The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rismayanti24-1483, 2022-03-31 11:52:23

TUGASAN KERJA KURSUS BMMB 1104

RISMAYANTI BINTI NASIR

KESUSASTERAAN
DAN KEBUDAYAAN

MELAYU

RISMAYANTI BINTI NASIR
BMMB 1104

PENGHARGAAN

Syukur kepada hadrat ilahi kerana dengan limpahan rahmatnya , saya dapat
menyiapkan tugasan kerja kursus untuk subjek BMMB 1104 dengan jayanya.
Pertamanya, ucapan terima kasih saya anugerahkan kepada pensyarah saya
iaitu Dr Rahmah atas segala tunjuk ajar dan waktunya dalam membantu saya
menyiapkan tugasan kerja kursus ini.

Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada kedua orang tua saya atas
sokongan dan dorongan yang diberikan kepada saya sepanjang proses
menyiapkan kerja kursus ini . Seterusnya, saya dedikasikan ucapan terima kasih
kepada rakan seperjuangan atas segala maklumat dan tunjuk ajar yang
diberikan . Segala maklumat dan pengetahuan yang saya dapatkan amat saya
hargai

KANDUNGAN

Pengenalan
Jenis sastera
bentuk sastera
Ciri kesusasteraan
Fungsi Sastera
Manifestasi Akal budi masyarakat
Rumusan

PENGENALAN

SU - dikatakan membawa maksud indah , baik lebih berfaedah, indah dan molek,
Sastera pula membawa maksud huruf atau buku , kara, teks. Sebagai ajarkan ataupun berikan panduan. Tera
yang dimaksudkan ialah media, karya, bahan atau alat yang merupakan gagasan , idea, ataupun pemikiran
pengarang.

Susatera yg bermaksud karya bahasa yang elok ( lisan ataupun tulisan ) yang mempunyai ciri-ciri istimewa
dan bernilai seni dalam penciptaannya yang berbeza dengan penggunaan bahasa sehari.
Ke-susastera-an membawa maksud kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya.

Shahnon Ahmad ( 1991) menyatakan bahawa pada prinsipnya kesusasteraa adalah satu media yang amat
berkesan lagi halus dalam menyampaikan kisah-kisah manusia, pembentukan manusia dan nilai-nilai manusia
melalui berbagai-bagai melalui kesusasteraan diakui amat berkesan kerana teknik pengajaran melalui seni
amat halus dan benar-benar sesuai dengan daya persepsi manusia. Karya yang baik adalah karya yang
mengandungi keindahan yang mampu membangkitkan rasa ketenteraman hidup mengikut penilaian islam.

Menurut Hashim awang pula sastera adalah ciptaan atau karya seni yang disampaikan melalui bahasa.

Jenis karya sastera

Prosa ialah naratif, cerita, ayat dalam karangan yang terbahagi

1 dua iaitu prosa tradisional yang merangkumi kisah hikayat, karya
sejarah dan cerita-cerita rakyat. Manakala satu lagi adalah prosa
moden, yang kini banyak dihasilkan dalam bentuk cerpen dan
novel.





Puisi ialah satu bentuk berangkap, ada intonasi dan unsur-unsur
tertentu. Puisi juga terbahagi dua iaitu puisi tradisional, yang

2 terhasil dalam bentuk pantun, syair, gurindam, seloka, teromba,
nazam dan lain-lain manakala satu lagi puisi adalah puisi moden
yang hanya dikenali sebagai sajak.



Drama mengandungi format penulisan yang

3 mempunyai situasi, penerangan suasana, aksi dan
diikuti dengan dialog.

BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU

Kesusasteraan melayu siaeictuarsae.lcaahriariatuhliswaunjuddadnaslaemcamraalsisyaanrakat melalui dua
bentuk

Sastera lisan Sastera tulisan

Kesusasteraan melayu berbentuk sastera berbentuk tulisan ialah sastera yang
lisan ialah sastera yang disampaikan
melalui peraturan dari satu generasi disampaikan secara bertulis.
ke satu generasi yang lain. Sastera
lisan melayu yang dpat dilihat melalui Kebanyakannya karya sastera ditulis dengan
cerita asal-usul , cerita binatang,cerita
jenaka,cerita legenda dan cerita menggunakan tangan sahaja kerana pada
penglipur lara.
zaman nenek moyang belum wujud alat

pencetak. Contoh karya sastera tulisan ialah

Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu.

Sastera bertulis berbentuk cerita terbahagi

kepada tiga iaitu novel,cerpen dan drama.

Ciri karya sastera

Kesusasteraan melayu mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.

i. Lisan iaitu kesusasteraan melayu tradisional disampaikan secara lisan ataupun
pertuturan.
ii.Tulisan iaitu karya kesusasteraan disampaikan juga disampaikan secara tulsian
ketika pengaruh islam sampai di tanah melayu. Karya-karya sastera tulisan dihasilkan
oleh golongan yang berdeatan dengan istana kerana hak dan kebolehan menulis
berpihak kepada mereka. Penggunaan tulisan jawi dalam menghasilkan karya-karya
kesusasteraan.
iii. Kreatif iaitu karya-karya sastera yang dihasilkan samaada prosa,puisi dan drama
merupakan kesusasteraan kreatif.
iv.Bukan kreatif ialah karya sastera yang dihasilkan seperti esei dan rencana.
v. Estetetik iaitu karya-karya sastera merupakan keindahan dari idea seorang penulis

Fungsi kesusasteraan
melayu
pendidikan
hiburan

kritikan sosial
dakwah

PENDIDIKAN

Dari sudut pendidikan , sastera menjadi medium untuk
menyampaikan ilmu dalam bidang ekonomi, politik , sosiologi dan
agama. Pengarang-pengarang sastera menyelitkan pengetahuan
dan pengalaman mereka didalam karya sastera yang dapat menjadi
pengetahuan bagi pembaca. Selain itu, sastera memainkan
peranan untuk membantu insaniah terbina dalam kehidupan
manusia. Konsep modal insan yang diamalkan di negara kita
merupakan cara untuk melahirkan bangsa yang mempunyai nilai
kemanusian. Masyarakat yang sangat maju dalam teknologi,
pendidikan namun kurang dalam nilai kemanusiaan. Maka, nilai-nilai
kemanusian cuba diterapkan dan disampaikan melalui keindahan
sastera.

KRITIKAN
SOSIAL

Kesusasteraan melayu juga digunakan dalam bidang kritikan sosial. Sering
kali,pengarang-pengarang memasukkan kritikan dan sindiran kepada sesuatu pihak
ataupun individu. Kehidupan bermsyarakat melayu yang memegang budaya menegur
dengan secara halus diterapkan melalui kritikan yang dilakukan melalui penyampaian
sastera. Sastera dilihat sebagai satu medium yang sesuai untuk menyampaikan kritikan
yang ditujukan untuk menegur atau menyindir sesuatu pihak. Seterusnya, dapat
menyelitkan saranan ke atas kritikan tersebut. Karya yang boleh dipetik untuk menjadi
contoh karya kritikan ialah Novel peremepuan Politikus melayu karya Faisal Therani.
Novel ini banyak memberi kritikan sosial terhadap sosioekonomi, sosio masyarakat serta
sosiopolitik dalam masyarakat melayu.

dakwah

Dalam konteks dakwah, sastera menjadi medium untuk
menyampaikan unsur-unsur moral kepada masyarakat.

Pengarang dapat mendidik pembaca dengan
menyelitkan nilai-nilai moral dalam karya sastera yang
dicipta. Nasihat dan nilai ini disampaikan secara halus

melalui mesej yang tersirat. Masyarakat perlu
menghayati dan mengkaji maksud-maksud yang cuba

disampaikan oleh pengarang.

HIBURAN

Sastera berfungsi untuk menjadi hiburan bagi masyarakat
melayu dahulu. Umum diketahui bahawa kecanggihan
teknologi pda zaman dahulu tidak seperti di zaman ini.
Mayasrakat pada hari ini menggantikan sastera dengan
teknologi seperti handphone untuk menddapatkan hiburan.
Sedangkan masyarakat melayu pada zaman dahulu
menjadikan karya sastera untuk menghibur masa lapang
mereka. Mereka akan duduk beramai-ramai sambal
mendengarkan cerita yang disampaikan oleh penglipur
lara.

Manifestasi akal
budi masyarakat

Manifestasi ialah memperlihatkan sesuatu memperlihatkan makna tersirat yg
terkandung dalam pemikiran atau perilaku seseorang. Ia juga bermaksud suatu
perbuatan atau ucapan yang memperlihatkan atau menjadikan sesuatu nyata. Akal
budi Akal menurut pengertian dalam bahasa melayu adalah kebijaksanaan, pekerti,
perangai,,akhlak,tingkahlaku,kelakuan,watak,sifat baik,perbuatann baik,kebajikan,tutur
bicara dan daya upaya. Akal juga dikaitkan dengan kebebasan membuat
pertimbangan yang sewajarnya daripada seseorang yang dianggap
berkuasa(berwibawa) dalam sesuatu hal. Budi membawa bermaksud “segenap
tenaga dan pikiran: dan berakal “ justeru mempunyai akal(fikiran),ceramah(dapat
berfikir),pandai mencari akal(ikhtiar) atau mencarikan ikhtiar(daya upaya) dalam
sesuatu hal atau masalah yang menjelma.

Manifestasi akal
budi masyarakat

PANTUN
SYAIR

GURINDAM

SELOKA

PANTUN Pantun memiliki peranan yang tersendiri dalam
masyarakat melayu . Masyarakat melayu menjadikan
Adab dan akhlak menjadi salah pantun sebagai medium untuk memberikan gambaran
satu nilai kebaikan yang dan jati diri masyarakat melayu yang bersopan
santun dan berakhlak mulia. Pantun yang
ditekankan dalam karya pantun. menggambarkan nilai-nilai baik dalam kehidupan
Ketinggian adab yang diamalkan masyarakat melayu menunjukkan perkaitan karya
sastera pantun dengan manifestasi akal budi
oleh masyarakat melayu masyarakat melayu . Masyarakat melayu secara
dimanifestasikan dan disampaikan jelas menunjukkan pemikiran dan akhlak mereka
daripada gambaran yang dijelaskan di dalam pantun.
ke masyarakat luar melalui
keindahan karya pantun

PANTUN Berdasarkan contoh yang diberikan, dapat dilihat
bahawa sifat dan adab berbudi bahasa cuba

disampaikan dalam pantun tersebut. Pengarang
menyebut bahawa mempunyai duit dan kekayaan

tidak bermakna masyarakat akan sentiasa
Burung serindit terbang memandang tinggi dan menghormati jika tidak
mempunyai ketinggian adab dan sopan santun kerana
melayang, adab sangat penting dalam kehidupan
Terhenti hinggap di ranting bermasyarakat. Masyarakat melayu sangat
mementingkan ketinggian adab seseorang dan
mati, menghormati seseorang yang beradab.
Bukan ringgit dipandang

orang,
Tetapi memandang bahasa dan

budi

SYAIR

SYAIR NASIHAT ( THAMARAT AL-MUHIMMAT). Melalui syair ini, dapat dilihat bahawa seorang ayah
menasihati dengan cara yang lemahlembut, tetapi
Dengarkan tuan ayah berperi, kepada anakanda bernada tegas. Si ayah memulai dengan dengarkan
muda bestari, nasihat kebajikan ayahanda beri, tuan ayah berperi, nasihat dengan mengungkapkan
amalkan jangan malas dan ngeri. kata-kata kepada anakanda muda bestari, semangat
berupa pujian yang sederhana. kemudian nasihat
Aduhai anakanda muda remaja, jika anakanda kebajikan ayah beri, barulah si ayah menyatakan
menjadi raja, hati yang betul henddak nasihat sebenar yang amalkan jangan malas dan ngeri
disahaja,serta rajin pula bekerja. disampakan dalam bentuk arahan (amaran) iaitu
jangan malas dalam melakukan sebarang pekerjaan.
Demikianlah peribadi seorang masyarakat melayu
yang rajin serta kelembutan dalam menasihati anak.
Masyarakat melayu menerapkan kesopanan walaupun
dalam hal menasihati seorang anak.

Kerja kebajikan janganlah malas,
zahir dan batin janganlah culas,
jernihkan hati hendaklah ikhlas,
seperti air di dalam gelas.

Syair ini menunjukkan betapa seorang ayah menasihati
anaknya dengan lembut. Seorang ayah menasihati anaknya
untuk menjadi pemimpin yang sentiasa berniat ikhlas serta
rajin membuat kerja kebajikan. Selain itu, ayah menasihati
untuk bersungguh dalam bekerja , menjernihkan hati iaitu
bersikap ikhlas. Diumpamakan kejernihan hati seorang
pemimpin seperti jernihnya air di dalam gelas. Umum
diketahui, syair ini sarat dengan nasihat untuk menjadi
pemimpin yang bertanggungjawab dari segala hal.

GURINDAM

Gurindam ini mempunyai pertautan erat dengan nilai-nilai
positif yang dapat memberi kesan terhadap pembentukan
keperibadian bangsa. Peranan yang jelas bagi sebuah
gurindam adalah untuk memberikan nasihat dan nilai-nilai
positif kepada masyarakat melayu. Sebuah gurindam
melayu yang bertajuk gurindam dua belas raja haji ali

menyampaikan nilai dan nasihat yang sangat berguna

.

GURINDAM

Dengan bapa jangan derhaka

supaya allah tidak murka
dengan ibu hendaklah hormat
supaya badan dapat selamat,

Nasihat ini secara jelas ditujukan kepada golongan anak untuk sentiasa menghormati
kedua ibu bapa mereka. Nasihat ini menggambarkan betapa masyarakat melayu sangat
mementingkan adab dan nilai dalam diri mereka. Ketinggian adab dan kesantunan
dalam diri dipandang tinggi oleh masyarakat melayu. Pengarang menyebutkan bahawa
dengan menderhakai ibu bapa boleh mendatangkan murka allah. Seperti
yang kita
ketahui, ibu dan ayah adalah insan yang menjaga kita dari kecil hingga berkorban
masa,tenaga dan harta. Oleh itu, jasa kdua org tua sangat besar sehingga tidak mampu
untuk dibalas dengan apa pun Maka, seorang anak perlulah mencintai dan menyayangi
ibu bapa dan menjaga mereka. Hal ini cuba disampaikan dan diterapkan ke dalam
gurindam oleh pengarang. Nilai murni yang diterapkan dalam gurindam ini berkait rapat
dengan kehidupan dan amalan masyarakat melalyu yang menjunjung tinggi adab dan
bahasa.

SELOKA Seloka asalnya berfungsi untuk memberikan
hiburan kepada masyarakat dengan
Seperti yang diketahui umum, seloka berfungsi mengangkat ikon tertentu sebagai rujukan.
untuk menyampaikan kritikan dan sastera. Peranan seloka dalam kalangan masyarakat
Melalui seloka ini, dapat dilihat budaya melayu sebagai alat komunikasi sindirian dan
masyarakat melayu tradisional yang tidak kritikan berkonsepkan pengajaran kepada
mengkritik secara terang-terangan tetapi khayalak. Semua kritikan dan sindiran yang
secara halus. Seloka Pak Kaduk dijadikan diberikan dijelaskan untuk mengelakkan
contoh untuk dikupas dan dikaji mengenai perasaan tersinggung oleh individu bertujuan
pemikiran dan sindiran yang terkandung di untuk sindiran dan kritikan seperti itu. Selain
dalamnya itu juga satira dalam seloka boleh menjadi
jenaka atau serius dan mungkin
mengandungi elemen yang lain seperti
keseronokan, ketenangan, fantasi dan
impian. Contoh yang diketengahkan ialah :
seloka pak pandir.

Seloka ini memberi gambaran sikap segelintir masyarakat melayu yang

suka mengutamakan orang lain atau melakukan sesuatu perkara yang

akan merugikan diri sendiri. Sebagai contoh, baris kedua dalam seloka pak

AYAMNYA MENANG pandir.

KAMPUNG

TERGADAI,

Baris ini membawa maksud perbuatan pak kaduk menerima pelawaan raja untuk menukar ayam
janntanya deengan ayam jantan raja. Pak kaduk ebrfikir bahawa ayam jantan yang ditukarnya

membaw atuah keraja ia merupakan milik kerajaan. Namun, tindakan pak kaduk ini menyebabkan
kampugnya tergadai kerana ia mencagarkan kampungnya dalam pertandingan sabung ayam
tersebut,. Perbuatan Pak kaduk yang melakukan sesuatu perkara tanpa memikirkan akibat dari
perbuatannya ini menggambarkan bagaimana sikap masyarakat melayu yang bertindak tanpa

memikirkan kesan dari perbuatan tersebut. Selain itu, pengarang juga cuba menyampaikan pesan
bahawa berjudi itu mendatangkan keburukan kepada masyarakat. Dalam seloka, digambarkan

bahawa pak kaduk kehilangan ayamnya dan kampung akibat amalan judi yang ia lakukan. Nilai yang
diselitkan dalam seloka ini ialah kita perlu menjauhi perbuatan judi kerana hanya membawa

kerugian kepada kita. Akhir sekali, pengarang juga menyindir sikap segelintir pemimpin dan golongan
atas yang mengambil kesempatan ke atas rakyat. Tindakan raja yang mengambil kesempatan ke
atas kebodohan seorang pak kaduk tidak patut dicontohi . Dapat dilihat bahawa , banyak pemimpin

yang menjadi duri dalam daging bagi rakyat.

RUMUSAN

Konlusinya, sastera melayu mempunyai fungsi untuk menyebarkan ilmu , mengkritik
dan memberi sindiran serta menghibur. Karya sastera sangat penting dalam kehidupan

masyarakt melayu. Oleh itu, sebagai gen
erasi muda yang mencintai budaya sendiri.

Kita haruslan mencintai dan meneruskan
kesusasteraan melayu dengan menghasilkan

karya-karya sastera. Nilai-nilai dan nasihat yang disampaikan melalui =puisi tradisional
perlulah diteliti dan diambil hikmah agar dapat menjadi panduan bagi diri sendiri.

RUJUKAN

Fauzi Hasan,. Intan Marlina Mohd Ali,. & Madiawati Mamat. Kritikan sosial dalam novel-novel terpilih karya Faisal
Tehrani. Universiti Malaya.

Faisal Tehrani(2000). Perempuan Politikus Melayu. Kualan Lumpur. Penerbitan PEMUDA.


Muhammad Amirul Hafiz,. Naravinthaan,. & Joshua. Kajian tentang penggunaan jenis ragam bahasa dalam tiga

filem arahan p.ramlee ( tiga abdul, nasib doremi, dan seniman bujang lapok)


Norazimah Zakaria.(2017). Akal Budi Dan Cerminan Jati Diri Melayu Dalam Pantun. Jurnal Sultan Alaudin Shah.

Nordiana Ab Jabar & Mohd Faradi Mohamed Ghazali.(2021) Komunikasi Bahasa Sindiran Dalam Seloka Pak
pandir dan Pak Kadu. Jurnal komunikasi jilid 37(1): 364-378.

Zubir Idris,. (2015).Komunikasi Moral Lewat Gurindam Dua Belas Raja Ali Haji. Jurnal komunikasi jilid 31(2) : 601
-616.

Zunaidah Daud.92014)Kata nasihat dan pengajaran dalam antologi gurindam karya mas adeki dari sudut
pengkaedahan melayu.Universiti Putra Malaysia.


Click to View FlipBook Version