PANITIA PENDIDIKAN SENI
UNIT KURIKULUM
SK.JERAM
Kertas Kerja Projek Galeri Seni
Panitia Pendidikan Seni
Unit Kurikulum SK.Jeram
2021
1.0 Pendahuluan
Projek Galeri Seni diwujudkan untuk mendokumentasikan dan
mempamerkan hasil karya individu atau kumpulan secara langsung,
menyeluruh dan berterusan melibatkan murid, guru dan seluruh Warga
SK.Jeram.
Galeri Seni akan menjadi satu daya atau usaha Panitia PSV SK.Jeram untuk
menarik minat murid terhadap aktiviti kesenian yang dijalankan, malah
ianya mampu bertindak sebagai satu item yang berfungsi sebagai satu
tempat untuk merealisasikan penghargaan terhadap hasil karya Warga
SK.Jeram khasnya murid-murid, selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dalam melahirkan modal insan yang seimbang merangkumi
aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek serta semangat Jatidiri
sebagaimana yang dinyatakan dalam 6 aspirasi murid Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM).
Bukan itu saja, Galeri Seni boleh dijadikan sebagai medium pameran hasil
karya dan dipertontonkan kepada orang lain secara berpanjangan,
sistematik dan berpusat.
Antara aktiviti dalam melaksanakan projek ini adalah meliputi aspek
kemenjadian murid dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaaran
Pendidikan Kesenian dan Seni Visual.
2.0 Rasional
Kewujudan Galeri Seni ini bertujuan memberi ruang dan peluang kepada
semua Warga SK.Jeram khususnya murid-murid mempamerkan semua
bahan atau hasil karya mereka secara lebih kemas dan dapat
dihimpunkan dalam sebuah galeri khas sebagai bahan pameran. Dalam
masa yang sama murid dapat melahirkan rasa cinta dan minat terhadap
Pendidikan Seni dan merasa seronok apabila bakat dan hasil karya
mereka di pamerkan , dihargai dan diiktiraf .
3.0 Matlamat
Berikut adalah matlamat projek yang ingin dicapai :
3.1 Mencungkil bakat terpendam murid dalam berkarya secara
menyeluruh.
3.2 Memupuk semangat cintakan keindahan dalam Matapelajaran
Pendidikan Kesenian dan Visual
3.3 Merealisasikan perancangan Panitia Seni untuk membina sebuah
Galeri Seni SK.Jeram .
3.4 Menyediakan sebuah galeri yang komprenhensif dan relevan
kepada perkembangan apresiasi seni Warga SK.Jeram khasnya
murid-murid.
4.0 Objektif
Berikut adalah objektif yang ingin dicapai:
4.1 Murid dapat merealisasikan bakat dan kemahiran dalam PSV
mengikut kreativiti murid itu sendiri.
4.2 Melahirkan murid yang seimbang dari segi JERI serta meningkatkan
daya kreativiti , minat dan inovasi.
4.3 Memberi pengiktirafan atau penghargaan kepada murid yang
menghasilkan sesebuah karya.
5.0 Kumpulan Sasaran
6.0 Kumpulan sasaran dalam program ini adalah semua murid secara
khususnya dan semua Warga SK.Jeram secara umumnya.
7.0 Lokasi yang dicadangkan
7.1 : Berhadapan bilik seni Blok B sebagai sudut pameran menggunakan
papan kenyataan bercermin.
7.2 : Pondok Bacaan bersebelahan blok B sebagai Galeri Seni
8.0 Tarikh Perlaksanaan
8.1 Tarikh : Bemula November 2021 – Mac 2022
8.2 Pelaksana projek : Semua Guru Matapelajaran PSV
9.0 Jawatankuasa Kerja
9.1 Jawatankuasa Induk
Penasihat : Pn.Hajah Hasnita Binti Hassan ( Guru Besar )
Pengerusi : En.Mohd.Hairul Razib Bin Nordin ( GPK 1 )
Naib Pengerusi 1 : Pn.Suzana Binti Chen ( PK.HEM )
Naib Pengerusi 2 : Pn.Azirawani Binti AB.llah ( PK.KOKO )
Setiausaha : Pn.Norlela Binti Mat Lela ( Ketua Panitia )
Bendahari : Pn.Dzaidatul Nur Binti Sohandi
9.2 Jawatankuasa Pelaksana
Ketua Projek : En.Muhammad .Sukhry Bin Saripin
Pen.Ketua Projek : En.Mohd.Salleh Bin Zainal
AJK : Semua Guru Matapelajaran PSV
Dokumentasi : Pn.Siti Aminah Binti Azmi
7.1 Anggaran Belanjawan
Bil Perkara Kuantiti Kos Catatan
1. Kayu Frame 1 X RM60.00 RM60.00
2. Playwood 3 X RM30.00 RM90.00
3. Kayu 8’kaki 10 X RM7.60 RM76.00
4. Paku 1 X RM10.00 RM10.00
5. Cat Minyak 4 X RM30.00 RM120.00
6. Berus Cat 5 X RM5.00 RM25.00
7. Papan Kenyataan
2 X RM1200 RM2400.00
cermin 2 X RM400 RM800.00
8. Almari cermin RM3581.00
JUMLAH
10.0 Sumber Kewangan
10.1 PCG Panitia Pendidikan Seni
10.2 Sumbangan Persendirian
11.0 Penutup
Projek ini dirancang untuk merealisasikan matlamat dan objektif Panitia
Pendidikan Seni bagi membina sebuah Galeri Seni sebagai pusat
penempatan hasil-hasil karya dari murid, Panitia Pendidikan Seni amat
berharap pihak pentadbir dapat meluluskan kertas kerja ini. Selain dari itu,
kertas kerja ini juga disediakan untuk mendapatkan peruntukan daripada
pihak pengurusan sekolah serta mendapatkan kerjasama daripada
semua barisan pentadbir dan Warga SK Jeram untuk melaksanakan pojek
Galeri Seni ini.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
( NORLELA BINTI MAT LELA ) …………………………….
KETUA PANITIA PSV (MOHD HAIRUL RAZIB BIN NORDIN )
PK.PENTADBIRAN
Disahkan oleh,
……………………………………
( HAJAH HASNITA BINTI HASSAN )
GURU BESAR
( Diluluskan / Tidak diluluskan )
Catatan :___________________________________
___________________________________