The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Syahrol Azm, 2024-03-06 11:40:36

BMMB 1104 - KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU BMMB 1104 NAMA : MUHAMMAD SYAHROL AIDIL BIN AZMI UNIT : PPISMP BAHASA MELAYU 2 NAMA PENSYARAH : EN. MOHAMAD BIN AB. LATIFF


1.0 PENGENALAN 2.0 KESUSASTERAAN MELAYU 2.1 KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU 2.2 JENIS, BENTUK DAN CIRI KESUSASTERAAN MELAYU 3.0 FUNGSI SASTERA MELAYU 3.1 HIBURAN 3.2 ALAT PENDIDIKAN 3.3 DAKWAH 3.4 KRITIKAN SOSIAL ISI KANDUNGAN


4.0 CONTOH KARYA-KARYA PUISI TRADISIONAL MELAYU 4.1 PANTUN 4.2 GURINDAM 4.3 SYAIR 4.4 SELOKA 5.0 GUBAHAN PUISI TRADISIONAL CIPTAAN SENDIRI DAN MANIFESTASI AKAL BUDI 5.1 PANTUN 5.2 SYAIR 6.0 PENUTUP 7.0 RUJUKAN ISI KANDUNGAN


Kesusasteraan Melayu merujuk kepada warisan sastra yang ditulis dalam bahasa Melayu. Ia meliputi pelbagai genre seperti syair, pantun, gurindam, hikayat, dan novel moden. Karya-karya ini mempunyai pengaruh yang besar dalam budaya Melayu dan telah membentuk identiti kebudayaan serantau di Asia Tenggara. Ia memaparkan nilai-nilai, kepercayaan, dan tradisi masyarakat Melayu melalui karyakarya yang kaya dengan elemen-elemen keindahan bahasa dan peribadi yang unik. Selain itu, kebudayaan Melayu juga meliputi aspek-aspek lain seperti seni, muzik, tarian, pakaian tradisional, makanan, dan upacara keagamaan. Kebudayaan ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuk agama, sejarah, dan interaksi dengan budaya-budaya lain di serantau tersebut. Secara keseluruhan, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu memainkan peranan penting dalam mengekalkan serta mengembangkan identiti dan warisan budaya masyarakat Melayu di Asia Tenggara. 1.0 PENGENALAN


Kesusasteraan Melayu merujuk kepada hasil karya dan ciptaan seni yang terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu. Ianya adalah satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Selain itu, sastera juga dapat dikatakan sebagai seni bahasa. Hal ini kerana sastera ialah ungkapan spontan daripada perasaan yang mendalam, malah sastera juga merupakan ekspresi fikiran melalui medium bahasa. Menurut pandangan Sarjana Ismail Hussein (1998) kesusasteraan merangkumi semua aspek yang menggunakan kata-kata atau bahasa yang bersifat kreatif manakala M.K Danziger & W.S Jahnson (1983) berpendapat seni yang menggunakan kata-kata sama ada lisan atau tulisan, dan Abu Bakar Hamid (1997) kesusasteraan merupakan seni yang bercorak intlektual. Bukan itu sahaja, kesusasteraan Melayu juga merupakan gabungan kepuasan intelek dan kepuasan estetik. 2.0 KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU


Selain itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (2003) mentakrifkan kesusasteraan sebagai karya bahasa yang menyatakan pengalaman dan perasaan manusia secara kreatif. Kesusasteraan ini telah menghimpunkan gambar masyarakat dan nilai-nilai hidup. Kementerian Pelajaran Malaysia juga mentakrifkan bahawa kesusasteraan merupakan karya asal yang ditulis dalam bahasa Melayu termasuk karya jenis bertulis mahupun karya jenis lisan yang direkodkan dan karya yang berfungsi sebagai alat pendidikan untuk mengimbangi perkembangan intelek, emosi, rohani dan jasmani. Hashim Awang et al. (1985) pula menyatakan bahawa perkataan “kesusasteraan” bentuk daripada kata akar “susastera” yang berasal daripada bahasa Sanskrit. Setiap suku katanya mempunyai makna yang khusus, misalnya “su” bermakna indah, lebih berfaedah dan baik manakala “sastera” bermakna huruf atau buku dan “kesusasteraan” bermaksud kumpulan buku-buku yang indah bahasa 2.0 KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU


Prosa tradisional 2.1 JENIS, BENTUK DAN CIRI KESUSASTERAAN MELAYU 01 02 Prosa moden 03 04 Puisi moden Puisi tradisional


(1) SASTERA RAKYAT (LISAN) MITOS LEGENDA CERITA RAKYAT (2) SASTERA ISTANA (TULISAN) HIKAYAT PROSA TRADISIONAL UNDANG-UNDANG EPIK PANJI AGAMA KETATANEGARAAN PROSA MODEN CERPEN NOVEL DRAMA PUISI TRADISIONAL PUISI MODEN PANTUN GURINDAM SYAIR SELOKA SAJAK


Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), tradisional ditakrifkan sebagai serius dan abadi nilainya, tinggi mutunya dan menjadi standard kepada yang lain, mempunyai gaya yang sederhana, mempunyai ciri-ciri lazim dan tidak berubah mengikut masa. Sehingga hari ini, prosa tradisional yang merupakan bentuk kesusasteraan Melayu masih lagi digunakan sebagai sumber pengetahuan, amalan, pengajaran, sempadan tingkah laku atau sumber atau pengenalan masyarakat Melayu kepada masyarakat luar. Perkembangan positif prosa tradisional mula dapat dilihat selepas kedatangan Islam ke Kepulauan Melayu pada abad ke-14 sehingga abad ke-16. Prosa tradisional merupakan satu karya seni yang berbentuk bahasa. Antara tujuan karya prosa tradisional adalah sebagai penyatu falsafah. Prosa tradisional dapat dikategorikan kepada dua genre iaitu dalam bentuk sastera rakyat iaitu lisan dan sastera istana iaitu tulisan. PROSA TRADISIONAL


Sastera ialah karya kreatif yang termasuk dalamnya daya ciptaan imaginasi pencipta yang mengandungi nilai-nilai manakala rakyat pula membawa maksud orang biasa yang hidup kolektif bagi membentuk satu sistem kekeluargaan yan besar. Sastera lisan adalah ungkapan dari mulut ke mulut, hasil kebudayaan lisan dalam masyarakat tradisional yang isisnya tidak akan ditelan dek zaman. Zaidan et. al (2000) menyatakan bahawa sastera lisan ialah ungkapan dari mulut, hasil kebudayaan lisan yang terdapat pada masyarakat tradisional serta isinya dapat diselaraskan dengan sastera tulisan masyarakat moden. SASTERA RAKYAT (LISAN) CIRI-CIRI SASTERA RAKYAT Menjadi hak milik semua masyarakat yang menghasilkannya 1. Mempunyai variasi yang berbeza dan bersifat anomimi, iaitu guna nama samaran atau tiada nama pencipta. 2. Penulisan yang bersifat sederhana, spontan, dan agak sedikit kasar. 3. Bentuk berpola dan plot yang hampir sama serta mempunyai fungsi tertentu. Misalnya, memberikan pengajaran. 4. Bersifat tradisional dan lama kerana berada dalam kebudayaan melebihi dua generasi 5.


ASAL USUL Berlaku pada masa lampau dan dianggap keramat oleh masyarakat yang mempercayainya. Mempengaruhi kehidupan masyarakat Melayu terutamanya cara pemikiran. Contoh mitos : asal usul kejadian alam seperti kisah Tasik Chini Cerita yang dipercayai oleh manusia dan dianggap suci oleh empunya cerita dan pendengar yang menyokong cerita tersebut. Mngisahkan tentang kejadian alam semester, manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan, bentuk muka bumi dan kejadian alam Tokoh yang terlibat terdiri daripada makhluk halus, dewa atau separuh dewa zaman dahulu. 1. MITOS JENIS- JENIS MITOS CIRI-CIRI MITOS INSTITUSI SOSIAL Mengisahkan asal usul sesebuah institusi sosial dalam masyarakat Melayu. Contoh : mito kedatangan Islam. MITOS POLITIK Cerita yang berkaitan dengan struktur pemerintahan dan kerajaan. Contoh : Cerita keturunan raja-raja Melayu, mitos penubuhan sesebuah kerajaan seperti Pasai, Melaka dan Samudera. 1.Dianggap benar-benar terjadi. Peristiwa yang aneh tetapi penting. 2. Memberi kesan kepada masyarakat. 3. 4.Berlaku pada zaman lampau.


Cerita yang benar-benar berlaku tetapi tidak dianggap suci. 2. LEGENDA LEGENDA KEAGAMAAN Cerita ini mengenai orang alim dan penyebar agama Tokoh tersebut memang wujud dan menjadi bualan masyarakat. Contohnya : Habib Noh dan Tok Kenali. LEGENDA ALAM GHAIB LEGENDA PERSEORANGAN LEGENDA TOKOH Fungsi : meneguhkan kebenaran berkaitan dengan pengalaman peribadi seseorang tetapi mempunyai unsur tradisional. Contoh : Pengalaman menziarahi ke alam ghaib. Berkait dengan tokoh-tokoh tertentu yang dianggap segala peristiwa benar- benar terjadi. Contoh : Hang Tuah, Tun Perak, Awang Tunggal cerita Mahsuri dianggap benar kerana ruang dan masa berkaitan cerita tersebut diperccayai benar-benar wujud. makam Mahsuri yang terdapat di Pulau Langkawi CIRI-CIRI LAGENDA Komunikasi lisan yang berasaskan kisah tokoh atau pahlawan. 1. Latar masa dan sejarahnya tidak semestinya berlaku pada masa lampau. 2. masih ada hubung kait dengan masa silam. 3.


Ditokohi oleh binatang yang mempunyai gambaran sikap dan tingkah laku seperti manusia. 3. CERITA RAKYAT BINATANG Berbentuk prosa dan tidak dianggap benar-benar terjadi. Cerita rakyat merupakan sumber hiburan, menegakkan kebenaran dan mengandungi moral atau sindiran CIRI-CIRI Watak utama binatang bersaiz kecil tetapi cerdik manakala watak antagonis binatang besar tetapi kurang cerdik dan dianggap bodoh. CONTOH Cerita Sang Ksncil menipu Gergasi PENGLIPUR LARA Cerita yang dituturkan oleh para penglipur lara seperti Tok Selampit, Awang Belanga dan Awang Batil. CIRI-CIRI Dituturkan secara lisan dari satu generasi ke generasi yang lain dengan tokok tambah dan ianya menjadi milik masyarakat. CONTOH Hikayat Malim Dewa, Hikayat Malim Deman CERITA JENAKA Cerita yang menimbulkan rasa geli hati dan gembira bagi orang yang mendengarnya. CIRI-CIRI Adanya unsur kebetulan dengan situasi sebenar sebagai ragam kehidupan manusia. CONTOH Pak Pandir, Pak Belalang, Pak Kaduk CERITA TELADAN Unsur didaktif serta sarat denganunsur moral dan pendidikan. CIRI-CIRI Watak terdiri daripada manusia biasa yang mengalami suka duka pada permulaan cerita tetapi akan memperoleh kegembiraan pada akhir cerita. CONTOH Bawang Putih Bawang Merah


SASTERA ISTANA (TULISAN) SASTERA HIKAYAT i) unsur Hindu ii) unsur Islam iii) unsur Hindu-Islam CONTOH SASTERA HIKAYAT : Hikayat Gul Bakawali Hikayat Raja Pasai SASTERA UNDANGUNDANG bahan kafan tentang sistem pemerintahan, sistem pentadbiran dan susun masyarakat lama. Genre ini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Adat Temenggung dan Adat Pepatih CONTOH : Adat Temenggung : Hukum Kanun Melaka SASTERA EPIK Sastera pahlawan dan bersifat sejagat. Sastera epik mementingkan ciri kepahlawanan dan keperwiraan yang unggul. CONTOH : Hikayat Hang Tuah (epik Kebangsaan) Hikayat Amir Hamzah (epik berunsurkan Islam) Sastera tulisan mula diperkenalkan setelah penerimaan Islam sekitar abad ke-15 dan berkembang dalam istana.


SASTERA ISTANA (TULISAN) SASTERA PANJI Karya yang isinya berkisar tentang kisah pengembaraan, percintaan dan peperangan. Watak utamanya bergelar Panji. CONTOH SASTERAH PANJI : Hikayat Cendawan Putih SASTERA AGAMA Berokus pada cerita-cerita yang menggambarkan kehebatan nabi Muhammad SAW dalam menyebarkan agama Islam CONTOH : Hikayat Bulan Berbelah SASTERA KETATANEGARAAN Digunakan oleh al-Sultan Zainal Abidin III sebagai panduan dalam pemerintahan baginda. CONTOH : Kitab Nasihat Segala Raja-Raja Sastera tulisan mula diperkenalkan setelah penerimaan Islam sekitar abad ke-15 dan berkembang dalam istana.


Menurut Annas Hj. Ahmad (1998: 152), mengatakan bahawa hasil karya sastera selepas tahun 1800M dikategorikan sebagai sastera moden supaya dapat memudahkan kita memahami bentuk dan unsurnya PROSA MODEN Faktor penyebab yang memisahkan sastera Melayu moden dan sastera Melayu klasik ialah disebabkan pembahagian masa dan cara sesuatu masyarakat itu befikir. Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dianggap sebagai orang yang telah membawa pembaharuan dalam sejarah kesusasteraan Melayu moden. Hasil kakrya beliau yang terkenal adalah Hikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah.


Hubungan dua perkataan, iaitu cerita dan pendek Menggambarkan sikap, perasaan, pandangan, dan fikiran pengarang serta memberi gambaran tentang suatu zaman yang berkaitan masalah sosial, politik dan ekonomi Cerpen membawa satu tema sahaja dan beberoa persoalan bagi menghasilkan kesan tertentu serta mendalam kepada pembaca. Dalam penulisan cerpen, ia mengandungi satu plot sahaja dan akan dikembangkan dengan teliti, rapi dan tidak rumit. CERPEN NOVEL Novel ialah prosa rekaan yang panjang serta di dalamnya termuat sebahagian daripada sebuah kehidupan. Novel merangkumi tiga faktor iaitu realiti, imaginasi dan pengalaman peribadi. Karya novel mengisahkan kejadian yang memusatkan kepada sebahagian daripada kehidupan manusia pada suatu tempat dan masa yang tertentu. DRAMA Drama adalah satu karya sastera yang ditulis oleh penulis untuk menyampaikan mesej atau pemikiran dalam bentuk lakonan atau dialog. Merupakan jenis karya sastera yang diwujudkan dengan unsur intrinsik iaitu kesatuan yang membentuk karya sastera secara menyeluruh.


Kesusasteraan awal bangsa Arab tertulis di dalam bentuk puisi. Puisipuisi terbaik digantung di Ka’abah pada zaman jahiliah Satu karya sastera yang terawal digunakan oleh semua bangsa di seluruh dunia. Dibuktikan dengan beberapa karya lama yang terkenal seperti Odyssey, Mahabharata dan Ramayana. PUISI TRADISIONAL Puisi tradisional terdiri daripada beberapa genre seperti pantun, syair, gurindam, seloka, talibun, mantera, adat perbilanga, teka-teki, peribahasa, rubai, masnawi, dan sebagainya (Harun Mat Piah, 1989)


Kaedah rangkapan yang tertua dan nemang asal kepunyaan masyarakat Melayu, malah sebelum orang Melayu thu surat menyurat, mereka sudah pandai berpantun dan berbalas-balas pantun antara mereka. (Za’abaa, 1978). Terdapat pantun dua rangkap, empat rangkap, enam rangkap, lapan rangkap, dua belas rangkap dan pantun berkait. Bentuk fizikal pantun merupakan pengungkapan yang mengandungi untuk pembayang maksud dan maksud. 1.PANTUN


Bentuk Pantun Ciri-ciri Pantun Ciri-Ciri Pantun Jenis-Jenis Pantun Bilangan baris dalam rangkap iaitu pantun dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat, dua belas kerat dan pantun berkait Pantun yang agak popular ialah empat dan dua kerat. Berdasarkan bilangan baris dalam rangkap bagi pantun empat kerat, baris satu dan dua ialah pembayang manakala baris tiga dan empat ialah maksud bilangan perkataan bagi setiap baris ialah 4 hingga 6 patah perkataan dan bilangan suku kata ialah antara 8 hingga 12. Rima atau bunyi akhir adalah sejajar iaitu bagi pantun dua kerat (‘a’, ‘a’) manakala bagi pantun empat kerat pula rima akhir berbentuk (‘a’, ‘b’, ‘a’, ‘b’) Menghibur Nasihat Menduga Akal Meluahkan Perasaan Menyampaikan Hasrat Seni Menyedapkan Cakap Menyampaikan Hasrat Tersembunyi Agama Budi Jenaka Percintaan Perpisahan


2. Gurindam Satu bentuk puisi melayu tradisional seperti mana yang dikenali sekarang dan diperkenalkan oleh Raja Ali Haj melalui ‘Gurindam Dua Belas’ yang dikarang pada tahun 1846. Pengaruh daripada sastera Hindu dan perkataannya adalah berasal daripada bahasa Sanskrit yang membawa maksud perumpamaan. Baris pertama adalah syarat atau protasis manakala baris kedua adalah jawab atau apodotis. merupakaan sebuah puisi bebas atau tidak terikat baris pertama adalah pemikiran atau peristiwa manakala baris kedua pula menyatakan keterangan bagi baris pertama. jumlah perkataan dan suku kata bagi gurindam adalah tidak tetap rimanya tetap berbunyi serima. beberapa jenis gurindam juga iaitu gurindam serangkap dua baris, empat baris dan gurindam bebas. Ciri-ciri Gurindam


Sejenis puisi berlagu yang dikatakan berasal dari Parsi dan telah dibawa masuk ke Nusantara bersama-sama kedatangan Islam. Mohd Yusof Md. Nor (1985) menyatakan syair berasa; daripada puisi Arab iaitu Isy’ir tetapi bentuk syair Melayu amat berbeza dengan bentuk syair dalam kesusasteraan Arab. 3. SYAIR Harun Mat Piah (1989) mengatakan keseluruhan pengkaji sependapat bahawa istilah syair berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud puisi secara umum. Syair Melayu telah diubah suai daripada syair Arab mengikut cita rasa Melayu. Syair terdiri daripada pelbagai jenis, misalnya syair cerita, syair nasihat, syair keagamaan dan lain-lain. Syair adalah satu pernyataan yang berlarutan bagi mengemukakan cerita, kisah, buah fikiran, nasihat dan juga pujian-pujian. puisi terikat dan tidak mempunyai pembayang manakala setiap baris mempunyai 4 hingga 5 patah perkataan dan suku kata pula 8 hingga 12 bagi setiap baris. CIRI-CIRI


4. SELOKA Harun Mat Piah (1989) menyatakan istilah ‘seloka’ berasal daripada perkataan Sanskrit ‘shloka’ yang bermksud berseloroh, berjenaka atau menyindir. berfungsi sebagai memberi gambaran kepada masyarakat yang melahirkannya iaitu masyarakat yang amat mementingkan keharmonian dan ketatasusilaan serta digunakan sebagai alat kritik perlakuan negatif masyarakat tanpa menyinggung sebarang perasaan. puisi bebas dan diubah suai mengikut bentuk pantun, syair atau perumpamaan. 1. seloka tidak mempunyai pembayang seperti pantun. 2. bilangan baris, perkataan dan suku kata adalah tidak tetap begitu juga dengan rima akhirnya 3. Ciri-ciri


PUISI MODEN Puisi moden juga berfungsi sebagai medium bagi pengajaran dan pendidikan kepada khalayak. Puisi moden hanya terdapat satu genre iaitu sajak. Sajak adalah karya seni yang menyampaikan mesej kepada masyarakat mengenai pelbagai perihal. Menurut Hashim Awang (1985), sajak ialah puisi baharu yang popular dan lahir sebagai pilihan kepada puisi tradisional.


Ciri-ciri Sajak berbentuk bebas dan tidak terikat. Jumlah baris, perkataan, rangkap serta rima akhirnya adalah bebas dan tiada ketetapan, Sebuah karya yng mementingkan pemilihan dan penyusunan kata-kata yang baik kerana sajak merupakan luahan perasaan yang mengandungi fikiran, tanggapan dan harapan penulis.


3.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU Hiburan adalah perkara yang sangat penting bagi seseorang manusia kerana mustahil untuk seseorang itu bersifat serius sepanjang masa. Teknologi pada zaman dahulu tidaklah secanggih kini di mana kita boleh mendapatkan hiburan sepanjanng masa melalui televisyen dan radio. Oleh itu, mereka menghasilkan karya sastera sebagai sumber hiburan. Hiburan yang dimaksudkan adalah karya yang menggunakan kata-kata indah dan plot yang menarik sehingga membuahkan perasaan seronok kepada pembaca. Sebagai contoh, pantun, Manusia dapat bergurau di antara satu sama lain dengan berbalas pantun dan secara tidak langsung dapat mencipta suasana yang harmoni. Selain itu, terdapat juga cerita jenaka seperti Pak Kaduk yang membawa watak seoramg yang malang. Bukan itu sahaja, terdapat pelbagai pengajaran yang terdapat dalam hasil karya sastera ini Pendidikan sangat luas yang merangkumi ilmu ekonomi, pendidikan, politik mahupun agama. Penulis menghasilkan karya bagi berkongsi bersama ilmu yang telah mereka perolehi. Setiap karya yang terhasil dipenuhi dengan pengajaran, moral, dan ilmu pengetahuan yang tinggi. Pada zaman dahulu, kebanyakan masyarakat tidak ke sekolah, maka ini merupakan salah satu cara bagi mereka untuk menambah ilmu pengetahuan. Begitu juga dengan zaman kini yang turut mementingkan sastera. Dengan itu, murid-murid juga dapat mempelajari KOMSAS di peringkat sekolah menegah. 3.1 HIBURAN 3.2 ALAT PENDIDIKAN


3.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU Dakwah ialah satu proses penyampaian yang tertumpu kepada ilmu agama. Sastera terutamanya digunakan sebagai medium penyampaian dakwah setelah kedatangan agama Islam ke Tanah Melayu. Pertembungan antara agama dan kesusasteraan pada dasarnya terlihat dalam realiti. Terdapat pelbagai karya yang dihasilkan bagi mengembamgkan pengaruh agama Islam di Kepulauan Melayu. Antaranya adalah Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Raja Khandaq, Hikayat Amir Hamzah, dan pelbagai lagi, Semua hikayat ini mengandungi pengajaran dan cara hidup sebagai seorang yang beragama Islam. Setiap kisah atau nukilan yang terhasil dalam sastera adalah perkara realiti yang berlaku dalam kalangan manusia. Sastera dijadikkan sebagai medium protes dan kritik sosial kerana ramai yang beranggapan bahawa teguran melalui sastera seperti sajak, syair atau gurindam merupakan cara yang paling efektif. Hal ini demikian kerana terdapat banyak susun lapis masyarakat. Misalnya, kedudukan pemimpin yang tinggi adalah sukar untuk rakyat memberi teguran. Oleh yang demikian, sastera boleh digunakan untuk menyampaikan mesej atau mengkritik cara pimpinan pemimpin tersebut. 3.3 DAKWAH 3.4 KRITIKAN SOSIAL


4.0 CONTOH KARYA-KARYA PUISI TRADISIONAL MELAYU Pohon mengkudu tumbuhnya rapat, Rapat lagi pohon matahari, Kawan seribu mudah dapat, Sahabat sejati payah dicari. 4.1 PANTUN PANTUN NASIHAT PANTUN JENAKA Oh bulan ke mana bintang, Atas pucuk kayu ara, Oh tuan ke mana hilang, Dalam bilik anak dara.


4.0 CONTOH KARYA-KARYA PUISI TRADISIONAL MELAYU Jika kerja tidak amanah, Rezeki banyak hidup musnah. Jika kerja sambil lewa, Hilang seri hilai ketawa. Jika kerja tidak jujur, Jalan hidup tiada lajur. Jika kerja pentingkan diri, Rugi hidup diri sendiri. 4.2 GURINDAM GURINDAM JUJUR BEKERJA Jika kerja mencuri masa, Akhirat nanti kita merasa Jika kerja tipu waktu, Hidup serabut jiwa menggerutu. Jika kerja pentingkan wang, Ikhlas tidak menempah ruang. Jika bekerja sekadar bekerja, Tiada jalan untuk berjaya.


4.0 CONTOH KARYA-KARYA PUISI TRADISIONAL MELAYU Pungguk bercinta pagi dan petang, Melihat bulan dipagar bintang, Terselap rindu dendam pun datang, Dari saujana pungguk menentang. Pungguk bermadah seraya merawan, Wahai bulan terbitlah tuan, Gundahku tidak berketahuan, Keluarrlah bulan tercelah awan. 4.3 SYAIR SYAIR BURUNG PUNGGUK IRAMA SELENDANG DELIMA Ketika bulan sedang berkurung, Pungguk terbang segenap lorong, Ramai bertanya sekalian burung, Pungguk wahai mengapa nan murung. Tengah malam pungguk terjaga, Melihat bintang puyuh berlaga, Bintang belatik beratur tiga, Cahayanya terang tidak terhingga.


4.0 CONTOH KARYA-KARYA PUISI TRADISIONAL MELAYU Aduhai malang Pak Kaduk, Ayamnya menang kampung tergadai, Ada nasi dicurahkan, Awak pulang kebuluran. Mudik menongkah surut, Hilir menongkah pasang; Ada isteri dibunuh, Nyaris mati oleh tak makan. 4.3 SELOKA SELOKA PAK KADUK Masa belayar kematian angin, Sauh dilabuh bayu berpuput, Ada rumah bertandang duduk.


5.0 GUBAHAN PUISI TRADISIONAL CIPTAAN SENDIRI DAN MANIFESTASI AKAL BUDI Pantun Syair


5.1 Pantun Pergi ke dapur untuk merasa, Merasa hidangan hari Selasa, Sebab pulut santan binasa, Sebab mulut badan binasa. Baris pertama dan kedua pantun ini merupakan pembayang bagi maksud pantun ini manakala baris ketiga dan keempat pantun ini merupakan maksud. Selain itu, tema bagi pantun ini ialah pantun nasihat kerana ia bertujuan untuk memberikan pengajaran atau nasihat kepada pembaca. Rima akhir yang terdapat dalam pantun ini ialah ‘ sa ’ , ‘ sa ’ , ‘ sa ’ , ‘ sa ’. Baris terakhir pantun ini diilhamkan daripada peribahasa yang terkenal iaitu “kerana mulut, badan binasa ” yang bermaksud seseorang yang bercakap tanpa berfikir dahulu akan mendapat balasannya. Bak kata peribahasa, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Hal ini adalah untuk memberi peringatan atau nasihat kepada kita agar sentiasa berhati-hati dalam berkata-kata agar ia tidak memberikan kesan kepada diri sendiri. PANTUN NASIHAT


Gaya Bahasa dan Unsur Bunyi Ciri-ciri Pantun Anafora Asonansi Pengulangan kata pada awal ayat Contoh dalam pantun : Sebab pulut santan binasa, Sebab mulut badan binasa. Epifora Pengulangan kata pada akhir ayat Contoh dalam pantun : Sebab pulut santan binasa, Sebab mulut badan binasa. Pengulangan bunyi vokal Contoh dalam pantun : Merasa hidangan hari Selasa, (terdapat pengulangan huruf vokal ‘a’)


5.1 Pantun Kalau bertanak dengan menggulai Mengacau gulai pecah isinya Kalau gelak jangan nak mengilai, Kalau mengilai rendah budinya. PANTUN BUDI Tema pantun ini ialah budi kerana ia berfungsi untuk memberi tunjuk ajar tentang tatasusila atau adab dalam kehidupan seharian manusia. Dalam pantun Melayu banyak diujarkan tentang nilai adab yang perlu dipatuhi oleh masyarakat dan wujudnya pengajaran kepada masyarakat sekiranya sesuatu adab itu tidak dipatuhi. Ia mungkin akan dikenakan tekanan sosial oleh masyarakat, agama dan sistem adat itu sendiri. Maka, nilai yang baik dalam pantun Melayu boleh membentuk jati diri orang Melayu untuk menjadi lebih beradab dan baik. Pantun ini mengenai adab dan perilaku seseorang supaya tidak ketawa dengan kuat sehingga mengilai. Hal ini dikatakan demikian kerana ia memberi gambaran tentang adab yang tidak baik dan wajar dihindari. Selain itu, ia juga bersesuaian dengan agama Islam yang melarang kita daripada sifat riak, sombong dan takbur. Bukan itu sahaja, sikap ketawa dengan sekuat hati dan mengilai yang digambarkan boleh menyebabkan seseorang itu mudah menjadi sombong dan riak sehingga harga dirinya menjadi rendah pada pandangan masyarakat di sekelilingnya. Oleh itu, kita perlulah mengelakkan diri kita daripada terjerumus dalam kalangan orang yang bersifat seperti yang dinyatakan.


Gaya Bahasa dan Unsur Bunyi Rima Rima akhir pantun ini ialah ‘i’. ‘i’ , ‘i’ , ‘i’. Anafora Pengulangan kata pada awal ayat Contoh dalam pantun : Kalau gelak jangan nak mengilai, Kalau mengilai rendah budinya.


5.1 Pantun Petang-petang menanam padi, Untuk dijadikan beras Jati, Awak cantik bagaikan puteri, Sudikah awak mengisi hati? PANTUN PERCINTAAN Tema bagi pantun ini ialah pantun percintaan. Pantun percintaan ini digunakan untuk meluahkan perasaan kasih sayang dalam kalangan masyarakat Melayu tanpa mengira batasan umur, sama ada rasa sayang teruna kepada dara, suami kepada isteri atau anak kepada ibu dan bapa. Pantun-pantun sebegini akan disulami dengan kata-kata yang indah, berbunga-bunga, pujipujian yang menggambarkan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu yang mendalam. Sebagai contoh, dalam baris ketiga pantun ini “Awak cantik bagaikan puteri”. Pantun ini juga digunakan untuk memikat hati pasangan atau orang yang disukai seperti yang kita boleh lihat dalam rangkap keempat iaitu “Sudikah awak mengisi hati?” dimana ia bermaksud untuk memikat hati perempuan yang diingininya. Rima akhir bagi pantun ini ialah ‘i’ , ’i’ , ‘i’ , ‘i’.


Gaya Bahasa dan Unsur Bunyi Simile Asonansi Merupakan perbandingan secara terus atau langsung dengan menggunakan katakata bandingan seperti, bak, umpama, ibarat, dan sebagainya. Contoh dalam pantun : Awak cantik bagaikan puteri, Pengulangan bunyi vokal Contoh dalam pantun : Sudikah awak mengisi hati? (terdapat pengulangan huruf vokal ‘i’)


Di bawah cahaya bulan berseri, Berdua berjalan di tepi pantai, Cinta kita takkan pernah diakhiri, Sentiasa kita bersatu hati. Di bawah rembulan hati rindu berseri, Langit biru menyaksikan kisah kami, Bersama dalam cinta abadi, Di alam baka takkan terluntur janji. 5.2 SYAIR SYAIR CINTA KITA IRAMA DODOI Di bawah langit biru yang terang, Kita berjalan tangan dipegang, Cinta kita takkan hilang bak bintang, Selamanya bersama tak akan renggang.


CONTOH SYAIR IRAMA DODOI https://youtu.be/Ew2DqLW-xfI?si=Oa9hWHjg6KCizRA5


Tema syair ini adalah berkisahkan kisah cinta antara dua individu yang saling mencintai antara satu sama lain dengan tulus walaupun banyak perkara yang , contohnya Selain itu, syair ini juga boleh dikaitkan sebagai "Cinta Abadi di Bawah Cahaya Bulan dan Langit Biru" . Hal ini mencerminkan tentang keindahan cinta yang tak tergoyahkan oleh waktu atau ruang, serta keabadian janji-janji cinta di antara dua insan yang saling mencintai. TEMA


Maksud rangkap 1 Rangkap pertama syair ini menggambarkan suasana romantis di mana dua orang berjalan bersama di tepi pantai di bawah cahaya bulan yang bersinar terang. Di tengah suasana yang indah itu, mereka mengalami hubungan cinta yang tak akan pernah berakhir. Dalam hati mereka, cinta itu tetap abadi dan bersatu meskipun waktu terus berjalan. Selain itu, rangkap ini juga mencerminkan tentang keindahan dan keabadian cinta di antara dua orang yang saling mencintai. Maksud rangkap 2 Rangkap kedua syair ini menggambarkan suasana romantis di mana dua orang saling merindukan di bawah cahaya rembulan yang memancarkan keindahan. Langit biru menjadi saksi atas kisah cinta yang terjalin di antara mereka. Selain itu, mereka bersama dalam hubungan yang abadi, di mana janji-janji cinta mereka tidak akan pernah memudar, bahkan di alam baka pun mereka akan tetap bersatu dan setia kepada satu sama lain. Ini adalah penggambaran tentang kekuatan dan kekekalan cinta yang mereka miliki, meskipun melewati waktu dan ruang, bahkan sampai ke alam yang abadi. Maksud rangkap 3 Rangkap terakhir syair ini menggambarkan kedekatan dan keabadian cinta antara dua orang di bawah langit biru yang cerah. Mereka berjalan bersama dengan tangan saling menggenggam, menandakan kesatuan dan kebersamaan dalam hubungan mereka. Perumpamaan "cinta kita takkan hilang bak bintang" menekankan bahwa cinta mereka tidak akan pernah pudar atau padam, malah akan terus bersinar terang seperti bintang di langit. Dan dengan menyatakan "selamanya bersama, takkan berenggang," mereka menegaskan komitmen untuk tetap bersama-sama tanpa ada yang bisa memisahkan mereka di masa depan.


Penggunaan singkatan kata GAYA BAHASA DAN BUNYI BAHASA SINKOF CONTOH DALAM SYAIR Cinta kita takkan pernah berakhir Penggunaan singkatan “takkan” Sepatutnya - - > “tidak akan” PERSONIFIKASI METAFORA SIMILE Kiasan atau perbandingan yang mempunyai dua kata yang berisi konkrit dan abstrak tanpa menggunakan kata seperti, bak atau umpama. CONTOH DALAM SYAIR Di bawah rembulan hati rindu berseri, Bahasa perbandingan yang memberikan sifat manusia/binatang kepada benda/objek/suasana mati. CONTOH DALAM SYAIR Di bawah langit yang biru terang, Merupakan perbandingan secara terus atau langsung dengan menggunakan kata-kata bandingan seperti, bak, umpama, ibarat, dan sebagainya CONTOH DALAM SYAIR Cinta kita takkan hilang bak bintang,


Pengulangan huruf vokal. GAYA BAHASA DAN BUNYI BAHASA ASONANSI CONTOH DALAM SYAIR Bersama dalam cinta abadi, Pengulangan huruf vokal ‘a’ RIMA ALITERASI Pengulangan huruf konsonan CONTOH DALAM SYAIR Di bawah cahaya bulan berseri, Rangkap 1 - Rima akhir rangkap ini ialah ‘i’ , ’i’ , ‘i’ , ‘i’. Rangkap 2 - Rima akhir rangkap ini ialah ‘i’ , ‘i’ , ‘i’ , ‘i’. Rangkap 3 - Rima akhir rangkap ini ialah ‘ang’ , ‘ang’ , ‘ang’ , ‘ang’. Pengulangan huruf konsonan ‘b’


Keindahan Cinta yang Abadi : Syair ini menggambarkan keindahan cinta yang tak tergoyahkan oleh waktu. Ini mengingatkan kita akan kekuatan cinta yang mampu bertahan menempuhi segala situasi dan rintangan yang dihadapi. 1. Kekuatan Janji : Janji cinta yang diucapkan dalam syair ini menekankan betapa pentingnya kesetiaan dan komitmen dalam sebuah hubungan. Ini mengajarkan bahwa janji-janji yang kita buat dengan hati yang tulus harus dijaga dengan penuh tanggungjawab. 2. Kebersamaan dan Sokongan : Gambaran pasangan yang berjalan berdua di tepi pantai, tangan dipegang erat, mengajarkan tentang betapa pentingnya untuk kita menyokong satu sama lain dalam setiap langkah kehidupan. 3. Kecantikan Alam : Syair ini memanfaatkan gambaran alam, seperti cahaya bulan, langit biru, dan pantai, untuk menyampaikan keindahan dan kedamaian cinta. Ini mengajarkan kita untuk menghargai keindahan alam serta untuk memanfaatkannya sebagai latar belakang yang indah bagi hubungan kita. 4. PENGAJARAN


6.0 RUMUSAN Kesimpulannya, bahasa dan Kesusasteran Melayu mengajak kita bersedia berpadu tenaga membina, memupuk dan mengembangkannya. Sudah terang lagi bersuluh bahawa kesusasteraan Melayu ini amat penting kepada negara kita kerana ia menunjukkan keaslian negara kita. Oleh itu, kita seharusnya menjaga kesusasteraan Melayu ini agar tidak punah ditelan zaman. Bukan itu sahaja, banyak kebaikan yang diperolehi sekiranya kita mempelajari karya sastera sesebuah bahasa terutamanya bahasa ibunda kita. Akhirulkalam, kita juga perlulah menerapkan karya-karya ini kepada generasi-generasi yang akan datang agar mereka mampu menyambung legasi negara serta menghormati seni dan budaya negara kita. ©


Sekian, Terima kasih.


Click to View FlipBook Version