The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 978-9-zulaikha, 2023-03-06 07:18:10

BMMB 1104 PUISI TRADISIONAL MELAYU

PUISI TRADISIONAL MELAYU

BMMB 1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU NAMA: SITI ZULAIKHA BINTI CHE JAAPAR ANGKA GILIRAN: 2022192310049 NO. KAD PENGENALAN: 040809-11-0498 PPISMP AMBILAN JUN 2022 NAMA PENSYARAH: DATIN PADLON BINTI ABD. RAHMAN


PENGENALAN Puisi tradisional Melayu merupakan satu elemen yang penting bagi mengungkapkan pemikiran dan akal budi orang Melayu ketika berkomunikasi. Penggunaannya sejak sekian lama merupakan hasil daripada pengamatan yang teliti oleh masyarakat dahulu terhadap alam sekeliling, tingkah laku dan lain-lain. Puisi merupakan genre paling awal bagi semua bangsa di dunia.


Puisi Tradisional Melayu Pantun SYAIR GURINDAM


KONSEP PANTUN Pantun ialah kaedah ungkapan tertua dan diwarisi sejak zaman-berzaman lagi. Pantun merupakan sastera terbaik milik masyarakat Melayu dan digunakan bagi menyampaikan pemikiran dan perasaan. Menurut Za 'ba (1978) orang Melayu telah pandai menggunakan pantun dan berbalas-balas pantun sesama mereka sebelum wujud surat menyurat lagi. Kini, karya pantun telah dibukukan dan dijadikan bahan bacaan umum. Bentuk asal pantun terdiri daripada empat baris serangkap. Pola akhir pantun ialah a-b-a-b. Namun, ada juga pantun yang wujud dalam bentuk rima syair (a-a-a-a), tetapi masih perlu mempunyai baris pembayang dan maksud.


FUNGSI PANTUN Alat untuk memperoleh gambaran masyarakat iaitu sebagai gambaran minda dan pemikiran masyarakat Melayu, pandangan hidup, harapan dan cita-cita. 01 Digunakan juga dalam kegiatan seni, keagamaan dan adat istiadat. 03 Alat untuk menguji ketajaman minda dan kehalusan perasaan. Misalnya pantun teka-teki, pantun peribahasa dan lain-lain 02


fungsi - fungsi pantun di atas telah memberikan pengaruh nilai yang baik dalam kehidupan masyarakat tradisi (Norazimah Zakaria et al, 2017) FUNGSI PANTUN Dipergunakan untuk pendidikan sama ada untuk menyindir, kiasan atau berterus terang. 04 Alat untuk berkomunikasi bagi menyampaikan isi hati. Sebagai contoh sanjungan, pemujaan dan ucapan selamat kepada seseorang dalam majlis upacara atau majlis rasmi. 06 Alat untuk hiburan dan bahan jenaka seperti pantun jenaka, pantun permainan dan lain-lain. 05


PEMIKIRAN Pantun bertemakan pendidikan ini mendidik seseorang individu supaya rajin menuntut ilmu kerana ilmu merupakan asbab kepada segala kebaikan dan memberi manfaat terhadap diri sendiri dan masyarakat.


PANTUN TEMA PENDIDIKAN Ke lombong mencari bijih timah, Setelahnya pulang dengan perkasa, Menuntut ilmu diumpamakan Husnulkhatimah, Memberi manfaat pada anak bangsa. Lihat adik sedang kegirangan, Bermain ketinting bersama emak, Untuk berjaya tidak salah berangan, Mampu memberi semangat membuak. Selepas hujan munculnya bianglala, Warna warni berkilau di mata, Carilah ilmu setinggi cakerawala, Menjadi asbab mencapai permata. Membeli jam di kedai antik, Duit dihulur di celah pintu, Apabila akhlak dimiliki kurang baik, Apa gunanya pendidikan itu. Kain sutera pilihan dominan, Tampak mewah berseri dipakai, Hormati guru walau tidak berkenan, Usah sombong usah pertikai.


KONSEP SYAIR Syair merupakan bentuk puisi tradisional ciptaan dan kepunyaan orang Melayu yang mendapat pengaruh Arab dan Parsi. Menurut Yusuf Md. Nor (1985),syair berasal daripada puisi Arab iaitu sy'ir. Namun begitu, bentuk syair Melayu sangat berbeza daripada syair Arab. Syair Melayu terdiri daripada empat baris serangkap yang berima a-a-a-a pada akhir setiap baris. Keempat-empat baris syair mengandungi maksud penyair. Siti Hajar Abdul Aziz, 2009 menyatakan bahawa setiap rangkap tidak dapat berdiri sendiri, tetapi memerlukan rangkap yang lain untuk melengkapkan idea tersebut. Za’ba berpendapat syair berasal daripada bahasa Arab syir yang bermaksud perasaan dan pengenalan dengan pancaindera kerana karangan syair sering membangkitkan perasaan dan pengalaman yang hanya terasa menerusi gambaran yang indah.


Syair digunakan sebagai hiburan kerana sesuai dengan sifatnya. Maka syair sering dilagukan dalam majlis-majlis tertentu mahupun di pesta atau upacara-upacara adat. Syair sebagai alat yang menyampaikan pengajaran melalui cerita dan lagu. Kemerduan suara penyair dan kelembutan nada syair berupaya mengusik perasaan dan memberi kesan yang mendalam. Berfungsi dalam kegiatan seni dan kebudayaan masyarakat melayu seperti menyambut maulud dan adat perkahwinan.


Syair pengalaman hidup yang dicipta ini bertujuan untuk membetulkan tingkah laku dan kata-kata kerana setiap sesuatu itu mempuyai natijah yang tersendiri.


SYAIR TEMA PENGALAMAN HIDUP Pawana sejuk yang menyapa wajah, Lalu membuat fikiranku dijelajah, Bait kata kini kian menghujah, Apakah yang dilalui ada natijah? Aku terdiam mengenang kisah hidup, Umpama Pelita perlu penghidup, Seakan kain yang dah di radup, Begitulah tersimpul wasilah hidup. Nasihat ibu usah ditanggapi, Bila tiada takut diratapi, Ubahlah sikap biar tak bertepi, Biar hidup tenang dihadapi. Dalam cawan disimpan piting, Buat kenangan di puncak Genting, Jarum jam yang berdenting - denting, Menyedarkan dari jauh terlanting. Hidup ini perlu perjuangan, Jangan sampai malas berpanjangan, Carilah saki yang beri bimbingan, Kelak hidup dalam kesenangan.


KONSEPGURINDAM Gurindam adalah salah satu puisi Melayu lama. Gurindam dikatakan berasal dari perkataan Tamil iaitu 'iradam ' , 'kirandam ' yang bermaksud puisi secara terbuka dan dibaca dengan lagu tersendiri, serta berbeza jika dibandingkan dengan lagu syair Melayu. Puisi gurindam mempunyai kata-kata nasihat dan kebiasaannya mempunyai rima akhir yang sama. Menurut kamus Dewan (1984), gurindam ialah puisi yang terdiri daripada dua baris dan berisi dengan berbagi-bagai pengajaran.


Gurindam dapat dianggap sebagai puisi yang digunakan untuk tujuan pendidikan dan hiburan. Gurindam berfungsi sebagai dokumentasi gambaran masyarakat yang dapat melahirkan kreativiti dan estetika serta daya intelektual masyarakat dalam mengurus kehidupan. Media komunikasi antara ahli masyarakat, terutamanya dalam majlis-majlis formal. FUNGSI


Gurindam ini menjelaskan apabila seseorang berhajat untuk berjaya dan mempunyai kehidupan yang lebih baik, tuntutlah ilmu kerana apabila mempunyai ilmu, kita dapat hidup walau sebesar apa pun cabaran yang dihadapi. PEMIKIRAN GURINDAM


GURINDAM MENUNTUT ILMU Bila berhajat hidup kirana, Ilmu dituntut sepenuh atma. Jika hidup bermimpi setinggi bumantara, Pati si anak jiwa membara. Usah malas membaca buku, Kelak hidup lebih berilmu. Orang berilmu tidak berbohong, Usah ragu usah bimbang. Tuntutlah ilmu bersama saki, Sebagai wasilah bersimpul mati.


Dapatlah disimpulkan bahawa warisan puisi Melayu ini terdiri daripada pantun, syair dan gurindam yang menyentuh hampir keseluruhan hidup masyarakat. Puisi yang diutarakan juga banyak menyentuh berkenaan ilmu. Media puisi tradisional mempunyai banyak kelebihan yang tersendiri dan semua pihak perlulah menjaga keistimewaannya. Masyarakat Melayu khususnya perlulah meningkatkan kesusasteraan Melayu supaya tidak ditelan dek zaman. KESIMPULAN cheaika_


Zurakintan Abdul Razak & Che Ibrahim Salleh. (2015). Pemikiran Melayu tentang ilmu dan adab dalam puisi Melayu tradisional. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman), 3(2), 121-129. Siti Zaleha M. Hashim. (2016). kenali Puisi Tradisional Kita. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rahman Shaari. (2002). Kamus kata klasik: panduan kajian prosa dan puisi tradisional. Utusan Publications. RUJUKAN


Click to View FlipBook Version