MPU 21032
ASPEK-ASPEK YANG
MEMECAHBELAHKAN MASYARAKAT
BERBILANG KAUM DAN CARA
MENGHINDARINYA
NO NAMA NO. MATRIK
1 NURUL ASYIKIN BINTI NORAZIZI 17DHF21F2032
2 AINUL AINA BINTI AHMAD ROSDI 17DHF21F2034
3 ROZ MUHAMMAD SYAHMI BIN ROHAIZAD 17DHF21F2036
4 ANIS SYAZWANI BINTI AHMAD DASHUK 17DHF21F2038
5 MUHAMMAD ZAIM BIN NORLIDZAN 17DHF21F2040
NAMA PENSYARAH: PUAN NURUL AMALIA
BINTI RUSLAN
ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK
1 KATA-KATA ALUAN
2 PENGENALAN
3 SEJARAH DAN LATAR BELAKANG KAUM
4 KEPENTINGAN PERSEFAHAMAN ANTARA KAUM
5 FAKTOR PENGUKUHAN PERPADUAN KAUM
6 CABARAN YANG MERINTANGI USAHA KE ARAH PERPADUAN
KAUM
7 LANGKAH-LANGKAH MENGELAKKAN MASALAH HUBUNGAN
MASYARAKAT BERBILANG KAUM
8 SENSITIVITI AGAMA DALAM MASYARAKAT PELBAGAI KAUM DI
MALAYSIA
9 AGAMA DAN KONFLIK PERPADUAN KAUM
10 SENSITIVITI AGAMA YANG DIBANGKITKAN DALAM MASYARAKAT
11 MASALAH PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA
12 CARA-CARA MENGHINDARI PERPECAHAN MASYARAKAT
BERBILANG KAUM
13 KESIMPULAN
14 CADANGAN PENYELESAIAN
15 SUMBER RUJUKAN
KATA-KATA ALUAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Segala puji bagi
Allah S.W.T atas segala limpah dan kurnianya, kami
sekumpuan dapat menyiapkan tugasan e-majalah ini
dengan jayanya yang bertajuk aspek-aspek yang boleh
memecahbelahkan masyarakat dan cara menghindarinya.
Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah kami, PUAN NURUL AMALIA BINTI RUSLAN
kerana telah banyak memberi penerangan dan nasihat
kepada kami untuk menyiapkan tugasan folio ini.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
rakan ahli kumpulan yang telah memberi komitmen yang
sepenuhnya dalam menyiapkan tugasan yang telah
diberikan ini. Pelbagai cabaran yang telah kami hadapi
dalam menyiapkan e-majalah ini, tetapi itu bukanlah satu
alasan untuk mematahkan semangat kami.
Akhir kata, kami ingin berterima kasih kepada sesiapa
yang telah terlibat dalam menyiapkan tugasan ini. Kami
berharap tugasan ini dapat memenuhi kriteria yang telah
ditetapkan.
SEKIAN TERIMA KASIH
PENGENALAN
Kepelbagaian masyarakat merupakan satu yang lumrah bagi
kebanyakan negara pada hari ini. Masyarakat yang terdiri daripada
kelompok kaum, budaya dan agama yang berbeza-beza menjadikan
ia satu cabaran yang berpanjangan dalam mengurus kemajmukan
sosial ini. Cabaran ini wujud terutamanya dalam aspek membentuk
keharmonian, keamanan dan interaksi positif antara kaum, agama
dan budaya yang berbeza-beza. Ia memerlukan pendekatan yang
berhemah dan penuh rasa hormat.
Masalah telah melalui pelbagai pengalaman yang sangat pahit
sebelum menjadi negara yang berdiri teguh. Malaysia tidak lagi asing
dengan pengalaman zaman penjajah sepertimana yang kita tahu,
malaysia pernah dijajah oleh portugis, inggeris, belanda dan jepun.
Malaysia telaha merdeka pada 31 ogos 1957 dengan sorokan
keramat 'MERDEKA' sebanyak tujuk kali dan hal ini tidak semudah
yang disangka setelah beberapa puluh tahun malaysia telah dijajah
oleh kuasa luar bagi memastikan negara malaysia tidak dijajah oleh
negara lain, semangat perpaduan sangat penting demi menjamin
kesejahteraan negara kita.
Pada zaman yang semakin maju ini, pendidikan menjadi
tunjang kepada perpaduan. Dalam pembentukan warganegara
yang bersatu padu, sekolah sangat memainkan peranan dan
menjadi watak yang penting. Dalam kandungan falsafah
pendidikan kebangsaan telah dicatat bahawa 'Pendidikan di
malaysia adalah satu usaha atau inisiatif berterusan ke arah
untuk memperkembangkan potensi setiap individu yang harmonis
dan mendapat keseimbangan dari segi intelek', rohani, emosi dn
jasmani.
Sehubungan dengan itu, imej negara akan ditingkatkan dengan
semangat perpaduan hasil daripada kerjasama seluruh rakyat
Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama.
Sebagai contoh, ketika musim perayaan, amalan ziarah-
menziarahi dan bermaafan adalah amalan biasa bagi rakyat
malaysia. Jadi, setiap yang manis pasti ada pahit, terdapat
beberapa aspek yang boleh memecahbelahkan masyarakat dan
cara meghindarinya supaya kita dapat hidup dalam komuniti yang
bahagia sejurus negara yang harmoni.
Semua pihak perlu bertanggungjawab dalam menggalas
kewajipan ini. Pemimpin pelbagai peringkat terutamanya, harus
senada dalam merealisasikan agenda perpaduan negara.
Persefahaman dalam kalangan pemimpin ini adalah amat penting
kerana melaluinya, rakyat akan dapat satu isyarat yang jelas
bahawa mengharmonikan hubungan masyarakat berbilang
bangsa dan budaya di Malaysia ini adalah tanggungjawab semua
warganegara.
SEJARAH DAN LATAR
BELAKANG KAUM
kaum di Malaysia
Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum
seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Setiap kaum
mempunyai latar belakang dan identiti yang berbeza.
Mayarakat majmuk biasanya dikaitkan dengan Malaysia. Ini
kerana negara Malaysia terdiri daripada masyarakat yang
berbilang kaum dan budaya yang tersendiri. Kini, negara
Malaysia telah didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan
etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Corak masyarakat
Malaysia berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan
keadaan perubahan struktur politiknya. Dengan adanya
kepelbagaian kaum, maka wujudlah kepelbagaian adat
resam, budaya, bahasa, agama dan sebagainya.
KETERANGAN LATAR BELAKANG KAUM
Masyarakat majmuk merupakan mayarakat yang terdiri
daripada pelbagai lapisan kaum yang mempunyai
kepercayaan, adat resam dan budaya yang tersendiri. Setiap
kaum di negara Malaysia ini mempunyai latar belakang dan
sejarah kemasukannya. Masyararakat majmuk dibahagikan
mengikut garis-garis pemisah seperti ras, etnik, agama,
ideologi, bahasa dan budaya. Menurut Kamus Dewan (2005),
masyarakat majmuk ialah kumpulan manusia yang hidup
bersama-sama di sesuatu tempat dengan atur dan cara-cara
tertentu. Jaringan erat wujud dalam kalangan anggota
tersebut, khususnya melalui hubungan bersemuka. Contohnya
seperti pergaulan masyarakat di Malaysia yang terdiri
daripada bangasa Melayu, Cina, India dan lain-lain.
Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia yang berbilang
kaum pada abad ke-19 adalah kesan daripada Kolonialisme
yang mutlak. Masyarakat majmuk di Malaysia terjadi secara
tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk di
Tanah Melayu adalah Melayu. Namun pada pertengahan
abad ke-19, imigrasi kaum Cina dan India secara beramai-
ramai ekoran dasar liberal Inggeris telah mengubah struktur
kependudukan asal Tanah Melayu. Masyarakat majmuk di
Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan
mengikut cara hidup, pola penempatan,pekerjaan dan
pendidikan.
MASYARAKAT MELAYU
foto masyarakat melayu
Setiap bangsa Malaysia mempunyai sejarah yang
tersendiri seperti Kaum Melayu dahulunya tinggal di
perkampungan.Selain itu,mereka juga bekerja sebagai
petani,peternak, menangkap ikan dan mengutip hasil
hutan.Pada mulanya kaum Melayu menganut agama
buddha.Namun sejak kedatangan Islam datang ke tanah
Melayu, kaum Melayu telah menganut agama Islam.
Dengan kedatangan Islam juga, masyarakat Melayu telah
mengamalkan syariat yang wajib diamalkan dalam Islam
contohnya solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,
mengerjakan haji dan lain-lain lagi.
MASYARAKAT CINA
foto masyarakat cina
Seterusnya, masyarakat Cina biasanya menetap di
perbandaran. Kedatangan buruh dari Cina secara besar-
besaran bermula sejak awal abad ke-19 yang kebanyakkan
mereka berasal dari wilayah selatan China seperti
Kwangtung, Fukien dan Kwangsi. Kebanyakan masyarakat
Cina bekerja sebagai peniaga. Sesetengah kaum Cina bekerja
sebagai pelombong semasa era penjajahan British.
Kedatanagn buruh ini ke Tanah Melayu adalah melalui
beberapa cara seperti sistem tiket kredit, sistem
pengambilan kakitangan dan pengambilan rumah kongsi.
Sesetengah kaum Cina menganut agama Kristian namun
kebanyakan kaum Cina menganut agama Buddha.
MASYARAKAT INDIA
foto masyarakat india
Kebanyakan kaum India di Tanah Melayu tinggal di
kawasan ladang atau estet. Kaum India mula memasuki
Tanah Melayu sejak dari pembukaan Selat Melaka
terutamanya sebagai pedagang kain dan peminjam wang.
Pada akhir abad ke-19 dan pada awal abad ke-20,
penjajah British mendapati India sebagai tempat
mendapatkan buruh-buruh yang murah, patuh dan senang
untuk dikawal. Dalam tahun 1880, Hugh Low dan Frederick
Weld telah mendapatkan permit daripada kerajaan British
untuk mengimport buruh-buruh dari India dan bekerja di
ladang-ladang milik mereka di Tanah Melayu. Kaum India
terbahagi kepada beberapa suku etnik diantaranya terdiri
daripada Tamil, Telegu, Ceylon dan lain-lain. Kebanyakan
mereka yang diambil bekerja di ladang-ladang adalah
dari golongan Tamil.
KEPENTINGAN PERSEFAHAMAN
ANTARA KAUM
contoh persefahaman antara kaum
Perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan satu
keistimewaan yang memainkan peranan penting demi
mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.
Banyak negara di dunia mencontohi Malaysia sebagai
negara yang berbilang bangsa, agama dan budaya kerana
keharmonian dan kemakmuran antara kaum serta budaya
menjadi pegangan kepada pandangan positif rakyat
antarabangsa terhadap Malaysia.
Semangat perpaduan perlu dipupuk di dalam setiap rakyat
Malaysia dari bangku sekolah lagi seiring dengan
mengukuhkan semangat jati diri, di samping memberi
keutamaan kepada mata pelajaran Sejarah dan menjadikan
sistem pendidikan sebagai medium mustahak untuk
mengkekalkan perpaduan kaum. Melalui penghayatan
perpaduan serta sejarah negara, diharap akan lahirnya
generasi muda yang akan bertindak sebagai wargangara
yang matang lagi bertanggungjawab.
foto semasa sambutan hari merdeka
Selain itu, kepelbagaian agama di Malaysia juga perlu diberi
keutamaan demi mengekalkan kukuhan perpaduan antara kaum
dengan mengamalkan semangat perkongsian, saling
menghormati dan menanam sikap toleransi sesama rakyat
Malaysia. Dengan itu, masyarakat akan lebih terbuka untuk
mengenali dan memahami kepelbagaian agama di negara ini
demi menguatkan lagi kesefahaman antara kaum dan agama.
Tambahan pula, sambutan pelbagai hari perayaan seperti
Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas,
Hari Gawai dan Kaamatan boleh dijadikan platform untuk
mengenali budaya dan adat resam sesama masyarakat
sambil memperbaharui ikatan persahabatan. Keharmonian
demi kesatuan ini juga merupakan keunikan yang bukan
sahaja memperteguhkan lagi perpaduan antara kaum,
malah menjadi penanda aras bagi Malaysia dalam
mencapai matlamat sebagai negara yang aman dan
harmoni. Misalnya, rumah terbuka bagi setiap satu
perayaan diadakan untuk meraikan perpaduan kaum yang
memupuk amalan ziarah-menziarahi, saling menolong dan
semangat kejiranan sebagai budaya harian kita.
Perpaduan kaum juga memainkan peranan dalam
mengukuhkan lagi ekonomi negara dengan penglibatan
semua kaum dalam kegiatan ekonomi. Misalnya, Dasar
Ekonomi Baru yang dilancarkan pada tahun 1970 oleh Tun
Abdul Razak, adalah bertujuan untuk menyusun semula
ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini.
Pelancaran dasar ekonomi tersebut memastikan bahawa
taraf hidup masyarakat dapat ditinggikan dalam usaha
untuk mencapai kemajuan dalam pembangunan negara.
Jurang perbezaan akan terhapus dalam fungsi ekonomi
mengikut kaum dan lahirnya perpaduan ekonomi di
kalangan rakyat, sambil meningkatkan lagi taraf
pembangunan ekonomi negara.
Secara keseluruhan, perpaduan kaum merupakan antara
faktor terpenting dalam mengekalkan keharmonian
masyarakat berbilang kaum dan agama. Sekiranya kita
berpecah atau bertelingkah antara satu sama lain, negara
yang aman dan harmoni ini akan menjadi mundur dan
pertikaian akan menyebabkan ketidakstabilan ekonomi
yang menjejaskan pembangunan negara. Masyarakat
Malaysia perlu menjadi penggerak utama dalam memupuk
dan mengekalkan perpaduan antara kaum dalam usaha
untuk mencapai matlamat ke arah status negara maju serta
memastikan pembangunan ekonomi negara yang stabil dan
konsisten.
ASPEK - ASPEK
YANG
MEMECAHBELAHKAN
MASYARAKAT
BERBILANG KAUM
DAN CARA
MENGHINDARINYA
BY NURUL ASYIKIN
FAKTOR PENGUKUHAN
PERPADUAN KAUM
1.PERPADUAN DALAM PENDIDIKAN
Kewujudan vernakular bagi pendidikan ini bukan
penghalang kepada perpaduan negara. Selain itu,
menggunakan tiga bahasa untuk memberi peluan kepada
kanak - kanak untuk mengharungi dunia persaingan.
Kepelbagaian budaya dan etnik menawarkan kepelbagaian
yang unik dan berdaya maju untuk negara kita.
2. PERPADUAN MELALUI PENGUASAAN
BAHASA KEBANGSAAN
Penjajah British merdeka selepas 56 tahun, tiada
alasan bagi Rakyat Malaysia tidak fasih berbahasa
melayu iaitu bahasa kebangsaan. Bahasa inggeris
masih menjadi lingua fraca antarabangsa untuk
menjalankan perniagaan di sini tetapi satu - satunya
cara untuk perpaduan kaun yang sebenar dalam
kalangan orang ramai adalah melalui penguasaan
Bahasa Malaysia iaitu Bahasa Kebangsaan.
3) PERPADUAN SEMASA PERAYAAN
Budaya RumahTerbuka di mana kita melawat antara satu
sama lain adalah digalakkan. Tidakkah kita gembira kerana
kita adalah satu - satunya negara di dunia dengan bunga api
sepanjang tahun, sama ada pada Tahun Baru Cina, Hari Raya,
Krismas atau Deepavali. Semangat Muhibbah sejati memang
ditunjukkan kepada dunia. Perpaduan dan harapan membawa
mesej musim perayaan yang sebenar kepada rakyat Malaysia
dan semua agama akan meraikan sama - sama iaitu kristian,
buddha, hindu atau islam. Pada musim perayaan, rakyat
Malaysia boleh bersatu dan segala perbezaan boleh dilupakan
dan boleh membawa kepada konflik kaum dan agama.
CABARAN YANG
MERINTANGI USAHA KE
ARAH PERPADUAN
KAUM
Terdapat faktor dari golongan belia yang berpotensi untuk
menghalang kepada perpaduan kaum di Malaysia. Faktor
yang mendapati telah berjaya merintangi ketidakfahaman
usaha rakyat yang berbilang kaum tentang budaya dan adat
resam.
1.Tidak Memahami Budaya dan Adat Resam Kaum Lain
Di Malaysia semua kaum suka duduk dalam lingkungan
kaum mereka sahaja. Selain itu, kefahaman budaya dan adat
resam menjadi cetek. Kaum melayu berasa selamat apabila
semua kaum melayu duduk berdekatan dengan mereka dan
juga kaum lain seperti Cina dan India.
2. Proses Sosialisasi yang Terhad
Malaysia mempunyai golongan muda dari rakyat yang
berbilang kaum dan dibesarkan dalam kelompok budaya dan
persekitaran etnik yang berlainan. Sosialisasi ialah seseorang
individu yang dilalui dalam proses sosial untuk menjadi
sesuatu kelompok kaum dengan m
empelajari budaya dan
adat resam kelompok kaum. Seseorang individu dilahirkan
bermulanya sejak proses sosialisasi. Menerima nilai - nilai,
sikap, kemahiran dan peranan yang dipelajari oleh individu
dan dapat menyatukannya dalam kelompok kaum dan
masyarakatnya. Proses sepanjang hayat ialah sosialisasi yang
dilalui oleh seseorang individu.
LANGKAH-LANGKAH MENGELAKKAN MASALAH
HUBUNGAN MASYARAKAT BERBILANG KAUM
MEMPERBAIKI DASAR PENDIDIKAN NEGARA UNTUK MEMBANGUNKAN
EKONOMI KAUM.
Dasar pendidikan negara perlulah dirancang dan dilaksanakan dengan
matlamat untuk melahirkan individu yang berilmu dan berkemahiran yang
akhirnya mampu untuk bersaing dalam pelbagai bidang pada masa akan
datang terutamanya bidang ekonomi. Dalam sudut ekonomi ini, jurang
ekonomi yang jauh berbeza antara kaum di negara ini menyulitkan
kerajaan mencapai agenda perpaduan. Melalui pendidikan, pengenalan
identiti kaum mengikut jenis pekerjaan juga dapat dihilangkan. Untuk
menilai sama ada berjaya atau tidak matlamat dan hasrat kerajaan, ianya
boleh dilihat dari sudut kejayaan mengurangkan jurang ekonomi diantara
kaum dan kejayaan menhapuskan pengenalan identiti kaum melalui
bidang ekonomi.
MENJADIKAN AKTIVITI SUKAN SEBAGAI AGEN PENGERAT HUBUNGAN
ANTARA KAUM
Negara kita telah mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan.
Contohnya sukan skuasy, badminton, bola sepak dan sebagainya.
Pelbagai lapisan masyarakat dan kaum telah menunjukkan semangat
patrioktik dengan bersatu memberikan sokongan kepada ahli-ahli sukan
negara dan juga peserta-peserta yang terlibat. Kemenangan sama-sama
diraikan dan kekalahan turut sama dirasai. Ini menunjukkan kejayaan
aktiviti sukan dan permainan dalam institusi pendidikan dalam
menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang.
MENJADIKAN GURU SEBAGAI EGEN PENYEMAI PERPADUAN
Guru merupakan egen kerajaan untuk menyampai dan melaksana dasar
pendidikan kepada murid dan masyarakat. Aspek guru juga menjadi
cabaran untuk mencapai perpaduan dan integrasi kaum. Guru perlu
dipersiapkan dengan ilmu pengetahuan yang cukup dan lengkap untuk
menghadapi pelbagai situasi di sekolah dan masyarakat sekitarnya.
Malah, guru perlu memahami misi, objektif dan matlamat akhir sesuatu
dasar pendidikan supaya hasrat perlaksanaan sesuatu dasar itu
terlaksana.
MEDIA MASSA MEMBERI PENDEDAHAN KEBUDAYAAN PELBAGAI
KAUM
Media massa bukan hanya berbekalkan fakta dan data tertentu. Ia juga
memberikan maklumat tentang matlamat, maksud dan kesingnifikanan
sesuatu peristiwa. media massa ini pula perlu peka dalam menyampaikan
sesuatu dasar, lebih-lebih lagi isu tersebut menyentuh isu-isu sensitif
supaya tidak menimbulkan konflik dikalangan masyarakat. Melalui
matlamat yang tepat, masyarakat akan dapat memahami kehendak dan
matlamat kerajaan dalam melaksanakan sesuatu dasar.
BERSIFAT SETIA DAN CINTA AKAN NEGARA
Setiap daripada kita hendaklah berbangga menjadi rakyat malaysia tanpa
mengira bahasa dan kerpercayaan. Semua rakyat perlu
memepertahankan nama baik negara dan berusaha untuk
mengharumkan nama negara. Dengan memiliki sikap berbangga sebagai
rakyat Malaysia, kita akan sentiasa berusaha mengekalkan hubungan kita
dengan rakyat Malaysia yang lain, walaupun berlainan kaum,
kebudayaan dan kerpercayaan. Pendek kata, di mana bumi dipijak, disitu
langit dijunjung" perlu diamalkan dan dijiwai sepenuhnya.
SENSITIVITI AGAMA DALAM
MASYARAKAT PELBAGAI KAUM DI
MALAYSIA
Kepelbagaian kaum yang wujud sudah semestinya mempunyai
pegangan agama yang tersendiri dan berfungsi memandu
kehidupan mereka ke arah yang lebih baik dan sempurna. Agama
yang dianuti mereka dipelihara dan dijaga kesuciannya tanpa ada
penindasan dan penghinaan oleh mana-mana agama lain sehingga
boleh membawa kepada sensitiviti terhadap agama. Namun sejak
akhir ini, elemen agama sering menjadi instrumen yang membawa
perpecahan dan konflik antara kaum. Isu agama yang timbul
sememangnya memberi impak negatif walaupun sifat toleransi
agama dalam budaya telah berlaku dalam masyarakat di Malaysia.
Sensitiviti agama yang timbul sedikit sebanyak akan menyebabkan
kerapuhan hubungan antara kaum jika agama yang diamalkan
mereka dihina dan dipermainmainkan oleh penganut lain. Objektif
dalam artikel ini juga akan memperlihatkan sejauh mana kekuatan
hubungan sensitiviti agama dengan isu perpaduan kaum yang
timbul dalam kalangan masyarakat. Kajian ini juga akan
menganalisis berdasarkan kajian-kajian yang telah dilakukan oleh
pengkaji terdahulu berhubung isu-isu sensitiviti agama yang
ditimbulkan seperti isu Kalimah Allah, rumah ibadat, agama rasmi
negara dan sebagainya
Hal sedemikian menjadi sensitif sehingga
mencetuskan kontroversi dan penghinaan terhadap
agama lain. Banyak isu-isu sensitiviti agama yang
ditimbulkan sehingga mendatangkan konflik
perpaduan kaum dalam masyarakat.
AGAMA DAN
KONFLIK
PERPADUAN
KAUM
By : Roz Syahmi
FAKTOR SENSITIVITI
AGAMA DI DALAM
KALANGAN MASYARAKAT
membincangkan tentang sensitiviti agama yang
membawa kepada konflik perpaduan kaum
dalam masyarakat di Malaysia. Agama ditakrifkan
sebagai hubungan antara manusia dengan
sesuatu kekuasaan luar biasa yang dianggap
dapat memberi perlindungan. Hubungan suci ini
akan melahirkan manusia untuk lebih tunduk
kepada penciptanya
FAKTOR MASYARAKAT
MAJMUK
Kepelbagaian agama, perbezaan bahasa,
pengkhususan ekonomi, seni bina kediaman,
hala tuju politik dan sebagainya merupakan
lambang pengenalan kepelbagaian kumpulan
etnik yang terdapat di Malaysia
konsep masyarakat majmuk merujuk kepada
masyarakat yang dicirikan dengan perpecahan
tetapi dalam masyarakat majmuk perbezaan
yang wujud dari segi ras dan etnik itu selari
dengan perbezaan ekonomi sehingga
ketegangan dan ketidakstabilan lebih mudah
berlaku
AGAMA DAN KONFLIK
PERPADUAN KAUM
aspek politik dan isu ekonomi yang menjadi asas
kepada konflik antara Melayu dan bukan Melayu
dalam masyarakat di Malaysia. Kajian yang
dijalankan ini melihat sensitiviti agama
merupakan satu faktor yang mempengaruhi
berlakunya konflik dalam masyarakat yang
berbilang kaum khususnya di negara kita
Malaysia.
ISU YANG DIBANGKITKAN
DALAM KALANGAN
MASYARAKAT
Sensitiviti agama yang dibangkitkan dalam
masyarakat pada masa kini amat dibimbangi
oleh semua kaum kerana konflik atau isu-isu
yang menyentuh kesucian agama terutama
agama Islam boleh mendatangkan perbalahan
antara mereka.
Perkara 3 dalam Perlembagaan Malaysia
menggariskan bahawa agama rasmi negara
Malaysia adalah Islam. Namun, penganut agama
yang lain dibenarkan untuk mengamalkan
ajaran agama masing-masing dalam
kesejahteraan dan keharmonian.
MASALLAH PERPADUAN KAUM
DI MALAYSIA
CARA CARA MENGHINDARI
PERPECAHAN MASYARAKAT
BERBILANG KAUM
MUHAMMAD ZAIM BIN NORLIDZAN
17DHF21F2040
MASAALAH PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA
Bukan mudah Malaysia dengan rakyat berbilang
kaum mengekalkan nikmat kemerdekaan hingga
hari ini jika tiada asas perpaduan kukuh.
Jika disorot kembali sejarah perjalanan Malaysia
yang sudah 64 tahun merdeka, negara tidak pernah
sunyi daripada insiden mampu menggugat
keharmonian kaum, tetapi berjaya diatasi.
Bagaimanapun, dengan perkembangan teknologi
semakin canggih dan pantas, banyak isu sensitif
dipertontonkan hingga mengguris perasaan. Media
sosial sering disalah guna untuk menyemarakkan
perasaan saling mencurigai antara kaum.
Kebiadaban dan penghinaan terbuka di media sosial
jika tidak bijak ditangani, dikhuatiri boleh
mencetuskan episod pergeseran antara kaum dan
menjadi bom jangka meruntuhkan perpaduan sekian
lama dibina atas keringat dan pengorbanan
pemimpin serta generasi terdahulu.
cara cara menghindari perpecahan
masyarakat berbilang kaum
cara menghindari perpecahan masyarakat
berbilang kaum adalah, kita perlu wujud
kesedaran dalam masyarakat usaha membina
peradaban dan mencapai status kemajuan bagi
Malaysia, terutama dalam merealisasikan
Wawasan Kemakmuran Bersama , seharusnya
bertunjangkan persefahaman, tolak ansur dan
rasa hormat-menghormati.
Walaupun rakyat Malaysia terdiri daripada
pelbagai penganut agama dan mengamalkan
budaya berbeza, sifat kebersamaan serta
cintakan keharmonian dan keamanan perlu ada
bagi merealisasikan m
atlamat perpaduan
nasional.
Kesepaduan dalam rakyat sebenarnya lahir daripada
semangat penerimaan dan rasa hormat tinggi antara
kaum dan agama. Justeru, keutamaan harus diberi
kepada usaha membina sikap penerimaan diiringi
nilai keluhuran budi pekerti dalam masyarakat.
Keharmonian dan kesejahteraan dalam
hubungan masyarakat akan hanya dapat
diwujudkan jika setiap individu mempunyai
pemahaman baik terhadap peranan masing-
masing untuk menerapkan nilai murni dalam
interaksi seharian.
KESIMPULAN
Kesimpulannya,perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat
Malaysia juga mampu meningkatkan imej negara di mata dunia.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa negara pada masa
kini sudah berada di peta masyarakat antarabangsa ekoran
daripada usaha kerajaan yang berterusan membina negara
yang disegani di peringkat dunia. Kepimpinan yang ada pada
mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed menjadi
perintis untuk meletakkan Malaysia sebaris dengan negara-
negara maju yang lain. Ketokohan yang ada pada beliau telah
menjadikan negara-negara dunia ketiga sebagai model dan
orang yang boleh bersuara untuk membela nasib mereka di
pentas dunia. Selain kepimpinan negara, Malaysia juga dikenali
di pentas antarabangsa adalah kerana kestabilan masyarakat
yang wujud di negara kita. Sebagai buktinya, Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengiktiraf Malaysia
sebagai negara yang ke-9 paling aman di dunia berdasarkan
kajian yang dilakukan oleh sebuah badan bebas yang
berpengkalan di Amerika Syarikat. Hal ini sangat jelas
menunjukkan bahawa pengiktirafan sedemikian adalah kerana
masyarakat Malaysia hidup bersatu padu sehingga keadaan
menjadi aman dan harmoni.
Perpaduan merupakan anugerah yang tidak ternilai harganya.
Banyak negara di dunia menghadapi konflik atau perang
saudara kerana wujud prejudis antara masyarakat. Kita sering
kali melihat atau mendengar melalui media massa sama ada
media cetak atau media elektronik mengenai pertempuran
yang berlaku sehingga mengorbankan banyak nyawa yang
tidak berdosa seperti warga tua dan kanak-kanak. Keadaan ini
tidak berlaku di Malaysia kerana masyarakat kita saling
menghormati antara satu sama lain. Oleh itu, saya menyeru
supaya kekalkanlah perpaduan yang telah kita bina ini agar
aspirasi kepimpinan negara untuk menjadi negara maju dapat
direalisasikan
CADANGAN PENYELESAIAN
Dalam menelusuri arus, pemodenan, usaha yang lebih
efisien haruslah dilakukan demi membentuk perpaduan
kaum di negara Malaysia ini. pihak kerajaan mahupun rakyat
juga mempunyai peranan masing-masing dalam
merealisasikan perpaduan kaum. Konsep 1 Malaysia dapat
dijayakan melalui majlis-majlis seperti menganjurkan rumah
terbuka. Cara ini dapat memupuk semangat kerjasama dan
saling membantu di antara satu sama lain di dalam
kemasyarakatan Malaysia. Keharmonian seperti ini senang
terhapus melalui sikap mementingkan diri sendiri yang dilihat
kian tertanam di dalam jiwa masyarakat kini. Selain itu,
masyarakat boleh mengadakan agenda program. Dengan
menganjurkan program-program yang bermanfaat sesama
masyarakat dapat membendung sikap diskriminasi antara
kaum dan mewujudkan nilai keakraban di dalam masyarakat
yang pelbagai kaum contoh program yang boleh dijalankan
seperti sambutan hari perayaan. Akhir sekali, penerapan
nilai-nilai budaya dan warisan dalam aktiviti harian. Negara
kita terderi daripada pelbagai kaum seperti melayu, cina dan
india yang merupakan kaum utama di malaysia. Dengan itu,
rakyat boleh mengaplikasikan dan berkongsi budaya kaum
meraka dari aspek peradaban contohnya memperkenalkan
adab-abad orang melayu kepada kaum cina dan india .
SUMBER RUJUKAN
http://www.iyres.gov.my/images/MJYS/2010/MJYS%20Vol
%202%20Edisi%20Khas%202010-54-77.pdf
https://www.malaysiakini.com/letters/283936
https://www.studocu.com/my/document/multimedia-
university/hubungan-etnik/langkah-yang-perlu-diambil-bagi-
menangani-krisis-dalam-masyarakat-berbilang-kaum-di-
malaysia/14289855
http://malrep.uum.edu.my/rep/Record/my-unisza-
ir.1423/Description
https://www.ikim.gov.my/new-
wp/index.php/2020/01/31/mengharmonikan-hubungan-
masyarakat-berbilang-bangsa-di-malaysia/
https://www.ipendidikan.my/usaha-usaha-untuk-memupuk-
perpaduan-kaum.html
https://www.unisza.edu.my/icic2017/images/04_Siti_Khatija
h__Fadzli_Adam_Sensitiviti_Agama_Dalam_Hubungan_M
asyarakat_Pelbagai_Kaum_Di_Malaysia.pdf
http://ohmypengajianadui.blogspot.com/
https://www.jobstore.com/careers-
blog/2019/08/29/kepentingan-perpaduan-kaum-di-malaysia/
https://contohkaranganspm.wordpress.com/2017/01/30/kep
entingan-mengamalkan-perpaduan-kaum-dalam-kalangan-
masyarakat/
https://www.slideshare.net/100000420219825/kepentingan-
perpaduan-kaum-sejarah-pt3
https://www.bharian.com.my/rencana/minda-
pembaca/2021/09/863758/membina-perpaduan-ambil-
masa-meruntuhkan-sekelip-mata
https://www.beritaharian.sg/uncategorized/no-headline-
zrwraprace