SISTEMBEMMJBA107A4 N RUMI
SITI ZULAIKHA BINTI CHE JAAPAR
PPISMP B2
SEJARAH PERKEMBANGAN
SISTEM EJAAN RUMI
INSTITUT PBEANHDAISDAIKMANELGAYUURU KAMPUS
PENGENALAN
Sistem ejaan bahasa Melayu yang telah digunakan secara meluas
pada hari ini bermula sejak tahun 1972. Sejarah awal penggunaan
tulisan Rumi dilakukan oleh pedagang, pengembara, dan juga
penjelajar dari Eropah ke Nusantara secara perseorangan pada
abad ke-16. Kata-kata bahasa Melayu yang didengari oleh
Portugis, Sepanyol dan Itali ditulis oleh mereka di pelabuhan-
pelabuhan, dalam huruf rumi dan mereka telah mengeja kata-
kata yang didengari berdasarkan kesan bunyi yang mereka
dengar. Mereka juga menerapkan peraturan ejaan yang ada
dalam bahasa mereka.
PENGENALAN
Sejarah membuktikan bahawa sistem ejaan
Belanda dan Inggeris menguasai tulisan bahasa
Melayu dek kerana Perjanjian Inggeris Belanda
1824. Pada ketika itu, daerah Melayu telah
dibahagikan kepada dua kawasan iaitu Indonesia
di bawah Belanda manakala Tanah Melayu
diletakkan di bawah British atau Inggeris. Kedua-
dua penjajah tersebut menggunakan tulisan dan
ejaan untuk menulis dalam bahasa Melayu.
Belanda telah menggunakan sistem ejaan Van
Ophuijsen (1901) untuk menulis bahasa Melayu
dalam semua penerbitannya dan juga untuk
berhubung dengan rakyat. Sistem ejaan
Wilkinson pula digunakan oleh pihak Inggeris.
SISTEM EJAAN CH, VAN OPHUYSEN
(1900)
Sistem ejaan rumi di Indonesia dibuat atau dibentuk oleh
para penelti yang berminat mengkaji bahasa Melayu.
Untuk mengelakkan keracunan atau penulisan rumi
Melayu di Indonesia yang tidak bersistem dan
menyelaraskan penggunaan ejaan rumi Melayu bagi tujuan
pembelajaran. Ophuysen sekadar menghubungjalinkan
beberapa sistem ejaan yang telah tersedia ada
terutamanya pada sistem yang pernah diketengahkan
oleh para pengkaji bahasa Melayu berbangsa Belanda.
SISTEM EJAAN R J WILKINSON (1902)
R J Wilkinson adalah seorang pegawai pemerintah
Inggeris yang telah menyusun sebuah kamus berjudul
'Malay-English Dictionary' setebal 1300 halaman
pada tahun 1895. Sistem ini adalah penting bagi
sistem persekolahan Melayu di negeri-negeri Melayu
Bersekutu.
Penyusunan ejaan ini merupakan penambahbaikan
daripada sistem ejaan sebelum ini iaitu sistem ejaan
yang digunakan dalam kamus Marwell yang banyak
menerapkan ejaan tulisan rumi Shellabear, kaedah
baba peranak dan kaedah tulisan rumi Melayu-
Belanda.
SISTEM EJAAN
ZA'BA (1933)
Sistem ejaan Za'ba adalah perbaikan daripada sistem
sebelumnya iaitu sistem ejaan Wilkinson. Za'ba ada
menerangkannya di dalam buku Pelita Bahasa Melayu 1,
dengan lebih spesifik bagi memastikan bahasa Melayu
digunakan dengan betul. Karya Za'ba seperti Pelita
Bahasa Melayu II dan III turut memperlihatkan
penekanan yang sama dalam tulisan rumi dan dalam
karya tersebut, Za;ba menjelaskan istilah-istilah dalam
bukunya antaranya nama dan ganti-nya.
SISTEM Sistem ini diperkenalkan oleh pemerintah tentera
FAJAR Jepun dalam majalah Fajar Asia. Sistem ini
ASIA bertujuan untuk menyeragamkan penulisan
(1943)
ejaan rumi Melayu semasa Sumatera dan Malaya
disatukan di bawah satu pemerintahan. Sistem
ini juga mengekalkan penggunaan konsonan-
konsonan Wilkinson dan Za'ba manakala vokal
Ophuysen digunakan kecuali 'oe' digantikan 'u'.
SISTEM EJAAN KONGRES
SISTEM EJAAN KONGRES MERUPAKAN SISTEM YANG TELAH
DIPERSETUJUI OLEH KONGRES BAHASA DAN PERSURATAN MELAYU
YANG DIADAKAN KALI KETIGA PADA TAHUN 1956. HAL INI KERANA,
SEKITAR TAHUN 1950 SEHINGGA 1956, BERLAKU PERGOLAKAN
UNTUK MENENTUKAN JENIS TULISAN BAHASA MELAYU YANG
RASMI IAITU ANTARA TULISAN RUMI ATAUPUN TULISAN JAWI.
MAKA, PADA TAHUN 1956 KONGRES KALI KETIGA TELAH
MENETAPKAN UNTUK MENJADIKAN TULISAN RASMI BAHASA
MELAYU IALAH TULISAN RUMI.
PSEISRSTAKEENELMGDEPUEDAJAUASAN
NIA
SISTEM SEOWANDI (1947)
Sistem ini juga dikenali sebagai
ejaan Republik yang telah digunakan
sejak 19 Mac 1947. Mr Soewandi iaitu
Menteri Pengajaran, Pendidikan dan
Kebudayaan telah memerintahkan
agar ejaan ini dikuatkuasakan
supaya bahasa Indonesia lebih
dikenali di peringkat global dan hal
yang kurang praktis dapat segera
disempurnakan.
SISTEM EJAAN KONGRES (1957)
Sistem ini dicapai setelah pembentangan dua kertas
kerja yang telah dibentangkan oleh Angkatan
Sasterawan Lima Puluh dan Persatuan Bahasa
Universiti Malaya di Kongres Persuratan dan bahasa
Melayu Malaya III.
EJAAN MALINDO
Sebuah jawatankuasa telah dibentuk untuk menghalusi Ejaan Kongres
dan menjalin hubungan dengan pihak Indonesia untuk tujuan
penyelarasan. Antara persetujuan yang dicapai dalam sistem ejaan ini
adalah sistem ini mengandungi 6 huruf vokal (a, e, e, i, o, u) dan
mengandungi maklumat tentang fenom vokal iaitu (f, s dan z) yang
menggambarkan aksara asing, diftong (ay, aw, dan oy), konsonan serta
perlembagaannya dan kaedah penulisan. Sistem ini digunakan
sepenuhnya pada tahun 1964 kerana perselisihan politik antara Malaysia
dan Indonesia.
SISTEM EJAAN RUMI
BAHASA MELAYU 1972
Sistem ejaan ini mempunyai persamaan dengan sistem
ejaan MALINDO. Hal ini meliputi aspek kerjasama yang
ditubuhkan antara dua buah negara iaitu Malaysia dan
Indonesia. Namun, sistem ejaan Malindo tidak dapat
dilaksanakan kerana berlaku konfrantasi antara Malaysia
dan Indonesia. Kemudian, Usaha ini hanya disambung
semula pada tahun 1966 iaitu selepas tamat konfrantasi.
Sistem ejaan rumi bahasa Melayu 1972 mencapai
kesepakatan yang lebih kukuh apabila melibatkan
beberapa aspek pengejaan yang lebih baik dalam
sistem ejaan rumi. Hal ini dapat dilihat melalui
usahasama yang berterusan dalam merancang
pembinaan bahan untuk jangka waktu yang
panjang. Selain itu, memperkasa bahan-bahan
berkenaan dengan bahasa sastera dan
menyelaraskan penggunaan istilah-istilah.
PERANAN DEWAN BAHASA DAN
PUSTAKA DALAM MENYERAGAMKAN
SISTEM EJAAN RUMI
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah
ditubuhkan pada tarikh 22 Jun 1956 iaitu setahun
sebelum kemerdekaan. DBP diwujudkan setelah
mendapat resolusi Kongres Bahasa dan
Persuratan melayu ke-3 dan ditukarkan kepada
Badan Berkanun setelah mendapat kelulusan
rasmi daripada Akta Dewan Bahasa dan Pustaka
pada tahun 1959. Matlamat DBP mengikut Akta
DBP (Semakan 1978, Pindaan dan Perluasan 1995)
ialah untuk memperkaya bahasa kebangsaan
dalam semua bidang termasuk sains dan
teknologi (Shamsul et al, 2020)
PERANAN DBP
Antara peranan DBP dalam menyeragamkan sistem ejaan
rumi iaitu membakukan ejaan dan sebutan, dan
membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa
kebangsaan.
Penggerakan kegiatan peristilahan yang didukung oleh
DBP dilaksanakan melalui dasar bahasa yang menerapkan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah
rendah, menengah dan peringkat institusi pengajian tinggi.
Jawatankuasa Istilah (JKI) telah banyak ditubuhkan oleh
DBP dengan kerjasama institusi pengajian tinggi awam
bagi mengumpul, membentuk dan mengembangkan istilah
dan ejaan bahasa Melayu dalm bidang sains dan sains
gunaan.
Perubahan ini menggambarkan perancangan korpus
bahasa Melayu berkembang dengan pesat sekali dalam
menyeragamkan sistem ejaan rumi dan sebutan.
Peranan DBP
Mencetak, menerbitkan, membantu usaha bagi pencetakan
atau penerbitan buku-buku, risalah-risalah, kamus-kamus
dan lain-lain lagi bentuk persuratan serta bahan ilmiah
dalam bahasa kebangsaan.
DBP juga bergiat aktif dalam menerbitkan buku-buku
kesusasteraan bahasa Melayu mahupun dalam bahasa
Inggeris dalam ejaan rumi.
Sejak 20 tahun yang lalu, DBP telah berjaya menerbitkan
tidak kurang daripada 50 judul buku undang-undang bahasa
Melayu. Ini menunjukkan DBP juga bertindak sebagai
medium penterjemahan karya-karya asing melalui sistem
ejaan bahasa Melayu kini.
Menilai
cabaran sistem
ejaan rumi
masa depan
Siti Zulaikha
Sistem ejaan rumi mestilah
diperkasakan agar ejaan ini tidak lapuk
ditelan zaman khususnya pada masa
akan datang. Kini, era siber sangat
memainkan peranan penting pada masa
akan datang terutamanya dalam aspek
komunikasi. Jika tulisan rumi ini tidak
dipertahankan, nescaya ia akan
tenggelam mengikut peredaran zaman.
Persoalannya, apakah cabaran-cabaran
tersebut? Oleh itu, kita akan kupaskan
satu per satu cabaran sistem ejaan
rumi masa depan.
Cabaran utama
Cabaran yang paling utama ialah penggunaan bahasa
rojak atau bahasa pasar. Penggunaan bahasa-bahasa ini
berpunca daripada perkembangan media-media sosial
seperti Instagram, Twitter, Facebook dan sebagainya.
Penggunaan bahasa-bahasa ini menjadi satu kebiasaan
dalam kalangan masyarakat kita khususnya golongan
muda belia. Hal ini akan menyebabkan bahasa-bahasa ini
menjadi suatu kebiasaan dan akan menjejaskan sistem
ejaan rumi yang telah diperkasakan sejak dahulu lagi
bahkan akan memberi kesan kepada generasi akan
datang.
CABARAN SETERUSNYA
Selain itu, terdapat juga sesetengah rakyat Malaysia yang tidak bangga
akan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu. Mereka bahkan menganggap
bahasa Melayu sebagai bahasa kelas bawahan atau 'low class' dan
menyebabkan mereka kurang menggunakannya di kawasan umum sama ada
secara lisan atau tulisan. Perbuatan mereka ini menyebabkan bahasa
Melayu semakin dipandang rendah. Tambahan pula, terdapat juga
sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab dan mencemarkan
bahasa Melayu dengan perkataan-perkataan yang tidak senonoh.
Perbuatan ini akan menjatuhkan martabat bahasa Melayu.
RUMUSAN
Kesimpulannya, berdasarkan sejarah perkembangan ejaan rumi pascamerdeka dan
selepas merdeka, jelaslah bahawa sistem ejaan rumi merupakan elemen terpenting
dalam memastikan bahasa Melayu terus digunakan oleh masyarakat kini. Hal ini
demi memastikan penggunaan bahasa melalui penulisan dan pertuturan dapat
diaplikasikan dengan sebaiknya menggunakan sistem ejaan rumi. Sehubungan
dengan itu, terdapat beberapa peranan Dewann Bahasa dan Pustaka dalam
menyeragamakan sistem ejaan rumi. Oleh kerana itu, sistem ejaan jawi masih
digunakan sehingga hari ini. Namun, sistem ejaan rumi ini tidak terlepas dengan
cabaran-cabaran yang amat hebat. Oleh itu, semua pihak mestilah berganding bahu
dalam memperkasakan dan memertabatkan penggunaan bahasa Melayu serta
tulisan rumi yang betul dan tepat supaya keaslian bahasa Melayu tersebut dapat
dikekalkan.
RUJUKAN
Mohd Naim Daipi (1991). Perkembangan ejaan rumi
bahasa Melayu: Bahagian II.
Muhammad Ariff bin Ahmad (1987). Ejaan Rumi bahasa
Melayu sehingga ejaan Za’ba [Malay language
spelling from Rumi to Za'ba spelling].
Muhammad Ariff bin Ahmad. (1994). Ejaan rumi bahasa
Melayu.
E-PORTFOLIO BMMB1074 SPBM
Terima kasih
SITI ZULAIKHA BINTI CHE JAAPAR
PPISMP AMBILAN JUN 2022