The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitisuhanaabubakar, 2021-09-19 22:08:12

konsep audio

NOTA RUJUKAN


4.1.1 KONSEP AUDIO




Audio adalah satu istilah untuk menerangkan sebarang bunyi atau hingar
dalam julat yang mana manusia mampu dengar. Audio diukur dalam unit hertz.
Isyarat audio yang boleh didengari manusia adalah dalam lingkungan 20 hingga

20000Hz. Isyarat audio pada komputer dijana menggunakan kad bunyi dan
didengar melalui speaker atau fon kepala.






























Rajah 4.1: Proses penghasilan bunyi




Audio berperanan penting dalam sesebuah persembahan multimedia.
Audio dapat mempengaruhi emosi pengguna dan kesan bunyi yang baik

mewujudkan keadaan yang seimbang dan harmoni. Audio juga mampu
menimbulkan keseronokan, meningkatkan minat dan mencorakkan sesebuah
persembahan multimedia.

4.1.2 JENIS AUDIO







Audio Analog

Audio analog merupakan bunyi yang wujud di
sekeliling kita. Bunyi yang dirakam dengan pita
rakaman akan disimpan dalam bentuk analog.





Rajah 4.2: Gelombang
audio analog




Audio Digital

Audio digital ialah isyarat bunyi yang telah
ditukar kepada nombor perduaan (0 dan 1) dan
disimpan dalam bentuk pola-pola bit.





Rajah 4.3: Gelombang
audio digital

4.1.3 KEPERLUAN AUDIO DALAM PRODUK MULTIMEDIA

Dalam produk multimedia, audio digunakan dengan pelbagai cara.
Fungsi utama penggunaan audio dalam produk multimedia adalah sebagai:

i) muzik latar belakang (background music)
• merujuk kepada muzik yang tidak bertujuan menjadi tumpuan
utama.
• dipilih mengikut kesesuaian emosi manusia seperti tumpuan,
keseronokan atau gangguan.
ii) kesan bunyi (sound effect)
• memberi penekanan kesan dalam sesuatu babak.
• dibina secara buatan untuk menekankan kesan dalam kandungan

filem, permainan video atau media lain.
iii) suara latar (voiceover)
• ulasan, penceritaan atau penerangan dalam sebuah filem, siaran
televisyen atau radio oleh seorang penutur yang tidak kelihatan.

4.1.4 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KUALITI AUDIO

Proses Pendigitan (Digitization)


Sistem komputer hanya menggunakan gelombang audio digital.
Penukaran gelombang analog kepada gelombang digital dikenali sebagai
proses Pendigitan (Digitization). Terdapat tiga faktor yang mempengaruhi kualiti
audio digital iaitu kadar sampel (sample rate), saiz sampel (sample size) dan
saluran (channel).




i) Kadar sampel

• Kadar sampel merujuk kepada kekerapan sampel diambil dalam
setiap saat.

• Semakin tinggi kadar sampel, semakin tinggi kualiti audio tersebut.

• Kadar sampel diukur dalam unit Hertz.





























Rajah 4.4: Kadar sampel bagi audio 4 Hz dan 8Hz

ii) Saiz Sampel

• Saiz sampel mewakili jumlah data audio dalam sampel tersebut.

• Saiz sampel juga merujuk kepada kedalaman bit (bit depth) yang
mewakili aras rakaman setiap sampel audio.

• Dua jenis kedalaman bit yang biasa digunakan ialah 8 bit dan 16 bit.

• Kualiti data 16 bit adalah lebih baik berbanding 8 bit kerana semakin

tinggi saiz sampel semakin tinggi kualiti audio.
















Rajah 4.5: Kedalaman bit dan kualiti audio digital

iii) Saluran

• Terdapat dua pilihan saluran yang sering digunakan sama ada stereo
(dua saluran) atau mono (satu saluran).

• Audio jenis stereo lebih berkualiti berbanding audio jenis mono kerana
audio menggunakan dua jenis sampel bagi setiap masa (saluran
sebelah kiri dan juga saluran sebelah kanan).

















Rajah 4.6: Perbandingan saluran audio mono dan audio stereo

4.1.5 FORMAT FAIL AUDIO

Format fail audio ialah format fail yang digunakan bagi menyimpan data
audio dalam bentuk digital. Fail audio boleh dimampatkan untuk mengurangkan
saiz fail. Berikut merupakan beberapa contoh format fail audio.

Jadual 4.1: Format fail audio

BIL NAMA FAIL KETERANGAN


1. Waveform Audio File Format
(WAV)
• Paling meluas digunakan dan
disokong sepenuhnya oleh sistem
pengoperasian Windows.
• Format fail audio ini telah

dibangunkan oleh Microsoft
Corporation dan IBM.
• Data audio dalam bentuk tidak
mampat (uncompressed),
seterusnya menjadikan saiz fail
wav lebih cenderung menjadi
besar.


2. Audio Interchange File Format • Fail audio format ini telah
(AIFF dan AIF) dibangunkan oleh Apple
Computer dan biasa digunakan
bersama-sama komputer Apple.
• Seperti fail WAV, saiz fail AIFF
adalah besar berbanding dengan
format yang lain kerana data

audio dalam bentuk tidak
mampat.

3. MPEG Layer 3 (MP3) • Format ini telah dibangunkan oleh
Moving Picture Experts Group
(MPEG)
• Format MP3 memampatkan data

audio dengan membuang
maklumat audio yang dianggap
tidak kritikal untuk pendengaran.
252

• Fail MP3 bersaiz lebih kecil dengan
kualiti audio yang lebih rendah
berbanding fail format WAV.
• Saiz yang kecil menyebabkan
MP3 popular digunakan di Internet
dan di peranti mudah alih.


4. Advanced Audio Coding (AAC) • AAC ialah format piawai yang
digunakan bersama dengan
video MPEG4 (mp4).
• AAC direkabentuk untuk
menggantikan MP3 dan secara
umumnya mempunyai kualiti
bunyi yang lebih baik.
• Seperti format MP3, AAC juga
memampatkan data audio

dengan membuang maklumat
audio yang tidak kritikal untuk
pendengaran.

5. Musical Instrument Digital • MIDI ialah format merekod dan
Interface (MIDI) mengawal nota muzik bagi setiap
peralatan muzik.
• Format MIDI tidak menyimpan bunyi
dalam pola-pola bit seperti format fail
yang lain, maka fail MIDI adalah
sangat kecil, jauh lebih kecil
daripada fail MP3.
• Kualiti audio MIDI pula adalah tinggi,
malahan lebih tinggi daripada WAV
jika set arahan audio adalah
lengkap.
• Format audio seperti WAV dan MP3
sukar ditukar kepada format MIDI,
sebaliknya format MIDI boleh ditukar
kepada format fail audio yang lain
dengan menggunakan aplikasi
penyunting audio yang biasa.


Click to View FlipBook Version