelaksanaan tugasnya sebagai pemimpin negara. Tun Dr. Ismail bukanlah seorang

ahli politik dalam erti kata yang lazim, beliau lebih merupakan seorang pentadbir yang

cekap dan memang sewajarnya beliau menjadi orang kanan kepereayaan Tunku Abdul

Rahman dan Tun Razak. Jika beliau mempunyai umur yang panjang, mungkin kini beliau

tersenarai sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketiga selepas Tun Razak.

Latarbelakang keluarga serta pendidikan yang diterima beliau telah membentuk

peribadi dan sifat kepimpinan beliau. Bakat kepimpinan beliau dalam politik diwarisi

daripada ayah, abang serta ipar beliau yang juga turut terbabit dalam dunia politik. Selain

itu, keperibadian beliau sebagai seorang doktor telah menjadikan beliau seorang pemimpin

yang teliti dalam membuat setiap keputusan. Walaupun tidak bereita-eita menjadi seorang

ahli politik, namun beliau berjaya menjadi seorang ahli politik yang disegani dan ketokohan

beliau sebagai ahli politik sukar untuk dieari ganti. 16

1. http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/22942/070_087.PDF
2. https://www.britannica.com/biography/Tun-Ismail-bin-Dato-Abdul-Rahman
3. https://en.wikipedia.org/wiki/Ismail_Abdul_Rahman
4. https://ms.wikipedia.org/wiki/Ismail_Abdul_Rahman
5. https://www.facebook.com/ktdi4utm/
6. http://www.ukm.my/ktdi/
7. https://www.cambridge.org/core/books/drifting-into-politics/review-of-the-reluctant-

politician-tun-dr-ismail-and-his-time-from-journal-of-the-malaysian-branch-of-the-
royal-asiatic-society/B8DCCC7080BAE9368DE12855B7C716B1
8. http://puteralapismahang.blogspot.com/2015/02/m-082-tun-dr-ismail-tokoh-integriti-
1.html
9. https://www.malaysia-today.net/2013/08/03/remembering-tun-dr-ismail-the-
nationalist/
10. https://soscili.my/tun-dr-ismail/
11. https://www.newmandala.org/marks-of-a-good-malaysian-leader/tun-dr-ismail/
12. https://www.youtube.com/watch?v=CrrzjhnPqkw
13. https://bookshop.iseas.edu.sg/publication/913

17


Click to View FlipBook Version